panduan menanam serai

10
PANDUAN MENANAM SERAI Foto 1 : Lubang menanam serai Foto 2 : Alat bantuan menanam serai Foto 3 : Contoh anak serai

Upload: adle-fahsha

Post on 30-Dec-2014

323 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

menanam serai

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Menanam Serai

PANDUAN MENANAM SERAI

Foto 1 : Lubang menanam serai

Foto 2 : Alat bantuan menanam serai

Foto 3 : Contoh anak serai

Page 2: Panduan Menanam Serai

Penyediaan tapak tanaman dan benih

1. Tanah perlu dibajak terdahulu untuk menggemburkan tanah bagi memudahkan proses mencucuk benih.

2. Segala rumpai yang ada haruslah diracun 2-3 minggu sebelum penanaman dijalankan.

3. Benih mestilah telah berusia lebih lapan bulan atau cukup tua. pastikan benih telah mengeluarkan akar sebelum ditanam.

4. Benih ditanam 1,2,3 atau enam batang selubang mengikut kepada peladang namun harus diketahui jumlah benih yang ditanam mempengaruhi hasil.

5. Jarak tanaman yang terbaik adalah 1.0 meter setiap barisan dan 0.5 meter di antara pokok, kepadatan bagi satu hektar adalah 20,000 rumpun.

PENGURUSAN PENANAMAN

Pengurusan air - Serai makan tahan kepada kemarau, namun selepas proses penanaman serai memerlukan air, maka cara terbaik adalah menanam sewaktu tanah masih gembur supaya tanah dapat menyerap lebih air tetapi jika air berlebihan dan bertakung, masalah serai berulat reput dan mati akan berlaku.

Kawalan Rumpai - Terdapat jenis racun yang boleh meracun rumpai dan pokok serai dalam satu masa tanpa merosakkan atau membawa kesan kepada pokok serai. Semua jenis rumpai selain serai akan mati. Racun ini boleh didapati di use sdn bhd dan penjualannya adalah terhad

Pembajaan - Jika tanah tidak terlalu bermasalah, pembajaan sebanyak dua kali sudah mencukupi. terdapat beberapa baja yng terbaik boleh digunakan, antaranya baja semburan,taburan dan lain2.

KEGUNAAN SEGAR - RM 2.50 Sekilo BENIH - RM 2.50 Seikat

Page 3: Panduan Menanam Serai

Menanam Teknik menanam!! Ramai yang tak tahu cara ni,

Tak perlu gali lubang. Sebab tanah dah gembur. Cucuk je benih tu ataupun guna kayu pedoman

tu cucuk tanah dan masukkan serai dalam lubang tu. Kalau boleh satu lubang tanam 2 benih.

(takut satu tu tak menjadi). Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah.

Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain. Sendengkan sikit 45 darjah!!! Kalau tanam

2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan. Cara begini akan mendapatkan

rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari

pandangan atas. Ramai yang tak tahu cara ni.

Sebelum tanam, basahkan dulu anak benih dalam air. Kalau boleh, tanam awal pagi atau petang

sedikit. (tak nak benih stress) Rendam semalaman dalam besen paras leher benih pun boleh juga.

(Kawan saya syorkan, rendam dalam air yang dah dicampurkan dengan hormon penggalak akar,

jadi mudah untuk berakar) Saya tak pasti apa hormonnya...tapi memadai kita membeli sedikit

CIRP da bancuh sedikit sahaja kedalam air dan rendam benih tadi.

PENJAGAAN

Pembajaan

Serai ni perlu juga dibaja. Cuma tak memerlukan kekerapan yang kerap dan kuantiti yang

banyak. Memadai 2 atau 3 bulan sekali.

Bagi permulaan mulakan dengan NPK 15:15:15. tak payah banyak, lebih kurang segenggam

serumpun. Taburkan keliling rumpun tu. Tabur atas pun boleh. Tapi jgn pada tengah hari...panas.

Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah,

baja tahi ayam atau kambing pun boleh.

Kawalan rumpai

Sebelum rumpun serai membesar, tentu ada masalah rumpai diladang. Nak mudah gunakan

racun rumpai sahaja. Tapi awas, jangan silap pakai! Saya menggunakan racun DIURON sahaja!

Kalau kena serai (kalau disembur pada serai pun) serai tak akan mati. Rumpai lain akan mati.

Cuma kesannya akan nampak selepas 4-5 hari. Tanyalah dikedai2 jual baja dan racun. Mesti ada.

Ia dalam bentuk serbuk bancuh kalau dalam bentuk cecair mahal sedikit. (serbuk RM20-30/kotak

sekilo, Cecair RM80-100/ botol 4 liter). Bila rumpun dah besar, masalah rumpai akan

berkurangan kerana rumpai lain alah dengan serai ni. Kalau nak pakai paraquat ke basta ke

glyphosate ke pun boleh, cuma pastikan tak terkena pada daun atau perdu serai ni. (boleh mati).

Nak kemas lagi, kita mesin lah rumput antara barisan serai tersebut.

Kawalan perosak

Serai ni jarang ada musuh. Cuma ulat pengorek batang sahaja. Kalau kita jaga rumpun dengan

baik tiada masalah. Caranya, kita buat trimming pada rumpun selang 2-3 bulan sekali. Potong

daun diatas dan tepi rumpun.(pakai mesin rumput je) Jadi taklah lembab sangat tengah2 rumpun

tu. Ini juga untuk mengelakkan tikus bersarang dicelah2 rumpun. Biasanya jadi sarang ayam

hutan. (best juga) Potongan daun juga akan membuatkan batang serai jadi besar. (jgn buat kerap

Page 4: Panduan Menanam Serai

sangat. Nanti tak besar2 pulak) Kalau nak guna racun, guna malathion pun dah cukup tapi 30

hari sebelum harvest jgn sembur ok?! Kalau nak sembur racun racun serangga, campurkan

sedikit baja foliar (apa2 jenis) dan racun kulat (Mancozeb). 3 dalam satu. Jimat masa. (buat lepas

trimming pun elok juga- saja protection)

Kesemua 3 kawalan diatas tak perlu dibuat selalu. Dari awal tanam hingga harvest, memadai

buat 3 kali sahaja. Cubalah buat eksperimen anda sendiri. Anda akan dapat lihat perbezaannya.

*kesemua teknik diatas boleh diguna pakai bagi projek tanaman serai wangi.

MENUAI

Masa menuai inilah masa yang paling leceh bagi projek serai ni.

Tuaian boleh dibuat selepas tempoh matang atau melalui pemerhatian. Agak nampak batang dah

besar tu tuailah. Nak tuai senang guna chop – macam penggali tapi depannya macam sudip

burger. Asah hujung bagi tajam. Tajak sahaja dipangkal perdu rumpun dan cabut. Rebahkan

rumpun tu dan potong akar dan tanah yang melekat dan tak diperlukan dengan chop tu. Daun

pun boleh potong dulu dengan chop. Nak mudah, sebelum tuai, trim dulu rumpun tu macam kita

buat trimming untuk kawalan perosak (guna mesen rumput). Buat pendek sikit agak2 batang

serai tu tinggal 2 kaki pun boleh. Nanti lagi mudah kerja2 proses dan mengangkut nanti.

Selepas cabut, kumpulkan rumpun2 tu kesuatu tempat untuk kerja membersih. Cabut batang

serai satu persatu, potong lebihan akar dan daun. Nak senang ikut contoh yang ada dipasar.

Bersihkan dari kotoran tanah. (cari tangki PVC tak pakai, tadah air dan rendam je....senang) Ikat

atau bungkus serai yang dah diproses tadi ikut permintaan pasaran. (ada yang nak ikat sekilo-

sekilo),pilih btg serai yang terbaik untuk pasaran. Yang kecil2 tu jgn dibuang. Boleh dibuat

benih kembali. Jadi, benih serai tu cuma dibeli sekali sahaja. (pastikan plot untuk menanam

kembali telah siap!). Ada juga yg tak memerlukan proses diatas, misalnya untuk diproses. Kalau

untuk pemprosesan ataupun serai wangi, memadai mencabut perdu serai tersebut dan terus

hantar ke kilang/pusat pemprosesan. (harga dalam RM1/rumpun). Terpulanglah pada anda. Nak

mudah, keuntungan kurang sedikit, nak keuntungan lumayan kenalah kerja lebih sedikit.

KOS

Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar)

semusim.

1. Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih2 terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. (salah satu cara pengilang nak untung lebih...apa daaaa)

2. JCB/Backhoe - RM300-350/ hari. bergantung pada kawasan. 3. Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar. bergantung pada kawasan dan siapa yang memberi

perkhidmatan tersebut. 4. Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga disesetengah tempat.

Page 5: Panduan Menanam Serai

5. Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.

Cash Flow Serai...click dibwh... http://spreadsheets.google.com/pub?key=pCSQljaWo62g2SeRaSLmhHQ&output=html

Itulah serba sedikit yang saya dapat bantu pada rakan2 yang nak mencuba projek serai ini.

Labels: serai, Tanaman

24 Comments: 1. Tanpa Nama said...

18 Julai, 2007

Pak Tani Terima kasih byk2 atas panduan yang sangat memberansangkan dari saudara. Semoga dapat menjadi satu kejayaan pada saya di suatu hari nanti. mohd.

zurekjer said...

09 Ogos, 2007

Pak Tani, Thanks for serai info ni. Boleh sy dapat kan contact no or email pak tani. senang nak bertanya. Zurek

Tanpa Nama said...

10 Ogos, 2007

A'kum Pak Tani, Sudi kiranya Pak Tani membalas email saya. Ada beberapa soalan saya tanyakan dalam email tu. Tq.

Meozin said...

19 Oktober, 2007

Pak Tani,

Page 6: Panduan Menanam Serai

Boleh tolong tak cari pengusaha kacang botol atau kacang empat segi. Saya ingin belajar sebagai pengusaha sayur atau pokok sayuran. Kalau ada pengusaha yang ada sekarang, saya minat mengunjungi mereka secepat mungkin. Mungkin ingin berbicara dengan mereka untuk membeli kacang botol serta pokok, daun and rootnya sekalian. Ok lah Pak Tani, harap menerima berita baik mengenai kacang botol ya. Terima Kasih. Meozin

Reza said...

10 Februari, 2008

salam pak tani.. Nak tanya ni, kalau kita buat intergrasi serai dlm ladang getah, takpe ke matahari tak berapa kena dekat serai tu?Al-maklumlah, getah lama2 ni pokoknya dah tinggi2,mana der dia nak kongsi sunshine ngan pokok2 kat bawah dia tu.. Harap dapat membantu..

Tanpa Nama said...

24 Mac, 2008

Terima kasih atas info yg berguna.

azman said...

24 Mac, 2008

pak tani bleh bagi panduan tak macam mana nak buat kertas keje untuk pertanian.

azhar said...

04 Mei, 2008

Askum Pak Tani, terima kasih dengan informasi yang panjang lebar nie....selama nie saya tercari-cari informasi tentang penanaman serai...akhirnya dapat juga....insyakallah saya akan mulakan projek pertanian saya dengan penanaman serai dulu...minat btani dah lama...baru terbuka hati skrg

Tanpa Nama said...

20 Mei, 2008

Salam, Terima kaseh kerana berkongsi ilmu. Saya ingin bertanya;

Page 7: Panduan Menanam Serai

1.Berapa lama masa diperlukan untuk menuai 1 ekar ladang serai dan berapa orang yg diperlukan. Ada syarikat contract farming yang mengatakan upahnya RM2000,tapi tak kata pulak berapa lama. 2.Untuk penyediaan serai sebelum dipasarkan pulak tu berapa kg boleh disiapkan sehari.Nampak macam kerja lambat aje.Berapa upahnya sekilo? Saja nak tau kalau ada 'hidden cost' dan sebagainya. Thank you, bro. wasalam

jebat pekan said...

22 Mei, 2008

terima kasih atas penerangan yang disediakan moga semua bangsa melayu dapat mengubah cara hidup dan ekonomi mereka tanpa bergantung pada bangsa lain..

eixora said...

06 November, 2008

terima kaseh banyak2 pada pak tani.. info yg pak tani berikan memang banyak sy gunakan untuk projek sy yg akan datang...

Tanpa Nama said...

01 Februari, 2009

perlu ada system sprinkler atau penyiram air untuk tanaman ini kah? berapa banyak air perlu di siram dan berapa lama kekerapan dia? harap bagi nasihat. terima kasih

PakTani said...

02 Februari, 2009

Salam tuan tanpa nama, tidak perlu sebarang sistem sprinkler pada tanaman serai. Ia hanya menambah kos. Keperluan siraman air hanya utk 2 minggu awal selepas menanam benih. Memadai disiram pada waktu petang dengan menggunakan tong penyiram (penatlah sedikit). Kalau ada modal, belilah 'power sprayer' beserta hos. Air bolehlah disiram dengan menggunakan pam tersebut. (air ditadah dalam tong atau drpd sumber air berdekatan, spt perigi, parit dsb) cuma perlu hidupkan pam & tarik hos sahaja. Selepas tamat 2 minggu, pam tersebut boleh digunakan sebagai alat menyembur racun rumpai (diuron) atau semburan baja daun (foliar)

PakTani said...

Page 8: Panduan Menanam Serai

02 Februari, 2009

Salam tuan tanpa nama, tidak perlu sebarang sistem sprinkler pada tanaman serai. Ia hanya menambah kos. Keperluan siraman air hanya utk 2 minggu awal selepas menanam benih. Memadai disiram pada waktu petang dengan menggunakan tong penyiram (penatlah sedikit). Kalau ada modal, belilah 'power sprayer' beserta hos. Air bolehlah disiram dengan menggunakan pam tersebut. (air ditadah dalam tong atau drpd sumber air berdekatan, spt perigi, parit dsb) cuma perlu hidupkan pam & tarik hos sahaja. Selepas tamat 2 minggu, pam tersebut boleh digunakan sebagai alat menyembur racun rumpai (diuron) atau semburan baja daun (foliar)

khairulezdi said...

02 Mac, 2009

salam pak tani..kalau tempat tanaman berisiko banjir bila hujan lebat,adakah serai akan mati jika semalaman terendam air?berapa harikah anggaran masa maksimum serai terendam air sebelum mereput?

aramaiti said...

02 Mac, 2009

salam pak tani Tadi aku terbaca saranan pak tani untuk menanam benih serai haruslah di rebahkan sedikit, dan benih hanya 3 batang untuk serumpun, tapi sewaktu saya mengikuti satu kursus di kota kinabalu, sabah yang dianjurkan olih sebuah syarikat ' kontrak farming ' menyarankan berlainan pula, iaitu benih hendakhlah di tanam dengan tegak dan dalam serumpun mestikah sehingga 6 batang. macam, mana itu

Tanpa Nama said...

28 April, 2009

Akum pak tani.. tq info pasal serai.. sy ni baru nak berjinak dgn pertanian... modal pun tak banyak. boleh tak pak tani bagi contoh tanaman yg boleh di tuai dalam masa yg singkat & keluasan tanahnya 2.5 ekar.

PakTani said...

21 Mei, 2009

Salam Khairulezdi,

Page 9: Panduan Menanam Serai

Jikalau kawasan tanaman berisiko banjir ketika hujan lebat, disarankan tuan menanam diatas batas. walaupun bunyinya agak janggal (tanam serai atas batas) namun ia boleh menyelamatkan tanaman. Kerja2 pembajaan asas, 'maintenance' tanaman juga mudah. Berbalik pada soalan tuan, jikalau terendam semalaman, tak jadi masalah. Cuma yang dirisaukan jika dalam semusim serai tuan terendam banyak kali. Ini boleh menyebabkan hasil tanaman agak berkurangan. Serai apabila sudah mencapai umur 2 bulan keatas, ia tidak sukakan air yang berlebihan. Lagipun, kelembapan dalam rumpun boleh mengundang perosak pengorek batang. Jadi kualiti akan jatuh. :)

PakTani said...

21 Mei, 2009

Salam Aramaiti, Teknik tanaman rebah berbentuk piramid amat saya syorkan kerana ia memberi hasil yang paling optimum disamping kos benih yang minimum. Ada banyak sebab dibuat begitu, antaranya memberi ruang kepada anak2 serai yang baru tumbuh. Kelak, tuan akan dapat 3 rumpun serai yang bersatu menjadi satu rumpun yang besar. Kalau ikut cara 'CF' tu, anak2 akan menjadi terlalu padat, pertumbuhan rumpun menjadi kecil kerana persaingan ruang, disamping kelak apabila induk asal mati, ia akan mereput ditengah rumpum sekaligus mengundang kelembapan yang akan menggalakkan kehadiran anai2 & ulat pengorek batang. Kita juga tahu, kalau 'CF' ni dah tentulah ia mahukan keuntungan dari jualan benihnya. Betul tak? kalau ikut teknik saya tu, kuranglah benih terjual! hehehe. Tuan jangan risau, saya dah amalkan teknik 3 segi ni dah lama. Sejak 2004 lagi dan hasilnya LUMAYAN!!! :)

PakTani said...

21 Mei, 2009

Salam Tanpa Nama, Tentang tanaman yang cepat dituai ada banyak. Cuma kalau nak mudah ditanam, serai sahajalah. (kerana penjagaan yang kurang). Tanaman sayuran amat cepat sekali 'circulation season' dalam setahun. Namun penjagaan harian yang berterusan amat diperlukan. Apa yang saya nampak (sudah alami), serai memerlukan modal yang sedikit, penumpuan penjagaan yang rendah, hasil yang tinggi. (dalam musim pertama sudah ada keuntungan.)

Page 10: Panduan Menanam Serai

Tanaman jangka panjang yang tuan boleh usahakan di sekeliling perimeter kawasan adalah seperti, daun kari, limau nipis,kasturi, purut. setelah berumur 6 bulan, tuan sudah mula boleh menuai hasil sementara menunggu tuaian serai. Insyaallah kalau tuan usahakan dengan baik, kebun tuan dapat menjana pendapatan yang baik berterusan. :)