panduan guru - google+ hangouts (bahasa malaysia) · pdf filesatu lagi cara untuk memulakan...

Click here to load reader

Post on 07-Mar-2019

216 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

0

Modul Latihan 1.0 Memulakan Google+ Hangouts

(Guru)

1

Google+ Hangout: Panduan Lengkap Untuk Guru

Jadual Kandungan

Keperluan untuk Hangout

1.0 Memulakan 1.1 Aktifkan halaman Google+ anda melalui akaun 1Bestarinet 1.2 Mengakses Hangout pada yesMail 1.5 Mulakan Hangout dari halaman Google+ anda 1.6 Memulakan Sesi Hangout Dari Halaman Google+ 1.7 Memulakan Hangout dengan Hangout Extension

2.0 Memulakan Hangout On Air 2.1 Antaramuka Google + Hangout On Air 2.2 Menerima Jemputan Hangout On Air 2.3 Menggunakan Aplikasi Soal-jawab dalam Hangout On Air 2.4 Panduan Penonton Hangout On Air

3.0 Butang Interaksi & Penyelesaian Masalah 3.1 Penyelesaian Isu Teknikal Hangout

4.0 FAQ

2

Keperluan untuk Hangout

Persediaan sebelum sesi :

Objektif Hangout Emel akaun Google+ peserta Jemputan melalui G+ atau yesMail bahan-bahan prabacaan (pilihan)

Persediaan Teknikal :

Peranti (komputer riba, Chromebook) Talian Internet Projektor (untuk kumpulan besar) Headphone (pilihan) Akaun Google+ pra-aktif

Semasa sesi Hangout :

Moderator (pilihan)

Persediaan selepas sesi :

Laporan pendek / refleksi kepada kandungan Hangout

3

1.0 Memulakan

"Google+ Hangout" adalah salah satu pilihan komunikasi interaktif yang terdapat dalam Google+. Ia membolehkan anda berkomunikasi dan berkolaborasi secara serentak dalam satu sesi panggilan video bersama 9 orang yang lain (10 orang termasuk anda) dengan menggunakan komputer, webcam dan mikrofon. Sesi Hangout ini boleh dilakukan serentak di antara 2 orang hingga 10 orang dan ia adalah percuma!

Sesi Hangout ini boleh dijalankan dengan menggunakan pelbagai jenis peranti mudah alih seperti telefon pintar iOS atau Android, tablet dan Chromebook. Ia boleh dijalankan secara tertutup atau secara umum di Internet dan anda juga boleh mengawal tetapan mengikut kehendak anda sendiri. Hanya peserta yang anda jemput sahaja yang boleh menyertai sesi Hangout yang anda jalankan! Hangout adalah kemudahan komunikasi interaktif yang begitu menyeronokkan, boleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti berhubung dengan keluarga atau rakan-rakan, atau untuk keperluan sekolah seperti perbincangan di antara guru dan pelajar. Modul ini mengandungi gambaran keseluruhan tentang bagaimana anda sebagai seorang guru boleh mula menggunakan Google+ Hangout.

4

1.1 Aktifkan halaman Google+ anda melalui akaun 1Bestarinet

Langkah 1. Log masuk ke dalam Frog VLE.

2. Klik> Quick Launch.

3. Klik> Email.

4. Dalam yesMail anda, di bar navigasi atas di sebelah kiri, klik> Aplikasi.

5

5. Pilih dan klik> Google+

6. Isikan ruangan Name, Gender dan Birthday dan klik> Upgrade. Nota: Sertakan nama keluarga di dalam kotak kedua. Contoh: Charles Teacher - Xavier

7. Tambah kenalan atau ikut lingkungan Circle yang dicadangkan (ini boleh dilakukan kemudian) Klik> Continue.

6

8. Isi maklumat peribadi anda dan Klik> Finish.

9. Klik> Hangout untuk memulakan Google+ Hangout dan selamat mencuba!

7

1.2 Mengakses Hangout pada yesMail

Terdapat 4 cara untuk mengakses halaman Google+ Hangout dari paparan yesMail anda.

1. Butang Profile.

2. Ikon Hangout dan pautan Start a new one.

3. Nama pengguna + pautan anda

4. Kawasan Aplikasi dan pilih Google+.

8

1.3 Mengaktif dan memulakan Hangout pada yesMail

1. Klik> foto profil anda di bahagian atas senarai Chat anda.

2. Klik> Try the new Hangouts. (Rujuk langkah pengaktifan 1.1)

3. yesMail akan dimuat semula dan anda boleh mula menggunakan Hangouts.

4. Klik > Butang Search

5. Taipkan 1BestariNet ID ke dalam kotak carian.

6. Klik kotak semak di sebelah nama untuk menambah mereka ke dalam senarai jemputan.

7. Ulang langkah 5 dan 6 untuk menambah orang.

8. Klik butang mesej atau butang panggilan

video untuk memulakan sesi Hangout anda.

9

1.4 Mematikan Hangout dan mula menggunakan kaedah chat lama

1. Dalam yesMail, klik > nama anda.

2. Pilih dan klik > Revert to old Chat.

3. yesMail akan memuat semula halaman dan anda boleh mula menggunakan Google Chat versi lama.

10

1.5 Mulakan Hangout dari halaman Google+ anda

Butang penting bagi mengakses Hangout dari halaman Google+ 1. Home - untuk anda mengakses pilihan yang disediakan.

Mengemaskini maklumat profil.

Menambah kenalan melalui Circle. Memuat naik gambar dari peranti atau komputer.

Menyertai laman komuniti Google+. Mewujud dan merancang acara Hangout.

Mengakses Hangouts On Air secara langsung.

Membina laman bagi tujuan perniagaan.

Mengakses maklumat lokal semasa

Mengakses tetapan

11

2. Panel notifikasi Google+. 3. Butang Panel menambah rakan kenalan. 4. Butang memulakan sesi Hangout.

Anda juga boleh klik pada pautan + Nama anda di bar hitam laman utama Google.com bagi memulakan sesi Hangout.

Dari sini, anda boleh mengakses Google+ Hangout dan sila ikuti panduan berikut untuk memulakan sesi Hangout anda.

12

1.6 Memulakan Sesi Hangout Dari Halaman Google+

1. Dari halaman Google+ klik > butang Hangout yang terletak di sebelah kanan skrin.

2. Hangouts sidebar akan terbuka di sebelah kanan skrin.

3. Klik > New Hangout atau Start a new one.

4. Taipkan nama kenalan Google+ atau 1BestariNet ID anda ke dalam bar carian. 5.Klik kotak semak di sebelah nama mereka untuk menambah mereka ke dalam senarai jemputan.

6. Untuk menambah peserta lain, ulangi langkah 4 dan 5.

7. Klik butang mesej atau butang panggilan

video .

Nota: Anda juga boleh menambah peserta dengan menaipkan nama peserta tersebut dan kemudian menekan Tab untuk memilihnya.

http://plus.google.com/

13

1.7 Memulakan Hangout dengan Hangout Extension

Satu lagi cara untuk memulakan Hangout adalah dengan memasang sambungan Hangout

Extension untuk Google Chrome. Klik di sini untuk pergi ke laman Chrome Web Store dan

memasang sambungan.

Setelah dipasang, anda akan melihat Extension muncul di sudut kanan atas Google Chrome.

Extension Hangout kelihatan seperti gelembung ucapan hijau.

Apabila anda klik pada Extension, tetingkap kecil akan terbuka

di sudut kanan bawah skrin anda.

Anda akan dapat melihat sejarah sesi yang pernah anda sertai

dan senarai kenalan Google+ semasa anda.

Tetingkap untuk menjawab panggilan sesi

Hangout adalah terbuka secara automatik

disertai dengan bunyi pemberitahuan. Untuk

menjawab panggilan, klik> Answer.

https://chrome.google.com/webstore/detail/hangouts/nckgahadagoaajjgafhacjanaoiihapd

14

Apabila "Answer" diklik, tetingkap baru Google Hangout akan terbuka. Jika ini adalah kali

pertama anda menggunakan Google Hangout, anda akan diminta untuk memasang Hangout

Plugin.

Selepas plugin selesai dipasang, anda akan diminta untuk melaraskan tetapan webcam dan

mikrofon anda, jika perlu. Setelah anda bersedia untuk memasuki Hangout, klik> Hangout.

https://www.google.com/tools/dlpage/hangoutpluginhttps://www.google.com/tools/dlpage/hangoutplugin

15

2.0 Memulakan Hangout On Air

Hangout On Air adalah merupakan satu lagi aplikasi dari Google. Ia membolehkan pengguna menayangkan sesi Hangout secara langsung pada lama Google+ dan juga Youtube. Pengguna juga boleh mengubah acara mengikut tetapan serta menggunakan pautan dari tayangan sebagai rujukan. Penganjur dari sesi Hangout On Air juga boleh berinteraksi dengan penonton dengan menggunakan aplikasi soal jawab secara langsung.

Perbezaan antara Hangout dan Hangout On Air:

Pengguna Rujukan Masa Depan Interaksi

Hangout 10 hingga 15 pengguna sahaja dalam satu sesi.

Tiada rakaman. Hanya penganjur dan peserta sahaja boleh berinteraksi

Hangout On Air 10 hingga 15 pengguna dan penonton lain samada dari umum atau khusus bagi kenalan.

Rakaman dalam Youtube.

Penganjur, peserta dan penonton dapat berinteraksi dengan menggunakan aplikasi yang tersedia.

Untuk bersiaran di Google+ Hangouts On Air, anda perlu memiliki akaun Google+ dan Youtube. Untuk berada lebih 15 minit, anda memerlukan sambungan akaun YouTube yang tempohnya telah dilanjutkan melebihi had tersebut.

16

Untuk memulakan Hangout Google On Air, log masuk ke halaman Google+ anda:

1. Klik > butang Menu dan menu ke bawah akan terpapar, pilih Hangouts On Air.

2. Klik> butang Start Hangout On Air di bahagian atas kanan.

(Jika ini adalah kali pertama anda, wizard akan membantu anda melalui proses memuat turun dan memasang Plugin Hangout. Anda juga perlu bersetuju dengan terma dan syarat.)

3. Masukkan nama sesi hangout anda ke dalam kotak 1 dan jemput peserta dalam kotak ke-2.

(Anda boleh menjemput penonton di kalangan anda atau menaip alamat e-mel. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menjemput sesiapa untuk memulakan Hangout dan anda boleh menjemput orang untuk menyertai Hangout selepas ia bermula)

17

4. Klik> butang Click here untuk mengesahkan akaun Youtube anda.

5. Klik pada kotak 1 dan dari menu ke bawah, pilih Malaysia. Pilih kaedah penghantaran kod pengesahan anda dalam