panduan agihan tugas guru smktd

26
PANDUAN TUGAS UNIT PENTADBIRAN 1. JK PENGURUSAN PENGURUSAN ASET 1. Membantu Pegawai Aset memastikan semua alatan/barang di sekolah dikemaskini dalam laporan inventori setiap tahun. 2. Membantu Pegawai Aset merekodkan nombor/kod inventori dan memastikan bilik-bilik tempat barang alatan disimpan dengan baik dan selamat. 3. Membantu Pegawai Aset merancang dan melaksanakan mesyuarat pengurusan stok setiap hujung bulan. 4. Membantu Pegawai Aset memastikan guru-guru yang berpindah atau bertukar jawatan mengemaskini maklumat inventori dan stok sebelum serahan tugas. 5. Membantu Pegawai Aset mengumpul dan menyemak buku-buku stok pada awal, pertengahan dan akhir penggal persekolahan. 6. Membantu Pegawai Aset mengumpul dan memastikan buku-buku stok dikemaskini untuk diperiksa oleh juru audit dalaman atau juru audit luar. 7. Membantu Pegawai Aset memastikan barang-barang yang hendak dilupuskan memenuhi syarat-syarat pelupusan. 8. Membantu Pegawai Aset merekodkan barangan/alatan yang dibekalkan atau dibeli atau disumbangkan kepada pihak sekolah. 9. Membantu Pegawai Aset membuat verifikasi stok pada setiap tahun. 10. Membantu Pegawai Aset memastikan pemegang-pemegang stok membuat semakan dan pelupusan setiap tahun 11. Membantu Pegawai Aset mengenalpasti barang/alatan yang hendak dilupuskan atau diperbaiki sahaja. 12. Membantu Pegawai Aset membuat siasatan terhadap aduan kehilangan alatan/barangan sebelum membuat laporan kepada Pengetua. 13. Membantu Pegawai Aset memastikan buku-buku stok dikemaskini sebelum cuti persekolahan akhir tahun. 14. Melaksanakan arahan Pengetua dari masa ke semasa. 2. JK DATA DAN MAKLUMAT/EMIS 1. Mengumpul data dan maklumat guru, murid, kelas dan kemudahan- kemudahan fizikal sekolah. 2. Menyediakan laporan Emis, KG, BSKG dan maklumat terkini setiap hujung bulan/tarikh-tarikh ditentukan. 3. Memasukkan data dan maklumat berkaitan Emis ke dalam sistem yang disediakan. 4. Menyerahkan laporan kepada Pengetua, PPD, JPNJ dan KPM apabila diperlukan. 5. Mengemaskini data dan maklumat dalam sistem fail. 6. Berhubung rapat dengan guru dan kakitangan sekolah untuk mendapatkan maklumat sekolah. 7. Menganalisa data dan maklumat serta sediakan laporan untuk keperluan semasa. 8. Membantu pentadbir merangka perancangan jangka pendek dan jangka panjang pembangunan sekolah berdasarkan maklumat yang diperolehi. 9. Membantu sekolah mengenalpasti keperluan-keperluan pendidikan di sekolah berdasarkan maklumat yang diperolehi. 10. Melaksanakan arahan Pengetua dari masa ke semasa. 3. JK PENGURUSAN PERABOT 1

Upload: ridzuan-wr

Post on 27-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

PANDUAN TUGAS UNIT PENTADBIRAN

1. JK PENGURUSAN PENGURUSAN ASET

1. Membantu Pegawai Aset memastikan semua alatan/barang di sekolah dikemaskini dalam laporan inventori setiap tahun.

2. Membantu Pegawai Aset merekodkan nombor/kod inventori dan memastikan bilik-bilik tempat barang alatan disimpan dengan baik dan selamat.

3. Membantu Pegawai Aset merancang dan melaksanakan mesyuarat pengurusan stok setiap hujung bulan.

4. Membantu Pegawai Aset memastikan guru-guru yang berpindah atau bertukar jawatan mengemaskini maklumat inventori dan stok sebelum serahan tugas.

5. Membantu Pegawai Aset mengumpul dan menyemak buku-buku stok pada awal, pertengahan dan akhir penggal persekolahan.

6. Membantu Pegawai Aset mengumpul dan memastikan buku-buku stok dikemaskini untuk diperiksa oleh juru audit dalaman atau juru audit luar.

7. Membantu Pegawai Aset memastikan barang-barang yang hendak dilupuskan memenuhi syarat-syarat pelupusan.

8. Membantu Pegawai Aset merekodkan barangan/alatan yang dibekalkan atau dibeli atau disumbangkan kepada pihak sekolah.

9. Membantu Pegawai Aset membuat verifikasi stok pada setiap tahun.10. Membantu Pegawai Aset memastikan pemegang-pemegang stok membuat semakan dan

pelupusan setiap tahun11. Membantu Pegawai Aset mengenalpasti barang/alatan yang hendak dilupuskan atau

diperbaiki sahaja.12. Membantu Pegawai Aset membuat siasatan terhadap aduan kehilangan alatan/barangan

sebelum membuat laporan kepada Pengetua.13. Membantu Pegawai Aset memastikan buku-buku stok dikemaskini sebelum cuti

persekolahan akhir tahun.14. Melaksanakan arahan Pengetua dari masa ke semasa.

2. JK DATA DAN MAKLUMAT/EMIS

1. Mengumpul data dan maklumat guru, murid, kelas dan kemudahan-kemudahan fizikal sekolah.

2. Menyediakan laporan Emis, KG, BSKG dan maklumat terkini setiap hujung bulan/tarikh-tarikh ditentukan.

3. Memasukkan data dan maklumat berkaitan Emis ke dalam sistem yang disediakan.4. Menyerahkan laporan kepada Pengetua, PPD, JPNJ dan KPM apabila diperlukan.5. Mengemaskini data dan maklumat dalam sistem fail.6. Berhubung rapat dengan guru dan kakitangan sekolah untuk mendapatkan maklumat

sekolah.7. Menganalisa data dan maklumat serta sediakan laporan untuk keperluan semasa.8. Membantu pentadbir merangka perancangan jangka pendek dan jangka panjang

pembangunan sekolah berdasarkan maklumat yang diperolehi.9. Membantu sekolah mengenalpasti keperluan-keperluan pendidikan di sekolah berdasarkan

maklumat yang diperolehi.10. Melaksanakan arahan Pengetua dari masa ke semasa.

3. JK PENGURUSAN PERABOT

1. Menyemak bilangan kerusi dan meja murid di bilik darjah dan stor.2. Menyemak bilangan kerusi dan meja guru di bilik guru, bilik darjah dengan dibantu guru

kelas.3. Menyenaraikan nama dan bilangan perabot di dalam borang inventori kemudian ditampal

di pintu-pintu bilik di mana perabot berkenaan ditempatkan.4. Memesan alatan/perabot dari Pejabat Pelajaran Daerah atas nasihat Pengetua.5. Melengkapkan jumlah kerusi dan meja di bilik darjah ikut bilangan murid seperti diarahkan

Pengetua.6. Mengarahkan pekerja membantu memperbaiki perabot yang rosak.7. Mengawas/mengendalikan kerusi dan meja semasa diadakan majlis sekolah.8. Mengatur rancangan penyemakan alatan bilik darjah dalam Borang Kerosakan yang

diedarkan kepada guru kelas pada awal dan hujung bulan.9. Memastikan alatan/perabot di dalam bilik darjah yang dirosakkan diganti oleh pelajar

berkenaan.10. Mengumpulkan perabot yang rosak dan membuat pelupusan.11. Mengenalpasti perabot yang rosak dan melaporkan kepada Pengetua untuk tindakan

selanjutnya.

1

Page 2: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

12. Menerima dan memastikan alatan/perabot yang dibekalkan dalam keadaan sempurna, baik dan betul bilangannya sebelum merekodkan ke dalam buku stok dan inventori no. 313.

13. Melabel alatan/perabot yang diterima mengikut koding yang ditentukan.14. Menempatkan alatan/perabot yang diterima di lokasi yang ditentukan.15. Melaksanakan arahan Pengetua dari masa ke semasa.

4. JK PENGURUSAN MUSOLLAH

1. Merancang dan melaksanakan program menceriakan dan mengindahkan musollah.2. Merancang penggunaan musollah secara maksimum.3. Menyediakan Jadual Tugas dan aktiviti penggunaan musollah.4. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bertujuan meningkatkan keberkesanan

penggunaan musollah.5. Mengarahkan para pelajar Islam sentiasa menjaga kebersihan musollah dan

membersihkan jika kotor.6. Menyediakan perpustakaan mini dalam musollah untuk rujukan guru dan pelajar.7. Memastikan musollah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.8. Memastikan musollah digunakan untuk beribadat, melaksanakan aktiviti Pendidikan Islam

dan aktiviti peningkatan sahsiah pelajar.9. Memastikan kemudahan asas musollah cukup dan berfungsi dengan baik untuk

keselesaan para jemaah.10. Menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan Pengetua dari masa ke semasa.

5 JK PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN KEMUDAHAN ASAS

1. Memastikan kemudahan fizikal sekolah seperti bilik darjah, makmal, pusat sumber, bengkel, kantin, tandas, dewan, surau, gelanggang permainan dan padang mencukupi dan berfungsi baik.

2. Memastikan kemudahan asas seperti air dan elektrik dibekalkan dengan sempurna.3. Melaporkan kepada Pengetua dari semasa ke semasa mengenai kekurangan atau

kerosakan kemudahan fizikal sekolah.4. Menyediakan maklumat lengkap mengenai kedudukan, saiz, bilangan dan kegunaan

kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah.5. Menyediakan laporan berkaitan pembangunan fizikal dan kemudahan asas seperti yang

diarahkan.6. Melaksanakan arahan Pengetua dari masa ke semasa.

6. JK PENGURUSAN DEWAN

1. Bertanggungjawab untuk memastikan keceriaan dan keindahan dewan sekolah.2. Merancang penggunaan dewan secara optimum.3. Merancang dan menyediakan Jadual Penggunaan Dewan untuk kegunaan guru dan

pelajar.4. Mengemaskini data dan maklumat paparan di dalam dan luar dewan.5. Memastikan dewan sentiasa bersih dan teratur untuk kegunaan perhimpunan mingguan

dan majlis sekolah.6. Memastikan kemudahan asas seperti kipas dan lampu dalam dewan ada, cukup dan

berfungsi dengan baik.7. Memastikan alatan.perabot seperti kerusi dan meja ada dan cukup untuk kegunaan majlis

sekolah dan peperiksaan awam.8. Menyediakan laporan berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan dewan seperti yang

diarahkan.9. Melaksanakan arahan Pengetua dari masa ke semasa.

7. JK SISTEM PEMBESAR SUARA (P.A SYSTEM)

1. Bertanggungjawab untuk memastikan sistem pembesar suara di dewan berfungsi dengan baik untuk kegunaan perhimpunan rasmi dan majlis sekolah.

2. Bertanggungjawab untuk memastikan sistem pembesar suara di Bilik Gerakan berfungsi dengan baik untuk kegunaan mesyuarat, kursus dan majlis sekolah.

3. Merekodkan butir-butir peralatan di dalam buku stok.4. Melakukan pemeriksaan untuk memastikan sistem pembesar suara sentiasa berfungsi

dengan baik.5. Memastikan sistem pembesar suara dikendalikan dengan betul untuk mengelakkan

kerosakan.6. Memberi penerangan yang jelas kepada pengguna-pengguna sistem pembesar suara di

dewan dan Bilik Gerakan.

2

Page 3: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

7. Memaklumkan kepada Pengetua jika berlaku kerosakan sistem pembesar suara untuk tindakan selanjutnya.

8. Menyediakan laporan berkaitan pengurusan penggunaan sistem pembesar suara seperti yang diarahkan.

9. Melaksanakan arahan Pengetua dari masa ke semasa.

8. JK LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) / PEMBANGUNAN STAFF

1. Merancang dan melaksanakan program atau aktiviti yang dapat meningkatkan keupayaan dan motivasi dalam kerjaya perguruan.

2. Merancang dan melaksanakan kursus, seminar, in-house-training bagi keperluan guru-guru di sekolah.

3. Bekerjasama dengan pentadbir sekolah untuk mengenalpasti keperluan kepada kemahiran dalam usaha meningkatkan martabat profesion keguruan.

4. Menyampaikan maklumat mengenai peluang melanjutkan pelajaran, kursus atau seminar peningkatan kerjaya guru.

5. Memberi galakan dan sokongan kepada guru-guru yang ingin meningkatkan kemahiran dan ilmu demi meningkatkan kerjaya keguruan.

6. Bekerjasama dengan pihak pentadbir untuk melahirkan guru-guru yang benar-benar memahami matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan.

7. Merancang dan melaksanakan program-program yang dapat memberikan ilmu pengetahuan terkini kepada guru-guru mengenai matlamat dan objektif sekolah.

8. Melaksanakan arahan Pengetua dari masa ke semasa.

9. JK PENGURUSAN BILIK GERAKAN

1. Bertanggungjawab untuk memastikan keceriaan dan keindahan bilik gerakan.2. Memastikan alatan/perabot seperti kerusi dan meja ada, cukup dan berfungsi dengan baik.3. Memastikan kemudahan asas seperti lampu dan kipas ada, cukup dan berfungsi dengan

baik.4. Merancang bilik gerakan digunakan secara optimum.5. Merancang dan menyediakan Jadual Penggunaan Bilik Gerakan untuk kemudahan guru dan

pengguna.6. Mengemaskini data dan maklumat paparan berkaitan dalam bilik gerakan.7. Memastikan bilik gerakan sentiasa bersih, kemas dan teratur untuk tujuan mesyuarat,

perbincangan dan majlis sekolah.8. Memastikan data dan maklumat seperti analisa peperiksaan awam, struktur organisasi

pentadbiran sekolah, aktiviti kokurikulum dan enrolmen murid dipaparkan dalam bilik gerakan.

9. Menjadikan bilik gerakan sebagai pusat untuk merancang kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah.

10. Melaksanakan arahan Pengetua dari masa ke semasa.

10. JK KELAB BILIK GURU

1. Melantik Jawatankuasa Bilik Guru pada awal tahun dan dimaklumkan kepada Pengetua untuk pengesahan.

2. Bertanggungjawab di atas segala hal kebajikan, kesihatan dan ehwal semasa ahli kelab bilik guru seperti jamuan perpisahan/tahunan, cenderahati perkahwinan, cenderahati anak baru lahir, derma kecemasan kematian/kemalangan dan rawatan hospital (kunjungan).

3. Mengadakan sudut bacaan dengan meletakkan bahan bacaan seperti akhbar harian, majalah dan jurnal bagi dijadikan rujukan guru-guru.

4. Mengadakan perbincangan dengan Pengetua bagi setiap program Kelab Bilik Guru yang hendak dilaksanakan.

5. Menjadi wakil rasmi guru dalam setiap pertemuan, perbincangan dan mesyuarat dengan pentadbir.

6. Melaksanakan arahan Pengetua dari masa ke semasa.

11. JK AKSES INTERNET

1. Mengelolakan bilik akses internet secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dan keberkesanan dalam pembelajaran dan pengajaran.

2. Membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam penggunaan komputer dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan teknologi maklumat.

3. Merancang dan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk meningkatkan kemudahan teknologi maklumat.

3

Page 4: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

4. Menyelaras penggunaan bilik akses internet dengan menyediakan jadual penggunaannya.

5. Merancang dan menganjurkan kursus yang berkaitan dengan teknologi maklumat untuk guru-guru.

6. Membantu guru-guru cara menggunakan komputer dan aspek berkaitan teknologi dengan betul agar guru memperolehi faedahnya.

7. Membantu guru menguasai kemahiran dalam teknologi maklumat untuk meningkatkan mutu pendidikan dan taraf profesionalisme guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara.

8. Menjadikan bilik akses internet sebagai pusat mengumpul, menyebar berbagai maklumat yang diuruskan secara sistematik bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

9. Mengemaskini stok dan inventori peralatan dalam bilik akses internet.10. Merekod dan menilai keberkesanan bilik akses internet dalam membantu pengajaran dan

pembelajaran.11. Mengikuti perubahan baru dalam teknologi maklumat dan menyalurkannya kepada guru-

guru dan kakitangan sekolah dari semasa ke semasa.12. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua.

12. JK PENGURUSAN BILIK MESYUARAT EKSEKUTIF

1. Bertanggungjawab untuk memastikan keceriaan dan keindahan bilik mesyuarat.2. Memastikan alatan/perabot seperti kerusi dan meja ada, cukup dan berfungsi dengan

baik.3. Memastikan kemudahan asas seperti lampu dan kipas ada, cukup dan berfungsi baik.4. Merancang bilik mesyuarat digunakan secara optimum.5. Merancang dan menyediakan Jadual Penggunaan Bilik Mesyuarat Eksekutif untuk

kemudahan guru dan pengguna.6. Mengemaskini data dan maklumat paparan berkaitan dalam bilik mesyuarat.7. Memastikan bilik mesyuarat sentiasa bersih, kemas dan teratur untuk tujuan mesyuarat,

perbincangan dan majlis sekolah.8. Memastikan data dan maklumat guru dan kakitangan sokongan dipaparkan dalam bilik

mesyuarat.9. Menjadikan bilik mesyuarat sebagai pusat untuk merancang kejayaan dalam kurikulum

dan kokurikulum sekolah.10. Melaksanakan arahan Pengetua dari masa ke semasa.

13. JK SAMBUTAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

1. Bertanggungjawab merancang dan membentuk Jawatankuasa Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan.

2. Merancang agihan tugas jawatankuasa dengan mengadakan perbincangan dan mesyuarat.

3. Membentuk panel penilai penerima anugerah kecemerlangan.4. Menetapkan kriteria pemilihan calon anugerah kecemerlangan.5. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sempena Hari Anugerah Kecemerlangan.6. Memastikan pergerakan dan perjalanan aktiviti dilaksanakan dengan lancar.7. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

4

Page 5: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

PANDUAN TUGAS UNIT KURIKULUM

1. JK JADUAL WAKTU MENGAJAR

1. Bertanggungjawab merancang dan mengurus penyusunan jadual waktu kelas dan jadual waktu guru mata pelajaran.

2. Mengenalpasti guru-guru yang akan mengajar mata pelajaran tertentu dengan bantuan Ketua Panitia Mata Pelajaran.

3. Merancang pengurusan pengajaran dan pembelajaran guru-guru mengikut opsyen dan keperluan semasa.

4. Mengenalpasti kekurangan/kekosongan guru bagi mata pelajaran tertentu dan membuat pindaan yang sesuai pada jadual waktu.

5. Mengedar kepada guru-guru jadual waktu yang telah lengkap untuk disemak/rujukan.6. Membuat pengubahsuaian / pindaan sekiranya berlaku pertindihan masa.7. Mendokumentasikan jadual waktu kelas dan jadual waktu guru untuk rujukan Pengetua,

GPK 1, GPK HEM, GPK Koku dan GKMP.8. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

2. JK PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Tugas dan tanggungjawab Guru Perpustakaan:1. Bertanggungjawab membuat anggaran perbelanjaan dengan menyenaraikan bahan

bercetak dan alatan yang patut dibeli.2. Menguruskan perlantikan pengawas perpustakaan dan melatih mereka yang baru

dilantik supaya mahir dengan peraturan penggunaan perpustakaan.3. Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan dan menampal di papan

kenyataan.4. Menyediakan kad pinjaman buku dan dilabelkan untuk rekod pinjaman buku.5. Melabelkan setiap buku mengikut kod dan nombor siri berdasarkan buku panduan

pengendalian perpustakaan sekolah.6. Membuat pesanan buku dengan berhubung dengan guru mata pelajaran dalam

memilih buku dan majalah untuk kegunaan di perpustakaan.7. Merujuk Pengetua sebelum membuat pesanan buku dan majalah.8. Memeriksa buku-buku yang dibekalkan oleh pembekal bagi memastikan bilangan

diterima cukup dan dalam keadaan baik.9. Merekodkan bilangan pengguna perpustakaan pada setiap kali perpustakaan dibuka.10. Menyemak dan meneliti senarai peminjam buku dan senarai kekerapan pelajar

meminjam buku perpustakaan.11. Membaiki buku-buku yang rosak dan menjilidnya semula.12. Menentu dan menjamin segala harta dan perabut dalam perpustakaan sentiasa baik

dan berfungsi.13. Memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna ketika mereka menggunakan

perpustakaan.14. Menyimpan guntingan akhbar mengenai maklumat atau isu penting sebagai rujukan.15. Menyemak dan menutup stok pada setiap akhir tahun.16. Menyemak dan mencadangkan buku lama dan rosak untuk dihapuskira dengan

merujuk kepada Pengetua.17. Meningkatkan mutu perkhidmatan penggunaan perpustakaan dengan menceriakan

dan mengindahkan ruang dalaman perpustakaan.18. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

2. Tugas dan Tanggungjawab Guru Media / APD / ABM

1. Bertanggungjawab menguruskan penggunaan bilik APD dan membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk membeli alatan / bahan ABM.

2. Merancang dan menguruskan perkhidmatan yang sesuai serta mendapatkan nasihat / bimbingan melalui Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN)

3. Menyenaraikan sebut harga bagi alatan / bahan yang hendak dibeli dan merujuk kepada Pengetua.

4. Memastikan alatan / bahan ABM yang diterima dari pembekal mencukupi dan dalam keadaan baik.

5. Menyediakan katalog bagi semua bahan yang ada dan menyimpan rekod penggunaan bahan-bahan oleh guru mata pelajaran.

6. Merekodkan terimaan bahan / alatan ke dalam buku stok dan menyediakan rekod pinjaman.

7. Memastikan alat / bahan ABM yang dipinjam dan dipulangkan dalam keadaan baik dan ikut tempoh masa pinjaman.

5

Page 6: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

8. Memastikan alatan / bahan ABM disimpan di tempat yang sesuai dan selamat.9. Memastikan alatan / bahan ABM diselenggarakan dengan baik dan selamat.10. Membuat jadual penyelarasan penggunaan bilik APD dengan menyediakan jadual

waktu siaran TV Pendidikan dengan jadual waktu sekolah.11. Merakam dan melabel setiap rancangan siaran yang bersesuaian (jika diminta).12. Membantu pihak pentadbir sekolah untuk menerbitkan alatan / bahan ABM (bercetak

dan bukan bercetak) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (jika diarahkan).13. Mengumpul alatan / bahan ABM untuk disenarai, dikelasifikasi dan dikatalog untuk

tujuan rujukan.14. Melatih guru cara menggunakan alatan / bahan media seperti OHP, slaid, cakera

padat, LCD dan filem jalur.15. Menyimpan rekod dan melaksanakan penilaian tentang keberkesanan alatan / bahan

media yang telah dihasilkan.16. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

3. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN AWAM

1. Membantu Pengetua dalam urusan pentadbiran dan pengurusan peperiksaan awam.2. Memberi taklimat kepada guru dan pelajar berhubung dengan peperiksaan awam.3. Menyedia, menyemak dan memastikan borang pendaftaran kemasukan peperiksaan diisi

dengan lengkap dan betul.4. Memastikan penghantaran dokumen pendaftaran kemasukan peperiksaan awam

diserahkan ke Unit Peperiksaan dan Penilaian JPNJ mengikut tarikh yang ditetapkan.5. Menguruskan calon peperiksaan awam berpindah pusat atau calon tumpang.6. Mengedar Jadual Waktu Peperiksaan awam dan slip kenyataan kemasukan peperiksaan

awam kepada pelajar dan memberi taklimat tentang masa, mata pelajaran dan peraturan peperiksaan.

7. Menyediakan senarai giliran guru bertugas dan laporan guru bertugas pada hari peperiksaan awam.

8. Menyediakan dewan peperiksaan dan bilik-bilik peperiksaan serta peralatan yang diperlukan.

9. Menampal slip kenyataan kemasukan peperiksaan di meja calon dengan bantuan guru kelas masing-masing.

10. Menyediakan pelan tempat duduk calon peperiksaan dan ditampal di luar dewan / bilik-bilik peperiksaan.

11. Menyediakan papan tanda memaklumkan kawasan larangan dan jangan bising di tempat-tempat tertentu.

12. Bekerjasama dengan Ketua Pengawas Peperiksaan awam dalam segala urusan berkaitan pengesahan calon untuk memastikan kelancaran peperiksaan awam.

13. Mengumpul dan menyimpan kertas-kertas soalan peperiksaan awam.14. Menguruskan dan mengedarkan slip keputusan peperiksaan awam kepada pelajar

dengan dibantu oleh guru kelas masing-masing.15. Menguruskan penyemakan keputusan peperiksaan awam sekiranya ada permohonan

dibuat serta-merta.16. Membuat analisa keputusan peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Pengetua

sekolah.17. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari

semasa ke semasa.

4. SETIAUSAHA PEPERIKSAAN DALAMAN

1. Membantu Pengetua dalam pengendalian berkaitan Ujian Formal, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan PMR, SPM dan STPM.

2. Menyediakan takwim bagi pelaksanaan ujian dan peperiksaan untuk guru dan pelajar.3. Menguruskan penyediaan jadual waktu ujian dan peperiksaan dalaman dan merujuk

kepada Pengetua sekolah untuk pengesahan.4. Mengendalikan urusan persiapan dan pengedaran kertas ujian dan peperiksaan

dilaksanakan dengan kawalan dan keselamatan rapi.5. Menyediakan senarai nama guru penyedia soalan ujian dan peperiksaan dengan merujuk

kepada Guru Kanan Mata Pelajaran.6. Mengumpul dan menyimpan dua set soalan ujian / peperiksaan dalaman.7. Membantu menentukan tarikh akhir markah ujian / peperiksaan diserahkan kepada guru

kelas untuk tindakan penyediaan keputusan ujian / peperiksaan pelajar.8. Membantu menentukan tarikh persiapan dan penyediaan keputusan ujian / peperiksaan

pelajar untuk dimasukkan ke dalam Penyata Kemajuan Pelajar dengan dibantu guru kelas masing-masing.

6

Page 7: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

9. Menyelaras dan mengumpul maklumat keputusan ujian / peperiksaan daripada guru-guru kelas untuk tujuan membuat analisa keseluruhan.

10. Membuat analisa keputusan ujian / peperiksaan dalaman dan memaklumkan kepada Pengetua sekolah.

11. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

5. PENYELARAS TINGKATAN / HEADCOUNT

1. Membantu Setiausaha Headcount mengutip data bagi tujuan Head Count.2. Membantu Setiausaha Headcount mengenalpasti potensi pelajar dalam pencapaian

akademik.3. Membantu Setiausaha Headcount menyediakan Head Count.4. Membantu Setiausaha Headcount mengumpul dan mengurus data dan maklumat

daripada guru kelas dan Ketua Panitia untuk tujuan pengurusan dan penyediaan Head Count selepas ujian / peperiksaan dilaksanakan.

5. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

6. PENYELARAS PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

1. Merancang program kecemerlangan pelajar dengan menyediakan kertas kerja cadangan dan merujuk kepada Pengetua sekolah.

2. Memberi taklimat kepada guru dan pelajar berkaitan program kecemerlangan akademik yang akan dilaksanakan.

3. Memaklumkan secara bertulis kepada ibu/bapa/penjaga pelajar dan menyediakan borang kebenaran menyertai program akademik.

4. Berhubung erat dengan Setiausaha Kurikulum dalam melaksanakan program kecemerlangan akademik.

5. Memantau dan memastikan pelaksanaan program akademik berjalan lancar.6. Mencadangkan AJK Pelaksana program kecemerlangan akademik dengan merujuk

kepada Pengetua sekolah.7. Memastikan kehadiran pelajar dan guru mengikuti program kecemerlangan akademik.8. Menyediakan laporan bertulis pelaksanaan program kecemerlangan akademik dan

memaklumkan kepada Pengetua sekolah.9. Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan program kecemerlangan akademik yang telah

dilaksanakan.10. Menguruskan sumber kewangan sebagai elaun untuk diagih-agihkan kepada tenaga

pengajar.11. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua sekolah.

7. KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

1. Mengendalikan mesyuarat panitia mata pelajaran mengikut jadual yang ditetapkan dan memastikan mesyuarat panitia berjalan dengan lancar.

2. Memfail dan menyimpan minit-minit mesyuarat mata pelajaran dan menyerahkan salinan kepada Setiausaha Kurikulum dan Guru Kanan Mata Pelajaran bidang masing-masing.

3. Memastikan HSP disimpan dan dimiliki oleh semua guru mata pelajaran dan mematuhi kehendak-kehendak sukatan pelajaran tersebut.

4. Mengemaskini Rancangan Pelajaran Tahunan dan memastikan semua guru mata pelajaran mendapatkan salinan yang lengkap dikemaskini.

5. Menyediakan program kurikulum mata pelajaran bagi semua tingkatan setelah berbincang dengan Guru Kanan Mata Pelajaran dan menyerahkan kertas kerja program kepada GKMP / Setiausaha Kurikulum pada masa yang ditetapkan.

6. Mengagihkan tugas menyediakan soalan-soalan peperiksaan kepada guru mata pelajaran panitia masing-masing dan menyemak serta mengesahkan semua soalan-soalan peperiksaan tersebut sebelum diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman.

7. Menentukan bahan bacaan / rujukan yang sesuai dibeli oleh pihak sekolah dengan mengadakan perbincangan bersama guru mata pelajaran masing-masing.

8. Memberikan pendapat dan pandangan berkaitan bahan bacaan / rujukan kepada Guru Perpustakaan dan Media untuk kegunaan perpustakaan bagi tujuan rujukan guru dan pelajar.

9. Mengkaji dan menentukan jenis buku-buku kerja / latihan dan jumlah latihan secukupnya untuk meningkatkan pencapaian cemerlang bagi mata pelajaran masing-masing.

10. Mengkaji dan menilai keberkesanan penggunaan buku teks yang digunakan di sekolah dengan cara membuat pemantauan dan pencerapan PnP guru-guru mata pelajaran masing-masing.

7

Page 8: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

11. Menyemak dan mengemaskini fail-fail panitia mata pelajaran masing-masing yang diletakkan di bilik GKMP.

12. Membantu GKMP : Merangkakan strategi-strategi peningkatan mata pelajaran dan mengadakan

perancangan dan penyelarasan PnP mata pelajaran masing-masing Merancang aktiviti-aktiviti untuk panitia mata pelajaran dan persatuan di bawah

jagaan panitia Menyediakan anggaran belanjawan tahunan bagi kegunaan dan keperluan

pengajaran dan pembelajaran Mencadangkan dan menyediakan alat pandang dengan (APD), alat bantu mengajar

(ABM) dan bahan-bahan keperluan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Merancang dan mengelolakan program pengkayaan bagi meningkatkan prestasi akademik sekolah dan program pemulihan selaras dengan keperluan keadaan, contoh : Kelas PROBAL. Perkhemahan Subjek, Program One 2 One Coach dan sebagainya.

Mengagihkan tugas pengajaran kepada guru-guru untuk bidangnya. Mencadangkan agihan tugas mengajar mata pelajaran bagi setiap tingkatan mengikut

kepakaran guru mata pelajaran masing-masing. Merancang perkembangan ahli panitia dengan mengadakan 'in-house-training' atau

kursus-kursus berkaitan termasuk refresher course untuk guru-guru panitia dalam apa jua perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

13. Dalam pengurusan peperiksaan dan penilaian, Ketua Panitia hendaklah bertanggungjawab : Menentukan sistem penilaian seperti kekerapan ujian formal, bentuk ujian dan

prinsip/skima pemarkahan Mengagihkan tugas kepada guru panitia mata pelajaran bagi penyediaan soalan-

soalan ujian formal, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun dan mengadakan penyelarasan dalam sistem penilaian / peperiksaan dari segi skop, format kertas soalan dan skima pemarkahan.

Mengadakan post-mortem selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan para pelajar serta punca-punca kegagalan atau faktor kejayaan bagi tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Mewujudkan bank soalan berdasarkan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun serta peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM.

14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

8. GURU MATA PELAJARAN

1. Melaksanakan tugas mendidik dan mengajar mata pelajaran yang ditentukan mengikut jumlah waktu yang ditetapkan oleh Pengetua / pentadbir.

2. Membuat persediaan mengajar lebih awal secara terancang dan rapi dan melaksanakan PnP tersebut mengikut rancangan harian yang disediakan.

3. Merancang dan menyediakan tujuan / objektif pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan tahap usia dan kebolehan penerimaan pelajar.

4. Menyedia dan menggunakan pelbagai jenis alat bantuan mengajar semasa PnP bagi memastikan kaedah penyampaian menarik dan berkesan.

5. Memastikan sukatan pelajaran disempurnakan pada tempoh waktu yang disasarkan oleh Panitia mata pelajaran masing-masing.

6. Menyediakan dan memberikan nota, latihan dan kerja rumah yang secukupnya dan memastikan semua nota, latihan dan kerja rumah disemak dan ditanda secara konstruktif dalam tempoh masa yang singkat.

7. Mengetahui aspek-aspek penting berhubung dengan mata pelajaran yang diajar, contohnya : buku-buku teks, buku-buku rujukan, peralatan / ABM , nama dan kod mata pelajaran kertas peperiksaan awam dan bentuk-bentuk soalan yang kerap diuji dan sebagainya.

8. Menghadiri kursus / seminar / mesyuarat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar apabila diarahkan oleh Pengetua dan sentiasa peka dengan perubahan semasa.

9. Memberi laporan kepada Pengetua / pentadbir dan taklimat kepada guru-guru mata pelajaran sekembalinya dari menghadiri kursus / seminar / mesyuarat berkaitan.

10. Menjalankan tugas sebagai guru relief apabila diarahkan.11. Guru-guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku-buku panduan yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri Johor / Pejabat Pelajaran Daerah mengenai pendidikan masakini.

12. Memberi kerjasama, mematuhi arahan dan melaksanakan segala aktiviti / program kurikulum yang diarahkan oleh Pengetua / pentadbir.

8

Page 9: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

13. Menganggotai dan menjalankan kegiatan-kegiatan pendidikan yang diselenggarakan oleh KPM / JPNJ / PPD.

14. Sentiasa mengikuti perkembangan / pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi tujuan meningkatkan prestasi PnP mata pelajaran masing-masing.

15. Melaporkan dan memaklumkan kepada Ketua Panitia / GKMP berkaitan masalah-masalah PnP mata pelajaran masing-masing.

16. Sentiasa memastikan keselamatan para pelajar sewaktu PnP sedang dijalankan terutama di makmal Sains, bengkel Kemahiran Hidup dan di padang sewaktu Pendidikan Jasmani.

17. Mengenalpasti kebolehan dan kelemahan pelajar di dalam mata pelajaran yang diajar dan membantu kerja-kerja pemulihan yang dianjurkan oleh panitia mata pelajaran masing-masing.

18. Menyedia, memproses dan menyiapkan soalan-soalan beserta skima jawapan bagi ujian formal, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun serta peperiksaan percubaan (ting 3, 5 & 6 Atas) mengikut agihan tugas penyedia soalan yang ditetapkan oleh panitia mata pelajaran masing-masing.

19. Menjalankan kerja-kerja pengawasan peperiksaan dalaman seperti yang diarahkan oleh Pengetua.

20. Memproses kertas-kertas jawapan peperiksaan dengan cara memeriksa dan menanda kertas jawapan pelajar, menggredkan markah pelajar, menyerahkan markah ujian/peperiksaan kepada guru kelas dan mengemaskini Headcount berdasarkan markah ujian/peperiksaan berkaitan.

21. Menyelaraskan dan melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi mata pelajaran tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

22. Menjalankan aktiviti kokurikulum akademik di dalam dan di luar sekolah sebagaimana arahan oleh KPM/JPNJ/PPD; contoh : Bahas Ala Parlimen, Pidato Piala Diraja, Kuiz Sejarah, Choral Speaking dan sebagainya.

23. Membantu Guru Perpustakaan & Media, Guru Penyelaras APD menjaga keselamatan dan kebersihan ABM yang digunakan, memastikan bahawa ABM berfungsi dengan baik selepas digunakan dan bertanggungjawab membantu menambahkan ABM bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

24. Membantu dan membimbing pelajar menyediakan sudut-sudut info mata pelajaran di dalam kelas yang diajar.

25. Bertanggungjawab menjaga disiplin dan keselamatan pelajar sepanjang proses PnP dilaksanakan dan memastikan semua pelajar mematuhi peraturan sekolah.

26. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar di dalam kelas yang diajar.

27. Membantu merancang aktiviti-aktiviti atau program-program motivasi kepada semua pelajar di dalam kelas yang diajar.

28. Mengenalpasti pelajar bermasalah sama ada dari segi akademik, disiplin ataupun peribadi dan merujuk kepada Unit Kaunseling.

29. Membantu Guru Penyelaras Ponteng merekodkan ketidakhadiran pelajar di dalam kelas yang diajar di dalam buku Rekod Pengesanan PnP.

30. Sentiasa bersedia melaksanakan arahan Pengetua dari semasa ke semasa.

9

Page 10: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

9. PANDUAN AM BUKU REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR GURU

1.1 Semua buku rekod mengajar guru mesti disiapkan dan dihantar 2 minggu selepas mesyuarat pertama guru diadakan pada awal tahun. Pastikan butiran peribadi, jadual waktu kelas & individu, HSP & Rancangan Pelajaran Tahunan telah dilengkapkan.

1.2 Buku rekod mengajar adalah dokumen penting yang menunjukkan kerja-kerja seorang guru dan merupakan harta kerajaan. Buku rekod mengajar juga adalah dokumen penting yang dapat membantu Pengetua menilai prestasi individu dan membantu guru dalam menyediakan Sasaran Kerja Tahunan Dalaman (SKTD).

1.3 Jika guru kehilangan buku rekod mengajar, sila maklumkan dengan segera kepada Penolong Kanan 1/Pengetua sekolah.

1.4 Semua guru hendaklah melengkapkan buku rekod mengajar dan dihantar kepada Pengetua pada setiap hari Jumaat selepas jam 12.10 tengahari dan selewat-lewatnya jam 3.00 petang.

1.5 Semua guru digalakkan membaca dan memahami peraturan-peraturan yang terdapat di bahagian hadapan buku rekod mengajar guru.

1.6 Buku rekod mengajar guru boleh disampul dengan sampul plastik dan elakkan menggunakan sampul kertas berbunga supaya keterangan maklumat di kulit buku rekod mengajar dapat dilihat dengan jelas.

1.7 Guru perlu membuat persediaan awal menulis rancangan pelajaran harian supaya tidak berlaku sebarang kesulitan jika pemantauan PnP secara mengejut dilakukan.

1.8 Guru hendaklah menyediakan rancangan pelajaran harian yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar walaupun di tingkatan yang sama. Contoh : Rancangan Pelajaran Harian Ting. 3B1 hendaklah berlainan dengan Rancangan Pelajaran Harian Ting. 3B6.

1.9 Rancangan Pelajaran Harian disarankan ditulis dengan butiran seperti berikut :a. Nama kelas d. Tajuk / tema g. Nilai murnib. Nama mata pelajaran e. Objektif h. ABMc. Masa PnP f. Aktiviti i. Refleksi

1.10 Rancangan Pelajaran Harian hendaklah ditulis dahulu sebelum mengajar, jika PnP tidak dapat dilaksanakan pada hari tersebut, buat catatan dibawahnya.

1.11 Rancangan Pelajaran Harian tidak digalakkan ditaip atau ditampal, seelok-eloknya hendaklah ditulis di ruangan yang telah disediakan.

1.12 Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah dikemaskini dan ditaip dengan kemas dan terancang.

1.13 Sebarang pindaan atau perubahan berkaitan jadual waktu mengajar kelas & individu hendaklah ditulis dengan secepat mungkin di dalam buku rekod mengajar guru.

1.14 Guru Kanan Mata Pelajaran diberi kuasa oleh Pengetua untuk menyemak buku rekod mengajar guru apabila diarahkan pada bila-bila masa dan GKMP perlu membuat laporan kepada Pengetua.

1.15 Semua guru digalakkan menulis rancangan pelajaran harian dengan kemas dan terang supaya mudah dibaca.

1.16 Semua guru diingatkan JANGAN MENULIS perkataan ULANGKAJI untuk minggu –minggu tertentu sama ada sebelum atau selepas peperiksaan atau ketika hampir cuti penggal persekolahan. Rancangan harian hendaklah ditulis seperti biasa.

1.17 Semua guru bertanggungjawab ke atas buku rekod mengajar masing-masing dan pastikan guru membawa bersama buku rekod mengajar ke dalam kelas yang hendak diajar.

1.18 Guru boleh mencatatkan aktiviti mesyuarat / taklimat / seminar / kegiatan kokurikulum yang telah dihadiri pada ruangan berkaitan di dalam buku rekod mengajar guru.

1.19 Buku rekod mengajar boleh ditulis dengan nombor mengikut nombor dalam senarai nama guru dan ditulis di tubir buku.

1.20 Buku rekod mengajar hendaklah dikembalikan semula kepada Penolong Kanan 1 pada hari akhir sebelum cuti persekolahan hujung tahun bermula.

10

Page 11: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

PANDUAN TUGAS UNIT HAL EHWAL MURID

1. JK SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

1. Mengedar borang SPBT kepada semua murid melalui guru kelas masing-masing.2. Menyemak borang SPBT bagi memastikan borang diisi dengan lengkap dan betul3. Menyerahkan borang SPBT kepada pentadbir/Pengetua sekolah untuk pengesahan.4. Membuat pesanan tambahan buku teks jika berlaku pertambahan murid-murid secara

mendadak.5. Mempastikan bilangan dan jenis buku teks diterima mencukupi sebagaimana yang

tercatat dalam borang penyerahan6. Menyemak keadaan fizikal dan kualiti buku teks seperti mutu kertas yang digunakan,

kesilapan cetak, binding dan sebagainya.7. Merekodkan penerimaan buku teks ke dalam buku stok.8. Mempastikan semua buku teks dicop dan ditulis no kod dan bilangan siri bagi tiap-tiap

buku teks tersebut.9. Merekodkan buku-buku teks ke dalam SISTEK10. Menyedia dan memaklumkan peraturan penggunaan buku teks kepada semua murid

melalui guru kelas masing-masing.11. Menetapkan tarikh bagi memungut kembali buku teks daripada murid-murid melalui guru

kelas.12. Membilang dan menyemak buku yang dipulangkan sama atau tidak dengan bilangan

yang dipinjamkan.13. Mempastikan murid-murid mengganti baru buku teks yang dirosakkan dengan sengaja

atau hilang. Atau dibayar ganti rugi mengikut harga buku teks tersebut.14. Menyimpan tiap-tiap judul buku teks ikut tingkatan di tempat yang dikhaskan mengikut

urutan nombor siri.15. Menghitung jumlah tiap-tiap buku yang hendak dihapuskira dan diserahkan kepada

pentadbir/Pengetua untuk disemak.16. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

2. JK KANTIN SEKOLAH

1. Bertanggungjawab memastikan pihak kantin mematuhi segala undang-undang mengenai pengendalian kantin sekolah (rujuk buku panduan pengendalian kantin sekolah)

2. Menyampaikan maklumbalas dan nasihat daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu bapa kepada Pengetua mengenai perjalanan dan penggunaan kantin.

3. Membantu Pengetua dalam usaha perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan pengendalian kantin.

4. Melengkapkan instrumen pemantauan kantin dan menyerahkannya kepada pengusaha kantin setiap minggu.

5. Bekerjasama dengan guru bertugas dan pengawas untuk mengawal pelajar pada waktu rehat.

6. Memaklumkan pihak kantin tentang perubahan waktu rehat ketika waktu peperiksaan dan program sekolah.

7. Mengawasi pihak kantin supaya tidak menjual barang-barang larangan kepada pelajar seperti ‚junk food’, gula-gula dan makanan ringan yang tidak berkhasiat.

8. Mengawasi kebersihan kantin dan bahan jualannya setiap hari dan menentukannya dalam keadaan baik dan memuaskan.

9. Memastikan peralatan perabut di kantin sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.10. Memastikan harga makanan mengikut senarai seperti yang tercatat dalam perjanjian

kantin.11. Memaklumkan sebarang perubahan enrolmen pelajar dan guru kepada pengusaha kantin.12. Melaksanakan kegiatan-kegiatan pendidikan, kempen dan lain-lain berkaitan dengan kantin

sekolah.13. Menerima aduan, pandangan dan maklumbalas wakil pelajar, guru-guru dan kakitangan

sekolah bersabit dengan perkhidmatan kantin. Sentiasa berhubung dengan pengusaha kantin mengenai cadangan dan teguran untuk diperbaiki.

14. Membantu pihak pentadbir menguruskan urusan pengeluaran tender/kontrak mengusahakan kantin dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

15. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

11

Page 12: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

3. JK REGISTER DAN ENROLMEN BULANAN PELAJAR

1. Menyemak dan memastikan semua butiran maklumat pelajar dalam buku register telah dilengkapkan oleh guru kelas mengikut panduan yang ditetapkan.

2. Menyemak register pelajar bagi tiap-tiap kelas pada setiap akhir bulan dari Januari hingga November dan memastikan guru kelas telah melengkapkan butiran berikut :

(a)nombor daftar pelajar(b)hitung panjang kedatangan(c) peratus kedatangan(d)Jumlah pelajar dalam daftar(e)Bilangan murid masuk dan keluar(f) Jumlah hari belajar(g)Tandatangan guru

3. Menyemak dan mengutip penyata bulanan tiap-tiap kelas pada setiap akhir bulan dan menyerahkannya kepada Penolong Kanan HEM.

4. Mengingatkan guru kelas supaya merekodkan kehadiran pelajar selewat-lewatnya pada akhir masa kedua.

5. Memastikan buku register diletakkan di tempat yang disediakan sepanjang masa.6. Memastikan maklumat pelajar baru khususnya Tingkatan Satu direkodkan dalam Buku

Pendaftar Pelajar selewat-lewatnya dua minggu selepas sesi persekolahan dibuka.7. Menyediakan borang enrolmen pelajar dan diedarkan kepada semua guru kelas untuk

dilengkapkan.8. Menyediakan borang perangkaan kehadiran harian pelajar mengikut tingkatan dan

menyemak untuk tindakan ponteng sekolah.9. Mencatatkan enrolmen pelajar di Papan Kenyataan Enrolmen Pelajar pada setiap akhir

bulan mengikut kelas, jantina dan ras.10. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

4. JK BIASISWA DAN KEBAJIKAN PELAJAR

1. Bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang layak menerima biasiswa BKP / Dato’ Onn / YPJ atau bantuan persekolahan yang lain dengan dibantu guru kelas.

2. Mengedarkan borang permohonan biasiswa kepada pelajar melalui guru kelas.3. Mengendalikan urusan pemprosesan permohonan biasiswa dan bantuan persekolahan

yang lain dengan membentuk Jawatankuasa Pemilihan Biasiswa peringkat sekolah dan disahkan oleh pentadbir sekolah.

4. Melengkapkan borang khas biasiswa dengan senarai nama pelajar yang terpilih menerima biasiswa dan dirujuk kepada pentadbir/Pengetua.

5. Memaklumkan kepada pelajar yang terpilih menerima biasiswa supaya membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional bagi mengkreditkan wang biasiswa.

6. Merekodkan maklumat penerima biasiswa dan disimpan di pejabat sekolah.7. Menguruskan laporan kewangan bagi penerima biasiswa yang bertukar sekolah dan

memaklumkan ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pelajaran atau agensi yang memberi bantuan biasiswa.

8. Melengkapkan sistem maklumat biasiswa berkomputer seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pelajaran.

9. Menyimpan buku akaun penerima biasiswa dan mengawal selia pengeluaran wang oleh pelajar.

10. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar seperti pungutan derma kilat untuk pelajar / keluarga pelajar yang ditimpa kematian, kemalangan, bencana alam atau musibah besar dengan dibantu guru kelas.

11. Mengenalpasti, memilih dan menguruskan bantuan oleh agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Agama Islam dan lain-lain dengan bantuan guru kelas.

12. Menguruskan pungutan derma bagi membantu badan luar sekolah seperti Pertubuhan Anak Yatim, Persatuan Bekas Perajurit dan sebagainya.

13. Merancang aktiviti / program untuk mengisi dana kebajikan pelajar dengan bantuan guru kelas.

14. Mengedarkan borang pemeriksaan mata untuk mendapatkan bantuan cermin mata daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan bantuan guru kelas.

15. Membuat bancian / enrolmen pelajar kurang mampu, anak yatim dan merekodkannya untuk tindakan selanjutnya dengan bantuan guru kelas.

16. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

5. JK SEKOLAH 3K (KEBERSIHAN / KESELAMATAN / KESIHATAN )

1. Bertanggungjawab memastikan keselamatan bangunan, harta benda dan semua peralatan sekolah daripada kebakaran.

12

Page 13: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

2. Memeriksa dan memastikan alat pemadam api ada, mencukupi dan berfungsi dengan baik.

3. Merancang dan menyediakan pelan kecemasan pergerakan penghuni sekolah jika berlaku kebakaran.

4. Menjalankan dan menyelia latihan kebakaran (fire drill) sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

5. Merancang dan menyediakan peraturan-peraturan berhubung dengan keselamatan dan latihan kebakaran.

6. Memastikan pelan dan peraturan keselamatan ada di semua bilik darjah dan tempat-tempat strategik di sekolah serta difahami semua pihak.

7. Memberi taklimat pergerakan latihan kebakaran dan latihan menggunakan alat pemadam kebakaran kepada setiap warga sekolah pada masa dan tarikh yang ditetapkan.

8. Mengambil tindakan yang difikirkan perlu dan sesuai seperti yang diarahkan oleh Pengetua.

9. Memastikan aspek-aspek keselamatan pelajar di sekolah dalam keadaan baik.10. Memastikan pelajar mematuhi peraturan penggunaan makmal, penggunaan kenderaan

bermotor dan tempat meletak motosikal pelajar.11. Mengadakan taklimat, penerangan, kempen keselamatan dengan dibantu agensi

berkaitan kepada semua pelajar dari semasa ke semasa.12. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

6. JK PAPAN KENYATAAN

1. Bertanggungjawab merancang dan menyediakan Papan Kenyataan untuk unit kurikulum, unit hal-ehwal murid, unit ko-kurikulum dan info semasa.

2. Memastikan label nama pada setiap unit berkaitan ada ditampal di Papan Kenyataan.3. Memastikan ukuran pembahagian papan kenyataan bagi setiap unit adalah seimbang dan

mencukupi.4. Memastikan maklumat di papan kenyataan sentiasa dikemaskini contohnya carta

organisasi, aktiviti tahunan dan makluman pertandingan ko-kurikulum akademik.5. Memberi taklimat kepada Pengerusi dan Setiausaha unit ko-kurikulum berkaitan

menyediakan dan melengkapkan maklumat kelab/persatuan dan unit beruniform.6. Memantau penggunaan papan kenyataan dan sentiasa berhubung dengan guru

penasihat / AJK persatuan/kelab dan unit beruniform supaya papan kenyataan sentiasa dioptimumkan penggunaannya.

7. Memastikan papan kenyataan sentiasa menarik minat pelajar mendapatkan info semasa yang betul dan tepat.

8. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

7. JK PROGRAM SELEPAS PMR

1. Bertanggungjawab merancang program pengisian aktiviti berfaedah kepada pelajar selepas peperiksaan PMR berakhir.

2. Merancang dan menguruskan program berkaitan dengan bantuan guru mata pelajaran Tingkatan Tiga dan guru kelas.

3. Memastikan semua pelajar Tingkatan Tiga hadir dan menyertai aktiviti yang dianjurkan.4. Memastikan keselamatan semua pelajar Tingkatan Tiga semasa menyertai aktiviti yang

dianjurkan dengan bantuan guru kelas dan guru mata pelajaran Tingkatan Tiga.5. Menyediakan laporan bertulis untuk makluman Pengetua.6. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan aktiviti yang dijalankan.7. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

8. JK KESIHATAN PELAJAR / PERLINDUNGAN PELAJAR (TAKAFUL)

1. Bertanggungjawab memastikan semua pelajar ada dokumen seperti Buku Kesihatan Murid dan Kad 001 dengan bantuan guru kelas.

2. Memastikan urusan rawatan kesihatan pelajar secara percuma dianjurkan Kementerian Kesihatan dilaksanakan dengan baik.

3. Menyediakan tempat yang selesa dan sesuai untuk pegawai perubatan dan kakitangan Kementerian Kesihatan menjalankan tugas memeriksa kesihatan pelajar.

4. Memastikan urusan rawatan pelajar dikendalikan dengan baik dan terancang dengan bantuan guru kelas dan guru mata pelajaran berkaitan.

5. Memastikan Bilik Sakit Pelajar ada dan berfungsi baik.6. Memastikan Bilik Sakit Pelajar tidak disalahgunakan oleh pelajar contohnya ponteng

kelas.7. Memastikan penggunaan Bilik Sakit Pelajar direkodkan dan buku log disimpan dengan

baik.8. Memastikan semua pelajar telah dilindungi dengan skim takaful pelajar.

13

Page 14: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

9. Menguruskan urusan tuntutan takaful jika ada sebarang permohonan tuntutan dibuat oleh pelajar/waris pelajar.

10. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

9. JK SISTEM MAKLUMAT MURID

1. Bertanggungjawab mengedarkan borang BMM / SMM kepada semua guru kelas dengan dibantu AJK setiap tingkatan.

2. Memberi taklimat kepada semua guru kelas berkaitan pengisian maklumat borang BMM / SMM dengan dibantu AJK setiap tingkatan.

3. Memastikan borang BMM / SMM dikutip kembali daripada pelajar dengan dibantu guru kelas dan AJK setiap tingkatan.

4. Menyemak dan memastikan maklumat pada borang BMM / SMM telah lengkap dan betul dengan bantuan AJK setiap tingkatan.

5. Merekodkan maklumat BMM / SMM ke dalam sistem berkomputer dengan bantuan AJK setiap tingkatan.

6. Memastikan maklumat BMM / SMM bercetak difailkan dan disimpan untuk kegunaan pejabat.

7. Memastikan maklumat BMM / SMM sentiasa dikemaskini dan dimaklumkan kepada Penolong Kanan HEM dan Pengetua.

8. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

10. JK SSDM

1. Bertanggungjawab merekodkan kesalahan disiplin pelajar ke dalam sistem yang diarahkan oleh pihak Jabatan.

2. Memastikan rekod sentiasa dikemaskini pada setiap akhir bulan.3. Memastikan maklumat yang direkodkan adalah betul dan tepat.4. Memastikan maklumat bercetak SSDM disertakan dengan setiap permohonan pelajar

bertukar sekolah.5. Memberi taklimat kepada guru kelas berkaitan pengisian data ke dalam sistem SSDM.6. Menyediakan laporan maklumat SSDM yang dikemaskini pada akhir setiap bulan dan

diserahkan kepada Penolong Kanan HEM dan Pengetua.7. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

11. JK KECERIAAN DAN KEBERSIHAN BILIK DARJAH

1. Bertanggungjawab merancang dan mencadangkan pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang untuk menceriakan bilik darjah.

2. Memastikan setiap bilik darjah telah menyediakan jadual bertugas harian membersih dan menceriakan bilik darjah masing-masing.

3. Menyediakan borang pemantauan kebersihan dan keceriaan bilik darjah.4. Memantau dan memeriksa kebersihan dan keceriaan bilik darjah pada setiap minggu dengan

bantuan guru bertugas mingguan.5. Mengumumkan laporan kebersihan dan keceriaan bilik darjah pada setiap perhimpunan

mingguan.6. Memastikan persekitaran sekolah dan bilik darjah dalam keadaan bersih dan ceria sesuai untuk

melaksanakan pembelajaran dan pengajaran.7. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

12. JK PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN

1. Bertanggungjawab merancang dan membentuk Jawatankuasa Sambutan Kemerdekaan.2. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sempena bulan kemerdekaan di peringkat

sekolah.3. Memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan

bantuan semua guru mata pelajaran Sejarah dan AJK yang dibentuk.4. Memastikan bendera negeri dan kebangsaan dipasang di persekitaran sekolah untuk

mewujudkan suasana bulan kemerdekaan.5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

13. JK DISIPLIN DAN PENGAWAS

1. Membantu Pengetua dalam memastikan peraturan dan undang-undang sekolah dipatuhi pelajar.

2. Bekerjasama dengan guru bertugas mingguan dan Lembaga Pengawas Sekolah untuk mengawal pelajar pada hari perhimpunan dan majlis-majlis sekolah.

14

Page 15: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

3. Membantu Pengetua mengesan, menyiasat salahlaku disiplin yang besar yang boleh membawa kepada hukuman gantung sekolah atau dibuang sekolah dan mengesahkan kesalahan tersebut untuk tindakan.

4. Merekodkan kesalahan, hukuman atau denda yang telah dikenakan ke atas pelajar dalam sistem SSDM.

5. Mencadangkan dan membuat pemilihan pelajar bagi tujuan pelantikan pengawas sekolah.6. Melengkapkan Sistem Maklumay Disiplin Murid (SSDM) 4 kali setahun untuk dihantar ke PPD

dan JPNJ.7. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Disiplin & Pengawas secara rutin atau

berkala seperti yang diarahkan.8. Melaksanakan hukuman disiplin ke atas pelajar berdasarkan timbang tara dan jenis salahlaku

dengan merujuk kepada Pengetua sekolah.9. Memantau disiplin dan sahsiah pelajar sepanjang waktu persekolahan.10. Bertindak sebagai penyelaras antara guru-guru, ibu bapa, pelajar dan pentadbir sekolah dalam

mengendalikan hal ehwal sahsiah pelajar.11. Membantu pentadbir sekolah mewujudkan semangat kesetiaan, kekitaan dan budaya SMKTD

di kalangan pelajar dan warga sekolah.12. Membantu menyelaras dan mengelolakan program-program peningkatan disiplin di kalangan

pelajar termasuk program dalaman dan anjuran PPD / JPNJ.13. Sentiasa peka dan bertindak segera serta bekerjasama dalam menangani semua

permasalahan disiplin pelajar.14. Mematuhi dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke

semasa.

14. GURU KELAS

1. Merekodkan dan melengkapkan maklumat butiran pelajar dalam buku Jadual Kehadiran terutama bilangan daftar masuk, bayaran tambahan, sumbangan tetap PIBG dan butir-butir peribadi.

2. Mencatatkan kehadiran harian pelajar dengan menanda di ruangan berkenaan.3. Menutup jadual kehadiran pelajar pada tiap-tiap akhir bulan dan menyerahkan maklumat

berkaitan kepada penyelaras Register & Enrolmen Pelajar.4. Menguruskan pertukaran pelajar pindah sekolah dengan merujuk kepada Penolong Kanan

HEM dan pelajar baru daftar dengan merekodkan dalam buku Daftar Masuk Pelajar.5. Menghubungi dan memaklumkan kepada ibu/bapa/penjaga pelajar jika ada mana-mana

pelajar tidak hadir ke sekolah lebih dari 3 hari tanpa sebarang kenyataan lisan atau bertulis.6. Membantu Penyelaras Ponteng merekodkan maklumat ponteng harian.7. Menguruskan maklumat ponteng sekolah dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan.8. Mengutip bayaran tambahan khas sekolah mengikut masa yang ditetapkan dan merekodkan

dalam rekod kutipan yuran sekolah serta menyerahkan kepada Pembantu Tadbir pada hari tersebut.

9. Mengeluarkan resit bayaran tambahan khas sekolah kepada pelajar dan mencatatkan nombor resit di dalam buku Jadual Kehadiran Pelajar.

10. Merekodkan keputusan ujian / peperiksaan di dalam Kad Kemajuan Ujian / Penyata Kemajuan Pelajar mengikut masa yang ditetapkan.

11. Mengemaskini kad 001M dan menyerahkan kepada Kaunselor untuk disimpan. Guru Tingkatan 1 hendaklah mengarahkan pelajar membeli kad 001M daripada koperasi sekolah.

12. Memantau dan memastikan kelengkapan perabut seperti meja dan kerusi di dalam kelas sentiasa cukup dan dalam keadaan baik.

13. Memastikan dan menjaga kebersihan dan keceriaan kelas.14. Memastikan kelas sentiasa dilengkapkan dengan maklumat seperti Jadual Bertugas Harian,

Jadual Waktu Kelas dan carta organisasi. Maklumat-maklumat terkini untuk makluman pelajar dipaparkan di Papan Kenyataan kelas.

15. Menguruskan pembahagian dan peminjaman buku teks kepada pelajar.16. Mencadangkan dan menyenaraikan nama pelajar yang layak diberi bantuan biasiswa atau

bantuan persekolahan yang lain.17. Memastikan pelajar sentiasa mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan.18. Memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar sepanjang hari persekolahan.19. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

15

Page 16: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

15. KETUA WARDEN ASRAMA

1. Mewakili Pengetua / Penolong Kanan HEM seperti yang diarahkan.2. Menentukan dasar-dasar asrama yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan

Pentadbiran Asrama dilaksanakan sepenuhnya.3. Menyelia dan menyelaras tugas-tugas warden.4. Memeriksa Buku Laporan Harian Warden dan melaporkanny kepada Penolong Kanan HEM.5. Mengadakan mesyuarat dengan warden-warden asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali

dan merekodkan mesyuarat tersebut untuk dikemukakan kepada Pengetua.6. Bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin, kaunseling dan program pembangunan insan di

asrama.7. Mempastikan warden menjalankan tanggungjawabnya.8. Membantu menguruskan kemasukan penghuni baru seperti penyediaan borang / dokumen,

taklimat kemasukan dan orientasi penghuni baru dan sebagainya.9. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua.

16. PEMBANTU WARDEN ASRAMA

1. Menguatkuasakan / mempastikan peraturan asrama dipatuhi dan mengambil tindakan atas hal-hal berkaitan disiplin berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

2. Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan susulan di atas laporan harian pengawas dan ketua dormitori.

3. Menyediakan laporan harian untuk tindakan Pengetua / Penolong Kanan HEM.4. Menyelia dan memantau aktiviti-aktiviti harian dan berkala ; contohnya :

4.1 Kelas persediaan (prep hour)4.2 Waktu solat4.3 Waktu makan4.4 Kelas fardu ain / kelas agama4.5 Aktiviti gotong-royong4.6 Pertandingan antara dormitori4.7 Majlis Makan Beradab4.8 Aktiviti sukan dan kokurikulum

5. Memantau pengawas asrama bertugas menjalankan ‘roll-call’.6. Mengadakan pemeriksaan dan ‘roll-call’ mengejut.7. Menguruskan kebenaran keluar/ masuk penghuni asrama.8. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Lembaga Pengawas Asrama dan Ketua-ketua

Dormitori9. Mengadakan pemeriksaan dan membuat laporan harian dormitori, bilik-bilik khas, tandas, bilik

air, persekitaran serta dewan makan.10. Mengurus pelajar asrama sakit dan urusan berkaitan dengannya.11. Memantau dan memeriksa laporan prestasi akademik serta mengambil tindakan susulan yang

sesuai.12. Membuat persediaan untuk mesyuarat JK Pengurusan dan Pentadbiran Asrama :

12.1 Minit Mesyuarat terdahulu12.2 Laporan bulanan asrama12.3 Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikutnya.

13. Mesyuarat / Perjumpaan warden dengan Lembaga Pengawas Asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali.

14. Membantu menguruskan kemasukan penghuni asrama :14.1 Penyediaan borang / dokumen14.2 Taklimat kemasukan14.3 Orientasi penghuni baru

15. Menyediakan takwim serta Jadual Harian Asrama16. Menyediakan anggaran belanjawan aktiviti tahunan asrama.17. Mengumpul data / maklumat penghuni untuk :

17.1 Menganalisa prestasi akademik / peperiksaan17.2 Menghantar borang kutipan data asrama ke JPNJ

18. Menganjurkan aktiviti / kursus / seminar / bengkel.19. Mengadakan perjumpaan dengan waris20. Mengadakan latihan kecemasan21. Memantau peralatan , kemudahan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan.22. Menjalankan tugas- tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua.

16

Page 17: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

PANDUAN TUGAS UNIT KOKURIKULUM

1.0 JAWATAN KUASA KOKURIKULUM

1.1 Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum di peringkat sekolah.

1.2 Menyelaras program tahunan setiap unit kokurikulum.1.3 Memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan berterusan, lancar dan berkesan.1.4 Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.1.5 Menyelaras dengan pihak sekolah tentang peruntukan dan perbelanjaan kokurikulum.1.6 Menyelia rekod pengurusan kewangan gerak kerja kokurikulum dari segi pungutan dan

perbelanjaan wang.1.7 Membuat penilaian ke atas penglibatan dan pencapaian pelajar dalam penyertaan

sesuatu aktiviti kokurikulum.1.8 Mengawal pembekalan, penyimpanan dan penggunaan peralatan gerak kerja kokurikulum

dengan penyelaras-penyelaras.1.9 Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada penyelaras-

penyelaras.1.10 Memilih pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum untuk diberikan anugerah

kecemerlangan kokurikulum.

2.0 PENASIHAT PERSATUAN/ KELAB/ UNIT BERUNIFORM

2.1 Mengadakan Mesyuarat Agung kelab/ persatuan/ unit beruniform pada minggu ke-3 bulan Januari untuk melantik AJK persatuan/ kelab/ unit beruniform berkenaan.

2.2 Mengadakan peraturan/ perlembagaan.2.3 Merancang kegiatan untuk satu tahun.2.4 Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum :

2.4.1 Perlembagaan persatuan/ kelab/ unit beruniform2.4.2 Senarai AJK2.4.3 Senarai nama ahli2.4.4 Rancangan/ aktiviti tahunan

2.5 Memastikan setiap aktiviti berjalan lancar mengikut jadual. Guru penasihat hendaklah menghadiri setiap perjumpaan.

2.6 Mengawal dan mengemaskini papan kenyataan.2.7 Bertanggungjawab memberikan bimbingan kepada pelajar-pelajar dalam menyediakan

laporan kegiatan mengikut format yang ditentukan selewat-lewatnya seminggu selepas setiap kegiatan diadakan.

2.8 Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya.2.9 Memajukan kelab/ persatuan dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai.2.10 Sekiranya ada pungutan selain daripada yuran persatuan/ kelab, guru penasihat

hendaklah menyerahkan penyata kewangan kepada penyelaras Gerakerja Kokurikulum pada akhir tahun.

2.11 Semua kegiatan lawatan anjuran persatuan/ kelab hendaklah mendapat kebenaran Pengetua.

2.12 Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama pelajar yang menyertai kegiatan diluar kawasan sekolah kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan HEM.

2.13 Bertanggungjawab menempah bas sekolah jika pengangkutan diperlukan.

3.0 PENYELARAS SUKAN/ PERSATUAN/ KELAB/ UNIT BERUNIFORM

3.1 Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Unit Gerakerja Kokurikulum masing-masing sekurang-kurangnya sekali sepenggal.

3.2 Menyediakan anggaran perbelanjaan setahun.3.3 Jadual perjumpaan aktiviti hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa

Gerakerja Kokurikulum untuk penyelarasan.3.4 Meneliti dan memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh setiap unit dilaksanakan

dengan sempurna.3.5 Mengumpul laporan kegiatan setiap unit dan diserahkan kepada Setiausaha

Jawatankuasa Gerakerja untuk rekod sekolah.3.6 Menyediakan dan mengedarkan borang bagi tujuan penilaian gerakerja kokurikulum

kepada guru-guru penasihat unit gerakerja kokurikulum untuk diisi dan disahkan. Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah dipungut dan diserahkan kepada Setiausaha Pengurusan Maklumat Pelajar.

3.7 Meneliti dan menilai kegiatan setiap unit untuk diubahsuai jika perlu dan mengadakan mesyuarat sekali dalam sepenggal persekolahan.

17

Page 18: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

4.0 SETIAUSAHA SUKAN

4.1 Mengatur rancangan/ jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan MSSD, MSSN dan MSSM sepanjang tahun.

4.2 Membahagikan pelajar-pelajar mengikut rumah sukan masing-masing.4.3 Menetapkan Ketua guru rumah dan guru-guru rumah.4.4 Menyelaraskan kegiatan, latihan dan pertandingan antara rumah dan sekolah supaya

sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.4.5 Mengaturkan rancangan lengkap untuk Kejohanan Olahraga tahunan sekolah.4.6 Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.4.7 Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang dianjurkan oleh

badan-badan sukan yang lain.4.8 Mengawal dan menjaga alat sukan agar berada dalam kedaan yang baik.4.9 Mengagihkan alat-alat sukan dan permainan kepada guru-guru berkenaan.4.10 Mengemaskinikan buku stok sukan.4.11 Mengaturkan pengangkutan untuk pasukan sukan sekolah sekiranya perlu.4.12 Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan

diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaannya.4.13 Menyediakan laporan sukan tahunan.4.14 Mencadangkan Olahragawan sekolah.4.15 Merekodkan penglibatan dan pencapaian pelajar-pelajar di dalam kegiatan sukan.4.16 Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah.

5.0 KETUA GURU RUMAH

5.1 Menetapkan tugas guru-guru rumah.5.2 Memastikan alat sukan mencukupi untuk permainan rumah, serta bertanggungjawab

menjaga alat sukan dalam keadaan baik.5.3 Menyerahkan laporan kegiatan pertandingan antara rumah kepada Setiausaha Sukan

sekolah.5.4 Mencadangkan ahli-ahli rumah yang berpotensi dan layak diserapkan ke pasukan

sekolah.5.5 Mengagihkan pemain-pemain kepada jenis-jenis sukan yang disediakan setiap petang.5.6 Menyimpan rekod penglibatan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan pada

peringkat sekolah.5.7 Memilih dan menentukan ahli-ahli pasukan rumah untuk menyertai kegiatan pada

peringkat sekolah.5.8 Bekerjasama dengan Setiausaha/ Penyelaras Sukan Sekolah dalam segala hal

berkenaan dengan peningkatan mutu sukan sekolah.

6.0 GURU PENGIRING PERTANDINGAN

6.1 Bertanggungjawab dalam menentukan pasukan sekolah.6.2 Mengawasi perjalanan latihan dan pertandingan pasukan masing-masing.6.3 Menentukan peraturan-peraturan pertandingan yang disertai.6.4 Menentukan keperluan seperti pakaian, minuman, kenderaan, perjalanan, ubatan,

peruntukan kegunaan pasukan ada dan mencukupi.6.5 Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar serta

memastikan pelajar-pelajar dilindungi insurans serta berada di tempat pertandingan.6.6 Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh

pasukan sekolah kepada Setiusaha Sukan.6.7 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pertandingan dan pengurusan pasukan dan

menyerahkannya kepada Setiausaha Kokurikulum.6.8 Menilai prestasi pasukan dalam sesuatu pertandingan dan berusaha untuk meningkatkan

pencapaian.6.9 Mencatatkan penglibatan setiap pelajar dalam pertandingan berkenaan untuk dijadikan

asas dalam penyediaan laporan tahunan, penilaian kegiatan kokurikulum pelajar berkenaan. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

6.10 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Pengetua dari masa ke masa.

18

Page 19: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

7.0 JAWATANKUASA KOPERASI SEKOLAH

7.1 Tugas Jawatankuasa Koperasi

7.1.1 Mengatur rancangan jangka masa panjang dan jangka pendek serta menentukan pelaksanaannya.

7.1.2 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sebulan sekali.7.1.3 Mengawasi perjalanan koperasi seperti yang ditetapkan oleh Undang-Undang

Kecil Koperasi.7.1.4 Memastikan pengurusan jual beli dijalankan dengan baik dan betul.7.1.5 Memastikan buku stok sentiasa kemaskini.7.1.6 Memastikan Laporan Kewangan dan kegiatan koperasi sentiasa kemaskini dan

disediakan untuk dihantar ke pihak Pembangunan Koperasi sebelum Mesyuarat Agung.

7.1.7 Mewujudkan hubungan baik dengan Jabatan Pembangunan Koperasi Kawasan.

7.2 Tugas Setiausaha Koperasi

7.2.1 Memanggil dan menghadiri semua jenis mesyuarat.7.2.2 Menyediakan dan menyampaikan laporan serta dokumen untuk pertimbangan

mesyuarat.7.2.3 Menyimpan Daftar Nama Ahli serta Buku Laporan kegiatan dan surat menyurat

yang berkaitan.7.2.4 Menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dengan persetujuan Pengerusi.7.2.5 Menyedia dan mengedarkan agenda mesyurat sebelum mesyurat diadakan

kepada ahli dan menyediakan bahan keperluan untuk mesyuarat.7.2.6 Membantu Pengerusi memberikan maklumat dan penerangan.7.2.7 Memastikan daftar kehadiran ahli ketika mesyuarat dan menulis minit mesyuarat

untuk edaran seterusnya.7.2.8 Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah

atau Pengerusi dari semasa ke semasa.

7.3 Tugas Bendahari Koperasi

7.3.1 Menerima dan menjaga kewangan koperasi serta membuat pembayaran mengikut arahan Lembaga.

7.3.2 Memastikan wang yang diterima dimasukkan ke bank dalam masa 24 jam selepas penerimaan.

7.3.3 Memastikan wang tunai dalam tangan tidak melebihi RM 200.00 (atau yang ditetapkan oleh Lembaga).

7.3.4 Menyediakan resit, baucer dan dokumen sokongan untuk bayaran dan menyimpannya dengan baik.

7.3.5 Mengemaskini semua buku akaun koperasi supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa dan menyimpannya dengan baik.

7.3.6 Menyediakan akaun tahunan dan laporan koperasi untuk dihantar kepada pihak Pembangunan Koperasi dan dibentangkan dalam mesyuarat agung.

7.3.7 Memastikan pembayaran dividen kepada ahli dikemaskini dan direkodkan.

7.4 Tugas Juruaudit Dalaman Koperasi

7.4.1 Memeriksa akaun-akaun koperasi sebulan sekali.7.4.2 Memeriksa Buku Tunai Koperasi dan melaporkan hasil pemeriksaan secara

bertulis dalam buku khas untuk makluman Lembaga Pengarah Koperasi.7.4.3 Melaporkan kewangan koperasi dalam mesyuarat agung.7.4.4 Membantu memastikan akaun kewangan koperasi diuruskan dengan baik dan

sistematik.

19

Page 20: Panduan Agihan Tugas Guru Smktd

8.0 JK MAJALAH SEKOLAH

1. Bertanggungjawab menyelaraskan tugas-tugas berkaitan perancangan, penyediaan, pemilihan dan percetakan majalah sekolah.

2. Menguruskan pemilihan Jawatankuasa Redaksi Pelajar, fotografi, pemilihan sebut harga dan syarikat percetakan.

3. Memaklumkan kepada pihak pentadbir/Pengetua berkaitan urusan penerbitan majalah sekolah.4. Menguruskan iklan majalah.5. Menguruskan pengedaran majalah kepada pelanggan/pelajar/guru.6. Menerbitkan keluaran khas buletin sempena program sekolah dan yang difikirkan perlu.7. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa:

1. Membentuk biro-biro untuk tugas khas penerbitan majalah sekolah.2. Menentukan dasar mengenai percetakan, kandungan dan lain-lain aspek majalah

sekolah.3. Menentukan mutu dan bentuk majalah.4. Merancang jadual kerja pada awal tahun sehingga majalah sekolah diterbitkan dan

diedarkan.5. Menyediakan anggaran perbelanjaan.6. Menentukan pencetak majalah.7. Menguruskan segala surat-menyurat yang diperlukan serta mendapatkan kata-kata

aluan majalah daripada individu tertentu.8. Mengumpul dan menyunting segala rekod, laporan aktiviti atau kegiatan sekolah serta

artikel-artikel untuk dimuatkan ke dalam majalah.9. Mendapatkan seberapa banyak iklan dan penajaan sebagai satu sumber kewangan.10. Mengumpul dan memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan dalam

majalah.11. Mengurus penghantaran bahan cetakan kepada pihak pencetak dan

bertanggungjawab menyemak kandungannya dari segi format bahasa dan isi sehingga sempurna.

12. Membuat ‘dummy’ dan ‘proof reading’.13. Membuat pelancaran majalah.14. Menguruskan penyerahan majalah kepada pelajar, guru, pengiklan dan lain-lain

agensi yang difikirkan perlu.

20