pandangan barat yang negatif terhadap orang melayu

8
Pandangan negatif terhadap masyarakat Melayu di tanah Melayu Dalam buku Sir Frank Athelstane Swettenham (1850-1946) yang bertajuk ‘Perihal Orang Melayu’ yang terjemahkan oleh Zubaidah Ibrahim banyak menceritakan mengenai perihal orang melayu dan terdapat pandangan berunsurkan positif dan negative terhadap masyarakat Melayu di tanah Melayu. Sir Frank Swettenham merupakan Residen British yang pertama di Tanah Melayu dan beliau menjadi Residen di Selangor pada tahun 1882. Pada amnya kisah-kisah yang disampaikan olehnya berdasarkan gambaran tentang pemikiran, pandangan, dan perasaan orang Melayu pada zaman itu. Masyarakat Melayu di Tanah Melayu beragama islam berikutan pengaruh islam sudah sampai ke tanah melayu pada abad ke 7 masihi setelah kedatangan orang Arab ke Tanah Melayu. Pada pandangan Sir Frank Swettenham dalam penulisan itu menggambarkan orang Melayu dari pelbagai aspek iaitu sosial budaya, sikap, adat, agama dan pemerintahan yang di amalkan di tanah Melayu. Melayu ini dikatakan bahawa pengikut Muhammad dan percaya pada takdir dan juga memepercayai perkara tahyul. Selain itu juga masyarakat melayu terdahulu memang gemar berjudi dan menyabung ayam bagi mereka itu satu adat. Sir Frank Swettenham mengatakan bahawa orang melayu ini mempunyai sikap mementingkan adat dan agama sehinggakan sikap mendahului adat ini telah timbulnya satu pepatah melayu yang berbunyi ‘biar mati anak jangan mati adat’ yang menggambarkan adat itu sangat lah penting untuk dijaga kehormatannya.

Upload: cikgu-awin-ayura

Post on 25-Nov-2015

153 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

pandangan barat terhadap orang melayu

TRANSCRIPT

Pandangan negatif terhadap masyarakat Melayu di tanah Melayu

Dalam buku Sir Frank Athelstane Swettenham (1850-1946) yang bertajuk Perihal Orang Melayu yang terjemahkan oleh Zubaidah Ibrahim banyak menceritakan mengenai perihal orang melayu dan terdapat pandangan berunsurkan positif dan negative terhadap masyarakat Melayu di tanah Melayu. Sir Frank Swettenham merupakan Residen British yang pertama di Tanah Melayu dan beliau menjadi Residen di Selangor pada tahun 1882. Pada amnya kisah-kisah yang disampaikan olehnya berdasarkan gambaran tentang pemikiran, pandangan, dan perasaan orang Melayu pada zaman itu. Masyarakat Melayu di Tanah Melayu beragama islam berikutan pengaruh islam sudah sampai ke tanah melayu pada abad ke 7 masihi setelah kedatangan orang Arab ke Tanah Melayu. Pada pandangan Sir Frank Swettenham dalam penulisan itu menggambarkan orang Melayu dari pelbagai aspek iaitu sosial budaya, sikap, adat, agama dan pemerintahan yang di amalkan di tanah Melayu. Melayu ini dikatakan bahawa pengikut Muhammad dan percaya pada takdir dan juga memepercayai perkara tahyul. Selain itu juga masyarakat melayu terdahulu memang gemar berjudi dan menyabung ayam bagi mereka itu satu adat. Sir Frank Swettenham mengatakan bahawa orang melayu ini mempunyai sikap mementingkan adat dan agama sehinggakan sikap mendahului adat ini telah timbulnya satu pepatah melayu yang berbunyi biar mati anak jangan mati adat yang menggambarkan adat itu sangat lah penting untuk dijaga kehormatannya. Ungkapan Melayu malas ini lah yag dikatakan oleh Sir Frank Swettenham mengenai melayu yang di anggap malas dalam bukunya Perihal Melayu . beliau mengatakan bahawa orang melayu malas dan tidak mempunyai sitem atau cara yang tertentu, tidak ada peraturan walaupun dalam hal waktu makan, dan tidak mementingkan soal masa. Dalam erti kata lain juga orang melayu begitu malas dalam uruskan hidup mereka dengan lebih terperinci dan aspek kebersihan juga kurang dijaga akan tetapi mereka suka memakai perhiasan dan berpakaian segak. Selain itu juga orang melayu dari segi emosi, mereka tidak suka menerima penghinaan dan maruahnya tercemar padanya. Hal ini harus dihapuskan walaupun melalui pertumpahan darah. Sir Frank juga mengatakan orang melayu tidak lari dari sikap berpuak-puak yang tebal dalam dirinya. Dalam penulisan buku perihal melayu Frank Sweetenhem ini juga mengatakan bahawa orang melayu ini mempunyai sikap amuk iaitu satu perbuatan menyerang dengan tiba-tiba dengan tujuan membunuh, serangan seperti itu biasanya dibuat ke atas musuh dalam masa peperangan atau dengan tujuan menyamun dan caranya hanyalah dengan membunuh. Peristiwa telah berlaku di Teluk Anson Perak apabila kes amukan di lakukan oleh seorang yang bergelar Imam Mamat yang menikam isteri dan abangnya. Pandangan mengenai melayu ini juga telah ditulis oleh Thomas Stamford Raffles dalam penulisannya yang bertajuk Schemer or reformer? Dan The Myth of lazy Native. Kenyataan ini dinyatakan dalam kajian Syed Hussies Al- Attas yang bertajuk Pemikiran Kolonial dan Gagasan Feudalisme Melayu. ideologi Ineris telah membuat satu kritikan yang keras terhadap bangsa melayu dan streotaip mengenai bangsa melayu malas. Melalui ideology colonial ini, pegawai-pegawai Eropah dan pewaris-pewaris pemikirannya mewujudkan pandangan yang berat sebelah terhadap watak peribumi. Ilmuan Kolonial, tegas Syed Hussien. Kolonial beranggapan bahawa budaya barat itu unggul dan harus diikuti dan rakyat Barat haruslah memimpin dunia. (Syed Hussien Al-Attas 1977; Azmi Ariffin 2006). Isabbela Bird merupakan Isabella Bird merupakan seorang wanita yang gemar mengembara . Beliau telah mengembara ke Kanada dan Amerika Syarikat ketika umurnya baru mencecah 22 tahun , dan menghasilkan buku pertama beliau iaitu The English Woman in Amerika pada tahun 1859 . Beliau juga pernah mengembara ke Australia , Jepun , Singapura , China , Vietnam , New Zealand dan kemudiannya ke kepulauan Hawai. sabella Bird telah membuat eskpedisi ke negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong pada bulan Januari dan Februari pada tahun 1879 selama lima minggu . Melalui lawatan inilah beliau telah menghasilkan buku The Golden Chersonese And The Way Thither yang banyak menceritakan tentang aspek sosial , ekonomi dan politik masyarakat ketika itu. Emily Innes pula mengarang The Chersonese With The Gilding Off pada 1883 . Beliau merupakan isteri kepada seorang pembantu Residen Inggeris di Tanah Melayu . Beliau bukanlah seorang yang gemar merantau dan mengembara , sebaliknya terpaksa mengikut suaminya yang dihantar oleh kerajaan Inggeris ke Tanah Melayu ketika itu. Emilly Innes dalam penulisannya dalam bukunya The Chersonese With The Gilding Off telah membuat satu persepsi terhadap orang melayu sebagai seorang pemalas kerana pada ketika itu beliau telah melihat golongan wanita melayu rajin bekerja berbanding dengan lelaki. Golongan wanita melayu pada pandangan beliau sangat rajin bekerja di sawah dan berkebun, manakala golongan lelaki hanya tidur apabila golongan wanita keluar bekerja. Hal ini juga telah diperhatikan oleh beliau juga mengenai raja melayu kerana setiap urusan mengenai dirinya perlu diuruskan dan diselesaikan oleh orang lain yakni pembantu-pembantunya . Raja juga gemar meminta-minta kepada hamba rakyat jika berkehendakkan sesuatu. Begitu juga Isabella dalam penulisannya bahawa orang melayu ini malas kerana tidak melakukan pekerjaan secara bersungguh-sungguh. Hal ini menurutnya aktiviti penanaman padi dilakukan secara kasar dan tidak teliti oleh orang Melayu kerana mereka membajak sawah dengan menggunakan tenggala yang berupa tiang atau galah yang panjangnya lapan kaki dengan pencakar menjulur keluar daripada pisau tenggala atau bajak dan batang kayu yang diselit secara serong diatas kerbau . Perihal orang Melayu malas ini turut diakui oleh Ibrahim Munsyi dalam tulisannya , Ibrahim menyatakan bukan semua orang Melayu itu pemalas. Emily juga mengatakan bahawa orang melayu ini bodoh, kerana pada suatu hari , ketika beliau sedang menulis , ramai orang Melayu yang datang mengerumuninya untuk melihat beliau menulis. Disamping melihat , orang Melayu juga melahirkan rasa kagum dengan kebolehan Emily menulis. Ini dianggap oleh Emily sebagai bodoh kerana ia menggambarkan tahap intelektual Melayu yang masih rendah ketika itu. Beliau beranggapan orang melayu bodoh dan senang menurut arahan orang atasan. Hal ini juga dikatakan oleh Sir Frank Swetterham yang mengatakan bahawa orang melayu menurut perintah raja dan teguh dengan konsep daulat mereka (). Manakal Isabella bahawa orang Melayu dilihat oleh Isabella Bird sebagai tidak berpendidikan dan mundur Orang Melayu digambarkan sebagai tidak tahu apa-apa berkenaan astronomi dan geografi. Bird menyatakan bahawa orang Melayu hanya meniru sistem bulan dan hari bangsa Arab dan tiada sistem hari dan bulan sendiri. Bagi orang Melayu seperti Mahathir Mohammad , Beliau membidas kenyataan Isabella , Emily dan Frank sendiri dengan mengatakan bahawa sikap malas tidak wujud dalam diri semua orang Melayu , dan malas bukanlah hak milik mutlak orang Melayu semata-mata , tetapi malas itu bersifat universal termasuk juga ada orang Barat yang malas. Jelasnya dalam karyanya Dilema Melayu. Emily mengisahkan tentang perihal orang Melayu yang banyak bercakap bahkan suka bercakap dengan nada yang kuat. Orang Melayu digambarkan bercakap dengan menggunakan dialek yang berbeza dan sukar difahami , suka bercakap kosong , bahasanya kedengaran kasar , dan berterus terang. Selain itu, orang Melayu juga digambarkan baginya sebagai golongan yang suka menokok tambah sesuatu cerita sehinggakan cerita yang asal sudah diselewengkan faktanya dalam bukunya The Chersonese With The Gilding Off. Bird juga melihat orang Melayu sebagai golongan yang sukakan hiburan , mereka suka berkumpul beramai-ramai untuk melihat acara-acara hiburan seperti sabung ayam yang begitu mendapat tempat dihati orang Melayu ketika itu . Bahkan , apabila ada waktu-waktu tertentu , orang Melayu dikatakan akan melagakan kerbau atau harimau juga untuk tujuan berhibur . Isabella Bird juga mempunyai persepsi yang tersendiri terhadap salah satu lagi kegemaran orang Melayu iaitu adat memakan sirih . Beliau beranggapan bahawa orang yang memakan sirih adalah seorang yang pengotor . Hal ini kerana beliau menganggap orang yang memakan sirih seperti mereka mengeluarkan darah dari mulut mereka sendiri . Sirih yang akan menyebabkan gigi seseorang kelihatan berkarat telah dilihat sebagai sesuatu yang amat menggelikan dan kotor oleh Bird. Selain itu, tanggapan Isabella terhadap lelaki yang cemburu apabila kecantikan isteri mereka dilihat oleh lelaki lain. Ini menunjukkan bahawa orang melayu mudah cemburu. Kenyataan penulis ini hanyalah pandangan dan gambaran mereka melalui anggapan dan pemerhian mereka sahaja kerana bagi mereka budaya mereka lebih agung berbanding melayu.

Rujukan Bird, I. 1883.The Golden Chersonese And The Way Thither,New York, OUP ,Diulang Cetak Kuala Lumpur ,(1967).Innes, E . 1885.The Chersonese with the Gilding Off,Jilid 2,LondonMahathir Mohammad. 1982.Dilema Melayu ,Kuala Lumpur,Federal PublicationsSir Frank Swettenham (2003). Perihal Orang Melayu. Universiti Malaya. Terjemahan Zubaidah IbrahimSyed Hussien Al-Attas(2009)Mitos Peribumi Malas, ruj.bab 5