pameran our sanrio times dilanjutkan hingga …newsletter2.ticketcharge.com.my/vol549/ost_bm.pdf ·...

11
1 KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA PAMERAN OUR SANRIO TIMES DILANJUTKAN HINGGA FEBRUARI 2019 PERCUTIAN INDAH BERSAMA HELLO KITTY DAN RAKAN-RAKAN SANRIO BAUCER DAN COOKIES PERCUMA DENGAN PEMBELIAN EMPAT KEPING TIKET Kuala Lumpur, 19 Disember 2018 Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, disokong oleh TOURISM MALAYSIA, Hello Kitty dan rakan-rakan kini di Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times - Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur! Atas permintaan ramai dan mendapat sokongan baik daripada masyarakat, pihak penganjur berbesar hati untuk melanjutkan tempoh pameran Sanrio sehingga 17 Februari 2019. Pameran Our Sanrio Times merupakan tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga ketika cuti Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina. Pameran dibuka untuk orang ramai bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam. Jangan lupa dapatkan tiket anda di www.ticketcharge.com.my atau di kaunter tiket di pintu masuk dewan. Pada mereka yang sudah membeli tiket, tempoh tiket boleh diguna sehingga 17 Februari 2019. Bersempena musim perayaan ini, pihak penganjur berbesar hati menawarkan promosi khas kepada para pengunjung. Jika anda membeli empat keping tiket untuk melihat pameran tersebut, anda layak menerima

Upload: vannguyet

Post on 08-Apr-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA

PAMERAN OUR SANRIO TIMES DILANJUTKAN HINGGA FEBRUARI 2019

PERCUTIAN INDAH BERSAMA HELLO KITTY DAN RAKAN-RAKAN SANRIO

BAUCER DAN COOKIES PERCUMA DENGAN PEMBELIAN EMPAT KEPING TIKET

Kuala Lumpur, 19 Disember 2018 – Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS

dan MACEXPO, disokong oleh TOURISM MALAYSIA, Hello Kitty dan rakan-rakan kini di Malaysia untuk

Pameran Our Sanrio Times - Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur!

Atas permintaan ramai dan mendapat sokongan baik daripada masyarakat, pihak penganjur berbesar hati

untuk melanjutkan tempoh pameran Sanrio sehingga 17 Februari 2019. Pameran Our Sanrio Times

merupakan tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga ketika cuti Krismas, Tahun Baru dan Tahun

Baru Cina. Pameran dibuka untuk orang ramai bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam. Jangan lupa dapatkan

tiket anda di www.ticketcharge.com.my atau di kaunter tiket di pintu masuk dewan. Pada mereka yang sudah

membeli tiket, tempoh tiket boleh diguna sehingga 17 Februari 2019.

Bersempena musim perayaan ini, pihak penganjur berbesar hati menawarkan promosi khas kepada para

pengunjung. Jika anda membeli empat keping tiket untuk melihat pameran tersebut, anda layak menerima

2

baucer bernilai RM5 dan dua biji cookies yang tertera wajah karakter Sanrio secara PERCUMA. Promosi ini

bermula 21 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019 sahaja.

Sementara itu, jangan lepaskan peluang untuk memiliki kemeja-T 'Nerdunit byyou' edisi terhad yang dibuat

khas di pameran tersebut. Pengunjung boleh menulis nama sendiri dan memilih nombor serta karakter Sanrio

kegemaran untuk diletakkan pada kemeja-T berkenaan. Selain menempah kemeja-T untuk diri sendiri anda

juga boleh memiliki kemeja-T berpasangan dengan insan tercinta dan layak menyertai pertandingan

'Nerdunit byyou Couple T-Shirt Photo Contest. Untuk menyertai pertandingan tersebut, anda perlu ambil

foto bersama pasangan, kemudian muat naik dalam Facebook peribadi dan jangan lupa tag tiga orang rakan

anda. Kemudian hantarkan link tersebut ke e-mel [email protected] sebelum pukul 6 petang, 24

Februari 2019. Lima pasangan bertuah akan dipilih dan pengumuman pemenang akan diberitahu pada awal

Mac 2019.

Sempena musim perayaan ini jom kita bersama-sama keluarga dan rakan-rakan memeriahkan pameran Our

Sanrio Times yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Pameran sebesar 1,500 meter persegi

menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam

foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan. Ia

bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak-kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk

mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta pengalaman baru.

13 Zon Kenangan dengan 4 Sorotan Istimewa

Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio berkumpul di

sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia. Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift

Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua ialah replika dompet syiling Hello Kitty

iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.

Dengan sokongan Sanrio di Hong Kong dan Jepun lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang

jarang ditemui kini dipamerkan di pameran ini. Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan berada di pameran

ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal. Peminat Sanrio juga berpeluang belajar untuk

melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka. Ini menjadi medan

pengunjung mencipta semula watak kegemaran masing-masing.

3

Selain semua itu, pengunjung berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan

lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong. Pameran ini membawa pengunjung dalam sebuah

perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung

mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun; ‘Paper Doll Fun’ mengingatkan

masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung. ‘Vintage Stationary House’

pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, manakala ‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat

melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News. Di ‘Strawberry Office’, anda boleh

menjumpai banyak rahsia Strawberry King. Pengunjung juga boleh menjadi penghias muka depan majalah

Strawberry News di Strawberry Studio! Dianjurkan di ibu negara Malaysia, pemandangan ikonik Kuala

Lumpur juga dipaparkan pada pameran ini bagi menonjolkan sentuhan tempatan. Untuk butiran lebih lanjut

mengenai zon pameran, sila rujuk Lampiran 1.

Maklumat pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur:

Tarikh : 24-11-2018 to 17-2-2019

Masa : 11am to 9pm

Tempat : Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur

Laman web rasmi : www.oursanriotimes.my

Facebook : Our Sanrio Times Malaysia

Instagram : oursanriotimes.malaysia

Laman web pembelian tiket : www.ticketcharge.com.my

Hotline : +603 9222 8811

Kategori Tiket : - Warganegara Malaysia: RM33

- Tiket istimewa untuk orang kurang upaya (OKU), warga emas, badan bukan

kerajaan (NGO) dan pelajar: RM20

- Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60

- Korporat: RM28

*Tiket juga boleh dibeli di kaunter yang disediakan di pintu masuk pameran.

**Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran

untuk kemasukan.

***Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Terdapat Zon Permainan di ruang pameran menampilkan lima permainan menyeronokkan: Finding Ribbon,

Feed ‘D’ Fish, Let Me Roll, Shark Hunting dan Rolling Stone, pengunjung berpeluang memenangi hadiah

menarik. Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut mengenai permainan dan hadiah.

Pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur mendapat lesen daripada SANRIO, dianjurkan oleh ALATA

EVENTS dan MACEXPO, disokong oleh TOURISM MALAYSIA dengan QUILL CITY MALL KUALA

4

LUMPUR sebagai Lokasi Rasmi, REDBERRY MEDIA GROUP dan NEWAY & CEO KARAOKE BOX sebagai

Rakan Promosi.

Mengenai SANRIO

Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan dengan falsafah "Hadiah Kecil,

Senyuman Besar" yang mana hadiah kecil boleh membawa senyuman besar untuk semua peringkat umur,

telah mencipta senyuman selama lebih 50 tahun melalui watak-watak yang memikatnya. Sanrio sudah

berada di lebih 109 negara menerusi barangan berjenama Sanrio dan mencatat jualan lebih 50,000 untuk

Hello Kitty sahaja di seluruh dunia pada setiap tahun. Sanrio terus menyebarkan senyuman besar dengan

hadiah kecil di seluruh negara melalui jaringan luas butik Sanrio, kedai rantaian, kedai serbaneka dan banyak

lagi.

- TAMAT -

_____________________________________________________________________________________

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Goh Yoke Leng

+6012 3162883 [email protected]

5

Lampiran 1

Our Sanrio

Times

Pintu masuk ini menampilkan

gaya penuh berwarna-warni

Sanrio yang jelas

menggambarkan tema utama

pameran "Our Sanrio Times"

dan secara rasmi membuka

tirai perjalanan yang tidak

akan dapat dilupakan. Dari

generasi mana pun anda,

selalu ada masa Sanrio untuk

anda.

Sanrio Time

Tunnel

Sebanyak 100 ahli keluarga

Sanrio yang dicipta dari tahun

1970-an sehingga kini

digambarkan dengan jelas.

Melalui Sanrio Time Tunnel,

pencinta Sanrio boleh

membuka kunci kenangan

mereka yang unik.

6

The Retro

Classic

Replika dompet syiling Hello

Kitty, barangan pertama

dicipta Sanrio dan julung kali

dipamerkan di Malaysia.

Peminat generasi pertama

Sanrio pasti teruja dan

berasa seronok di zon ini.

The Plushy

World

Menampilkan patung Hello

Kitty gergasi berketinggian

3.5 meter bersama-sama

lebih 2,000 boneka mewah

terdiri daripada 100 watak

rakan Sanrio.

7

Paper Doll Fun Pelbagai jenis anak patung

kertas gergasi membuat

pengunjung mengenang

zaman kanak-kanak yang

meriangkan dengan kawan-

kawan. Semua orang boleh

mencampur dan

memadankan gaya Kiki dan

Lala dengan almari kertas

yang hebat.

Vintage

Stationery

House

Zaman persekolahan

pastinya menjadi tempoh

penting dalam kenangan kita

membesar dan pastinya

semua orang memiliki

barangan Sanrio ketika

sekolah. Di zon ini, terdapat

pelbagai barangan alat tulis

klasik Sanrio dari 1970-an

atau 1980-an yang pasti

mengamit memori

pengunjung.

Drawing

Classroom

Pereka Sanrio dijemput untuk

terlibat dalam pameran ini

dan mereka menyediakan

demonstrasi lakaran untuk 9

watak utama Sanrio. Dalam

kelas ini, kita semua dapat

menyaksikan bagaimana

watak Sanrio yang comel

dilukis dari awal satu persatu.

Mari belajar bagaimana untuk

8

melukis watak kegemaran

anda.

Small Gift Big

Smile

Pernahkah anda mendapat

kejutan dan meraih kepuasan

dengan hadiah kecil ketika

berbelanja di Sanrio Gift

Gate? Untuk menonjolkan

falsafah "Hadiah Kecil

Senyuman Besar" dari

Sanrio, anda boleh berkongsi

kebahagiaan dengan sahabat

tersayang melalui hadiah

kecil dari Sanrio.

Sanrio Village Di sinilah tumpuan utama

pameran ini. Terdapat klasik

Sanrio Train dengan reka

bentuk yang dicipta sama

seperti Sanrio Gift Gate of

Gotanda, Tokyo pada tahun

1970-an.

100 ahli keluarga Sanrio

muncul di kampung ini,

contohnya, Patty & Jimmy

dan Minna no Tabo yang

menanti kedatangan anda di

atas kereta api. Mari cari

semua watak Sanrio

kegemaran anda di sana!

Di samping itu, Sanrio Gift

Gate yang unik dan nostalgia

9

ini mempunyai banyak

khazanah.

Strawberry

Newsroom

Strawberry News diterbitkan

oleh Sanrio Japan sejak

Oktober 1974 yang

merupakan majalah bulanan

global untuk berkongsi

maklumat terkini mengenai

Sanrio.

Sebaik sahaja melangkah

masuk dan melawat

‘Strawberry Newsroom’, anda

boleh membaca edisi

Strawberry News yang

terdahulu di sini!

10

Strawberry

Office

Menjadi perintis dan jiwa

kepada Sanrio, Strawberry

Office mungkin

menyembunyikan banyak

rahsia Sanrio! Bagaimana

anda tidak mengetahuinya?

Strawberry

Studio

Gerai foto yang mempesona

ini akan menjadikan anda

penghias kulit majalah

Strawberry News!

11

Sanrio

Melawat

Malaysia

Memandangkan ini kali

pertama Sanrio

mengadakan pameran di

Malaysia, menjadi satu

kemestian untuk

menonjolkan kepelbagaian

budaya di Malaysia

sebagai latarnya. Pastinya

satu kerugian jika anda

terlepas peluang melihat

karakter-karakter Sanrio

beraksi di tempat tarikan

popular di Malaysia.