page 1 atas pertimbangan ocbc bank (malaysia) berhad [no

22
OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T) OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 1 ___________________________________________________________________ TERMA DAN SYARAT YANG BERKUATKUASA KE ATAS PERKHIDMATAN PENGURUSAN TUNAI (Bagi Pelanggan Akaun Perniagaan sahaja) Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No. Syarikat 295400-W] atau OCBC Al-Amin Bank Berhad [No. Syarikat 818444-T] (secara kolektif dikenali sebagai “Bank”, yang menurut takrif termasuk pengganti hak milik dan penerima serah hak) untuk menyediakan Perkhidmatan (seperti yang ditakrifkan seterusnya di dalam ini) kepada pemohon (“Pelanggan”), seperti yang dilanggan atau diterima oleh Pelanggan dengan cara yang ditetapkan oleh Bank bagi Perkhidmatan yang berkenaan dari semasa ke semasa, Pelanggan bersetuju untuk terikat kepada Terma dan Syarat yang berkuat kuasa ke atas Perkhidmatan Pengurusan Tunai (“Terma dan Syarat ini”). (A) TERMA DAN SYARAT AM 1. DEFINISI & TAFSIRAN 1.1 “Masa yang Ditetapkan” bermakna masa atau tarikh yang ditetapkan oleh Bank bagi mana- mana acara atau peristiwa, termasuk masa atau tarikh penerimaan arahan untuk bayaran, kredit, debit atau mana-mana urus niaga di bawah atau berkaitan dengan Terma dan Syarat ini. 1.2 “Hari Perniagaan” bermakna hari (selain daripada Sabtu, Ahad, cuti bank dan cuti umum) yang mana Bank dan cawangannya dibuka untuk perniagaan di Malaysia dan di mana urus niaga yang jenisnya dipertimbangkan di dalam ini dijalankan. 1.3 “Cek” termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cek, perintah juruwang, draf bank dan kiriman wang yang perlu dijelaskan mana-mana bank, sama ada terbuka atau berpalang, yang dibayar kepada Pelanggan. 1.4 “Akaun” bermakna akaun tertentu yang dibuka dan disenggarakan oleh Pelanggan dengan Bank di mana bayaran yang dikutip di bawah Perkhidmatan hendaklah dikreditkan dan daripada mana pembayaran sebarang yuran dan/atau wang yang perlu dibayar kepada Bank di bawah Terma dan Syarat ini hendaklah didebitkan, dan termasuk sebarang akaun lain yang dibuka sebagai tambahan atau gantian kepadanya. 1.5 “Maklumat Sulit” bermakna mana-mana maklumat dan data yang diberikan kepada atau diperolehi daripada Pelanggan berkaitan dengan mana-mana Perkhidmatan, Perisian, Bahan, Peralatan, Hak Harta Intelek di bawah Terma dan Syarat ini. 1.6 “Peralatan” bermakna sebarang peranti atau peralatan yang dibekalkan oleh Bank bagi sebarang Perkhidmatan. 1.7 “Maklumat” bermakna data peribadi atau korporat, akaun dan butiran urus niaga dan hubungan Pelanggan dengan Bank dan boleh, di mana kandungan membenarkan, termasuk maklumat pihak ketiga seperti pembayar membuat pembayaran kepada Pelanggan atau penerima yang menerima bayaran daripada Pelanggan, bank pembayaran atau penerima atau bank perantara yang lain. 1.8 “Hak Harta Intelektual” bermakna semua hak cipta (termasuk hak perisian komputer dan pangkalan data), hak reka bentuk, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, hak topografi, paten, nama dagangan, hak moral, hak pengetahuan dan rahsia dagangan dalam setiap kes sama ada berdaftar atau tidak berdaftar, dan termasuk permohonan untuk geran bagi mana-mana di atas dan semua hak atau bentuk perlindungan yang mempunyai kesan yang sama.

Upload: phungtram

Post on 30-Dec-2016

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 1

___________________________________________________________________ TERMA DAN SYARAT YANG BERKUATKUASA KE ATAS PERKHIDMATAN PENGURUSAN TUNAI (Bagi Pelanggan Akaun Perniagaan sahaja)

Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No. Syarikat 295400-W] atau OCBC Al-Amin Bank

Berhad [No. Syarikat 818444-T] (secara kolektif dikenali sebagai “Bank”, yang menurut takrif

termasuk pengganti hak milik dan penerima serah hak) untuk menyediakan Perkhidmatan (seperti

yang ditakrifkan seterusnya di dalam ini) kepada pemohon (“Pelanggan”), seperti yang dilanggan

atau diterima oleh Pelanggan dengan cara yang ditetapkan oleh Bank bagi Perkhidmatan yang

berkenaan dari semasa ke semasa, Pelanggan bersetuju untuk terikat kepada Terma dan Syarat yang

berkuat kuasa ke atas Perkhidmatan Pengurusan Tunai (“Terma dan Syarat ini”).

(A) TERMA DAN SYARAT AM

1. DEFINISI & TAFSIRAN 1.1 “Masa yang Ditetapkan” bermakna masa atau tarikh yang ditetapkan oleh Bank bagi mana-

mana acara atau peristiwa, termasuk masa atau tarikh penerimaan arahan untuk bayaran, kredit, debit atau mana-mana urus niaga di bawah atau berkaitan dengan Terma dan Syarat ini.

1.2 “Hari Perniagaan” bermakna hari (selain daripada Sabtu, Ahad, cuti bank dan cuti umum) yang mana Bank dan cawangannya dibuka untuk perniagaan di Malaysia dan di mana urus niaga yang jenisnya dipertimbangkan di dalam ini dijalankan.

1.3 “Cek” termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cek, perintah juruwang, draf bank dan kiriman wang yang perlu dijelaskan mana-mana bank, sama ada terbuka atau berpalang, yang dibayar kepada Pelanggan.

1.4 “Akaun” bermakna akaun tertentu yang dibuka dan disenggarakan oleh Pelanggan dengan Bank di mana bayaran yang dikutip di bawah Perkhidmatan hendaklah dikreditkan dan daripada mana pembayaran sebarang yuran dan/atau wang yang perlu dibayar kepada Bank di bawah Terma dan Syarat ini hendaklah didebitkan, dan termasuk sebarang akaun lain yang dibuka sebagai tambahan atau gantian kepadanya.

1.5 “Maklumat Sulit” bermakna mana-mana maklumat dan data yang diberikan kepada atau diperolehi daripada Pelanggan berkaitan dengan mana-mana Perkhidmatan, Perisian, Bahan, Peralatan, Hak Harta Intelek di bawah Terma dan Syarat ini.

1.6 “Peralatan” bermakna sebarang peranti atau peralatan yang dibekalkan oleh Bank bagi sebarang Perkhidmatan.

1.7 “Maklumat” bermakna data peribadi atau korporat, akaun dan butiran urus niaga dan hubungan Pelanggan dengan Bank dan boleh, di mana kandungan membenarkan, termasuk maklumat pihak ketiga seperti pembayar membuat pembayaran kepada Pelanggan atau penerima yang menerima bayaran daripada Pelanggan, bank pembayaran atau penerima atau bank perantara yang lain.

1.8 “Hak Harta Intelektual” bermakna semua hak cipta (termasuk hak perisian komputer dan pangkalan data), hak reka bentuk, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, hak topografi, paten, nama dagangan, hak moral, hak pengetahuan dan rahsia dagangan dalam setiap kes sama ada berdaftar atau tidak berdaftar, dan termasuk permohonan untuk geran bagi mana-mana di atas dan semua hak atau bentuk perlindungan yang mempunyai kesan yang sama.

Page 2: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 2

1.9 “Item Dikembalikan” bermakna sebarang Cek atau instrumen yang ditolak oleh Bank atas sebarang sebab termasuk tetapi tidak terhad kepada:

(a) Cek tidak lengkap, termasuk tetapi tidak terhad kepada Cek tidak ditandatangani dan/atau Cek tanpa tarikh;

(b) Cek yang didepositkan dengan butiran maklumat yang tidak lengkap atau tanpa butiran bayaran berkenaan yang mungkin diperlukan oleh Bank untuk memproses Cek tersebut;

(c) sebarang Cek lain yang dianggap tidak boleh diproses mengikut prosedurnya oleh Bank atas budi bicara mutlak dan sepenuhnya; atau

(d) sebarang Cek yang dihantar untuk penjelasan tetapi dipulangkan sebagai tidak dibayar atau tidak sah atau Cek tendang atau selainnya.

1.10 “Perkhidmatan” bermakna perkhidmatan pengurusan tunai yang disediakan oleh Bank di bawah Terma dan Syarat ini, termasuk Velocity@ocbc, Cheque-Printing Software, Direct Debit, FPX, GIRO, Perkhidmatan Cek Pukal dan termasuk sebarang perkhidmatan lain yang mungkin diperkenalkan atau disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa, dan semua perubahan atau perkhidmatan tambahan yang mungkin disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.

1.11 “Perisian” bermakna perisian yang ditawarkan kepada Pelanggan oleh Bank untuk tujuan

membuat dan menerima arahan dan menggunakan mana-mana Perkhidmatan, dan hendaklah merangkumi program komputer dalam bentuk kod objek yang boleh dibaca mesin dan fail, cakera, CD-ROM atau media lain dan hendaklah termasuk sebarang pembetulan, penambahbaikan, pindaan atau kemas kini yang dibekalkan kemudiannya oleh Bank kepada Pelanggan menurut Terma dan Syarat ini. Perisian tersebut mungkin merangkumi perisian Bank atau perisian pihak ketiga.

1.12 “SWIFT” bermakna Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunications atau Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia;

1.13 “Peserta Pihak Ketiga” bermakna mana-mana pihak ketiga yang mengambil bahagian dalam komunikasi, proses atau sistem urus niaga, termasuk tanpa had Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear), Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS), SWIFT.

1.14 “Bahan” bermakna panduan pengguna, manual, data, proses dan dokumentasi lain yang disediakan oleh Bank berkaitan dengan sebarang Perisian atau Perkhidmatan.

1.15 TAFSIRAN

(a) Perkataan yang merujuk kepada bentuk mufrad hendaklah termasuk kata jamak dan sebaliknya. Perkataan yang merujuk kepada jantina lelaki hendaklah termasuk jantina wanita dan neuter dan begitulah sebaliknya.

(b) Tajuk dalam Terma dan Syarat ini dimasukkan untuk kemudahan sahaja dan tidak

akan mempengaruhi tafsiran Terma dan Syarat ini. (c) Melainkan dinyatakan sebaliknya, rujukan kepada waktu dalam sehari hendaklah

dianggap sebagai rujukan kepada waktu Malaysia. (d) Sebarang rujukan kepada peruntukan mana-mana undang-undang atau statut

merangkumi sebarang pindaan mengikut statut atau penggubalan semulanya. (e) Apabila terdapat dua atau lebih orang yang termasuk dalam istilah Pelanggan:-

Page 3: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 3

(i) pernyataan arahan, perjanjian, aku janji, kewajipan yang dikeluarkan, diberikan atau dibuat oleh seorang hendaklah dianggap dikeluarkan atau diberikan atau dibuat oleh dan mengikat orang-orang tersebut secara bersama dan berasingan; dan

(ii) sebarang notis yang diberikan oleh Bank kepada mana-mana pihak tersebut

hendaklah merupakan notis yang memadai kepada semua pemegang akaun dan sebarang notis atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana seorang pemegang akaun kepada Bank hendaklah dianggap dibuat bagi pihak semua pemegang akaun dan Bank berhak untuk bertindak terhadap notis atau arahan tersebut tanpa sebarang pertanyaan.

(iii) Sekiranya pelanggan telah melantik Pengguna Sah atau Pengguna-

pengguna Sah, semua rujukan kepada “Pelanggan” hendaklah juga merujuk kepada Pengguna Sah atau Pengguna-pengguna Sahnya.

(f) Sebarang peruntukan, kebebasan, kuasa atau budi bicara yang boleh dilaksanakan

atau ditentukan oleh Bank di bawah ini hendaklah dilaksanakan atau ditentukan oleh Bank atas budi bicara mutlak Bank pada bila-bila masa dan dari masa ke masa dan Bank tidak bertanggungjawab untuk memberikan sebarang sebab untuknya.

2. KUASA 2.1 Bank boleh bergantung pada kuasa setiap orang yang dilantik (dalam bentuk yang boleh

diterima oleh Bank) oleh Pelanggan untuk memberi arahan bagi pihak Pelanggan dan mengambil sebarang tindakan lain sehingga Bank telah menerima notis bertulis atau notis lain yang boleh diterima tentang pertukaran mana-mana orang yang diberikan kuasa, dan Bank mempunyai masa yang sewajarnya untuk bertindak (dan selepas itu ia akan bergantung pada perubahan tersebut).

3. ARAHAN 3.1 Bank hanya perlu memproses arahan menurut amalan, prosedur dan dasar perniagaan yang

biasa dan sudah ditetapkan (secara kolektif, “Prosedur”), yang hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kod penentusahan, enkripsi, kata laluan, tandatangan digital dan sijil, dan peranti sistem dan perisian keselamatan lain untuk mengesahkan pengasalan (tetapi bukan kesilapan dalam transmisi dan kandungan, seperti kesilapan nama dan nombor akaun) sebarang arahan.

3.2 Pelanggan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebenaran, kesempurnaan dan ketepatan arahan. Bank boleh atas budi bicara mutlaknya menentusahkan atau menyemak tujuan dan/atau kandungan mana-mana arahan. Bank boleh atas budi bicara mutlaknya tidak bertindak atas arahan yang pada pandangan mutlak Bank adalah tidak lengkap dan/atau tidak dihantar menurut Prosedur dan/atau yang disyaki kandungannya, kebenarannya dan/atau pengasalannya, dan Pelanggan dengan ini bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada Bank terhadap sebarang kerugian, liabiliti, tuntutan atau perbelanjaan (termasuk yuran guaman) yang mungkin ditanggung oleh Bank berhubung dengan arahan sedemikian. Walau apa pun peruntukan Terma dan Syarat ini, Bank hendaklah berhak menolak sebarang arahan daripada Pelanggan pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

3.3 Pelanggan hendaklah mematuhi semua Masa yang Ditetapkan berkenaan dengan perkara yang dilaksanakan atau tindakan yang diambil berhubung dengan Terma dan Syarat ini dan memperakui bahawa kesan tidak mematuhi Masa yang Ditetapkan adalah serius dan boleh termasuk arahan tidak diproses atau dilaksanakan dan/atau kegagalan urus niaga dan Pelanggan hendaklah bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap semua akibat tersebut. Bank boleh atas budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa, meminda mana-mana Masa yang Ditetapkan dengan memberikan notis 21 hari terlebih dahulu kepada pelanggan.

Page 4: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 4

3.4 Sebarang arahan yang dikemukakan oleh Pelanggan adalah tidak boleh dibatalkan dan tidak bersyarat. Jika pelanggan memaklumkan Bank bahawa ia mahu menarik balik, membatalkan atau meminda arahan selepas ia diterima oleh Bank, Bank boleh atas budi bicara mutlaknya membantu Pelanggan untuk berbuat demikian, tetapi tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kos atau perbelanjaan yang ditanggung oleh Pelanggan tidak kira sama ada Bank dapat melaksanakannya atau sebaliknya. Pelanggan dengan ini bersetuju untuk membayar ganti rugi terhadap sebarang kerugian, liabiliti, tuntutan atau perbelanjaan (termasuk yuran guaman) yang mungkin ditanggung olehnya berhubung dengan usaha membantu pelanggan menarik balik, membatalkan atau meminda sebarang arahan.

3.5 Dengan bertindak atas arahan dan menyediakan Perkhidmatan, Bank diberi kuasa untuk menggunakan sebarang sistem komunikasi, pemprosesan atau urus niaga, bank perantara dan/atau mana-mana Peserta Pihak Ketiga yang dipilih dengan sewajarnya. Pemprosesan sebarang arahan dan peruntukan sebarang perkhidmatan hendaklah juga tertakluk kepada terma dan syarat, prosedur, kelulusan, tindakan dan/atau kerjasama Peserta Pihak Ketiga, dan Bank tidak akan, atas apa jua sebab (walaupun jika dimaklumkan tentangnya) menanggung sebarang liabiliti terhadap Pelanggan dan/atau mana-mana pihak bagi terma dan syarat, prosedur, dan/atau kelulusan, dan/atau tindakan, kerjasama, ketinggalan dan/atau ketepatan masa Peserta Pihak Ketiga, yang mana berkenaan.

3.6 Pelanggan hendaklah mengesahkan semua kemasukan dalam penyata atau rekod yang

dikeluarkan oleh Bank dan memaklumkan kepada Bank dengan cara yang dinyatakan dalam Fasal 14.7 di bawah berkenaan sebarang kesilapan atau percanggahan di dalam penyata atau rekod dalam masa 14 hari (atau tempoh lain seumpamanya yang mungkin ditetapkan oleh Bank) dari tarikh penyata atau rekod. Jika Bank tidak menerima sebarang makluman dalam tempoh yang dinyatakan, semua kemasukan dalam penyata atau rekod adalah dianggap betul, terikat, muktamad dan konklusif.

3.7 Semua notis yang diterima oleh Bank akan disemak mengikut Fasal 16 di bawah.

Berdasarkan hasil semakan, Bank boleh mengikut budi bicara mutlaknya membuat penyesuaian dan pembetulan yang perlu, jika ada. Sebarang wang yang perlu dibayar kepada atau oleh Pelanggan akan dikreditkan atau didebitkan daripada akaun berkaitan dan dipaparkan di dalam penyata atau rekod bulan berikutnya.

3A. KESELAMATAN 3A.1 Pelanggan tidak boleh pada bila-bila masa mendedahkan kod pengesahan, enkripsi, kata

laluan, tandatangan digital atau sijil Pelanggan kepada mana-mana individu (termasuk mana-mana kakitangan Bank) atau membenarkan Peralatan, Bahan atau Perisian dimiliki atau dikawal oleh mana-mana individu lain.

3A.2 Kod pengesahan, enkripsi, kata laluan, tandatangan digital, sijil, Peralatan, Bahan dan

Perisian hendaklah hanya digunakan oleh Pelanggan yang berdaftar dengan dan diterima oleh Bank untuk menggunakan atau mengakses Perkhidmatan.

3A.3 Pelanggan hendaklah memaklumkan kepada Bank serta-merta sebaik sahaja menerima

sebarang data dan/atau maklumat melalui Perkhidmatan yang bukan bertujuan untuk

diberikan kepada Pelanggan. Pelanggan hendaklah memusnahkan dan memadam semua

data dan/atau maklumat tersebut dengan serta-merta.

3A.4 Pelanggan hendaklah menjaga dengan baik untuk mengelakkan pendedahan atau penggunaan tanpa kebenaran kod pengesahan, enkripsi, kata laluan, tandatangan digital, sijil, Peralatan, Bahan dan Perisian. Bank tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Pelanggan jika mana-mana individu memperoleh akses kepada kod pengesahan, enkripsi, kata laluan, tandatangan digital, sijil, Peralatan, Bahan atau Perisian dan mengeluarkan arahan untuk mana-mana Perkhidmatan atau dengan sebarang cara lain, memperoleh pembayaran mana-mana wang kepunyaan Pelanggan.

Page 5: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 5

3A.5 Walau apa pun peruntukan yang terkandung di dalam ini, sebaik sahaja Pelanggan

menyedari atau mempercayai atas sebarang sebab bahawa kod pengesahan, enkripsi, kata

laluan, tandatangan digital, sijil, Peralatan, Bahan atau Perisian Pelanggan telah

disalahgunakan dan/atau terjejas oleh pendedahan, penemuan atau kecurian oleh mana-

mana pihak lain, Pelanggan hendaklah memaklumkan kepada Bank dengan cara yang

dinyatakan dalam Fasal 14.7 di bawah. Pelanggan adalah bertanggungjawab terhadap

sebarang kerugian atau kerosakan akibat arahan berkaitan Perkhidmatan yang dilaksanakan

atau diproses kecuali Pelanggan telah memaklumkan kepada Bank dengan serta-merta

dengan cara yang dinyatakan dalam Fasal 14.7 di bawah sebaik sahaja Pelanggan menyedari

atau mempercayai atas sebarang sebab bahawa kod pengesahan, enkripsi, kata laluan,

tandatangan digital, sijil, Peralatan, Bahan atau Perisian Pelanggan telah disalahgunakan

dan/atau terjejas.

3A.6 Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa Bank boleh, mengikut budi bicara tunggal dan

mutlaknya, menggantung akses Pelanggan kepada mana-mana Perkhidmatan sehingga penggantian kod pengesahan, enkripsi, kata laluan, tandatangan digital, sijil, Peralatan, Bahan atau Perisian, yang mana berkaitan, atau sebaliknya sehingga tempoh masa yang mungkin ditetapkan oleh Bank mengikut budi bicara tunggalnya.

3A.7 Sekiranya kod pengesahan, enkripsi, kata laluan, tandatangan digital, sijil, Peralatan, Bahan

atau Perisian Pelanggan didedahkan melalui peranti perkakasan lain yang tidak dibenarkan, yang disambungkan atau dimuatkan dan/atau program perisian yang dimuatkan atau dipasang pada/dalam mana-mana peranti atau perlatan yang digunakan untuk mengakses Perkhidmatan, Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, kesesakan yang ditanggung (sama ada secara langsung atau sebaliknya) oleh Pelanggan. Bank juga tidak bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa mana-mana arahan, urus niaga dan/atau Perkhidmatan lain atau tanpa kebenaran adalah disebabkan oleh pelanggaran keselamatan.

4. LESEN 4.1 Di mana berkenaan, Bank dengan ini memberikan kepada Pelanggan lesen peribadi, tidak

eksklusif, tidak boleh dipindahkan untuk menggunakan mana-mana (a) Perisian; dan/atau (b) Bahan. “Menggunakan” dalam Fasal 4.1 hendaklah bermakna mengakses, memasang, memuat turun, menyalin atau mendapat manfaat selainnya daripada fungsi Perisian menurut Prosedur dan Bahan dalam konfigurasi dan berasaskan skop yang dibekalkan oleh Bank kepada Pelanggan. Dengan syarat dalam segala hal bahawa hak untuk menyalin ditawarkan hanya bagi Perisian (bukan Bahan) kepada bentuk boleh dibaca oleh mesin, dan hendaklah terhad kepada satu salinan sandaran dalam cakera padat (“CD”) atau disket komputer (“Disket”) dan tertakluk kepada Pelanggan meletakkan semua notis hak cipta, kerahsiaan dan hak milik yang muncul dalam perisian asal pada salinan tersebut.

4.2 Pelanggan memperakui bahawa Perisian dan Bahan tidak direka cipta atau bertujuan untuk digunakan dalam atau untuk sebarang peralatan, mesin atau untuk tujuan yang tidak sesuai dengan Perisian dan Bahan dibekalkan oleh Bank kepada Pelanggan, dan Pelanggan hendaklah tidak menggunakan atau membenarkan atau menyebabkan penggunaan Perisian dan Bahan tersebut. Kecuali dinyatakan dengan jelas di dalam Terma dan Syarat ini, Pelanggan tiada hak untuk menggunakan, membuat, melesenkan semula, meminda, memindah, menyewakan, memajak, menjual, memaparkan, mengedarkan atau menyalin salinan asal atau salinan pendua Perisian atau Bahan, atau membenarkan atau menyebabkan orang lain berbuat demikian. Pelanggan hendaklah memastikan bahawa Perisian hanya digunakan dengan media, kandungan dan alat penciptaan kandungan yang mempunyai lesen sewajarnya.

Page 6: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 6

4.3 Walau apa pun peruntukan yang terkandung di dalam ini, Pelanggan tidak berhak menerima sebarang khidmat penyenggaraan atau sokongan bagi Perisian atau sebarang pembetulan, naik taraf, pengubahsuaian atau kemas kini di bawah Terma dan Syarat in. Jika sebarang pembetulan, naik taraf, pengubahsuaian atau kemas kini Perisian ditawarkan kepada Pelanggan, maka semua yang disebutkan ini tertakluk kepada Terma dan Syarat ini.

5. PERALATAN

5.1 Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan, penggunaan betul dan

penyenggaraan sebarang peralatan (termasuk perkakasan dan peranti keselamatan) yang dikendalikan oleh Pelanggan (sama ada dibekalkan oleh Bank atau tidak) dan untuk memastikan bahawa peralatan tersebut bebas virus dan tidak menyebarkan sebarang virus. Pelanggan hendaklah menyenggara dan menggunakan semua peralatan yang dibekalkan oleh Bank dengan cara yang dinyatakan dalam Bahan dan Prosedur dan berhubung dengan Perkhidmatan yang berkenaan. Semua Peralatan hendaklah dibekalkan atas perbelanjaan Pelanggan

5.2 Pelanggan hanya boleh menggunakan dan memperoleh akses kepada Perkhidmatan melalui

penyedia perkhidmatan internet (ISP) yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 seperti yang dipinda dari semasa ke semasa, dan akses seumpamanya melalui ISP tersebut adalah tertakluk pada dan ditadbir oleh undang-undang dan peraturan di Malaysia yang berkaitan, dan di mana tertakluk, terma dan syarat antara Pelanggan dan ISP.

5.3 Pelanggan hendaklah bertanggungjawab untuk mengetahui perkembangan terkini berkenaan

maklumat terbaharu, termasuk tip keselamatan yang dipaparkan di laman web Bank, mengenai risiko dan keselamatan atau langkah pencegahan berhubungan dengan penggunaan mana-mana pelayar web, perisian, perkakasan atau peralatan untuk mengakses Internet, yang mungkin mengganggu atau sebaliknya menjejaskan penggunaan atau akses Pelanggan kepada Perkidmatan. Maklumat mengenai risiko dan keselamatan atau langkah pencegahan untuk panduan Pelanggan boleh didapati dengan mengakses laman web Bank. Bank mungkin memaparkan maklumat mengenai risiko dan keselamatan atau langkah pencegahan untuk panduan Pelanggan melalui saluran lain yang dianggap sesuai dan Pelanggan hendaklah mengambil langkah yang perlu untuk penggunaan Perkhidmatan yang terjamin dan selamat.

5.4 Semua yuran dan caj berhubung dengan akses yang disediakan oleh ISP dan semua yuran, caj, perbelanjaan dan kos yang disebabkan oleh ditanggung oleh Pelanggan berhubung dengan penggunaan Perkhidmatan hendaklah ditanggung spenuhnya oleh Pelanggan dan Bank tidak bertanggungjawab ke atasnya, walau apa pun tindakan yang diambil oleh Bank, termasuk penamatan mana-mana Perkhidmatan.

6. PEMILIKAN 6.1 Pelanggan memperakui bahawa Perisian, Bahan dan Peralatan (sama ada dibuat dan/atau

dicipta oleh Bank, Pelanggan atau mana-mana pihak) dan semua Hak Harta Intelektual yang melindungi atau berkaitan dengan semua aspek Perisian dan Bahan, adalah dan hendaklah kekal menjadi milik eksklusif Bank, dan di mana berkenaan, pembekal Bank. Terma dan Syarat ini tidak memberikan hak milik atau pemilikan kepada Pelanggan, tetapi sebaliknya memberikan Pelanggan hak terhad seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini. Bank mengekalkan segala hak yang tidak dinyatakan secara tersurat dalam Terma dan Syarat ini.

6.2 Pelanggan tidak boleh mengeluarkan, mengubah atau membenarkan atau menyebabkan

pengeluaran atau perubahan sebarang notis paten, hak cipta atau tanda dagang atau notis harta intelektual lain yang mungkin tertera pada mana-mana Perisian atau Bahan. Pelanggan tidak boleh mengulang cipta menerusi kejuruteraan balikan, merungkai enkripsi, menyahkompilan, menyahhimpunan atau dengan cara lain mentafsirkan atau cuba

Page 7: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 7

merungkai kod asas, idea asas, teknik antara muka asas atau logaritma Perisian dengan apa jua cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, atau mendedahkan mana-mana daripada di atas, atau membenarkan atau menyebabkan orang lain berbuat demikian.

7. TANGGUNGJAWAB

7.1 Bank tidak menjamin capaian kepada sebarang sistem komunikasi, pemprosesan atau urus niaga termasuk yang ditawarkan oleh Bank dan tidak menanggung sebarang liabiliti kepada Pelanggan atas ketiadaan atau gangguan sebarang sistem komunikasi tersebut atau sebarang kelewatan atau gangguan yang berkaitan dengan penyediaan Perkhidmatan. Bank hendaklah bertanggungjawab terhadap kegagalan untuk bertindak dengan niat baik atau kerana kecuaian nyata apabila menyediakan Perkhidmatan menurut Terma dan Syarat di dalam ini, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan, sama ada tidak langsung, berkaitan atau diakibatkan (termasuk kehilangan keuntungan atau peluang, ganti rugi punitif atau khas) atau selainnya, walaupun dimaklumkan tentang kemungkinan kerugian atau kerosakan sedemikian.

7.2 Tertakluk kepada peruntukan Terma dan Syarat ini, jika Bank melanggar mana-mana jaminan atau terma Perkhidmatan, maka Bank akan memproses semula atau menghantar semula arahan atau urus niaga yang terjejas tanpa kos tambahan kepada Pelanggan. Ini merupakan satu-satunya remedi Pelanggan dan satu-satunya tanggungjawab Bank jika Bank melanggar mana-mana jaminan atau terma Perkhidmatan.

7.3 Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap Pelanggan atau mana-mana pihak ketiga:- (a) bagi sebarang kesulitan, kecederaan, sebarang kerosakan, kehilangan untung atau

pendapatan (sama ada secara langsung atau tidak langsung), muhibah atau sebarang kerugian atau ganti rugi khas/teladan, langsung atau turutan walau apa pun dan walau bagaimana ia berlaku sekiranya Bank tidak dapat melaksanakan mana-mana kewajipan di bawah Terma dan Syarat atau menyediakan sebarang Perkhidmatan yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung kerana kejadian Force Majeure;

(b) bagi sebarang perbelanjaan, kerugian, kerosakan, liabiliti atau kesan lain yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan atau mana-mana pihak lain jika jumlah dikreditkan atau didebitkan daripada Akaun berkurangan nilainya kerana cukai, susut nilai atau tidak boleh digunakan kerana sekatan (walau bagaimana ia timbul) terhadap pertukaran, pemindahan bukan sukarela, sebarang bentuk penyitaan atau Force Majeure,

dan dalam kes tersebut, kewajipannya hendaklah digantung selagi kejadian Force Majeure berterusan (dengan syarat ini tidak menghalang pengumpulan faedah/untung atas jumlah prinsipal yang perlu dibayar bagi peruntukan ini). Bank hendaklah memaklumkan Pelanggan dengan segera tentang kewujudan kejadian Force Majeure dan hendaklah berunding dengan Pelanggan untuk mencari penyelesaian yang dipersetujui bersama. Dalam keadaan di mana mata wang sebut harga bagi tanggungan pembayaran Bank tidak didapati kerana sekatan terhadap pertukaran, pemindahan, pemindahan bukan secara sukarela, sebarang bentuk penyitaan atau Force Majeure, Bank hendaklah dianggap telah memenuhi kewajipan pembayaran dengan membuat bayaran dalam mata wang lain yang dianggap wajar oleh Bank. “Force Majeure” bermakna sebarang sebab yang di luar kawalan munasabah Bank, termasuk tetapi tidak terhad kepada, ketiadaan sebarang sistem komunikasi, kegagalan sebarang alat mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data atau talian transmisi, kegagalan atau gangguan kepada kuasa atau utiliti atau sistem komunikasi atau transmisi, sabotaj, kebakaran, banjir, gempa bumi, letupan, bencana alam, kekacauan awam, mogok, sebarang bentuk pertikaian awam atau perindustrian, rusuhan, kebangkitan, embargo, tindakan keganasan, peperangan, tindakan atau pelaksanaan sebarang kuasa kerajaan, tentera atau rampasan kuasa, tuntutan atau sebarang sekatan wang atau kawalan tukaran.

Page 8: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 8

7.4 Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa, Bank secara khususnya menolak sebarang jaminan, syarat atau pernyataan (sama ada secara tersurat, tersirat atau berkanun, atau secara lisan atau bertulis) berkenaan dengan Perisian atau Bahan atau Peralatan termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang atau semua jaminan berkaitan kebolehgunaan atau kesesuaian untuk tujuan khusus (sama ada diketahui oleh Bank atau tidak, ada sebab untuk mengetahui, telah dinasihatkan atau sedar tentang sebarang keadaan sedemikian) atau syarat hak milik atau ketiadaan perlanggaran sama ada yang didakwa timbul menerusi penguatkuasaan undang-undang, mengikut kelaziman atau penggunaan dagangan atau semasa urus janji, atau Perisian/Peralatan akan beroperasi dengan betul dengan perkakasan atau perisian lain atau akan beroperasi tanpa gangguan atau kesilapan. Bank juga dengan nyata menafikan sebarang jaminan atau pernyataan secara tersurat atau tersirat terhadap mana-mana pihak selain daripada Pelanggan.

7.5 Bank tidak bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk tuntutan berkaitan dengan Perisian atau Bahan atau Peralatan, termasuk sebarang kuasa tindakan berasaskan jaminan, kontrak, tort, liabiliti ketat, perlanggaran paten atau hak cipta atau salah guna hak milik intelektual. Baik Bank mahupun pembekalnya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ganti rugi turutan, berkaitan, tidak langsung, khas, teladan atau punitif, sama ada secara kontrak, tort (termasuk kecuaian) atau selainnya, atau untuk sebarang kehilangan untung, kehilangan simpanan atau kehilangan data yang timbul daripada Terma dan Syarat ini atau penggunaan (atau kegagalan menggunakan) Peralatan atau Perisian atau Bahan.

8. MAKLUMAT SULIT

8.1 Pelanggan memperakui bahawa Maklumat Rahsia hendaklah membentuk dan mengandungi produk proprietari berharga dan rahsia perdagangan hak milik Bank dan/atau pembekalnya, yang merangkumi usaha kreatif dan maklumat, idea dan pernyataan sulit.

8.2 Pelanggan akan memastikan bahawa semua Maklumat Sulit akan dikekalkan rahsia dan mengehadkan akses kepada kakitangannya (atas syarat kerahsiaan yang sama) yang memerlukan akses kerana urusan pekerjaan biasa kecuali jika Maklumat Sulit tersebut sudah diketahui umum atau Pelanggan diperlukan untuk melakukan sebaliknya di bawah proses undang-undang atau kehakiman, dan menggunakannya dengan cara yang ditetapkan oleh Bank dalam urusan perniagaan biasa Pelanggan. Pelanggan hendaklah memaklumkan Bank secara bertulis jika ia mendapati atau mengesyaki bahawa Maklumat Rahsia telah atau mungkin didedahkan kepada mana-mana pihak yang tidak dibenarkan.

9. PERNYATAAN 9.1 Pelanggan dan Bank masing-masing membuat pernyataan pada tarikh permohonan bagi

Perkhidmatan ini diterima oleh Bank dan sepanjang tempoh Perkhidmatan digunakan atau disediakan bahawa:-

(a) masing-masing ditubuhkan secara sah dan berada dalam kedudukan yang baik di negara

penubuhan atau pendaftarannya;

(b) masing-masing mempunyai kuasa dan kebenaran untuk bersetuju dengan Terma dan Syarat ini dan menunaikan kewajipannya di bawah Terma dan Syarat ini;

(c) persetujuan dengan Terma dan Syarat ini dibuat dengan kuasa sewajarnya pada masa

perjanjian dan Terma dan Syarat ini merupakan kewajipan yang sah, sahih dan mengikat kedua-duanya;

(d) sebarang keizinan, kebenaran atau arahan yang diperlukan berhubung dengan Terma

dan Syarat ini telah disediakan; (e) sebarang tindakan yang perlu dilakukan atas arahan mana-mana kerajaan atau pihak

berkuasa lain yang berhubung dengan Terma dan Syarat ini telah dilakukan atau akan dilakukan (dan akan diperbaharui jika perlu);

Page 9: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 9

9.2 Pelanggan juga menjamin dan menyatakan kepada Bank, pada tarikh permohonan bagi Perkhidmatan diterima dan sepanjang tempoh Perkhidmatan digunakan atau disediakan bahawa:

(a) perkhidmatan tidak harus digunakan sebagai saluran bagi pengubahan wang haram dan

pembiayaan keganasan dan Pelanggan hendaklah memaklumkan pihak Bank dengan serta-merta jika Pelanggan mengesyaki bahawa dana yang dikreditkan ke dalam Akaun adalah daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang;

(b) pelanggan hendaklah pada setiap masa mematuhi Peraturan Pentadbiran Pertukaran

Asing, termasuk semua Notis Peraturan Pentadbiran Asing Malaysia yang dikeluarkan

menurut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Pencegahan Pengubahan Wang

Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Perolehan Aktiviti Menyalahi

Undang-Undang 2001, undang-undang cukai dan semua peraturan lain yang berkaitan.

Pelanggan adalah bertanggungjawab terhadap mana-mana penyalahan undang-undang

dan peraturan tersebut, termasuk mana-mana pindaan, lanjutan, pelaksanaan semula

atau gabungan yang berkaitan;

(c) urus niaga dagangan, eksport, entrepot atau transit barangan (termasuk teknologi) dan

dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan Kontrak tidak menyalahi Akta

Perdagangan Strategik 2010, seperti yang dipinda atau ditambah dari semasa ke semasa

dan peraturan/arahan yang dikeluarkan di bawahnya (“STA”) dan semua permit, lesen,

pendaftaran dan kelulusan di bawah STA yang perlu bagi urusniaga ini telah atau akan

diperolehi dan berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya dan hendaklah dikemukakan

kepada pihak Bank apabila diminta; dan

(d) pelaksanaan Terma dan Syarat ini tidak akan melanggar atau mencabuli mana-mana

undang-undang, peraturan atau keperluan atau perjanjian lain yang berkuatkuasa.

10. PENGIKLANAN 10.1 Baik Pelanggan mahupun Bank tidak akan memaparkan nama, tanda dagangan atau tanda

perkhidmatan pihak yang satu lagi tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak tersebut. Pelanggan tidak harus mengiklankan atau mempromosikan sebarang perkhidmatan tanpa kelulusan bertulis Bank terlebih dahulu.

11. PENDEDAHAN

11.1 Tertakluk kepada arahan nyata Pelanggan (jika ada) yang menghadkan pendedahan,

Maklumat akan didedahkan oleh Bank kepada individu atau badan yang dikehendaki atau

dibenarkan oleh undang-undang atau dengan kelulusan bertulis daripada Bank Negara

Malaysia untuk mendedahkannya atau mulai sekarang dibenarkan secara bertulis oleh

Pelanggan.

Page 10: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 10

11.2 Tanpa menghadkan Fasal 11.1, Pelanggan menyatakan keizinan untuk mendedahkan Maklumat kepada pihak berikut untuk tujuan yang dinyatakan di dalam jadual di bawah:

Pihak yang dibenarkan untuk didedahkan

maklumat

Tujuan/keadaan untuk pendedahan

Maklumat

(a) Pemproses data Bank dan penyedia

perkhidmatan, di dalam dan di luar Malaysia;

Untuk pelaksanaan perkhidmatan

kepada Bank

(b) Perbadanan dan syarikat yang bersekutu

dengan Bank, di dalam dan di luar Malaysia,

pemegang serah hak dan pengganti hak milik;

Untuk jualan silang, penambahbaikan

perkhidmatan dan kajian pasaran.

(c) Pihak berkuasa kawal selia/badan penguat

kuasa undang-undang di dalam dan di luar

Malaysia termasuk menurut Akta Pematuhan

Cukai Akaun Asing di Amerika Syarikat;

Untuk pematuhan undang-undang dan

peraturan

(d) Pihak ketiga yang ingin menyelesaikan hutang

Pelanggan;

Untuk penyelesaian hutang Pelanggan

(e) Cagamas Berhad, Credit Guarantee

Corporation (Malaysia) Berhad dan agensi

kerajaan lain yang ditubuhkan untuk

mendapatkan pinjaman atau menjadi penjamin

pinjaman;

Untuk jualan atau cadangan jualan atau

untuk mendapatkan jaminan pinjaman

(f) Peserta Pihak Ketiga di mana Perkhidmatan

disediakan bersama atau melaluinya;

Untuk pematuhan prosedur yang

dikenakan atau penyelesaian rundingan

terhadap sebarang tuntutan atau

mengendalikan pertanyaan akibat

daripada atau berhubungan dengan

sebarang Perkhidmatan

(g) Peguam, pakar dalam penipuan, teknologi

maklumat dan ahli profesional/jururunding/

pakar lain yang menyediakan perkhidmatan

profesional atau kepakaran kepada Bank

berhubung dengan sebarang hal undang-

undang atau sebarang hal lain yang

memerlukan nasihat atau pengetahuan

profesional atau pakar;

Untuk nasihat profesional dan

rundingan daripada ahli profesional

yang dihubungi oleh Bank

(h) Ejen, pelaksana, pentadbir atau wakil undang-

undang yang dibenarkan oleh Pelanggan; dan

Untuk menguruskan hal ehwal

Pelanggan

(i) Pemegang serah hak atau pemeroleh Bank,

potensi pemegang serah hak atau pemeroleh

dan pengganti hak milik.

Untuk penyusunan semula termasuk

penjualan semua atau sebahagian

daripada perniagaan Bank.

Page 11: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 11

11.3 Pelanggan memberikan persetujuan dan kebenaran yang tidak boleh ditarik balik kepada pihak Bank untuk melakukan pemeriksaan kredit dan mengesahkan maklumat yang diberikan oleh Pelanggan dengan mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana biro kredit, organisasi atau syarikat yang ditubuhkan untuk mengumpulkan dan menyediakan maklumat kredit atau maklumat lain). Pelanggan memberikan persetujuan yang tidak boleh ditarik balik kepada agensi pelaporan kredit yang berkaitan (seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit, 2010) (“APK”) di mana pihak Bank melaksanakan pemeriksaan kredit, untuk mendedahkan laporan / maklumat kredit Pelanggan kepada pihak Bank bagi tujuan memohon Perkhidmatan dan untuk pengurusan risiko dan penilaian pihak Bank. Pihak Bank dengan ini diberi kuasa tetapi tidak diwajibkan untuk menyampaikan persetujuan Pelanggan dan tujuan pendedahan tersebut kepada agensi pelaporan kredit yang berkenaan.

11.4 Jika Pelanggan ialah sebuah syarikat atau badan berkanun atau entiti tidak diperbadankan, Pelanggan memberi jaminan dan membuat pernyataan kepada pihak Bank bahawa (i) ia telah mendapat persetujuan daripada pengarah, pengurus berkaitan, pegawai, penjawat, rakan kongsi dan pemegang saham untuk mendedahkan data peribadi mereka kepada Bank berhubung dengan tawaran Akaun dan Perkhidmatan kepada Pelanggan; (ii) memaklumkan mereka bahawa Bank boleh mengumpul atau mengesahkan data peribadi mereka dengan sumber pihak ketiga seperti agensi pelaporan kredit, Suruhanjaya Syarikat dan Jabatan Insolvensi dan telah mendapat kebenaran mereka bagi APK yang berkaitan untuk mendedahkan laporan / maklumat kredit kepada bank untuk tujuan memohon Perkhidmatan dan untuk pengurusan risiko dan penilaian Bank; (iii) agar Bank boleh mendedahkan data peribadi mereka kepada kumpulan pihak ketiga yang dinyatakan dalam Dasar Privasi Bank; (iv) bahawa Pelanggan telah memaklumkan mereka untuk membaca Dasar Privasi Bank di laman web Bank.

11.5 Pelanggan, jika seorang individu, memperakui telah membaca Dasar Privasi Bank yang dipaparkan di laman web Bank yang memaklumkannya bahawa (i) Bank boleh mengumpul data peribadinya terus daripadanya atau daripada sumber pihak ketiga; (ii) tujuan data peribadinya dikumpulkan; (iii) haknya berkenaan data peribadinya;(iv) kumpulan pihak ketiga yang mana pihak Bank boleh mendedahkan data peribadinya; (v) bahawa beliau boleh mengemaskini data peribadinya sejurus selepas terdapat perubahan; dan (vi) maklumat hubungan pihak Bank jika beliau mahu membuat pertanyaan atau memberikan maklum balas.

11.6 Pihak Bank tidak bertanggungjawab terhadap Pelanggan atau pengarah, pengurus berkaitan, pegawai, penjawat, rakan kongsi atau pemegang sahamnya bagi sebarang tuntutan, kerugian, ganti rugi (termasuk ganti rugi langsung atau tidak langsung atau kehilangan untung atau simpanan) atau liabiliti yang timbul dengan apa cara sekalipun dalam kontrak, tort, atau sebarang sebab lain yang berlaku kerana atau berhubung dengan sebarang pendedahan maklumat oleh Bank; atau maklumat yang tidak tepat, salah atau tersalah nyata.

12. YURAN, FAEDAH DAN CAJ LAIN

12.1 Bank boleh mengenakan yuran ke atas Pelanggan dari masa ke masa untuk menyediakan Perkhidmatan menurut sebarang jadual yuran, surat atau cadangan yang dipersetujui oleh Pelanggan dan Bank dari masa ke masa. Pelanggan hendaklah membayar kepada Bank semua yuran (termasuk sebarang komisen pertukaran dalaman), faedah dan sebarang jumlah yang dihutang atau ditanggung oleh Bank berhubung dengan Perkhidmatan, bebas daripada potongan dan tidak termasuk sebarang cukai yang berkuatkuasa dari masa ke masa, yang menjadi tanggungjawab Pelanggan.

12.2 Tertakluk kepada Fasal 12.1, Pelanggan hendaklah membayar kepada Bank sebarang caj, komisen atau yuran yang mungkin dikenakan atau diubah oleh Bank pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis 21 hari terlebih dahulu kepada Pelanggan, sebarang perbelanjaan tunai langsung, kos atau perbelanjaan lain (termasuk kos guaman antara peguam dan pelanggan yang dibayar atas dasar indemniti penuh) yang ditanggung oleh Bank, dan semua cukai nilai tambah, duti kastam dan eksais dan cukai barangan dan perkhidmatan serta sebarang cukai lain yang berkenaan, apa jua bentuk levi atau caj yang

Page 12: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 12

dikenakan sekarang atau seterusnya di bawah undang-undang atau yang perlu dibayar berkaitan dengan mana-mana urus niaga, perkhidmatan, produk, arahan atau penguatkuasaan oleh Bank tentang haknya di bawah Terma dan Syarat ini. Pelanggan dengan ini membenarkan Bank untuk memotong semua atau sebarang bayaran yang disebutkan di atas daripada Akaun Pelanggan pada bila-bila masa, dari masa ke masa atas budi bicara mutlaknya dan dengan memberi notis bertulis kepada Pelanggan.

12A. LIABILITI

Pelanggan hendaklah menanggung rugi dan membayar kepada Bank apabila diminta semua tuntutan, permintaan, tindakan, prosiding, kerugian dan perbelanjaan (termasuk kos guaman antara peguam dan pelanggan sendiri atas dasar bayaran ganti penuh) dan semua liabiliti lain dalam apa jua bentuk atau keterangan yang mungkin diambil atau ditanggung atau dialami oleh Bank berhubung dengan penyediaan Perkhidmatan atau yang timbul dengan apa jua cara daripada Terma dan Syarat ini. Liabiliti Pelanggan adalah merupakan liabiliti berterusan dan terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga liabiliti Bank, jika ada, dilepaskan sepenuhnya.

13. PENAMATAN

13.1 Salah satu pihak boleh menamatkan mana-mana atau semua Perkhidmatan dalam masa 30

hari (atau tempoh lain yang mungkin ditetapkan oleh Bank) dengan memberikan notis bertulis terlebih dahulu kepada pihak yang satu lagi. Mana-mana pihak dengan ini boleh menamatkan mana-mana atau semua perkhidmatan dengan memberikan notis bertulis, sekiranya:

(a) pihak yang satu lagi tidak lagi menjalankan perniagaannya;

(b) pihak yang satu lagi mengadakan mesyuarat penghutang atau terpaksa mengadakan

mesyuarat atau menghadapi tindakan lain dengan matlamat pembubaran atau kemuflisan, kecuali berkaitan dengan Bank, untuk tujuan dan disusuli oleh penggabungan dan penyusunan semula;

(c) prosiding dimulakan untuk pelantikan penerima, atau penerima dan pengurus, atau pengurus kehakiman terhadap pihak yang satu lagi atau mana-mana asetnya;

(d) sebarang tindakan distres atau pelaksanaan dikenakan atas barangan atau aset pihak lain dan distres atau pelaksanaan tersebut tidak dilepaskan dalam masa 21 hari selepas itu atau pihak yang satu lagi membuat atau cuba membuat persetujuan atau perjanjian dengan pemiutangnya;

(e) berlaku kemungkiran nyata mana-mana peruntukan, jaminan atau pernyataan yang terkandung di dalam ini oleh pihak yang satu lagi, seperti enggan membuat atau mengabaikan jumlah yang dihutang dan perlu dibayar di bawah Terma dan Syarat ini, dan kemungkiran tersebut diabaikan atau tidak diperbetulkan dalam tempoh notis bertulis 14 hari yang diberikan oleh pihak yang menamatkan perkhidmatan;

(f) penamatan perlu dibuat menurut undang-undang, peraturan, garis panduan, peraturan dan arahan mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau pihak berkuasa kawal selia atau pihak berkuasa berwibawa (sama ada ia mempunyai kuasa undang-undang atau tidak); dan

(g) pihak yang satu lagi menjadi atau diisytiharkan atau dianggap muflis atau meninggal dunia.

Tertakluk kepada perkara di atas, tiada yang terkandung di dalam ini mewajibkan Bank untuk menyediakan atau terus menyediakan, dan Bank boleh menamatkan atau tidak lagi menyediakan mana-mana Perkhidmatan pada bila-bila masa.Bank boleh membatalkan sebarang pemberian kredit yang disediakan berhubung dengan Perkhidmatan pada bila-bila masa selepas memberikan notis.

Page 13: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 13

13.2 Selepas Perkhidmatan ditamatkan secara sepenuhnya atau sebahagian, Pelanggan hendaklah memulangkan kepada Bank semua Maklumat Sulit, Perisian, Bahan dan Peralatan, dalam masa 5 Hari Perniagaan dan semua hak yang diberikan di bawah Terma dan Syarat ini untuk Perkhidmatan yang ditamatkan atau bahagiannya yang ditamatkan akan serta-merta kembali kepada Bank. Bank boleh (yang mana wajar) serta-merta mengambil Maklumat Sulit, Perisian, Bahan dan/atau Peralatan yang dibekalkan oleh Bank dan semua salinannya, dengan syarat Bank telah meminta pemulangannya terlebih dahulu dan memberikan notis bertulis 5 Hari Perniagaan tentang hasrat untuk mengambil balik miliknya. Semua peruntukan sekatan dalam Terma dan Syarat ini, yang pada hakikatnya harus kekal, seperti jaminan, penafian, had liabiliti, kerahsiaan, undang-undang berkuatkuasa akan diteruskan walaupun Perkhidmatan yang berkaitan ditamatkan.

14. RAMPAIAN

14.1 Bank berhak untuk meminda, mengubah, menambah dan/atau menggantikan Terma dan

Syarat ini, sebarang Perkhidmatan, Bahan dan Prosedur, dengan memberikan notis terdahulu tidak kurang daripada 21 hari menerusi apa jua cara atau kaedah yang dianggap sesuai oleh Bank, termasuk melalui surat, pemberitahuan di media massa atau di cawangan Bank, komunikasi elektronik, atau catatan di laman web Bank. Perubahan sedemikian hendaklah berkuatkuasa pada tarikh kuatkuasa yang dinyatakan oleh Bank dan dianggap diterima tanpa keraguan apabila Pelanggan tidak menamatkan Perkhidmatan yang berkenaan.

14.2 Jika mana-mana peruntukan dianggap sebagai menyalahi, tidak sah, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam segala hal di bawah undang-undang, peruntukan tersebut adalah tidak berkesan setakat ketaksahan, larangan atau sekatan penguatkuasaan tanpa membatalkan dengan apa jua cara peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini.

14.3 Penerimaan sebarang arahan Pelanggan oleh Bank atau tindakan Bank melepaskan mana-

mana haknya atau sebarang kelonggaran yang diberikan kepada Pelanggan tidak akan menghalang Bank daripada menguatkuasakan haknya di bawah Terma dan Syarat ini atau tidak dianggap sebagai persetujuan untuk meminda mana-mana bahagian yang berkaitan dan sebarang pelaksanaan tunggal atau sebahagian mana-mana hak, kuasa atau keistimewaan tidak menghalang sebarang tindakan selanjutnya untuk melaksanakan sebarang hak, kuasa atau keistimewaan lain. Hak dan remedi yang disediakan di dalam ini adalah kumulatif dan tidak mengecualikan mana-mana hak atau remedi lain yang diberikan di bawah undang-undang.

14.4 Baik Pelanggan mahupun Bank boleh menggunakan rakaman telefon atau elektronik sebagai

bukti dalam mana-mana prosiding yang dibawa berhubung dengan Terma dan Syarat ini dan Pelanggan dengan ini bersetuju dengan rakaman atau pemantauan telefon atau elektronik Bank untuk tujuan keselamatan dan kualiti perkhidmatan.

14.5 Atas budi bicaranya, Bank boleh memberikan sebarang makluman atau notis kepada

Pelanggan menerusi apa jua cara atau kaedah yang dianggap sesuai oleh Bank termasuk tetapi tidak terhad menerusi pos, pemberitahuan di media massa, dengan memaparkan notis di cawangan Bank, dengan memasukkan notis ke dalam penyata akaun berkala, menerusi transmisi elektronik (termasuk menerusi faksimile, telefon bimbit, peralatan lain atau Internet) atau dengan memaparkannya di laman web atau ATM Bank atau terminal lain yang berada di bawah kawalan Bank.

14.6 Notis atau komunikasi sedemikian daripada Bank:-

(a) jika dihantar menerusi pos atau kiriman tangan atau kurier hendaklah dianggap telah diserahkan kepada Pelanggan jika dialamatkan kepada Pelanggan di alamat yang didaftarkan dengan Bank dan penyerahan dianggap telah dibuat:-

(i) dalam masa 3 hari selepas diposkan jika dihantar di dalam Malaysia dan dalam

masa 5 hari selepas diposkan jika dihantar ke luar Malaysia; atau

Page 14: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 14

(ii) pada hari yang sama jika ditinggalkan di alamat Pelanggan yang didaftarkan

dengan Bank jika dihantar menerusi kiriman tangan atau kurier atau;

(b) jika dihantar menerusi komunikasi elektronik (termasuk faksimile, telefon bimbit, peranti lain atau menerusi Internet), hendaklah dianggap telah diserahkan kepada Pelanggan selepas penghantaran atau transmisi kepada nombor faksimile, telefon/alat bimbit, alamat Internet atau alamat atau akses lain yang didaftarkan oleh Pelanggan dengan Bank dan perkhidmatan dianggap telah dilaksanakan sejurus selepas transmisi; atau

(c) jika dipaparkan di cawangan, di laman web Bank atau di media massa, notis sedemikian hendaklah dianggap telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan pada notis dan jika tiada tarikh dinyatakan, pada tarikh pencatatan atau penerbitan.

14.7 Notis penting daripada Pelanggan kepada Bank untuk melaporkan kehilangan atau

penjejasan kod pengesahan, enkripsi, kata laluan, tandatangan digital, sijil, Peralatan, Bahan dan Perisian Pelanggan, atau untuk melaporkan kesilapan atau percanggahan dalam mana-mana penyata atau rekod, boleh dibuat dengan :

(a) menghubungi Pusat Hubungan Bank melalui nombor telefon yang dipaparkan pada

laman web Bank dari semasa ke semasa; atau

(b) mengakses ikon “Hubungi Kami” di laman web Bank; atau

(c) notis bertulis yang diserahkan kepada, atau hadir sendiri untuk membuat laporan di

mana-mana cawangan Bank; atau

(d) cara lain yang mungkin dimaklumkan oleh Bank dari semasa ke semasa.

14.8 Semua notis lain daripada Pelanggan kepada Bank hendaklah dalam bentuk bertulis,

ditandatangani oleh Pelanggan dan dihantar kepada Bank di alamat berikut atau cara lain

yang mungkin dimaklumkan oleh Bank dari semasa ke semasa:

Jabatan Pengurusan Tunai,

Bahagian Perbankan Urus Niaga Global

OCBC Bank (Malaysia) Berhad,

Level 7, Wisma Lee Rubber, 1 Jalan Melaka,

50100 Kuala Lumpur.

14.9 (a) Terma dan Syarat ini adalah sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat Utama Bank yang berkuatkuasa ke atas Akaun dan Perkhidmatan. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara Terma dan Syarat ini dan Terma dan Syarat Utama yang berkuatkuasa ke atas Akaun dan Perkhidmatan, Terma dan Syarat ini hendaklah diguna pakai berkenaan dengan Perkhidmatan yang disediakan di bawah Terma dan Syarat ini. Terma dan Syarat ini menggantikan semua terma dan syarat sebelumnya yang berkuatkuasa ke atas Perkhidmatan yang disediakan di dalam ini, melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Bank.

(b) Terma dan Syarat ini hendaklah diguna pakai sebagai tambahan kepada dan tidak akan

menjejaskan sebarang perjanjian antara Pelanggan dan Bank atau terma dan syarat sebarang perkhidmatan atau kemudahan yang tidak disediakan di bawah Terma dan Syarat ini. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara terma dan syarat tersebut dan Terma dan Syarat ini, Terma dan Syarat ini (seperti yang dipinda dan ditambah dari semasa ke semasa) akan diguna pakai.

Page 15: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 15

(c) Pengendalian berterusan atau tindakan tidak menutup/menamatkan Perkhidmatan oleh Pelanggan selepas tarikh efektif perubahan Terma dan Syarat tersebut hendaklah dianggap membentuk penerimaan perubahan tersebut tanpa keraguan oleh Pelanggan. Pelanggan tidak boleh mengubah atau meminda Terma dan Syarat ini dalam apa jua bentuk atau cara walaupun jika Bank menerima notis perubahan atau pindaan tersebut.

14.10 (a) Terma dan Syarat ini hendaklah mengikat pewaris, wakil peribadi dan pengganti hak milik

Pelanggan serta pengganti hak milik dan penerima serah hak Bank. Pelanggan tidak berhak untuk menyerah atau memindahkan mana-mana hak, kepentingan atau kewajipannya di bawah perjanjian ini.

(b) Penyusunan Semula Bank: Kewajipan dan liabiliti Pelanggan hendaklah terus sah dan

mengikat untuk segala tujuan walau apa pun perubahan menerusi penggabungan, penyusunan semula atau selainnya yang mungkin dibuat kepada perlembagaan Bank atau oleh mana-mana syarikat di mana perniagaan Bank mungkin dijalankan dari masa ke masa dan akan disediakan kepada syarikat yang menjalankan perniagaannya buat sementara waktu.

14.11 Terma dan Syarat ini hendaklah ditadbirkan dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia tetapi semasa menguatkuasakan Terma dan Syarat ini, Bank hendaklah mempunyai kebebasan untuk memulakan dan mengambil tindakan atau prosiding atau selainnya terhadap Pelanggan di Malaysia dan/atau di tempat lain seperti yang dianggap sesuai atas budi bicara mutlaknya dan pihak terlibat bersetuju untuk terikat kepada bidang kuasa bukan eksklusif Mahkamah Malaysia.

15. HARI & WAKTU PERNIAGAAN 15.1 Hari Perniagaan, waktu operasi Bank dan ketersediaan Perkhidmatan boleh dilanjutkan,

diubah atau dipinda menurut keperluan perniagaan dan operasi tanpa memberitahu mana-mana satu pihak.

15.2 Kebolehpercayaan maklumat – Maklumat, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada kadar

faedah, kadar tukaran, dan maklumat produk yang disebut harga di laman web Bank atau disediakan oleh Perkhidmatan adalah sebagai petunjuk sahaja. Kadar atau harga sebenar yang berkuatkuasa bagi urus niaga khusus hanya boleh ditentukan pada masa urus niaga dibuat.

16. PERTIKAIAN DAN PERTANYAAN

16.1 Notis mana-mana pertikaian dan pertanyaan hendaklah disampaikan mengikut cara yang

dinyatakan dalam Fasal 14.7 di atas.

16.2 Pelanggan yang ingin membangkitkan apa-apa pertikaian akan dikehendaki untuk memberi

butir-butir yang diperlukan tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama Pelanggan,

akaun yang terlibat, tarikh urus niaga yang dipertikaikan, jumlah urus niaga dan sebab yang

dipertikaikan mengapa Pelanggan percaya bahawa ia adalah urus niaga yang dipertikaikan.

16.3 Semua pertikaian akan disiasat oleh Bank dan jika didapati palsu, akan ditolak. Jika

pembayaran telah dibuat mengenai pertikaian itu, pembayaran hendaklah dibayar balik

kepada Bank dan semua perbelanjaan yang dilakukan dalam penyiasatan dan dalam

mendapatkan semula bayaran tersebut hendaklah ditanggung oleh pembuat pertikaian

palsu tersebut. Selain itu, laporan polis akan dibuat terhadap semua pertikaian yang palsu.

Page 16: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 16

(B) TERMA DAN SYARAT KHUSUS

1. Velocity@ocbc

1.1 Velocity@ocbc memudahkan transmisi maklumat, arahan bayaran, perutusan dan makluman

lain (setiap satu “Komunikasi”) dan capaian kepada sistem komunikasi, pemprosesan atau urus niaga yang dikendalikan atau disediakan oleh Bank, dalam segala bentuk walau di mana lokasinya, dan jika berkenaan, memberi lesen kepada Pelanggan untuk mencapai data menerusi Internet dan/atau menggunakan sebarang Peralatan dan/atau Perisian yang disediakan oleh Bank.

1.2 Bagi mana-mana perkhidmatan yang dipersetujui (“Perkhidmatan”), Bank akan membekalkan kepada Pelanggan panduan pengguna, manual, data, proses dan dokumentasi lain (“Bahan”) dan sebarang perjanjian perkhidmatan yang lain. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian antara mana-mana perjanjian perkhidmatan tersebut dan Terma dan Syarat ini, perjanjian perkhidmatan tersebut hendaklah diguna pakai bagi Perkhidmatan yang berkenaan. Bahan boleh dipinda oleh Bank dari masa ke masa dan Bank hendaklah memaklumkan Pelanggan tentang sebarang pindaan.

1.3 Pelanggan bersetuju dengan prosedur dan amalan, termasuk penggunaan kod pengesahan, enkripsi, kata laluan, tandatangan digital dan sijil, dan peranti keselamatan, sistem dan perisian lain (“Prosedur”), yang dirangka untuk menentusahkan pengasalan Komunikasi yang dihantar oleh Pelanggan dan Bank. Pelanggan mengakui risiko yang dikaitkan dengan penghantaran komunikasi dan akan mematuhi Prosedur berhubung dengan setiap komunikasi.

1.4 Jika pelanggan mematuhi Prosedur berkaitan dengan Komunikasi, Bank hendaklah layak untuk bertindak menurut Komunikasi dan tidak diwajibkan untuk menentusahkan kandungan Komunikasi, untuk mengenal pasti identiti orang yang memberikannya atau menunggu sebarang pengesahan bertulis Komunikasi yang hendak diberikan oleh Pelanggan. Di samping itu, dengan syarat Pelanggan mematuhi Prosedur, Bank tidak akan bertanggungjawab kerana bertindak menurut sebarang Komunikasi yang dihantar atas nama Pelanggan, dan Pelanggan bersetuju untuk terikat kepadanya. Bank boleh bertindak menurut Komunikasi dengan merujuk kepada nombor akaun sahaja, walaupun jika nama akaun juga disediakan.

1.5 Bank tidak diwajibkan untuk bertindak menurut sebarang Komunikasi yang tidak dihantar mengikut Prosedur. Bank boleh bertindak menurut Komunikasi yang tidak lengkap sekiranya, atas pandangan wajar Bank, ia mengandungi maklumat secukupnya. Bank tidak bertanggungjawab untuk mencari, dan tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kesilapan atau ketinggalan yang dibuat oleh Pelanggan atau penduaan sebarang Komunikasi oleh Pelanggan.

1.6 Bank boleh enggan melaksanakan sebarang Komunikasi di mana Bank dengan sewajarnya meragui kandungan, kuasa, pengasalan atau pematuhannya kepada Prosedur. Bank akan memberikan notis segera, sama ada menerusi telefon, kepada Pelanggan tentang sebarang Komunikasi yang ditolak itu.

1.7 Jika Pelanggan memaklumkan Bank tentang hasratnya menarik balik, membatalkan atau meminda Komunikasi selepas ia telah diterima oleh Bank, maka Bank boleh menggunakan usaha sewajarnya untuk membantu Pelanggan untuk berbuat demikian, tetapi tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kos atau perbelanjaan yang ditanggung oleh Pelanggan jika Bank tidak dapat atau gagal meminda, membatalkan atau menarik balik Komunikasi tersebut. Pelanggan dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi Bank terhadap sebarang kerugian, liabiliti, tuntutan atau perbelanjaan (termasuk yuran guaman) yang mungkin ditanggung berhubung dengan usaha membantu Pelanggan menarik balik, membatalkan atau meminda Komunikasi.

Page 17: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 17

1.8 Apabila Pelanggan melanggan sebarang Perkhidmatan yang membenarkan penghantaran Komunikasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pesanan SWIFT) daripada mana-mana institusi pihak ketiga untuk diterima oleh pihak Bank, dan Komunikasi sedemikian boleh diakses menerusi Velocity@ocbc, Pelanggan:

(a) memberi kebenaran kepada pihak Bank untuk menerima Komunikasi sedemikian

daripada institusi pihak ketiga;

(b) memberi jaminan dan membuat pernyataan bahawa:

(i) penerimaan Komunikasi sedemikian oleh Bank dan akses kepadanya menerusi Velocity@ocbc tidak melanggar syarat kesulitan maklumat atau kerahsiaan perbankan; dan

(ii) Pelanggan berhak di bawah undang-undang untuk menerima Komunikasi sedemikian;

(c) memperakui dan bersetuju bahawa pihak Bank tidak bertanggungjawab dalam apa

jua cara terhadap:

(i) kebenaran, ketepatan dan integriti Komunikasi sedemikian; dan

(ii) sebarang kegagalan atau kelewatan (yang mana berkenaan) dalam penerimaan Komunikasi sedemikian atas apa jua sebab; dan

(d) bersetuju dan berjanji untuk menanggung kerugian penuh dan memastikan kerugian Bank ditanggung sepenuhnya untuk dan terhadap semua liabiliti, tuntutan, kerugian, kerosakan, kos, perbelanjaan, yang timbul dengan atau dalam apa cara sekalipun daripada penghantaran kepada penerimaan Komunikasi sedemikian oleh pihak Bank.

2. Cheque-Printing Software

2.1 Di bawah Cheque-printing software, Bank akan membekalkan Pelanggan dengan cek yang

dipracetak di atas helaian saiz A4 yang berasingan dan cerai (atau sebarang saiz lain yang boleh dianggap sesuai dari masa ke masa oleh Bank) dan tidak terjilid, dan perisian penulisan cek untuk memproses dan mencetak butiran cek ke atas cek yang dipracetak. Bersama penyediaan perkhidmatan Cheque-printing software, Pelanggan akan diberikan lesen peribadi yang tidak eksklusif dan tidak boleh dipindahkan untuk menggunakan perisian penulisan cek untuk memproses dan mencetak arahan pembayarannya ke atas cek yang dipracetak.

2.2 Semua cek yang diminta oleh Pelanggan akan dibekalkan oleh Bank dalam helaian cerai dan tidak berjilid. Jika Pelanggan memerlukan cek terjilid, maka Pelanggan hendaklah membuka akaun cek berasingan yang tidak akan dihubungkan kepada Cheque-printing software. Cheque-printing software tidak akan diguna pakai bagi sebarang cek dalam jilid buku.

2.3 Walau apa pun peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini, perkhidmatan Cheque-printing software dianggap ditamatkan apabila akaun cek di mana Cheque-printing software dihubungkan ditutup. Sebarang caj, komisen, yuran, belanja, cukai, duti dan sebarang wang lain yang dibayar kepada Bank di bawah Terma dan Syarat ini tidak akan dipulangkan dengan penamatan perkhidmatan Cheque-printing software.

2.4 Pelanggan hendaklah menyimpan Cheque-Printing Software, pracetakan dan cetakan dan

cek lain dengan selamat dan terjamin dan mengelakkan akses atau penggunaan tanpa kebenaran.

Page 18: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 18

3. Direct Debit

3.1 Direct Debit (DD) ialah perkhidmatan kutipan bayaran yang disediakan oleh Bank

menggunakan sistem yang diuruskan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd. Direct Debit hanya disediakan kepada Pelanggan yang pendaftaran perkhidmatan DD adalah sah dan berterusan dan belum ditamatkan.

3.2 Pelanggan dengan ini membenarkan Bank untuk mengutip bayaran daripada akaun mana-mana orang (“Pembayar”) menurut arahan yang diberikan oleh Pelanggan dan mengkreditkan ke dalam akaun Pelanggan menerusi Direct Debit. Semua pengkreditan, hendaklah, melainkan dianggap sesuai oleh Bank, hanya dibuat ke dalam akaun Pelanggan pada Hari Perniagaan.

3.3 Sebarang arahan daripada Pelanggan untuk mengutip bayaran menerusi Direct Debit:-

(a) hendaklah disertakan dengan CD atau Disket mengandungi maklumat sedemikian (“Maklumat”) termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang berkaitan dengan Pembayar (seperti nama, nombor akaun, institusi kewangan di mana akaun disenggarakan, jumlah perlu dikutip daripadanya). Dalam Terma dan Syarat ini, rujukan kepada “arahan” hendaklah, melainkan dinyatakan dengan khusus sebaliknya atau diperlukan berasaskan konteks, termasuk Maklumat yang dinyatakan di dalam Fasal ini;

(b) bayaran yang dikutip mesti dikreditkan ke dalam akaun Ringgit Pelanggan yang

diselenggarakan dengan Bank; (c) tertakluk kepada akaun dikendalikan dengan cara yang memuaskan; (d) hendaklah dengan cara dan bentuk yang mungkin ditetapkan oleh Bank dari masa ke

masa dan dilanggan oleh Pelanggan dan hendaklah termasuk maklumat yang diperlukan oleh Bank; dan

(e) mesti diterima sekurang-kurangnya 1 Hari Perniagaan penuh sebelum hari di mana

bayaran perlu dibuat atau sebarang waktu akhir yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke masa. Apabila arahan diterima selepas waktu akhir yang ditetapkan, arahan akan diproses pada Hari Perniagaan seterusnya atau hari lain seperti yang ditentukan oleh Bank atas budi bicara mutlaknya.

3.4 Pelanggan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebenaran, kelengkapan dan

ketepatan Maklumat, dan bahawa akaun Pembayar mampu membuat pembayaran dan/atau membenarkan kutipan dana menerusi Sistem Direct Debit. Sebarang pengembalian atau pemulangan hendaklah dikendalikan sepenuhnya oleh Pelanggan di luar Sistem Direct Debit. Pelanggan hendaklah memastikan Maklumat untuk tujuan perkhidmatan Direct Debit adalah dalam format sesuai yang boleh dimuat masuk oleh Bank secara langsung daripada CD atau Disket (mengikut keadaan) ke dalam Sistem Direct Debit. Pelanggan hendaklah selanjutnya memastikan bahawa CD atau Disket tidak mengandungi sebarang data atau arahan yang salah atau kurang bermutu atau yang tidak betul atau rosak atau dijangkiti atau diserang virus. Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada ketidakpatuhan Pelanggan kepada Fasal ini dan/atau bagi sebarang ganti rugi, kos, kerugian, perbelanjaan walau bagaimana ia timbul kerana arahan atau maklumat yang tidak lengkap, tanpa kebenaran, tidak mencukupi dan kurang tepat.

3.5 Selain daripada menghantar kepada Pelanggan dalam bentuk CD atau Disket, keputusan proses kutipan yang dijana oleh Sistem Direct Debit, Bank tidak diwajibkan untuk memaklumkan Pelanggan tentang sebarang debit dan/atau kredit yang dilaksanakan dan/atau penolakan sebarang arahan Pelanggan.

Page 19: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 19

4. FPX

4.1 FPX merupakan perkhidmatan pembayaran yang disediakan oleh Bank melalui Sistem FPX. FPX hanya boleh digunakan oleh Pelanggan malalui pendaftaran perkhidmatan FPX yang masih belum ditamatkan.

4.2 Di bawah Pembayaran FPX, arahan untuk mengkreditkan pembayaran ke dalam Akaun yang ditetapkan Pelanggan diterima daripada pembayar pihak ketiga. Pelanggan dengan ini membenarkan Bank untuk menerima pembayaran yang dikreditkan ke dalam Akaun Pelanggan yang ditetapkan selaras dengan mesej arahan yang diterima oleh Pelanggan dari atau melalui Sistem FPX.

4.3 Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa:

(a) Peranan Bank adalah terhad sebagai perantara untuk menerima bayaran daripada pembeli Pelanggan (“Pembayar”) untuk ke Akaun Pelanggan yang ditetapkan Sistem FPX; dan

(b) Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang

dialami oleh Pelanggan atau mana-mana pihak ketiga dalam apa jua bentuk (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, peluang, keuntungan, muhibah, ganti rugi langsung atau tidak langsung, punitif atau khas), walaupun jika Bank telah dinasihatkan tentangnya oleh Pelanggan dan oleh sebab kelewatan, ketinggalan atau kesilapan dalam transmisi elektronik atau penerimaan sebarang data atau sebarang kesalahan atau kegagalan untuk menyediakan Perkhidmatan. Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini, Bank tidak mempunyai kawalan terhadap tindakan, ketinggalan atau ketepatan masa institusi kewangan lain yang turut serta (termasuk dan tidak terhad kepada, Bank Penerima) dan sehubungan dengan itu, tidak bertanggungjawab kepada Pelanggan atau mana-mana pihak atas apa jua sebab sekalipun; dan

(c) Perkhidmatan ini tertakluk kepada peraturan, ketetapan, manual dan garis panduan

yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa ke atas Sistem FPX, termasuklah sebarang semakan semula atau pindaan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa.

5. GIRO

5.1 Perkhidmatan GIRO membentuk sebahagian daripada perkhidmatan Interbank GIRO Bank

yang dilaksanakan menerusi sistem GIRO, yang membenarkan pelanggan yang mempunyai akaun dengan institusi kewangan ahli untuk membuat bayaran antara bank atau memindahkan bayaran kepada dan daripada akaun yang disenggarakan dengan institusi kewangan ahli yang turut serta di mana dibenarkan.

5.2 Apabila Pelanggan membenarkan Bank untuk membuat bayaran kepada akaun mana-mana pihak menurut arahan yang diberikan oleh Pelanggan dan untuk mendebitkan bayaran daripada akaun Pelanggan menerusi perkhidmatan ini, Bank berhak untuk memproses arahan tersebut. Pelanggan akan memastikan bahawa akaun penerima atau akaun pengutip dapat menerima bayaran dan/atau kutipan dana menerusi sistem GIRO.

5.3 Sebarang arahan daripada Pelanggan untuk membuat Bayaran menerusi Perkhidmatan ini:-

(a) hendaklah disertakan dengan CD atau Disket atau pemacu pena mengandungi Maklumat sedemikian termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang berkaitan dengan penerima (seperti nama, nombor akaun, institusi kewangan di mana akaun disenggarakan, jumlah perlu dibayar kepadanya);

Page 20: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 20

(b) bayaran mesti didebitkan daripada akaun Ringgit Pelanggan yang disenggarakan dengan Bank, yang hendaklah mempunyai dana yang mencukupi;

(c) tertakluk kepada maksimum RM1,000,000.00 setiap urus niaga atau had lain yang

dinyatakan oleh Bank dari masa ke masa dan tertakluk kepada akaun dikendalikan dengan cara yang memuaskan. Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa akaun Pelanggan mempunyai dana yang mencukupi untuk membuat bayaran penuh kepada semua Benefisiari menurut mana-mana arahan. Bank boleh (tetapi tidak diwajibkan untuk) menolak semua atau sebahagian daripada mana-mana arahan kepada Pelanggan, jika akaun Pelanggan telah atau mungkin tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk melaksanakan sebarang arahan;

(d) hendaklah dengan cara dan bentuk yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke masa dan

dilanggan oleh Pelanggan dan termasuk maklumat yang diperlukan oleh Bank; dan (e) mesti diterima sekurang-kurangnya 1 Hari Perniagaan penuh sebelum hari di mana

bayaran perlu dibuat atau sebarang waktu akhir yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke masa. Apabila arahan diterima selepas waktu akhir yang ditetapkan, arahan akan diproses pada Hari Perniagaan seterusnya atau hari lain seperti yang ditentukan oleh Bank atas budi bicara mutlaknya.

Pemprosesan arahan juga akan tertakluk kepada terma dan syarat dan/atau kelulusan institusi kewangan yang turut serta di mana akaun penerima atau akaun pengutip disenggarakan.

5.4 Bank tidak diwajibkan untuk memaklumkan pelanggan tentang:-

(a) sebarang debit dan/atau kredit yang dilaksanakan; (b) penolakan (jika ada) sebarang arahan atau keputusan kiriman dana daripada akaun

pelanggan kepada akaun penerima atau akaun pengutip.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada penyata akaun.

5.5 Pelanggan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebenaran, kelengkapan dan ketepatan arahan dan maklumat Pelanggan, dan bahawa akaun penerima atau akaun pengutip mampu menerima bayaran dan/atau kutipan dana menerusi sistem GIRO. Sebarang pengembalian dan pemulangan dana hendaklah dikendalikan oleh pelanggan di luar sistem GIRO dan hendaklah tidak membabitkan Bank. Pelanggan hendaklah memastikan bahawa maklumat adalah dalam format sesuai yang mampu dimuat masuk oleh Bank secara langsung daripada CD atau Disket atau pemacu pena (mengikut keadaan) ke dalam sistem GIRO. Pelanggan hendaklah selanjutnya memastikan bahawa CD atau Disket atau pemacu pena tidak mengandungi sebarang data atau arahan yang salah atau kurang bermutu atau yang tidak betul atau rosak atau dijangkiti atau diserang virus. Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada ketidakpatuhan Pelanggan kepada Fasal ini dan/atau bagi sebarang ganti rugi, kos, kerugian, perbelanjaan tidak kira bagaimana ia timbul kerana arahan atau maklumat yang tidak lengkap, tanpa kebenaran, tidak mencukupi dan kurang tepat.

5.6 Peranan Bank hanya sebagai perantara yang memuat masuk Maklumat (atas dasar “sedia ada”) yang diterima daripada Pelanggan ke dalam sistem GIRO, dan membuat bayaran menerusi sistem GIRO, Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau ganti rugi kepada Pelanggan atau mana-mana pihak ketiga dalam apa jua bentuk (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, peluang, keuntungan, muhibah, ganti rugi langsung atau tidak langsung, punitif atau khas), walaupun jika Bank telah dinasihatkan tentangnya oleh Pelanggan dan oleh sebab kelewatan, ketinggalan atau kesilapan dalam transmisi elektronik atau penerimaan sebarang data atau sebarang kesalahan atau kegagalan untuk menyediakan Perkhidmatan. Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini, Bank tidak mempunyai kawalan terhadap tindakan, ketinggalan atau ketepatan masa institusi kewangan lain yang turut serta (termasuk dan tidak terhad kepada,

Page 21: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 21

Bank Penerima) dan sehubungan dengan itu, tidak bertanggungjawab kepada Pelanggan atau mana-mana pihak atas apa jua sebab sekalipun.

5.7 Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini, Pelanggan dengan ini

memperakui dan bersetuju bahawa Perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada peraturan, ketetapan, manual dan garis panduan yang berkuatkuasa dari masa ke masa ke atas sistem GIRO. Tanpa mengehadkan sifat umum kenyataan di atas, jika Pelanggan adalah penerima dana daripada mana-mana orang (“Pembayar”) menerusi sistem GIRO, Bank hendaklah berhak untuk memulangkan kepada Bank Pembayar/Pembayar dan untuk tujuan tersebut, mendebitkan mana-mana akaun Pelanggan dengan Bank, semua atau mana-mana bahagian jumlah yang diterima ke dalam akaun Pelanggan dengan Bank:-

(a) atas permintaan bank pembayar dan tanpa notis kepada Pelanggan, jika permintaan tersebut diterima oleh Bank pada hari urus niaga sebelum waktu akhir sistem GIRO (“Waktu Akhir”); atau

(b) atas permintaan bank pembayar dan dengan notis kepada Pelanggan, jika permintaan

tersebut diterima oleh Bank selepas Waktu Akhir tetapi dalam tempoh 7 hari daripada tarikh urus niaga (“Tarikh Akhir”) (untuk tujuan mengira 7 hari, tarikh urus niaga dikecualikan); atau

(c) atas permintaan bank pembayar dan dengan kebenaran bertulis Pelanggan:-

(i) jika permintaan dibuat selepas Tarikh Akhir; atau

(ii) jika permintaan disebabkan kesilapan Pembayar untuk membuat bayaran dan permintaan dibuat selepas Masa Akhir.

Pelanggan memperakui dan bersetuju bahawa Fasal 5.7(a) hingga 5.7(c) adalah tertakluk kepada perubahan kepada peraturan, ketetapan, amalan dan garis panduan daripada sistem GIRO dari masa ke masa. Pelanggan selanjutnya memperakui dan bersetuju bahawa Bank tidak diwajibkan untuk bertanya tentang hakikat dan keadaan bagi sebab untuk permintaan untuk pemulangan dan boleh bergantung dan bertindak menurut sebab atau maklumat yang diberikan oleh bank pembayar. Selain itu, bagi Fasal 5(b), Bank diberi kuasa untuk memulangkan dan untuk tujuan tersebut mendebitkan jumlah daripada akaun Pelanggan selagi bank pembayar tidak mendedahkan bahawa pemulangan adalah disebabkan kesilapan Pembayar.

6. Perkhidmatan Cek Pukal

6.1 Bank boleh atas budi bicara mutlaknya menyediakan Perkhidmatan Cek Pukal kepada Pelanggan yang layak, di mana Bank akan mengumpul maklumat dan menjana laporan yang berkaitan dengan Cek yang diterima oleh Bank dan dikeluarkan kepada Pelanggan. Semua terma dan syarat yang terkandung dalam borang permohonan Perkhidmatan Cek Pukal hendaklah, selepas mendapat kelulusan dan penerimaan permohonan tersebut oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya, mengikat Pelanggan sebagai tambahan kepada Terma dan Syarat ini.

6.2 Bank akan memproses semua Cek mengikut beroperasi amalan, prosedur dan dasar semasa Bank. Pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa:

(a) Cek dihantar untuk diproses oleh cawangan yang ditetapkan oleh Bank;

(b) apabila menerima Cek, cawangan yang ditetapkan oleh Bank akan menghantar Cek untuk penjelasan pada Hari Perniagaan yang sama dengan syarat bahawa Cek tersebut diterima sebelum masa penggalan penjelasan yang ditetapkan oleh amalan industri perbankan di Malaysia dan/atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara dari semasa ke semasa dan/atau apa-apa masa yang lain sebagaimana

Page 22: Page 1 Atas pertimbangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad [No

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (No. Syarikat 295400-W) OCBC Al-Amin Bank Berhad (Company No. 818444-T)

OBMB/CMST&C/BM/1-2015 Page 22

yang dimaklumkan oleh Bank secara bertulis kepada Pelanggan ("Masa Penggalan Penjelasan"); dan

(c) Cek yang diterima selepas Masa Penggalan Penjelasan akan diproses dan dihantar untuk penjelasan pada Hari Perniagaan yang berikutnya.

6.3 Bank akan mengkreditkan Akaun Pelanggan dalam cara yang ditetapkan oleh amalan industri perbankan di Malaysia dan/atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara dari semasa ke semasa selepas penjelasan normal Cek diproses.

6.4 Bank akan mengemukakan Item Dipulangkan, jika ada, kepada Pelanggan dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam borang permohonan Perkhidmatan Cek Pukal. Walau apa pun, Bank berhak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa untuk mengubah masa dan cara mengemukakan Item Dikembalikan melalui notis secara bertulis kepada Pelanggan.

6.5 Bank akan menyediakan dan menjana laporan berikut kepada Pelanggan:

(a) Laporan Urus Niaga yang tidak termasuk semua Item Dikembalikan (jika ada); dan

(b) jika berkaitan, Laporan Item Dikembalikan yang akan dihantar kepada Pelanggan bersama-sama dengan Item Dikembalikan.

Setiap satu Laporan yang disebut dalam Fasal ini boleh disediakan dan dijana mengikut kekerapan (sama ada harian atau mingguan atau selang masa yang lain), dalam masa tersebut, dalam format yang mengandungi maklumat tersebut, dan disampaikan melalui kaedah tersebut, dan lain-lain sebagaimana yang dipersetujui bersama antara pihak-pihak dari semasa ke semasa.