padanan terjemah

22

Upload: maheram-ahmad

Post on 08-Jul-2015

637 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

Mencari padanan dalam terjemahan

TRANSCRIPT

Page 1: Padanan terjemah
Page 2: Padanan terjemah

Melalui konsep penterjemahan yang dikemukakan oleh Catford (1965), Nida (1964) dan Newmark (1981), dapatlah disimpulkan bahawa penterjemahan sebenarnya ialah kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran.

2

Page 3: Padanan terjemah

Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan.

Mencari padanan merupakan masalah utama teori terjemahan.

Setiap hasil penterjemahan dianggap sebagai refleksi daripada pencarian padanan dalam proses penterjemahan.

3

Page 4: Padanan terjemah

Pernah dibincangkan oleh Nida (1964), Catford (1996), Wills (1982), Bassnett-McGuire (1991) dll.

Untuk menerangkan konsep ini, pelbagai istilah digunakan –menunjukkan tiada persepakatan dan persetujuan antara mereka.

4

Page 5: Padanan terjemah

Sebagai contoh: Wills sendiri pernah mengakui hakikat ini dalam bukunya The Science of Translation: Problem and Method(1982: 134):

Equivalence is one of the central issues in the theory of translation and yet one on which linguistics seem to have agreed to disagree.

5

Page 6: Padanan terjemah

6

Penggunaan istilah padanan terjemahan ini diterima pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik (Wills 1982) sebagai satu usaha untuk mendapatkan satu terminologi yang lebih berotonomi. Orang pertama yang menggunakan konsep padanan dalam kerangka ilmu sains terjemahan ialah Jakobson (1959) melalui artikelnya On linguistik aspect of translation.

Page 7: Padanan terjemah

Memperkenalkan 2 jenis padanan, iaitu padanan formal dan padanan dinamis

7

Page 8: Padanan terjemah

Penterjemah berusaha sedaya upaya menghasilkan semula bentuk dan isi secara literal dan menepati makna sebagaimana yang diniatkan oleh penulis asal.

Penterjemah akan menghasilkan semula beberapa elemen formal termasuk unit tatabahasa, keselarian dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks bahasa sumber.

8

Page 9: Padanan terjemah

Sebagai contoh: kata nama diterjemahkan ke bentuk kata nama, kata kerja diterjemahkan ke bentuk kata kerja dan seterusnya.

Selain itu, kedudukan ungkapan, frasa dan ayat dikekalkan seperti yang terdapat dalam teks asal tanpa diubah susunan dan bentuknya.

Pemeliharaan semua petunjuk formal seperti tanda baca, pembahagian perenggan dan penanda puisi juga dititikberatkan dalam padanan ini.

9

Page 10: Padanan terjemah

Padanan formal memberi tumpuan kepada indeks pengistilahan bagi tujuan keselarian dalam penggunaan perkataan – bermaksud menterjemah istilah tertentu drp bsum dgn istilah yg sama drp bsas.

Kesannya, hasil terjemahan kelihatan janggal, tidak membawa makna atau hilang keaslian terjemahan, kerap kali memerlukan nota kaki utk lebih difahami.

10

Page 11: Padanan terjemah

Dari sudut makna, pembaca sasaran terpaksa memahami makna melalui cara teks asal mempersembahkan makna menggunakan elemen budaya asalnya.

Pembaca sasaran boleh memahami adat resam, perlakuan fikiran, makna ujaran yang diterjemahkan.

Keadaan menjadi sukar kalau pembaca sasaran tidak mempunyai pengetahuan asas tentang bahasa sumber.

11

Page 12: Padanan terjemah

Mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran.

Penterjemah tidak terikat dengan bentuk teks asal.

Hasil terjemahan mempunyai bentuknya yang tersendiri.

Lebih cenderung kepada bentuk dan struktur bahasa sasaran.

12

Page 13: Padanan terjemah

Tujuan utama: menyampaikan mesej teks sumber kepada pembaca sasaran dengan sebaik-baiknya.

Tidak memaksa pembaca sasaran memahami budaya dan konteks teks asal untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.

Perkara yang amat dipentingkan ialah makna dan maksud yang terkandung dalam teks asal.

13

Page 14: Padanan terjemah

Untuk menghasilkan terjemahan yang bersifat dinamik, penterjemah perlu:

◊ Membuat pengubahsuaian dalam aspek tatabahasa – ubah susunan perkataan, tukar bentuk kata daripada kata nama kepada kata kerja misalnya.

◊ Penyesuaian leksikal ada kalanya diperlukan.

◊ Menyesuaikan unsur anakronisme atau sesuatu yang ketinggalan zaman dengan sebaik mungkin.

14

Page 15: Padanan terjemah

Padanan dinamik memberi impak yang jelas –ketepatan sesuatu mesej dalam konteks tertentu tidak hanya bergantung pada pencarian padanan formal yang melibatkan unsur-unsur bahasa sahaja, tetapi pengolahan dan penyesuaian hasil terjemahan mengikut struktur dan budaya bahasa sasaran juga penting.

15

Page 16: Padanan terjemah

Nida (1964) menyarankan padanan sejadi yang terdekat dari segi makna dan stail/gaya.

Beliau menggariskan:

◊ Padanan bukan keserupaan – hanya maklumat yang sama disalin, bukan maklumat yang serupa.

◊ Terpaksa melakukan penyesuaian dari segi tatabahasa dan leksikal.

◊ Gaya masih dikekalkan – gaya puisi contohnya.

16

Page 17: Padanan terjemah

Padanan yang sejadi dirumuskan sebagai hasil terjemahan apabila dibaca seolah-olah ia ditulis dalam bahasa sasaran dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk bahasa sumber, bahkan terdapat pembaharuan terhadap unsur-unsur lama atau klasik.

17

Page 18: Padanan terjemah

Juga mengemukakan 4 jenis padanan dalam penterjemahan, iaitu:

◊ satu lawan satu

◊ satu lawan banyak

◊ banyak lawan satu

◊ satu lawan tiada

18

Page 19: Padanan terjemah

Padanan terjemahan berkemungkinan:

◊ Terdekat tetapi tidak sejadi – pulut kuning dipadankan dengan yellow rice.

◊ Sejadi tetapi tidak terdekat – doctor dan tabib (konotasi negatif pada orang Melayu).

◊ Terdekat yang sejadi –lawyer dipadankan dengan peguam.

19

Page 20: Padanan terjemah

Mashudi Kader & Low Bee Eng (1991) mengutarakan:◊ Mencari padanan kata yang membabitkan

pemindahan konsep drp bsum kp bsas dan setelah konsep berpindah, maka label linguistik yg sesuai perlu dicari.

◊ Label linguistik yg dipilih sbg padanan dlm bsas mestilah merujuk fungsi, makna dan peranan yg sama dlm bsum. Padanan yang sebaik-baiknya ialah padanan satu lawan satu.

20

Page 21: Padanan terjemah

Oleh sebab terdapat masalah untuk mencari padanan yang terdekat dan sejadi, terutamanya dari sudut makna, maka penterjemah seharusnya bertindak mencari padanan yang sesuai dengan kehendak pembaca sasaran. Sekiranya padanan itu sukar dicari, dia perlu bertindak positif dengan mencari kaedah-kaedah tertentu bagi menyelesaikan masalah tersebut. Apa yang diharapkan ialah hasil terjemahan seharusnya tidak berbau terjemahan apabila dibaca tetapi seolah-olah ditulis terus ke dalam bahasa sasaran.

21

Page 22: Padanan terjemah