pada pendapat saya

1
Pada pendapat saya, ada sedikit penambahan berkenaan dengan kepimpinan yang perlu diperbetulkan oleh pihak pentadbir. Dalam teori ini secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa sekiranya seseorang pemimpin (guru besar) itu menganggap guru-gurunya malas dan tidak bertanggungjawab seperti perilaku teori X, maka lama-kelamaan mereka akan menjadi sebagai orang malas dan tidak bertanggungjawab. Di sebaliknya, jika pemimpin itu menganggap guru-guru itu rajin dan bertanggungjawab seperti perilaku teori Y, maka mereka akan lahir sebagai seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Dalam teori ini konsep menghargai dan meletakkan martabat orang-orangnya adalah juga sebagai penentu kejayaan sesuatu kepemimpinan itu. Malah, guru besar juga perlu ada kepercayaan yang tinggi kepada guru-gurunya untuk melaksanakan sesuatu tugas. Jangan mudah menilai seseorang itu dengan cepat tanpa memberikan sedikit kepercayaan buat mereka. Oleh yang demikian, kebijaksanaan pemimpin dalam memberikan kepercayaan kepada guru-gurunya perlulah bertepatan dengan rasioanal serta berlandaskan objektif dan matlamat sekolah agar kerjasama dan kata sepakat mudah dicapai secara holistik seterusnya memudahkan perancangan dan pelaksanaan dalam meningkatkan prestasi sekolah. Dewan mendefinisikan jalinan kerjasama sebagai sesuatu yang dijalin. kerjasama pula didefinisikan sebagai usaha (kerja) bersama-sama atau saling bantu-membantu (antara dua atau beberapa pihak). Jalinan kerjasama juga turut membawa maksud koloborasi, permuafakatan dan perkongsian. Menurut (Rutter,1979) koloborasi dan kerja berpasukan adalah sangat penting dalam kesatuan matlamat. (C. Bernard 1938) pula (disebut di dalam Mohd. Salleh Bin Mahat) dalam bukunya yang berjudul The functions Of The Executives menjelaskan bahawa pentadbir perlu menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan mendapat sokongan daripada ahli sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar .

Upload: aisyah-zainudin

Post on 23-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

,,,,

TRANSCRIPT

Page 1: Pada Pendapat Saya

Pada pendapat saya, ada sedikit penambahan berkenaan dengan kepimpinan yang perlu diperbetulkan oleh pihak pentadbir. Dalam teori ini secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa sekiranya seseorang pemimpin (guru besar) itu menganggap guru-gurunya malas dan tidak bertanggungjawab seperti perilaku teori X, maka lama-kelamaan mereka akan menjadi sebagai orang malas dan tidak bertanggungjawab. Di sebaliknya, jika pemimpin itu menganggap guru-guru itu rajin dan bertanggungjawab seperti perilaku teori Y, maka mereka akan lahir sebagai seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Dalam teori ini konsep menghargai dan meletakkan martabat orang-orangnya adalah juga sebagai penentu kejayaan sesuatu kepemimpinan itu. Malah, guru besar juga perlu ada kepercayaan yang tinggi kepada guru-gurunya untuk melaksanakan sesuatu tugas. Jangan mudah menilai seseorang itu dengan cepat tanpa memberikan sedikit kepercayaan buat mereka. Oleh yang demikian, kebijaksanaan pemimpin dalam memberikan kepercayaan kepada guru-gurunya perlulah bertepatan dengan rasioanal serta berlandaskan objektif dan matlamat sekolah agar kerjasama dan kata sepakat mudah dicapai secara holistik seterusnya memudahkan perancangan dan pelaksanaan dalam meningkatkan prestasi sekolah.

Dewan mendefinisikan jalinan kerjasama sebagai sesuatu yang dijalin. kerjasama pula didefinisikan sebagai usaha (kerja) bersama-sama atau saling bantu-membantu (antara dua atau beberapa pihak).  Jalinan kerjasama juga turut membawa maksud koloborasi, permuafakatan dan perkongsian.  Menurut (Rutter,1979) koloborasi dan kerja berpasukan adalah sangat penting dalam kesatuan matlamat. (C. Bernard 1938) pula (disebut di dalam Mohd. Salleh Bin Mahat) dalam bukunya yang berjudul ’The functions Of The Executives’ menjelaskan bahawa ’pentadbir perlu menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan mendapat sokongan daripada ahli sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar’.