pa ii graf garis gabungan

4
Hari : Jumaat Tarikh : 23.07.2010 Pengajian Am II Tingkatan 6 Atas 1 Tajuk : Graf Gabungan Bar dan Garis Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat : 1. Mengemukakan 3 ciri utama graf gabungan bar dan garis. 2. Mengenalpasti bentuk asas graf gabungan bar dan garis. 3. Mengetahui cara-cara melukis graf gabungan bar dan garis yang betul. 4. Melukis graf gabungan bar dan garis berdasarkan kepada data dalam soalan yang diberi. Isi Pelajaran : Graf Gabungan Bar dan Garis Aktiviti : 1. Pengenalan kepada bentuk asas graf gabungan bar dan garis 2. Penerangan kepada cara-cara untuk melukis graf gabungan bar dan garis yang betul. 3. Sesi soal jawab mengenai masalah yang berkaitan dengan graf gabungan bar dan garis. 4. Penjelasan dan penerangan kepada masalah / soalan yang berkaitan dengan graf gabungan bar dan garis. 5. Latihan melukis graf gabungan bar dan garis berdasarkan data yang diberikan dalam petikan soalan. Nilai : Berusaha dan Bekerjasama KBKK: Pelajar dapat menukarkan data dari bentuk prosa kepada bentuk jadual dan seterusnya kepada graf gabungan bar dan garis. Refleksi :

Upload: azmi-marbawi

Post on 28-Sep-2015

244 views

Category:

Documents

5 download

DESCRIPTION

Pengajian Am

TRANSCRIPT

Pengajian Am II

Hari : Jumaat

Tarikh : 23.07.2010

Pengajian Am II

Tingkatan 6 Atas 1

Tajuk : Graf Gabungan Bar dan GarisObjektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat :1. Mengemukakan 3 ciri utama graf gabungan bar dan garis.2. Mengenalpasti bentuk asas graf gabungan bar dan garis.3. Mengetahui cara-cara melukis graf gabungan bar dan garis yang betul.4. Melukis graf gabungan bar dan garis berdasarkan kepada data dalam soalan yang diberi.Isi Pelajaran : Graf Gabungan Bar dan GarisAktiviti : 1. Pengenalan kepada bentuk asas graf gabungan bar dan garis2. Penerangan kepada cara-cara untuk melukis graf gabungan bar dan garis yang betul.3. Sesi soal jawab mengenai masalah yang berkaitan dengan graf gabungan bar dan garis. 4. Penjelasan dan penerangan kepada masalah / soalan yang berkaitan dengan graf gabungan bar dan garis.

5. Latihan melukis graf gabungan bar dan garis berdasarkan data yang diberikan dalam petikan soalan.

Nilai : Berusaha dan BekerjasamaKBKK:Pelajar dapat menukarkan data dari bentuk prosa kepada bentuk jadual dan seterusnya kepada graf gabungan bar dan garis.Refleksi :

Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport dan import petroleum mentah Malaysia dalam tempoh 1979 - 1983. Pada gambarajah yang sama , lukiskan graf garis bagi menunjukkan kedudukan harga bagi tempoh yang dinyatakan.

Memandangkan petroleum yang dikeluarkan oleh Malaysia di antara yang terbaik di dunia, maka adalah lebih menguntungkan petroleum mentah Malaysia dikeluarkan bagi tujuan eksport. Kedudukan harga bagi setong mengikut AS$ adalah naik turun sepanjang tempoh 1979 - 1983.

Keluaran petroleum mentah Malaysia adalah 270 ribu tong sehari pada tahun 1980, berbanding dengan 280 ribu tong sehari pada tahun 1979. Keluaran petroleum mentah semakin merosot sebanyak 7.4% menjadi 250 ribu tong sehari pada tahun 1981, dan meningkat semula kepada 300 ribu tong sehari pada tahun 1982. Keluaran petroleum meningkat dengan kadar yang paling pesat dalam tempoh 1982 -1983, apabila ia meningkat sebanyak 57.2% menjadi 470 ribu tong sehari.

Sepanjang tempoh 1979 -1983 jumlah eksport petroleum mentah sentiasa jauh lebih besar berbanding dengan kadar import. Eksport petroleum mentah pada tahun 1979 ialah 250 ribu tong sehari. Pada masa yang sama import petroleum mentah ialah 100 ribu tong sehari, dengan kedudukan harga AS$22 setong.

Sungguhpun nilai eksport dan import petroleum mentah berkurangan pada tahun 1980 dengan kadar masing-masing 220 ribu tong sehari dan 70 ribu tong sehari, namun harga petroleum mentah pada tahun itu telah meningkat kepada AS$34 setong.

Malaysia memperolehi keuntungan yang besar pada tahun 1981 apabila jumlah eksport petroleum mentah pada kadar 210 ribu tong sehari, berbanding dengan import pada kadar 50 ribu tong sehari dengan kedudukan harga tertinggi AS$36 setong. Begitu juga pada tahun 1982, kadar eksport petroleum mentah Malaysia telah bertambah kepada 240 ribu tong sehari dan kadar importnya lebih rendah , iaitu pada kadar 30 ribu tong sehari . Namun, harga petroleum mentah di pasaran dunia pada tahun itu masih tinggi iaitu pada paras AS$34 setong.

Sejak tahun 1982, kadar import petroleum mentah Malaysia pada kadar yang sama iaitu 30 ribu tong sehari dalam tempoh 1982 -1983, namun kadar eksport dan harga pasaran masih tidak konsisten. Kadar eksport pada tahun 1983 telah meningkat kepada 378 ribu tong sehari dengan harga di pasaran AS$30 setong.

(Sumber : Diubahsuai daripada Laporan Ekonomi 1983/84.)

Jawapan

MALAYSIA : PENGELUARAN, EKSPORT, IMPORT DAN HARGA PETROLEUM MENTAH 1979 -1983

TahunPengeluaran

(ribu tong sehari)Eksport

(ribu tong sehari)Import

(ribu tong sehari)Harga

(AS$ setong)

197928025010022

19802702207034

19812502105036

19823002403034

19834703783030