osha pltv

17
1.0 Pengenalan Isu keselamatan merupakan satu isu yang perlu dititikberatkan pada segenap peringkat kehidupan. Tidak kiralah sama ada semasa belajar, bekerja ataupun di dalam kehidupan seharian.Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah juga dengan keselamatan perlulah dilatih sedari kecil ataupun semasa masih di alam persekolahan lagi. Amatlah malang bagi seorang anak yang telah bertahun-tahun menimba ilmu pengetahuan dengan serba baik dan cemerlang tetapi mengalami kemalangan pekerjaan yang menyebabkan kecacatan kekal seumur hidup sebaik-baik sahaja dia bekerja pada hari pertama. Bayangkanlah perasaan kedua ibu bapanya yang membesarkannya sedari kecil menerima perkhabaran ini. Memanglah takdir menentukan segalanya namun sikap, usaha serta persekitaran dan peraturan kerja yang baik, selamat dan terkawal mampu mengelakkan terjadinya kejadian yang amat malang ini. Menyedari akan kepentingan dan keperluan tersebut, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) pada 5 November 2013 telah menawarkan bantuan kepada Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di sekolah melalui Program OSH Di Sekolah . Lee Lam Thye (2013), menyatakan OSH perlu diperkenalkan di sekolah berikutan kemalangan yang melibatkan guru, pelajar dan petugas lain akibat runtuhan struktur bangunan, kipas siling, tiang gol, tandas, renjatan elektrik dan malah, letupan berpunca daripada bahan kimia. Melalui program ini, kata beliau, NIOSH berharap dapat mengesyorkan kaedah pengurusanOSH yang berkesan melalui aktiviti penyebaran pendidikan, kesedaran, penerangan dan pameran untuk memastikan pekerja menyedari tentang risiko yang dihadapi mereka ketika berada di tempat kerja dan cara untuk bekerja dengan selamat bagi menengani risiko yang dihadapi. Hak asasi seseorang pekerja adalah untuk mendapat perlindungan keselamatan dan kesihatan semasa di tempat kerja. Berdasarkan maklumat daripada Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO), lebih 1.2 juta pekerja tidak menikmati hak asasi ini disebabkan mereka terdedah kepada kemalangan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. Pada sidang APOSHO ke-16 di Mauritius, ILO telah memberi gambaran yang membimbangkan iaitu: - Lebih 250 juta kemalangan berlaku setiap tahun yang melibatkan pekerja di seluruh dunia. - Lebih 160 juta pekerja jatuh sakit setiap tahun akibat hazard di tempat kerja. - Lebih 1.2 juta kematian setiap tahun disebabkan oleh kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan. - Lebih 10 juta pekerja menderita kecederaan dan hilangupaya kekal serta kehilangan punca pendapatan. 1

Upload: zainurrashid-juki

Post on 19-Nov-2015

75 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

OSHA PLTV

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanIsu keselamatan merupakan satu isu yang perlu dititikberatkan pada segenap peringkat kehidupan. Tidak kiralah sama ada semasa belajar, bekerja ataupun di dalam kehidupan seharian.Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah juga dengan keselamatan perlulah dilatih sedari kecil ataupun semasa masih di alam persekolahan lagi.Amatlah malang bagi seorang anak yang telah bertahun-tahun menimba ilmu pengetahuan dengan serba baik dan cemerlang tetapi mengalami kemalangan pekerjaan yang menyebabkan kecacatan kekal seumur hidup sebaik-baik sahaja dia bekerja pada hari pertama. Bayangkanlah perasaan kedua ibu bapanya yang membesarkannya sedari kecil menerima perkhabaran ini. Memanglah takdir menentukan segalanya namun sikap, usaha serta persekitaran dan peraturan kerja yang baik, selamat dan terkawal mampu mengelakkan terjadinya kejadian yang amat malang ini. Menyedari akan kepentingan dan keperluan tersebut, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) pada 5 November 2013 telah menawarkan bantuan kepada Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di sekolah melalui Program OSH Di Sekolah.Lee Lam Thye (2013), menyatakan OSH perlu diperkenalkan di sekolah berikutan kemalangan yang melibatkan guru, pelajar dan petugas lain akibat runtuhan struktur bangunan, kipas siling, tiang gol, tandas, renjatan elektrik dan malah, letupan berpunca daripada bahan kimia.Melalui program ini, kata beliau, NIOSH berharap dapat mengesyorkan kaedah pengurusanOSH yang berkesan melalui aktiviti penyebaran pendidikan, kesedaran, penerangan dan pameran untuk memastikan pekerja menyedari tentang risiko yang dihadapi mereka ketika berada di tempat kerja dan cara untuk bekerja dengan selamat bagi menengani risiko yang dihadapi.Hak asasi seseorang pekerja adalah untuk mendapat perlindungan keselamatan dan kesihatan semasa di tempat kerja. Berdasarkan maklumat daripada Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO), lebih 1.2 juta pekerja tidak menikmati hak asasi ini disebabkan mereka terdedah kepada kemalangan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. Pada sidang APOSHO ke-16 di Mauritius, ILO telah memberi gambaran yang membimbangkan iaitu: Lebih 250 juta kemalangan berlaku setiap tahun yang melibatkan pekerja di seluruh dunia. Lebih 160 juta pekerja jatuh sakit setiap tahun akibat hazard di tempat kerja. Lebih 1.2 juta kematian setiap tahun disebabkan oleh kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan. Lebih 10 juta pekerja menderita kecederaan dan hilangupaya kekal serta kehilangan punca pendapatan.Di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan satu usaha yang berterusan terhadap pencapaian persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Pelaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, usaha giat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan inisiatif latihan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) merupakan usaha yang diambil untuk menangani isu kemalangan dan penyakit di tempat kerja. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menyarankan agar program latihan yang bersesuaian dapat digubal untuk pekerja sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.Suatu Akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti orang-orang yang sedang bekerja. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah berkuat kuasa mulai 25 Feb 1994. Akta 514 digubal berasaskan kepada pengurusan kendiri yang mana tanggung jawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak kepada majikan dan pekerja sama seperti mereka menguruskan perkara-perkara yang lain di tempat kerja seperti pengeluaran, pentadbiran dan keewangan. Akta Keselamatan dan kesihatan tidak melupuskan tetapi melengkapkan dan memperkemaskan undang-undang sediada seperti Akta Kilang dan Jentera 1967 (Factories And Machinery Act & Regulations). Walaubagaimanapun sekiranya terdapat sebarang percanggahan , Akta Keselamatan dan Kesihata Pekerjaan akan digunakan. 2.0 Pengertian dan definisi OSHANur Fazreen(2013) menyatakan Bahari (2006) mendefinisikan keselamatan sebagai keadaan yang selamat dan bebas daripada bahaya, termasuk kecederaan dan risiko, pengetahuan atau kemahiran dalam mengelakkan kemalangan atau penyakit dan kualiti atau keadaan yang tidak membawa risiko. Holt (2005) pula mendefinisikan keselamatan sebagai ketiadaan bahaya, ketiadaan ruang yang membantu mewujudkan suasana bahaya, satu tahap perlindungan dan keadaan yang tidak melibatkan risiko.Menurut Jamaludin (2001), keselamatan khususnya di dalam bidang kejuruteraan, tertumpu bukan sahaja kepada individu malahan meliputi alatan, mesin, perkakasan, persekitaran dan keselamatan individu lain yang terlibat sama. Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan aspek penting terutamanya yang melibatkan kerja-kerja berisiko tinggi sama ada di sektor perkilangan, pembinaan dan industri-industri lain yang melibatkan penggunaan mesin dan bahan kimia.3.0 Kepentingan mengurus keselamatan dan kesihatanPada tahu 1980 kadar kemalangan industri di Malaysia dilaporkan mencapai 50,000 kes dan meningkat sehingga 134,000 pada tahun 1993. Kemalangan ini melibatkan kecederaan dan juga kematian. Berdasarkan kepada pemerhatian kemalangan lebih berpunca daripada tiada pengurusan keselamatan dan Kesihatan yang betul. Selaras dengan konsep pengaturan kendiri, Akta ini digariskan dengan begitu terperinci dan jelas berkaitan kewajipan am semua pihak terlibat dalam aktiviti kerja bagi memelihara keselamatan dan kesihatan semasa bekerja. Golongan yang diberikan tanggunjjawap dalam Akta ini ialah Majikan, orang-orang yang bekerja sendiri dan pekerja. Manakala pihak yang terlibat dalam merekabentuk, mengilang, mengimport dan membekalkan peralatan dan bahan yang digunakan ditempat kerja juga diberikan kewajipan am untuk memastikan peralatan dan bahan-bahan yanng dibekalkan adalah selamat dan tidak membahaya semasa digunakan. 4.0 Perbezaan antara keselamatan dan kesihatan pekerjaanSebelum membezakan antara kedua-duanya, kita hendaklah terlebih dahulu memahami apa yang dimaksudkan dengan hazard. Hazard adalah suatu keadaan yang berpotensi menyebabkan kecederaan individu, merosakkan peralatan dan strukturnya, kehilangan perkakasan, serta boleh mengurangkan keupayaan pekerja.Hazard Keselamatan adalah segala aspek persekitaran kerja yang mempunyai potensi berlakunya kemalangan dan kecederaan secara serta merta/ spontan terhadap pekerja seperti kehilangan penglihatan yang mengejut, terputus jari atau tangan. Kebiasaannya hazad keselamatan dikaitkan dengan peralatan dan mesin yang tidak selamat digunakan, keadaan tempat kerja yang tidak memuaskan, pendedahan kepada bahan kimia dan sebagainya.Manakala Hazard Kesihatan ialah segala aspek persekitaran kerja yang secara perlahan-lahan yang mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan pekerja. Ketegangan yang berterusan akibat kerja yang terlalu membebankan, mendapat pekak, kerana terlalu lama terdedah kepada tempat kerja yang terlalu bising, sakit dada, dan kekaburan mata akibat terdedah kepada bahan kimia bahaya ialah antara penyakit emosi dan fizikal yang disebabkan oleh tugas. Sebaliknya penyakit ini akan menyerang secara perlahan-lahan dan kesannya hanya akan dapat dilihat selepas 10 tahun atau 15 tahun. Oleh itu, pengurusan kesihatan pekerja ialah melindungi pekerja daripada gangguan emosi dan penyakit fizikal yang disebabkan oleh pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja. Pada kebiasaannya aspek kesihatan dipandang ringan oleh sebahagian majikan berbanding aspek keselamatan kerana kesan penyakit-penyakit industri ini tidak datang secara tiba-tiba.5.0 Tujuan dan skop OSHATujuan utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja, mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja, mengadakan suatu sistem perundangan yang berasas kepada peraturan-peraturan dan tata amalan industri disamping peruntukan akta. Secara ringkasnya, akta ini bertujuan untuk menjamin keselamatan bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga kepada orang lain yang berada di tempat kerja. Orang lain tersebut merujuk kepada tetamu atau sesiapa sahaja yang mempunyai urusan dengan organisasa berkenaan.Manakala skop akta ini antara lain adalah merangkumi dan melindungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta kecuali mereka yang bekerja di atas kapal perdagangan, angkatan tentera. Sektor-sektor yang dirangkumi akta ini adalah sebagaimana peruntukkan dinyatakan dalam jadual pertama di bawah seksyen 1(2) iaitu pengilangan, perlombongan dan kuari, pembinaan, pertanian, perhutanan dan perikanan, kemudahan elektrik, gas, air dan perkhidmatan kebersihan, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.6.0 Contoh-contoh kes yang melibatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaaan di media

i) Kes 1AKHBAR: SINAR HARIAN: NASIONALTARIKH: 29 APRIL 2011

Lebih 21, 000 kes kemalangan pergi, balik tempat kerja

NUSAJAYA Jumlah kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja mencatatkan angka yang serius walaupun jumlah kemalangan di tempat kerja di negara ini berjaya dikurangkan sejak 10 tahun yang lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, pada tahun 2010, kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja direkodkan sebanyak 21,909 kes atau 30 peratus daripada 57,656 kes kemalangan industri yang dilaporkan.

Ini menunjukkan peningkatan berbanding 20,810 kes kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja yang dilaporkan pada 2009. Ini adalah di luar kawalan pihak majikan, pekerja itu sendiri kena mengambil langkah keselamatan sendiri, khususnya mereka ketika pergi dan balik ke tempat kerja dan kemalangan membabitkan penunggang motosikal, katanya selepas merasmikan sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja 2011 di tapak pembinaan Kolej Marlborough di sini, semalam.

Subramaniam berkata, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Institut Keselamatan dan Pekerjaan Negara (NIOSH), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain agensi telah merancang banyak program kesedaran program Safe Riding untuk pekerja yang menunggang motosikal.

Kemalangan tersebut yang selalunya melibatkan kehilangan nyawa atau hilang keupayaan kekal menyebabkan kerugian modal insan, kerugian ekonomi kepada negara dan juga keluarga. Menurut statistik yang dikeluarkan Perkeso, 81,810 kes kemalangan industri dilaporkan pada 2002 di mana 63,423 kes melibatkan kemalangan di tempat kerja manakala 18,387 kes melibatkan kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja.

Ia menunjukkan penurunan jumlah kemalangan di tempat kerja tetapi kemalangan pekerja pergi balik ke tempat kerja menunjukkan trend yang meningkat. Perkeso telah membayar RM1.549 bilion pampasan mangsa kemalangan industri pada 2010 berbanding RM1.354 bilion yang dibayar pada tahun sebelum itu.Peningkatan jumlah pampasan itu menurut beliau adalah disebabkan faktor kenaikan gaji para pekerja di mana semakin tinggi gaji pekerja semakin besar pampasan yang akan dibayar Perkeso.

ii) Kes 2HARIAN METRO 21 OKTOBER 2014

Dua Lelaki Maut Jatuh Pelantar Gerudi Minyak!

Chukai: Dua lelaki maut akibat terjatuh dari ketinggian 35 meter ketika bekerja di sebuah kapal pelantar gerudi minyak kira-kira 152 batu nautika dari Pantai Kertih, dekat sini, 11.04 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, Gabriel Lembang, 29, dari Miri, Sarawak dan Valentin Jirak, 31, dari Sibu, Sarawak maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.Ketika kejadian, masing-masing yang bekerja sebagai juru elektrik dan mekanik membuat pemeriksaan keselamatan terjatuh ke dalam air kerana dikatakan ikatan tali pada badan mereka longgar.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Che Suza Che Hitam berkata, mayat kedua-dua mangsa diterbangkan dengan helikopter ke Balai Polis Kertih dan seterusnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat jam 1.35 petang semalam.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah terhadap kedua-dua mangsa dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Katanya, mayat kedua-dua mangsa dituntut ahli keluarga mereka kira-kira jam 11 pagi tadi untuk dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.

iii) Kes 3SINAR HARIAN 26 APRIL 2014

Maut pada hari pertama bekerja

KUALA LIPIS - Seorang warganegara Bangladesh, Alamin Alon, 25, yang baru memulakan pekerjaan di sebuah projek perumahan di Felda Sungai Koyan Tiga, di sini maut akibat terjatuh ketika bertugas memasang atap rumah berkenaan kira-kira jam 1.30 petang semalam.Mangsa yang baharu sahaja tiba dari Kuala Lumpur itu bekerja di tapak Projek Perumahan Generasi Kedua (PPGK), Felda Sungai Koyan Tiga.

Ketua Polis daerah, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, selepas makan tengah hari, mangsa menaiki tangga untuk memasang atap di premis berkenaan, tetapi tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke lantai.

Kebetulan sebelum kejadian berlaku, keadaan di tapak projek basah dan licin disebabkan hujan, katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Abdul Razak berkata, mangsa jatuh terlentang di atas lantai, manakala kepalanya terhempas ke atas batu-bata projek rumah berkenaan.

Rakan pekerja lain menyangka Alamin pengsan dan tidak sedarkan diri lalu mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Felda Sungai Koyan Tiga, berdekatan tapak projek berkenaan.Pemeriksaan dibuat oleh pembantu perubatan klinik berkenaan dan mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia, katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat dan telah dituntut oleh ahli keluarganya yang tiba dari Kuala Lumpur untuk dibawa pulang ke Bangladesh dan dikebumikan di sana.

Kita mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut akibat terjatuh dan mengalami kecederaan teruk di kepala, katanya. Abdul Razak berkata, buruh binaan diminta berhati-hati ketika bekerja di premis yang tinggi dan seboleh-bolehnya memastikan langkah keselamatan yang rapi ketika waktu dan selepas hujan.

7.0 Isu keselamatan di bengkel sekolah serta makmal kejuruteraan

Ismail Pandin, (2008) menyatakan pada kebiasaannya kemalangan yang berlaku di sekolah kurang didedahkan kepada media massa dan kemalangan itu hanya di rekod dalam kemalangan sekolah. Misalnya, kemalangan yang berlaku di SMT. Kuala Kangsar pada tahun 1991, seorang pelajar automotif mengalami kecederaan yang serius di seluruh muka dan badannya akibat daripada kecuaian semasa menjalankan kerja amali di dalam bengkel automotif. (Buku rekod kemalangan SMT. Kuala Kangsar 1991). Kejadian tersebut berlaku ketika pelajar tersebut sedang membaik pulih saluran pengalir haba (radiator hose) kereta, tiba-tiba saluran air tersebut pecah lalu air panas tersebut menyembur ke tubuh pelajar berkenaan.Manakala pada tahun 1995, di SMT. Kajang, di mana seorang pelajar sedang menguji kenderaan ketika melakukan kerja amali telah terhumban ke dalam longkang bersama kereta yang diujinya. (Buku rekod kemalangan SMT. Kajang,1995)Satu lagi contoh yang dapat dinyatakan, kemalangan ini berlaku di SMT. Slim River pada tahun (1994). Ia melibatkan seorang pelajar Amalan Bengkel Mesin yang terpaksa dipotong hujung jari telunjuknya kerana hancur kerana terhempap sebatang besi. (Buku rekod SMT. Slim River,1994). Perkara sebegini tidak akan berlaku sekiranya pelajar lebih berwaspada dan mematuhi peraturan keselamatan bengkel (Abdul Basir, 2002). Peristiwa lain yang boleh dijadikan iktibar ialah, kemalangan ini berlaku pada seorang guru di SMT. Bukit Katil Melaka terkena renjatan elektrik semasa sedang membaiki kipas akibat dari suis yang dihidupkan oleh pelajarnya. (Utusan Malaysia, 7 April 2001)

8.0 Statistik Kemalangan IndustriHak asasi seseorang pekerja adalah untuk mendapat perlindungan keselamatan dan kesihatan semasa di tempat kerja. Berdasarkan maklumat daripada Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO), lebih 1.2 juta pekerja tidak menikmati hak asasi ini disebabkan mereka terdedah kepada kemalangan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. Pada sidang APOSHO ke-16 di Mauritius, ILO telah memberi gambaran yang membimbangkan iaitu: Lebih 250 juta kemalangan berlaku setiap tahun yang melibatkan pekerja di seluruh dunia. Lebih 160 juta pekerja jatuh sakit setiap tahun akibat hazard di tempat kerja. Lebih 1.2 juta kematian setiap tahun disebabkan oleh kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan. Lebih 10 juta pekerja menderita kecederaan dan hilangupaya kekal serta kehilangan punca pendapatan.Pengerusi National Institute Of Occupational Safety & Health (NIOSH), Datuk Lee Lam Thye menyatakan Kesedaran Keselamatan diri adalah kriteria utama untuk mengelak daripada berlakunya kemalangan di tempat kerja. Jika sikap ini diketepikan, kemalangan dan kecederaan di tempat kerja akan meningkat. Menurutnya lagi berdasarkan laporan kemalangan yang dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) sejak kebelakangan ini jumlah kemalangan perusahaan semakin menurun pada tahun 1995, jumlah kemalangan yang dilaporkan ialah 144,134 kes. Penurunan jumlah kemalangan menandakan wujudnya kesedaran keselamatan pekerja di negara ini. (Kementerian Sumber Manusia, 2001)Statistik kemalangan industri yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) yang terlibat secara langsung dengan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerja di Malaysia ialah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) dari tahun 1997 sehingga tahun 2002. Statistik Kemalangan Industri di Malaysia ditunjukan pada jadual dibawah (Ismail, 2002)

Perkara/Tahun199719981999200020012001

Jumlah kemalangan dilaporkan323325462578229231721561

Jumlah kemalangan maut2431311339014612

Jumlah kemalangan di siasat12411193133111711123591

Statistik jadual di atas menunjukkan bahawa kemalangan industri atau bengkel adalah serius melihat daripada perangkaan dalam jadual di atas, ini jelas kepada kita bahawa jumlah kemalangan industri adalah amat tinggi. Jika dibiarkan perkara ini terus berlaku sudah pasti akan memberi kesan yang buruk kepada perkembangan dan pembangunan negara untuk menuju wawasan 2020.

9.0 Sejarah OSHA dan NIOSHAkta keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan satu akta yang bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu dengan memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994. Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah kerana terdapatnya banyak kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 dan statistik kemalangan di tempat kerja yang tinggi. Sebagai contoh, insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut.Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, ianya merupakan salah satu tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pekerja ketika bekerja dan juga orang lain yang turut berada di kawasan tersebut. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia dan dibahagikan kepada lima belas bahagian.NIOSH pula telah ditubuhkan pada Disember 1992 bagi memenuhi keperluan latihan dan pendidikan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. NIOSH telah memberi sumbangan ke arah usaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melalui penggubalan kurikulum dan program latihan untuk pekerja, majikan dan mereka yang bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.Tanggapan negatif pihak majikan dan pekerja terhadap pelaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 perlulah diubah di mana mereka perlu mematuhi segala prosedur kerja yang telah ditetapkan secara konsisten. Ini adalah kerana aspek kesihatan bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan dan bukanlah di bawah tanggungjawab kerajaan sahaja malah ia juga menjadi tanggungjawab majikan dan pekerja bagi menjamin keharmonian sejagat.

10.0 Penerapan OSHA dalam PLTVMenurut Nur Fazreen(2013), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang kini dikenali dengan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan tujuan untuk membangunkan pendidikan teknik dan vokasional dari semasa ke semasa. Ini bertujuan memenuhi hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju di mana ini seiring dengan Wawasan 2020 dalam memperkembangkan teknologi dan kemahiran. Bidang teknikal dan vokasional menekankan dua aspek pengajaran iaitu teori dan amali. Institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan salah satu cabang di mana ianya akan mengeluarkan bakal-bakal tenaga mahir dari bidang teknikal. Ianya adalah aset di mana akan membawa Malaysia ke arah negara yang lebih maju dan berdaya saing. Bagi mengeluarkan bakal-bakal profesional ini kemahiran yang tinggi dalam latihan teknikal amatlah diperlukan. Dengan ini secara tidak langsung pelajar-pelajar akan terlibat dalam penggunaan makmal dan terdedah kepada risiko kemalangan.Mengutamakan kepentingan keselamatan berkait rapat dengan individu yang melakukan kerja, penggunaan peralatan serta mesin dan tempat kerja itu sendiri serta orang awam. Justeru, Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menerapkan budaya kerja yang selamat bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa terjamin. Pendidikan teknik dan vokasional bertujuan melatih para pelajar untuk menceburi alam pekerjaan serta mendedahkan mereka kepada suasana kerja yang bakal mereka tempuhi semasa bekerja kelak (Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, 2000).Keselamatan bukan hanya untuk dibaca atau diamalkan hanya ketika tertentu sahaja. Keselamatan perlu diberi perhatian serius pada setiap masa dan ketika walau di mana juga kita berada. Keselamatan boleh dianggap sebagai satu kebiasaan atau satu bentuk sikap. Kebiasaan seseorang itu tidak lahir bersama, ketika dilahir ke dunia. Kebiasaan akan sebati bersama jika kita melakukan atau mengamalkan sesuatu itu berulangkali. Keselamatan adalah perkara yang penting yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, (Abd Rahman, 1993). Keselamatan juga sama pentingnya dengan kesihatan. Kita menjaga kesihatan kerana kita ingin mengelakkan daripada penyakit, begitulah halnya dengan keselamatan.Keselamatan di bengkel adalah merangkumi semua aspek yang mempunyai hubungkait dengan kesihatan fizikal, mental, persekitaran, harta benda serta tempat bekerja yang bebas dari bahaya. Kemalangan yang berlaku di bengkel boleh menyebabkan kecederaan terutamanya pada anggota badan yang terdedah kepada bahaya seperti tangan, mata dan kepala. Kecederaan akan menjadi lebih parah sekiranya mangsa tidak memakai alat pelindung keselamatan.

11.0 Melaksanakan program keselamatan di bengkel atau makmalUntuk melaksanakan program keselamatan semasa pengajaran dan pembelajaran PLTV di bengkel atau makmal, perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian:a) Menetapkan objektif programi) Memastikan keadaan bengkel atau makmal yang selamat untuk pelajarii) Menerapkan dalam diri pelajar pengetahuan disamping membentuk sikap dan juga rasa hormat kepada prinsip-prinsip pencegahan kermalangansebagai persediaan untuk bekerja di masa hadapan.

b) Kandungan program keselamatan Kenyataan falsafah program iaitu satu pernyataan yang menyebut kepentingan program keselamatan yang berkesan. Arahan keselamatan yg merangkumi semua aspek keselamatan termasuk keselamatan persekitaran sekolah dan bengkel dan juga maklumat terperinci berkaitan penggunaan peralatan dan penyelenggaraan.Program pemeriksaan keselamatan sebagai langkah pencegahan kemalangan, termasuk laporan pemeriksaan yg dilaporkan oleh guru, pelajar, pentadbir atau mereka yg bertanggungjawab utk menilai keselamatan bengkelatau makmal.Jawatankuasa keselamatan bengkel sekolah yang juga melibatkan pelajar. Jawatankuasa membuat cadangan dan keputusan berkaitan keselamatan.Rancangan tindakan segera iaitu prosedur terperinci yg perlu dipatuhi oleh setiap individu sekiranya berlaku kecemasan spt kecederaan,kebakaran dll.Kempen kesedaran keselamatan supaya semua warga sekolah sentiasa brewaspada dgn keselamatan , adakan aktiviti spt pertandingan,memasang poster,menyediakan papan buletin dan peti cadangan.c) Pendekatan program keselamatan

i) Pendekatan sistemJawatankuasa keselamatan bengkel sekolah yang juga melibatkan pelajar. Jawatankuasa membuat cadangan dan keputusan berkaitan keselamatan.Rancangan tindakan segera iaitu prosedur terperinci yg perlu dipatuhi oleh setiap individu sekiranya berlaku kecemasan spt kecederaan,kebakaran dll.Kempen kesedaran keselamatan supaya semua warga sekolah sentiasa brewaspada dgn keselamatan , adakan aktiviti spt pertandingan,memasang poster,menyediakan papan buletin dan peti cadangan.Pemantauan proses keselamatan dilakukan melalui lingkaran - lingkaran maklum balas, dan keputusan yang dibuat harus mengoptimumkan fungsi setiap sub- sistem di samping mengambil kira kesan keseluruhan. ke atas sistem. Sesebuah sistem keselamatan mesti direka bentuk supaya boleh meminimumkan kecederaan. Komponen-komponen dalam sistem pula harus merangkumi faktor-faktor dalam persekitaran yang berpotensi untuk menyebabkan kecederaaanii) PersekitaranProgram Pendidikan Teknikal terdiri daripada empat bidang iaitu pembuatan, pembinaan, komunikasi dan pengangkutan. Persekitaran merangkumi kemudahan - kemudahan fizikal yang wujud dalam setiap bengkel program tersebut. Walaupun terdapat banyakperalatan yang sama, namun setiap bengkel memiliki keunikan tersendiri yangmembezakan antara bengkel-bengkel tersebut. Antara faktor-faktor yangmempengaruhi keselamatan sesebuah bengkel adalah pengcahayaan,kebisingan, suhu, zon keselamatan dan kod warna, penyimpanan, prosedurpencegahan kebakaran,housekeeping, ergonomik dan keperluan pertolongan cemasiii) ManusiaTahap pembangunan seseorang pelajar akan menentukan keadaan keselamatan sesebuah bengkel.Semua pelajar mesti memiliki pengetahuan mengenai peraturan dan prosedur keselamatan (domain kognitif), dan memiliki sikap dan nilai yang diperlukan untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut (domain afektif). Tahap kemahiran pelajar akan memastikan aktiviti-aktiviti dilakukan dengan selamat (domain psikomotor). Walau bagaimanapun, guru memainkan peranan penting dan bertanggungjawab untuk merancang,mengawal dan mewujudkan suasana selamat dalam bengkel. Faktorutama yang menyebabkan kecederaan adalah perlakuan manusia yang tidak mematuhi arahan-arahan keselamatan dan prosedur melakukan kerja yang telah ditetapkan.iv) Peralatan dan kelengkapanSemua peralatan dan kelengkapan bengkel dibentuk untuk memudahkan dan membantu manusia membuat kerja-kerja amali dan menggunakan bahan-bahan seperti kayu,logam atau plastik. Namun, peralatan-peralatan ini boleh membawa bahaya dan menyebabkan kecederaan jika tidak digunakan dengan betul, maka peralatan dan kelengkapan turut menjadi fokus keselamatan dalam bengkel. Antara peralatan yang membawa bahaya adalah peralatan tangan manual, peralatan tangan berkuasa elektrik/ motor dan mesin tanpa pelindungv) ProsesPenggunaan peralatan melibatkan pelbagai proses atau prosedur penggunaannya yang memiliki bahaya tersendiri. Maka pelajar mesti diajar dan belajar melaksanakan sesuatu proses dengan betul untuk menghindari kecederaan.vi) Bahan-bahanTerdapat banyak bahan-bahan dalam bengkel apabila tidak diselenggara dengan betul, akan membawa kesan kumulatif yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan mestilah diselenggara dan disimpan dengan sempurna. Pembuangan sisa bahan pula harus dibuat dengan betul supaya tidak memberi kesan buruk kepada persekitaran.vii) Pengaruh luarSama seperti pihak industri, dalam pendidikan teknologi , keselamatan, turut dipengaruhi oleh polisi- polisi daerah dan kebangsaan. Pengaruh luar merangkumi pengaruh agensi-agensi awam, pentadbiran sekolah dan juga masyarakatviii) Maklum balasKaedah mengajar dan aktiviti-aktiviti pengajaran adalah bahagian penting bagi komponen maklum balas dalam sistem keselamatan ini. Enam komponen tersebut adalah, pertama dalam sistem ini mewujudkan wadah kandungan bagi merancang sistem. komponen maklumbalas mengintegrasikan, kandungan ke dalam sistem, pengajaran berasaskan aktiviti yang melibatkan pelajar dalam merancang dan mengekalkan sistem keselamatan.Di dalam setiap komponen terdapat faktor-faktor yang boleh menjadi punca kepada kemalangan. Dalam program ini, guru dan pelajar bersama-sama harus dapat mengenalpasti dan menilai faktor-faktor yang bahaya. Seterusnya mewujudkan sistem maklum balas untuk mengawal sistem keselamatan bengkel

12.0 Kepentingan OSHA

a) Kepentingannya dalam kurikulum PLTV

i. Dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan yang boleh menyebabkan gangguan pada kesihatan, kecederaan malah kematian.ii. Mengelakkan kerugian akibat kerosakan dan kemusnahan harta benda.iii. Pekerjaan dapat dilakukan dengan tekun, efisien dan produktif.iv. Produk dan perkhidmatan berkualiti dapat dihasilkan. v. Industri dapat beroperasi secara berterusan tanpa gangguan.vi. Produktiviti boleh ditingkatkan.vii. Keupayaan untuk bersaing meningkat.

b) Kepentingannya dalam alam pekerjaan

i) Tanggumgjawab majikanAdalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan,kesihatan dan kebajikan para pekerja semasa bekerja: Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat praktik, selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan. Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko. Pengadaan, maklumat, arahan , latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik , keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja.

ii) Tanggungjawab pekerjaAdalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja : Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja. Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya. Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatnnya

13.0 Peranan guru untuk melaksanakan OSHA dalam PLTV

a) Pelaksananan objektif keselamatan Menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain dan harta benda. Membantu pelajar memahami kaedah yang selamat untuk bertindak. Membantu pelajar membiasakan diri dengan keadaan yangboleh merbahayakan Membantu pelajar belajar mengenai amalan keselamatan bagi aktiviti seharian. Menggalakkan pelajar menyertai program keselamatan.

b) Merancang pengajaran keselamatan Baca dan fahami kandungan arahan keselamatan yang hendak disampaikan kepada pelajar. Pastikan langkah keselamatan am bengkel ditetapkan. Tetapkan langkah keselamatan yg spesifik utk setiap bengkel Merancang arahan dan tunjukcara supaya cara kerja yng betul ditunjukkan kpd pelajar. Membuat salinan arahan keselamatan supaya boleh digunakan oleh pelajar utk mengulangkaji Edarkan arahan keselamatan kepada semua pelajar baru.

c) Penyediaan arahan keselamatan Langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan. Tunjuk cara penggunaan alatan perlindungan diri dengan betul. Penyelenggaraan peralatan bengkel, mesin dan lain-lain kelengkapan. Kaedah yang selamat untuk mengangkat dan memindahkan kelengkapan yang berat Peraturan keselamatan bengkel yang ditandatangani oleh semua pelajar menandakan pelajar memahami. Alat bantuan mengajar yang menunjukkan penggunaan mesin atau peralatan yang betul. Menyediakan papan buletin , poster atau peti cadangan untuk kegunaan pelajar Memberi salinan rancangan keselamatan bengkel kepada pengetua/guru besar utk makluman.

d) Pelaksanaan peraturan keselamatan kemalangan boleh dielakkan jika peraturan dipatuhi. Guru bertanggungjawab utk melaksanakan peraturan yang telah dibuat , dan menujukkan contoh teladan yang baik untuk melaksanakan peraturan keselamatan bengkel.

e) Penilaian pengajaran keselamatan Penilaian pengajaran keselamatan boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis dan praktikal. Peraturan membolehkan : Guru mengetahui keberkesanan dirinya menyampaikan maklumat mengenai keselamatan. Pelajar memahami semua aspek keselamatan dan dapat bertindak membetulkan kesalahan atau kesilapan diri. Keputusan penilaian dijadikan laporan bertulis bahawa guru telah mengajar keselamatan kepada pelajar dan dijadikan bahan bukit sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan.

14.0 Hubungkait OSHA dalam PLTV dengan alam pekerjaanSebagaimana umum mengetahui, di dalam memenuhi kehendak dan kurikulum PLTV, bengkel dan makmal merupakan satu komponen yang dianggap berperanan sangat penting. Bukan sahaja di sekolah menengah, Kolej Vokasional, politeknik-politeknik seluruh Malaysia, serta universiti teknikal yang menawarkan pelbagai pendidikan teknik dan vokasional memerlukan bengkel dan makmal sebagai medium pengajaran amali dan praktikal.Setiap organisasi pendidikan tersebut mempunyai tanggungjawab yang sangat tinggi terhadap keselamatan dan kesihatan pelajarnya. Adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap organisasi tersebut untuk menyediakan platform yang selamat dan berkualiti agar dapat melindungi keselamatan pelajar-pelajarnya terutamanya semasa melakukan amali dan praktikal.Setelah pihak organisasi menyediakan segala kelengkapan dan keupayaan melindungi keselamatan dan kesihatan pelajarnya, tanggungjawab pendidik dan pelajar juga sama pentingnya. Pendidik harus berperanan menanamkan faktor keselamatan terhadap pelajar-pelajar tersebut berpandukan amalan-amalan dan peraturan keselamatan di bengkel atau makmal berpandukan OSHA 94. Menyedari bahawa kemalangan dan kecederaan tidak dapat dielakkan sepenuhnya tetapi dapat dikurangkan dan dicegah sekiranya semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bengkel atau makmal berkerjasama dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab supaya peraturan keselamatan bengkel dapat diamalkan dan dihayati oleh semua pelajar.Dalam melahirkan pekerja yang mempunyai amalan kerja yang sihat serta selamat, pendidikan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajar supaya ilmu yang dipelajari akan dapat diserap dan menjadi amalan mereka pada setiap masa pada masa akan datang. Oleh sebab itulah, amalan keselamatan di bengkel amat wajar dan perlu untuk diterapkan sebaik mungkin di tempat yang melahirkan tenaga kerja kepada industri pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, untuk melatih dan membentuk tenaga kerja yang diperlukan ke arah negara perindustrian, maka pelajar kita perlu dilatih supaya mempunyai sikap kerja yang betul dan nilai nilai positif seperti berdisiplin, tekun dan dedikasi. Industri yang berteknologi tinggi memerlukan tenaga kerja terlatih dan mahir yang berdisiplin dan dilengkapi dengan asas kemahiran yang lebih luas serta mempunyai budaya dan etika kerja yang positif.Dalam usaha ini, pihak Kementerian Sumber Manusia berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat untuk bekerja. Sasaran Kerajaan adalah untuk menurunkan kadar kes kemalangan industri kepada 3.5 peratus kes menjelang 2015 nanti. Kadar tersebut adalah menyamai kadar kes kemalangan bagi negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat.Sehingga ini, negara kita telah mencatatkan statistik kemalangan yang dilaporkan disekitar 5.6 peratus (Abdul Rahman Bakar, 16 April 2007). Umpamanya, pelajar menghadapi pelbagai risiko kemalangan ketika melakukan kerja amali di bengkel. Kemalangan mungkin berlaku semasa aktiviti penyediaan bahanbahan mentah seperti logam, keluli ketika mengendalikan pelbagai jenis mesin yang besar dan canggih, penggunaan alatalat memotong dan alatan tangan yang tajam.Dengan demikian, keprihatinan pelajar mengamalkan disiplin dan budaya kerja yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan semasa di bengkel dan makmal, mampu membantu hasrat kerajaan untuk mengurangkan kemalangan industri apabila pelajar-pelajar tersebut menceburi alam pekerjaan. Pelajar yang telah biasa dibudayakan dengan gaya kerja yang betul dan selamat lebih mudah peka terhadap hazard-hazard yang bakal mereka tempuhi dan alami semasa mereka bekerja nanti. Antara hazard-hazard yang ada termasuklah hazard fizikal, hazard kimia, hazard biological dan hazard ergonomic. Mereka inilah yang akan menterjemahkan kejayaan sistem pendidikan yang menekankan konsep keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang telah diterima semasa dalam alam pendidikan lagi. Jika berjaya dididik dengan sistem yang betul dan baik, maka mudahlah mereka mengamalkan budaya kerja yang selamat dan sihat semasa mereka keluar bekerja nanti. Malahan mereka mungkin mampu mengubah persekitaran kerja yang tidak selamat dan sihat apabila menyertai sesuatu organisasi yang baru nanti. Mereka juga boleh memberikan saranan yang bernas berdasarkan pengalaman yang ada semasa mereka bekerja di bengkel ataupun makmal yang melatih mereka dengan amalan kerja yang selamat dan sihat.

15.0 KesimpulanPenerapan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA), di dalam pengajaran dan pembelajaran PLTV merupakan satu langkah yang sangat bijak dan perlu diambil berat oleh semua pihak sama ada pentadbir, tenaga pengajar mahupun pelajar sendiri. Ia boleh dilakukan sama ada melalui pendidikan secara merentas kurikulum ataupun melalui pengamalan dan praktik sebenar semasa melakukan amali ataupun praktikal di bengkel ataupun makmal.Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian serius oleh sesuatu organisasi. Prestasi dan produktiviti organisasi akan menurun jika pekerja selalu mendapat kemalangan industri atau menghadapi masalah kesihatan. Imej syarikat sebagai majikan yang prihatin akan terjejas. Motivasi pekerja akan menurun jika kebajikan mereka tidak diambil berat oleh pihak pengurusan.Aspek keselamatan dan kesihatan haruslah dijadikan satu budaya di tempat kerja. Pihak pengurusan bertanggungjawab mengubah sikap pekerja dengan memberi keutamaan terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Selaras dengan hasrat kerajaan, pihak majikan dan pekerja perlulah mengambil bahagian dalam aspek keselamatan dan kesihatan bagi mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Maka dengan ini akan tercapai hasrat serta matlamat kerajaan dalam merealisasikan hasratnya untuk mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan seterusnya dapat menaikkan nama Malaysia di serata dunia. Secara tidak langsung, budaya kerja yang selamat dan sihat mampu memberi daya saing yang mapan di era globalisasi ini.

17