oleh: jib “pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi...

28
1 “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik“, kata Y.B. Dato’ Sri Abdul Aziz Shamsuddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa merasmikan Ekspo Produk Pekebun Kecil 2005 pada 18 Mac yang lalu. “Untuk itu, kita perlu lebih kreatif dan inovatif menggunakan bahan yang terdapat di luar bandar untuk menarik minat pembeli produk kita”, katanya lagi. Seramai lebih 3000 orang pekebun kecil telah membanjiri Ekspo tersebut yang disertai oleh 55 peserta terdiri daripada usahawan pekebun kecil, koperasi pekebun kecil daerah, anak syarikat RISDA, agensi kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) . Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Y.B. Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Y.Bhg. Dato’ Dr. Mohd Tap Salleh, KSU KKLW, Y.B. Senator Dato’ Hj Abdul Raman Suliman, Pengerusi RISDA dan Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman Hj. Ali, Ketua Pengarah RISDA. “Selain daripada usaha meningkatkan kualiti produk, pekebun kecil juga boleh menambah nilai produk mereka melalui pembungkusan yang bermutu dan jenama yang menarik”, gesanya lagi. Antara produk yang dipamer dan dijual di ekspo tersebut ialah hasil kraf daripada daun getah, kayu getah, rotan, buluh, lidi, tanah liat, mengkuang, kulit kerang dan akar kayu. Turut dipamerkan ialah hasil kerja tangan seperti batik, sulaman, cadar dan tekat. Jualan makanan ringan daripada pelbagai negeri dan pameran ternakan burung unta serta kambing jamnapari juga menjadi tarikan pengunjung ekspo pada hari tersebut. Sesungguhnya ekspo berkenaan telah berjaya menemukan secara terus di antara pembeli dengan pembekal dan sekali gus mengwujudkan jaringan pasaran yang lebih mantap. Ekspo tersebut juga telah membangkitkan semangat dan keyakinan pengusaha untuk berusaha dengan lebih gigih dengan meningkatkan nilai tambah produk mereka . Oleh: JIB BIL. 2/2005 ISSN 0128/0112 PERCUMA

Upload: others

Post on 26-Oct-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

1

“Pekebun kecil digesa menambah nilai produk untukmendapatkan pulangan yang lebih baik“, kata Y.B.Dato’ Sri Abdul Aziz Shamsuddin, Menteri KemajuanLuar Bandar dan Wilayah semasa merasmikanEkspo Produk Pekebun Kecil 2005 pada 18 Macyang lalu.

“Untuk itu, kita perlu lebih kreatif dan inovatifmenggunakan bahan yang terdapat di luar bandar untukmenarik minat pembeli produk kita”, katanya lagi.

Seramai lebih 3000 orang pekebun kecil telahmembanjiri Ekspo tersebut yang disertai oleh 55 pesertaterdiri daripada usahawan pekebun kecil, koperasipekebun kecil daerah, anak syarikat RISDA, agensikerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan(NGO) .

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Y.B. Dato’Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kemajuan LuarBandar dan Wilayah, Y.Bhg. Dato’ Dr. Mohd Tap Salleh,KSU KKLW, Y.B. Senator Dato’ Hj Abdul Raman Suliman,Pengerusi RISDA dan Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman Hj.Ali, Ketua Pengarah RISDA.

“Selain daripada usaha meningkatkan kualiti produk,pekebun kecil juga boleh menambah nilai produk merekamelalui pembungkusan yang bermutu dan jenama yangmenarik”, gesanya lagi.

Antara produk yang dipamer dan dijual di ekspo tersebutialah hasil kraf daripada daun getah, kayu getah, rotan,buluh, lidi, tanah liat, mengkuang, kulit kerang dan akarkayu.

Turut dipamerkan ialah hasil kerja tangan seperti batik,sulaman, cadar dan tekat. Jualan makanan ringandaripada pelbagai negeri dan pameran ternakan burungunta serta kambing jamnapari juga menjadi tarikanpengunjung ekspo pada hari tersebut.

Sesungguhnya ekspo berkenaan telah berjayamenemukan secara terus di antara pembeli denganpembekal dan sekali gus mengwujudkan jaringanpasaran yang lebih mantap.

Ekspo tersebut juga telah membangkitkan semangat dankeyakinan pengusaha untuk berusaha dengan lebih gigihdengan meningkatkan nilai tambah produk mereka .

Oleh: JIB

BIL. 2/2005 ISSN 0128/0112 PERCUMA

Page 2: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

2

http://www.risda.gov.my

PENAUNGDato’ Hj. Abd. Rahman b. Hj. Ali

Hj. Zulkifli Mohd. Nazim

PENASIHATAli Nordin bin Wahiduddin

KETUA PENGARANG Hj. Khalid bin Awang Said

PEN. KETUA PENGARANGAzizah bt. Mohamad

SIDANG PENGARANG Rodiah bt. Selamat

Zainal bin Abd. RahimBahaman bin Baharom

Noor Aslinda bt. MarzukiNasri bin Rahmat

PENTADBIRANZaaziah bt. Abd Aziz

PEMBACA PRUF Hjh. Rosemina bt. Hj. Abdul Malek

Hjh. Robiyah bt. Hj. Ismail

SUMBANGAN ARTIKELAhli PENYINAR & Individu

PENGEDARAN/PENYELARASBahagian Pengembangan & Kesejahteraan Rakyat

Ibu Pejabat RISDA.

REKABENTUK & PERCETAKAN OLEH:Percetakan Selaseh Sdn Bhd

No. 30 & 32, Jalan Selaseh Indah,Taman Selaseh Fasa (1),

68100 Batu Caves,Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Sidang PengarangEkspo Produk Pekebun Kecil adalah satu program promosi yangdilaksanakan oleh RISDA bertujuan untuk membantumeningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar melaluipendekatan berkonsepkan promosi dan jualan terus termasukdemonstrasi pengeluaran dan perkhidmatan.

Di samping itu, mempamerkan produk untuk pasaran danseterusnya memperkenalkan perkhidmatan RISDA dalammembangunkan masyarakat pekebun kecil. Secarakeseluruhannya, ini akan dapat menonjolkan usaha dan dayamasyarakat luar bandar dalam meningkatkan taraf ekonomimereka.

Prospek untuk industri kraftangan daun getah, kraftangan laindan makanan ringan yang diusahakan oleh pekebun kecil diluar bandar akan lebih terbuka luas jika ianya diterokai denganlebih terancang. Oleh yang demikian, program seperti ekspoproduk pekebun kecil ini mampu memberi sumbangan yanglebih cemerlang kepada negara secara amnya dan masyarakatpekebun kecil khususnya.

Dalam usaha memajukan usahawan pekebun kecil ini diharapdapat mengurangkan jurang perbezaan sosio ekonomi merekadengan masyarakat bandar dan seterusnya akan dapatmenaikkan imej RISDA khususnya dan Kementerian KemajuanLuar Bandar & Wilayah (KKLW) amnya.

Kursus secara formal dan informal kepada pekebun kecil akandipergiatkan khususnya dalam bidang keusahawanan danindustri kecil. Langkah ini bertujuan bagi memastikan pekebunkecil terbabit mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiranterkini dalam bidang yang diceburi untuk mencapai kejayaanyang diharapkan.

Pendekatan ke arah menambah nilai kepada manusia (pekebunkecil) perlu diterapkan agar setiap individu kumpulan sasarmasyarakat pekebun kecil di luar bandar bergerak maju darisegi kemajuan diri dan keluarga.

Sebarang dasar sesuatu program yang telah dirangka akanmenjadi lebih jitu dalam pelaksanaannya dan seterusnyamenghasilkan impak sebagaimana yang dikehendaki jika ianyadilengkapkan dengan modus operandi yang jelas, pemantauanyang sistematik dan dijalankan dengan penuh komitmen olehsemua pihak.

Dengan program yang sedia ada, sebenarnya kita mampubukan sahaja mencapai objektif RISDA, tetapi juga dalammasa yang sama dapat membangunkan semua keluargapekebun kecil yang rajin, inovatif, kreatif, berilmu, berkemahirandan mempunyai set minda yang positif ke arah kesejahteraanmereka.

Rencana Pengarang

Page 3: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

3

PPPPPengerusi RISDA, Y.B. Senator Dato’Abdul Raman Suliman berkata supaya RISDA menubuhkan Pusat MembuatKeputusan di setiap peringkat menandakan bermulanya proses melerai kerenah birokrasi.

Tujuan penubuhan Pusat MembuatKeputusan ini adalah selaras denganarahan Perdana Menteri Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi supaya kes-keskecil dan remeh dapat diluluskan sertamerta tanpa perlu merujuk kepada pihakyang lebih atas di setiap pejabat bagimempercepatkan proses prosedur danmenyumbang kepada mengurangkankerenah birokrasi.

Berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan,Ibu Pejabat RISDA baru-baru ini,Y.B.Senator Dato’ Abdul Raman memetikkata-kata Perdana Menteri, sebagaiberkata, “Tindakan ini membuktikanbahawa apa yang beliau sebut selama initentang mempertingkatkan mutuperkhidmatan awam telah muladiterjemahkan dalam bentuk proses baru“.

Menurutnya, apabila berlaku perubahan sistem kemungkinan akan timbul masalah lain tetapi ia harus diselesaikan tanpamenambah kerenah birokrasi, yang menjadi tujuan perubahan ini. Pun begitu, cabaran besarnya adalah bagaimana hendakmencari jalan baru bagi memudahkan prosedur dan seterusnya meningkatkan daya kemampuan untuk berubah. Usahamencari idea adalah suatu cabaran tersendiri melalui apa yang pernah Perdana Menteri sendiri mengajak supaya berfikir di luarkotak, ujarnya.

Y.B. Senator, Dato’ Abdul Raman juga menyarankan agar pegawai dan kakitangan RISDA mengamalkan kerja berpasukandemi membantu masyarakat luar bandar khususnya pekebun kecil dan hapuskan sikap berpuak-puak dan perasaan dengkisesama sendiri. Kita perlu mengambil iktibar dengan peristiwa yang berlaku seperti Tsunami sebagai satu pengajaran.

Dalam hal ini, orang ramai terutama pekebun kecil yangmerupakan pelanggan kepada pentadbiran juga harus turutmenyumbangkan fikiran dan aktif sebagai pihak yangmenjadi pendorong kepada perubahan dalamperkhidmatan RISDA. Ini kerana akhirnya, yangmemperoleh manfaat dari perkhidmatan awam yang cekapadalah pekebun kecil sendiri.

Tanpa usaha untuk berubah, segala prosedur birokrasi yangwujud kerana sebab-sebab tertentu pada masa lalu akanberkekalan walaupun ia tidak releven lagi, malahmenyusahkan pekebun kecil kerana kerenahnya.

PROSES MELERAI KERENAHBIROKRASI

Oleh: Naz

Rencana

PROSES MELERAI KERENAHBIROKRASI

Page 4: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

4

Wawancara Eksklusif

RISDRISDRISDRISDRISDA Mengharungi SatuA Mengharungi SatuA Mengharungi SatuA Mengharungi SatuA Mengharungi Satu

ErErErErEra Pa Pa Pa Pa Perubahanerubahanerubahanerubahanerubahan

RISDRISDRISDRISDRISDA Mengharungi SatuA Mengharungi SatuA Mengharungi SatuA Mengharungi SatuA Mengharungi Satu

ErErErErEra Pa Pa Pa Pa Perubahanerubahanerubahanerubahanerubahan

Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, kerajaan memberipenekanan yang serius terhadap sektor pertanian.Oleh itu, RISDA sebagai salah sebuah agensi yangterlibat secara langsung dalam pembangunanpekebun kecil, sudah tentu mempunyai agenda danperancangan yang rapi untuk meningkatkanpendapatan mereka.

Bagi mencapai matlamat membasmi kemiskinan dikalangan pekebun-pekebun kecil beberapa program telahdiatur, antaranya ialah program penanaman semula pokokgetah tua yang tidak lagi ekonomik dan pengamalanteknologi yang terkini.

Sehubungan dengan itu, RISDA telah memperuntukkansejumlah besar wang supaya pekebun kecil bolehmenjalankan aktiviti ekonomi tambahan, tanamanselingan dan lain-lain di mana mereka boleh membuatbeberapa perkara dalam satu masa.

Untuk mendapat keterangan lebih lanjut, baru-baru iniPengarang suara RISDA berkesempatan menemuramahKetua Pengarah RISDA, Y.Bhg. Dato’ Haji Abd RahmanHaji Ali dan beberapa persoalan telah dikemukakan.

Secara umum telah diketahui bahawa RISDA akanmengharungi satu era perubahan yang drastik dalampengurusan dan operasinya mulai tahun 2005.Bagaimanakah jangkaan Dato’ reaksi pekebun kecildalam hal ini, yang ada kaitannya dengan AmanatPengurusan RISDA 2005 yang telah Dato’ sampaikanpada 06 Januari yang lalu?.

Ketua Pengarah:

Amanat Pengurusan RISDA yang bertemakan ‘MemperkasaMasyarakat Pekebun Kecil’ menggariskan langkah-langkah penambahbaikan dalam sistem penyampaiandemi kepuasan pelanggan utama iaitu ‘Insan di belakangpokok getah’. Dengan menggunakan Model BusinessStrategik RISDA, (MBSR) InsyaAllah, pekebun kecil akanbertambah sejahtera dan kemiskinan di kalangan pekebunkecil akan dapat dibasmi menjelang tahun 2010.

Usaha penambahbaikan sistem penyampaian meliputi‘reengineering’ proses kerja, memantapkan budaya ‘Makethings happen’ dengan sentiasa bertanya ‘Mengapa kitabuat, apa yang kita buat. Tiadakah cara lain yang bolehdilakukan untuk mengurangkan kos, meningkatkan kualitidan mengurangkan kitaran masa?’. Perubahankepimpinan yang dilakukan akan memperkukuhkansuasana kerja yang kreatif, harmoni dan bersemangattinggi.

Perubahan yang dilakukan oleh RISDA setakat ini telahdapat diterima baik oleh pekebun kecil. Dengan keyakinanyang ditunjukkan, usaha RISDA untuk menjadikan anggotaRISDA dan pekebun kecil ‘Towering Personalities’ danbekerja dalam suasana kekeluargaan demi kesejahteraan‘Insan di belakang pokok getah’ akan bertambah mudah.

TEMUBUAL BERSAMA KETUA PENGARAH RISDA

Oleh: Hajah Robiyah Ismail

4

Page 5: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

5

Wawancara Eksklusif

Saya tertarik dengan ungkapan kata-kata Dato’ iaitu‘Insan di belakang pokok getah’. Bolehkah Dato’huraikan?

Ketua Pengarah:

Insan di belakang pokok getah adalah kumpulan sasariaitu pekebun kecil yang saban hari bergantung kepadapokok getah. Kini RISDA bukan sahaja membangunkankebun mereka tetapi lebih menumpukan kepadapembangunan pekebun kecil itu sendiri.

RISDA sekarang lebih menjurus kepada pembangunankeluarga pekebun kecil dari aspek pendidikan, ekonomi,kemahiran, pengetahuan dan keusahawanan. Fokus kitaialah pembangunan manusia itu sendiri dan kita jugamenitik beratkan dari aspek kerohanian.

Salah satu program utama RISDA dalam memperkasakanpekebun kecil supaya pembangunan secara holistik dapatdilaksanakan melalui kaedah Gerakan Daya Wawasanatau GDW. Bolehkah Dato’ ulas sedikit mengenai GDWdan usaha RISDA dalam menjayakannya?

Ketua Pengarah

Gerakan Daya Wawasan (GDW) adalah merupakanAgenda Nasional yang dilancarkan oleh kerajaan pada26 Julai 2003. Majlis Pelancarannya telah disempurnakanoleh YAB Perdana Menteri.

GDW memberi penekanan kepada daya potensi manusiakerana ia merupakan satu dorongan dalam diri manusiaitu yang boleh digemblengkan untuk melahirkan satumasyarakat yang berdaya maju.

Dalam usaha membentuk masyarakat pekebun kecil yangprogresif dan sejahtera, konsep pengupayaan(Empowerment) akan dijadikan teras. Pendekatan‘Participatory’ dan keseimbangan pendekatan bawah keatas dan atas ke bawah yang melibatkan kumpulan sasardalam perancangan dan keputusan akan dilaksanakandalam pembangunan pekebun kecil pada tahun 2005.

Pernyataan Objektif Dalaman RISDA iaitu pekebun kecilmemperoleh pendapatan RM1,200 sebulan sekeluargamenjelang akhir tahun ini dan RM2,000 sebulansekeluarga menjelang tahun 2010. Bagaimana Dato’melihat teraju MBSR dapat membantu mencapai objektifini? Harap Dato’ dapat beri ulasan.

Ketua Pengarah:

Kini memang ada pekebun kecil yang mencapaipendapatan lebih daripada RM1,200 sebulan sekeluargaterutamanya apabila harga getah melepasi RM4.00sekilogram. Kita jangkakan akan lebih ramai mencapaiangka tersebut menjelang akhir tahun 2005.

Ini dapat dibuktikan dengan bancian rawak yang dibuatpada akhir tahun 2004 yang menunjukkan terdapatkumpulan pekebun kecil yang berjaya dalam bidangindustri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan.

Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini danpelan MBSR yang disediakan adalah tidak sukar bagipekebun kecil untuk memperoleh pendapatan RM2,000sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010. Apa yangpenting, pemantauan yang kerap disamping penerapanelemen memperkasakan pekebun kecil dipertingkatkan,Insya-Allah apa yang dirancangkan dapat dicapai.

Semoga dengan apa yang telah disampaikan olehKetua Pengarah, Y.Bhg. Dato’Abd. Rahman Hj. Aliakan dapat memberi manfaat kepada kita terutamapekebun kecil. Harapan kita agar objektif RISDA iaitupekebun kecil memperoleh pendapatan RM1,200sebulan sekeluarga menjelang akhir tahun ini danRM2,000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010akan menjadi kenyataan.

5

Page 6: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

6

Peristiwa

AAAAAmanat Pengurusan yang dibentangkan oleh KetuaPengarah, Y.Bhg Dato’ Haji Abd Rahman Hj. Ali pada6 Januari 2005 yang lalu merupakan strategi gerakkerja bagi melaksanakan program-programpembangunan pekebun kecil dalam tahun 2005.

Amanat yang bertemakan KE ARAH MEMPERKASAKANMASYARAKAT PEKEBUN KECIL telah disambut baik oleh semualapisan pegawai dan kakitangan RISDA.

Bagi menjayakan matlamat dan objektif yang terkandung didalam amanat tersebut, dan untuk mendapatkan maklum balasdaripada semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaanprogram, pengurusan RISDA telah memutuskan supaya BengkelAmanat Pengurusan 2005 diadakan mengikut zon iaitu ZonSelatan (Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), ZonUtara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) dan Zon Timur(Kelantan, Terengganu dan Pahang).

Dalam bengkel di setiap zon, tiga kertas kerja utama telahdibentangkan. Kertas kerja tersebut adalah Amanat PengurusanRISDA 2005-Fokus Kepada Program Pembangunan PekebunKecil, Pengukuhan Organisasi RISDA Ke arah MemperkasakanPekebun Kecil dan kertas kerja yang ketiga ialah Pembinaandan Peningkatan Imej Organisasi RISDA.

Bengkel Peringkat Zon Selatan telah diadakan pada 1 hingga3 Febuari 2005 bertempat di Hotel Katerina Batu Pahat, Johor.Bagi Zon Utara diadakan di Cinta Sayang Golf and Country

Resort, Sungai Petani, Kedah pada 1 hingga 3Mac 2005.Bengkel Peringkat Zon Timur telah diadakan pada 21 hingga23 Mac 2005 bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu,Kelantan.

Setiap bengkel telah disertai seramai 150 orang yang terdiridaripada pegawai dan kakitangan yang terlibat terus denganpelaksanaan program pembangunan pekebun kecil.

Turut dijemput menjayakan bengkel adalah seramai 25 orangpemimpin pekebun kecil yang mewakili masyarakat pekebunkecil mengikut zon yang ditetapkan.

Perbincangan bengkel telah ditumpukan bagi menghasilkanidea-idea yang bernas lagi drastik ke arah merealisasikan halatuju RISDA berteraskan kepada konsep pengupayaan,pendidikan sepanjang hayat dan penglibatan secaramenyeluruh serta keseimbangan pendekatan bawah ke atasdan atas ke bawah.

Setiap zon menghasilkan bilangan rumusan yang hampir sama,Zon Utara menghasilkan 88 rumusan, Zon Timur 85 rumusandan Zon Selatan menghasilkan 84 rumusan. Sejumlah 257rumusan telah dihasilkan oleh ketiga-tiga bengkel.

Secara keseluruhannya bengkel yang diadakan mendapatsambutan dan penglibatan aktif para peserta dengankesungguhan dan kesediaan mereka berbincang danmerumuskan sesuatu pendapat demi memastikan masyarakatpekebun kecil berada di atas landasan.

BENGKEL AMANATPENGURUSAN 2005BENGKEL AMANAT

PENGURUSAN 2005Oleh: A.M. ALBAITI

Page 7: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

7

SSSSSeramai 180 orang terdiri daripada anggota lembagadan pengurus koperasi daripada 60 buah KoperasiPekebun Kecil (KPK) telah mengikuti Bengkel PindaanUndang-undang Kecil Koperasi yang diadakan di DeRhu Beach Resort , Kuantan baru-baru ini.

Bengkel selama dua hari itu telah dirasmikan oleh TimbalanKetua Pengarah (Operasi) RISDA, Tuan Haji Zulkifli Mohd Nazim.Dalam ucapannya beliau menyarankan penyeragamanpelaksanaan pindaan undang-undang kecil dan memintasupaya semua KPK melaksanakan pindaan tersebut dalamtahun 2005.

Tujuan utama pindaan undang-undang kecil adalah bagimengatasi masalah anggota koperasi yang kebanyakannyaadalah pekebun kecil yang berusia lanjut dan kegiatan yangdijalankan oleh KPK sangat terhad kepada pemasaran danpembangunan tanah sahaja.

Oleh itu, RISDA merasa skop keanggotaan koperasi pekebunkecil perlu diperluaskan kepada golongan muda sebagaipelapis. Pindaan ini juga mencadangkan agar koperasimembuka keanggotaannya kepada semua pekebun kecil,kakitangan dan pesara RISDA.

Selain daripada itu koperasi juga dicadangkan meluaskanaktiviti kepada fungsi kepenggunaan, skim simpanan danpinjaman dan Pajak Gadai Islam serta menceburi bidangkomunikasi dan teknologi maklumat.

Tiga kertas kerja telah dibentangkan dalam bengkel tersebut.Kertas kerja pertama iaitu ‘Hala tuju Koperasi Pekebun Kecil2005’ telah dibentangkan oleh Tuan Haji Hanafi Idris, KetuaUnit Pembangunan Institusi, Bahagian Pengembangan danKesejahteraan Rakyat.

Kertas kerja kedua mengenai ‘Projek Smart Partnership InsuranKPK/Narsco Management Travel Services (NMTS) (Insuran)/AM (Insuran) yang disampaikan oleh wakil Am Insuran.

Kertas kerja utama bertajuk “Pindaan Undang-undang KecilKPK” telah dibentangkan oleh Tuan Haji Abdullah Mahmud,Pengarah Pengawalan Jabatan Pembangunan KoperasiMalaysia. Semua peserta bengkel melibatkan diri secara aktifdalam membincangkan tajuk-tajuk dan berpendapat bahawacadangan pindaan ini membawa kebaikan untuk masa depankoperasi.

Bengkel ini telah berjaya membangkitkan kesedarandi kalangan anggota lembaga koperasi dalam menghadapicabaran masa depan koperasi khasnya koperasi pekebun kecil.

Peristiwa

Bengkel Pindaan Undang-Undang

Kecil Koperasi Pekebun KecilOleh: Bahaman Baharum

Bergambar kenang-kenangan bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) RISDA

Berbincang sementara menanti majlis perasmian bermula

Page 8: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

8

Teknologi

Industri sawit Malaysia memainkan peranan penting dalampertumbuhan sektor pertanian Negara dari segi KeluaranDalam Negara Kasar (KDNK), tukaran asing dan gunatenaga.

Pada tahun 2003, sektor pertanian termasuk ternakan, perhutanandan perikanan dianggarkan menyumbang RM 18.9 juta atau 8.2%dalam KNK (pada harga tetap 1987) dan sawit merupakanpenyumbang terbesar dalam sektor tersebut iaitu sebanyak 34.8 % .

Bahan tanaman baru sawit PORIM Siri satu (PS 1) telahdiperkenalkankan kepada RISDA sejak beberapa tahun kebelakanganyang mana MPOB telah membuat pengumuman lebih 10 tahunyang lalu. Bahan Tanaman PS 1 adalah berasaskan induk dura MPOByang dipilih berasaskan hasil purata buah tandan segar (FFB) sekitar30 hingga 33 metrik tan sehektar setahun dengan bilangan tandan

yang banyak sekitar 10 hingga18 tandan sepokok setahun dengan kadar ketinggian pokok yang perlahan iaitu 15 hingga 19sentimeter setahun. Ciri utama PS 1 ialah pokok yang renek, bilangan tandan dan FSB yang tinggi.

Hasil daripada kajian yang lebih mendalam, MPOB telah memperkenalkan baka sawit PORIM Siri 1.1 (PS 1:1) dengan keadaanfizikal pokok yang lebih katek (rendah) berbanding PS 1. Ciri ini memudahkan proses penuaian hasil buah sawit matang apabilapokok menjangkau umur melebihi 10 tahun.

Selain daripada itu, pokok PS 1.1 mempunyai bilangan buahyang banyak dengan saiz yang lebih ‘compact ‘. Ia jugamempunyai kandungan minyak berbanding tandan yang tinggi(oil bunch ratios). Ciri-ciri ini memudahkan proses penuaian danpengutipan hasil ke kilang.

Bahan tanaman yang bermutu tinggi dapat menjamin hasil yang lumayan pada peringkat ladang. Pengeluaran bahan tanamansawit ini diolah dari program biak baka dengan pemilihan yang lama dan berterusan. Setiap generasi pemilihan baka sawitmemakan masa 10 tahun dan untuk mendapatkan bahan tanaman yang telah diuji keupayaannya memerlukan keseluruhannya20 tahun.

Pelaburan awal RM 1 untuk satu biji benih adalah rendah berbanding usaha penyelidikan dan hasil yang lumayan diperingkatladang. Pengeluaran bahan tanaman elit dari baka baru ini dapat mengurangkan kos pengeluaran disamping meningkatkanpenghasilan di peringkat ladang. Bahan tanaman sawit ini boleh didapati daripada agensi-agensi yang diperakui kualititermasuklah daripada Golden Hope Plantations Bhd., MPOB, IOI , RISDA (RSSB) dan lain-lainnya.

Bahan Tanaman PS 1& PS 1:1 (PORIM Siri)

Bahan Tanaman PS 1& PS 1:1 (PORIM Siri)

Rujukan: Buku Perusahaan Sawit di Malaysia

Deli Dura x Pesifira MPOB

CIRI-CIRI CIRI-CIRI

PS 1.1

** Tandan yangbesar dan berat

** Pokok yangrenek (katek)

** Bilangan tandanyang banyak

Page 9: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

9

Teknologi

PPPPPegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica (L) merupakan sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di kawasanAsia Tenggara. Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti pegaga cina, pegaga daun lebar, pegagakelantan, pegaga renek, pegaga salad dan pegaga gajah.

IIIIINTEGRASI NTEGRASI NTEGRASI NTEGRASI NTEGRASI TTTTTANAMAN ANAMAN ANAMAN ANAMAN ANAMAN GGGGGETETETETETAHAHAHAHAH

DDDDDENGENGENGENGENGAN AN AN AN AN PPPPPEGEGEGEGEGAAAAAGGGGGAAAAA

IIIIINTEGRASI NTEGRASI NTEGRASI NTEGRASI NTEGRASI TTTTTANAMAN ANAMAN ANAMAN ANAMAN ANAMAN GGGGGETETETETETAHAHAHAHAH

DDDDDENGENGENGENGENGAN AN AN AN AN PPPPPEGEGEGEGEGAAAAAGGGGGAAAAA

9

Pegaga tumbuh menjalar, daunnya panjang, berbentuk ginjaldan bulat dihujung, tekstur daun licin dan tangkai daun panjang.Stolon berwarna hijau kemerahan melilit antara satu sama laindan akarnya terdiri daripada rizom yang menjalar dan lurus kebawah. Selain untuk tujuan perubatan, pegaga juga bolehdibuat ulam, dimasak lemak dan dibuat kerabu. Pegagamempunyai pelbagai kegunaan.

Menyedari hakikat ini seorang pekebun kecil dari KampungKok Klang, Mukim Padang Siding, Perlis, Encik Din bin Samantelah berminat untuk menanam pegaga secara kecilan danmenjadikannya sebagai salah satu punca pendapatan. UsahaPak Din telah mendapat perhatian daripada Kilang HerbaPenawar Al-Wahida (HPA). Pihak HPA telah menasihatkan PakDin supaya mengusahakan tanaman pegaga secara serius.Dengan saranan itu, Pak Din berusaha menanam pengagadi kebun getahnya sebagai tanaman selingan. RISDA NegeriPerlis telah meluluskan bantuan sebanyak RM20,000 di bawahperuntukan projek integrasi tanam semula getah. Bantuantersebut digunakan untuk membeli pam air, peralatanpengairan, pagar kawat duri, baja tahi ayam, pembinaan kolamtakungan air dan penyediaan tanah.

Kerja penanaman pengaga dimulakan pada Julai 2004 dengankeluasan 0.5304 hektar. Pokok pegaga boleh dituai selepastiga bulan ditanam. Penghasilan pertama, Pak Din berjayamemperoleh sebanyak 3,295 kilogram dengan pendapatanRM8896.50 ( RM2.70 sekilogram). Manakala penanamankeduanya mulai Oktober beliau memperoleh sebanyak820 kilogram dengan nilai RM2285.

Pak Din menjual pegaganya kepada kilang HPA yangmerupakan pembeli utama di samping menjual benih pegagasecara runcit kepada pekebun perseorangan negeri Perlis danjuga kepada MARDI. Penjagaan dan pembajaan pegaga

dijalankan serentak dengan penjagan dan pembajaan pokokgetah. Pokok getah Pak Din baru berumur 7 bulan sudah

mencapai lilitan diantara 6 hingga 7 sentimeter dandijangkakan dapat mencapai matlamat memendekkan

keremajaan pokok getah kepada 4 1/2 tahun.

Pak Din mengusahakankebunnya dengan bantuan ahlikeluarga dan tidak melibatkan

buruh upahan. Dengankomitmen yang tinggi tanpamengenal penat lelah pokokyang tumbuh meliar dapatmemberi pendapatantambahan kepada Pak Dinsekeluarga.

Oleh: Badrul Hisham Yussoff

Page 10: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

10

DDDDD

Rencana

KURSUS INSITU : ‘MEMPERKASA KAKITANGAN

MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM PEKEBUN

KECIL DAN RISDA’

alam usaha RISDA memodenkan sektor pekebun kecilmasa kini, khidmat pengembangan sangat perluditeruskan dari semasa ke semasa. Ini termasuklahmelaksanakan program Kursus Insitu. Kursus inimelibatkan kakitangan RISDA, pekebun kecil setempatdan lain-lain agensi yang berkaitan. Tapak atau lokasilatihan amali diberi keutamaan kepada kebun di bawahprogram pemantauan 3:3:1:3 di setiap kawasan dandijadikan sebagai kebun angkat.

Program Insitu ini perlu disusun dengan rapi supaya setiapkakitangan dan pekebun kecil yang terlibat boleh mengambilbahagian dalam tunjuk ajar yang dijalankan. Setiap pesertaakan diberi peluang yang secukupnya bagi membolehkanmereka dapat memberi atau menerima tunjuk ajar yang terbaik.Peserta kursus dapat berbincang dan mengemukakanpandangan mengenai masalah-masalah yang dihadapi bagimencari kaedah terbaik untuk mengatasinya.

Program pemantauan 3:3:1:3 ialah program yangmengarahkan setiap Pembantu Pertanian RISDA yang menjagakawasan memantau 3 kebun getah muda, 3 kebun getahmatang, 1 kebun integrasi dan 3 kebun sawit selain daripadamenjalankan tugas harian yang lain. Bilangan kebun yangdipantau akan terus meningkat pada tahun berikutnya.

Oleh: Md Yunos Hassan

KURSUS INSITU : ‘MEMPERKASA KAKITANGAN

MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM PEKEBUN

KECIL DAN RISDA’

Di akhir kursus setiap peserta akan berasa seronok dan tidakberasa tertekan. Kakitangan akan menjadi lebih bersedia danberkemahiran, manakala bagi pekebun kecil, mereka dapatmenerima pakai segala teknologi yang disampaikan denganlebih yakin dan mengamalkannya secara berterusan. Merekaakan merasa RISDA sentiasa bersama setiap masa.

Penerangan dan perbincangan dijalankan di lapangan (di kebun yang sebenar) bersama-sama pekebun kecil (tuan tanah).

Ukur lilit - Kakitangan perlu melakukan sendiri pokok yang perlu dipantau.( ukuran diambil setiap bulan)

Page 11: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

11

Inovasi

RISDA Stesen Pendang melalui Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) Pelangai telah berjaya merekaciptasejenis alat dinamakan SB 1 ( Sapu Bersih 1 ) bagi mempercepatkan kerja mencuci daun getah.Cetusan ideaoleh kumpulan ini timbul setelah melihat sendiri kerja mencuci daun getah oleh pengusaha projek iaitu PuanZainab Salleh dibengkelnya di Kampung Asam Jawa, Pendang, Kedah.

Rungutan Pn Zainab mengenai masalah kerja mencuci daun getahuntuk mendapatkan daun getah berproses yang lambat,membosankan serta terpaksa menggunakan kuantiti air yangbanyak telah menarik minat kumpulan ini membantu beliaumenyelesaikan masalah yang dihadapi. Kerja mencuci daun getahyang dilakukan oleh Pn.Zainab sebelum ini hanya secara sambilaniaitu setelah balik daripada menoreh atau pada sebelah petang.Beliau memperuntukkan masa dua jam sehari dengan purata 20hari sebulan bagi mencuci sebanyak enam kelubong daun getahyang telah direndam.

Kerja membersihkan daun getah hanya boleh dilakukan setelahdaun getah direndam selama sebulan. Satu kelubong daun yangdirendam boleh menghasilkan satu kilogram daun berproses.Penggunaan berus sabut untuk kerja mencuci daun getah hanya

boleh menghasilkan purata satu kilogram daun berproses sebulan dan harga jualan daun berproses ialah RM300 sekilogram.Pengusaha telah memulakan projek ini pada tahun 2001 bagi memenuhi permintaan daun getah berproses di samping menorehgetah dengan pendapatan lebih kurang RM300. Ini bermakna beliau memperoleh pendapatan RM600 sebulan.

Inovasi Tingkatkan Pendapatan

Pekebun Kecil

Pada penghujung tahun 2003 RISDA Negeri Kedah telah meluluskan peruntukan di bawah program Aktiviti Ekonomi Tambahan(AET) sebanyak RM10,000 untuk mendirikan bengkel tempat memproses daun getah bersebelahan rumah beliau. Bagaimanapunkerja-kerja mencuci daun getah masih dibuat secara manualdengan menggunakan berus sabut dan pengeluaran daun getahberproses masih di tahap lama.

Hasil rekcipta alat mencuci daun getah (SB 1- Sapu Bersih 1)daripada KMK Pelangai, pejabat Stesen Pendang, telah dapatmembantu meningkatkan pengeluaran daun getah berprosesdaripada satu kilogram kepada empat kilogram sebulan.Penggunaan rekacipta ini juga telah dapat mengatasi masalahpenggunaan air berlebihan dan kerja mencuci daun getah tidakmembosankan.

Alat SB 1 selain dapat mempercepatkan kerja mencuci daungetah membolehkan air yang telah digunakan untuk mencucidaun tersebut digunakan semula untuk merendam daun getahsegar. Penggunaan air ini dapat mempercepatkan lagi prosespereputan daun segar daripada satu bulan kepada tiga minggukerana kandungan kemasaman airnya yang tinggi.

Peningkatan pengeluaran daun getah berproses daripada satu kilogram kepada empat kilogram telah menyumbang kepadapenambahan pendapatan Pn. Zainab daripada RM300 kepada RM1,200 sebulan. Oleh kerana harga getah yang baik kinibeliau memperoleh pendapatan daripada menoreh dan daun getah berproses sebanyak antara RM1,650 hingga RM1,700sebulan, yang melepasi tahap pendapatan yang disarankan oleh RISDA. Puan Zainab Salleh melahirkan penghargaan kepadasemua ahli KMK Pelangai kerana berjaya merekacipta alat tersebut. Beliau berharap penggunaan Alat SB 1 ini dapat diperkenalkankepada pengusaha-pengusaha projek memproses daun getah yang lain di seluruh Malaysia.

Inovasi Tingkatkan Pendapatan

Pekebun Kecil Oleh: Ayob Ali

Page 12: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

12

Kursus

SSSSSeramai 30 peserta terdiri daripada pengusaha danpenyelaras projek bunga daun getah telah mengikutikursus Seni Kreatif Daun Getah bertempat di HotelNaza, Melaka pada 22 Febuari yang lalu.

Kursus selama tiga hari bertujuan untuk melatih pengusaha-pengusaha produk menceburi bidang kraf kreatif serta memberipeluang mereka meneroka seni kraf yang terkini dalam usahamenambah nilai produk daun getah.

Seramai empat jurulatih dan tenaga pengajar dari SyarikatDór Sdn.Bhd. telah mengendalikan kursus itu. Peserta kursustidak lagi diajar membuat bunga kerana mereka semua dipilihdi kalangan peserta yang telah mahir dalam pembuatan bunga.Peserta telah didedahkan kepada pengalaman baru iaitu hiasandan sulaman daun getah.

Setiap peserta dilatih dengan terperinci mengenai teknikpembuatan produk kraf melalui dua sesi iaitu teori dan pratikal.Sesi teori merangkumi pendedahan teknik pembuatan jenisperalatan dan mesin serta kitaran proses pembuatan, manakalasesi pratikal, setiap peserta disediakan kit latihan dan dilatihmenyiapkan tugasan (pembuatan kraf) dibawah pengawasandan tunjuk ajar jurulatih dan fasilitator.

Peserta juga didedahkan dengan teori dan teknik menjadipengusaha cemerlang, pemasaran berkesan, jaringanpemasaran, kaedah persembahan produk dan kajian tabiatpelanggan.

Kursus seumpama ini diharapkan akan dapat memberi latihandari segi kemahiran dan ilmiah untuk membuat satu lonjakanparadigma bagi melahirkan usahawan yang berkemahiran,dinamik, berdikari serta berpengetahuan. Kursus ini juga bolehmembentuk usahawan wanita yang mempunyai daya saingyang tinggi dengan adanya idea-idea dan produk baru disamping mampu meneroka keupayaan daun getah sebagaibahan asas dalam penghasilan produk kraf kreatif.

Kursus Seni Kraf Kreatif Daun GetahKursus Seni Kraf Kreatif Daun GetahOleh: Asmah Elias

Peserta kursus juga diberi pendedahan dari segi memperluaskanpenggunaan daun getah melalui teknik dan penggunaanpelbagai bahan asas lain yang unik dalam mempelbagaikanserta meningkatkan kualiti penghasilan produk kreatifberasaskan daun getah.

Kualiti hidup wanita pekebun kecil boleh ditingkatkan melaluipenglibatan dalam pembuatan dan pemasaran produk kraf.Produk kraf daun getah boleh dijadikan cenderamata yangberidentitikan Malaysia, yang merupakan antara negarapengeluar getah asli terbesar di dunia.

Diakhir kursus, semua hasil kerja peserta telah diadili.Pengadilan dibuat berdasarkan kepada kriteria kekemasan,kreativiti, ketahanan, persembahan dan pemasaran.Tempat pertama dimenangi oleh Pn Noor Hayati Osman dariJohor, kedua Pn.Julita Yasin dari Melaka dan ketigaPn.Norhayati Mehat dari Pulau Pinang.

Page 13: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

13

Jejak Jaya

BBBBBukan mudah untuk menempa kejayaan. Segalanya bermuladari bawah. Ranjau dan duri terpaksa ditempuhi namunjika cita-cita sudah tersemat dihati apa jua yang datangpasti digagahi. Itulah semangat dan resepi kejayaanMisepah hari ini.

Minat yang mendalam di samping tidak ramai yang menceburibidang jahitan dan penyediaan kelengkapan pengantinkhususnya di Meru, Klang, mendorong Misepah Sukonomembuka perniagaan ini di bawah syarikat “HAIMEENTERPRISE “ .

Bengkel Misepah terletak di Jalan Limau Meru, Klang lengkapdengan peralatan menjahit comforter, sarung bantal, kusyen,langsir, cadar dan sebagainya. Beliau kini dibantu tiga orangpekerja mahir yang bekerja sepenuh masa.

Misepah merupakan ahli PWPK Jalan Meru, Klang seringmenghadiri kursus yang dianjurkan oleh RISDA demi untukmemantap dan memotivasikan dirinya seperti kursus membuatmakanan ringan, kraftangan dan jahitan. Kini tumpuan beliauhanya ke arah membuat hiasan dalaman dan menyediakankelengkapan perkahwinan. Sentuhan tangan beliau mendapatsambutan memberangsangkan dan permintaan yang sentiasabertambah.

Justeru itu, Misepah tanpa ragu menyewa lot kedai di PekanRantau Panjang, Jalan Kapar dengan sewaan RM1500 sebulanuntuk dijadikan ruang pameran koleksi rekaan bagimembolehkan orang ramai melihat di sampingmempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh “HAIMEENTERPRISE “, yang kini mempunyai aset lebih RM50,000berbanding modal awal RM25,000 sewaktu ditubuhkan limatahun lepas.

Daripada andaman hinggalah menyiapkan pelamin, gubahanuntuk hantaran, set bilik tidur pengantin, bunga pahar, dankhemah untuk majlis perkahwinan semuanya ada.

Beliau juga menerima tempahan untuk menyiapkan langsir dankelengkapan set bilik tidur di samping dekorasi dalamanmengikut trend terkini dan mengikut citarasa pelanggan. Untukmengembangkan perniagaannya, PuanMisepah turut dibantu suaminya Mohd.Khairi Abdullah, yang menceburi dalambidang seni hiasan taman. Mohd. Khairimula mengorak langkah denganmenyediakan pasu-pasu bunga yang unikdan juga tanaman pokok hiasanhalaman rumah atau taman“Ala Bali “.

Hasil usaha yang tidakpernah kenal penat lelahmereka memperolehpendapatan RM3,000sebulan dan diharapakan terus mencapaikejayaan sebagaimemenuhi wawasanwarga desa yangmaju dan berjaya.Untuk tempahanatau khidmat :Tel : 03-33922279 /019-2816179(Puan MisepahSukono)

PWPK LPWPK LPWPK LPWPK LPWPK Lahirkahirkahirkahirkahirkan “HAIMEEan “HAIMEEan “HAIMEEan “HAIMEEan “HAIMEE

Enterprise”Enterprise”Enterprise”Enterprise”Enterprise”

Oleh : Salamah Kosnin

13

Page 14: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

14

Peristiwa Bergambar

14

Selamat datang Dato’ Sri... Tn. Hj.ZulkifliMohd Nazim menyambut ketibaan Y.B.Dato’ Sri Abdul Aziz Shamsuddinmerasmikan Ekspo Produk PekebunKecil 2005 di Parit Buntar, Perak.

Berbakat.... Y.B. Dato’ SriAbdul Aziz mencantingbatik ketika melawatpameran Ekspo ProdukPekebun Kecil 2005.

Ketibaan Y.B. Dato’ Dr. Abdul LatifAhmad, Timbalan Menteri Kesihatandisambut mahasiswa UIAM sempena

program Bakti Siswa 2005 RISDA-UIAM di Mersing, Johor.

RISDA Boleh... Ketuabendera daripada KeSukan MAKSPEN ke-

Johan... RISDA menjadi johanPesta Sukan MAKSPEN Kalike-VIII yang diadakan di KotaBharu, Kelantan. KelihatanKetua Pengarah, Y.Bhg. Dato’Abd. Rahman Ali menerimapiala pusingan daripadaKetua Setiausaha KKLWY.Bhg. Dato’ Dr. Mohd TapSalleh di akhir kejohanan.

Sebahagian perwakilan daripada Koperasi PekTahunan NARSCO ke-21 yang dirasmikan olehRISDA baru-baru ini.

Page 15: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

15

Peristiwa Bergambar

15

Sebahagian wanita pekebun kecil menghadiri majlis perasmian EkspoProduk Pekebun Kecil 2005 di Padang Bandaran Parit Buntar, Perak.

a Kontinjen RISDA, Tn. Hj. Mahdun Majid menerimaetua Pengarah, Y.Bhg. Dato’ Abd. Rahman Ali ketika Pesta-VIII di Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Pengarah RISDA bertukar dokumen perjanjian dengan Pengerusi NADICORP Y.Bhg. Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh sempena usahasama(MOU) antara RISDA dengan NADI CORP.

Ahli Rombongan Puspanita RISDA Ibu Pejabat ketika melawatkilang belacan Kampung Nelayan, Kuala Kurau, Perak.

kebun Kecil Daerah/Negeri menghadiri Mesyuarat Agong Perwakilanh Timbalan Menteri KKLW Dato’ Dr. Awang Adek Hussin di Ibu Pejabat

Penaung Puspanita RISDA, Y.Bhg Datin Saemah Binti Hussaindisambut oleh penduduk Kampung Nelayan, Kuala Kurau, Perak.

Page 16: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

16

Jejak Jaya

Itik muscovy tempatan juga dikenali sebagai itik nila atau itik serati. Bulunya berwarna hitam dan putih, dipeliharauntuk daging dan telur. Untuk tujuan pengeluaran daging, itik serati berwarna putih adalah lebih sesuai.

TERNAKAN ITIK PEDAGING (MUSCOVY)Oleh Mat Daut Aziz

16

Pn. Rohani bersama kereta waja yang dibeli hasildaripada keuntungan projek itik maskovy

Puan Rohani bt Hassan telah memulakan projek ternakan itikserati sejak tiga tahun yang lepas. Pada awal 2003 telahberlaku banjir besar dan ternakan beliau banyak yang mati.Puan Rohani juga mengalami kerugian sebanyak RM15,000.

Namun bencana tersebut tidak mematahkan semangatPn Rohani. Pada tahun 2004 dengan bantuan Aktiviti EkonomiTambahan daripada pihak RISDA beliau memulakan projekternakan itik buat kali kedua. Projek ini terletak di KampungTanjung Rambai, Kepala Batas, Seberang Prai Utara, PulauPinang.

Puan Rohani menguruskan projek tersebut dengan bantuansuami dan dua orang anak beliau. Reban itik dibina di atastanah seluas 3/4 ekar dengan saiz reban 40 kaki panjang x20 kaki lebar dan kolam disediakan dengan ukuran 20 kakipanjang x 10 kaki lebar.

Bagi memastikan bekalan yang berterusan Puan Rohanimenguruskan ternakan itik kepada tiga peringkat. Peringkatpertama ialah peringkat anak berumur satu hingga duaminggu. Pada tahap ini anak itik memerlukan penjagaansempurna di dalam reban. Pada tahap kedua peringkat umurtiga hingga empat minggu dan peringkat ketiga berumur limahingga tigas belas minggu.

Bagi memperoleh pendapatan optimum itik dipeliharasehingga berumur di antara sebelas hingga tiga belas minggusebelum dijual. Pemeliharaan yang melebihi tempoh tersebutakan meningkatkan kos. Berat itik jantan yang berusia sebelasminggu mencapai 4.5 kilogram seekor manakala berat bagiitik betina ialah 3.5 kilogram seekor.

Puan Rohani memperoleh pendapatan melalui jualan itikpusingan pertama pada Disember 2004 berjumlahRM26,730. Penjualan pusingan kedua melibatkan 700 ekoritik dengan nilai RM17,325. Purata harga itik hidup ialah diantara RM4.50 hingga RM5.00 sekilogram. Jumlahpendapatan daripada ternakan itik setakat awal April ialahRM44,055. Pendapatan tersebut adalah hasil usaha projekternakan itik selama tujuh bulan beroperasi.

Setakat ini, Puan Rohani tidak menghadapi sebarang masalahuntuk memasarkan itik yang dipelihara. Beliau menjual itiknyakepada kilang memproses itik beku di kawasan perindustrianMak Mandin. Penjualan itik adalah secara kontrak. Lebihan

daripada itik tersebut dijual secara runcit di pasar dan kepadapemborong tempatan.

Puan Rohani memperoleh pendapatan anggaran RM400.00sebulan daripada tanaman getah manakala penternakan itikmenyumbang sekitar RM6000 sebulan. Jumlah tersebut jauhmelepasi sasaran pendapatan yang yang ditetapkan olehRISDA.

Puan Rohani mengucapkan berbanyak terima kasih kepadaRISDA dan berazam untuk memperbesarkan projek berkenaandi samping ingin mengubah minda orang Melayu untukmenjadikan itik sebagai salah satu hidangan keluarga.

Page 17: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

17

Jejak Jaya

Puan Alimah dan

“HUB” Makanan Ringan

Pekebun KecilOleh: ZalihaTukiman

Perasaan kurang yakin mengenai pemasaran menyebabkan Pn. Alimahbt. Kadir, 58, melengahkan penglibatan dalam industri makanan ringan.Tambahan pula terdapat banyak persaingan daripada pengusaha laindi sekitar Pekan Benut.

Puan Alimah dan

“HUB” Makanan Ringan

Pekebun Kecil

Pada mulanya Pn. Alimah membuat kerepek pisang, kerepekubi secara kecil-kecilan dan menjual kepada penduduktempatan, pegawai kerajaan dan swasta di kawasan kampungdan bandar Pontian. Pada awal tahun 1990 an pendapatandaripada kerepek sekitar RM 400.00 sebulan dan dilihatsebagai tambahan kepada perbelanjaan dapur.

Sebagai salah satu agensi yang prihatin dengan pembangunanpekebun kecil dan di atas kesungguhan yang ditunjukkan olehPn. Alimah sekeluarga, RISDA telah menghantar anakperempuan beliau mengikuti kursus makanan ringan di MARDI.Semua perbelanjaan kursus yang terlibat ditanggung oleh pihakRISDA.

Pn. Alimah dengan bantuan suami dan anak-anakmembesarkan kawasan dapur rumah mereka bagimenempatkan beberapa peralatan seperti kuali, dapur untukmenggoreng pelbagai kerepek. Sedang perusahaan mulaberkembang, suami beliau yang banyak memberi dorongandan sokongan telah kembali ke Rahmatullah. Beliau tidak patahsemangat kerana beliau mendapat sokongan padu daripadaanak dan menantu.

Menyedari potensi yang ada serta menjadi hasrat RISDAmenggalakkan kumpulan sasar menceburi bidangkeusahawanan dan memperoleh pendapatan melepasi gariskemiskinan, RISDA Daerah Pontian telah meluluskanperuntukan di bawah Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yangberjumlah RM20,000. Peruntukan tersebut digunakan bagipembelian peralatan seperti mesin pemotong pisang, ubi,keladi, mesin pengetos minyak dan peralatan lainnya.

Pn. Alimah tidakm e n g g u n a k a nkemudahan yang diberiuntuk faedah beliausemata-mata sebaliknyadinikmati bersamadengan beberapapengusaha wanita laindi sekitar kampung. Pn.Alimah menjadikanrumahnya sebagai pusat pengeluaran, pengumpulan danpengedaran pelbagai kerepek dan makanan ringan terutamabagi ibu tunggal dan pengusaha kecil-kecilan.

Kini Pn.Alimah memasarkan 15 jenis makanan ringan yangdiusahakan oleh pengusaha lain di samping beliau sendirimenghasilkan kerepek ubi dan kerepek pisang pelbagai perisa.Rumah beliau menjadi sesak menjelang musim perayaan.Pelanggan yang berkunjung terdiri daripada pembeli runcit,pemborong dan pembekal bahan mentah. Rumah Pn. Alimahjuga dijadikan tempat bertukar barang (barter- trade)dikalangan pelanggan yang datang. Setiap minggu pembekalbahan mentah akan datang menjual pisang dan ubi kayubagi kegunaan beliau.

Selain daripada kerepek, Pn. Alimah juga mengeluarkanbeberapa jenis biskut seperti biskut coklat, biskut gajus,badam, kuih bangkit berbagai perisa dan pelbagai jenis kek.Produk keluaran Pn. Alimah telah berjaya menembusi pasarandi Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur,Perak dan Singapura.

Kini, di samping memperoleh pendapatan lumayan lebihkurang RM8,000 sebulan, beliau turut memberi pendapatantetap kepada pengusaha-pengusaha di persekitaran. Merekamemperoleh di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan hasildaripada penghantaran produk ke pusat pengumpulan dirumah Pn.Alimah.Pn.Alimah turut memberikan peluangpekerjaan kepada belia dan beliawanis di kampung beliau.Mereka yang berminat untuk mendapatkan bekalan daripadaPn. Alimah bolehlah menghubungi beliau di Kampung WakJabir, Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian, Johor atau talian07-6900083.

Page 18: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

18

Jejak Jaya

PPPPPHASIL DARIPADA KREATIVITI ROTANHASIL DARIPADA KREATIVITI ROTAN

ada zaman Kesultanan Melayu Melaka, empayarperdagangan telah berjalan selama lebih 100 tahun.Rempah ratus menjadi bahan perdagangan utamapada waktu itu. Namun begitu, komoditi dan lain-lainbahan dagangan tidak boleh dinafikan dan salah satubahan mentah utama ialah rotan.

Bahan mentah itu dijadikan barangan pertukaran antarapenduduk tempatan dengan pedagang-pedagang luar yangsinggah di Melaka seperti dari India, China, Arab danpedagang Eropah. Ini bermakna penggunaan bahan ini (rotan)telah digunakan dengan meluas sejak dahulu lagi.

Kini rotan, salah satu produk yang dihasilkan daripada hutanmerupakan bahan baru dalam industri kraftangan yang telahdikomersialkan selain daripada penggunaan keperluan asasseperti kerusi. Dari segi kraftangan pula ianya boleh diusahakansecara kecil-kecilan serta dapat memberi pendapatantambahan kepada masyarakat luar bandar khususnya pekebunkecil.

Namun ada yang menganggap kraftangan rotan ini tidak lebihdaripada hobi dan seterusnya tidak menjadikannya satu bidangperniagaan. Ada juga yang menganggap perniagaan ini tidakmenjamin masa depan. Bagi mereka yang menceburinya, iadianggap satu cara untuk menyerlahkan kreativiti kepadamereka yang tahu menghargainya.

Bagi Puan Kamsiah Md.Kasim, 48, dari Kampung RantauPanjang, Alor Gajah, kesempatan ini memberi peluangkepadanya menceburi bidang ini secara serius di bawah projekKampung Gerakan Daya Wawasan (GDW). Barangan yangdihasilkan begitu kreatif dan bermutu dan tidak hairanpermintaan daripada perusahaan rotan semangkin meningkat.

Bermula secara kecil-kecilan pada tahun 1996, beliau terusmelangkah ke hadapan dengan mengusahakan secarakomersial. Cita-citanya terlaksana apabila Kampung RantauPanjang dipilih sebagai Kampung Gerakan Daya Wawasan

di bawah penyeliaan RISDA.

Sehubungan dengan itu segala aktivitinya dapat dijalankandengan lebih teratur dan selaku ketua projek beliau kinimempunyai 10 orang ahli dan empat orang daripadanyabekerja sepenuh masa.

Kini beliau boleh berbangga dengan terbinanya sebuah bengkelyang bernilai RM60,000. Hasil daripada bantuan KKLW sertaRISDA telah menjadikan Kampung Rantau Panjang sebagaipusat pengeluaran kraftangan anyaman yang berasaskan rotan.

Antara kraftangan yang dihasilkan di sini ialah bakul bunga,bakul kain, bakul telur, dulang, dulang berkaki, bingkai cermin,bekas pen, tudung saji, hiasan dinding serta pelbagai jenisbakul dan lain-lain perhiasan yang berasaskan rotan. Hargayang ditawarkan mengikut saiz iaitu dari yang terkecil berhargaRM5.00 hingga kepada RM200.00 sebuah.

Menurut Pn.Kamsiah pada masa ini bekalan rotan diperolehdaripada Kraftangan Malaysia dan pemborong manakalabahan lainnya seperti pewarna beliau hasilkan sendiri. Bagimeningkatkan mutu produk, Pn.Kamsiah dan ahli-ahlinyasering mengikuti kursus dan latihan yang berkaitan di Pusatlatihan Kraftangan Malaysia anjuran RISDA serta lain-lainagensi kerajaan serta pihak swasta.

Dari segi pemasaran beliau mendapat kerjasama sepenuhnyadaripada Kraftangan cawangan Melaka selain bantuandaripada Dewan Usahawan Negeri Melaka serta khidmatnasihat daripada Pegawai Penyelaras Kampung Gerakan DayaWawasan (GDW) Rantau Panjang Puan Kalsom Zainal.

Hasil barangan yang siap biasanya dipasarkan kepadapemborong barangan kraf di Melaka, Kuala Lumpur dan Ipoh.

Pn. Kamsiah juga menjual secara langsung melalui pamerananjuran agensi-agensi kerajaan dan swasta. Purata pendapatansebulan beliau melalui kraftangan rotan diantara RM700 keRM1500.00 dan meningkat pada waktu perayaan.

HASIL DARIPADA KREATIVITI ROTANOleh: Azhari Abd Aziz

Page 19: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

19

Jejak Jaya

Projek Cendawan Tiram KelabuProjek Cendawan Tiram KelabuOleh: Nor Haza Shahrudin

TTTTTanaman cendawan tiram kelabu jika diusahakan secarabersungguh-sungguh boleh memberi pulangan yangtinggi kepada pengusahanya. Menyedari peluangtersebut, seorang pekebun kecil yang juga pesaraangkatan tentera memberanikan diri untukmengusahakan projek tersebut secara sepenuh masadi Kampung Jaya Setia, Sg. Siput (U), Perak.

Sebelum memulakan projek secara sepenuh masa, En.Mat IsaIsmail mengusahakan perusahaan tersebut secara sambilanketika beliau masih berkhidmat dalam angkatan tentera di UluKinta. En. Mat Isa dan keluarga memulakan projek cendawantiram kelabu, pada tahun 2001 dengan modal RM5,000.

Bagi memantapkan lagi projek yang diceburi, En.Mat Isa turutmengikuti berbagai kursus termasuklah Teknologi MemprosesCendawan, Amalan Perkilangan Yang Baik, Asas Perakaunandan Motivasi Diri “Inner Power”.

Di atas komitmen tinggi yang ditunjukkan dan permintaan yangmenggalakkan pada tahun 2003, RISDA Daerah KualaKangsar/Kinta telah meluluskan bantuan bernilai RM20,000di bawah peruntukkan Aktiviti Ekonomi Tambahan. Peruntukantersebut digunakan bagi membeli peralatan dan menambahbilangan bangsal pengeluaran.

Pengeluaran hasil cendawan meningkat daripada 120 kgsebulan pada tahun 2002 kepada 200 kg sebulan padapertengahan 2004. Cendawan yang dihasilkan dipasarkan disekitar Kuala Kangsar , Sg. Siput dan Bandaraya Ipoh denganharga RM7.00 sekilogram.

Dengan usaha yang dijalankan itu, En.Mat Isa dan keluargamendapat pendapatan bersih daripada jualan cendawansebanyak RM400.00 sebulan, manakala jualan daripadatepung goreng cendawan pula menyumbang sebanyak RM150sebulan.

Bagi meningkatkan keyakinan pelanggan, dan perusahaannyaterus berkembang En.Mat Isa memastikan cendawandibekalkan kepada pelanggan mengikut jadual yang telah

ditetapkan. Beliau turut membuat penyelidikan bagimeningkatkan kualiti dan mempelbagaikan kegunaan produk.Selain dibuat sayur cendawan juga boleh ditinkan dan sesuaidijadikan bahan campuran dalam bebola ketam, udang dandibuat nugget.

En. Mat Isa memiliki kebun getah seluas lebih dua hektar danpendapatan daripada kebun getah setelah dibahagi duadengan penoreh berjumlah anggaran RM650.00 sebulan. Padakeseluruhannya, En. Mat Isa sekeluarga memperolehpendapatan bersih daripada aktiviti berasaskan pertaniansebanyak RM1,200 sebulan

Projek ekonomi desa adalah salah satu projek yang dapatmenambahkan pendapatan kepada keluarga pekebun keciljika diusahakan secara bersungguh-sungguh. Dengankegigihan yang ditunjukkan oleh En. Mat Isa, kemungkinanuntuk mencapai pendapatan RM2000 sebulan sekeluargamenjelang 2010 boleh menjadi kenyataan.

Page 20: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

20

MMMMMRezeki Perca Kain

inat yang mendalam di dalam bidang kraftangan terutama dalam bidang jahitan membuatkan Puan NoriahJaafar memilih bidang tersebut untuk menambah pendapatan keluarga. Bermula dengan kain-kain perca lebihanlangsir yang ditempah oleh pelanggan, beliau berusaha untuk mempelbagaikan dengan membuat kraftangan.

Puan Noriah adalah ahli Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Kampung Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak.Beliau sentiasa kreatif dalam mempelbagaikan hasil kraftangan dan kerap mengikuti kelas kraftangan yang dianjurkanoleh agensi-agensi kerajaan. Antara penghasilan kraftangan beliau ialah, pelapik periuk, sarung tangan, beg,telekong, kusyen hiasan, sarung bantal dan lain-lain lagi.

Produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan menjadikan hasil kraftangan mereka sentiasa mendapatsambutan yang memberangsangkan terutama dikalangan kaum wanita. Beliau juga kerap menyertai ekspo anjurankerajaan mahupun RISDA dan lain-lain agensi kerajaan. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)turut menghulurkan bantuan berupaempat buah mesin jahit dan bengkeluntuk memudahkan beliau menjalankanaktiviti memotong kain, menjahit danmempamerkan produk yang telah siap.

Puan Noriah sungguh bertuah keranamendapat sokongan daripadasuaminya Encik Amir Hasan yang turutmembantunya menyiapkan tempahanyang diterima.En Amir Hasan adalahahli Koperasi Pekebun Kecil DaerahManjung. Semoga dengan adanyabantuan daripada KKLW akanmendorong pasangan ini untukberusaha lebih gigih seterusnyamencipta nama sebagai usahawan yangberjaya.

Oleh : Hajah Rosnah Long

Rezeki Perca Kain

Jejak Jaya

Page 21: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

21

KKKKK

Jejak Jaya

erajaan negeri sentiasa mengingatkan kepada semuapemimpin masyarakat khususnya ahli politik danpegawai kerajaan supaya sentiasa berganding bahudan bekerja sama seperti ‘aur dengan tebing’terutamanya kepada agensi-agensi pelaksanapembangunan luar bandar.

Semua pemimpin daripada peringkat bawah seperti JKKKsehinggalah kepada peringkat negeri perlu sensitif dan pekakepada pesekitaran. Ini supaya segala permasalahan luarbandar dari segi pembangunan akan dapat diatasi danseterusnya merealisasikan wawasan 2020. Segala pelaksanaandan pengisiannya ke arah itu harus bermula daripada sekarang.Untuk itu, kerajaan negeri telah menyarankan semuaJawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan DewanUndangan Negeri di Melaka perlu mengambil langkah proaktifmengadakan lawatan kerja ke agensi-agensi kerajaan.

Baru-baru ini, Y.B. Tn. Hj. Abd. Haziz Abd Ghani, PengerusiPenyelaras dan Pembangunan DUN Lendu bersama semuaPengerusi JKKK telah mengadakan lawatan kerja ke PejabatRISDA Stesen Masjid Tanah yang bertujuan untuk mendapatkanINFO sebagai pendedahan kepada mereka terutamanyaRISDA yang merupakan salah sebuah agensi pelaksanapembangunan luar bandar.

Menurut Y.B. Tn. Hj. Abd. Haziz, sebagai pemimpin masyarakatmereka (JKKK) perlu diberi maklumat dan pengetahuansumber-sumber yang ada di sesebuah agensi kerajaan

JKKK Diberi “Info” Tentang

RISDA

JKKK Diberi “Info” Tentang

RISDA

terutamanya untuk pembangunan luar bandar keranamasyarakat umum lebih mengenali RISDA sebagai agensimenanam semula getah di negara ini.

Namun selepas lawatan kerja ini, Y.B. Tn. Hj. Abd. Hazizmenyatakan, Risda sebenarnya banyak mempelbagaikanaktivitinya untuk kemajuan masyarakat luar bandarterutamanya pekebun kecil. Selepas mendengar taklimat yangdisampaikan oleh Pengarah RISDA Melaka, Haji AbasMahmud, rombongan ini telah dibawa melawat projek-projekRisda yang terdapat di DUN Lendu antaranya Projek TanamSemula Komersial (TSK) Sawit di Gaung Tinggi dan Projek

Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) iaitu makananringan di Solok Duku.

“Kita berharap hasil daripada lawatan kerja ini,semua pengerusi JKKK perlu meningkatkan usahamembantu projek-projek yang boleh dibangunkandi kampung masing-masing.”

Selain daripada itu, JKKK perlu mewujudkanrangkaian dan berhubung serta bekerjasamadengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitansupaya sentiasa mendapat maklumat yang tepatdan seterusnya membantu kerajaan negerimembasmi kemiskinan di kalangan masyarakatluar bandar” jelasnya lagi.

Oleh: Azahari Abd.Aziz

Page 22: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

22

Peristiwa

MEDAN INFO DESA (MID) SUMBANG

PENDAPATAN KEPADA GDWOleh: Abdul Aziz Majid

PPPPP

MEDAN INFO DESA (MID) SUMBANG

PENDAPATAN KEPADA GDW

22

engerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita,Keluarga & Masyarakat Negeri Sembilan, Y.B. Dato’Norhayati Omar, berkata, “Medan Info Desa (MID) yangdidirikan boleh dijadikan teras perniagaan kepadaKampung Gerakan Daya Wawasan sekiranya dikendalikandengan cekap.

Dato’ Norhayati menyatakan demikian selepas melawat MedanInfo Desa, Kampung Jimah Baru, Negeri Sembilan dalam lawatankerja bagi memantau perjalanan MID. MID Kampung Jimah Barumempunyai kemudahan komputer sebanyak 20 unit yangdilengkapi dengan kemudahan rangkaian (LAN).

Kampung Jimah Baru telah dipilih sebagai Kampung Gerakan DayaWawasan di bawah seliaan RISDA pada 1997 dan pada tahun 2003 Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayahtelah meluluskan peruntukan untuk menubuhkan MID di kampung tersebut.

MID ini telah mencapai objektif dan matlamat penubuhannya sebagai pusat latihan setempat dan sepanjang tahun 2004 ,GDWKampung Jimah Baru berjaya memperoleh pendapatan RM29,737 melalui yuran kursus celik komputer dan pakej kemudahantempat tinggal bagi peserta kursus. Sebanyak 26 kursus literasi komputer telah berjalan sepanjang tahun 2004.

MID ini berjalan sepenuhnya dengan dua orang tenaga pengajar dan menyediakan pembelajaran kepada pemimpin JKKKmeliputi golongan dewasa, belia, lepasan sekolah termasuk pemimpin di kalangan Orang Asli dari Kg. Jimah dan kampung-kampung di luar daerah Port Dickson.

Turut hadir dalam lawatan kerja itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Tn. Haji Zulkifli Mohd Nazim, Setiausaha BahagianTeknologi Maklumat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, En. Ishak Endan, Pengarah Bahagian Pengembangan

dan Kesejahteraan Rakyat, En. Ali Nordin Wahiduddin, Pengarah RISDA Negeri Sembilan, En. Kaab Alias serta pegawaikanan RISDA, Negeri Sembilan.

Page 23: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

23

Peristiwa

PUSPANITA RISDA IBU PEJABAT

PRIHATINProgram lawatan Puspanita RISDA Ibu Pejabat kekampung Gerakan Daya Wawasan (GDW) KualaKurau, Perak telah diadakan pada 18 Mac 2005.Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkanhubungan silaturrahim di antara kakitangan RISDAdan anggota suri dengan masyarakat desa. Disamping melawat projek yang dijalankan olehpenduduk tempatan, ahli rombongan jugaberkesempatan melihat sendiri suasana kehidupanmasyarakat desa dan menikmati keindahankampung yang sungguh mempersonakan.

Rombongan Puspanita RISDA Ibu Pejabat yang diketuai oleh Y.Bhg. Datin Norayini bt Ali telah melawat projek perusahaanbelacan di Kampung Nelayan Kuala Kurau, Perak. Taklimat khas serta demonstrasi membuat belacan telah disampaikan olehpengusaha. Ini adalah merupakan kali pertama ahli-ahli Puspanita melihat cara belacan diproses. Bahan mentah yang digunakanterdiri daripada udang geragau yang segar dan tidak menggunakan sebarang bahan awet. Kerja-kerja memproses belacanadalah dengan menggunakan mesin. Belacan Kuala Kurau memang terkenal dengan keenakannya.

Rombongan ini juga telah meluangkan masa ke Kampung Ban Pechah untuk menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggaldan anak yatim. Sumbangan yang disampaikan kepada ibu tunggal merupakan bekalan makanan harian seperti beras, minyakmasak, sardin, gula, serta wang tunai RM50 setiap seorang. Seramai 20 orang ibu tunggal telah menerima sumbangan tersebut.Adalah diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang mereka hadapi.

Selain daripada ibu tunggal, Rombongan Puspanita RISDA Ibu Pejabat juga turut prihatin terhadap anak-anak yatim. Seramai10 orang anak yatim telah menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM50 setiap seorang. Sumbangantersebut telah disampaikan oleh Y.Bhg. Datin Saemah bt Hussain selaku Penaung Puspanita RISDA dan Y.Bhg. Datin Norayini btAli, Pengerusi Puspanita RISDA.

Majlis pada hari tersebut telah diakhiri dengan Rombongan Puspanita RISDA Ibu Pejabat meraikan ibu tunggal, anak yatim sertapenduduk tempatan. Mereka sama-sama menjamu selera di samping beramah mesra di kawasan berhampiran Kampung BanPechah, Kuala Kurau, Parit Buntar, Perak.

Sebahagian tetamu yang hadir di Majlis Sumbangan Kebajikan Puspanita RISDA Ibu Pejabatdi Kampung Ban Pechah, Kuala Kurau, Perak.

Pengerusi Puspanita RISDA, Y.Bhg. Datin Norayini bt Ali menyampaikan ucapan di Majlis Penyampaian Sumbangan KebajikanPuspanita RISDA Ibu Pejabat kepada ibu tunggal dan anak-anak yatim.

PUSPANITA RISDA IBU PEJABAT

PRIHATIN Oleh: Roslan b. Mohd Noor

Page 24: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

24

Peristiwa

SSSSS

Pelatih PLKN di TSB Changkat

Legong, Gopeng

eramai 39 orang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Perak menyertai program gotong-royongmenanam benih cantuman muda polibeg (BCMP) di TSB Changkat Legong, 20 km dari pekan Gopeng pada 28Februari 2005 yang lalu.

Oleh: Shahruddin Moktar

Pelatih PLKN di TSB Changkat

Legong, Gopeng

Majlis tersebut dirasmikan oleh Datuk Mohd RadziManan, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian danPelancongan Negeri Perak.Dalam ucapanya, beliau meminta semua pekebun kecilmemberi kerjasama kepada semua agensi kerajaankhususnya RISDA dalam menjayakan program tanamsemula melalui konsep Tanam Semula Berkelompok(TSB). Sebelum memulakan gotong royong pelatih PLKNtelah terlebih dahulu diberi tunjuk ajar menanam BCMPdengan cara yang betul. Bagi kebanyakan pelatihpengalaman seperti ini adalah pertama kali dilalui.

Sambutan penduduk kampung terhadap pembangunantanah melalui konsep TSB amat menggalakkan. Ini jelasterbukti apabila pada peringkat awal hanya 16.23 hektarsahaja yang membuat permohonan namun dengandorongan dan kempen yang berterusan oleh pegawaiRISDA dan kerjasama JKKK Kampung Changkat Legongluas kebun yang menyertai TSB meningkat kepada lebih46 hektar melibatkan 31 peserta. AJK TSB juga turutmenyewakan tanah tersebut kepada pengusaha tanamankontan dengan kadar sewaan RM200 sehektar setahun.Di samping memberi pendapatan tambahan kepadapeserta, kos penyenggaraan kawasan dapat dijimatkan.

Keseluruhan kawasan TSB adalah rata dan sesuai denganapa jua jenis tanaman. Bila ditanya kepada peserta,kenapa tidak mahu menukar tanaman daripada getahkepada sawit, mereka berkata, “Kami amat setia dengan

tanaman getah, ditambah pula dengan harga lateks danskrap yang baik pada masa ini. Diharap harga getahkekal atau lebih tinggi di masa depan bagi meningkatkanpendapatan pekebun kecil.”

Setakat ini kerjasama yang ditunjukkan oleh semuapeserta dan JKKK Kampung tersebut amatmenggalakkan. Kampung ini juga telah dijadikankampung Gerakan Daya Wawasan di bawah seliaanRISDA. Dalam usaha meningkatkan pendapatan wanitapekebun kecil di kampung, usaha mengaktifkan semulaPerkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) akandilakukan terutama dalam menyediakan daun getahberproses. PWPK di kampung ini adalah satu-satunyayang membuat keropok menggunakan tepung sagu.Keropok ini rasanya sedap dan berpotensi untukdikomersialkan.

Ketua kampung dan penduduk kampung mengalu-alukan kedatangan peserta PLKN yang diaturkan olehRISDA. Mereka sempat bergaul mesra sesama merekadan dengan penduduk kampung, di samping didedahkankepada projek yang dijalankan oleh RISDA ke arahmewujudkan masyarakat pekebun kecil yang progresifdan sejahtera.

Page 25: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

25

Peristiwa

DDDDDalam mendepani arus globalisasi yang penuh dengancabaran ini, kecemerlangan akademik semata-matatidak mampu untuk menjamin keutuhan dan kekuatankepimpinan sesebuah organisasi, demikian kataTimbalan Menteri Kesihatan, Malaysia, yang juga AhliParlimen Mersing, Y.B. Datuk Dr. Hj. Abdul Latif Hj.Ahmad.

“Kita semua perlu memahami betapa pentingnya, generasi masakini dibekalkan dengan kekuatan fizikal dan kerohanian yangteguh”, berucap merasmikan Bakti Siswa 2005 di Kg.TanjungGenting, Mersing, Johor, anjuran Pusat Matrikulasi, Universiti IslamAntarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama KKLW, RISDA,KEMAS dan Majlis Daerah Mersing.

Justeru itu, adalah perlu bagi pelajar didedahkan dan menyelamitatacara hidup masyarakat desa dengan berkongsi pengalamandan pengetahuan yang ada seterusnya berupaya mendepanisegala cabaran dan persoalan yang wujud dalam masyarakat kitapada hari ini.

Datuk Dr. Hj. Abdul Latif Ahmad memuji program Bakti Siswa yangdianjur oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayahmelalui RISDA yang dapat melatih pelajar-pelajar bukan sahajadalam bidang akademik ketika menuntut di Pusat Pengajian Tinggitetapi dapat melatih sifat kepimpinan dan memperkasakanketeguhan jati diri setiap pelajar.

Bakti Siswa 2005

RISDA - UIAM

di Mersing

Program ini juga bakal menjadi landasan terbaik, bagi pelajarPusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa untuk memahamikehidupan sebenar masyarakat desa pada hari ini selain berkongsidan cuba mempraktikkan segala ilmu yang diperoleh.

Terdahulu, Pengarah Bahagian Pengembangan dan KesejahteraanRakyat, Encik Ali Nordin Wahiduddin berkata, kerjasama,sokongan dan komitmen daripada semua pihak adalah elemenpenting dalam usaha untuk mengubah paradigma masyarakatdesa ke arah memperkasa masyarakat luar bandar mengecapikesejahteraan hidup.

Penganjuran program-program seperti Baktisiswa adalah pentinguntuk memastikan pelajar-pelajar Pusat Matrikulasi Universiti IslamAntarabangsa (PMUIAM) bukan sahaja mampu cemerlang dalambidang akademik tetapi juga mampu tampil sebagai individu yangmenyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Seramai 80 pelajar dari Pusat Matrikulasi Universiti IslamAntarabangsa (PMUIAM) menjadi anak angkat kepada 28penduduk di Kampung Tanjung Genting Mersing, Johor denganmenyertai pelbagai aktiviti yang diatur selama 10 hari bermuladari 1April hinga 10 April 2005 yang lalu.

25

Bakti Siswa 2005

RISDA - UIAM

di Mersing Oleh: Naz

Page 26: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

26

Program seumpama ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk sama-sama dalam arus perdananegara di samping turut memajukan sektor ekonomi masyarakat luar bandar. Y.B. Datuk Dr. Awang Adekmenyatakan demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Dairi Desa di Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi,Johor.

Sempena pelancaran program Dairi Desa di Kampung Mawai Baru dan seterusnya akan di susuli di beberapabuah kampung lagi di seluruh negara di bawah agensi KKLW, RISDA turut mengadakan pameran dan jualanhasil kerja tangan daripada Pekumpulan Wanita PekebunKecil (PWPK) dari Kota Tinggi, Johor.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Luar yangjuga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Syed HamidAlbar, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan LuarBandar dan Wilayah, Dato’ Dr. Mohd. Tap Salleh, AhliDewan Undangan Sedeli, Y.B Dr. Abdul Rashid Mokhti,Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Lama, Y.B. PuanAsiah Mohd. Arif, Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM)Wilayah Selatan, Cik Siam bte Ali, Pengurus BesarKEJORA, Ungku Abdul Rahman Ungku Tahir, TimbalanKetua Pengarah (Operasi) RISDA, Tn. Haji Zulkifli MohdNazim serta ketua - ketua jabatan setempat.

Y.B. Datuk Seri Syed Hamid Albar yang juga Menteri Luar menyambutketibaan Y.B. Dato’ Dr. Awang Adek Hussin sempena Program Diari Desa

RTM-KKLW di Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor.

Peristiwa

Kementerian Kemajuan Luar Bandar danWilayah (KKLW) dengan kerjasama RadioTelevisyen Malaysia (RTM) akan menjadikanProgram Dairi Desa sebagai salah satu usahauntuk menyebarkan maklumat kejayaankerajaan membangunkan kampung danmasyarakat luar bandar.

“Dengan adanya program sedemikian (DairiDesa), pengalaman dan kejayaan sesebuahkampung akan menjadi contoh dan diharap iaboleh menjadi penggerak kepada kemajuankampung lain”, demikian kata TimbalanMenteri, Y.B. Datuk Dr. Awang Adek Hussin.Tambah beliau, melalui program itu, pendudukluar bandar boleh berkongsi maklumatmengenai perkembangan dan kemajuansesebuah kampung dengan kampung lain.

RISDA SERTAI PROGRAMDIARI DESA RTM

Oleh: Rosli @ Mohd.Indra Rosmara

RISDA SERTAI PROGRAMDIARI DESA RTM

Y.B. Dato’ Dr. Awang Adek melawat gerai cenderamata, turut mengiringibeliau, Ketua Setiausaha KKLW, Dato’ Dr. Mohd Tap Salleh.

Page 27: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

27

Dosa Peringkat Pertama.

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkatawal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akansecara automatik akan naik ke dosa peringkat kedua.

Dosa peringkat Kedua.

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa di atas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianyaadalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga.

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasidi mana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak. Ucapannya juga akan membawa kepada unsurMURTAD, contohnya ucapan, “Aku minum arak ni biasa ajee. Setakat sebotol tak mabuk lagi.” Selepas peringkat ini seseorangitu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat.

Seseorang itu akan membuat dosa bangga dengan perbuatannya dan mula memandang hina keatas kebaikan atau kebajikan.Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis dan Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudahsepenuhnya menguasai diri. Pada peringkat ini akan terdengar suara-suara orang mula mempertikaikan hukum Al-Qurandengan mengatakan ianya tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang kerana Al-Quran turun 1400 tahun dahulu dan ianya perludikaji atau ditafsirkan semula.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas perbuatan kitayang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa di sisi ALLAH.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah (S.A.W), “Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru ke arahkejahatan dan dosa setelah datangnya Islam yang lengkap ini?”.

Rasulullah S.A.W. menjawab, “Ya, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang Islam yang lengkap.”Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah nerakatersebut?”

Rasulullah menjawab, “Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanyadan jangan sekali-kali lepas daripadanya .”

Wallahu Álam

Semoga ianya menjadi iktibar atau panduan kepada kita dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar padahari ini. Sesungguhnya manusia pada hari ini mula tidak dapat membeza yang mana halal atau yang mana haramdan yang mana pahala atau yang mana dosa.

Ruangan Agama

Petikan ceramah mingguan Sekolah Menengah Agama Wilayah, Labu Negeri Sembilan

PERINGKAT - PERINGKAT DOSAMANUSIA

PERINGKAT - PERINGKAT DOSAMANUSIA

Page 28: Oleh: JIB “Pekebun kecil digesa menambah nilai produk ... · industri kecil dan aktiviti ekonomi tambahan. Dengan harga getah dan sawit yang baik masa kini dan pelan MBSR yang disediakan

28

Petikan Buku Teknologi Getah Asli

Satu kisah insan berdedikasiGigih berusaha setiap hari

Berazam membangun pekebun petaniTidak leka berdiam diri

Memerah otak tidak berhentiMasalah pekebun tetap dikaji

Mencari penyelesaian bagi memastiAgar pekebun kecil berdikari

Ke kebun ia rela hatiMengorak langkah ke destinasi

Sikap mesra pelanggan yang disukaiMenjadi insan yang serba serbi

Berbagai kaedah penuh inovasiSemua teknologi hendak diterokai

Bukit bukau terpaksa didakiSungai dalam sanggup diharungi

Kuyup ditimpa hujan bertubiMenggigil sejuk tidak terperi

Kepanasan pancaran cahaya mentariTerancam nyawa pernah dialami

Tidak segan khuatir diriBertemu insan beraneka resmi

Tidak kenal penat dan kecil hatiKewajipan tugas menjadi prioriti

Doa restu sentiasa dipohoniAgar objektif menjadi realiti

Para pekebun ia kunjungiMemindah teknologi menabur bakti

Ilmu dimanfaatkan tidak berhentiMenjadi saham di akhirat nanti

Itulah dia pegawai pengembangan berkualitiSemoga anda sentiasa dirahmati

Penghargaan Buat Pegawai Pengembangan Tulen