oleh : dato’ dr abd latif mohmod - frim.gov.my · pdf filesaya ingin mengambil contoh...

30
1 Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD KETUA PENGARAH FRIM Tempat : AUDITORIUM FRIM Tarikh: : 15 MEI 2017, 8.30 PAGI Sempena : UCAPAN ALU-ALUAN SEMPENA MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT PENYELIDIKAN (RESEARCH ADVISORY COMMITTEE, RAC)

Upload: vutruc

Post on 01-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

1

Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD

KETUA PENGARAH FRIM

Tempat : AUDITORIUM FRIM

Tarikh: : 15 MEI 2017, 8.30 PAGI

Sempena : UCAPAN ALU-ALUAN SEMPENA

MESYUARAT JAWATANKUASA

PENASIHAT PENYELIDIKAN

(RESEARCH ADVISORY COMMITTEE,

RAC)

Page 2: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

2

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam 1Malaysia, Salam 1NRE, Salam 1FRIM

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat

datang dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli

panel penasihat penyelidikan (research advisory

Page 3: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

3

committee, RAC) ke kampus FRIM. Saya sangat

menghargai kesudian YBhg. Dato’/Tuan/Puan untuk

dilantik sebagai ahli panel RAC pada kali ini, dan

seterusnya meluangkan masa selama empat hari di

sini.

Page 4: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

4

2. RAC diadakan setiap lima tahun sekali. Kali terakhir

RAC diadakan adalah pada 4–7 Disember 2012.

Pelbagai komen, pandangan dan saranan telah

dikemukakan oleh ahli panel pada masa itu. Kini

tibalah masanya untuk FRIM menilai semula aktiviti-

aktiviti R, D, C & A-nya serta menentukan hala tuju

Page 5: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

5

yang baharu selaras dengan Akta FRIM yang mula

berkuat kuasa pada1 Oktober 2016.

3. Diharap kepakaran YBhg. Dato’/Tuan/Puan dapat

diterjemahkan ke dalam hala tuju FRIM yang baharu

menuju tahun 2050 yang lebih mencabar. Walaupun

Page 6: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

6

FRIM telah mewujudkan Pelan Strategik sehingga

2050, FRIM mengalu-alukan sebarang idea, syor

dan pandangan daripada pakar-pakar luar demi

kemajuan FRIM, terutamanya dalam bidang

komersialisasi produk.

Page 7: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

7

4. Pihak urus setia telah mengedarkan terma rujukan

serta pelbagai bahan rujukan kepada ahli-ahli panel

RAC. Saya yakin dan percaya, dengan kepakaran

yang ada pada ahli panel yang kita pilih ini, mereka

mampu menggalas tanggungjawab tersebut.

Page 8: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

8

5. Saya difahamkan bahawa, bahagian-bahagian yang

terlibat dengan R, D, C & A di FRIM telah

menyediakan program lawatan kepada ahli-ahli

panel RAC. Sehubungan dengan itu, ahli-ahli panel

adalah bebas untuk berinteraksi dengan para

pegawai penyelidik di bahagian-bahagian tersebut.

Page 9: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

9

Kepada para penyelidik FRIM, gunakanlah peluang

ini dengan sebaik-baiknya untuk menimba ilmu

daripada pakar-pakar yang dilantik khas untuk

membantu kita untuk merealisasikan hala tuju FRIM

menjelang tahun 2050, seiring dengan gagasan

Transformasi Nasional 50 (TN50).

Page 10: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

10

6. Bercakap mengenai TN50 yang digagaskan oleh

Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak, dasar

ini merupakan satu dasar futuristik yang memetakan

hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas

2020. Justeru, saya juga ingin melihat FRIM

memetakan hala tujunya yang semestinya realistik,

Page 11: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

11

berdaya maju dan yang pentingnya, mempunyai

kebolehcapaian (achievable). Bagi saya, tiada

gunanya kita menyediakan Pelan Strategik yang

kelihatan bagus, tetapi tidak realistik dan tidak

achievable.

Page 12: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

12

7. FRIM juga mengambil kira projek-projek R, D, C & A

yang boleh memberi manfaat kepada komuniti serta

rakyat seperti yang diinspirasikan dalam slogan

“rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.”

Page 13: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

13

Saya ingin mengambil contoh satu projek yang

dijalankan oleh FRIM dengan kerjasama Majlis

Perbandaran Sepang, iaitu FORMULASI HIJAU

AEDES BIO BASED FUEL (AABF) UNTUK

SEMBURAN KABUS BAGI KAWALAN NYAMUK

AEDES”, iaitu teknologi penghasilan biodiesel

Page 14: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

14

daripada minyak terpakai melalui program kitar

semula minyak masak terpakai bagi menggantikan

diesel dalam formulasi semburan kabus bagi

kawalan nyamuk aedes di kawasan Sepang. Kajian

kesesuaian dan keberkesanan formulasi ABBF

terhadap beberapa nyamuk dewasa dan jejentik

Page 15: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

15

aedes pembawa demam denggi sedang giat

dijalankan di FRIM melalui kajian makmal dan

lapangan.

Penggunaan biodiesel dalam formulasi semburan

kabus ini mesra alam; iaitu tidak mengeluarkan gas

Page 16: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

16

yang beracun, berbentuk karbon neutral dan cepat

terurai, jadi semburan ini dapat memelihara flora,

fauna dan alam sekitar. Paling penting, penggunaan

biodiesel dapat menurunkan risiko kesihatan jangka

panjang kepada operator penyembur kabus. Bahan

ABBF akan diformulasikan mengikut jenis kediaman

Page 17: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

17

yang akan disembur; mengambil kira kemampuan

ketinggian dan kepadatan kabus yang disembur.

Kajian juga akan dijalankan bagi mengurangkan

penggunaan racun serangga dengan penggantian

kepada bahan aktif mesra alam daripada spesies

hutan.

Page 18: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

18

Satu lagi contoh projek yang dijalankan oleh FRIM

ialah “RAYON DARIPADA KENAF UNTUK

INDUSTRI TEKSTIL” yang dana penyelidikannya

dibiayai oleh MOSTI. Dalam kajian ini, FRIM telah

menemui kaedah baharu dalam proses pempulpaan

untuk menghasilkan pulpa selulosa sebelum

Page 19: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

19

ditukarkan kepada bentuk likatan; kemudiannya

kepada rayon. Kaedah baharu untuk proses

pempulpaan ini telah dianugerahkan paten pada

bulan Mac 2016 (MY-156683-A). Rayon merupakan

antara bahan fabrik yang banyak digunakan

sekarang dalam pelbagai jenis tekstil; termasuklah

Page 20: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

20

kemeja dan skirt, serta dalam tenunan atau jahitan.

Disebabkan oleh pertambahan permintaan kepada

produk yang mesra alam, pelbagai usaha dalam

penyelidikan dan pembangunan telah bertumpu

pada penggunaan bahan bukan dari hutan.

Page 21: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

21

Di Malaysia, kenaf telah diperkenalkan sebagai

bahan bukan dari hutan untuk industri tekstil.

Penyelidikan dan pembangunan dalam kesesuaian

kenaf untuk rayon telah dijalankan di FRIM.

Page 22: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

22

Malaysia mengimport rayon kerana tiada

penghasilannya dalam negara. FRIM dan Raintree

Index Sdn Bhd telah bekerjasama dalam

membangunkan loji rintis yang dibiayai oleh geran

TechnoFund daripada MOSTI bernilai RM1.5 juta.

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menghasilkan

Page 23: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

23

rayon daripada kenaf bagi kegunaan industri tekstil

melalui penggunaan kaedah baharu untuk

penghasilan pulpa selulosa. Tujuan kedua adalah

untuk menghasilkan 15 kg rayon mentah sehari.

Projek ini dijangka boleh menjadi asas

perkembangan industri tekstil rayon di Malaysia.

Page 24: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

24

Untuk makluman, FRIM ketika ini sedang dalam

proses untuk menubuhkan FRIM Incorporation Sdn

Bhd (ringkasnya FRIM Inc.) untuk komersialisasi

hasil dapatan R&D FRIM bagi mendapatkan dana

yang boleh menampung sebahagian daripada

peruntukan penyelidikan pada masa hadapan.

Page 25: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

25

Penubuhan FRIM Inc telah mendapat restu dari

Mesyuarat Anggota Institut dan sokongan kelulusan

dari YB Menteri NRE serta telah dikemukakan

kepada pihak MOF pada awal tahun 2017 untuk

mendapatkan kelulusan. Bagi mencapai matlamat

ini, FRIM telah mengenalpasti hasil-hasil R&D,

Page 26: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

26

perkhidmatan pengujian & pensijilan produk,

perundingan professional, latihan & kursus teknikal

yang dianjurkan serta penjualan anak benih dan

produk yang boleh menjana pendapatan sehingga

RM 500 juta dalam masa 5 tahun akan datang.

Page 27: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

27

Dengan mengambil kira aspek ini, kita dapat

menumpukan kepada hasil-hasil R&D yang dapat

memberi kebaikan dan berimpak kepada rakyat.

Tiada gunanya kita menghasilkan inovasi yang

canggih tetapi tidak mempunyai impak yang bagus.

Dengan itu, elemen “A”, iaitu Aplikasi hendaklah

Page 28: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

28

dijadikan satu elemen penting dalam merangka

projek-projek R, D, C dan A.

Ahli-ahli panel yang saya hormati,

8. Kami di FRIM ingin mendengar komen-komen,

pandangan serta saranan daripada YBhg.

Page 29: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

29

Dato’/Tuan/Puan demi memajukan lagi penyelidikan

di FRIM, seiring dengan aspirasi TN50. Saya

tidaklah berhasrat untuk berucap panjang kerana

kami ingin mendengar daripada para pakar. Kami

ingin mendengar idea-idea baharu daripada YBhg.

Dato’/Tuan/Puan.

Page 30: Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh satu projek yang ... iaitu teknologi penghasilan biodiesel . 14 ... serta dalam tenunan atau

30

9. Akhir sekali, dengan lafaz

“Bismillahirrahmanirrahim”, saya dengan ini

merasmikan pembukaan Mesyuarat Jawatankuasa

Penasihat Penyelidikan 2017 ini.

Sekian, wabillahittaufiq, walhidayah,

wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.