laluan memperkay seniislam · seni islam yang berjaya membentuk identiti seni wilayah islam dan...

1
MEGA· 21 " 111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111 i 111111111111111111' 111111111111111111111111 Laluan memperkay seniIslam :> (.- ( t S,f'IIJ l-4 ke nean ISla Oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA [email protected] L ALUAN Sutera tnerupakan laluan perdagangan darat yang paling panjang dan penting sejarah manusia. Ia menghubungkan dunia di sebelah Timur dan Barat dalam ikatan perdagangan yang merentasi pelbagai bentuk muka bumi, wilayah dan kerajaan. Para pedagang yang menggunakan laluan itu selalunya dikaitkan dengan pedagang yang mempunyai hubungan dagangan dengan wilayah China pada waktu itu. Antara ibu kota yang terdapat di dalam Laluan Sutera ialah Damsyik, Baghdad, Tabriz, Herat, Tashkent dan Kashgar sebelum sampai ke wilayah China. Ibu kota yang disebutkan di atas kebanyakannya berada di bawah pengaruh Islam walaupun di bawah pemerintahan Islam yang berbeza. Antara Dinasti Islam yang pemah menjadi pemerintah di beberapa wilayah Laluan Sutera ialah Abbasiyah, Timurid dan Safavid. Selain berada dalam laluan perdagangan utama dunia, ibu kdta ini juga merupakan pusat perkembangan seni Islam yang berjaya membentuk identiti seni wilayah Islam dan memperkaya pelbagai bidang seni Islam daripada penulisan, pertukangan, tempa, tenunan sehingga ke seni bina. Barangan dari China dan wilayah lain di sepanjang laluan ini pula diedarkan ke Eropah oleh kapal dari Venice melalui pelabuhan yang terletak di beberapa ban dar pesisiran pantai seperti Fustat, Kaherah dan Iskandariah di Mesir serta Aleppo di Syria. Antara barangan kraf yang didagangkan seperti senjata terutamanya pedang dan pisau belati, tekstil seperti kain.kapas, sutera, gading, permaidani, tembikar dan seramik China serta pelbagai barangan mewah yang lain. Perdagangan dijalankan dalam dua cara, yang pertama dengan menggunakan sistem mata wang yang majoritinya dipelopori oleh mata wang Islam yang terdiri daripada dinar (syiling emas) dan dirham (syiling perak), manakala yang kedua ialah menggunakan sistem barter atau pertukaran barang dengan barangan yang sarna. atau hampir sarna nilai dengan persetujuan kedua-dua belah TEKNIK sulaman souzani . yang diwarisi oleh kaum wanita Asia Tengah dari . satu generasi ke generasi yang lain. pihak yang terHbat. Barangan dagangan ini secara tidak langsung turut mempengaruhi rekaan dan teknik di setiap wilayah dalam laluan ini. Sebagai contoh, teknik hiasan seramik China telah diaplikasikan dan diadaptasi sebagai hiasan seramik Iznik yang dikeluarkan di wilayah pemerintahan Dinasti Uthmaniyah di Turki. Motif-motif seperti awan larat Cina dan teratai telah digunakan di atas baFftngan seramik Iznik. Selain daripada itu, kain dan benang sutera Cina juga banyak digunakan dalam penghasilan pakaian dan sulaman. Laluan Sutera bukan sahaja mempengaruhi seni pembuatan barangan kraf, ia turut mempengaruhi seni masakan dengan rempah ratus yang didagangkan dari satu wilayah ke wilayah yang lain di sepanjang laluan ini. Hampir ke!ieluruhan makanan dan rninuman di sepanjang Laluan Sutera menggunakan rempah seperti buah pelaga, bunga cengkih, lada, dan sebagainya. Sebenarnya, khazanah perdagangan Laluan Sutera yang paling berharga sebelum abad ke-15 Masihi ialah rempah ratus seperti kulit kayu manis dan lada hitam yang dianggap lebih berharga daripada emas dan permata di Eropah. Pedagang Islam memonopoli perdagangan rempah di Laluan Sutera dan juga laut. Sebelum Eropah berjaya menemui jalan laut ke Timur pada abad ke 15 Masihi, para pedagang Islam terutamanya dari Timur Tengah dan India telah memonopoli perdagangan rempah yang datang dari Asia Tenggara melalui jalan laut. Walaupun Asia Tenggara tidak terletak dalam Laluan Sutera namun ia dibawa dan didagangkan di laluan ini dalam pasaran nilai yang amat tinggi. Kenali dan pelajari tentang sejarah Laluan Sutera dengan lebih dekat dalam sebuah pameran menarik mengenai Laluan Sutera dan perdagangan rempah yang akan berlangsung di Putrajaya bersempena dengan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam 2015 yang akan dibuka kepada orang ramai pada 29 Oktober depan. Gambar KOLEKSI PERBADANAN PUTRAJAYA

Upload: others

Post on 18-Jan-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laluan memperkay seniIslam · seni Islam yang berjaya membentuk identiti seni wilayah Islam dan memperkaya pelbagai bidang seni Islam daripada penulisan, pertukangan, tempa, tenunan

MEGA· 21

" 111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111 i 111111111111111111' 111111111111111111111111

Laluan .~uter memperkay seniIslam ~ ,..~ C~II"" ~(IJ-->

~~ :> (.- ( t S,f'IIJ l-4

ke nean ISla Oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA [email protected]

L ALUAN Sutera tnerupakan laluan perdagangan darat yang paling panjang dan penting dalc~m

sejarah manusia. Ia menghubungkan dunia di sebelah Timur dan Barat dalam ikatan perdagangan yang merentasi pelbagai bentuk muka bumi, wilayah dan kerajaan.

Para pedagang yang menggunakan laluan itu selalunya dikaitkan dengan pedagang yang mempunyai hubungan dagangan dengan wilayah China pada waktu itu. Antara ibu kota yang terdapat di dalam Laluan Sutera ialah Damsyik, Baghdad, Tabriz, Herat, Tashkent dan Kashgar sebelum sampai ke wilayah China.

Ibu kota yang disebutkan di atas kebanyakannya berada di bawah pengaruh Islam walaupun di bawah pemerintahan Islam yang berbeza.

Antara Dinasti Islam yang pemah menjadi pemerintah di beberapa wilayah Laluan Sutera ialah Abbasiyah, Timurid dan Safavid.

Selain berada dalam laluan perdagangan utama dunia, ibu kdta ini juga merupakan pusat perkembangan seni Islam yang berjaya membentuk

identiti seni wilayah Islam dan memperkaya pelbagai bidang seni Islam daripada penulisan, pertukangan, tempa, tenunan sehingga ke seni bina.

Barangan dari China dan wilayah lain di sepanjang laluan ini pula diedarkan ke Eropah oleh kapal dari Venice melalui pelabuhan yang terletak di beberapa ban dar pesisiran pantai seperti Fustat, Kaherah dan Iskandariah di Mesir serta Aleppo di Syria. Antara barangan kraf yang didagangkan seperti senjata terutamanya pedang dan pisau belati, tekstil seperti kain.kapas, sutera, gading, permaidani, tembikar dan seramik China serta pelbagai barangan mewah yang lain.

Perdagangan dijalankan dalam dua cara, yang pertama dengan menggunakan sistem mata wang yang majoritinya dipelopori oleh mata wang Islam yang terdiri daripada dinar (syiling emas) dan dirham (syiling perak), manakala yang kedua ialah menggunakan sistem barter atau pertukaran barang dengan barangan yang sarna. atau hampir sarna nilai dengan persetujuan kedua-dua belah

TEKNIK sulaman souzani . yang diwarisi oleh kaum wanita Asia Tengah dari . satu generasi ke generasi yang lain.

pihak yang terHbat. Barangan dagangan ini secara

tidak langsung turut mempengaruhi rekaan dan teknik di setiap wilayah dalam laluan ini. Sebagai contoh, teknik hiasan seramik China telah diaplikasikan dan diadaptasi sebagai hiasan seramik Iznik yang dikeluarkan di wilayah pemerintahan Dinasti Uthmaniyah di Turki.

Motif-motif seperti awan larat Cina dan teratai telah digunakan di atas baFftngan seramik Iznik. Selain daripada itu, kain dan benang sutera Cina juga banyak digunakan dalam penghasilan pakaian dan sulaman.

Laluan Sutera bukan sahaja mempengaruhi seni pembuatan barangan kraf, ia turut mempengaruhi seni masakan dengan rempah ratus yang didagangkan dari satu wilayah ke wilayah yang lain di sepanjang laluan ini. Hampir ke!ieluruhan makanan dan rninuman di sepanjang Laluan Sutera menggunakan rempah seperti buah pelaga, bunga cengkih, lada, dan sebagainya.

Sebenarnya, khazanah perdagangan Laluan Sutera yang paling berharga sebelum abad ke-15 Masihi ialah rempah ratus seperti kulit kayu manis dan lada hitam yang dianggap lebih berharga daripada emas dan permata di Eropah. Pedagang Islam memonopoli perdagangan rempah di Laluan Sutera dan juga laut.

Sebelum Eropah berjaya menemui jalan laut ke Timur pada abad ke 15 Masihi, para pedagang Islam terutamanya dari Timur Tengah dan India telah memonopoli perdagangan rempah yang datang dari Asia Tenggara melalui jalan laut. Walaupun Asia Tenggara tidak terletak dalam Laluan Sutera namun ia dibawa dan didagangkan di laluan ini dalam pasaran nilai yang amat tinggi.

Kenali dan pelajari tentang sejarah Laluan Sutera dengan lebih dekat dalam sebuah pameran menarik mengenai Laluan Sutera dan perdagangan rempah yang akan berlangsung di Putrajaya bersempena dengan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam 2015 yang akan dibuka kepada orang ramai pada 29 Oktober depan.

Gambar KOLEKSI PERBADANAN PUTRAJAYA