kraftangan_seni tenunan [sumber internet].pdf

13

Upload: vuque

Post on 04-Feb-2017

280 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kraftangan_Seni Tenunan [Sumber Internet].pdf
Page 2: Kraftangan_Seni Tenunan [Sumber Internet].pdf

1

Songket

Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.

Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.

Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.

Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.

Page 3: Kraftangan_Seni Tenunan [Sumber Internet].pdf

2

Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.

Motif Kain Songket

MOTIF KAIN SONGKET

Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.

Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

Pada asasnya kain songket dihasilkan mengikut proses berikut:

Teknik Pembuatan Kain Songket

Mewarna benang, menerai, menganing,menggulung, menyapuk, mengarat, menyongket, menekat dan menenun.

TEKNIK PEMBUATAN KAIN SONGKET

Mewarna Benang

Benang untuk tenunan terdiri daripada benang kapas, benang sutera, benang emas, dan benang perak. Benang emas dan benang perak adalah bahan asli yang tidak perlu diwarnakan. Gempalan benang mentah diwarna berulang kali supaya warnanya tidak luntur dan sekata. Benang tersebut dimasukkan kedalam kawah berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut

Page 4: Kraftangan_Seni Tenunan [Sumber Internet].pdf

3

dibilas dengan air, lalu dijemur sehingga kering.

Menerai Benang

Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan guwing. Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan benang pakan.

Menganing

Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelting disusun di atas anian. Benang ditarik mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak dibatang anian.

Menggulung

Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang loseng (lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung).

Menyapuk

Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan kepesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun. Proses ini dilakukan dengan menggunakan sejenis alat dipanggil pengait.

Menggarat

Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya dimulakan dengan menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak karat ditekan.

Page 5: Kraftangan_Seni Tenunan [Sumber Internet].pdf

4

Menyongket

Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng.

Menekat

Proses menekat ini dilakukan dalam dua cara iaitu takat lima atau tekat tiga. Setelah songket-songket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan daripada celah-celah benang. Motif dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisi kedalam Cuban. Proses pelancaran Cuban ini dikenali sebagai menyulam atau menekat benang emas.

Menenun

Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek atau 'kei' dalam dialek Kelantan. Kek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kaki kek, badan kek dan kepala kek yang saling berkaitan antara satu sama lain. Proses menenun ialah melancarkan benang corak ke atas benag loseng. Dalam proses ini, penenun mestilah menumpukan perhatian terhadap ragamhias yang bakal ditenun pada kain.

Sumber : http://www.kraftangan.gov.my Tarikh Akses : 28 Mac 2013

Page 6: Kraftangan_Seni Tenunan [Sumber Internet].pdf

5

Tenunan Dastar

Tenunan dastar merupakan tenunan asli Sabah yang terkenal dari suku kaum Bajau dan Iranun di daerah Kota Belud, Kudat dan Samporna. Kemahiran menenun kain dastar ini dipercayai telah dipelopori daripada Kota Batu, Filipina Selatan. Tenunan dastar biasanya digunakan oleh kaum lelaki sebagai tanjak (tengkolok) dan dipakai semasa upacara kebesaran atau majlis perkahwinan. Sebelum menenun, benang-benang dikanji dan dicelup warna terlebih dahulu. Kemudian, benang-benang tersebut diikat dan diberus dengan sabut kelapa untuk membersihkan daripada sisa-sisa kanji serta melicinkannya.

Sejenis alat iaitu bekara, digunakan untuk menerai benang. Kemudian, lebar dan panjang kain yang hendak ditenun ditentukan melalui proses pangsud (menganing). Semasa proses pangsud, kerja-kerja penunggit (menyampuk) pada alat surud (gigi loseng) serta kerja bibitan (mengarak) dengan menggunakan benang nylon putih dilakukan secara serentak.

Apabila selesai kerja mengarak benang, barulah proses menenun yang sebenar dapat dimulakan. Proses menenun ini dilakukan serentak dengan proses menyolek atau menyongket. Proses ini memerlukan kreativiti serta ketelitian penenun untuk menghasilkan tenunan yang menarik dan bermutu tinggi. Benang-benang yang beraneka warna pula digunakan untuk menenun rekacorak dan motif hiasan pada permukaan kain. Motif tenunan dastar biasanya berbentuk tumbuh-tumbuhan, binatang atau corak geometrik.

Kini, tenunan dastar bukan sahaja digunakan untuk upacara kebesaran tetapi telah dijadikan dalam berbagai bentuk barangan seperti beg, bingkai gambar dan sebagainya.

Page 7: Kraftangan_Seni Tenunan [Sumber Internet].pdf

6

Teknik Pembuatan Tenunan Dastar

TEKNIK ANYAMAN DASTAR

Benang kapas dikanji sebelum dicelup warna.

Proses menerai benang.

Proses menganing untuk menentukan lebar dan panjang kain yang hendak ditenun.

Proses memintal untuk menghasilkan benang loseng. Kayu cengal biasanya digunakan untuk memintal bagi memudahkan kerja-kerja menegang dan menyusun benang loseng supaya kemas dan teratur.

Proses menyapuk (penunggit) di mana benang lungsin diselit pada alat surud (gigi loseng).

Page 8: Kraftangan_Seni Tenunan [Sumber Internet].pdf

7

Mengarat atau bibitan , iaitu melilit benang karat pada benang loseng.

Menenun sambil menyolek dilakukan sehingga siap.

Rekacorak dihasilkan ketika kerja-kerja menyolek.

Sumber : http://www.kraftangan.gov.my Tarikh Akses : 28 Mac 2013

Page 9: Kraftangan_Seni Tenunan [Sumber Internet].pdf

8

Kehalusan dan keindahan seni kraftangan Sarawak jelas terpancar melalui warisan pelbagai hasil kraftangan kaum etnik yang terdapat di Sarawak. Pua, tenunan ikat-lungsin yang diwarisi turun-temurun oleh suku kaum Iban memaparkan identiti dan pegangan kuat kaum tersebut kepada adat dan tradisi hidup.

Tenunan Pua

Kombinasi warna coklat kemerah-merahan yang terdapat pada tenunan pua cukup harmonis dan menarik. Motif tumbuh-tumbuhan, binatang dan lambang makhluk seperti corak cicak (engkarong), buaya, lembaga manusia (engkaramba) dan sebagainya memaparkan keunikan rekacorak tradisi tenunan pua. Namun demikian, penenun pua kini lebih tertumpu kepada motif moden seperti bentuk tumbuh-tumbuhan dan geometrik.

Selain daripada kegunaan di upacara adat istiadat dan keagamaan, tenunan pua juga boleh dijadikan pelbagai jenis pakaian tradisi. Antaranya ialah bidang (skirt), sirat (cawat), kalambi (jaket) dan dangdong (kain selempang).

Jalinan hasil tenunan dan kegemilangan kombinasi warna dan corak tenunan yang mempersonakan, memaparkan keindahan serta nilai estetika dan mistik tenunan pua yang masih terpelihara hingga ke hari ini.

Page 10: Kraftangan_Seni Tenunan [Sumber Internet].pdf

9

Alat Pua

Page 11: Kraftangan_Seni Tenunan [Sumber Internet].pdf

10

Proses Menenun Kain Pua

PROSES MENENUN KAIN PUA

Memproses Benang

Benang putih yang telah dipilih direndam semalaman di dalam air bersih. Kemudian dimasukkan ke dalam campuran kanji supaya benang yang akan digunakan dalam tenunan pua ini tidak berbulu dan tidak mudah putus.

Menggulung Benang

Benang mentah yang telah dikanji dan dikeringkan akan dimasukkan ke dalam 'Pelayang Benang' untuk digulung dalam bentuk bebola.

Menggirit

Alat tenunan (tumpoh) akan digunakan dalam proses ini. Proses menggirit dilakukan dengan membawa mangkuk yang berisi benang dari bahagian kiri alat tenunan dan dibawa dari bawah ke atas dan diselitkan anak-anak kayu di antaranya untuk memudahkan kerja-kerja mengarap kelak.

Mengarap

'Kayu Lambongan' digunakan untuk memasukkan benang yang terselit antara kayu-kayu kecil dan dikait menggunakan jari. Benang ini kemudian akan diikat pada kayu kecil yang disusunkan antara 'Kayu Lambongan' dan 'Beliak'.

Page 12: Kraftangan_Seni Tenunan [Sumber Internet].pdf

11

Menegi

Proses menegi dilakukan supaya memudahkan lagi proses mengikat. Benang yang telah digarap akan ditegi kepada dua bahagian (bahagian atas dan bawah). Setelah siap ditegi dan dijahit pada bahagian atas dan bawah, benang akan ditegangkan dengan diselitkan dua batang kayu di atas 'Tangga Benang'.

Mengikat Motif (Pertama)

Jaluran-jaluran benang tadi akan diikat berpandukan corak yang dikehendaki dengan tali 'rafia'. Tujuan mengikat ialah supaya ikatan tidak diserap oleh warna apabila melakukan proses pencelupan kelak.

Mencelup Warna (Pertama)

Benang yang telah diikat dikeluarkan dari tangga benang, direndam dan dibilas dengan air. Kemudian, ia dicelup ke dalam bahan pewarna mengikut warna yang dikehendaki. Selalunya warna merah menjadi pilihan proses mewarna pertama tenunan pua ini.

Mengikat Motif (Kedua)

Benang yang telah dikeringkan, akan menjalani proses mengikat kali kedua tapi ikatan yang pertama tadi dibiarkan (tidak dibuka). Cuma ikatan pada benang ditambah untuk tujuan mencelup warna kedua.

Page 13: Kraftangan_Seni Tenunan [Sumber Internet].pdf

12

Menenun Pua

Benang yang telah dibuka ikatan akan dimasukkan pada alat tenunan. Bahagian atas benang dimasukkan pada kayu rakup dan bahagian bawah akan disusupkan pada kayu panjang sebelum diikat pada bahagian bawah alat tenunan dan ditarik sehingga tegang. Bahagian bawah ini disambung dengan 'Sengkabit' (alas belakang semasa menenun). Kemudian, benang yang dilancarkan dengan 'Jengkuan' akan dipangkah oleh benang kapas untuk dijadikan kain pua pula.

Sumber : http://www.kraftangan.gov.my Tarikh Akses : 28 Mac 2013