objektif kajian

5
3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian dalam penyelidikan ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan objektif khusus. 3.1 Objektif umum Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis cerita. 3.2 Objektif khusus Kajian ini dijalankan bertujuan untuk: a) mengenal pasti kesan penggunaan peta minda dan kata tanya dalam meningkatkan kemahiran murid semasa menulis karangan jenis cerita bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat, b) menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran pengkaji melalui penggunaan peta minda dan kata tanya dalam menulis karangan jenis cerita bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat. 4.0 Soalan Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab dua persoalan kajian berikut : a) Apakah kesan penggunaan kaedah peta minda dan kata tanya dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis cerita bagi Bahasa Melayu Tahun Empat ? b) Bagaimanakah spengkaji dapat menambah baik amalan pengajaran semasa menggunakan kaedah peta minda dan kata

Upload: azam-sadirin

Post on 13-Dec-2015

543 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ar

TRANSCRIPT

Page 1: Objektif Kajian

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian dalam penyelidikan ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif

umum dan objektif khusus.

3.1 Objektif umum

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan

jenis cerita.

3.2 Objektif khusus

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:

a) mengenal pasti kesan penggunaan peta minda dan kata tanya dalam

meningkatkan kemahiran murid semasa menulis karangan jenis cerita bagi

mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat,

b) menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran pengkaji melalui

penggunaan peta minda dan kata tanya dalam menulis karangan jenis cerita

bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat.

4.0 Soalan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab dua persoalan kajian berikut :

a) Apakah kesan penggunaan kaedah peta minda dan kata tanya dalam meningkatkan

kemahiran menulis karangan jenis cerita bagi Bahasa Melayu Tahun Empat ?

b) Bagaimanakah spengkaji dapat menambah baik amalan pengajaran semasa

menggunakan kaedah peta minda dan kata tanya dalam meningkatkan kemahiran

menulis karangan jenis cerita bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat ?

NEXT…

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan peratusan murid yang mendapat markah yang

baik bagi Kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan menggunakan Kaedah “Celik KGB”.

Objektif khusus kajian ini supaya murid dapat:

1. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam penggunaan kata ganda berentak dengan betul dalam

penulisan.

Page 2: Objektif Kajian

2. Meningkatkan pemahaman murid dalam fungsi penggunaan kata ganda berentak.

3. Membantu murid menguasai kata ganda berentak dengan menggunakan pelbagai kaedah

pengajaran yang menarik.

Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:

1. Adakah Kaedah “Celik KGB” dapat meningkatkan tahap penguasaan penulisan kata ganda

berentak murid dengan betul?

2. Bagaimanakah Kaedah “Celik KGB” membantu murid memahami fungsi penggunaan kata ganda

berentak?

3. Bagaimanakah Kaedah “Celik KGB” dapat menarik minat murid-murid dalam menguasai kata

ganda berentak?

NEXT…

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis isi karangan jenis fakta

berbantukan Kaedah Celik Mengarang (KaCeM) bagi murid Tahun 4 Delima.

Objektif khusus kajian ini adalah:

1. Membantu peserta kajian meningkatkan pencapaian dalam kemahiran menulis isi karangan jenis

fakta melalui Kaedah Celik Mengarang (KaCeM)

2. Meningkatkan penguasaan peserta kajian mengenai penggunaan kata kunci dalam soalan yang

diajukan menggunakan formula di dalam Kaedah Celik Mengarang (KaCeM)

3. Membantu peserta kajian dalam mengenal pasti dengan mencatat isi karangan menggunakan peta

pemikiran di dalam Kaedah Celik Mengarang (KaCeM)

Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:

1. Adakah Kaedah Celik Mengarang (KaCeM) dapat membantu murid dalam meningkatkan

kemahiran menulis isi karangan jenis fakta dengan baik?

2. Bagaimanakah Kaedah Celik Mengarang (KaCeM) dapat membantu meningkatkan penguasaan

murid berkaitan kata kunci di dalam soalan yang diajukan?

3. Bagaimanakah penggunaan peta pemikiran di dalam Kaedah Celik Mengarang (KaCeM) mampu

membantu murid mencatat isi karangan ?

Page 3: Objektif Kajian

NEXT…..

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk:

meningkatkan kemahiran Azira dalam mengenal pasti isi

utama dan isi huraian semasa menulis karangan Bahasa

Melayu Tahun 5 melalui penggunaan peta minda;

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan kajian

berikut.

Apakah kesan penggunaan peta minda terhadap kemahiran

Azira dalam mengenal pasti isi utama dan isi huraian semasa

menulis karangan Bahasa Melayu Tahun 5?