nurul mahzahidah

23
MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS PENGGUNAAN PERALATAN TANGAN MURID TINGKATAN DUA ALIRAN EKONOMI RUMAHTANGGA (ERT) DALAM PEMBINAAN PROJEK KAYU KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP Oleh: Cik Nurul Mahzahidah Binti Mazlan SMK Kelapa Sawit Kulai, Johor.

Upload: farra-salvatore

Post on 24-Apr-2015

116 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Nurul Mahzahidah

MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS PENGGUNAAN PERALATAN TANGAN MURID TINGKATAN DUA ALIRAN EKONOMI RUMAHTANGGA (ERT) DALAM PEMBINAAN PROJEK KAYU KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP

Oleh:Cik Nurul Mahzahidah Binti MazlanSMK Kelapa SawitKulai, Johor.

Page 2: Nurul Mahzahidah

ABSTRAKKajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran asas penggunaan alatan tangan murid tingkatan 2 aliran ekonomi rumahtangga (ert) dalam pembinaan projek kayu kerja kursus kemahiran hidup kerana kemahiran asas ini amat penting dan menjadi titik permulaan dalam mengetengahkan murid dengan kemahiran yang lebih mendalam kelak. Adalah menjadi satu kerugian jika murid tidak mengetahui dan menguasai asas kemahiran penggunaan alatan tangan ini. Guru menggunakan dua kaedah dalam pelaksanaan kajian iaitu kaedah tunjukcara dan pemantauan. Kaedah ini diaplikasikan supaya murid dapat melihat, memahami dan menguasai kemahiran asas penggunaan peralatan tangan. Pendekatan ini amat sesuai diaplikasikan kerana dalam pembinaan projek kayu, penglibatan kaedah teori amat tidak berkesan kerana pembinaan projek kayu melibatkan teknik dan proses tertentu yang harus ditunjukcara kepada murid. Guru mendapati pelaksanaan tindakan yang dijalankan selama dua minggu ini amat memuaskan dan berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam pembinaan projek kayu. Selain itu, murid juga memperolehi satu panduan atau satu garis panduan dalam penggunaan peralatan tangan. Diharap dapatan kajian ini dapat memberikan pengalaman dan berkongsi keilmuan dalam meningkatkan kemahiran asas penggunaan peralatan tangan dalam kalangan murid. Kesimpulan daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid.

Page 3: Nurul Mahzahidah

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu memulakan pelaksanaan pembinaan projek kayumurid 2RK1, didapati majoriti murid-murid tidak dapatmenguasai kemahiran asas penggunaan peralatan tangan

iaitu • penggunaan Sesiku-L untuk membuat penandaan ukuran• penggunaan Apit-G untuk memegang kayu• penggunaan gergaji puting untuk memotong kayu• penggunaan kikir dan kertas pasir untuk kemasan projek

Berdasarkan pemerhatian semasa perjalanan proses pembinaan

projek kayu,• terdapat murid yang menggunakan Sesiku-L, Apit-G,

gergaji puting, kikir dan kertas pasir dengan salah• Murid-murid gagal mengikuti teknik dan cara penggunaan

alatan tangan dengan betul.

Page 4: Nurul Mahzahidah

FOKUS KAJIANKajian ini tertumpu kepada satu kemahiran asas

iaitu•kemahiran penggunaan alatan tangan dalam

pembinaan projek kayu kerja kursus kemahiran hidup.

Fokusnya tertumpu kepada•kegagalan murid menuruti teknik dan cara

penggunaan alatan tangan dengan betul.

Page 5: Nurul Mahzahidah

OBJEKTIF KAJIAN

▫Objektif Am•3.1.1 Meningkatkan kemahiran asas

penggunaan peralatan tangan murid tingkatan dua aliran ekonomi rumahtangga.

▫Objektif Khusus•3.2.1 Murid mahir menggunakan alatan tangan

dalam pembinaan projek kayu kerja kursus kemahiran hidup.

•3.2.2 Meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan alatan tangan.

Page 6: Nurul Mahzahidah

KUMPULAN SASARAN

Responden atau kumpulan sasaran kajian adalah

•terdiri daripada murid 2RK1 aliran ekonomi rumahtangga SMK Kelapa Sawit sesi 2012

•seramai 12 orang murid perempuan. •terdiri daripada murid-murid yang cerdas,

namun mereka kekurangan dari segi kemahiran asas penggunaan alatan tangan.

Page 7: Nurul Mahzahidah

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

▫Tinjauan Masalah Pemerhatian

•Majoriti murid keliru apabila diminta mengambil alatan yang disediakan untuk memulakan proses menanda, memotong dan kemasan.

•Menggunakan alatan tersebut dalam teknik dan cara yang salah.

•Guru membuat semakan penandaan ukuran dan pemotongan kayu, didapati majoriti penandaan ukuran murid pada kayu adalah tidak tepat dan ketika pemotongan, hasilnya amat tidak kemas.

Page 8: Nurul Mahzahidah

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

▫Analisa Tinjauan Masalah

• Hasil daripada tinjauan masalah melalui kaedah pemerhatian, didapati murid tingkatan 2RK1 tidak menguasai kemahiran asas penggunaan alatan tangan dalam pembinaan projek kayu kerja kursus kemahiran hidup.

Page 9: Nurul Mahzahidah

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

• Rajah 1 : Kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika proses pengukuran dan penandaan pada kayu menggunakan sesiku-L

Page 10: Nurul Mahzahidah

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

•Rajah 2 : Kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika proses penggunaan dan pemasangan apit-G

Page 11: Nurul Mahzahidah

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Rajah 3 : Kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika proses pemotongan kayu menggunakan gergaji puting

Page 12: Nurul Mahzahidah

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Rajah 4 : Kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika proses kemasan pada projek menggunakan kertas pasir

Page 13: Nurul Mahzahidah

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN▫Pelaksanaan Tindakan

•Kaedah tunjukcara•Kaedah pemantauan

Page 14: Nurul Mahzahidah

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

SEBELUM SELEPASRajah 5 : Teknik pengukuran dan penandaanmenggunakan sesiku-L yang betul

Page 15: Nurul Mahzahidah

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Rajah 6 : Teknik pemasangan apit-G yang betul

SEBELUM

SELEPAS

Page 16: Nurul Mahzahidah

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Rajah 7 : Teknik pemotonganmenggunakan gergajiputing yang betul

SEBELUM

SELEPAS

Page 17: Nurul Mahzahidah

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Rajah 8 : Teknik kemasan menggunakan kertas pasir yang betul

SEBELUM

SELEPAS

Page 18: Nurul Mahzahidah

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Kaedah yang kedua iaitu •kaedah pemantauan dilakukan sepanjang

proses pembinaan projek kayu oleh murid tingkatan 2RK1.

•Murid dipantau secara teliti dan sebarang kesilapan teknik dan cara akan ditegur secara langsung dan ditunjukcara akan teknik dan cara yang betul

Page 19: Nurul Mahzahidah

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Rajah 9 : Murid-murid melaksanakan proses pembinaan projek kayu dengan pemantauan guru

Page 20: Nurul Mahzahidah

PENILAIAN DAN REFLEKSI KESELURUHAN

Kelebihan • berpuas hati dari segi peningkatan kemahiran asas

penggunaan alatan tangan • perkembangan yang begitu positif dan

memberangsangkan. • murid-murid semakin berdikari dan lebih

bertanggungjawab terhadap projek kayu masing-masing.

• Hanya sedikit arahan diberikan oleh guru dan murid-murid mampu bertindak sendiri dengan cara dan teknik penggunaan alatan tangan yang betul

• bertambah minat terhadap pembinaan projek• Murid-murid juga mampu memberi tunjuk ajar

kepada rakan sesama mereka

Page 21: Nurul Mahzahidah

PENILAIAN DAN REFLEKSI KESELURUHAN

Kelemahan •wujud permasalahan berkaitan cara dan teknik

yang betul bagi murid yang tidak hadir ke kelas pada hari guru melakukan tunjukcara.

•Hal ini memberi kesan kepada penggunaan alatan tangan dan hasil kerja yang dilakukan oleh murid.

•Guru terpaksa menunjukcara semula bukan hanya kepada seorang murid, tetapi kepada beberapa orang murid yang tidak hadir.

Page 22: Nurul Mahzahidah

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

•Memastikan setiap murid memiliki alatan tangan sendiri untuk memudahkan proses pembinaan projek kayu agar murid lebih mengenali dan menjaga alatan tangan dengan baik.

•murid tidak akan tersilap langkah dalampenggunaan dan pengendalian alatan tangan.

Page 23: Nurul Mahzahidah

TAMAT