nurul aqilah nabilah binti ibrahim (ba13110378)

20
SEKOLAH SAINS SOSIAL AJ10403 PENGANTAR ARKEOLOGI SEM DUA SESI 2014 NAMA PENSYARAH: ENCIK BASZLEY BEE BIN BASRAH BEE NAMA TUTOR: ENCIK ZAINUDDIN BIN BACO JUMAAT / 10 – 11 AM NURUL AQILAH NABILAH BINTI IBRAHIM BA13110378 SOALAN 63 TAJUK SOALAN ZAMAN PRASEJARAH DI INDONESIA

Upload: aqilah

Post on 16-Jan-2016

73 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

arkeologi

TRANSCRIPT

Page 1: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

SEKOLAH SAINS SOSIAL

AJ10403

PENGANTAR ARKEOLOGI

SEM DUA SESI 2014

NAMA PENSYARAH: ENCIK BASZLEY BEE BIN BASRAH BEE

NAMA TUTOR: ENCIK ZAINUDDIN BIN BACO

JUMAAT / 10 – 11 AM

NURUL AQILAH NABILAH BINTI IBRAHIM

BA13110378

SOALAN 63

TAJUK SOALAN

ZAMAN PRASEJARAH DI INDONESIA

Page 2: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

1.0 PENGENALAN

Arkeologi sebagai sebuah cabang ilmu sosial yang di antaranya mengumpulkan pelbagai tinggalan bahan masa lampau untuk dibina semula proses sejarah budayanya, yang memberikan impak kepada pengetahuan kebudayaan sesebuah masyarakat. Pengetahuan yang dimaklumkan arkeologi kiranya dapat memberikan gambaran bentuk kebudayaan, proses penyebaran manusia dan budayanya yang telah berlangsung di satu wilayah bahkan di beberapa wilayah. Tentunya cabang ilmu mutlak yang lain diperlukan untuk memberikan gambaran yang lebih baik bagi informasi masa lalu.1

Secara khusus, arkeologi ialah mempelajari budaya masa silam, yang sudah berusia tua, baik pada masa prasejarah (sebelum dikenal tulisan), mahupun pada masa sejarah (ketika terdapat bukti-bukti tertulis). Pada perkembangannya, arkeologi juga dapat mempelajari budaya masa kini, sebagaimana dipopularkan dalam kajian budaya benda moden (modern material culture). Oleh kerana bergantung kepada benda-benda peninggalan masa lalu, maka arkeologi sangat memerlukan kelestarian benda-benda tersebut sebagai sumber data. Oleh kerana itu, kemudian dibangunkan disiplin-disiplin yang lain, iaitu pengurusan sumber daya arkeologi (Archaeological Resources Management), atau lebih luas lagi adalah pengurusan sumber daya budaya (CRM) iaitu Culture Resources Management.2

Zaman Prasejarah adalah zaman atau era ketika manusia belum mengenal tulisan atau era sebelum masihi. Prasejarah dimulai sejak adanya alam semesta, namun yang lebih umum adalah ketika mula adanya kehidupan manusia di muka bumi. Prasejarah merupakan bahagian dari ilmu sejarah dan permulaan dari sejarah. Berakhirnya era prasejarah tidak sama bagi setiap bangsa, bergantung dari sejak bila bangsa itu mengenal tulisan.3 Di Indonesia kerana tidak ada tulisan pada masa prasejarah, maka peninggalan-peninggalan pada era prasejarah tersebut berbentuk paleontologi, astronomi, biologi, geologi, antropologi dan arkeologi. Kehidupan manusia sudah ada sejak zaman prasejarah dan dibahagi kepada dua masa, pertama adalah masa pleistosen atau pleistocen sekitar 10.000 tahun yang lalu dimana manusia belum mengenal alat bantu untuk mencari makan dan mempertahankan diri. Kedua adalah masa holosen atau holocen dimana manusia mulai mengenal alat bantu untuk berburu dan mempertahankan diri. Mereka disebut sebagai manusia purba. Jenis-jenis manusia purba seperti meganthropus, meganthropus robustus, pithecanthropus, pithecanthropus mojokertensis, pithecanthropus erectus, pithecanthropus soloensis.4

1 Ketut Wiradnyana, Pra Sejarah, Indonesia: Yayasan Pustaka Obor Indonesia, 2011, hlm.4. 2 Sudrajat M. Pd. 1973. Diktat Prasejarah Indonesia. Tesis Ph.D Universitas Negeri Yogjakarta, hlm.4. 3 Ketut Wiradnyana, Pra Sejarah, Indonesia: Yayasan Pustaka Obor Indonesia, 2011, hlm.4. 4 Ibid., hlm.5.

Page 3: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

2.0 Pembahagian Masa Di Indonesia

Hingga saat ini, pembahagian masa dalam arkeologi di Indonesia dibahagikan menjadi empat tempoh masa iaitu masa prasejarah yang ditandai dengan sejak adanya manusia5 dengan kebudayaannya hingga ditemukan tulisan pada sekitar abad ke-5 Masihi, masa klasik iaitu sejak kedatangan pengaruh budaya India yang bermula awal masihi hingga runtuhnya kerajaan Majapahit sekitar awal abad ke-15 Masihi, masa Islam iaitu sejak kedatangan pengaruh Islam hingga abad ke-19 Masihi dan masa Kolonial iaitu sejak kemasukan orang-orang Eropah terutama Belanda pada abad ke-19 Masihi.6

Masa prasejarah dalam aspek teknologi peralatan iaitu hidup mereka dibahagi menjadi empat iaitu masa Paleolitik, masa Mesolitik, masa Neolitik dan masa Perunggu atau Besi. Masa Paleolitik iaitu masa yang tertua dengan peralatan batunya dibuat hanya dengan sederhana. Masa ini berlangsung sejak adanya manusia dengan budayanya hingga pada sekitar 10,000 tahun yang lalu. Masa Mesolitik iaitu masa dengan teknologi batu yang lebih maju berbanding masa Paleolitik, dengan peralatan batu yang telah mengalami pengerjaan lanjutan. Masa Mesolitik ini berkisar 10 000 tahun yang lalu hingga 6 000 tahun yang lalu.7

Masa Neolitik merupakan masa yang dianggap revolusi kehidupan masa prasejarah,

kerana pada masa ini telah diperkenalkan teknik bercucuk tanam yang baik. Masa Neolitik ini berlangsung kira-kira 6 000 tahun tahun dahulu sehingga awal masihi. Masa Perunggu atau Besi merupakan masa di mana manusia telah mengenal teknologi pemprosesan logam. Pembahagian masa Perunggu atau Besi dianggap bersamaan dengan masa Neolitik.8

Soejono (1993) membahagi masa prasejarah yang ditinjau dari aspek ekonomi, maka

pembahagian dibahagikan kepada empat. Masa yang pertama ialah Masa Berburu dan Mengumpulkan Makanan Tingkat Sederhana. Manusianya hidup berpindah-randah dan masa ini disejajarkan dengan masa Paleolitik dan dalam geologi masuk pembahagian masa Pleistosen atau diluvium. Masa yang kedua ialah Masa Berburu dan Mengumpulkan Makanan Tingkat Lanjut. Manusianya sudah mulai hidup menetap dan masa ini selari dengan masa Mesolitik dan dalam geologi masuk pembahagian masa Holosen atau aluvium. Masa yang ketiga ialah Masa Bercucuk Tanam. Manusianya sudah hidup menetap dan sudah bercucuk tanam. Masa ini selari dengan masa Neolitik. Masa yang keempat ialah Masa Perundagian. Manusianya telah memiliki teknologi pemprosesan logam yang sejajar dengan masa Perunggu atau masa Besi.9

Di dalam pembahagian Zaman Neolitik atau juga masa bercucuk tanam berkembang

budaya agama yang kompleks dengan tinggalan bahannya yang berupa pelbagai bentuk bangunan berbahan batu yang disebut Megalitik. Perkembangan budaya ini di beberapa wilayah Indonesia masih berlangsung hingga kini, seperti di Nias, Sumba. Unsur-unsur budaya ini masih nampak pada sebahagian besar budaya tradisional di Indonesia. Pembahagian masa dalam arkeologi di Indonesia ataupun pembahagian masa dalam prasejarah mempunyai pelbagai waktu yang berbeza antara wilayah, sehingga angka-angka tempoh masa yang tersebut di atas tidak berlaku baku.10

5 Ketut Wiradnyana, Pra Sejarah, Indonesia: Yayasan Pustaka Obor Indonesia, 2011, hlm.6. 6 Ibid. 7 Ibid. 8 Ibid. 9 Ibid., hlm.8. 10 Ibid.

Page 4: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

3.0 Tempoh Masa Zaman Prasejarah Indonesia

Dalam sejarah waktu merupakan unsur yang sangat penting, sehingga pembahagian waktu berdasarkan tempoh masa merupakan pilihan yang sangat baik. Dengan demikian diharapkan huraian tentang kejadian dan peristiwa dalam sejarah dapat lebih bersifat kronologi.11

Sekitar tahun 1836, seorang ahli sejarah dari Denmark CJ. Thomsen mengemukakan tempoh masa Zaman Praaksara. Ia membahagi Zaman Praaksara menjadi tiga zaman iaitu Zaman Batu, Zaman Perunggu dan Zaman Besi. Konsep ini bertahan lama di Eropah Barat dan terkenal dengan sebutan three age system. Konsep yang dikemukakan oleh Thomsen ini menitikberatkan kepada pendekatan yang bersifat teknikal yang berdasarkan pada penemuan atas alat-alat yang ditinggalkan. Jadi yang dimaksudkan Zaman Batu adalah zaman dimana peralatan manusia dibuat dari batu, Zaman Perunggu berciri khas peralatan manusia dibuat dari perunggu sedangkan Zaman Besi adalah zaman dimana peralatan manusia praaksara dibuat dari besi. 12

Konsep tempoh masa Zaman Praaksara Indonesia juga terpengaruh oleh pendekatan

model Thomsen ini. Pakar sejarah dari Indonesia R Soekmono membahagi Zaman Prasejarah Indonesia menjadi dua zaman iaitu Zaman Batu (meliputi: Palaeolitik, Mesolitik, dan Neolitik) dan Zaman Logam (meliputi Zaman Tembaga, Perunggu dan Besi).13

Tempoh masa Zaman Praaksara Indonesia memasuki tahap baru sekitar tahun 1970

seorang ahli sejarah R.P. Soeroso dengan menggunakan pendekatan sosial ekonomi untuk membuat tempoh masa zaman praaksara Indonesia. Dengan pendekatan baru ini maka Zaman Praaksara Indonesia dibahagi menjadi tiga zaman iaitu Zaman berburu dan mengumpulkan makanan, Zaman pertanian atau bercucuk tanam dan Zaman Perundagian (kemampuan teknik).14

Meskipun masing-masing zaman memiliki watak dan ciri-ciri khusus, namun tidak bererti dengan bergantinya zaman, watak pada zaman dahulu sama sekali hilang. Jadi pada zaman pertanian misalnya masyarakat sama sekali tidak meninggalkan tradisi pada zaman berburu dan mengumpulkan makanan. Kadang-kadang masyarakat masih berburu untuk mendapatkan tambahan makanan. Seolah-olah model pendekatan sosial ekonomi inilah yang sekarang dipergunakan untuk membuat tempoh masa Zaman Praaksara.15

11 Sudrajat M. Pd. 1973. Diktat Prasejarah Indonesia. Tesis Ph. D Universitas Negeri Yogjakarta, hlm.16. 12 Ibid. 13 Ibid. 14 Ibid. 15 Ibid., hlm.17.

Page 5: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

4.0 Ciri-ciri Kehidupan Manusia Praaksara Manusia adalah makhluk yang paling sempurna. Meskipun masih primitif, akan tetapi ia dilengkapi dengan akal fikiran sehingga manusia dapat memikirkan cara-cara untuk mengatasi kesulitan-kesulitan yang dihadapinya. Demikian juga dengan manusia praaksara, ia mampu mengatasi kesulitan dengan memanfaatkan benda-benda yang ada disekitarnya. Berdasarkan kemampuan teknologinya, yang didasarkan pada alat-alat yang ditinggalkannya, tempoh masa masyarakat praaksara Indonesia dapat diperinci menjadi Zaman batu yang meliputi Palaeolitik, Mesozoi, dan Neolitik serta Zaman Logam yang meliputi Zaman Tembaga, Perunggu dan Besi. 16 Zaman Batu merupakan suatu jangka masa di mana peralatan manusia pada saat itu dibuat dari batu. Dengan kemampuan yang terbatas manusia praaksara memanfaatkan batu untuk membantu mengatasi tentangan alam. Mereka memanfaatkan kegunaan batu untuk membuat kapak, pisau dan alat-alat lain yang menunjang kehidupan mereka pada saat itu. Sedangkan Zaman Logam merupakan suatu tempoh di mana manusia praaksara telah mengenal Logam dan memanfaatkannya sebagai bahan untuk membuat alat-alat dan perkakas yang diperlukan. 17

4.1 ZAMAN BATU

4.1.1 Zaman Palaeolitik (Zaman Batu Tua) Zaman Palaeolitik atau Zaman Batu Tua merupakan zaman di mana peralatan manusia prasejarah dibuat dari batu yang cara pengerjaannya masih sangat kasar. Zaman ini berlangsung pada Zaman Pleistosen yang berlangsung kira-kira 600.000 tahun lamanya.18 Pada zaman ini alat-alat terbuat dari batu yang masih kasar dan belum dihaluskan dan kehidupan penduduknya masih berpindah-randah (nomad).19 Zaman Palaeolitik ditemukan di Pacitan (Jawa), Lahat (Sumatera Selatan), Parigi (Sulawesi). Zaman ini dikenali sebagai kebudayaan Pacitan di daerah hulu sungai Madiun, di pantai selatan Jawa Timur. Batu dengan batu di adu sehingga pecah, dibentuk dengan bahagian atas dapat digenggam, sehingga disebut kapak genggam. Fungsinya sebagai kapak perimbas yang tidak bertangkai.20 Contoh alat-alat tersebut adalah Kapak Genggam, banyak ditemukan di daerah Pacitan. Alat ini biasanya disebut “Chopper” (alat penetak atau pemotong). Flakes, iaitu alat-alat kecil yang terbuat dari batu Chalcedon, yang dapat digunakan untuk mengupas makanan. Alat-alat dari tulang dan flakes, termasuk hasil kebudayaan Ngandong. Kegunaan alat-alat ini pada umumnya untuk berburu, menangkap ikan, mengumpulkan ubi dan buah-buahan.21 Paleolitik

16 Sudrajat M. Pd. 1973. Diktat Prasejarah Indonesia. Tesis Ph. D Universitas Negeri Yogjakarta, hlm.18. 17 Ibid. 18 Nana Supriatna, Sejarah, Indonesia: Grafindo Media Pratama, 2006, hlm.59. 19 Supartono Widyosiswoyo, Sejarah Kebudayaan Indonesia, Indonesia: Penerbit universitas Trisakti, 2000, hlm. 57. 20 Ibid., hal. 56. 21 Sudrajat M. Pd. 1973. Diktat Prasejarah Indonesia. Tesis Ph. D Universitas Negeri Yogjakarta, hlm. 18.

Page 6: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

di Indonesia tidak hanya dikenal melalui penggunaan peralatan batu seperti kapak perimbas, kapak genggam, alat serpih tetapi juga peralatan dari bahan tulang mahupun tanduk.22 Jenis-jenis alat batu Zaman Paleolitik.

Sumber: http://pakyok.wordpress.com/2008/01/30/pra-sejarah-indonesia-2 Pada saat itu manusia praaksara kehidupannya masih sangat sederhana. Mereka hidup berkelompok dengan anggota kelompok sebanyak 10 hingga 15 orang. Mereka sudah mengenal api, meskipun baru dimanfaatkan sebagai senjata untuk menghadapi makhluk hidup lain, atau untuk menakuti binatang buruan. Manusia Praaksara pada Zaman Palaeolitik ini mendapatkan bahan makanan dengan cara berburu dan mengumpulkan makanan dengan memungut langsung dari sumber alam (food gathering). Mereka sangat bergantung dengan persediaan makanan dari alam kerana mereka belum mampu menghasilkan makanan. Oleh kerana mereka selalu berpindah-pindah tempat (nomad) mengikut musim makanan. Apabila makanan di tempat mereka habis, maka23 mereka akan berpindah ke tempat lain yang persediaan makanannya masih mencukupi. Biasanya manusia purba hidup di dalam gua atau di pinggir sungai dengan tujuan utama untuk mempermudahkan dalam pencarian makanan. Sungai merupakan tempat yang paling memungkinkan untuk mendapatkan ikan. Sedangkan gua dapat mereka manfaatkan sebagai tempat untuk melindungi diri dari cuaca panas, hujan dan serangan dari binatang buas.24 Masih dalam Zaman Batu Tua, dikenali sebagai kebudayaan Ngandong di daerah dekat pertemuan sungai madiun dengan bengawan Solo, di wilayah Ngawi. Selain sebagai budaya batu (stone culture) berupa flakes, juga ditemukan budaya tulang (bone culture) berupa alat penusuk, ada yang sudah diberi gerigi, tulang yang berukuran besar dipergunakan sebagai alat pengorek. Dikatakan bahawa pendukung kebudayaan Ngandong adalah Homo Soloensis (lembah bengawan Solo di Sangiraan, Trinil) dan Homo Wajakensis (lembah sungai Brantas, di Wajak, dekat Tulungagung). Dikatakan kedua manusia tersebut hidupnya masih dalam tingkat food gathering dan nomad.25 Zaman ini ditandai dengan kehidupan manusia yang belum menetap dan belum berkelompok dengan suatu organisasi yang tetap. Dalam peristilahan prasejarah zaman ini

22 Ketut Wiradnyana, Pra Sejarah, Indonesia: Yayasan Pustaka Obor Indonesia, 2011, hlm.7. 23 Sudrajat M. Pd. 1973.Diktat Prasejarah Indonesia.Tesis Ph. D Universitas Negeri Yogjakarta, hlm.18. 24 Ibid., hlm. 19. 25 Supartono Widyosiswoyo, Sejarah Kebudayaan Indonesia, Indonesia: Penerbit universitas Trisakti, 2000, hlm. 57.

Page 7: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

disebut Paleolitik. Dari zaman ini, di Indonesia tidak ditemukan data mengenai kemungkinan adanya seni pertunjukan (berbeza dengan peninggalan Palaeolitik di Eropah di mana terdapat lukisan gua yang menggantikan gambaran-gambaran manusia seperti dalam sikap menari).26 4.1.2 Zaman Mesolitik (Zaman Batu Tengah)

Zaman Mesolitik atau Zaman Batu Tengah merupakan Zaman peralihan dari Zaman Palaeolitik menuju ke Zaman Neolitik. Para ahli Purbakala menyebutkan zaman ini berlangsung lebih kurang pada 20 000 tahun silam.27 Pada zaman ini kehidupan manusia praaksara belum banyak mengalami perubahan. Alat-alat yang dihasilkan masih terlihat kasar meskipun telah ada upaya untuk memperhalus dan mengasahnya agar kelihatan lebih indah. Jenis alatan batu Zaman Mesolitik

Sumber: http://pakyok.wordpress.com/2008/01/30/pra-sejarah-indonesia-2 Dari berbagai alat yang ditemukan, dapat dianalisis bahawa kebudayaan Zaman Mesolitik dapat dibezakan menjadi tiga iaitu pebble culture, bone culture dan flake culture (Sokemono, 1973: 39). Pebble culture terutama ditemukan dari suatu corak peninggalan istimewa yaitu kjokkenmoddinger. Lingkungan ini ditemukan di sepanjang pantai timur Sumatera antara Langsa (Aceh) dan Medan. Pada dua tempat tersebut kemungkinan telah ada komuniti manusia praaksara yang tinggal di dalam rumah-rumah bertonggak. Di dalam bukit kerang tersebut ditemukan pebble atau sejenis kapak genggam khas Sumatera.28

Lingkungan kedua dari kebudayaan Zaman Mesolitik adalah abris sous roche iaitu gua yang diguna pakai sebagai tempat tinggal. Gua ini sebenarnya hanyalah sebuah ceruk di dalam batu karang yang cukup untuk memberikan perlindungan dari panas dan hujan. Di dasar gua tersebut ditemukan banyak peninggalan terutama yang terbanyak dari Zaman Mesolitik, (Soekmono, 1973: 41). Alat-alat yang ditemukan antara lain adalah mata panah, flakes, batu penggilingan, dan lain-lain. Pada masa ini manusia mulai hidup menetap dengan membuat rumah panggung di tepi pantai atau tinggal di dalam gua.29

26 Mukhlis PaEni, Sejarah Kebudayaan Indonesia Seni Pertunjukan dan Seni Media, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada, Jakarta, 2009, hlm.16. 27 Nana Supriatna, Sejarah, Indonesia: Grafindo Media Pratama, 2006, hlm.60. 28 Sudrajat M. Pd. 1973. Diktat Prasejarah Indonesia. Tesis Ph. D Universitas Negeri Yogjakarta, hlm.20. 29 Ibid.

Page 8: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

Manusia prasejarah juga mulai bercucuk tanam dan telah terlihat mulai mengatur masyarakatnya. Mereka melakukan pembahagian pekerjaan di mana kaum lelaki berburu, sedangkan kaum wanita menguruskan anak dan membuat kerajinan berupa anyaman dan keranjang. Manusia praaksara juga mulai mengenal kesenian. Di dalam sebuah gua di Maros (Sulawesi Selatan) ditemukan tapak tangan berwarna merah dan gambar babi hutan yang oleh para ahli diyakini sebagai bahagian dari kebudayaan masyarakat prasejarah. Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa kebudayaan Mesolitik dapat dikategorikan dalam dua unit budaya iaitu kebudayaan kjokkenmoddinger dan abris sous roche.30 Lukisan adalah karya seni rupa paling awal yang diciptakan manusia di Indonesia, tepatnya oleh bangsa Papua-Melanesoide. Pembuatan lukisan ini berlangsung di Zaman Mesolitik. Menurut van Heekeren, lukisan babi hutan di gua Leang-leang, Sulawesi Selatan, berumur 4,000 tahun (Soekmono, 1997:38-48). Sementara itu, Roder berpendapat bahawa lukisan kuno di Indonesia ini paling tua berumur seribu tahun, sedangkan yang lain lebih muda dengan umur tiga ratus atau empat ratus tahun (Holt, 1967:11). Pembuatan lukisan prasejarah di Sulawesi Selatan tidak boleh dilepaskan dari berkembangnya Budaya Toala, sebuah istilah yang digunakan untuk menunjukkan budaya serpih batu yang muncul di Sulawesi Selatan sekitar 10, 000 tahun yang lalu. Para pendukung budaya ini ini tinggal di gua-gua dekat sungai kecil. Mereka membuat lukisan-lukisan dinding yang antara lain berupa cap-cap tangan, gambar binatang, dan bentuk pantai timur Sumatra dan Aceh dan budaya Sampung di Jawa Tengah dan Jawa Timur, terutama di daerah-daerah berbukit kapur sepanjang pantai selatan, tetapi tidak ada bukti yang jelas tentang kedudukan sebenar lukisan.31 Lukisan cap tangan di Gua Leang-Leang.

Sumber: http://senja1612.blogspot.com/2010/11/sejarah-seni-rupa-indonesia.html Contoh di gua leang-leang, lukisan cap-cap tangan diperkirakan berumur 4.000 tahun. Ada tradisi purba masyarakat setempat yang menyebutkan, gambar tangan dengan jari lengkap bermakna sebagai penolak bala, sementara tangan dengan empat jari saja bererti ungkapan berdukacita. Gambar itu dibuat dengan cara meletakkan tangan ke dinding gua, lalu disemburkan dengan cairan berwarna merah. Set pewarna ini mungkin dari mineral merah yang

30 Sudrajat M. Pd. 1973. Diktat Prasejarah Indonesia. Tesis Ph. D Universitas Negeri Yogjakarta, hlm.20. 31 Mukhlis PaEni, Sejarah Kebudayaan Indonesia Seni Rupa dan Desain, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada, Jakarta, 2009, hlm. 12.

Page 9: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

banyak terdapat di sekitar gua (di batu-batuan dan di dasar sungai di sekitar gua), ada pula yang mengatakan dengan batu-batuan dari getah pohon yang dikunyah seperti sirih.32 Perbincangan tentang seni rupa prasejarah dalam buku ini dimulai dari Zaman Mesolitik atau Zaman Batu Tengah kerana pada zaman sebelumnya, yakni zaman Paleolitik atau Zaman Batu Tua, belum ditemukan benda-benda yang boleh dinggap seni rupa. Pada zaman itu, memang telah dikenal adanya dua kebudayaan iaitu Kebudayaan Pacitan dan Kebudayaan Ngandong, tetapi benda yang ditemukan dari masa itu masih amat sederhana, tanpa sentuhan seni dari pembuatnya. Pacitan dan Ngandong adalah dua tempat yang sekarang terletak di Jawa Timur. Di Pacitan telah ditemukan benda prasejarah berupa kapak genggam, sedangkan di Ngandong telah ditemukan banyak alat dari tulang, di samping kapak genggam dari batu. Di Sangiran, Jawa Tengah, juga telah ditemukan alat-alat yang lebih kecil (flakes); alat-alat berukuran kecil seperti ini juga telah ditemukan di Cabenge (Sulawesi Selatan).33 Pengertian lukisan prasejarah berbeza dengan pengertian lukisan di masa sekarang yang menggunakan bermacam-macam warna dan dibuat di atas permukaan yang rata seperti kanvas, kaca dan dinding. Lukisan prasejarah dibuat di atas permukaan batu karang atau gua yang tidak rata dan hanya menggunakan warna yang terbatas, terutama merah dan hitam. Lukisan-lukisan serupa ini ditemukan di Kalimantan Timur, Pulau Muna, Seram, Timor, Kei dan Papua. Lukisan ini mengingatkan orang pada lukisan – lukisan tertua di Eropah yang terdapat di gua-gua, yakni di Altamira (Sepanyol); Lascaux, Niaux, Pech-Merle, dan Trois Freres (Perancis).34 Dalam perkembangan prasejarah, bekas-bekas peninggalan budaya dari masyarakat dengan pola hidup berburu-meramu banyak ditemukan seperti benda mesolitik penemuan J. Roeder tahun 1937 di gua Dudumunir di Pulau Arguni (Teluk Berau), Papua. Di gua tersebut ditemukan alat-alat serpihan yang lebih dikenali dengan istilah retouched flakes. Di antara alat-alat serpihan tersebut terdapat mata panah, mata tombak, penggaru, dan tembikar. Pembuatan alat serpihan tersebut masih lagi dibuat oleh suku bangsa Tapiro, Utakwa, dan Pesekhem pada masa sekarang.35

4.1.3 Zaman Neolitik (Zaman Batu Muda).

Zaman Neolitik atau Zaman Batu Muda merupakan revolusi dalam kehidupan manusia praaksara. Zaman ini berlangsung sekitar 7000 hingga 3000 sebelum masihi. Hal ini terkait dengan pemikiran mereka untuk tidak bergantung diri dengan alam dan mulai berusaha untuk menghasilkan36 makanan sendiri (food producing) dengan cara bercucuk tanam. Di samping bercucuk tanam manusia praaksara juga mulai menternak sapi dan kuda yang diambil dagingnya untuk dimakan. Manusia praaksara juga telah hidup dengan menetap (sedenter).

32

Mukhlis PaEni, Sejarah Kebudayaan Indonesia Seni Rupa dan Desain, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada,

Jakarta, 2009, hlm. 12. 33 Ibid., hlm. 13. 34 Ibid. 35 Mukhlis PaEni, Sejarah Kebudayaan Indonesia Sistem Teknologi, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada, Jakarta, 2009, hlm. 12. 36 Sudrajat M. Pd. 1973. Diktat Prasejarah Indonesia. Tesis Ph. D Universitas Negeri Yogjakarta, hlm.20.

Page 10: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

Mereka membangunkan rumah-rumah dalam kelompok-kelompok yang mendiami suatu wilayah tertentu. Peralatan yang digunakan juga telah diasah dengan halus sehingga kelihatannya lebih indah. Contoh alat tersebut ialah Kapak Persegi, misalnya Beliung, Pacul dan Torah untuk mengerjakan kayu. Alatan ditemukan di Sumatera, Jawa, Bali, Nusatenggara, Maluku, Sulawesi dan Kalimantan. Kebudayaan mereka juga telah mengalami kemajuan yang ditunjukkan dengan kemampuan mereka menghasilkan tenunan. Pola hidup menetap yang mereka jalankan menghasilkan kebudayaan yang lebih maju, kerana mereka mempunyai waktu terluang untuk memikirkan kehidupannya.37 Teknologi berladang tentu harus disokong dengan peralatan khusus. Pada tahap ini memang tidak semua teknologi subtraktif ditinggalkan. Pembuatan alat-alat batu untuk bercucuk tanam atau berladang masih tetap mempertahankan teknologi substraktif. Hal ini terlihat daripada temuan alat-alat batu masa bercucuk tanam (Neolitik) di Indonesia, terutama kapak persegi dan Kapak lonjong.38 Jenis alatan batu Zaman Neolitik.

Sumber: http://pakyok.wordpress.com/2008/01/30/pra-sejarah-indonesia-2

4.1.4 Zaman Megalitik (Zaman Batu Besar)

Zaman Megalitik atau Zaman Batu Besar adalah suatu kebudayaan yang berkaitan dengan kehidupan beragama manusia praaksara. Zaman Megalitik sama dengan Zaman Neolitik kerananya lebih tepat apabila disebut dengan kebudayaan Megalitik. Zaman Megalitik terbahagi dalam dua fasa pencapaian. Fasa pertama berkaitan dengan alat-alat upacara, sedangkan fasa kedua berkait dengan upacara pengkuburan.39

37 Sudrajat M. Pd. 1973. Diktat Prasejarah Indonesia. Tesis Ph. D Universitas Negeri Yogjakarta, hlm.20. 38 Mukhlis PaEni, Sejarah Kebudayaan Indonesia Sistem Teknologi, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada, Jakarta, 2009, hlm. 87. 39 Ibid., hlm. 8.

Page 11: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

Kebudayaan Megalitik menghasilkan alat-alat antara lain ialah Menhir iaitu tugu batu yang dibuat dengan berfungsi untuk menghormati roh nenek moyang atau sebagai penolak bahaya yang mengancam. Menhir di Kabupaten Wonosobo banyak ditemukan bersama dengan tinggalan Hindu. Menhir biasanya berupa pahatan batu berbentuk silinder (bulat-panjang), batu alam yang dipahat seperti bentuk sebenarnya. Menhir biasanya ditemukan bersama batu mendatar (misalnya di Nias dan Sumatra Barat).40 Arca-arca menhir di Sumba yang bersatu dengan dolmen (meja persajian batu).41 Gambar Menhir

Sumber: http://senja1612.blogspot.com/2010/11/sejarah-seni-rupa-indonesia.html Dolmen iaitu meja batu dimana kakinya berupa tugu batu (menhir). Biasanya meja batu ini digunakan untuk meletakkan sesaji. Kadang-kadang dibawah dolmen adalah sebuah kubur, sehingga orang sering menganggapnya sebagai peti kubur. Peti kubur iaitu potongan batu yang disusun menjadi sebuah peti yang digunakan untuk meletakkan jenazah, sarkofagus iaitu keranda dari batu yang kukuh (monolith) yang dianggap memiliki kekuatan magis, waruga adalah peti kubur yang berbentuk kubus atau bulat dan Punden berundak iaitu sebuah bangunan dari susunan batu atau dari tanah yang berpenampang bulat atau empat persegi, memiliki teras-teras atau halaman yang semakin ke atas semakin kecil. Punden berundak sebagaimana menhir kerana di pusat teras berundak itu biasanya menhir.42

40 H. A. Kholiq Arif & Otto Sukatno, Mata Air Peradaban Dua Millenium Wonosobo, Indonesia: LKiS Yogjakarta, 2010, hlm. 112. 41 Mukhlis PaEni, Sejarah Kebudayaan Indonesia Religi dan Falsafah, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada, Jakarta, 2009, hlm. 17. 42 Ibid., hlm. 120.

Page 12: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

Dolmen Di Sumba Timur.

Sumber: http://senja1612.blogspot.com/2010/11/sejarah-seni-rupa-indonesia.html Punden Berundak adalah tempat suci yang berkaitan dengan pengagungan orang yang dianggap mulia, banyak jasa, berkuasa atau yang tindakan masa hidupnya memberi impak yang beerti bagi masyarakatnya.43 Punden berundak sebagai tinggalan megalitik yang dapat dikelompokkan ke dalam tradisi megalitik tua pada awalnya berfungsi sebagai tempat pemujaan. Bentuk Punden berundak ini merupakan bentuk yang paling tepat sebagai simbol untuk gunung. Gunung sebagai tempat suci dan keramat dapat di temukan di daerah Pasemah dan sumatera selatan.44 Punden berundak masih sahaja ditemukan, dua buah di antaranya ditemukan di Pasir Lulumpang Garut 1994 berteras 13 dan bersamaan dengan tiga batu tiga batu lumpang. Punden tersebut diduga oleh Balai Arkeologi Bandung pada 1995 dibuat pada zaman prasejarah. Punden berundak di Situs Pugunggraharjo memiliki tiga teras yang semakin ke atas semakin mengecil. Dengan banyak bukti sejarah tentang kehadiran punden berundak yang selalunya dikaitkan dengan penmbangunan candi-candi yang mengambil bentuk dasar yang serupa, maka gagasan membangun tempat suci yang menyerupai bukit tunggal cenderung merupakan gagasan lebih awal penduduk setempat yang berselerak di Nusantara sebelum mereka bertemu dengan budaya India.45

43 Mukhlis PaEni, Sejarah Kebudayaan Indonesia Arsitektur, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada, Jakarta, 2009, hlm. 22. 44 Ibid., hlm. 121. 45 Ibid., hlm. 22.

Page 13: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

Bentuk bangunan Punden Berundak.

Sumber: http://situsprasejarah.wordpress.com/2012/09/16/megalitikum-gunung-padang

Kubur Batu Pahat dipahatkan pada suatu blok batu andesit yang besar dengan membuat lubang empat persegi sebagai wadah kubur. Di bahagian atasnya diberi penutup dengan batuan sejenis berentuk seperti atap rumah. Salah satu kubur batu pahat yang ditemukan memiliki hiasan di bahagian tutup depan. Kubus batu memiliki tinggi kurang lebih sama dengan lebar, dalam beberapa hal tingginya lebih daripada lebar. Terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian wadah dan tutup. Tinggi keseluruhan kubus batu berkisar antara 30-100 cm.46

Ukiran / pahatan pada batu dan kubur batu Sumba.

Sumber:http://hjf-ringan.blogspot.com/2012/10/ukiran-pahatan-pada-batu-dan-kubur-batu.html

46 H. A. Kholiq Arif & Otto Sukatno, Mata Air Peradaban Dua Millenium Wonosobo, Indonesia: LKiS Yogjakarta, 2010, hlm. 121.

Page 14: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

Di daerah Asei dan kwadewara ditemukan kapak daripada kapak jenis biasa. Pada kapak corong tersebut terdapat tiga buah lubang ditangkainya, yang pada asalnya digunakan untuk memperkuatkan ikatan gagang kayu. Selain itu, kapak corong juga ditemukan di daerah Sorong yang menggambarkan bentuk-bentuk seperti kapak perunggu di Cina.47

4.2 ZAMAN LOGAM Penggunaan logam dalam kehidupan budaya bangsa Indonesia telah dimulai sejak zaman prasejarah, iaitu sejak Masa Perundagian, 3500 tahun yang lalu. Pada masa Perundagian Logam, Perunggu dan Besi terutamanya digunakan sebagai bahan pembuatan alat-alat dan senjata seperti kapak, tombak, parang, badik, mata panah, bejana, nekara, dan benda-benda berupa perhiasan.48 Masyarakat praaksara mula menggunakan logam setelah selama ribuan tahun menggunakan batu. Zaman digunakannya alat-alat tersebut disebut Zaman Logam. Pada zaman ini, sebahagian besar alat-alatannya diperbuat daripada logam. Alat-alatannya dibuat terdiri atas bermacam-macam ukuran, jenis dan kehalusannya. Proses evolusioner pada Zaman Logam lebih cepat berbanding Zaman Batu. Hal ini berkaitan dengan kemampuan daya fikir manusia yang menciptakan alat-alat tersebut.49 Zaman Logam dapat dibahagi kembali menjadi Zaman Tembaga, Zaman Perunggu dan Zaman Besi. Namun wilayah Indonesia hanya mengenal Zaman Perunggu dan Zaman Besi. Untuk Indonesia Zaman Perunggu berlangsung bersamaan dengan Zaman Besi. Alat-alat yang terbuat daripada besi tidak berbeza dengan alat-alat yang terbuat daripada Perunggu. Oleh itu, Zaman Logam di wilayah Indonesia bersamaan dengan Zaman Perunggu.50 Zaman Perunggu di Indonesia menghasilkan banyak artifak berupa nekara dan kapak upacara, salah satu kapak upacara yang menarik berasal dari Bandung. Kapak ini berbentuk mirip seperti kipas yang dikembangkan, yang bahagian paling kembang merupakan mata kapak. Dahulu, kapak ini digunakan dalam upacara tertentu, dengan cara menetak sesuatu dengan mata kapak perunggu ini.51 Nekara merupakan alat bunyi-bunyian yang digantungkan mendatar dan dipukul dari atas. Yang berukuran besar dan ditemukan di Pejeng (Bali) tingginya 186 cm, lebar 160 cm. Teknik pembuatannya dengan a cire perdue, tetapi untuk gantungannya sudah memakai las. Fungsi bunyi-bunyiannya untuk mengarak pengantin atau jenazah, atau pun untuk memanggil hujan, bergantung pada seni hias yang ada pada nekaranya. Nekara ukuran kecil disebut moko, caranya membunyikan dengan ditempatkan di bawah ketiak, kemudian ditabuh dengan tangan. Fungsinya untuk mengikuti tarian dan dijadikan mas kahwin yang sampai sekarang masih

47 Mukhlis PaEni, Sejarah Kebudayaan Indonesia Sistem Teknologi, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada, Jakarta, 2009, hlm. 46. 48 Mukhlis PaEni, Sejarah Kebudayaan Indonesia Sistem Pengetahuan, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada, Jakarta, 2009, hlm. 22. 49 Nana Supriatna, Sejarah. Indonesia: Grafindo Media Pratama, 2006, hlm.61. 50 Ibid. 51 Jacob Sumardjo, Arkeologi Budaya Indonesia. Indonesia: Qalam, 2002, hlm. 114.

Page 15: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

dilaksanakan di Nusa Tenggara Timur, khususnya di Alor.52 Di Pulau Jawa juga ditemukan nekara, tetapi tidak seindah di pulau-pulau kecil seperti Sangeang atau Pulau Selayar. 53 Menurut van Heekeren beberapa beberapa nekara adalah merupakan bekal kubur. Apakah semua juga bekal kubur suatu tanda tanya, kerana nekara di Bulan Pejeng (Bali), tingginya mencapai 1.86 m dan diameter bidang pemukul adalah 1.60 m.54 Namun, mungkin menarik untuk mendapatkan gambaran bagaiman masyarakat masa lalu berimaginasi adalah justeru gambaran nekara yang ditemukan di Sangeang atau gunung api dekat Bima, menurut laporan van Heekeren ada lima buah nekara yang ditemukan oleh Kortleven. Salah satu nekara diberi nama “Makalamau”, merupakan nekara terindah dan terbesar. Tinggi sekitar 835 dan garis tengah bidang pemukul berukuran 1.160 m. Nekara menarik kerana di samping mengandungi hiasan seperti pola tangga dan burung-burung berparuh bengkok, juga mengandung gambar manusia yang memberikan gambaran kehidupan pada masa lalu.55 Nekara adalah benda perunggu dengan pinggang bahagian tengah yang memiliki bilah-bilah berbentuk lengkung seperti bentuk pegangan. Beberapa nekara memperlihatkan motif-motif hiasan yang sangat menarik dan dikerjakan dengan amat sempurna, misalnya nekara yang berasal dari Pulau Selayar dan nekara dari Pejeng, Bali. Nekara-nekara kuno juga ditemukan di Seran (Pulau Sumbawa), Aimoli (Pulau Alor), Pulau Sangeang, dan Bengkulu (Sumatera selatan).56 Gambar Nekara

Sumber: http://senja1612.blogspot.com/2010/11/sejarah-seni-rupa-indonesia.html

52 Supartono Widyosiswoyo, Sejarah Kebudayaan Indonesia, Indonesia: Penerbit universitas Trisakti, 2000, hlm. 65. 53 Mukhlis PaEni, Sejarah Kebudayaan Indonesia Sistem Sosial, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada, Jakarta, 2009, hlm. 22. 54 Ibid., hlm. 30. 55 Ibid. 56

Mukhlis PaEni, Sejarah Kebudayaan Indonesia Seni Rupa dan Desain, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada,

Jakarta, 2009, hlm. 30.

Page 16: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

Bejana merupakan alat untuk menyimpan air. Menilik ukurannya yang tidak besar dan banyak hiasannya, serta cara yang digantungkan, maka air yang disimpan mungkin merupak ubat-ubatan atau racun. Ditemukan di Sumatra dan Madura. Barang hiasan dari perunggu wujudnya gelang tangan, gelang kaki, anting-anting, kalung dan cincin. Banyak dari barang-barang demikian dijadikan bekalan kubur, sehingga menjadi sasaran pencuri barang-barang antik. 57 Bejana perunggu dari Kerinci( Sumatera).

Sumber:http://meneketeheonline.blogspot.com/2010/03/bejana-perunggu-sebuah-peninggalan.html

57 Mukhlis PaEni, Sejarah Kebudayaan Indonesia Seni Rupa dan Desain, Indonesia: PT RajaGrafindo Persada, Jakarta, 2009, hlm. 65.

Page 17: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

5.0 KESIMPULAN. Masa Prasejarah adalah terjadinya kehidupan manusia purba di Indonesia yang bertahan hidup dan melakukan kegiatan hanya untuk memenuhi keperluannya. Masyarakatnya hidup sederhana kerana lambatnya perkembangan budaya. Meskipun pada akhirnya manusia purba di Indonesia lenyap, seiring waktu yang berjalan namun masih banyak meninggalkan peninggalan yang dapat kita jadikan petunjuk bahawa adanya manusia purba Indonesia di Masa Prasejarah. Dengan adanya migrasi atau perpindahan bangsa dari daratan Asia ke Indonesia, maka pada zaman prasejarah di Kepulauan Indonesia ternyata sudah dihuni oleh berbagai bangsa yang terdiri dari Bangsa Melanisia atau Papua Melanosoide yang merupakan Ras Negroid memiliki ciri-ciri antara lain ialah kulit kehitam-hitaman, mulut lebar dan hidung mancung. Bangsa ini sampai sekarang masih terdapat sisa-sisa keturunannya seperti Suku Sakai atau Siak di Riau, dan suku-suku bangsa Papua Melanosoide yang mendiami Pulau Irian dan pulau-pulau Melanesia.58 Bangsa Melayu Tua atau Proto Melayu yang merupakan ras Malayan Mongoloid memiliki ciri-ciri antara lain ialah Kulit sawo matang, rambut lurus, badan tinggi ramping, bentuk mulut dan hidung sedang.keturunan bangsa yang termasuk ini adalah Suku Toraja (Sulawesi Selatan), Suku Sasak (Pulau Lombok), Suku Dayak (Kalimantan Tengah), Suku Nias (Pantai Barat Sumatera) dan Suku Batak (Sumatera Utara) serta Suku Kubu (Sumatera Selatan).Bangsa Melayu Muda/Deutro Melayu yang merupakan rasa Malayan Mongoloid sama dengan bangsa Melayu Tua, sehingga memiliki ciri-ciri yang sama. Bangsa ini berkembang menjadi Suku Aceh, Minangkabau (Sumatera Barat), Suku Jawa, Suku Bali, Suku Bugis dan Makasar di Sulawesi dan sebagainya.59

58 “Pra Sejarah Indonesia” dlm. http://pakyok.wordpress.com/2008/01/30/pra-sejarah-indonesia-2 Diakses pada 5 Mac 2014. 59 Ibid.

Page 18: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

6.0 RUJUKAN Buku. H. A. Kholiq Arif & Otto Sukatno. 2010. Mata Air Peradaban Dua Millenium Wonosobo. Indonesia: LKiS Yogjakarta. Jakob Sumardjo. 2002. Arkeologi Budaya Indonesia. Indonesia: Qalam. Ketut Wiradnyana. 2011. Pra Sejarah Sumatera Bagian Utara: Kontribusinya pada Kebudayaan Kini. Indonesia: Yayasan Pustaka Obor Indonesia. Marwati Djoened Poesponegara & Nugroho Notosusanto. 2008. Zaman Prasejarah Di Indonesia. Indonesia: Balai Pustaka. Mukhlis PaEni. 2009. Sejarah Kebudayaan Indonesia Arsitektur. Indonesia: PT RajaGrafindo Persada. Mukhlis PaEni. 2009. Sejarah Kebudayaan Indonesia Religi dan Falsafah. Indonesia: PT RajaGrafindo Persada. Mukhlis PaEni. 2009. Sejarah Kebudayaan Indonesia Seni Pertunjukan Dan Seni Media. Indonesia: PT RajaGrafindo Persada. Mukhlis PaEni. 2009. Sejarah Kebudayaan Indonesia Seni Rupa dan Desain. Indonesia: PT RajaGrafindo Persada. Mukhlis PaEni. 2009. Sejarah Kebudayaan Indonesia Sistem Pengetahuan. Indonesia: PT RajaGrafindo Persada. Mukhlis PaEni. 2009. Sejarah Kebudayaan Indonesia Sistem Sosial. Indonesia: PT RajaGrafindo Persada. Mukhlis PaEni. 2009. Sejarah Kebudayaan Indonesia Sistem Teknologi. Indonesia: PT RajaGrafindo Persada. Nana Supriatna. 2006. Sejarah. Indonesia: Grafindo Media Pratama. Sudrajat M. Pd. 1973. Diktat Prasejarah Indonesia. Indonesia: Universitas Negeri Yogjakarta. Soedjatmoko, Mohammad Ali, G. J. Resink & G. McT. Kahin. 1995. Historiografi Indonesia. Indonesia: PT Gramedia Pustaka Utama. Supartono Widyosiswoyo. 2000. Sejarah Kebudayaan Indonesia. Indonesia: Penerbit universitas Trisakti.

Page 19: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

R. P. Soejono. 2006. Archaeology: Indonesian Perspectives. Indonesia: Indonesian Institutes For Sciences. Laman web atau internet dan you tube. Annisa Nabila. 2013. Peradaban Indonesia dan Dunia. http://www.slideshare.net/AnnisaNew/peradaban-indonesia-dan-dunia. 28 Mac 2014. Balitvnews. 2011. Kerangka Manusia Peninggalan Masa Prasejarah. http://www.youtube.com. 4 April 2014. Bse. 2013. Sejarah Indonesia. http://bse.mahoni.com/data/kurikulum2013/kelas_10_sma_sejarah_siswa.pdf. 9 Mei 2014. David Chumaidi. 2013. Manusia Zaman Pra Sejarah. http://www.youtube.com/watch?v=TpQyB2HoOwQ. 4 April 2014. Dianrana. Manusia Purba Di Indonesia pada Masa Prasejarah. http://dianrana-katulistiwa.com/manusia_purba.pdf. 9 Mei 2014. Elcom. 2007. Judul Kebudayaan Masyarakat Prasejarah Indonesia. http://elcom.umy.ac.id/elschool/muallimin_muhammadiyah/file.php/1/materi/sej arah/kebudayaan masyarakat prasejarah indonesia.pdf. 9 Mei 2014. Elcom. 2007. Judul Masyarakat Prasejarah Indonesia. http://elcom.umy.ac.id/elschool/muallimin_muhammadiyah/file.php/1/materi/sej arah/kebudayaan masyarakat prasejarah indonesia.pdf. 9 Mei 2014. Evolusiblog. 2012. Asal Usul Dan Persebaran Manusia Di Kepulauan Indonesia. http://evolusiblog.files.wordpress.com/2012/05/asal-usul-dan-persebaran- manusia.pdf. 9 Mei 2014. Febri Susanti. 2013. Zaman Pra-sejarah. http://www.scribd.com/doc/13139889/Zaman- Prasejarah. 22 Mac 2014. Iacikita. Tradisi Musik di Zaman Prasejarah Indonesia. http://www.google.com.my/url http:iacikita.files.wordpress.comtradisi-musik-di-zaman-prasejarah-indonesia.pdf. 9 Mei 2014. ManYun66. 2013. Kehidupan Masyarakat Prasejarah. http://www.youtube.com/watch?v=l2n74FTpfNc. 4 April 2014. Materi78. 2013. Kehidupan Awal Masyarakat Indonesia. http://materi78.files.wordpress.com/2013/06/4-kehidupan-awal-masyarakat- indonesia.pdf. 9 Mei 2014.

Page 20: Nurul Aqilah Nabilah Binti Ibrahim (Ba13110378)

Materi78. 2013. Perkembangan Kehidupan Manusia Purba Di Indonesia. http://materi78.files.wordpress.com/2013/06/3-manusia-purba-dan-masa- prasejarah-di-indonesia.pdf. 9 Mei 2014.

Mbahrogo. 2008. Zaman Prasejarah Indonesia. http://mbahrogo.files.wordpress.com/2008/07/jaman-prasejarah.doc. (9/5/2014) Mbak Aul. 2014. Masyarakat Indonesia pada zaman prasejarah. http://www.slideshare.net/mbak_aul/masyarakat-indonesia-pada-zaman- prasejarah. 28 Mac 2014. Pandu Rinata Galeri. 2004. Prasejarah Indonesia. http://pansejarah.tripod.com/id3.html. 5 Mac 2014. Perpustakaanhedri. Budaya Masa Prasejarah Indonesia. http://www.google.com.my/url http://www.perpustakaanhedri.50webs.com/BUDAYAMASAPRA-SEJARAH.pdf. 9 Mei 2014. Rusdi. 1978. Masyarakat Pra Sejarah Indonesia. http://history1978.wordpress.com/2009/09/06/masyarakat-prasejarah-indonesia /. 5 Mac 2014. Staf.uni.ic.id. 1973. Diktat Prasejarah Indonesia.pdf. http://www.google.com.my/url2Fstaff.uny.ac.idsitespendidikanSudrajat.Pd. DIKTATPRASEJARAHINDONESIA.pdf. 9 Mei 2014. Sri Rezkiana. 2013. Zaman Prasejarah. http://www.youtube.com/watch?v=Cjdn5Ydku8I. 4 April 2014. Sugiono. 2012. Kehidupan Awal Masyarakat Indonesia. http://sugionosejarah.files.wordpress.com/2012/06/kehidupan-awal-masyarakat- indonesia.pdf. 9 Mei 2014. Teguh Wahyudi. 2012. Alat Zaman Pra Sejarah 1. http://www.youtube.com/watch?v=atsdJNJYRpY. 4 April 2014. Vick Maulana. 2013. Peradaban awal masyarakat Indonesia. http://www.slideshare.net/rockice/peradaban-awal-masyarakat-indonesia. 28 Mac 2014. Westpapua. 2007. Zaman Prasejarah. http://www.google.com.my/url/westpapua.webs.com/zamanpr asejarahbaru.pdf. 9 Mei 2014. Yoyok Putra Muria. 2007. Pra Sejarah Indonesia 2. http://pakyok.wordpress.com/2008/01/30/pra-sejarah-indonesia- 2. 5 Mac 2014.