nurafifah bte mohamad arifin · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis...

105
PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN TINGKATAN EMPAT (STAR) BERASASKAN PENCAPAIAN AKADEMIK NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 16-Sep-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN

TINGKATAN EMPAT (STAR) BERASASKAN PENCAPAIAN AKADEMIK

NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN

TINGKATAN EMPAT (STAR) BERASASKAN PENCAPAIAN AKADEMIK

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya : NURAFIFAH MOHAMAD ARIFIN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.

2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis.

3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka.

4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak.

5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.

6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : NO 5, JALAN RAJAWALI PM. DR. MOHINI BT. MOHAMED

TAMAN BERKAT, 84000

MUAR, JOHOR.

Tarikh : Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(NAMA PENYELIA)

Page 3: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

PENGAKUAN PENYELIA

“Saya/kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan: ………………………………............

Nama Penyelia: PM. DR. MOHINI BT. MOHAMED

Tarikh: ………………………………………

Page 4: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

PEMBANGUNAN SISTEM UJIAN PENENTUAN ALIRAN

TINGKATAN EMPAT (STAR) BERASASKAN PENCAPAIAN AKADEMIK

NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN

Projek Sarjana Muda ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .......................................

Nama Pelajar : NURAFIFAH MOHAMAD ARIFIN

Tarikh : .......................................

Page 6: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

iii

DEDIKASI

Jutaan Terima Kasih Kepada

Ayahandaku, Mohamad Arifin bin Sirat

Bondaku, Rahamah bte Sumani

serta Adinda dan Kakandaku

Atas Kasih Sayang, Tunjuk Ajar Dan Doa Kalian Yang Tidak Putus-Putus

Kepada Daku

Juga Kepada temanku Yang dikasihi,

Muhammad Rajaei bin Muhammad Dzulkifli

Atas Sokonganmu Yang Tiada Noktah

Kepada Rakan Seperjuanganku,

Lutfi, Izzat, Nadya, Amer, Rahimi, Dan Lain-Lain

Terima Kasih Atas Persahabatan Kita Selama Ini

Teruskan Perjuangan

Sayang Kamu Semua.

Page 7: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya

dapat menyiapkan laporan projek saya ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan

terima kasih ditujukan kepada Pm. Dr. Mohini Bt. Mohamed atas kerjasama, tunjuk

ajar, bimbingan, toleransi serta kepercayaan yang tidak berbelah bagi yang diberikan

beliau kepada saya sepanjang proses penyediaan laporan ini. Tunjuk ajar beliau serta

komen-komen membina yang beliau berikan banyak membantu dalam meningkatkan

lagi kualiti laporan saya supaya memenuhi kehendak-kehendak yang disasarkan

untuk PSM ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang banyak memberikan dorongan serta

semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya sebagai seorang pelajar.

Semoga jasa baik kalian dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah S.W.T.

Akhir sekali, saya sudahi dengan salam takzim penuh penghormatan kepada semua

yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.

Sekian. Terima Kasih.

Page 8: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

v

ABSTRAK

Kajian projek ini ialah untuk membangunkan Sistem Ujian Penentuan Aliran

Tingkatan empat (STAR) bagi membantu pelajar mengetahui kecenderungan aliran

secara tepat dan bersesuaian dengan minat dan cadangan kerjaya yang ingin mereka

ceburi berdasarkan pencapaian akademik, kecerdasan IQ dan personaliti. Sasaran

pengguna sistem ini adalah para pelajar dan guru di sekolah tersebut. Sistem ini

dibangunkan dengan menggunakan Hypertext Preprocessor (PHP) sebagai bahasa

atau coding, My-Structured Query Language (My-SQL) sebagai pangkalan data

utama sistem, Adobe Dreamweaver sebagai antaramuka dan Model Waterfall dipilih

bagi mengawal proses pembangunan sistem mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Sistem ini menyediakan kemudahan dimana data dimasukkan ke dalam sistem

pangkalan data. Ini menjamin agar keselamatan data tidak hilang dan data pula dapat

disimpan secara kekal didalam sistem pangkalan data yang dibina. Secara

keseluruhannya, dengan adanya penggunaan sistem berasaskan web seperti

Pembangunan Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR) ini di harap ia dapat

membantu pihak pentadbir sekolah dan guru-guru dalam menentukan aliran yang

sesuai bagi pelajar Tingkatan 4. Sekaligus membantu pelajar dalam menentukan

kerjaya mereka pada masa akan datang yang menepati minat, kebolehan, bakat dan

sahsiah diri mereka sendiri.

Page 9: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

vi

ABSTRACT

The aim of this research project is to develop ”Sistem Ujian Penentuan Aliran

Tingkatan Empat (STAR)” to assist students in deciding their learning paths

accurately and suitable with their interests and the proposed careers that they would

like to pursue, according to their academic, IQ fitness and personality. The target

users of this system are students and teachers of the particular school. The system is

developed using Hypertext Preprocessor (PHP) as the programming language, My-

Structured Query Language (My-SQL) as the system database with the interface

using Adobe Dreamweaver. Waterfall model is chosen to control the system

development process based on the current standards. The system provides

convenience of data input into the system database. This will insure prevention of

data loss which is able to be kept permanently in the build system database. Overall,

with the usage of the web based system such as STAR, it is hoped that it would be

able to help and ease the burden of the school administration and teachers to

determine the best learning paths for the Form Four students. Furthermore, it will

help the students in choosing their future career paths based on their interests,

abilities, talents and attitudes.

Page 10: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Rasional Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop dan Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Sistem 8

1.8.2 Aliran 8

1.8.3 Kecenderungan 9

1.8.4 Akademik 9

Page 11: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

viii

1.9 Penutup 10

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan

Komputer 12

2.3 Aliran-Aliran Berdasarkan Pendidikan Malaysia 15

2.4 Teori Pembelajaran 17

2.4.1 Teori Taksonomi Bloom

(Ujian Akademik) 17

2.4.2 Pengetahuan 20

2.4.3 Kefahaman 20

2.4.4 Aplikasi 20

2.4.5 Analisis 21

2.4.6 Sintesis 21

2.4.7 Penilaian 21

2.5 Akademik Berasaskan Sistem 24

2.6 Sistem Pangkalan Data 27

2.7 Perisian Pangkalan Data 29

2.8 Bahasa Pengaturcaraan 30

2.8.1 PHP (Hypertext Preprocessor) 31

2.8.2 HTML 31

2.8.3 Javascript 32

2.9 Kesimpulan 33

3 REKABENTUK SISTEM 34

3.1 Pendahuluan 34

3.2 Model Reka Bentuk dalam Pembangunan

Sistem 35

3.3 Model Air Terjun (Waterfall) 37

3.3.1 Fasa Analisis Keperluan Sistem dan

Ujian 37

3.3.2 Fasa Rekabentuk Sistem dan Ujian 38

Page 12: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

ix

3.3.3 Fasa Implementasi 43

3.3.4 Fasa Pengujian 44

3.3.5 Fasa Penyelenggaraan 45

3.4 Kebaikan dan Keburukan ’Model Air Terjun’ 46

3.4.1 Kebaikan 46

3.4.2 Kelemahan 46

3.5 Carta Alir STAR 47

3.6 Pemilihan Keperluan Perisian dan Perkakasan

dalam Pembangunan Sistem 49

3.7 Penyebaran 52

3.8 Rekabentuk Soalan Akademik 52

3.9 Penutup 57

4 HASIL REKABENTUK SISTEM 58

4.1 Pendahuluan 58

4.2 Pakej Sistem 58

4.2.1. Antaramuka Utama Sistem 59

4.2.2 Kategori Pengguna: Guru 63

4.2.3 Kategori Pengguna: Pelajar 68

4.2.4 Antaramuka Panduan Ujian 70

4.2.5 Antaramuka Ujian Akademik STAR

Pelajar 71

4.2.6 Antaramuka Keputusan Ujian STAR

Pelajar 72

4.2.7 Antaramuka Site Map 73

4.2.8 Antaramuka Hubungi 74

4.3 Pangkalan Data 75

4.4 Komen Terhadap Sistem 77

4.5 Penutup 78

Page 13: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

x

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN 79

5.1 Pendahuluan 79

5.2 Perbincangan 79

5.3 Kelebihan Sistem 81

5.4 Kelemahan Sistem 83

5.5 Masalah yang Dihadapi 84

5.6 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan 85

5.7 Kesimpulan 86

RUJUKAN 87

LAMPIRAN 89

Page 14: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Pemilihan Pakej Pengkhususan Sains dan

Teknologi Sekolah Menengah Atas 16

2.2 Bidang-bidang yang terdapat di dalam kelas utama 22

2.3 Fasa-fasa Taksonomi Bloom serta soalan yang berkaitan. 24

3.1 Kebaikan ujian objektif dan ujian subjektif 42

3.2 Kelemahan ujian objektif dan ujian subjektif 42

3.3 Jenis dan nama perisian yang digunakan dalam

pembangunan STAR 50

3.4 Jadual Penentuan Ujian 53

3.5 Contoh senarai soalan bagi setiap aras 54

3.6 Peratusan yang ditetapkan bagi setiap subjek 56

Page 15: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Aras Taksonomi Bloom 18

3.1 Model Waterfall oleh Winston W. Royce 36

3.2 Penyusunan maklumat secara linear 39

3.3 Carta Alir Keseluruhan Sistem 48

3.4 Carta Alir Modul Guru 48

3.5 Carta Alir Modul Pelajar 49

4.1 Ralat yang terpapar apabila pengguna menggunakan

pelayar web Chrome 59

4.2 Antaramuka paparan muat turun IE 60

4.3 Paparan bagi ’log in’ dan ’log out’ untuk masuk 61

dan keluar sistem

4.4 Paparan menu bagi pelawat sistem 62

4.5 Antaramuka paparan utama sistem 62

Page 16: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

xiii

4.6 Pautan bagi capaian mudah ke laman web 63

Kementerian Pelajaran Malaysia

4.7 Antaramuka laman utama bagi guru 64

4.8 Paparan pop-up yang akan di paparkan. 64

4.9 Antaramuka senarai menu bagi guru 65

4.10 Antaramuka profile bagi guru 66

4.11 Antaramuka profile edit bagi pengguna guru 66

4.12 Paparan maklumat kesemua pelajar 67

4.13 Paparan keputusan kesemua pelajar 68

4.14 Antaramuka senarai menu bagi pelajar 69

4.15 Antaramuka bagi Panduan Ujian 70

4.16 Paparan amaran bagi yang belum berdaftar 71

4.17 Antaramuka bagi ujian akademik (STAR) 72

4.18 Paparan keputusan bagi pelajar. 73

4.19 Antaramuka bagi bahagian laman peta di laman web 73

4.20 Antaramuka bagi laman peta. 74

4.21 Antaramuka bagi Hubungi Admin 75

4.22 Antaramuka bagi pangkalan data profile pengguna. 76

Page 17: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

xiv

4.23 Antaramuka bagi pangkalan data markah ujian STAR 77

Page 18: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

xv

SENARAI SINGKATAN

DBMS - Database Management System

ICT - Information and communication technologies

IE - Microsoft Internet Explorer

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

KPM - Kementerian Pelajaran Tinggi

PHP - Hypertext Preprocessor

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SSL - Secure Socket Layer

STAR - Sistem Penentuan Ujian Aliran

Page 19: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam era dunia yang serba maju dan canggih ini, antara pemangkin yang

menjadikan dunia ini begitu komprehensif dan kompleks ialah dengan wujudnya

teknologi moden seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Walau

bagaimanapun dalam memastikan kemandirian negara untuk menghasilkan satu

paradigma dan persaingan, maka sistem pendidikan perlulah dipertingkatkan. Selaras

dengan itu, kemasukkan pelbagai teknologi ini akan mampu memberikan Malaysia untuk

mencapai tahap bertaraf dunia dan mempunyai piawai tersendiri supaya generasi muda

yang akan datang mampu bersaing dengan kompetitif di peringkat antarabangsa.

Mengikut cabaran ke-6 Wawasan 2020 jelas memberi penekanan terhadap sains dan

teknologi untuk membolehkan Malaysia menjadi negara perindustrian baru menjelang

tahun 2020. Oleh itu pengetahuan mengenai komputer adalah menjadi satu kemestian

untuk membolehkan negara bergerak ke hadapan. Sehingga kini, penggunaan ICT dalam

bidang pendidikan telah berkembang dengan luasnya.

Page 20: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

2

Penggunaan ICT dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah sangat memberi

makna kepada pihak pengurusan sekolah kerana segala maklumat dapat di susun dan

berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan

cepat. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu

pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam

perancangan, pemantauan dan kawalan yang melibatkan maklumat, proses dan kerja. Ini

menunjukkan bahawa sistem komputer merupakan elemen penting dalam mentadbir dan

mengurus sesebuah sekolah. Antara sistem yang telah dibangunkan dalam bidang

pendidikan ialah sistem maklumat guru ganti, sistem pemarkahan secara dalam talian

(online), sistem maklumat pelajar dan hal yang berkaitan dengan peperiksaan. Ini

bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem

maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang

mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan,

merancang, mengawal dan menganalisis.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada masa kini, pemilihan aliran-aliran bagi kebanyakkan pelajar di tingkatan

empat selalunya ditentukan oleh pihak sekolah itu sendiri. Pihak sekolah hanya

menentukan aliran berdasarkan kepada pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR)

seseorang pelajar tersebut. Bagi pelajar yang mendapat keputusan yang agak cemerlang,

mereka akan ditempatkan di dalam aliran sains tulen manakala bagi pelajar yang

sederhana pula pelajar-pelajar ini akan mengambil aliran sastera, teknikal, kesenian dan

sebagainya mengikut aliran-aliran yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Majoriti kaedah

penentuan aliran ini tidak berdasarkan kepada minat atau bakat pelajar tersebut. Ini

berkemungkinan kerana aliran yang ditawarkan di sesebuah sekolah adalah sangat terhad.

Beberapa isu timbul kesan daripada proses penentuan yang dilakukan oleh guru atau

Page 21: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

3

pihak sekolah ini. Antaranya pencapaian akademik yang tidak begitu cemerlang semasa

berada di tingkatan empat dan terdapat isu pelajar membuat penukaran aliran di tingkatan

lima . Faktor utama masalah ini berlaku disebabkan oleh mereka menerima aliran

tersebut secara rela paksa tanpa memikirkan kecenderungan dan tahap keupayaan mereka

dalam menentukan aliran yang sesuai dengan diri mereka.

Walaupun konsep pengorganisasian dan capaian maklumat telah dapat dilakukan

secara sistematik melalui pelaksanaan secara manual, ia masih lagi mendatangkan

masalah terutama apabila menguruskan data yang banyak. Masalah utama sistem manual

yang kita dapat perhatikan di sekolah- sekolah ialah guru-guru akan menghadapi masalah

semasa membuat pengemaskinian data-data pelajar dari semasa ke semasa kerana sistem

ini menggunakan sistem pemfailan. Banyak borang dan butir-butir terpaksa dicatat di

dalam fail-fail tersebut dan akan menyebabkan pertambahan boang-borang yang

diperlukan. Selain itu, terdapat masalah ruang dan banyak almari yang diperlukan untuk

penyimpanan fail-fail data berikut. Proses ini juga mengambil masa dan tenaga kerja

yang banyak serta sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan

pembelajaran akademik sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam menentukan arah tuju kehidupan seseorang individu, pemilihan aliran di

tingkatan empat yang tepat dan bersesuaian dengan kelulusan, minat dan personaliti diri

adalah sangat penting. Oleh itu jika seseorang individu itu tersalah mengatur strategi

dalam memilih aliran, ia boleh menimbulkan rasa bosan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran, menyesal dengan keputusan atau lain-lain risiko yang tidak menyenangkan

dalam hidup. Masalah utama yang sering dihadapi oleh pelajar masa kini adalah untuk

Page 22: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

4

membuat pemilihan aliran yang menepati minat, kebolehan, bakat dan sahsiah diri

mereka sendiri.

Masalah pemilihan aliran pelajar di masa kini berhubungkait tentang pelajar yang

kehilangan hak untuk memilih subjek yang diminati kerana pihak sekolah telah

menetapkan subjek kepada pelajar untuk memudahkan urusan pihak sekolah. Masalah

yang diusulkan ialah pelajar berkemungkinan untuk menghadapi kegagalan sekiranya

pelajar memilih bidang yang tidak diminati. Seseorang itu hendaklah mengetahui apa

yang mereka mahu dalam hidup dan kemudian bekerja keras untuk sampai kepadanya

kerana peluang biasanya tidak selalunya datang berulang.

Usaha dalam menaikkan taraf penyimpanan maklumat sekolah dari sistem

pengurusan tradisional kepada sistem berasaskan komputer merupakan usaha yang amat

positif kerana ia dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mempertingkatkan

lagi proses pengajaran dan pembelajaran demi mencapai kecemerlangan di sekolah.

Menyedari hakikat ini, satu sistem ujian penentuan dalam pemilihan aliran ke

tingkatan empat secara online akan dibangunkan untuk membantu pelajar mengetahui

kecenderungan aliran secara tepat dan bersesuaian dengan minat dan cadangan kerjaya

yang ingin mereka ceburi. Sistem ini dilakukan secara dalam talian (online) kerana

segala maklumat akan lebih tersusun dan sistematik. Sistem ini juga lebih mudah untuk

dicapai tanpa mengira faktor waktu dan tempat serta ia disimpan di dalam satu server

untuk menjamin keselamatan data tersebut. Selain itu, sistem ini juga membantu guru dan

pengurusan sekolah dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih mudah dan

menjimatkan masa. Secara tidak langsung, ia dapat menukarkan sistem ujian secara

manual pada masa kini kepada sistem ujian secara berkomputer dalam talian selaras

dengan perkembangan teknologi.

Page 23: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

5

1.4 Objektif Kajian

Untuk memastikan kajian ini dilakukan dengan cara yang sistematik, terurus dan

tidak menyimpang daripada matlamat asal, beberapa objektif kajian telah ditetapkan.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Membangunkan sebahagian Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR) yang

merangkumi tiga aspek iaitu aspek akademik, personaliti dan kecerdasan IQ.

Kajian ini adalah berfokus kepada bahagian akademik sahaja.

2. Membangunkan sistem STAR berasaskan web bagi memudahkan capaian

maklumat.

1.5 Rasional Kajian

Walaupun sektor pendidikan telah lama menggunakan ICT dalam bidang

pengurusan dan pentadbiran tetapi masih ada lagi yang menggunakan sistem tradisional

iaitu sistem pemfailan. Memang tidak dinafikan bahawa institusi pengajian tinggi telah

mengaplikasikan web sepenuhnya dalam proses pengurusan dan pentadbiran Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetapi adakah ia juga telah diaplikasikan secara

menyeluruh ke dalam sistem sekolah menengah. Justeru itu, untuk membantu pihak

sekolah menengah kajian ini dilaksanakan adalah berdasarkan kepada tahap penggunaan

web yang dikatakan masih belum berada pada tahap yang boleh dibanggakan (Abd.

Page 24: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

6

Rashid Johar, 1998). Oleh itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dilakukan bagi

mengenalpasti tahap kesesuaian web dalam pengurusan organisasi sekolah.

Berdasarkan kepada statistik, ramai pengkaji lebih cenderung untuk

membangunkan perisian multimedia berbanding sistem pangkalan data terutamanya

dalam bidang pendidikan. Ini adalah disebabkan perisian multimedia tidak melibatkan

pangkalan data dan senang untuk dibangunkan. Memang tidak dinafikan bahawa kajian-

kajian yang terdahulu yang berkaitan dengan pangkalan data amat jarang dilakukan.

Mungkin kerana beberapa faktor pangkalan data seperti pelbagai elemen yang perlu

ditentukan dengan teliti dan sukar diuruskan. Tempoh masa pembangunan sistem juga

agak lama dan ia merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada kurangnya

bilangan pengkaji atau penyelidik dalam bidang ini.

1.6 Kepentingan Kajian

Adalah menjadi hasrat supaya projek perisian ini mempunyai kepentingan kepada

semua pihak samada pelajar, guru mahupun pihak sekolah. Antara kepentingan

pembangunan sistem ini kepada pihak pengurusan sekolah. Sistem ini dapat membantu

pihak pengurusan sekolah menguruskan kemasukan kelas mengikut aliran yang telah

disediakan. Ini secara tidak langsung memudahkan sekolah membuat perancangan yang

lebih berkesan dalam menentukan aliran dan mata pelajaran yang akan diambil oleh

pelajar di samping memudahkan lagi proses penyimpanan maklumat pelajar di dalam

pangkalan data. Kelebihan sistem ini kepada para guru pula adalah ia dapat memberikan

impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah. Para guru akan mempunyai

masa yang lebih dalam menumpukan perhatian khusus kepada subjek berkenaan kerana

Page 25: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

7

subjek yang di ajar adalah mengikut kecenderungan pelajar. Selain itu, guru juga dapat

mencapai maklumat pelajar di atas talian secara mudah. Akhir sekali, para pelajar

sekolah merupakan golongan yang penting mendapat manfaat dari sistem ini. Sistem ini

dapat membantu pelajar mengetahui kecenderungan bakat secara tepat dan bersesuaian

dengan minat yang ingin diceburi. Selain dari itu, ia membantu pelajar dalam memilih

pengkhususan aliran yang paling sesuai dengan dirinya.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Pembangunan Sistem Penentuan Aliran ini adalah sebagai suatu kaedah alternatif

(online) bagi menentukan aliran di sekolah. Selain itu, sistem secara dalam talian ini juga

tidak pernah dibangunkan oleh mana-mana para pengkaji pendidikan di Malaysia.

Pembangun telah mengambil beberapa contoh kajian terdahulu mengenai faktor

pemilihan aliran yang dibuat oleh pelajar secara manual. Meskipun kajian terdahulu

mengambil kira akan ujian akademik, ujian kecerdasan dan ujian personaliti tetapi

pembangun mendapati tiada hubungkait di antara kajian tersebut. Pembangun

memfokuskan sistem yang dibina kepada proses memasukkan soalan soalan yang

berkaitan dengan ujian akademik, ujian kecerdasan dan ujian personaliti, pemprosesan

keseluruhan markah dan memaparkan keputusan tersebut kepada guru dan pelajar.

Sistem ini boleh digunakan oleh dua kategori pengguna iaitu guru dan pelajar.

Pembinaan sistem penentuan aliran secara online ini, di bina hanya untuk Sekolah

Menengah Kebangsaan di Malaysia sahaja yang mengandungi tiga jenis ujian iaitu ujian

akademik, ujian personaliti dan ujian kecerdasan. Ujian akademik ini mengandungi 120

soalan dan dilaksanakan dalam bahasa melayu. Sistem ini hanya dilakukan oleh pelajar

tingkatan 3 yang telah menduduki PMR. Bagi ujian akademik, item-item ini di buat

Page 26: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

8

berasaskan teori Taksonomi Bloom. Kaedah penilaian gred untuk ujian akademik ini

berdasarkan peratusan. Pembinaan sistem ini juga menggunakan sistem yang

mempunyai keselamatan dalam penggunaan laman web yang dinamik dan interaktif

dalam talian.

1.8 Definisi Istilah

Dalam memberi gambaran yang menyeluruh, beberapa terma-terma tertentu yang

digunakan dalam kajian ini telah disenaraikan. Contohnya adalah seperti berikut:

1.8.1 Sistem

Sistem membawa maksud cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu atau aturan

(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1996: 1293). Dalam kajian ini, sistem membawa maksud

satu set aplikasi yang dibangunkan bagi membantu pelajar dalam menentukan aliran di

tingkatan empat dan membantu pihak pentadbiran sekolah dalam menguruskan

pengurusan sekolah supaya lebih terancang.

Page 27: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

9

1.8.2 Aliran

Aliran bermaksud dalam sesuatu golongan yang khusus atau tertentu (Kamus

Dewan Edisi Ketiga cetakan ke-7, 2002). Di dalam kajian ini aliran merupakan

pengelasan pelajar dalam bidang yang mereka pelajari di sekolah. Terdapat empat aliran

utama iaitu sastera, sains, teknikal dan agama.

1.8.3 Kecenderungan

Kecenderungan bermaksud keinginan, kemahuan, kesukaan terhadap sesuatu.

Dalam kajian ini, kecenderungan merujuk kepada kemahuan dan minat pelajar terhadap

sesuatu bidang. Kecenderungan yang di ukur dalam kajian adalah merangkumi

kecenderungan pencapaian akademik, kecerdasan IQ dan personaliti. Di dalam kajian

ini, pembangun hanya memfokuskan terhadap kecenderungan pencapaian akademik.

1.8.4 Akademik

Akademik bermaksud penguasaan dan pengembangan disiplin ilmu pengetahuan,

teknologi atau seni yang mencakup program pendidikan. Dalam sistem STAR ini,

akademik merupakan ilmu atau matapelajaran yang digunakan sebagai ujian dalam

penentuan aliran tingkatan empat. Empat matapelajaran yang digunakan iaitu

Page 28: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

10

matapelajaran sains, matematik, kemahiran hidup dan teknologi maklumat. Penggunaan

akademik ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penguasaan dan pemahaman

seseorang pelajar dalam sesuatu ilmu yang di pelajari.

1.9 Penutup

Kesimpulannya, dengan adanya penggunaan sistem berasaskan web seperti

Pembangunan Sistem Ujian Penentuan Aliran (STAR) ini di harap ia dapat membantu

pihak pentadbir sekolah serta guru-guru dalam menentukan aliran yang sesuai bagi

pelajar tingkatan empat. Sekaligus membantu pelajar menentukan kerjaya mereka pada

masa akan datang yang menepati minat, kebolehan, bakat dan sahsiah diri mereka sendiri.

Page 29: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan beberapa skop iaitu sistem pengurusan sekolah berasaskan

komputer, kemasukan ke sekolah melalui online, aliran-aliran berdasarkan pendidikan

Malaysia dan sistem pangkalan.

2.2 Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Komputer

Dalam dunia alaf yang serba canggih ini, komputer telah menjadi suatu alat yang

amat penting dan telah diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan termasuklah bidang

pendidikan. Komputer kini bukan sahaja digunakan sebagai alat bantu dalam

Page 30: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

13

pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah, malah peranan komputer telah

berkembang dalam bidang pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Penggunaan sistem maklumat yang kian mengembang dalam kebanyakan

organisasi menyebabkan aktiviti pengurusan menjadi lebih bersistematik dan terancang.

Sistem-sistem ini berkepentingan dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang lebih

baik kepada warga sekolah khususnya pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim (2009)

berkata, ''Ini adalah untuk meringankan tugas guru supaya tidak perlu mengisi borang

berkali-kali. Mereka hanya perlu memilih maklumat yang diperlukan. Dengan adanya

sistem pangkalan data tunggal, ia dapat menjadi sejarah yang mana negara mempunyai

pangkalan data setiap rakyat dan boleh digunakan untuk perancangan serta

pelaksanaan program dan projek- projek pembangunan negara. ''

Sistem pengurusan maklumat yang berasaskan komputer juga mempunyai

banyak faedah bagi pihak sekolah yang melaksanakannya. ICT INOVASI (2009)

mengatakan antara faedah-faedahnya adalah seperti berikut

i) Capaian Cepat

Membolehkan pengurusan sekolah dijalankan dengan lebih cepat, cekap dan

efektif. Ini kerana pengumpulan maklumat dalam pangkalan data membolehkan pihak

sekolah memenuhi permintaan berkaitan dengan segera.

Page 31: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

14

ii) Mengatasi Masalah Penggunaan Kertas yang Banyak

Amalan pengurusan harian di sekolah melibatkan penggunaan kertas yang

banyak dan memerlukan belanja yang besar untuk pembeliannya. Ekoran itu, timbul

pula masalah penyimpanan dokumen-dokumen berkenaan. Aplikasi sistem seperti ini di

sekolah secara tidak langsung mengatasi masalah kekurangan ruang bagi penyimpanan

dokumen dalam bentuk kertas. Selain dari itu, masalah biaya untuk kertas pula dapat di

atasi dengan penggunaan sistem maklumat berasaskan komputer

iii) Meningkatkan moral dan Komitmen Kerja Guru

Dengan adanya pelbagai sistem yang dapat memudahkan tugas, bebanan-

bebanan kerja berulang kali dapat dikurangkan sekaligus dapat menjimatkan tenaga dan

masa para guru. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan komitmen guru dalam

menangani proses pengajaran dan pembelajaran yang menjadi “core business” para guru.

iv) Perkongsian Maklumat ke Arah Kemajuan

Sekolah yang mempunyai sistem maklumat berasaskan komputer dapat

berkongsi maklumat mereka contohnya model pengajaran terkini atau berkesan dengan

sekolah-sekolah lain. Kerjasama ini akan menjadikan sesuatu pogram yang

dibangunkan itu akan menjalani proses penambahbaikan berterusan sehinggalah ianya

mencapai tahap yang memuaskan semua pihak.

Page 32: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

15

2.3 Aliran-Aliran Berdasarkan Pendidikan Malaysia

Pemilihan aliran selepas PMR merupakan detik yang paling kritikal bagi seorang

pelajar. Ini ialah kerana pemilihan yang salah akan memberikan implikasi negatif

terhadap minat pelajar tersebut dan seterusnya akan menjejaskan kerjaya mereka pada

masa kelak. Sehubungan dengan itu, pemilihan kerjaya atau kursus merupakan satu

permasalahan terbesar yang sering dikemukakan oleh pelajar. Menteri Muda di Pejabat

Ketua Menteri (Latihan dan Sumber Manusia) Sarawak, Datin Fatimah Abdullah (2009)

berkata, pemilihan kursus yang sesuai untuk keperluan semasa adalah penting supaya

para pelejar berjaya memperoleh kerja selaras dengan minat dan kelayakan masing-

masing. Oleh itu adalah amat penting seseorang pelajar menentukan aliran yang

bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Merujuk kepada Portal Rasmi

Kementerian Pelajaran Malaysia (2009), terdapat tiga aliran utama dalam pendidikan

menengah atas:

Aliran Akademik (Sains/Sastera)

Aliran Teknik dan Vokasional

Aliran Agama

Hasil daripada beberapa kajian mendapati antara faktor utama yang

mempengaruhi pemilihan aliran ialah minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh kawan dan

keberkesana kurikulum. Lee Kok Siang (2001) mendapati bahawa pelajar sering

dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya semasa melakukan sesuatu pemilihan. Omardin

(1997) juga menjelaskan bahawa pelajar adalah golongan manusia yang mudah

dipengaruhi oleh orang lain. Seramai 66.52% respondan bersetuju mengenai kenyataan

bahawa pelajar berminat belajar bersama dengan rakan. Selain itu, menurut Lee Kok

Siang (2001) faktor persepsi dan minat (63.25%) pelajar memilih aliran berdasarkan

Page 33: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

16

hanya kepada kerja yang mereka minat untuk lakukan. Menurut Mustafa Kamsuri

(2003), minat dalam diri adalah memainkan peranan yang amat penting kepada pelajar

dalam membuat sesuatu pilihan aliran.

Jadual 2.1: Pemilihan Pakej Pengkhususan Sains dan Teknologi Sekolah Menengah

Atas

CONTOH KOMBINASI MATA PELAJARAN

PAKEJ SAINS DAN TEKNOLOGI

Pakej Sains Tulen

Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan

Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Teknologi Maklumat

Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Pendidikan Seni

Pakej Sains Tambahan

Matematik Tambahan + Sains Tambahan + Sains Pertanian

Matematik Tambahan + Sains Tambahan + Reka Cipta

Matematik Tambahan + Sains Tambahan + Ekonomi Rumah Tangga

Pakej Teknologi Maklumat

Matematik Tambahan + Teknologi Maklumat + Reka Cipta

Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Teknologi Maklumat

Matematik Tambahan + Teknololgi Maklumat + Sains Tambahan

Pakej Sains Tulen + Teknologi

Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan + Pengajian Kejuruteraan

Jentera

Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan + Pengajian Kejuruteraan

Awam

Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan + Teknologi Kejuruteraan

Pakej Sains Tulen + Sastera Ikhtisas

Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Prinsip Akaun + Perdagangan

Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Ekonomi Asas + Prinsip Akaun

Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Ekonomi Asas + Prinsip Akaun

Pakej Pengajian Islam + Sains Tulen

Bahasa Arab Tinggi + Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-

Sunnah + Syariah Islamiah

Bahasa Arab Tinggi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-Sunnah +

Page 34: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

17

Syariah Islamiah

Pakej Pengajian Islam + Teknologi

Bahasa Arab Tinggi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-Sunnah +

Syariah Islamiah + Kejuruteraan Awam

Bahasa Arab Tinggi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-Sunnah +

Syariah Islamiah + Lukisan Kejuruteraan

Pakej Sains Tambahan + Sastera Ikhtisas

Ekonomi Asas + Prinsip Akaun + Matematik Tambahan + Sains Tambahan

Perdagangan + Prinsip Akaun + Matematik Tambahan + Sains Tambahan

2.4 Teori Pembelajaran

2.4.1 Teori Taksonomi Bloom (Ujian Akademik)

Sebelum membina soalan ujian akademik untuk penentuan aliran, pembangun

perlu memilih beberapa teori akademik. Terdapat pelbagai jenis teori akademik

antaranya ialah Teori Behaviourisme, Teori Konstruktivisme dan Teori Taksonomi

Bloom. Dalam membina sistem penentuan aliran ini, pembangun menggunakan teori

Taksonomi Bloom untuk membuat soalan-soalan pengujian akademik. Teori

Taksonomi Bloom ini telah diperkenalkan oleh Benjamin S.Bloom (1956).

Kebaikan Taksonomi Bloom ialah:

1) Merancang Ujian Pencapaian.

Page 35: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

18

2) Memberi definisi yang standard untuk menerang dan mengelas hasil

pembelajaran.

3) Digunakan sebagai asas dalam menyatakan tingkah laku yang dikehendaki oleh

pelajar,

Rajah 2.1: Aras Taksonomi Bloom

Rajah 2.1 menunjukkan fasa Teori Taksonomi Bloom yang telah dibina oleh

Benjamin S.Bloom (1956). Pembangun memilih untuk menggunakan teori Taksonomi

Bloom ini kerana penggunaan sistem ini dapat menolong beberapa pihak seperti

pembentuk kurikulum, penilai pelajaran, guru dan masyarakat untuk memahami objektif

pelajaran. Sistem ini merupakan satu sistem yang berperingkat iaitu bermula daripada

aras yang asas kepada aras yang lebih tinggi.

Menurut Marzano, Robert J. 2007 teori ini mempunyai tiga domain objektif iaitu

domain Kognitif, Afektif dan Psikomotor. Di bawah merupakan penjelasan mengenai

ketiga-tiga domain tersebut.

Page 36: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

19

a) Kognitif (Cognitive Domain) :

Perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan,

pengertian, dan keterampilan berfikir.

b) Afektif (Affective Domain ) :

Perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat,

sikap,apresiasi, dan cara penyesuaian diri.

c) Psikomotor (Psychomotor Domain ) :

Perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motorik seperti tulisan

tangan, mengetik, berenang dan mengoperasikan mesin.

Pembangun banyak menumpukan kepada domain kognitif kerana domain ini

banyak digunakan dalam ujian pencapaian. Dengan kepelbagaian jenis fasa ini, penguji

boleh menilai dalam beberapa aspek. Berikut merupakan penjelasan fasa-fasa Teori

Taksonomi Bloom.

Page 37: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

20

2.4.2 Pengetahuan

Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh,

peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang

digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

2.4.3 Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain,

menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada

konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih,

menerangkan dan menulis semula.

2.4.4 Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan

masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf

daripada data dan lain-lain.

Page 38: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

21

2.4.5 Analisis

Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta

daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur

organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan,

memastikan dan memilih.

2.4.6 Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan

masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang

digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

2.4.7 Penilaian

Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman

atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam

soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.

Page 39: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

22

Jadual 2.2: Bidang-bidang yang terdapat di dalam kelas utama.

PENGETAHUAN

Pengetahuan (Mengenalpasti perkara yang sudah dipelajari)

1.1 Pengetahuan mengenai perkara tertentu.

1.1.1 Pengetahuan mengenai istilah (terus)

1.1.2 Pengetahuan mengenai fakta tertentu

1.2 Pengetahuan untuk mengendali perkara tertentu

1.2.1 Pengetahuan mengenai peraturan yang lazim

1.2.2 Pengetahuan mengenai trend dan sekuen

1.2.3 Pengetahuan mengenai klasifikasi dan kategori

1.2.4 Pengetahuan mengenai kriteria

1.2.5 Pengetahuan mengenai metodologi

1.3 Pengetahuan mengenai sesuatu yang universal dan abstrak dalam satu bidang

1.3.1 Pengetahuan mengenai prinsip dan generalisasi

1.3.2 Pengetahuan mengenai teori dan struktur

KEBOLEHAN DAN KEMAHIRAN INTELEK

2. Fahaman (mengenai makna-makna sesuatu)

2.1 Terjemahan (menukarkan dari satu bentuk ke bentuk yang lain)

2.2 Interpretasi (Menerang atau meringkas sesuatu)

2.3 Ekstrapolasi (memberi makna lebih daripada yang diberi daripada data)

3 Aplikasi (menggunakan maklumat dalam situasi tertentu)

4. Analisis (memecahkan bahan-bahan kepada beberapa bahagian)

4.1 Analisis elemen (mengenalpasti bahagian-bahagian)

4.2 Analisis perhubungan ( mengenalpasti hubungan)

4.3 Analisis Prinsip-Prinsip Aturan (mengenalpasti cara aturan di atur)

Page 40: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

23

5. Sintesis (mengaturkan bahagian-bahagian supaya menjadi sesuatu yang

bermakna)

5.1 Mengeluarkan bahan komunikasi yang unik

5.2 membentuk sesuatu rancangan atau mencadangkan satu set operasi

6 Penilaian (menilai perkara untuk sesuatu tujuan dengan menggunakan criteria

tertentu)

6.1 Membuat penilaian dari dalam

6.2 Membuat penilaian dengan menggunakan criteria dari luar.

Jadual di atas menunjukkan bahawa hasil pengajaran atau pembelajaran di susun

secara berperingkat iaitu dari tahap yang senang hingga ke pada tahap yang lebih

tinggi/kompleks. Dalam setiap bahagian juga di atur secara berperingkat contohnya

seperti bidang analisis. Tahap senang iaitu Analisis Elemen (mengenalpasti bahagian-

bahagian). Kemudian di ikuti dengan Analisis Perhubungan (mengenalpasti hubungan)

dan akhir sekali tahap yang paling kompleks ialah Analisis Prinsip-Prinsip Aturan

(mengenalpasti cara aturan di atur). Tahap-tahap ini di bentukkan dalam sistem herarki

dimana bahagian senang di letakkan di bawah sekali di dalam hierarki manakala hierarki

yang teratas pula menempatkan bahagian yang paling kompleks.

Di bawah merupakan fasa-fasa Teori Taksonomi Bloom serta beberapa contoh

soalan matematik yang berdasarkan kepada setiap fasa-fasa tersebut. Pembinaan soalan

ini dimulakan dengan aras yg paling bawah iaitu fasa pengetahuan, kemudian di ikuti

dengan fasa pemahaman dan seterusnya.

Page 41: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

24

Jadual 2.3: Fasa-fasa Taksonomi Bloom serta soalan yang berkaitan.

Bil Fasa Taksonomi Bloom Contoh soalan (Mathematics)

1 Pengetahuan State the formula for the area of a circle.

2 Kefahaman Given the mathematical formula for the area of a

circle, paraphrase it using your own words.

3 Aplikasi Compute the area of actual circles

4 Analisis Given a mathematics word problem, determine the

strategies that would be necessary to solve it.

5 Sintesis Apply and integrate several different strategies to

solve a mathematical problem.

6 Penilaian When you have finished solving a problem (or

when a peer has done so) determine the degree to

which that problem was solved as efficiently as

possible.

2.5 Akademik Berasaskan Sistem

Seperti yang kita sedia maklum, perlaksanaan peperiksaan PMR atau ujian

bulanan sekolah di Malaysia selalunya akan dilakukan secara tradisional iaitu

menggunakan kertas dan pensel tidak kira samada ujian tersebut di dalam bentuk

objektif atau subjektif. Akan tetapi, bagi sistem STAR ini pula, ujian akademiknya lebih

menjerumus kepada perlaksanaan ujian berasaskan komputer.

Terdapat beberapa kelebihan sekiranya perlaksanaan peperiksaan akademik

dilakukan secara menggunakan komputer seperti keputusan peperiksaan akan diketahui

oleh pelajar pada masa itu juga dan memudahkan guru kerana tidak mengambil masa

Page 42: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

25

yang lama untuk penandaan kertas. Harvey dan Mogey (1999) menyatakan peperiksaan

secara talian juga dapat memperkenalkan lebih banyak item-item dalam pelbagai

struktur atau jenis bentuk soalan peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan secara dalam

talian ini, ia boleh dilakukan walaupun masa dan tempat adalah berlainan. Menurut

UTS (University of Technology Sydney), perkhidmatan komputer dalam pemarkahan

secara automatik ini merupakan salah satu penyebab peperiksaan banyak dilakukan

dalam talian. Ini kerana pengerekodan markah atau penganalisisan markah ujian dapat

dilakukan secara mudah dan pantas. .

Di dalam sistem STAR ini, akademik berasaskan komputer bermaksud

memasukkan dan menyimpan item-item ujian akademik yang berbentuk objektif ke

dalam sistem itu. Ini bermaksud, pelajar akan menjawab item-item ujian tersebut secara

online dan ini memudahkan lagi capaian tersebut kerana ia dapat dilakukan pada bila-

bila masa sahaja. Majoriti peperiksaan dalam talian ini berfokus kepada soalan

berbentuk objektif kerana ia mudah untuk dikendalikan dalam format sistem. Shermis,

Mzumara, Olson & Harrington, (2001). Terdapat empat bidang ilmu pengetahuan yang

telah di masukkan oleh pembangun ke dalam sistem STAR iaitu bahagian Sains,

Matematik, Kemahiran Hidup dan Teknologi Maklumat. Setiap satu bahagian akademik

tersebut akan mempunyai 30 item. Maka jumlah kesemua item-item tersebut adalah

sebanyak 120. Kemasukan item-item ini menggunakan beberapa jenis bahasa

pengaturcaraan supaya sistem ujian berasaskan web ini dapat berjalan dengan lancarnya.

PMM ialah singkatan bagi Peraturan Memberi Markah yang bermaksud

peraturan dan skema pemarkahan yang di tentukan dalam setiap kertas soalan. PMM ini

selalunya biasa digunakan dalam sistem pemarkahan PMR. Penetapan pengiraan markah

menerusi pilihan gred samada peratusan ataupun gred markah bagi ujian yang telah

disediakan oleh pembangun sistem ini merupakan satu kaedah pengiraan keputusan

ujian berasaskan komputer. Sistem penggredan pemarkahan ujian akademik ini

Page 43: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

26

dilakukan berdasarkan kepada panduan pengiraan markah soalan objektif PMR yang

kini masih menggunakan kaedah borang OMR dan disemak melalui mesin.

Akan tetapi, dengan adanya pengurusan akademik dalam sistem, pemarkahan

dapat dilakukan dengan pantas oleh sistem tersebut dan pelajar akan mendapat

keputusan markah akademik pada masa itu juga. Sistem ini akan membuat pengiraan

markah menggunakan skrip bahasa pengaturcaraan PHP (Hypertext Preprocessor).

Kaedah pembahagian markah dilakukan dengan memberikan 1 markah bagi setiap

soalan yang dijawab betul. Walaupun format pengiraannya sama seperti sedia ada, tetapi

pengiraan markah ujian berasaskan komputer merupakan kaedah baru yang jarang

dilakukan di dalam bidang pendidikan di Malaysia terutamanya bagi bilangan soalan

ujian yang banyak. Kaedah pengiraan ini dilakukan bagi setiap bahagian ujian akademik

secara berasingan iaitu ujian sains, matematik, kemahiran hidup dan teknologi

maklumat.

Pembangun telah menetapkan hubungkaitan antara pemarkahan subjek tersebut

dengan aliran-aliran yang ada. Sebagai contoh, sekiranya pelajar mendapat markah

tinggi pada subjek Sains berbanding markah subjek yang lain, berkemungkinan pelajar

tersebut cenderung kepada aliran Sains. Bagi subjek matematik pula, ia mungkin lebih

kepada aliran Sains atau sastera. Akan tetapi, sistem ini akan melihat pula pada bahagian

ujian personaliti dan ujian IQ. Jika keputusan ujian personaliti dan ujian IQ menjerumus

kepada bahagian aliran Sastera, maka pembangun membuat kesimpulan bahawa aliran

Sastera adalah lebih sesuai untuk pelajar berkenaan. Sementara bagi subjek kemahiran

hidup pula, pelajar akan mendapat aliran Vokasional (teknikal) manakala bagi subjek

teknologi maklumat pula akan lebih kepada aliran Teknologi. Keputusan aliran yang

diperolehi oleh pelajar tersebut akan dipaparkan dan pelajar boleh mencetak keputusan

itu.

Page 44: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

27

2.6 Sistem Pangkalan Data

Sistem pangkalan data merupakan teras komponen di dalam sebarang sistem

maklumat. Apabila jumlah sesuatu fail atau rekod pelajar semakin banyak, proses

penyusunan dan juga penyimpanan semakin sukar untuk dikendalikan dan ini

menyebabkan perisian-perisian sistem pengurusan pangkalan data mula dihasilkan bagi

membantu dalam proses pengendalian data-data di sekolah. Contoh pangkalan data

ialah Sistem Rekod Pelajar. Pangkalan data ini akan menyimpan maklumat peribadi

seperti nama, no. kad pengenalan, alamat dan lain-lain dan maklumat akademik seperti

jabatan, kursus dan keputusan peperiksaan.

“Pangkalan data dianggap sebagai satu set fail yang berkait secara logik, disusun

untuk memudahkan proses capaian dan meminimumkan limpahan data. Ia juga merujuk

kepada sekumpulan data yang berkaitan kepada objek atau peristiwa tertentu”

(Jamalludin & Zaitun (2001), Microsoft Access XP). Manakala, menurut Saadiah

Yahya (2000) pula, “Pangkalan data merupakan sekumpulan data yang disimpan dalam

format yang piawai, direka bentuk supaya dapat dikongsi oleh beberapa pengguna”.

Daniel J.Kurland, Richard M.Sharp and Vicki F.Sharp (2008) juga memberi erti

“Database is an any collection of data or interrelated files that can be accessed in a

variety of ways”.

Sistem pangkalan data juga mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan

penyimpanan data secara tradisional (menggunakan kad indeks, fail dan sebagainya).

Page 45: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

28

Menurut Jamalludin & Zaitun (2001), sistem pangkalan data juga semakin digemari

ramai kerana :

Ia boleh menyisih data mengikut cara yang ditentukan oleh pengguna seperti

dalam susunan abjad ata dari segi criteria yang lain.

Ia boleh menyenaraikan data mengikut keperluan penggguna misalnya dari

susunan abjad ataupun kriteria lain seperti tempat, tarikh lahir dan sebagainya.

Data ini boleh di lihat pada skrin komputer ataupun dicetak pada helaian kertas.

Ia boleh membuat langkah kedua-dua di atas dengan pantas dan tepat.

Ia boleh dikemaskini dengan mudah.

Ia boleh dikongsi dengan pantas serta mempunyai kadar interktiviti yang tinggi

menerusi pelbagai teknologi baru seperti menerusi penggunaan CD-ROM,

internet dan sebagainya.

Sebelum menggunakan sistem pangkalan data, sistem berasaskan fail tradisional

telah digunakan dengan meluas. Konsep (Sistem Fail Tradisional) SFT ialah data di

simpan di dalam fail berasingan dan di simpan di atas pita magnetik atau disket. Setiap

aplikasi perlu ditulis untuk mendapatkan sesuatu output. SFT mempunyai beberapa

kelemahan dari segi pengurusan fail iaitu:-

Page 46: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

29

i) Data Lewahan

Fail-fail yang mempunyai data yang sama disimpan di pelbagai tempat

menyebabkan penggunaan ruang storan yang banyak, peningkatan kos dan tenaga

manusia.

ii) Pemisahan Data

Setiap fail yang dibina tidak dihubungkan antara satu sama lain. Proses

mengemaskini tidak dapat dilaksanakan pada masa yang sama. Ini menyebabkan data

yang disimpan tidak selaras di semua tempat.

iii) Format fail yang berbeza

Oleh kerana struktur fail dan aturcara aplikasi yang berbeza maka fail-fail tidak

boleh digabungkan atau dibandingkan dengan mudah.

2.7 Perisian Pangkalan Data

Page 47: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

30

Menurut Rosli, (2004), pelayan web Apache menyokong perisian pangkalan data

MySQL. Antara arahan SQL yang biasa digunakan adalah seperti SELECT, INSERT,

UPDATE, DELETE dan lain-lain lagi. Untuk menguruskan jadual (table) pula, arahan-

arahan seperti CREATE, ALTER dan DROP boleh digunakan. Ciri-ciri keistimewaan

dalam menggunakan sistem pengurusan pangkalan data ini ialah ia mempunyai

keupayaan keselamatan yang tinggi untuk sesebuah laman web. MySQL

memaksimumkan kelajuan, kestabilan, kepenggunaan dan sifar dari pencerobohan atau

peranti pengintip, di samping mengurangkan kos pangkalan data sehingga 90%.

MySQL terdapat dalam kesemua agihan Linux di samping sistem pengoperasian Unix,

Mac OS X dan Windows.

Syarikat MySQL AB merupakan syarikat berdaftar yang memiliki MySQL

tersebut. Rujukan lanjut tentang perisian ini boleh dilayari di alamat URL

http://www.mysql.com. Pembangun menggunakan MySQL kerana ia adalah program

yang tersedia di dalam perisian XAMPP. MySQL yang terdapat dalam XAMPP ini

agak susah untuk digunakan kerana seseorang perlu melayari PhpMyAdmin dalam

pelayan XAMPP bagi proses pengurusan data dan ia berlaku secara intranet atau internet,

seterusnya mengakibatkan penggunaan masa yang lebih panjang.

2.8 Bahasa Pengaturcaraan

Secara umumnya, bahasa pengaturcaraan direkabentuk untuk menggunakan

sintaks tahap tinggi, yang lebih mudah difahami oleh pembangun (programmer). Ia

adalah peralatan yang penting bagi membantu Jurutera Perisian (Software Engineer)

untuk menulis aturcara yang lebih baik dengan lebih cepat.

Page 48: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

31

2.8.1 PHP

PHP (PHP: Hypertext Preprocessor) adalah perisian sumber terbuka dan

mempunyai bahasa pengaturcaraan reflektif. Bahasa pengaturcaraan ini dibangunkan

pada peringkat tinggi bahasa skrip untuk menghasilkan laman web dinamik. Selalunya

PHP digunakan dalam perisian aplikasi bahagian server. Selain itu, PHP banyak

digunakan dalam Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) iaitu sistem pangkalan

data yang berfungsi dalam kebanyakkan pelayan web dan pelbagai sistem pengoperasian

(Suehring et al, 2002). Kos penggunaan PHP adalah murah berbanding mengunakan

bahasa pengaturcaraan web dinamik yang lain.

2.8.2 HTML

HTML bermaksud HyperText Markup Language yang telah mendominasi dan

menjadi penanda kepada web programming yang lain. Ianya menyediakan kemudahan

maklumat berbentuk teks, disamping mempunyai kemudahan pautan (link), heading,

paragraphs, senarai dan sebagainya dan juga memberikan tambahan kepada teks

dengan interactive form, sisipan imej dan objek-objek yang lain. HTML ditulis di dalam

borang menggunakan tags tertentu. Ianya juga boleh dimasukkan scripting language ke

dalamnya seperti JavaScripts yang akan memberikan kesan di dalam pelayar web dan

lain – lain pemperoses HTML yang lain. Dokumen paparan berasaskan teks ini boleh

ditulis dan disunting menggunakan perisian penyuntingan teks seperti notepad,

Microsoft Word atau Microsoft Front Page. Aturcara dokumen HTML ini dimulakan

dengan tag <html> dan diakhiri </html>. Tajuk bagi tetingkap browser di label dalam

Page 49: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

32

<title>...</title>. Manakala untuk menggambarkan paparan dokumen tersebut,

kandungan mesti di letakkan dalam label <body>...</body>. Dokumen-dokumen ini

boleh di paut antara satu sama lain menggunakan tag <a href>.

Secara khususnya HTML bermula pada pertengahan 1993 yang mana seorang

ahli fizik bernama Tim Berners-Lee menandatangani kontrak bersama CERN pada tahun

1980 dan mengusulkan cadangan untuk sistem Internet-base Hypertext pada tahun 1989

bersama Robert Cailliau (jurutera sistem data CERN) dan turut serta di dalam projek

WorldWideWeb (W3) yang telah diterima oleh CERN. HTML mempunyai 22 elemen

sebagai rekabentuknya. Pada masa kini, kod HTML diguna pakai oleh semua web

programming.

2.8.3 JavaScript

JavaScript adalah satu contoh jenis bahasa skrip. Bahasa skrip boleh dianggap

sebagai satu bahasa pengaturcaraan yang tidak kompleks seperti bahasa pengaturcaraan

lain. JavaScript terdiri daripada arahan-arahan yang boleh dilarikan. Namun, yang

membezakannya ialah, ia boleh disertakan dalam dokumen HTML. Cara untuk melihat

hasil skrip ini ialah dengan menggunakan pelayar web seperti Netscape dan Internet

Explorer. JavaScript boleh menjadikan dokumen HTML lebih interaktif dan

menyediakan operasi yang tidak mampu disediakan oleh HTML. Antara operasi mudah

yang mampu dilaksanakan oleh JavaScript adalah seperti pemeriksaan form, paparan

jam digital, penukaran warna latar belakang, dan paparan popup windows. Di bawah

merupakan salah satu contoh skrip yang digunakan dalam Javascript.

Page 50: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

33

<HTML>

<HEAD>

</HEAD>

<BODY>

<SCRIPT LANGUAGE=”JavaScript”>

<!--

//cetak Hello World!

document.write(“Hello World!”)

-->

</SCRIPT>

</BODY>

</HTML>

Skrip di atas akan mengeluarkan output seperti berikut: ”Hello World!”. Arahan

document.write (“Hello World!”) akan mencetak rentetan atau teks yang berada dalam ().

Bagi simbol <!-- dan -->, ia merupakan satu skrip yang bertindak sebagai komen.

Simbol // ini juga adalah simbol untuk komen tetapi hanya untuk satu baris sahaja. Ini

akan menghalang JavaScript daripada melarikan baris-baris tersebut.

2.9 Kesimpulan

Kesimpulannya ialah pembangun mendapati beberapa aspek seperti

kebolehgunaan, faktor kebolehpercayaan, kesesuaian, rekabentuk yang menarik dan

antaramuka yang mesra pengguna perlu di ambil kira apabila menghasilkan sesuatu

sistem baru.yang berasaskan pangkalan.data. Kepentingan sistem maklumat dalam

pengurusan maklumat organisasi juga telah dibincangkan oleh pembangun. Penyelidik

akan mengupas aspek rekabentuk sistem dan metodologi dengan lebih terperinci di

dalam bab yang seterusnya.

Page 51: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

BAB 3

REKA BENTUK SISTEM

3.1 Pendahuluan

Keterangan mengenai kaedah atau metodologi serta rekabentuk sistem akan

diterangkan dengan lebih lanjut di dalam bab ini. Tujuan utama bab ini ialah untuk

memastikan segala aspek-aspek pembangunan sistem sesuai untuk digunakan seperti

dari segi aspek teknikal, pendekatan rekabentuk sistem dan sebagainya. Segala

kekangan akan dapat di atasi sekiranya pembangun merancang dengan teliti. Selain itu,

arahan juga hendaklah jelas, ringkas dan teratur bagi memudahkan pengguna untuk

menggunakannya.

Page 52: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

35

3.2 Model Reka Bentuk dalam Pembangunan Sistem

Menurut Jamalludin, et al., (2001), model reka bentuk instruksi bersistem

(instruction design model) menyediakan suatu kerangka kerja yang dapat membantu

seorang pengaturcara dalam melaksanakan tugas bagi merekabentuk sistem yang akan

dibangunkan dengan lebih sistematik. Sebelum sesuatu sistem dilaksanakan metodologi

pembangunan yang sesuai perlu dikenalpasti oleh sistem analisis supaya projek dapat

dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Terdapat banyak metodologi pembangunan seperti model Waterfall oleh

Winston W. Royce, ADDIE oleh Rosett, ASSURE oleh Robert Heinich et al., dan

banyak lagi. Didapati Model Waterfall merupakan model pembangunan yang paling

sesuai digunakan untuk membangunkan projek ini kerana model ini mengandungi

beberapa fasa yang dapat memastikan setiap tugas dijalankan dengan teliti dan berkesan.

Pembangun tidak menggunakan modul ADDIE kerana dalam modul ini, tidak terdapat

fasa penyelenggaraan seperti modul Waterfall. Di dalam modul ADDIE hanya terdapat

lima fasa sahaja iaitu fasa analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan akhir

sekali fasa penilaian. Fasa penyelenggaraan ini sangat penting bagi sesebuah sistem

laman web kerana untuk mendapatkan sebuah sistem yang berkualiti, sistem tersebut

perlulah di selenggara dari semasa ke semasa oleh admin supaya sebarang masalah yang

dihadapi dapat di atasi dengan segera.

Page 53: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

36

Rajah 3.1: Model Waterfall oleh Winston W. Royce

Metodologi ini merupakan satu kaedah klasik yang diamalkan dengan meluas

dalam pembangunan perisian. Kaedah model ini mempunyai siri aktiviti secara

berjujukan dan sistematik. Pendekatan ini bermula pada peringkat awal iaitu fasa

perancangan dan berterusan secara berjujukan sehingga ke fasa operasi dan

penyelenggaraan. Selain daripada digunakan dengan meluas, ia juga memudahkan

aktiviti pengurusan projek kerana masa untuk mula dan tamat sesuatu fasa ditentukan

dengan jelas. Hasil kerja sesuatu fasa mempengaruhi fasa-fasa berikutnya. Oleh itu, ia

perlu disemak dan dinilai sebelum melangkah ke fasa seterusnya. Selepas sistem siap

dan digunakan, sistem tersebut biasanya akan diperbaiki mengikut kehendak semasa.

Penerangan ringkas tentang model ini ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Page 54: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

37

3.3 Model Waterfall

Model reka bentuk ini mempunyai lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk,

fasa pembangunan, fasa pengujian dan fasa penyelenggaraan. Kaedah waterfall ini baik

untuk digunakan jika proses yang memerlukan pengkomputeran adalah jelas.

3.3.1 Fasa Analisis Keperluan Sistem dan Ujian

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pembangun ialah menentukan

keperluan sistem yang hendak dibina bagi memenuhi kehendak pembangun. Selain itu,

pembangun juga perlu memikirkan dan merancang tentang bantuan sokongan dan

pangkalan data yang bersesuain bagi mereka bentuk sistem tersebut. Menurut

Baharuddin Aris et al., (2002), analisis keperluan inilah yang memberikan gambaran

masalah yang melibatkan fungsi perisian, dokumentasi yang diperlukan dan keperluan

persembahan. Ia juga melibatkan persekitaran penggunaan sesuatu perisian itu

(perkakasan, perisian organisasi dan pengguna). Kebaikan fasa analisis ini ialah ia dapat

menilai samada penyelesaian adalah menjimatkan dari segi kos dan praktikal dari segi

teknologi.

Pada peringkat fasa analisis ini juga, pembangun menganalisis terhadap sistem

peperiksaan atau ujian secara tradisional yang telah digunapakai sekian lama.

Pembangun beranggapan bahawa sistem tradisional ini perlu diubah kepada sistem

berasaskan web kerana sistem ini akan menjimatkan masa pemeriksaan sesuatu ujian

dan tahap kemungkinan untuk kehilangan data yang disimpan berasaskan sistem web

adalah sangat rendah. Di samping itu, pengguna akan memperolehi keputusan ujian

Page 55: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

38

pada masa itu juga. Bagi analisis pemilihan perisian, pembangun memilih menggunakan

perisian Macromedia Dreamweaver. Web editor jenis ini sangat popular dan sering

digunakan oleh pembangun-pembangun web yang lain. Pemilihan model reka bentuk

Waterfall dipilih berdasarkan konsep pengkomputeran yang jelas serta mengikut

spesifikasi yang ditetapkan. Dengan itu, model ini dapat memberi gambaran awal

kepada pengguna tentang sistem yang dibangunkan.

Proses penganalisan ujian dibuat dengan mengenalpasti masalah yang berlaku

terhadap masalah yang di hadapi oleh guru dalam menentukan aliran kelas para pelajar

berpandukan kepada pencapaian PMR sahaja. Dengan ini, pengkaji merasakan bahawa

satu sistem perlu diwujudkan bagi membantu pelajar dalam memilih aliran berpandukan

hubungkait antara ujian pencapaian akademik, ujian personaliti dan ujian IQ. Pengkaji

memilih untuk menggubal soalan objektif berpandukan teori Taksonomi Bloom kerana

teori ini mempunyai kesemua aras dari aras rendah sehingga aras yang tinggi yang

diperlukan bagi menilai samada pelajar tersebut menguasai keseluruhan aras-aras

tersebut ataupun tidak. Penggubal soalan ujian akademik membuat pemilihan beberapa

subjek yang mempunyai kaitan dengan aliran-aliran yang ditawarkan.

3.3.2 Fasa Rekabentuk Sistem dan Ujian

Mereka bentuk sistem merupakan fasa utama yang perlu ada di dalam pembinaan

sesuatu laman web. Antara isu yang selalu ditentukan dalam fasa mereka bentuk sisitem

ini ialah pengguna, isi kandungan dan bentuk laman web. Reka bentuk laman web

terbahagi kepada tiga reka bentuk yang utama iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk

interaksi dan reka bentuk persembahan. (Azean et.al, 2007)

Page 56: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

39

Reka bentuk informasi diperlukan bagi membantu pembangun dalam pengurusan

sesuatu laman web. Pembangun memilih pendekatan struktur akses secara linear iaitu

pengguna melayari dari satu halaman ke satu halaman seperti membaca buku (Azean

et.al, 2007). Kebaikan struktur ini ialah ia memastikan bahawa pengguna akan melalui

satu per satu halaman web tersebut. Ini adalah kerana pengguna dikehendaki menjawab

semua soalan yang telah disediakan bagi menentukan aliran mereka.

Penyusunan maklumat ini terbahagi kepada beberapa sub komponen seperti

maklumat pelajar, maklumat item-item ujian dan keputusan. Penyusunan seperti ini

dapat mengelakkan pengguna daripada sesat sewaktu melayari laman web tersebut.

Maklumat-maklumat keputusan akan dipersembahkan dalam bentuk transkrip bagi

memudahkan pengguna untuk melihat keputusan aliran dan sekaligus membolehkan

pengguna mencetak keputusan tersebut.

Bagi pengguna (guru) pula, keputusan ujian adalah berbentuk jadual (table) yang

mengandungi keseluruhan keputusan dan ini akan memudahkan guru untuk melihat dan

membahagikan bilangan pelajar untuk setiap kelas berdasarkan aliran.

Rajah 3.2: Penyusunan maklumat secara linear

Bagi reka bentuk interaksi, terdapat tiga komponen yang penting dalam

memperolehi reka bentuk laman web yang baik iaitu organisasi, navigasi dan

Page 57: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

40

interaktiviti. Pembangunan di mulakan dengan laman utama (index page atau home

page) yang menunjukkan secara keseluruhan mengenai laman web tersebut. Ini adalah

penting kerana pengguna akan tahu apa yang mereka akan perolehi. Pembangun akan

menggunakan banner (tajuk utama) bagi memberitahu pengguna tentang halaman

tersebut.

Untuk interaktiviti pula, pembangun menggunakan teknik place finding iaitu

petunjuk yang memberitahu di mana pengguna berada sekarang sewaktu melayari laman

web tersebut. Bagi struktur linear, pembangun laman web lain menggunakan kaedah

nombor halaman pada setiap halaman web tersebut.

Tujuan kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan pengguna (pelajar)

melayari setiap halaman-halaman ujian tersebut dan tidak berlaku sebarang kekeliruan

atau hilang arah (lost). Navigasi web pula, pembangun menyediakan menu yang

terdapat dibahagian kiri dan atas halaman web tersebut. Di sini, pengguna diberi

beberapa pilihan seperti guru dan pelajar. Setiap kategori pengguna akan mempunyai

password dan username yang tersendiri untuk menjamin keselamatan maklumat pelajar

dan hasil keputusan ujian penentuan aliran tersebut.

Reka bentuk yang terakhir dalam fasa ini ialah reka bentuk persembahan.

Pembangun memilih menggunakan warna yang lembut seperti hijau dan biru laut kerana

ini memberi konsep sistem pendidikan seperti laman web Kementerian Pelajaran

Malaysia, KPM. Warna cerah seperti warna putih juga digunakan untuk

memperjelaskan lagi item-item dan hasil keputusan ujian. Pembangun juga

menggunakan banner yang menarik, jenis font San Sarif iaitu jenis font Tahoma dengan

saiz 10 atau 12 supaya pengguna berasa selesa semasa membaca maklumat atau arahan

yang terdapat dilaman web tersebut.

Page 58: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

41

Selain itu, pengguna juga menambah beberapa imej, java script dan CSS untuk

mendapatkan reka bentuk antaramuka yang formal dan sistematik. Saiz lebar

antaramuka sistem ditetapkan pada 800 x 600 piksel kerana ia sesuai untuk digunakan di

semua jenis komputer. Popup window turut digunakan pada sesetengah helaian bagi

memaparkan tanda alert iaitu seperti pengguna tidak lengkap semasa mengisi maklumat

diri pengguna atau pengguna tidak lengkap menjawab soalan yang telah ditetapkan.

Dalam pembentukan item-item ujian untuk STAR (Pengujian Akademik),

pembangun memilih untuk menggunakan bentuk ujian objektif yang mengkehendaki

pelajar menjawab jawapan dengan tepat. Ujian ini mengandungi empat bahagian yang

setiap satunya mempunyai 30 soalan. Item- item yang dibina merangkumi empat

bahagian iaitu Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Kemahiran Hidup. Ke

empat-empat bahagian ini akan menentukan pemilihan aliran pelajar yang terdapat di

sekitar sekolah Malaysia seperti aliran Sains Tulen, Teknologi Maklumat, Vokasional

dan Sastera. Item-item ini akan disusun secara teratur mengikut setiap aras bagi

mengelakkan pelajar mengalami kekeliruan semasa menjawab item-item berikut.

Dalam perancangan yang telah dilakukan, pembangun memilih untuk

menggunakan item jenis objektif kerana ia mempunyai beberapa kebaikan yang sesuai

untuk dibangunkan melalui sistem pangkalan data. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan

perbandingan kebaikan antara ujian objektif dan ujian subjektif manakala jadual 3.3

menunjukkan kelemahan antara dua jenis ujian tersebut.

Page 59: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

42

Jadual 3.1: Kebaikan ujian objektif dan ujian subjektif

Objektif Subjektif

Ujian ini dapat membezakan peringkat-

peringkat pemikiran dan peringkat objektif

pembelajaran.

Penyediaannya lebih mudah dan tidak

memakan masa yang panjang.

Pemeriksaan dan pemberian markah dapat

jalankan dengan lebih tepat dan

kebolehpercayaan didapati tinggi.

Memberi kurang dorongan masalah

mengagak.

Pemeriksaan memakan masa yang pendek

dan mudah untuk dinilai.

Membolehkan jawapan yang lebih bebas

diberi.

Jadual 3.2: Kelemahan ujian objektif dan ujian subjektif

Objektif Subjektif

Item-item ujian pelbagai pilihan amat

sukar dan memakan masa yang panjang

untuk membentukknya.

Persampelan adalah terhad

Tidak dapat menguji kemahiran pelajar

menulis dan merancang dengan cara

tersendiri.

Memungkinkan jawapan yang tidak

berkaitan diberi.

Tidak menilai kemahiran menulis, tetapi

ujian ini memerlukan kemahiran pelajar

membaca item-item berdasarkan masa

yang telah ditetapkan.

Sukar untuk diberi skor kerana

pemarkahan berdasarkan kepada jawapan

yang ditulis boleh pelajar.

Page 60: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

43

Berdasarkan kepada jadual kebaikan dan kelemahan di atas, pembangun memilih

untuk menggunakan item jenis objektif. Ini adalah kerana, item tersebut sesuai

digunakan untuk Teori Taksonomi Bloom. Pembangun membina item-item soalan

berdasarkan kepada enam fasa Taksonomi Bloom iaitu Pengetahuan, Kefahaman,

Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Enam fasa ini merupakan objektif

pembelajaran yang akan diuji di dalam sistem ini. Selain itu, skema pemarkahannya

tetap sama walaupun pemeriksa memeriksanya beberapa kali apabila penggunaan ujian

objektif digunakan. Bagi skema pemarkahan esei, ia banyak berpandukan kepada

jawapan-jawapan yang diberikan oleh pelajar dan ini boleh menyebabkan skem

pemarkahan berubah-ubah. Disebabkan pembangun membina item-item akademik

menggunakan pangkalan sistem data, maka pembangun tidak perlu lagi menyemak

kertas secara manual. Pemeriksaan bahagian akademik dilakukan secara automatik dan

sekaligus dapat menjimatkan masa penandaan serta pelajar dapat mengetahui keputusan

mereka pada masa itu juga.

3.3.3 Fasa Implemetasi

Fasa implementasi merupakan proses membangun dan menghasilkan laman web

dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang sedia ada seperti perisian penyunting web,

perisian grafik, pelayar web, dan pelayan web. Fasa ini dilakukan selepas melepasi

kesemua kriteria-kriteria yang terdapat dalam fasa rekabentuk. Fasa ini juga dikenali

sebagai fasa produksi. Fasa ini memfokuskan kepada langkah pembinaan antaramuka

penguna dan pembangunan sistem ujian berasaskan pangkalan data. Menurut

Jamaluddin Harun, et. al (2001), ciri-ciri rekabentuk yang baik adalah pembangun

menyediakan panduan kepada pengguna agar tidak timbul masalah semasa

menggunakan sistem tersebut. Perkara yang perlu diambil kira semasa proses

membangunkan antaramuka, ialah penggunaan elemen interaktif seperti grafik yang

sesuai dan pembangunan navigasi yang teratur dan sistematik.

Page 61: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

44

Dalam fasa ini juga, pembangun telah menggunakan beberapa panduan bagi

rekabentuk interaktif. Pembangun menggunakan tiga panduan rekabentuk interaktif yang

bersesuaian dengan sistem ini. Bagi panduan pertama, penggunaan bahagian “hubungi

kami” adalah cara terbaik untuk memberi panduan kepada pengguna bagi mencapai

maklumat yang lebih terperinci tentang pembangun sistem STAR tersebut. Panduan

kedua pula, membantu pengguna mencari maklumat yang diperlukan. Contohnya

pembangun halaman sistem STAR ini menyediakan fungsi carian. Bagi panduan

mendedahkan kandungan halaman, langkah ini dilakukan dengan memperkenalkan apa

sebenarnya sistem STAR ini dan tujuan sebenar sistem ini dibangunkan pada halaman

utama. Site Map atau laman peta disediakan oleh pembangun bagi mengelakkan

penguna tersesat.

Dibahagian ini, pembangun memasukkan item-item akademik ke dalam sistem

soalan yang menggunakan aplikasi pengaturcaraan di bangunkan dengan bentuk mesra

pengguna. Bagi soalan yang belum di jawab, „popups window‟ akan keluar untuk

mengingatkan pengguna supaya menjawab kesemua soalan ujian yang diberikan.

Pemarkahan dibuat dengan mewakilkan setiap soalan mendapat satu markah.

3.3.4 Fasa Pengujian

Pengujian melibatkan penyesuaian satu set kriteria yang telah ditetapkan

terhadap sesuatu persembahan bagi mengenalpasti masalah. Secara khususnya, fasa ini

akan memeriksa perjalanan projek berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan. Fasa

pengujian perlu dilakukan untuk memastikan web yang dibangunkan tidak mempunyai

masalah dari segi teknikal serta isi kandungan.

Page 62: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

45

Menurut Azean et.al (2007), tujuan utama fasa ini ialah bagi memastikan tiada

sebarang masalah dan tidak mengecewakan pengguna yang menggunakan laman web

tersebut. Pembangun memilih beberapa aspek yang perlu diuji seperti dari aspek jenis

browser yang digunakan, sistem operasi, resolusi skrin dan sebagainya. Pembangun

melakukan pengujian terhadap sistem dari semasa ke semasa supaya segala masalah

dapat diselesaikan.

Pengesahan daripada penilai pakar merupakan satu ciri yang perlu ada dalam

fasa pengujian ini. Dalam pengujian sistem ini, pembangun memilih untuk melakukan

pengujian Alpha (Alpha-Testing). Pembangun menguji sistem di kalangan rakan-rakan

pembangun atau ahli kumpulan sahaja. Pembangun memilih kaedah pengujian ini

kerana pembangun ingin memastikan samada arah dan struktur sesuai atau perlu dibuat

sedikit perubahan. Selain itu, ia juga menentukan samada produk pengkodan memenuhi

spesifikasi reka bentuk dan keperluan pengguna.

3.3.5 Fasa Penyelenggaraan

Baharuddin Aris et al, 2003 menyatakan fasa ini akan dilakukan setelah

pengujian di buat secara menyeluruh terhadap sistem tersebut kerana berkemungkinan

sistem akan mempunyai kesilapan yang tidak dapat di kesan dan ia memerlukan

pengubahsuaian dan peningkatan selepas di laksanakan. Di fasa penyelengaraan inilah

pembangun dapat memperbaiki kesilapan yang telah di nilai oleh pakar dan sampel

pengguna melalui penilaian tidak formal yang telah di buat.

Page 63: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

46

3.4 Kebaikan dan Keburukan Model Waterfall

3.4.1 Kebaikan

1. Dokumentasi projek bagi setiap projek adalah dijamin lengkap sebelum beralih

ke fasa yang seterusnya. Ini adalah kerana, pembangun perlu menyemak semula sistem

yang telah dibuat secara terperinci untuk mengelakkan sebarang masalah sebelum

meneruskan lagi pembangunan sistem tersebut.

2. Kawalan penuh terhadap setiap fasa yang dilalui dapat dilakukan kerana tiada

perulangan fasa.

3. Dokumen yang dijana bagi setiap fasa adalah amat lengkap dan tepat sebagai

syarat untuk melalui fasa seterusnya perlaksanaan projek.

3.4.2 Kelemahan

1. Penelitian yang tinggi - Fasa ini memerlukan penelitian oleh pembangun kerana

untuk bergerak ke fasa yang seterusnya, pembangun harus meneliti fasa yang

dilakukannya sekarang, secara terperinci.

Page 64: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

47

2. Masa yang lama - Fasa ini memerlukan masa yang lama di dalam setiap fasa

untuk memastikan tiada lagi sebarang masalah dari semua aspek dan model ini tiada

perulangan fasa.

3.5 Carta Alir STAR

Carta alir merupakan perwakilan grafik tentang bagaimana sesuatu perisian itu

akan berfungsi. Bahasa yang digunakan untuk menjelaskan susunan skrin dan fungsi

dalam perisian adalah dalam bentuk simbol-simbol piawai yang boleh difahami secara

universal yakni oleh mana-mana pereka bentuk dan pembangun perisian. (Baharudin

Aris, 2002). Penggunaan carta alir ini telah diperkenalkan oleh Frank Gilbreth, 1921.

Rajah-rajah d bawah menunjukkan carta alir bagi sistem yang akan dibangunkan oleh

pembangun.

Page 65: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

48

Rajah 3.3 : Carta Alir Keseluruhan Sistem

Rajah 3.4 : Carta Alir Modul Guru

A

Keputusan

Log out

Mula

Log in

Menu

B

Pelajar

A

Guru

Page 66: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

49

Rajah 3.5 : Carta Alir Modul Pelajar

3.6 Pemilihan Keperluan Perisian dan Perkakasan dalam Pembangunan Sistem

Keperluan perkakasan dan perisian yang bakal diguna pakai oleh pembangun

adalah bertujuan untuk memudahkan pembangun melaksanakan proses merekabentuk

sistem dengan lebih terancang. Keterangan ringkas mengenai teknologi yang digunakan

B

Maklumat diri pelajar

Soalan-soalan ujian

Keputusan

Page 67: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

50

khususnya bahasa pengaturcaraan turut disertakan. Jadual 3.3 menunjukkan senarai

perisian yang dipakai sepanjang fasa ini dilaksanakan.

Jadual 3.3: Jenis dan nama perisian yang digunakan dalam pembangunan STAR.

Perisian/Teknologi Keterangan

Sistem Pengoperasian Windows XP Sistem pengoperasian ini dipilih kerana ia

merupakan perisian pengoperasian yang

lazim digunakan oleh pembangun.

Grafik Editor:

Adope Photoshop CS3

Perisian ini digunakan untuk membina

beberapa kompenan sistem seperti butang

dan latarbelakang sistem.

Web Editor:

Macromedia Dreamweaver MX

Perisian ini digunakan untuk

membangunkan sistem dari laman utama

sehingga ke laman yang terakhir.

Pangkalan Data (Database)

My-Structured Query Language

(My-SQL)

Perisian ini digunakan untuk menyokong

dokumentasi projek dan laporan.

Pelayan Web (web server)

XAMPP versi 1.6.8.

Perisian percuma ini adalah bercirikan

sumber terbuka (open source) dan

persekitaran bersilang (cross-platform). Ia

mengandungi Pelayan Apache HTTP,

pangkalan data MySQL dan penterjemah

(interpreter) skrip yang ditulis dalam bahasa

PHP.

Pelayar Web (Internet Browser)

Microsoft Internet Explorer

Mozilla Firefox

Google Chrome

Penyemakimbas adalah paket perisian yang

membolehkan pengguna untuk memapar dan

berinteraksi dengan dokumen yang di hos

oleh pelayan web.

Page 68: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

51

Selain daripada perisian sistem, perkakasan juga perlu di ambil kira supaya

sistem yang dibangunkan tidak akan mengalami sebarang masalah teknikal atau

seumpama dengannya. Antara perkakasan yang digunakan oleh pembangun adalah

seperti berikut.

i. Komputer : Komputer riba Compaq Presario v2000

ii. Pemproses : Intel Core Duo (R) M 1.63 GHz

iii. Ingatan capaian rawak (RAM) : 1.50 GB

iv. Sistem pengoperasian: Microsoft Windows XP

v. Kapasiti cakera keras : 2.24 GB

vi. Resolusi skrin : 800 x 600 piksel dengan 32-bit

vii. Peranti input seperti papan kekunci dan tetikus

Beberapa buah komputer lain yang dirangkaikan dalam satu rangkaian Local

Area Network turut digunakan oleh pembangun untuk menguji kelancaran perjalanan

sistem. Komputer-komputer ini bertindak sebagai pelanggan (client) dan mencapai data

daripada komputer pembangun yang juga dijadikan komputer pelayan (server).

Komputer - komputer ini (client), mempunyai spesifikasi yang pelbagai dan dapat

menunjukkan situasi yang sebenar apabila keseluruhan sistem dimuat naik ke komputer

pelayan yang sebenar.

Page 69: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

52

3.7 Penyebaran

Menurut (Azean et.al, 2007) penyebaran adalah satu proses meletakkan fail-fail

ke internet. Pembangun akan memuat naik fail-fail le internet dengan menggunakan

aplikasi yang percuma. Ini adalah kerana ruangan sebanyak 100 MB yang disediakan

adalah mencukupi bagi menampung sistem ini. Pengguna yang mencapai sistem ni

seharusnya mempunyai spesifikasi minima komputer seperti berikut:

i. Komputer : Komputer peribadi atau riba

ii. Unit pemprosesan pusat (CPU) : Intel Pentium III 1.4 GHz

iii. Cakera keras : 50 GB

iv. Perkakasan input : Papan kekunci dan tetikus

v. Capaian internet : Modem 56kbps

vi. Sistem pengoperasian : Microsoft Windows XP Professional

vii. Pelayar Web : Microsoft Internet Explorer 6.0

3.8 Rekabentuk Soalan Akademik

Di dalam bahagian ini, penggubal soalan telah membina Jadual Penentuan Ujian

bagi setiap subjek berdasarkan teori Taksonomi Bloom. Soalan-soalan ini telah di ambil

daripada sumber soalan Penilaian Menengah Rendah. Terdapat 120 soalan yang akan

dikemukakan. Rasional membina item STAR berpandukan soalan PMR ialah item-item

ini semua telah disahkan kesahihan oleh unit bahagian peperiksaan Kementerian

Pelajaran Malaysia. Jadual 3.2 di bawah merupakan Jadual Penentuan Ujian secara

keseluruhan bagi semua subjek. Bagi subjek sains dan matematik ia dapat memenuhi

Page 70: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

53

segala aras-aras Taksonomi Bloom, manakala bagi subjek kemahiran hidup dan

teknologi maklumat pula ia hanya dapat memenuhi tiga aras yang pertama teori

Taksonomi Bloom kerana aras-aras susah seperti aras analisis, sintesis dan penilaian

tersebut banyak di uji dalam bentuk soalan jenis esei. Oleh disebabkan bahagian

kemahiran hidup dan teknologi maklumat tidak memenuhi syarat Taksonomi Bloom,

penggubal soalan telah menambah bilangan soalan yang asalnya dari 10 soalan sahaja

kepada 30 soalan. Maka, jumlahnya ialah 120 soalan bagi jumlah soalan akademik. Ini

akan menunjukkan lagi kesahihan subjek-subjek tersebut dalam penentuan aliran.

Jadual 3.4: Jadual Penentuan Ujian

Subjek

Aras

Sains Matematik Kemahiran

Hidup

Teknologi

Maklumat

Pengetahuan / / / /

Kefahaman / / / /

Aplikasi / / / /

Analisis / /

Sintesis / /

Penilaian / /

Jumlah Item 30 30 30 30

Jadual 3.5 di bawah merupakan contoh soalan dan keterangan bagi setiap aras

Taksonomi Bloom yang telah digunakan bagi Sistem Ujian Penentuan Aliran ini.

Page 71: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

54

Jadual 3.5: Contoh senarai soalan bagi setiap aras.

Aras Soalan Keterangan

Pengetahuan

(Kemahiran

Hidup)

Berdasarkan rajah di atas yang manakah

ruang masukan?

A. P

B. Q

C. R

D. S

Pelajar di minta untuk

mengingat kembali atau

memilih bahagian ruang

kemasukanyang terdapat

pada bahagian enjin

tersebut.

Kefahaman

(Kemahiran

Hidup)

Apakah tujuan utama reja kayu digunakan

apabila mencabut paku

menggunakan tukul kuku kambing?

A Mengelak paku daripada bengkok

B Mengelak permukaan kayu rosak

C Mengelak tukul kuku kambing patah

D Mempercepatkan kerja mencabut paku

Pada bahagian ini pula,

pelajar dikehendaki untuk

mengubah kefahaman

dengan menerangkan apa

tujuan perbuatan itu

dilakukan menggunakan

alat tersebut.

Aplikasi

(Matematik)

The ratio of cows reared by Akmal,

Farhan and Henry is 8 :11: 5. They rear a

total of 4800 cows. Farhan decided to sell

400 of his cows to Akmal and 200 cows

to Henry.

Find the ratio of cows reared by Akmal,

Farhan and Henry after the sale.

Pelajar diminta untuk

menggunakan maklumat

dalam situasi yang baru,

termasuk menyelesaikan

masalah menggunakan

formula yang telah

dipelajari.

Page 72: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

55

Analisis

(Sains)

Diagram 14 shows the exchange of gases

in the alveolus. What is the difference

between blood X and blood Y?

Pelajar membezakan fakta-

fakta. Istilah atau kata

tugas yang selalu

digunakan dalam soalan

ialah membezakan,

memastikan dan memilih.

Sintesis

(Matematik)

In Diagram 8, OABD is a straight line.

Given that <ACB = 40° and <CBD =

130°. Which of the following relationship

is true?

Pelajar akan mencantum

idea-idea yang telah diberi

untuk menjadi satu idea

yang baru. Di sini pelajar

diminta untuk membuat

perkaitan hubungan

tersebut.

Penilaian

(Matematik)

Diberi bulatan A mempunyai luas 100?

dan bulatan B mempunyai lilitan 50?.

Tentukan apakah bulatan A dan B

merupakan bulatan yang mempunyai

ukuran yang sama?

Pelajar pelu membuat

pertimbangan, termasuk

memberi rasional

berdasarkan alasan dalaman

atau luaran..

Page 73: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

56

Bagi pengiraan markah pula di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu aras rendah,

sederhana dan cemerlang. Penentuan peratusan ini ditentukan dengan menggunakan

tahap yang biasa digunakan. Pengiraan adalah berdasarkan peratusan yang mengikut .

Bagi peratusan 0% sehingga 49%, pelajar tersebut di bahagian aras rendah. Manakala,

aras sederhana pula berada di antara 50% sehingga 69%. Aras cemerlang pula berada di

lingkungan 70% sehingga 100%.

Jadual 3.6: Peratusan yang ditetapkan bagi setiap subjek

Subjek Rendah

(%)

Sederhana

(%)

Cemerlang

(%)

Sains/Matematik/Kemahiran

Hidup/ Teknologi Maklumat

0 - 49 50 - 69 70 - 100

Proses pengiraan yang digunakan ialah:

𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝐽𝑎𝑤𝑎𝑝𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑡𝑢𝑙

𝐽𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝐾𝑒𝑠𝑒𝑙𝑢𝑟𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑆𝑜𝑎𝑙𝑎𝑛× 100% = ?

Pemarkahan dibuat secara berasingan bagi ke empat-empat bahagian akademik

tersebut. Bagi pengguna (pelajar) yang mendapat markah cemerlang (70%-100%) di

bahagian akademik sistem ujian STAR tersebut contohnya mendapat markah 85% di

bahagian ujian sains, sistem ini secara automatik akan memilih aras cemerlang tersebut

dan menghubungkan dengan bahagian kecerdasan IQ dan personaliti pengguna sistem

tersebut. Berkemungkinan pengguna tersebut layak untuk mengambil aliran sains.

Page 74: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

57

Akan tetapi, ia perlu melalui ujian kecerdasan IQ dan ujian personaliti dahulu sebelum

menetapkan ujian tersebut berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

3.9 Penutup

Kesimpulannya ialah untuk membina item-item yang sesuai, seseorang itu

perlulah melakukan JPU dan sebagainya bagi mendapatkan kesahihan item-item tersebut

memenuhi kehendak objektif seperti yang telah ditetapkan. Bagi menguruskan sesebuah

perisian berasaskan web yang sistematik dan jelas, pembangun harus mengikut kaedah

dan cara yang betul, bermula daripada fasa analisis sehinggalah fasa penyelenggaraan.

Pemilihan perisian dan perkakasan yang sesuai juga dapat memudahkan proses

pembangunan aplikasi ini dan carta alir perlu dilakukan supaya pembangun dapat

melihat aliran sistem yang akan dibangunkan dengan lebih jelas lagi. Faktor-faktor

inilah yang perlu di ambil berat dalam pembangunan sesuatu sistem berasaskan web

bagi menjamin kelancaran dan kejayaannya.

Page 75: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

BAB 4

HASIL REKABENTUK SISTEM

4.1 Pendahuluan

Bab ini menerangkan mengenai hasil rekabentuk Sistem Penentuan Aliran

Tingkatan Empat (STAR) yang berjaya dibangunkan setelah mengikuti beberapa

bahagian fasa ‘Waterfall’ seperti yang telah dinyatakan di dalam Bab 3. Selain itu, bab

ini juga akan membincangkan tentang kandungan produk iaitu struktur asas sistem dan

panduan kepada pengguna yang akan menggunakannya.

4.2 Pakej Sistem

Windows merupakan sejenis pelantar (platform) yang digunakan untuk

melaksanakan STAR. Bagi pengguna sistem ini, mereka memerlukan perisian pelayar

Page 76: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

59

web (web browser) dan talian internet. Mereka digalakkan mempunyai sambungan

internet berkelajuan tinggi (broadband) bagi mengelakkan sebarang kelewatan

perpindahan data antara komputer peribadi dengan komputer pelayan.

4.2.1 Antaramuka Utama Sistem

Resolusi skrin monitor yang biasa digunakan ialah 800 x 600 piksel untuk

paparan yang optimum bagi semua jenis komputer. Untuk melayari sistem ini,

pengguna hendaklah mengguna pelayar web Internet Explorer (IE). Ini kerana,

sesetengah kod JavaScript di dalam sistem ini hanya boleh diterjemahkan dengan

menggunakan pelayar web IE. Sekiranya tidak menggunakan pelayar web IE, ralat

seperti yang ditunjuk dalam Rajah 4.1 akan berlaku. Demi kemudahan pengguna yang

tidak mempunyai pelayar IE, pembangun sistem telah menyediakan pautan bagi memuat

turun perisian pelayar web IE. Rajah 4.2 merupakan paparan bagi pautan memuat turun

IE.

Rajah 4.1: Ralat yang terpapar apabila pengguna menggunakan pelayar web Chrome

Page 77: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

60

Rajah 4.2: Antaramuka paparan muat turun IE

Sistem ini terdiri daripada dua kategori utama iaitu kategori guru sekolah dan

kategori pelajar yang merupakan pelajar tingkatan tiga. Sistem ini berlainan daripada

sistem yang lain kerana tidak mempunyai kategori admin. Hal ini kerana sistem ini telah

dibangunkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kesemua kategori tadi akan

menemui paparan utama log in yang sama tetapi mereka akan menemui paparan yang

berbeza selepas mereka mendaftar masuk mengikut status masing-masing.

Page 78: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

61

Rajah 4.3: Paparan bagi ’log in’ dan ’log out’ untuk masuk dan keluar sistem.

Sistem ini juga mengaplikasikan konsep mesra pengguna kerana ia juga dapat

dilihat sekiranya pengguna tidak mahu mendaftar. Akan tetapi pelawat sistem ini hanya

terhad untuk beberapa menu sahaja seperti menu utama, hubungi dan panduan ujian.

Page 79: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

62

Rajah 4.4: Paparan menu bagi pelawat sistem

Paparan antaramuka bagi semua menu ini akan dipaparkan di bahagian tengah

laman web manakala pembangun sistem mengekalkan kedudukan paparan menu di

bahagian tepi kiri laman web tersebut. Ini akan memudahkan pengguna supaya tidak

keliru. Antaramuka paparan utama sistem ditunjukkan dalam Rajah 4.5.

Rajah 4.5: Antaramuka paparan utama sistem

Page 80: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

63

Pembangun sistem telah menawarkan capaian mudah ke laman web lain dengan

membuat pautan menggunakan perkataan. Sebagai contoh, di dalam sistem STAR ini,

pengguna boleh menekan pautan (KPM) yang berwarna biru untuk ke halaman web

Kementerian Pelajaran Malaysia. Selepas pengguna menekan link tersebut, perkataan

KPM tadi akan berubah warna dari biru ke hijau. Ini menunjukkan bahawa pengguna

tersebut telah menekan link tersebut. Secara automatik, paparan window baru bagi

laman web akan terpapar.

Rajah 4.6: Pautan bagi capaian mudah ke laman web Kementerian Pelajaran Malaysia

4.2.2 Kategori Pengguna: Guru

Bagi kategori pengguna sebagai guru, mereka perlu melalui proses pengesahan

katalaluan untuk memasuki sistem ini. Apabila proses pengesahan berjaya dilakukan,

guru tersebut akan memasuki laman web utama bagi kategori guru seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 4.7. Apabila seseorang guru memasuki sistem penentuan

aliran ini, guru itu akan mendapati terdapat 3 bahagian yang mereka boleh masuki iaitu

papar profile guru, papar keputusan pelajar dan papar maklumat pelajar.

Page 81: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

64

Rajah 4.7: Antaramuka laman utama bagi guru

Sekiranya pengguna tersebut tidak memasukkan kata laluan atau nama pengguna

nama yang betul atau tidak memasukkan sebarang katalaluan dan nama pengguna, satu

isyarat pop-up akan keluar seperti gambar Rajah 4.8 di bawah. Ini merupakan amaran

atau peringatan kepada pengguna supaya memasukkan nama pengguna dan kata laluan

yang betul.

Rajah 4.8: Paparan pop-up yang akan di paparkan.

Page 82: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

65

Guru tidak bertindak sebagai admin kerana sistem ini diperolehi daripada

Kementerian Pelajaran Malaysia dan admin sistem bagi sistem ini merupakan staf

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mengelakkan daripada berlakunya soalan bocor,

guru tidak dapat melihat soalan-soalan penentuan aliran tersebut. Selain itu, status juga

menunjukkan bahawa pengguna yang memasuki laman web tersebut ialah seorang guru.

Rajah 4.9 di bawah menunjukkan senarai menu yang boleh dimasuki oleh guru dan

keadaan status seseorang guru itu.

Rajah 4.9: Antaramuka senarai menu bagi guru

Terdapat butang edit di bahagian bawah profile guru bagi memudahkan guru

mengemaskini semula data peribadi mereka jika berlakunya sebarang perubahan seperti

pertukaran alamat rumah, nombor telefon dan sebagainya. Apabila pengemaskinian data

selesai, pengguna di minta untuk menekan butang enter bagi menghantar data tersebut

ke pangkalan data sistem. Paparan di bawah merupakan contoh profile guru sebelum

dikemaskini. Manakala, bagi Rajah 4.10 dan Rajah 4.11 pula menunjukkan guru

tersebut membuat pengemaskinian data peribadi beliau.

Page 83: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

66

Rajah 4.10: Antaramuka profile bagi guru

Rajah 4.11: Antaramuka profile edit bagi pengguna guru

Page 84: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

67

Paparan maklumat kesemua pelajar hanya boleh dilayari oleh pengguna guru

sahaja. Akan tetapi nama pengguna dan katalaluan tidak dapat di lihat oleh guru kerana

ia adalah maklumat yang perlu dirahsiakan. Hanya pihak admin sistem ini sahaja yang

tahu maklumat tersebut di pangkalan data sistem. Rajah 4.12 merupakan paparan bagi

kesemua data peribadi pelajar yang telah memasuki laman web tersebut.

Rajah 4.12: Paparan maklumat kesemua pelajar

Manakala Rajah 4.13 menunjukkan paparan keputusan bagi kesemua pelajar

yang telah mengambil ujian tersebut. Hanya pengguna sebagai guru sahaja yang dapat

melihat keputusan ujian STAR ini secara keseluruhan. Maka, dengan adanya sistem ini

pengurusan pembahagian kelas mengikut aliran menjadi lebih mudah dan efektif. Bagi

ujian akademik, pemilihan pemarkahan ialah mengikut markah yang tinggi contohnya

pelajar mendapat markah ujian Sains 86%, ujian Matematik 76%, ujian Kemahiran

Hidup 70% manakala ujian Teknologi Maklumat ialah 65%. Sistem STAR ini akan

secara automatik memilih markah yang paling tinggi iaitu markah ujian sains dan

seterusnya akan dihubungkaitkan dengan dua lagi ujian iaitu ujian personaliti dan ujian

IQ.

Page 85: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

68

Rajah 4.13: Paparan keputusan kesemua pelajar

4.2.3 Kategori Pengguna: Pelajar

Seperti pengguna kategori guru, pengguna kategori pelajar juga akan melalui

proses yang sama tetapi berlainan dari segi paparan senarai menu. Status menunjukkan

bahawa pengguna merupakan seorang pelajar. Tarikh yang dipaparkan merupakan

waktu pengguna melayari laman web tersebut mengikut waktu yang telah di tetapkan di

sistem komputer pengguna. Bagi pengguna pelajar, mereka mempunyai tiga menu iaitu

bahagan Ambil Ujian (STAR), Papar profile dan Lihat Keputusan. Rajah 4.14

merupakan paparan bagi pengguna pelajar.

Page 86: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

69

Rajah 4.14: Antaramuka senarai menu bagi pelajar

Menu pertama ialah bahagian pengambilan ujian (STAR). Pelajar perlu

menjawab ke semua soalan untuk mendapatkan keputusan aliran tingkatan mereka.

Soalan ujian ialah berbentuk objektif seperti yang telah dibincangkan di Bab 3. Selain

itu, sistem ini akan mengukur tahap pelajar di tiga bahagian iaitu ujian Akademik, ujian

Personaliti Diri dan ujian Kecerdasan IQ. Untuk mengelakkan pengguna ’sesat’ semasa

melayari laman web ini, pembangun telah membuat satu sub header yang menunjukkan

pengguna berada di bahagian mana. Contohnya, sub header menunjukkan bahawa

pengguna berada di bahagian Ujian Penentuan Aliran Tingkatan 4.

Page 87: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

70

4.2.4 Antaramuka Panduan Ujian

Pembangun juga menyediakan perkhidmatan kepada pengguna seperti panduan

ujian. Pengguna dapat mengetahui serba sedikit tentang laman web sistem ini dan

mendapat gambaran awal sebelum menduduki ujian tersebut.

Rajah 4.15: Antaramuka bagi Panduan Ujian

Bagi pelajar yang tidak mempunyai akaun, mereka tidak dapat menjawab soalan

ujian STAR. Maka untuk menjawab soalan-soalan tersebut, pengguna terlebih dahulu

dikehendaki membuat akaun sendiri dan klik di bahagian ’register’ yang telah disedikan

seperti rajah di bawah. Sistem ini dibina sebegini kerana pembangun menitikberatkan

ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kebocoran soalan.

Page 88: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

71

Rajah 4.16: Paparan amaran bagi yang belum berdaftar.

4.2.5 Antaramuka Ujian Akademik STAR Pelajar

Rajah 4.17 menunjukkan paparan ujian akademik yang perlu dijawab oleh

pengguna tersebut. Pelajar diberi masa selama satu jam untuk menjawab ke semua

soalan-soalan tersebut.

Page 89: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

72

Rajah 4.17: Antaramuka bagi ujian akademik (STAR)

4.2.6 Antaramuka keputusan ujian STAR pelajar

Selepas pelajar selesai menjawab kesemua soalan, secara automatiknya sistem

ini akan memberikan hasil ujian seperti rajah 4.18 dibawah. Pelajar boleh mencetak

keputusan ini sebagai rujukan sendiri atau lampiran. Sistem ini akan memberitahu

pencapaian akademik iaitu samada Sains, Matematik, Kemahiran Hidup ataupun

Teknologi Maklumat, kecerdasan IQ, ciri-ciri personaliti dan aliran yang sesuai untuk

pelajar tersebut.

Page 90: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

73

Rajah 4.18: Paparan keputusan bagi pelajar.

4.2.7 Antaramuka Site Map

Peta laman (site map) telah disediakan oleh pembangun sistem bagi

memudahkan pengguna melayari terus ke laman web yang mereka kehendaki. Ini kerana

setiap link telah dihubungkan terus ke laman web tersebut. Ini dapat menjimatkan masa

sekaligus pengguna dapat melihat susunatur sistem dengan lebih sistematik. Tujuan

laman peta ini juga disediakan ialah bagi mengelakkan pengguna sesat apabila mereka

melayari laman web tersebut. Apabila pengguna menekan sitemap, paparan Rajah 4.20

akan dipaparkan.

Rajah 4.19: Antaramuka bagi bahagian laman peta di laman web

Page 91: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

74

Rajah 4.20: Antaramuka bagi laman peta.

4.2.8 Antaramuka Hubungi

Jika berlaku sebarang masalah mengenai sistem ini, guru boleh membuat

sebarang aduan atau segera menghubungi admin sistem tersebut melalui telefon atau

email yang telah disediakan. Untuk memudahkan lagi pengguna untuk menghubungi

admin melalui email, pembangun sistem STAR telah membuat pautan dimana satu

paparan email akan dipaparkan.

Page 92: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

75

Rajah 4.21: Antaramuka bagi Hubungi Admin.

4.3 Pangkalan Data

Bagi sistem ujian ini, pembangun telah membuat dua jenis pangkalan data iaitu

pangkalan data bagi profile pengguna samada guru atau pelajar dan akhir sekali

Page 93: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

76

pangkalan data bagi markah ujian. Merujuk kepada Bab 3, pembangun sistem

menggunakan sistem pangakalan data MySQL. Rajah 4.22 di bawah merupakan contoh

pangkalan data bagi profile pengguna. Pembangun membuat beberapa jadual dan

melabelkannya seperti butiran-butiran yang telah ditetapkan oleh pembangun sistem

seperti nama, alamat, ic dan sebagainya. Apabila pengguna mengisi maklumat peribadi

mereka, segala maklumat atau data akan terus disimpan di pangkalan ini. Pangkalan

data ini akan berubah secara automatik sekiranya pengguna mengubah atau

mengemaskini data peribadi mereka.

Rajah 4.22: Antaramuka bagi pangkalan data profile pengguna.

Bagi ujian akademik, segala markah keseluruhan akan di simpan di pangkalan

data seperti dalam gambarajah 4.23 di bawah. Pangkalan ini mempunyai tiga lajur iaitu

nama pengguna, nombor kad pengenalan pengguna dan markah yang mereka perolehi

hasil daripada pencapaian ujian akademik tersebut. Pangkah merah merupakan arahan

Page 94: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

77

bagi padam data sekiranya berlaku sebarang masalah dan sebagainya. Pangkalan data

ini hanya boleh di lihat oleh admin sistem STAR sahaja.

Rajah 4.23: Antaramuka bagi pangkalan data markah ujian STAR.

4.4 Komen Terhadap Sistem

Sesebuah laman web memerlukan pelbagai kepakaran dan juga penelitian bagi

menjamin kualiti produk tersebut dan untuk menjadikan laman web itu bukan sahaja

menarik di pandang tetapi juga menjadi salah satu pilihan rujukan bagi pengguna.

Beberapa maklum balas diperolehi setelah sistem ini diuji. Antaranya ialah penggunaan

bahasa, tatabahasa dan gaya bahasa yang digunakan bersesuaian dengan pelajar

tingkatan empat terutamanya pada bahagian arahan yang jelas dan mudah untuk

difahami. Penggunaan saiz dan jenis tulisannya juga seragam dan bersesuaian. Selain

itu, paparan antaramuka yang menarik dan susunan menu yang kemas juga memudahkan

lagi pengguna untuk melayari sistem tersebut. Ruangan yang tidak terlalu padat

mengelakkan pandangan pengguna daripada rasa sakit semasa menjawab soalan-soalan

tersebut. Masa yang diperuntukkan untuk pengguna menjawab soalan amat mencukupi.

Sistem ini juga mengamalkan sistem mesra pengguna dan mempunyai capaian yang

mudah.

Page 95: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

April 2010

78

Namun begitu, terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilakukan terhadap

sistem ini. Salah satu penambahbaikan sistem ini ialah aliran di antara laman web yang

terdapat di dalam laman peta. Contohnya, penambahan butang ’selesai’ selepas

mendaftar sistem tersebut. Selain itu, pembangun disyorkan supaya menyedia

perkhidmatan bagi guru untuk memuat turun segala keputusan yang ada dalam bentuk

format excel untuk kegunaan analisis guru tersebut di masa hadapan.

4.5 Penutup

Aturan paparan yang tertentu perlu ada bagi sesebuah sistem maklumat

pengurusan yang hendak dibangunkan supaya pengguna tidak berasa keliru atau lost.

Meskipun tidak terdapat banyak arahan atau menu yang perlu diklik oleh pengguna,

aplikasi ini mempunyai sifat membimbing. Maka, penyusunan aturan yang tepat dan

kajian yang teliti perlu dilakukan bagi membentuk sebuah aplikasi web yang berkesan.

Page 96: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

79

April 2010

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Setiap sistem yang dibangunkan akan mempunyai beberapa kelemahan dan kekurangan

tertentu. Begitu juga dengan sistem yang telah dibangunkan ini. Bahagian ini akan

membincangkan dengan lebih terperinci rumusan projek, kebaikan serta keburukan sistem,

masalah yang dihadapi dan beberapa cadangan dalam meningkatkan mutu sistem pengurusan

yang dibangunkan.

5.2 Perbincangan

Akhirnya, projek ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu membangunkan satu sistem

pembangunan Ujian Penentuan Aliran Tingkatan Empat (STAR) Berasaskan Pencapaian

Page 97: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

80

April 2010

Akademik bagi tujuan membantu pelajar dalam memilih aliran yang ditawarkan di sekolah dan

melancarkan lagi pengurusan sekolah. Pada masa kini, pembinaan sesebuah laman web yang

berunsurkan pangkalan data tidak banyak digunakan di sekolah-sekolah kerana ia bergantung

kepada peruntukan kewangan sesebuah sekolah tersebut. Terdapat sekolah yang hanya

menggunakan Microsoft Access untuk menyimpan dan menguruskan sesuatu maklumat sekolah.

Tidak kurang juga sekolah yang membeli pakej sistem daripada syarikat-syarikat tertentu dengan

harga mencecah ribuan ringgit, semata-mata untuk menyimpan maklumat sekolah.

Pembangunan STAR ini dilihat seakan-akan memberi saingan dalam pembangunan sistem

maklumat pengurusan bagi menaikkan lagi mutu pengurusan maklumat di sekolah.

Melalui STAR pelajar dapat mengetahui keputusan aliran tingkatan empat yang sesuai

dengan diri mereka dengan mudah iaitu mendapat cadangan keputusan pada masa itu juga dan

guru juga dapat melihat keputusan bilanagan pelajar mengikut aliran yang ditawarkan di sekolah

terbut. dengan lebih baik dan cepat. Keputusan STAR dan maklumat pelajar tidak lagi disimpan

dalam satu komputer, sebaliknya ia disimpan di komputer pelayan yang dilengkapi dengan ciri-

ciri keselamatan. Guru-guru tidak lagi perlu risau akan kehilangan atau kerosakan pada

komputer yang menyimpan maklumat mereka. Data yang terdapat pada komputer pelayan akan

selalu dibuat salinan (backup) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti penggodaman

(hacking) dan serangan virus.

Pembangunan STAR ini telah melalui beberapa fasa iaitu berdasarkan teori ’Waterfall’.

Antaranya ialah fasa pengumpulan dan analisis keperluan, fasa reka bentuk sistem dan ujian, fasa

pembangunan dan akhir sekali fasa pengujian. Setiap fasa ini perlu dilakukan secara terperinci

dan teratur untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Penekanan telah diberikan semasa fasa

pengumpulan dan analisis keperluan, memandangkan keperluan-keperluan ini akan menentukan

sistem yang dibangunkan. Dalam fasa reka bentuk pembangun menitikberat akan tiga jenis

rekabentuk iaitu reka bentuk informasi, reka bentuk interaksi dan reka bentuk persembahan.

Beberapa lakaran antaramuka yang difikirkan sesuai dengan sistem ini telah dihasilkan yang

bertepatan dengan konsep sistem. Fasa pembangunan merupakan fasa yang mencabar bagi

Page 98: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

81

April 2010

pembangun iaitu menulis kod aturcara sistem dan pangkalan data. Meskipun begitu, semua

masalah yang dialami dapat diatasi dengan merujuk kepada rakan-rakan dan mencari sumber di

internet.

Dalam fasa terakhir iaitu pengujian, pembangun memilih untuk melakukan pengujian

Alpha (Alpha-Testing). Pembangun menguji sistem dikalangan rakan-rakan pembangun atau

ahli kumpulan sahaja. Pembangun memilih kaedah pengujian ini kerana pembangun ingin

memastikan samada arah dan struktur sesuai atau perlu dibuat sedikit perubahan.. Apabila siap

sesebuah modul pengguna, sistem diuji bagi mengenalpasti ralat sintaks dan logik. Ralat-ralat

ini akan menyebabkan sistem tidak dapat beroperasi dengan sempurna dan mendatangkan

masalah kepada pengguna kelak.

Dengan terhasilnya sistem ini, di harap sistem ini mampu membantu guru-guru untuk

menguruskan maklumat sekolah dengan lebih baik sejajar dengan matlamat pendidikan iaitu

mengaplikasikan penggunaan internet dalam pengurusan maklumat di sekolah.

5.3 Kelebihan Sistem

Setiap sistem yang dibangunkan akan mempunyai beberapa kelebihan yang tersendiri dan

ini akan membuatkan sesuatu sistem itu sangat istimewa dan memang sewajarnya sistem ini

dibangunkan di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Antara kelebihan sistem STAR ini ialah

penggunaan antaramuka laman web sistem yang berkonsepkan jelas dan mudah iaitu

penggunaan kombinasi warna yang menarik dan font yang sesuai bagi tujuan untuk

mengurangkan masa memuat turun. Susunan stuktur menu yang tersusun juga memainkan

peranan yang penting bagi mengelakkan pengguna daripada tersesat jauh. Pembangun juga tidak

Page 99: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

82

April 2010

meletakkan sebarang elemen-elemen multimedia di laman web seperti video, gambar yang

banyak, dan sebagainya kerana elemen-elemen ini jika terlalu banyak diletakkan, ia akan

mengganggu kefokusan seseorang pelajar semasa menjawab soalan-soalan tersebut.

Di samping itu, maklumat ujian atau pengguna kebiasaannya sulit dan ianya hanya boleh

dilihat oleh pelajar atau guru yang berkenaan sahaja. Oleh itu, untuk menggunakan sistem ini,

guru atau pelajar perlu melepasi proses pengesahan nama pengguna dan katalaluan pada halaman

utama, sebelum dihubungkan terus kepada sistem. Melalui proses ‘login’ ini, ia dapat menjamin

keselamatan data peribadi dan maklumat peperiksaan pengguna, di mana pengguna hanya boleh

mengakses maklumat berkaitan dengan dirinya sahaja. Bukan itu saja, malah admin sistem ini

tidak membenarkan guru atau pengguna lain untuk melihat soalan-soalan yang terdapat di dalam

sistem STAR ini untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kebocoran soalan-soalan

tersebut. Oleh itu, admin telah menghadkan menu papar bagi pengguna guru iaitu kepada tiga

menu sahaja iaitu profil pelajar, papar keputusan pelajar, dan papar maklumat pelajar.

Sistem ini juga mempunyai perkhidmatan mencetak di mana selepas pengguna mendapat

keputusan aliran ke tingkatan empat tersebut, pengguna boleh mencetak slip keputusan tersebut

untuk di buat sebagai simpanan peribadi atau lampiran. Penyimpanan data yang banyak juga

tidak menjadi masalah bagi sistem STAR ini kerana ia tiada had dalam penyimpanan data.

Beberapa orang pengguna dapat menggunakan dan memasukkan data ke dalam pangkalan data

secara serentak dan ini tidak mengganggu sebarang pemprosesan data-sata tersebut. Pengiraan

markah secara automatik juga merupakan salah satu kekuatan yang terdapat di dalam sistem

STAR ini.

Page 100: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

83

April 2010

5.4 Kelemahan Sistem

Di samping kelebihan yang terdapat dalam sistem ini, tidak kurang juga beberapa

kelemahan yang dapat diperhatikan. Antaranya ialah sistem ini hanya boleh dilayari dengan

menggunakan perisian Microsoft Internet Explorer (IE) sahaja. Ini berkemungkinan kerana

pelayar web seperti MozillA Firefox dan Google Chrome tidak dapat membaca atau

menterjemah bahasa pengaturcaraan yang telah digunakan oleh pembangun. Bagi pengguna

yang menggunakan pelayar web selain daripada IE, pengguna sistem akan mendapati beberapa

ralat akan terpapar di skrin seperti struktur penyusunan huruf atau menu akan berubah sedikit.

Dengan itu,untuk mengatasi masalah ini. Pembangun telah meletakkan satu link untuk pengguna

memuat turut perisian IE.

Bukan itu sahaja, malah kelemahan sistem ini juga ialah pelajar terpaksa menjawab

kesemua soalan yang dikemukan untuk mendapatkan keputusan aliran ke tingkatan empat dan ini

akan mengambil masa yang agak lama iaitu dalam lingkungan satu jam bagi seseorang pelajar

untuk menjawab kesemua soalan tersebut. Ini adalah kerana untuk ketiga-tiga ujian tersebut,

jumlah soalan yang perlu di jawab oleh pelajar adalah terlalu banyak iaitu berjumlah 140 soalan.

Antara kesan lain ialah berkemungkinan pelajar akan mengambil jalan mudah dengan memilih

sahaja mana-mana jawapan tanpa berfikir terlebih dahulu kerana kesemua soalan ini adalah

berbentuk jenis soalan objektif.

Pelaksanaan sistem ini sangat bergantung sepenuhnya kepada kemudahan komputer yang

disediakan oleh pihak sekolah. Ini merupakan sesuatu kekangan untuk sistem ini dilaksanakan

jika sesebuah sekolah tersebut kekurangan komputer dan tidak mempunyai kemudahan internet

terutamanya bagi sekolah di luar bandar yang hanya mempunyai lima buah komputer sahaja.

Page 101: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

84

April 2010

5.5 Masalah Yang Dihadapi

Dalam membangunkan sistem ini, pelbagai rintangan atau masalah yang telah di hadapi.

Antara masalah-masalah tersebut ialah dalam pencarian item-item ujian bahagian akademik iaitu

dalam penyesuaian item-item objektif yang hendak digunakan di dalam sistem STAR ini. Ini

kerana tidak semua subjek seperti subjek teknologi maklumat dan subjek kemahiran hidup

mempunyai soalan objektif yang dapat memenuhi kesemua aras teori Taksonomi Bloom.

Kekurangan sumber bagi matapelajaran teknologi maklumat juga menyebabkan penggubal item-

item sistem STAR terpaksa membina sendiri item-item tersebut berdasarkan teori Taksonomi

Bloom dan hanya berpandukan kepada silibus matapelajaran teknologi maklumat tingkatan

empat.

Penggubal soalan juga mengalami masalah dalam mencari satu aras petunjuk (indicator)

khas yang sahih bagi ujian akademik dalam menentukan ke empat-empat aliran iaitu aliran sains,

sastera, teknologi maklumat dan juga aliran teknikal. Ini kerana tahap peratusan dalam

pemarkahan bagi yang digunakan dalam bahagian akademik tidak semestinya akan menentukan

kecenderungan pelajar terhadap sesuatu aliran tersebut. Oleh itu, keputusan ujian personaliti dan

ujian IQ juga perlu dihubungkaitkan dan di ambilkira.

Akhir sekali masalah yang wujud semasa membangunkan sistem ini ialah kekeliruan

dalam pemilihan jenis pangkalan data terbaik yang ingin digunakan iaitu Microsoft Access atau

MySQL juga merupakan salah satu masalah yang di hadapi oleh pembangun sistem laman web

ini. Ini menyebabkan penggunaan masa yang agak lama telah diambil dalam membuat

pemilihan pangkalan data sistem kerana pembangun terpaksa mencuba untuk membangunkan

pangkalan data bagi kedua-dua jenis pangkalan data tersebut dan memilih jenis pangkalan data

yang sesuai untuk sistem STAR ini.

Page 102: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

85

April 2010

5.6 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan

Sistem ini boleh dikatakan berjaya memberikan banyak bantuan dan kemudahan kepada

pihak pengurusan sekolah, guru dan yang paling penting kepada para pelajar. Walau

bagaimanapun, sistem ini masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa bagi meningkatkan

keberkesanannya. Oleh itu terdapat beberapa cadangan yang dikenalpasti antaranya ialah :

i) Berbincang dengan mana-mana pakar dalam membina item-item akademik yang akan

digunakan dalam sistem ujian STAR ini untuk mendapatkan kesahihan soalan yang lebih tinggi

bagi kesemua aras samada aras rendah,sederhana dan tinggi. Oleh itu, akan terhasillah satu

petunjuk khas yang akan menentukan hubungan antara peratusan pemarkahan sesuatu subjek itu

dengan aliran-aliran yang ditawarkan.

ii) Penggunaan pelayan berprestasi tinggi dan mempunyai sijil digital keselamatan seperti

SSL (Secure Socket Layer) adalah merupkan elemen utama dalam membangunkan sistem

berasaskan web. Ini kerana terdapat pelajar yang mempunyai pengetahuan luar biasa yang

mampu menceroboh sistem ini seterusnya melakukan sebarang perubahan pada maklumat

peperiksaan mereka.

iii) Membuat pengujian di sekolah-sekolah yang terpilih dan responden bagi ujian tersebut

merupakan pelajar lepasan PMR. Penetapan ini perlu dilakukan supaya sistem ini lebih menjadi

lebih efektif dan dapat menunjukkan kepentingan sistem ini dalam bidang pendidikan

terutamanya dalam pemilihan pelajar ke aliran yang ditawarkan di tingkatan empat.

Page 103: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

86

April 2010

iv) Pembangun sistem yang akan datang bolehlah menyediakan pelayan server bagi sistem

STAR ini supaya ia dapat dilayari secara online dan ini akan memudahkan lagi pembangun

dalam membuat pembentangan projek pada masa akan datang.

5.7 Kesimpulan

Dengan terhasilnya sistem ini, pelajar dapat memilih aliran yang sesuai secara mudah dan

tanpa sebarang keraguan. Ini kerana pelajar dapat mengetahui kecendorongan mereka terhadap

sesuatu aliran bukan semata-mata berdasarkan pencapaian akademik sahaja malah mereka dapat

mengetahuinya berdasarkan ujian kecerdasan IQ dan ujian personaliti mereka. Di samping itu

juga, sistem ini dapat membantu sekolah mengenalpasti aliran yang perlu ditawarkan di sekolah

tersebut. Ciri-ciri penting dalam pembentukan sesebuah laman web yang berasaskan pangkalan

data juga perlu di titikberatkan oleh setiap pembangun laman web.

Kesimpulannya, sistem yang dibangunkan ini banyak memberi faedah kepada pelajar dan

pengurusan sekolah selain dapat mengurangkan isu masalah pelajar menukar aliran di saat-saat

akhir peperiksaan SPM. Secara tidak langsung, ia juga dapat mempertingkatkan lagi

penggunaan sistem di sekolah-sekolah. Di harap pada masa akan datang, sedikit

penambahbaikan kefungsian sistem ini dapat dilakukan.

Page 104: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

RUJUKAN

Azean et.al. (2007). Pembangunan Web Interaktif: Satu Pendekatan Sistematik. Kuala

Lumpur : Venton Publishing.

Baharom, N. (2002). Kamus Dewan: (Edisi Ketiga) Kuala Lumpur. : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Baharuddin Aris. (2001). Sistem Komputer dan Aplikasinya. Kuala Lumpur. : Venton

Publishing.

Baharuddin Aris, et.al. (2002). Reka Bentuk Perisian Multimedia. Skudai Johor :

Universiti Teknologi Malaysia.

Benjamin S.Bloom et.al. (1988). Taksonomi Objektif Pendidikan : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Daniel J. Kurland, Richard M. Sharp, Vicki F. Sharpn. (1997). Introduction to the

Internet for education. Belmont, CA : Wadsworth Pub. Co.

Jamaluddin Harun et.al. (2000). Pengenalan kepada Multimedia. Kuala Lumpur :

Venton Publishing.

Page 105: NURAFIFAH BTE MOHAMAD ARIFIN · berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. (NAMA PENYELIA) PENGAKUAN PENYELIA

88

Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir. (2000). Pengenalan kepada Komputer. Skudai

Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. (2001). Menguasai Perisian Pangkalan Data :

Microsoft access XP (Siri 1): Venton Publishing.

Lee Kok Siang (2001). Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih Aliran Akademik

Di Sekolah Menengah Johor Bahr. Universiti Teknologi Malaysia : Laporan Projek

Ijazah Sarjana Muda.

Marzano, Robert J. (2007). The New Taxonomy of Educational Objectives : Corwin

Press.

MySchoolNet KPM (2009). Lepasan SPM perlu bijak pilih kursus 17 March 2009

daripada http://202.71.104.43/wmsn/

Mohamad Hazrizal Bin Mohamad Janai (2009). Pembangunan Sistem Pengurusan

Maklumat Peperiksaan Sekolah Berasaskan Web. Universiti Teknologi Malaysia :

Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda.

Rokiah Abdullah (2009, Julai 25). Simpanan Maklumat Murid dalam Pangkalan Data

Utusan Malaysi, Julai 25, 2009, daripada http://www.utusan.com.my

Rosli Ab Ghani.. “Asas Pengaturcaraan Pangkalan Data”. Selangor, Malaysia:Venton

Publishing. 2004

Suehring, Converse, Tim & Park, Joyce. (2002). PHP Bible. Indianapolis IN: Wiley.