nur asyima binti che alias - fp.utm.my filelaporan projek sarjana muda (psm). lot 448, kg. pengkalan...

27
PERSEPSI MAHASISWA UTM TERHADAP FAKTOR BERLAKUNYA KHALWAT. KAJIAN KES DI KOLEJ TUN HUSSEIN ONN. NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: builien

Post on 04-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

PERSEPSI MAHASISWA UTM TERHADAP FAKTOR BERLAKUNYA KHALWAT.

KAJIAN KES DI KOLEJ TUN HUSSEIN ONN.

NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

PERSEPSI MAHASISWA UTM TERHADAP FAKTOR BERLAKUNYA KHALWAT. KAJIAN KES DI KOLEJ TUN HUSSEIN ONN.

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004

Saya NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan penukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )

SULIT

√ TIDAK TERHAD

TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh,

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

KELANTAN DARUL NAIM.

USTZ. SITI NORLINA BT. MUHAMAD

Nama Penyelia

Tarikh : 10 Mac 2004 Tarikh : 10 Mac 2004

CATATAN : * ** ♦

Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH,

TAWANG, 16320, BACHOK,

Page 3: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan : _______________________

Nama Penyelia : Ustazah Siti Norlina Binti Muhamad

Tarikh : __10 MAC 2004__________

Page 4: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

PERSEPSI MAHASISWA UTM TERHADAP FAKTOR BERLAKUNYA KHALWAT.

KAJIAN KES DI KOLEJ TUN HUSSEIN ONN.

NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : Nur Asyima Binti Che Alias

Tarikh : ____10 Mac 2004___

Page 6: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

iii

DEDIKASI

Selautan kasih dan sayang buat abah dan umi tercinta

Che Alias Teh dan Masitah Mustapha

Sentuhan mesra dan lakaran akhlak serta corakan budi kalian

Membuatkan aku mengenal

Erti sebuah kehidupan.

Buat adik-adik yang kukasihi,

Nur Nadzifah, Nurul Huda, Muhammad Fakruddin,

Ahmad Muhsin dan Nur Asy-Syifa’

Kuiring sekalung doa agar kalian terus tabah

Mencipta kejayaan terunggul.

Buat guru-guru yang dihormati

Terima kasih atas segala ajaran dan dorongan

Mutiara-mutiara ilmu darimu

Akan kujadikan sebagai perisai kehidupan.

Buat teman-teman seperjuangan

Angah, Na, Kak Kin, Kak Ana, Muny,

Mah, Taq, Idah, E, Fah

Teruskan perjuangan hingga pengakhiran

Semoga perjuangan kita di dalam rahmat Allah sentiasa.

Page 7: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan

salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Rasul pilihan Allah yang diutus untuk

membawa rahmat sekalian alam. Beribu-ribu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi

kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini

dapat disiapkan dengan sempurna.

Serangkai penghargaan yang tidak terhingga dinukilkan buat Ustazah Siti

Norlina Binti Muhamad, selaku penyelia Projek Sarjana Muda di atas nasihat, dorongan,

buah fikiran dan tunjuk ajar beliau kepada saya di dalam menyempurnakan tesis ini.

Selaut kasih dirangkaikan buat kedua ibu bapa yang sentiasa memberi semangat

dan galakan serta menjadi sumber inspirasi untuk saya meneruskan perjuangan dalam

menuntut ilmu. Semoga kalian berdua dalam maghfirah Allah sentiasa.

Seterusnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan

individu terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini. Hanya

Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Semoga segala usaha ini akan mendapat

keredhaan dan diberkati Allah Subhanahu Wa Taala, Insya Allah. Sekian, wassalam.

Page 8: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi mahasiswa UTM terhadap

faktor berlakunya khalwat. Ia dilakukan terhadap mahasiswa Islam tahun tiga dan empat

yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), UTM Skudai. Seramai 150 orang

responden yang telah dipilih untuk terlibat di dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk

deskriptif yang menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data. Soal selidik yang

dibina mengandungi 2 bahagian utama iaitu bahagian A dan B. Bahagian A

mengandungi 6 item yang berkaitan latar belakang responden. Bahagian B pula

mengandungi 32 item yang merangkumi persepsi mahasiswa terhadap faktor berlakunya

khalwat, persepsi terhadap program kolej, dan persepsi terhadap peranan pihak universiti

dalam menangani masalah khalwat. Data diperoleh melalui maklum balas daripada

borang soal selidik yang diedarkan. Data berkenaan dianalisis menggunakan Statistical

Package For Social Sciences (SPSS) version 11.0, dan dipersembahkan dalam bentuk

jadual berdasarkan min dan peratusan. Berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi,

terdapat hampir keseluruhan pelajar bersetuju bahawa faktor berlakunya khalwat adalah

kerana kurang didikan agama dalam diri seseorang. Namun, faktor-faktor seperti

institusi kekeluargaan, rakan sebaya dan masyarakat setempat turut menyumbang ke

arah berlakunya khalwat. Akhirnya, penyelidik telah mengemukakan beberapa

cadangan untuk menangani masalah khalwat. Cadangan kajian lanjutan juga turut

dicadangkan kepada penyelidik akan datang.

Page 9: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

vi

ABSTRACT

This research is conducted to identify UTM student’s view on factor the

‘khalwat’ occurred. 150 respondents were chosen from third and forth year which stay

at Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), UTM Skudai. It was conducted descriptively by

using a set of questionnaire in collecting data. The questionnaire contains two important

parts, namely Part A and Part B. 6 items in Part A about the respondents’ background.

Meanwhile, the others 32 items in Part B covers student’s perception about factor the

‘khalwat’ occurred, college’s programme, and duty of university organization to

overcome this problem. The finding has been collected from responses given in the

questionnaires that being distributed before. The data were analyzed using SPSS

software (Statistical Package For Social Sciences), and it was presented in table form

based on the average and percentage. Based on the research, majority respondents agree

with factor the ‘khalwat’ occurred because less education of religion. Nevertheless, the

‘khalwat’ was influenced by factors such as family institution, friends and social society.

Finally, the recommendation was given to overcome this problem. Further research

were also suggested for the future researcher.

Page 10: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

Page 11: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

viii

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Khalwat Dari Sudut Hukum Syarak 10

2.3 Kes Khalwat Dari Sudut Perundangan 13

2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Berlaku Khalwat 15

2.4.1 Kurangnya Pendidikan dan

Pemahaman Agama Dalam Diri 15

2.4.2 Institusi Kekeluargaan 18

2.4.3 Persekitaran 20

Page 12: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

ix

2.4.3.1 Rakan Sebaya 20

2.4.3.2 Masyarakat Setempat 21

2.4.3.3 Pentadbiran Kolej 23

2.4.3.4 Pentadbiran Universiti 27

2.5 Sorotan Kajian Lepas 29

2.6 Kesimpulan 30

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Populasi Kajian 32

3.4 Sampel Kajian 33

3.5 Tempat Kajian 33

3.6 Instrumen Kajian 34

3.6.1 Soal Selidik 34

3.7 Tatacara Kajian 35

3.7.1 Kajian Rintis 36

3.7.2 Kajian sebenar 36

3.8 Penganalisisan Data 38

3.9 Kesimpulan 39

Page 13: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

x

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 40

4.2 Bahagian A: Latar Belakang Responden 41

4.3 Bahagian B: Analisis Persoalan Kajian 44

4.3.1 Bahagian B (I): Persepsi Mahasiswa

Terhadap Faktor Berlakunya Khalwat 45

4.3.2 Bahagian B (II): Persepsi Mahasiswa

Terhadap Program Kolej 59

4.3.3 Bahagian B (III): Persepsi Mahasiswa

Terhadap Peranan Pihak Universiti

Dalam Menangani Masalah Khalwat 64

Page 14: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

xi

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, CADANGAN

DAN RUMUSAN

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Perbincangan 69

5.2.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 70

5.2.2 Bahagian B 71

5.2.2.1 Bahagian B (I): Persepsi

Mahasiswa Terhadap Faktor

Berlakunya Khalwat 71

5.2.2.2 Bahagian B (II): Persepsi

Mahasiswa Terhadap Program

Kolej 75

5.2.2.3 Bahagian B (III): Persepsi

Mahasiswa Terhadap Peranan

Pihak Universiti Dalam

Menangani Masalah Khalwat 76

5.3 Rumusan 78

5.3.1 Persepsi Mahasiswa Terhadap Faktor

Berlakunya Khalwat 78

5.3.2 Persepsi Mahasiswa Terhadap

Program Kolej 78

5.3.3 Persepsi Mahasiswa Terhadap

Peranan Pihak Universiti Dalam

Menangani Masalah Khalwat 79

Page 15: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

xii

5.4 Cadangan 79

5.4.1 Pihak Universiti 80

5.4.1.1 Menguatkuasakan Akta Atau

Peraturan Universiti 80

5.4.1.2 Menempatkan Mahasiswa Di

Kolej-Kolej Kediaman Dalam

Kampus 81

5.4.2 Pihak Kolej 82

5.4.2.1 Merangka Pelaksanaan

Program-Program Keagamaan

Dan Kemasyarakatan 82

5.4.3 Ibu Bapa 83

5.4.4 Pelajar 83

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.6 Penutup 86

Page 16: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

xiii

BAHAGIAN ENAM

SENARAI RUJUKAN

SENARAI RUJUKAN 87

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN A 90

LAMPIRAN B 91

LAMPIRAN C 95

Page 17: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

xiv

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Strategi dan Matlamat Pembangunan Sahsiah

Pelajar 28

3.1 Pengelasan Instrumen Kajiaan 35

3.2 Pengkelasan Maklum Balas Bagi Soal selidik

Bahagian B 38

4.1 Maklumat Latar Belakang Responden 41

4.2 Taburan Skor Bagi Item 1 45

4.3 Taburan Skor Bagi Item 2 46

4.4 Taburan Skor Bagi Item 3 46

4.5 Taburan Skor Bagi Item 4 47

4.6 Taburan Skor Bagi Item 5 48

4.7 Taburan Skor Bagi Item 6 48

4.8 Taburan Skor Bagi Item 7 49

4.9 Taburan Skor Bagi Item 8 50

4.10 Taburan Skor Bagi Item 9 50

4.11 Taburan Skor Bagi Item 10 51

4.12 Taburan Skor Bagi Item 11 52

4.13 Taburan Skor Bagi Item 12 52

4.14 Taburan Skor Bagi Item 13 53

4.15 Taburan Skor Bagi Item 14 54

4.16 Taburan Skor Bagi Item 15 54

Page 18: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

xv

4.17 Taburan Skor Bagi Item 16 55

4.18 Taburan Skor Bagi Item 17 56

4.19 Taburan Skor Bagi Item 18 56

4.20 Taburan Skor Bagi Item 19 57

4.21 Taburan Skor Bagi Item 20 58

4.22 Taburan Skor Bagi Item 21 58

4.23 Taburan Skor Bagi Item 22 59

4.24 Taburan Skor Bagi Item 23 60

4.25 Taburan Skor Bagi Item 24 61

4.26 Taburan Skor Bagi Item 25 61

4.27 Taburan Skor Bagi Item 26 62

4.28 Taburan Skor Bagi Item 27 63

4.29 Taburan Skor Bagi Item 28 64

4.30 Taburan Skor Bagi Item 29 64

4.31 Taburan Skor Bagi Item 30 65

4.32 Taburan Skor Bagi Item 31 66

4.33 Taburan Skor Bagi Item 32 66

Page 19: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Prosedur Kajian Yang Dijalankan 37

Page 20: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

xvi

SENARAI SINGKATAN

FKA Fakulti Kejuruteraan Awam

FKKSA Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli

FKKSM Fakulti Kejuruteraan Komputer dan Sumber Maklumat

FKSG Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi

FP Fakulti Pendidikan

FPPSM Fakulti Pengurusan dan Sumber Manusia

FS Fakulti Sains

KS Kurang Setuju

KTDI Kolej Tun Doktor Ismail

KTHO Kolej Tun Hussein Onn

KTR Kolej Tun Razak

PMIUTM Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

r.a. radhiallahu anhu

S Setuju

s.a.w. Sallallahu Alaihi Wasallam

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SMT Sekolah Menengah Teknik

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

S.W.T. Subhanahu Wa Taala

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 21: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Statistik Laporan Suku Tahun Kes Jenayah

Syariah 2003 90

B Borang Soal Selidik 91

C Surat Sokongan Dari Fakulti Pendidikan 95

Page 22: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kemasukan budaya Barat dalam kehidupan masyarakat Malaysia telah

menyebabkan berlakunya pertembungan antara dua budaya. Pertembungan ini

akhirnya memperlihatkan budaya Barat mendapat tempat yang istimewa dalam

kehidupan masyarakat.

Menurut Dr. Saedah Siraj (Muslimah, Februari 1992:32) perubahan demi

perubahan telah berlaku ke atas masyarakat Malaysia khususnya bangsa Melayu.

Salah satu bukti yang jelas ialah kehidupan mereka yang kaya dengan budi bahasa,

timbang rasa, kerjasama, tolong-menolong, lemah-lembut dan penyayang telah

terhakis ditelan zaman dan tidak boleh dibanggakan lagi. Begitu juga dengan

kehidupan menurut corak Islam.

Pembangunan dan kemajuan teknologi yang tidak bertepatan dengan ajaran

Islam akan menyebabkan pemikiran muda-mudi Malaysia rosak sehingga melanggar

syariat Islam dan seterusnya terjerumus kepada keruntuhan akhlak. Secara tidak

disedari unsur-unsur negatif ini telah merebak ke dalam pemikiran muda-mudi Islam

Page 23: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

2

masa kini. Akhirnya generasi Islam kini sudah tidak lagi menghiraukan perkara halal

dan haram.

Penglibatan seseorang dalam melakukan sesuatu perbuatan mungkar

berpunca daripada pergaulan bebas antara sesama manusia khususnya pergaulan

bebas antara lelaki dan perempuan. Akibatnya timbul gejala-gejala yang tidak sihat

seperti berdua-duaan lelaki dan perempuan, rogol, mengandung anak luar nikah dan

pembuangan bayi. Sesuatu kemungkaran yang dilakukan tidak mengira golongan

sama ada golongan terpelajar atau tidak.

Orang yang terpelajar tidak boleh dianggap tidak akan melakukan perkara-

perkara yang tidak bermoral ini. Ini kerana mereka juga merupakan makhluk ciptaan

Allah yang tidak sempurna dan mereka juga tidak lepas daripada melakukan

kesilapan. Semua manusia dianugerahkan dengan nafsu dan akal. Seseorang

individu itu akan rosak jika tidak dapat mengawal nafsunya. Manusia akan mendapat

darjat yang lebih hina daripada binatang sekiranya tidak menggunakan akal dengan

sebaik-baiknya.

Masyarakat Malaysia sekarang beranggapan bahawa berpasangan adalah satu

kebiasaan tetapi ia boleh mendorong seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang

negatif seperti khalwat dan akhirnya boleh membawa kepada zina. Allah telah

berfirman dalam surah al-Isra' ayat 32 yang berbunyi:

Maksudnya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah

satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Page 24: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

3

Walaupun Allah S.W.T. telah memberikan amaran tentang seksaan bagi

orang yang derhaka dan melakukan kemungkaran tetapi manusia sering lupa dan

terus terjebak ke dalam perkara tersebut. Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-

Nisa', ayat 14:

"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, dan melampaui batas-

batas syariat-Nya akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah ia di

dalamnya, dan baginya azab yang seksa yang amat hina.”

Terdapat banyak laporan di dada-dada akhbar tempatan mengenai kes gejala

sosial yang semakin meruncing termasuk di Institusi Pengajian Tinggi. Antaranya

ialah kes penemuan mayat bayi lelaki dalam tong sampah di Kolej Zaaba, Universiti

Putra Malaysia (Berita Harian, November, 1999). Memandangkan mahasiswa

dewasa ini cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang negatif, penyelidik

mengambil kesempatan ini untuk menyelidik mengenai pandangan dan persepsi

mahasiswa terhadap faktor berlakunya khalwat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam kepesatan arus sains dan teknologi, masyarakat dikejutkan dengan

pelbagai masalah sosial. Masalah ini timbul kesan daripada pergaulan yang tidak

mempunyai batasan sesama manusia khususnya antara lelaki dan perempuan. Akibat

daripada pergaulan bebas ini maka timbul pelbagai masalah, contohnya khalwat.

Perbuatan khalwat adalah peringkat awal berlakunya berbagai-bagai gejala sosial

seperti penzinaan, mengandung anak luar nikah dan pembuangan bayi.

Page 25: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

4

Khalwat sebenarnya berasal dari istilah Arab yang bermaksud bersunyi-

sunyian untuk berdamping kepada Tuhan. Namun situasi sekarang telah mengubah

istilah tersebut menjadi satu perbuatan jenayah yang mengakibatkan kesan-kesan

negatif kepada masyarakat. Hari ini, jenayah khalwat semakin berleluasa lebih-lebih

lagi di kalangan muda-mudi, sedangkan mereka merupakan bakal pemimpin yang

akan memimpin negara pada masa akan datang.

Malangnya, masyarakat hari ini belum menyedari sepenuhnya tentang

larangan Allah agar jangan menghampiri zina dan berkhalwat kerana ia merupakan

faktor-faktor kerosakan moral dan penjejas keharmonian. Hanya sebahagian kecil

sahaja yang benar-benar peka terhadap kesan khalwat tersebut. Oleh itu, kesedaran

perlu ditanamkan kepada setiap individu dan masyarakat dalam usaha mengurangkan

kadar berlakunya jenayah ini.

Rentetan dari itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk mengkaji mengenai

pandangan dan persepsi mahasiswa terhadap faktor atau punca berlakunya khalwat

ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Isu khalwat yang dibincangkan dalam media massa dan media elektronik

banyak mengaitkan dengan kes yang berlaku, tangkapan yang dibuat dan hukuman

yang sewajarnya yang perlu dikenakan kepada pesalah. Dalam usaha untuk kita

mencegah sesuatu, kita seharusnya mencari punca asal yang menyebabkan berlakunya

khalwat di kalangan masyarakat hari ini.

Page 26: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

5

Para intelektual sepatutnya berganding bahu memikirkan dan mencari jalan penyelesaian

kepada masalah khalwat. Mereka patut sama-sama mencari punca dan dasar masalah

yang sebenar. Punca ini perlu dikaji bagi merangka plan tindakan untuk mencegah

berlakunya perkara tersebut dan seterusnya menentukan hukuman yang sewajarnya

dikenakan kepada pesalah. Mereka juga wajar diberi peluang menyuarakan pendapat

atau pandangan bagi mengatasi dan mengurangkan kes khalwat daripada terus berlaku.

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui persepsi dan pendapat mahasiswa

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap faktor yang menyebabkan berlakunya

khalwat.

1.4 Objektif Kajian

Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian

memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan

kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru, pengkaji telah menetapkan

beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:

1. Mengkaji persepsi mahasiswa terhadap faktor berlakunya khalwat.

2. Mengkaji persepsi mahasiswa terhadap program kolej.

3. Mengetahui persepsi mahasiswa terhadap peranan pihak universiti dalam

menangani masalah khalwat.

Page 27: NUR ASYIMA BINTI CHE ALIAS - fp.utm.my fileLaporan Projek Sarjana Muda (PSM). LOT 448, KG. PENGKALAN PETAH, TAWANG, 16320, BACHOK, “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini

6

1.5 Persoalan Kajian

Bagi memenuhi objektif kajian ini, maka penyelidik telah menggariskan

beberapa persoalan bagi menjawab objektif kajian. Antara persoalannya ialah:

1. Apakah persepsi mahasiswa terhadap faktor berlakunya khalwat.

2. Apakah persepsi mahasiswa terhadap program kolej.

3. Adakah pihak universiti memainkan peranan aktif dalam menangani masalah

khalwat.