nur ashqrun binti samsuri laporan projek ini dikemukakan ... · laporan projek ini dikemukakan...

33
PELAKSANAAN PROJEK PENEMPATAN DALAM KAWASAN LUAR BANDAR BERKONSEPKAN PROJEK RANCANGAN PERKAMPUNGAN TERSUSUN DI NEGERI PERAK NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia JUN 2016

Upload: others

Post on 14-Aug-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

PELAKSANAAN PROJEK PENEMPATAN DALAM KAWASAN LUAR BANDAR

BERKONSEPKAN PROJEK RANCANGAN PERKAMPUNGAN TERSUSUN DI

NEGERI PERAK

NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah)

Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2016

Page 2: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

iii

Ditujukan khas buat Abah, Encik Samsuri bin A. Rahaman, Mak, Puan Fauziah binti

Anwari serta adik-adik yang disayangi

Terima kasih di atas segala nasihat, kasih sayang, masa dan pengorbanan yang

dicurahkan tanpa henti

Buat teman dan sahabat seperjuangan yang dikasihi

Terima kasih di atas segala persahabatan, komitmen, sokongan, dan bantuan yang

selalu diberikan tanpa mengira masa dan ketika

Terima kasih atas segalanya,

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa kalian

Page 3: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

iv

PENGHARGAAN

Dipanjatkan rasa syukur dan ucapan Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, atas

junjungan kasih dan limpah kurnia, serta izin-Nya, maka penulis dapat jua

menyiapkan penulisan ini.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga, dan setinggi-tinggi penghargaan

diucapkan kepada penyelia tesis ini, iaitu Prof. SR Dr. Megat Mohamed Ghazali Bin

Megat Abd Rahman atas segala bimbingan dan khidmat nasihat, komitmen, bantuan

serta dorongan yang telah diberikan pada sepanjang tempoh penyediaan dan

penyelidikan tesis ini.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pegawai Daerah Kampar serta

Warga Pegawai dan Kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Kampar di atas

kerjasama yang telah diberikan pada sepanjang proses penyelidikan berlangsung.

Terima kasih juga diucapkan kepada penduduk-penduduk di Daerah Kampar atas

segala maklumbalas yang telah diberikan. Segala jasa dan komitmen yang telah

diberikan amatlah dihargai oleh penulis.

Penulis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Salfarina Bt

Samsudin serta semua pensyarah, sahabat seperjuangan, serta rakan-rakan sekerja

atas segala bantuan dan nasihat yang telah diberikan. Terima kasih kerana amat

memahami penulis dan tidak jemu memberikan kata-kata semangat dan motivasi

kepada penulis.

Tidak lupa, kepada semua pihak yang telah terlibat samada secara langsung

atau tidak langsung dalam penghasilan projek penyelidikan ini. Terima kasih yang

tidak terhingga diucapkan, ikhlas dari penulis.

Sekian, Terima Kasih.

Page 4: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

v

ABSTRAK

Kajian ini disediakan bagi mengkaji pelaksanaan projek penempatan dalam

kawasan luar bandar yang berkonsepkan projek Rancangan Perkampungan Tersusun

di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat untuk membincangkan kaedah dan prosedur

pelaksanaan projek Rancangan Perkampungan Tersusun, serta mengupas isu dan

permasalahan, serta cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan projek ini.

Daerah Kampar di Negeri Perak telah dipilih sebagai kawasan kajian. Bagi tujuan

pengumpulan data, beberapa sesi temubual telah dilaksanakan melibatkan 30 orang

responden yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di Pejabat Daerah dan

Tanah Kampar meliputi Penlong Pegawai Daerah, Pegawai Penempatan, Penolong

Jurutera dan Ketua Pembantu Tadbir. Responden lain yang turut ditemubual adalah

wakil jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan, Pemaju, Juruukur Berlesen, Ketua

Kampung dan Penduduk Tempatan. Antara isu dan masalah utama yang telah

dikenalpasti adalah melibatkan isu kemampuan kewangan peserta, isu penyediaan

infrastruktur di dalam kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun dan isu

kekurangan serta jualbeli lot yang berleluasa. Pada akhir kajian, cadangan

penambahbaikan secara keseluruhan berasaskan kepada contoh amalan terbaik telah

dicadangkan bagi mengatasi semua permasalahan yang timbul iaitu melalui

penambahbaikan dalam Perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Pemaju. Cadangan

ini adalah bersifat realiti dan jika dilaksanakan, dipercayai dapat membantu

menambahbaik proses pelaksanaan projek Rancangan Perkampungan Tersusun di

Daerah Kampar.

Page 5: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

vi

ABSTRACT

This research is prepared to study the implementation of settlement project in

the rural area of Perak State with the concept of organised settlement project. This

study targeted to discuss on the method and implementation procedure, to analyse the

issue and the problem, as well as to propose the improvement proposal towards the

project implementation. Kampar District are choosen as the study area. For the

purposed of data collection, a few interview session are arranged involved 30

respondents consisting of an officer and staff from Kampar District Office namely

Assistant District Officer, Settlement Officer, Assistant Engineer and Chief Clerk.

Other respondents are representative from technical agencies, deveopers, license

surveyor, head of the village and local residents. Amongst the problems identified

are financial capability issue within the applicants, lack of infrastructure provision,

and the shortage of offered plot, as well as the rampant sale and purchase of the plot

among the land owner. At the end of the study, the overall improvement proposal

that is based on the best practice in the field are proposed to resolve all of the

problem which arose which is an improvement of an Agreement within State

Government and Developer. If the State Government agreed to carry out the

improvement proposal, it is believed are able to help on the improvement of the

implementation procedure of organised settlement project in Kampar District.

Page 6: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

JUDUL TESIS i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Isu dan Penyataan Masalah 3

1.3 Matlamat Kajian 8

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Skop Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.6.1 Kerajaan Negeri Perak 11

1.6.2 Pemaju 11

1.6.3 Pemilik Tanah 12

1.7 Metodologi Kajian 13

Page 7: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

viii

1.7.1 Peringkat Kajian Awalan 13

1.7.2 Peringkat Kajian Literatur 14

1.7.3 Peringkat Kajian Lapangan 14

1.7.4 Peringkat Analisis Data 15

1.7.5 Peringkat Penemuan Kajian 15

1.8 Susunatur Bab 15

1.9 Kesimpulan 16

2 RANCANGAN PERKAMPUNGAN TERSUSUN 19

2.1 Pengenalan 19

2.2 Definisi Luar Bandar 20

2.3 Definisi Kampung 21

2.4 Pentadbiran Kampung di Negeri Perak 22

2.4.1 Pengenalan Kepada JKKK 22

2.5 Objektif Pewujudan Rancangan Perkampungan 23

Tersusun

2.6 Punca Kuasa 23

2.7 Konsep Pemberimilikan Bagi Projek 24

Rancangan Perkampungan Tersusun

2.7.1 Pengertian Pemberimilikan 24

2.7.2 Proses Penganugerahan Lot Tanah 26

2.7.3 Jenis Pegangan Pemberimilikan 27

2.7.4 Syarat-Syarat Pemilikan Tanah 28

Rancangan Perkampungan Tersusun

2.8 Proses dan Prosedur Pelaksanaan Rancangan 29

Perkampungan Tersusun

2.8.1 Pengenalpastian Tapak Rancangan 30

Perkampungan Tersusun

2.8.2 Aplikasi Prosedur Pemberimilikan Tanah 32

2.8.3 Pelantikan Pemaju 34

2.8.4 Proses Pemilihan Peserta Rancangan 35

Perkampungan Tersusun

2.8.5 Pengeluaran Hakmilik 37

2.9 Kesimpulan 41

Page 8: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

ix

3 KAWASAN KAJIAN : 43

PROJEK RANCANGAN PERKAMPUNGAN

TERSUSUN (RPT) DI DAERAH KAMPAR,

NEGERI PERAK

3.1 Pengenalan 43

3.2 Pecahan Daerah-Daerah di Negeri Perak 44

3.3 Daerah Kampar 46

3.4 Komposisi dan Pecahan Penduduk 46

3.5 Gunatanah dan Pembangunan Penempatan 49

di Daerah Kampar

3.6 Hakmilik Berdaftar di Daerah Kampar 51

3.7 Pentadbiran Daerah Kampar 52

3.7.1 Carta Organisasi Pegawai 52

3.7.2 Visi 53

3.7.3 Misi 54

3.7.4 Moto 54

3.8 Projek-Projek Rancangan Perkampungan 54

Tersusun di Daerah Kampar

3.8.1 Projek-Projek Rancangan Perkampungan 56

Tersusun di Mukim Teja Daerah Kampar

3.8.2 Projek-Projek Rancangan Perkampungan 57

Tersusun di Mukim Kampar Daerah Kampar

3.9 Kesimpulan 58

4 ANALISIS KAJIAN 60

4.1 Pengenalan 60

4.2 Kaedah Kajian 61

4.3 Kaedah Pengumpulan Data 61

4.3.1 Temubual 62

4.4 Responden 64

4.4.1 Kerajaan Negeri 64

4.4.2 Jabatan Teknikal 65

4.4.3 Pemaju 66

Page 9: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

x

4.4.4 Juruukur Berlesen 67

4.4.5 Ketua Kampung 68

4.4.6 Penduduk Tempatan 68

4.5 Pembentukan Borang Temubual 69

4.6 Analisis Kajian 72

4.6.1 Pengetahuan Berkaitan Prosedur Kerja 72

4.6.2 Isu dan Permasalahan Pelaksanaan Projek 75

4.6.3 Isu Kemampuan Kewangan Peserta 77

Rancangan Perkampungan Tersusun

4.6.4 Isu Penyediaan Infrastruktur 83

4.6.5 Isu Penyediaan / Jualbeli Lot di 88

Sesebuah Projek Rancangan

Perkampungan Tersusun

4.6.6 Isu-Isu Lain 92

4.7 Kesimpulan 93

5 RUMUSAN DAN CADANGAN 94

5.1 Pengenalan 94

5.2 Rumusan Penemuan Kajian 95

5.2.1 Rumusan Penemuan Objektif 1 95

5.2.2 Rumusan Penemuan Objektif 2 96

5.2.3 Rumusan Penemuan Objektif 3 97

5.3 Cadangan Kajian 98

5.3.1 Penambahbaikan Kepada Perjanjian 98

Pembangunan Rancangan Perkampungan

Tersusun Antara Kerajaan Negeri

dan Pemaju

5.3.2 Pendidikan dan Kesedaran 104

5.4 Limitasi Kajian 105

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 106

5.6 Kesimpulan 107

Page 10: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

xi

RUJUKAN 108

Lampiran A-C 109 - 117

Page 11: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Bilangan Penduduk Dan Purata Kadar 47

Pertumbuhan Penduduk Tahunan (Peratus)

Mengikut Negeri Dan Daerah Pentadbiran,

Bagi Tahun 1991, 2000 Dan 2010

3.2 Bilangan Tempat Kediaman dan Isi Rumah 50

Mengikut Negeri Dan Daerah Pentadbiran,

Bagi Tahun 1991, 2000 dan 2010

3.3 Senarai Projek Rancangan Perkampungan 56

Tersusun di Mukim Teja Daerah Kampar

3.4 Senarai Projek Rancangan Perkampungan 57

Tersusun di Mukim Kampar Daerah Kampar

4.1 Senarai Responden Yang Telah Ditemubual 63

4.2 Isu-Isu Yang Telah Dikenalpasti Dari Kaedah 75

Temubual

5.1 Rumusan Penambahbaikan Terhadap Projek 103

Rancangan Perkampungan Tersusun

Page 12: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

1.1 Statistik Pendapatan Isi Rumah Bulanan 5

Purata Mengikut Strata, Malaysia Bagi

Tahun 2009 Dan 2012

2.1 Carta Alir Permohonan Dan Pemberimilikan 38

Bagi Projek Rancangan Perkampungan

Tersusun (RPT) Di Negeri Perak

3.1 Peta Negeri Perak 45

3.2 Pecahan Penduduk Mengikut Kaum di Daerah 48

Kampar

3.3 Carta Organisasi Pegawai di Pejabat Daerah 53

dan Tanah Kampar

Page 13: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

xiv

SENARAI SINGKATAN

RPT Rancangan Perkampungan Tersusun

PBN Pihak Berkuasa Negeri

MMK Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak

PTG Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak

PPD Pusat Pertumbuhan Desa

JKKK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

ICU Unit Penyelarasan Pelaksanaan

PIA Penyelenggaraan Infrastruktur Awam

PIAS Penyelenggaraan Infrastruktur Asas

PDT Pejabat Daerah dan Tanah

JPBD Jabatan Perancang Bandar dan Desa

JUPEM Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Page 14: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Jadual 1 Kanun Tanah Negara 109

(Peraturan 2) Permohonan Tanah

B Borang 5A Kanun Tanah Negara 111

(Seksyen 81 dan 82)

Notis Genap Masa Hasil Tanah Dibayar

C Borang Temubual 112

Page 15: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kehidupan seseorang manusia sememangnya banyak bergantung kepada

keperluan dan keinginan. Keperluan asas adalah menjadi suatu tunggak kepada

kehidupan seseorang. Perumahan atau rumah kediaman adalah merupakan salah satu

daripada keperluan asas, samada kepada seseorang individu mahupun kepada

sesebuah isirumah dan institusi kekeluargaan.

Terdapat pelbagai konsep perumahan yang telah dibangunkan di Malaysia

khususnya, dan di negeri Perak amnya. Antaranya adalah projek perumahan yang

dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Perak adalah seperti Projek Perumahan Rakyat

(PPR), Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Projek Penempatan Rakyat

Setempat (PPMS), Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), dan projek

penempatan di kawasan luar bandar yang berkonsepkan Projek Rancangan

Perkampungan Tersusun (RPT).

Kebanyakan projek-projek perumahan yang dinyatakan ini dibangunkan di

kawasan luar bandar. Ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan pembangunan

Page 16: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

2

yang pesat di kawasan bandar, dengan pembangunan di kawasan luar bandar. Tidak

seperti di kawasan bandar yang pesat dibangunkan dengan pelbagai skim perumahan

pelbagai konsep, kawasan luar bandar dilihat masih mengekalkan pembangunan

berkonsepkan perumahan tradisional, desa dan perkampungan. Antara salah satu

konsep perkampungan yang masih diamalkan di kawasan luar bandar bagi tujuan

penempatan adalah penempatan berkonsepkan program Rancangan Perkampungan

Tersusun.

Projek Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) adalah berkonsepkan

pembukaan sebuah kawasan penempatan secara berkelompok di sesebuah tempat,

kawasan atau kampung, khususnya yang berada di kawasan luar bandar.

Kebiasaannya, ia bertujuan untuk membina satu penempatan baru tanpa perlu

menambah bilangan perkampungan yang baru atau melibatkan pembentukan

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru.

Menurut Nur Atiqah Aziz (2013), pembangunan di kawasan luar bandar

adalah merupakan salah satu agenda oleh kerajaan di dalam membangunkan serta

memajukan sesebuah kawasan di luar bandar agar masalah kemunduran dan juga

masalah kemiskinan di kawasan luar bandar dapat ditangani. Secara realitinya,

masyarakat desa sinonim dilabelkan dengan masalah kemiskinan. Malahan,

pembangunan di kawasan luar bandar sinonim dilabel pula dengan masalah

kemunduran.

Permasalahan inilah yang sedang ditambahbaik oleh pihak Kerajaan Malaysia

samada melalui fungsi di Peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun di Peringkat

Kerajaan Negeri di setiap daerah-daerah. Pihak Berkuasa Tempatan juga turut

memainkan peranannya yang tersendiri dalam merancang pembangunan di setiap

daerah dan di seluruh negeri ke arah mencapai pembangunan yang sihat dan

seimbang di kawasan luar bandar.

Page 17: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

3

1.2 Isu dan Penyataan Masalah

Penempatan berkonsepkan Rancangan Perkampungan Tersusun dilaksanakan

secara meluas khususnya di Negeri Perak. Penempatan ini adalah salah satu daripada

tindakan proaktif yang sering diambil oleh Kerajaan Negeri Perak bagi

menyelesaikan isu-isu setinggan atau isu pendudukan secara tidak sah di atas tanah

Kerajaan di sesebuah tempat, iaitu dengan cara mewujudkan satu kawasan

penempatan baru yang tersusun dan diiktiraf secara perundangan. Kaedah

pewujudan penempatan secara Rancangan Perkampungan Tersusun ini boleh

diwujudkan dalam beberapa keadaan, iaitu samada diwujudkan di atas kawasan yang

telah terlibat dengan pendudukan setinggan sedia ada secara tidak sah di atas tanah

Kerajaan, atau penempatan ini diwujudkan di atas satu kawasan yang baru samada di

atas kawasan lapang, kawasan tanah rata, atau hutan belukar.

Terdapat pelbagai isu dan permasalahan yang telah dikenalpasti dalam

pelaksanaan projek penempatan secara Rancangan Perkampungan Tersusun ini. Isu

dan permasalahan inilah yang sering menjadi kekangan dan halangan kepada

Pentadbir Tanah dalam melaksanakan sesebuah projek Rancangan Perkampungan

Tersusun. Masalah pertama adalah berkisarkan dari segi kemampuan ekonomi dan

pendapatan pemohon tanah mahupun pemilik tanah. Masyarakat yang tinggal di

kawasan luar bandar amat sinonim dikaitkan dengan isu kekurangan pendapatan dan

pembangunan ekonomi yang sederhana. Malahan, di peringkat Kerajaan

Persekutuan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah

memperkenalkan beberapa program seperti Projek Peningkatan Pendapatan dan

Projek Pembasmian Kemiskinan bagi tujuan menaiktaraf ekonomi dan taraf hidup

masyarakat di luar bandar.

Menurut Jamilah (1992), kemiskinan adalah merupakan suatu sindrom yang

melibatkan seseorang dalam situasi yang dicirikan oleh kekurangan zat makanan dan

standard kesihatan yang kurang baik, berpendapatan rendah, pengangguran,

perumahan yang tidak selamat, kekurangan pendidikan, ketidakupayaan untuk

Page 18: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

4

memperolehi keperluan moden, pekerjaan tidak tetap, dan pandangan yang sangat

negatif ke atas norma kehidupan. Berdasarkan kepada definisi kemiskinan ini, jelas

dapat dilihat bahawa isu pendapatan yang rendah dan perumahan yang tidak selamat

adalah ditakrifkan sebagai salah satu daripada sindrom yang menjurus kepada

kemiskinan. Dasar dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan

Kerajaan Persekutuan, terutamanya melalui penyelarasan di bawah Kementerian

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah rata-ratanya menggariskan objektif ke arah

peningkatan pendapatan dan ekonomi isirumah agar masalah kemiskinan ini dapat

diatasi.

Konsep penempatan secara Rancangan Perkampungan Tersusun adalah

merupakan satu proses penempatan berkonsepkan perancangan, dimana Kerajaan

Negeri akan meluluskan sebidang tanah atau satu lot tanah kosong kepada pemohon

atau penduduk tempatan. Proses selanjutnya memerlukan peserta untuk menjelaskan

beberapa kos dan bayaran kepada Kerajaan Negeri, Pemaju dan Juruukur yang

terlibat. Masalah kemampuan peserta-peserta yang terdiri dari kalangan masyarakat

luar bandar dalam menjelaskan kos pembangunan yang telah ditetapkan, menjadi

satu cabaran dan permasalahan yang besar dalam pelaksanaan projek Rancangan

Perkampungan Tersusun.

Kebanyakan penduduk tempatan yang tinggal di luar bandar adalah terdiri

daripada golongan masyarakat yang bekerja sendiri, bercucuk-tanam, kerja kampung,

dan pesara-pesara Kerajaan. Kebanyakan daripada mereka ini tidak mempunyai

pendapatan tetap pada setiap bulan. Oleh sebab itu, masalah sering timbul pada

peringkat pembayaran premium tanah kepada Kerajaan Negeri, dan pembayaran kos

pembangunan untuk diserahkan kepada Pemaju. Ini menyebabkan pendaftaran

hakmilik tidak dapat dilaksanakan oleh Pentadbir Tanah yang menyebabkan

timbulnya isu kelewatan pengeluaran hakmilik di Pejabat Tanah, selain masalah

dengan Pemaju dan Juruukur Belesen yang telah dilantik.

Page 19: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

5

Selain daripada itu, susulan isu kemampuan pemilik tanah yang tidak setara,

permasalahan yang sering membelenggu peserta projek Rancangan Perkampungan

Tersusun ialah dari segi kemampuan untuk membangunkan penempatan atau rumah

kediaman di atas lot tanah yang telah diluluskan kepada mereka. Keadaan ini kelak

akan mengakibatkan pembangunan yang tidak seimbang di sesebuah penempatan

Rancangan Perkampungan Tersusun. Rajah 1.1 berikut adalah merupakan statistik

Pendapatan Isi Rumah Bulanan Purata Mengikut Strata, Malaysia bagi tahun 2009

dan 2012:-

Rajah 1.1: Statistik Pendapatan Isi Rumah Bulanan Purata Mengikut

Strata, Malaysia bagi tahun 2009 dan 2012

Sumber: beritaterkini.my, (2012)

Berdasarkan kepada statistik ini, didapati jumlah pendapatan bulanan di

kawasan Bandar adalah sebanyak RM5,000 pada tahun 2012 berbanding RM4,705

pada tahun 2009 dengan kadar pertubuhan sebanyak 7.2%, manakala jumlah

pendapatan bulanan di kawasan luar bandar adalah sebanyak RM3,080 pada tahun

2012 berbanding RM2,545 pada tahun 2009 dengan kadar pertubuhan sebanyak

Page 20: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

6

4.4%. Keadaan ini jelas menggambarkan perbezaan kadar pendapatan antara

masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dengan masyarakat yang tinggal di

kawasan luar bandar.

Permasalahan kedua adalah berkaitan kekurangan kemudahan infrastuktur di

dalam sesebuah kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun, baik meliputi

infrastruktur awam mahupun infrastruktur asas, serta manfaat pembangunan yang

minima. Merujuk kepada Rancangan Fizikal Negara Kedua (RFN2), terdapat

penjelasan mengenai pembangunan di kawasan luar bandar.

Fungsi Pusat-Pusat Pertumbuhan Desa di kawasan luar bandar perlu dikaji

dan disemak agar perkhidmatan yang diberikan adalah selaras dengan fungsi

penubuhannya, agar impak pewujudan pusat-pusat sebegini dapat dinikmati secara

terus oleh rakyat dan masyarakat tempatan. Sekiranya didapati pusat-pusat ini tidak

dapat memenuhi peranan dan fungsi sebenar yang digariskan semasa penubuhannya,

maka tindakan pemulihan dan pembetulan perlu diambil oleh jabatan atau pihak yang

berkaitan.

Selain dari itu, permasalahan yang dihadapi dalam membangunkan

penempatan mahupun kawasan-kawasan di luar bandar juga adalah menjadi punca

kepada kegagalan dan kurangnya keberkesanan terhadap perlaksanaan program-

program luar bandar. Permasalahan inilah yang perlu dikaji agar penambahbaikan

dapat dicapai.

Sehingga ke hari ini, kebanyakan kawasan-kawasan Rancangan

Perkampungan Tersusun di kawasan luar bandar masih mengalami masalah dari segi

penyediaan jalan utama, tiada jalan akses keluar / masuk yang sempurna, sistem

pengairan dan perparitan yang tidak sempurna, serta kekurangan kemudahan awam

seperti Dewan Orang Ramai, Surau dan sekolah. Lebih menyedihkan, penduduk

yang merupakan peserta Rancangan Perkempungan Tersebut terpaksa menanggung

Page 21: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

7

beban dan berkongsi kos penyediaan infrastruktur asas seperti penurapan jalan,

pemasangan tiang elektrik untuk lampu jalan dan sebagainya.

Isu selanjutnya yang juga kritikal dan sering dikaitkan dengan pemilikan

tanah di dalam Rancangan Perkampungan Tersusun adalah melibatkan isu jualan lot

tanah kepada pihak luar samada individu lain, agensi, syarikat, mahupun pelabur luar

samada berstatus bumiputera ataupun bukan bumiputera.

Tindakan penjualan lot tanah ini boleh menyebabkan berlakunya

pertelingkahan di kalangan penduduk setempat benar-benar memerlukan kediaman

di kawasan setempat tetapi gagal untuk menjadi peserta di Rancangan Perkampungan

Tersusun tersebut. Ini adalah disebabkan oleh ketidakpuasan hati yang timbul

terhadap pemilik tanah yang telah berjaya memperoleh tanah secara anugerah

daripada Kerajaan Negeri, tetapi dilihat tidak benar-benar memerlukannya, malahan

menjadikan lot tersebut sebagai aset untuk berjual-beli dengan pihak lain bagi

mencapai keuntungan.

Selain daripada itu juga, Kerajaan Negeri dan Pentadbir Tanah khususnya,

turut terkesan dengan tindakan ini kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai

persepsi negatif masyarakat, selain gagal untuk mencapai matlamat kumpulan

sasaran di sesebuah penempatan Rancangan Perkampungan Tersusun. Isu ini juga

akan dikupas dan dibincangkan dengan lebih jelas di dalam bab yang selanjutnya.

Diharapkan agar hasil kajian ini boleh dijadikan asas untuk mencadangkan

langkah yang boleh dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menambah

baik projek Rancangan Perkampungan Tersusun ini pada masa akan datang.

Page 22: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

8

1.3 Matlamat Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan projek

penempatan berkonsepkan Rancangan Perkampungan Tersusun, dan permasalahan

yang dihadapi.

1.4 Objektif Kajian

Untuk mencapai matlamat kajian yang ditetapkan, beberapa objektif kajian

telah dikenal pasti dan disenaraikan seperti berikut:

i) Memahami proses pelaksanaan Projek Rancangan Perkampungan

Tersusun di Negeri Perak.

ii) Mengupas bentuk permasalahan yang wujud dalam projek

pembangunan Rancangan Perkampungan Tersusun.

iii) Mengkaji amalan terbaik yang boleh dipraktikkan dan dilaksanakan

untuk mengatasi masalah dalam projek Rancangan Perkampungan

Tersusun ini.

Page 23: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

9

1.5 Skop Kajian

Bagi memastikan kajian ini dapat dijalankan secara berkesan, skop kajian ini

akan ditentukan berasaskan kepada objektif yang telah ditetapkan. Kajian ini akan

menumpukan kepada tatacara dan garispanduan pelaksanaan projek Rancangan

Perkampungan Tersusun di Negeri Perak. Secara amnya, kajian ini akan menyentuh

tentang prosedur-prosedur untuk mewujudkan sesebuah Rancangan Perkampungan

Tersusun dari segi proses permohonan sehingga ke proses pemberimilikan.

Kajian ini adalah terhad kepada proses awalan pewujudan penempatan secara

Rancangan Penempatan Tersusun, sehingga ke peringkat pengagihan lot tanah

kepada peserta serta cadangan pembinaan rumah kediaman sahaja, dan tidak

berkisarkan kepada pembangunan selanjutnya bagi sesebuah Rancangan

Perkampungan Tersusun sedia ada.

Kajian ini akan mengupas setiap permasalahan yang timbul dalam pelbagai

sudut dan proses yang berbeza, samada masalah tersebut dihadapi oleh Kerajaan

Negeri, Pemaju, Juruukur, mahupun penduduk setempat. Masalah-masalah

berbangkit ini akan dikenalpasti bagi membincangkan cadangan penyelesaian yang

bersesuaian. Pada peringkat ini, masalah-masalah utama yang telah dikenalpasti

akan diberikan penekanan yang menyeluruh dan meluas.

Kajian ini akan mengkaji pelaksanaan projek Rancangan Tersusun di negeri

Perak, dengan memfokuskan kepada salah satu daripada daerah di negeri Perak, iaitu

Daerah Kampar. Kawasan kajian ini telah dipilih disebabkan daerah Kampar adalah

antara salah satu daerah yang masih baru di negeri Perak. Kebanyakan kawasan

dalam daerah Kampar masih berstatus luar bandar, dan kini telah mula aktif

dibangunkan dengan pelbagai sektor perumahan, industri dan komersil. Daerah

Kampar masih mempunyai tanah kerajaan yang luas dan terdapat banyak projek

Rancangan Perkampungan Tersusun di daerah Kampar ini, daripada projek yang

Page 24: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

10

telah lama diwujudkan, sehinggalah kepada projek Rancangan Perkampungan

Tersusun yang baru diwujudkan. Fokus permasalahan yang akan dibincangkan

adalah melibatkan pembukaan penempatan baru sahaja, khususnya melibatkan

peserta di kalangan penduduk setinggan.

Antara responden-responden yang akan dipilih bagi tujuan temubual kelak

termasuklah masyarakat setempat dalam daerah Kampar, peserta Rancangan

Perkampungan Tersusun, Juruukur Tanah Berlesen, Pemaju, serta pegawai dan

kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Kampar. Responden-responden yang telah

dikenalpasti akan ditemubual bagi mendapatkan pandangan dan penjelasan dari

perspektif pelbagai individu dan masyarakat. Pandangan ini kelak akan disesuaikan

dengan model-model Rancangan Perkampungan Tersusun sedia ada di negeri Perak,

yang diamalkan dan dilaksanakan di daerah-daerah lain.

1.6 Kepentingan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah dalam pelaksanaan

projek Rancangan Perkampungan Tersusun di Negeri Perak, khususnya di dalam

daerah Kampar. Melalui kajian ini, tatacara dan kaedah pelaksanaan projek

Rancangan Perkampungan Tersusun di dalam daerah Kampar dapat didalami dan

difahami. Seterusnya, melalui kajian-kajian kes yang bakal dilaksanakan kelak,

masalah-masalah yang sering mengganggu dan membantutkan perjalanan dan

pelaksanaan projek Rancangan Perkampungan Tersusun di daerah Kampar dapat

dikenalpasti dan seterusnya dielakkan atau ditambahbaik.

Page 25: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

11

1.6.1 Kerajaan Negeri Perak

Pelaksanaan projek Rancangan Perkampungan Tersusun adalah menjadi satu

aspirasi dan pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Perak bukan sahaja

dalam menyediakan ruang dan tempat kediaman yang selesa kepada rakyat di negeri

Perak, tetapi juga ia menjadi satu projek yang diharap dapat membantu menaiktaraf

keadaan penempatan di kawasan luar bandar, selain menyelesaikan masalah-masalah

setinggan perumahan yang tiada tempat tinggal, tiada tapak rumah milik sendiri, dan

pelbagai masalah tanah yang lain.

Adalah menjadi satu aspirasi kepada Kerajaan Negeri Perak apabila

membuka sesuatu kawasan untuk dijadikan sesebuah kawasan penempatan bagi

tujuan Rancangan Perkampungan Tersusun, agar kawasan tersebut dapat dimajukan

dan diduduki oleh masyarakat setempat, khususnya golongan belia, dan sekaligus

mengurangkan kadar migrasi ke kawasan bandar. Kajian ini kelak diharap dapat

menyediakan satu cadangan penyelesaian, atau satu model standard bagi projek

Rancangan Perkampungan Tersusun yang boleh dilaksanakan secara meluas bukan

sahaja di dalam daerah Kampar, tetapi juga di seluruh negeri Perak.

1.6.2 Pemaju

Kajian ini kelak dapat mengenalpasti isu-isu dan permasalahan yang sering

berlaku dalam sesebuah Rancangan Perkampungan Tersusun, sehingga

menyebabkan sesuatu projek itu tertangguh untuk satu jangkamasa yang lama dan

panjang. Pemaju bagi setiap Rancangan Perkampungan Tersusun akan dilantik oleh

Kerajaan Negeri pada peringkat awal sesuatu projek, atau dalam sesetengah keadaan,

Pemaju dilantik sebelum sesuatu projek itu bermula.

Page 26: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

12

Pemaju akan memajukan tapak tersebut mengikut spesifikasi kerja yang telah

dipersetujui bersama Kerajaan Negeri sebelum sebarang pemilihan peserta

Rancangan Perkampungan Tersusun dibuat. Sehubungan dengan itu, Pemaju pada

kebiasaannya akan mengeluarkan satu modal yang besar dan melaburkan modal

tersebut bagi membangunkan sesebuah projek Rancangan Perkampungan Tersusun

yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Namun, masalah kemampuan peserta dalam menjelaskan bayaran kos

pembangunan kepada Pemaju, dan lain-lain masalah teknikal yang berbangkit

semasa pelaksanaan sesuatu projek Rancangan Perkampungan Tersusun, akan

menyebabkan Pemaju turut terbeban dengan kesan dan akibat kelewatan tersebut.

Kajian ini kelak dapat mencadangkan penyelesaian yang terbaik bagi setiap

permasalahan ini, dimana faedah tersebut kelak akan turut dinikmati oleh pihak

Pemaju.

1.6.3 Pemilik Tanah

Kajian berkaitan pelaksanaan projek Rancangan Perkampungan Tersusun ini

kelak akan mengenalpasti kaedah penyelesaian terbaik dalam mengurangkan beban

para peserta selaku pemilik tanah, dan sekaligus mendapatkan satu kaedah terbaik

yang boleh diamalkan dalam menghindari masalah yang sering membelenggu para

peserta Rancangan Perkampungan Tersusun selaku pemilik tanah. Melalui prosedur

ini juga, kumpulan sasar yang benar-benar layak untuk memiliki lot tanah dan

menjadi peserta Rancangan Perkampungan Tersusun ini akan dapat dikenalpasti, dan

sekaligus mengelakkan daripada berlakunya jual-beli tanah kepada pihak luar.

Page 27: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

13

1.7 Metodologi Kajian

Metodologi kajian yang akan dilaksanakan bagi tujuan kajian ini

mengandungi beberapa peringkat seperti berikut:

1.7.1 Peringkat Kajian Awalan

Pada peringkat awalan, pembacaan dan pemahaman tentang tajuk dan topik

kajian akan dilaksanakan dalam memahami dan mengkaji konsep pewujudan

Rancangan Perkampungan Tersusun di negeri Perak dari segi garispanduan dan

kaedah permohonan dan pemberimilikan tanah, pengenalpastian tapak, jenis dan

kosep Rancangan Perkampungan Tersusun, punca kuasa dan penurunan kuasa,

pemilihan peserta dan pengeluaran hakmilik.

Undang-undang tanah yang berkuatkuasa seperti Kanun Tanah Negara dan

Peraturan Tanah Perak akan turut menjadi sumber rujukan utama. Selain daripada

itu, sumber bahan bacaan utama seperti manual, minit-minit mesyuarat, buku

rujukan, internet, jurnal dan bahan bacaaan lain dijadikan sebagai rujukan.

Berdasarkan kepada semua pembacaan ini, kajian akan dapat difahami dan

diperincikan secara lebih menyeluruh, tepat dan padat. Melalui pemahaman kepada

isu dan permasalahan kajian, maka objektif-objektif kajian dapat dikenalpasti secara

lebih spesifik. Setiap objektif yang dikenalpasti perlulah selaras dengan fokus serta

isu dan permasalahan kajian. Seterusnya, bagi tujuan memfokuskan kajian kepada

skop yang lebih terperinci, skop kajian telah ditentukan. Kepentingan kajian turut

dikenalpasti, selaras dengan skop dan objektif kajian.

Page 28: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

14

1.7.2 Peringkat Kajian Literatur

Mengkaji dan meneliti kajian-kajian lepas dan jurnal-jurnal akademik yang

berkaitan dengan sistem penempatan luar bandar, masalah infrastruktur luar bandar,

masalah kemajuan dan kemiskinan di lujar bandar, serta projek Rancangan

Perkampungan Tersusun itu sendiri secara menyeluruh.

Data-data yang dikumpul ini juga termasuklah data yang diperolehi daripada

sumber media masa dan cetak seperti buku-buku, majalah, jurnal, internet, keratan

akhbar, artikel, surat arahan, pekeliling dan laporan tahunan. Data-data ini

digunakan untuk mengukuhkan setiap maklumat, hasil dan interpretasi daripada

keputusan yang diperolehi.

1.7.3 Peringkat Kajian Lapangan

Secara amnya, pengumpulan data pada peringkat kajian lapangan ini akan

diperoleh melalui kaedah pemerhatian dan rujukan dokumen-dokumen sedia ada

termasuklah garis panduan dan prosedur sedia ada, serta kaedah temubual. Melalui

kaedah temubual, beberapa responden yang telah dikenalpasti akan ditemubual

terdiri dari kalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri iaitu warga kerja

Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, penduduk tempatan di sekitar daerah Kampar

serta peserta Rancangan Perkampungan Tersusun sedia ada, termasuklah Pemaju

yang berkaitan.

Page 29: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

15

1.7.4 Peringkat Analisis Data

Di peringkat ini, setiap maklumat yang diperolehi akan dianalisa secara

terperinci bagi mendapatkan hasil yang selaras dengan objektif kajian.

1.7.5 Peringkat Penemuan Kajian

Pada peringkat ini, hasil penemuan bagi kajian yang telah dianalisa akan

dikupas dan dirumuskan berdasarkan kepada contoh dan amalan terbaik yang sedia

ada. Penemuan kajian akan membincangkan secara terperinci hasil kajian yang telah

diperoleh semasa analisis kajian dilakukan. Seterusnya cadangan dan jalan

penyelesaian yang bersesuaian akan dicadangkan untuk tujuan penambahbaikan.

Pada peringkat ini, pandangan dan cadangan lanjut daripada hasil kajian akan diberi

supaya dapat memberi kesinambungan untuk kajian pada masa akan datang,

sekiranya berkaitan kelak.

1.8 Susunatur Bab

Bab 1 adalah pengenalan kepada kajian yang akan dijalankan dan di dalam

bab ini pengkaji akan menerangkan penyataan masalah, matlamat kajian serta

objektif kajian yang akan dikaji. Sebagai tambahan, penerangan terperinci

diterangkan di dalam skop kajian, kepentingan kajian dan metodologi kajian

berkenaan kajian yang akan dijalankan.

Page 30: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

16

Bab 2 akan membincangkan mengenai kajian literatur dan pengenalan

mengenai segala maklumat yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan.

Maklumat-maklumat di dalam bab ini adalah diperolehi daripada pelbagai sumber

yang berkaitan dengan kepentingan dengan kajian yang akan dijalankan. Ianya akan

membincangkan mengenai konsep dan prosedur serta tatacara pelaksanaan

Rancangan Perkampungan Tersusun di Negeri Perak.

Bab 3 akan menerangkan tentang kajian kes iaitu pelaksanaan Rancangan

Perkampungan Tersusun di daerah Kampar dari segi pengenalan kawasan kajian,

pelaksanaan Rancangan Perkampungan Tersusun di daerah Kampar.

Bab 4 pula akan mengupas setiap permasalahan yang timbul, dimana setiap

isu akan dianalisa dikaji dari segi punca dan kesan setiap permasalahan tersebut

terhadap pelaksanaan Rancangan Perkampungan Tersusun di dalam daerah Kampar.

Setiap data yang diperoleh daripada proses pemerhatian dan temubual akan

dibentangkan dan dibincangkan secara terperinci.

Bab 5 adalah merupakan bab cadangan dan hasil kajian. Setiap penemuan

kajian akan dibincangkan dan kaedah penyelesaian atau penambahbaikan

berdasarkan model sedia terbaik yang terdapat di negeri Perak akan dicadangkan

untuk tujuan penambahbaikan. Akhir sekali, kesimpulan mengenai kajian yang telah

dijalankan akan dibuat berdasarkan kepada penemuan menyeluruh kajian.

1.9 Kesimpulan

Adalah menjadi satu aspirasi kepada Kerajaan Negeri Perak dalam

menaiktaraf pembangunan di luar bandar terutamanya dari segi penempatan dan

Page 31: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

17

tempat tinggal masyarakat di kawasan luar bandar. Pelaksanaan projek-projek

penempatan di luar bandar seperti projek Rancangan Perkampungan Tersusun adalah

merupakan salah satu daripada modus operandi dan langkah proaktif yang telah

diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan semua penduduk tempatan dan ahli

masyarakat setempat memiliki tempat kediaman yang memuaskan dengan konsep

pembangunan yang lebih tersusun dan sistematik.

Sesuatu petempatan dan pembangunan yang dirancang akan mempengaruhi

corak sosio-ekonomi penduduk dan ia akan menentukan samada ia memberikan

kesan yang positif ataupun negatif kepada penerimaan masyarakat setempat.

Pelbagai permasalahan telah timbul dalam proses pelaksanaan Rancangan

Perkampungan Tersusun ini yang berpunca dari pelbagai pihak dan keadaan.

Sekiranya semua permasalahan ini dibiarkan berlarutan, dikhuatiri ia memberikan

imej yang tidak baik kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan itu,

kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang berkaitan secara

langsung dan tidak langsung dalam proses dan prosedur pelaksanaan projek

Rancangan Perkampungan Tersusun di negeri Perak, khususnya di daerah Kampar.

Seterusnya, melalui hasil kajian, kaedah dan pendekatan serta amalan model

Rancangan Perkampungan Tersusun yang terbaik akan dicadangkan untuk tujuan

penambahbaikan.

Kelancaran proses pelaksanaan Rancangan Perkampungan Tersusun di negeri

Perak ini dilihat mampu membantu membangunkan kawasan luar bandar dari segi

penempatan dan penambahan komposisi penduduk. Penyediaan tempat kediaman

yang sistematik dapat menarik minat penduduk tempatan dan golongan belia untuk

bermastautin disesebuah tempat dan kawasan di luar bandar dalam tempoh jangka

panjang. Malahan, pemilik-pemilik tanah akan menikmati kepuasan dalam memiliki

rumah dan tapak kediaman, serta berkemampuan untuk membangunkan rumah

kediaman yang diinginkan di atas lot masing-masing.

Page 32: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

18

Pemaju dan Juruujur Tanah Berlesen yang terlibat dapat memberikan

komitmen dengan lebih sistematik dan kompeten sekiranya setiap ruang dan asas

penglibatan mereka dikaji dan ditambahbaik dari pelbagai aspek. Malahan, kualiti

perkhidmatan yang dibekalkan oleh Pemaju terutamanya, dalam sesebuah projek

Rancangan Perkampungan Tersusun dapat ditambahbaik, dan ini seterusnya dapat

meningkatkan kepuasan hati penduduk tempatan dan tuan tanah serta peserta

Rancangan Perkampungan Tersusun bukan sahaja kepada Pemaju yang berkaitan,

tetapi juga kepada Kerajaan Negeri Perak secara amnya.

Page 33: NUR ASHQRUN BINTI SAMSURI Laporan projek ini dikemukakan ... · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... di Negeri Perak. Kajian ini bermatlamat

108

RUJUKAN

Afzan binti Md. Amin (1998), Pendekatan Kajian Perkampungan Tersusun Dari Aspek

Sosio-Ekonomi di RPT Batu 6, Tambun Ipoh, UITM.

Anuar bin Amir (2004), Merentasi Dikotomi Bandar / Desa : Ke Arah Pewilayahan

Petempatan Luar Bandar Yang Mengalami Tekanan Limpahan Pembandaran, Jurnal

Alam Bina, Jilid 6, No.2

Nur Atiqah binti Aziz (1988), Penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar Sebagai

Pemangkin Ekonomi Penduduk Luar Bandar Kajian Kes : Pusat Transformasi Luar

Bandar, Kelantan, Universiti Teknologi Malaysia

ILBS Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965), International Law Book Services

ILBS Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), International Law Book

Services

Dasar Perumahan Negara (2011) , Jabatan Perumahan Negara

Dasar Perbandaran Negara (2006), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia

Kaedah-kaedah Tanah Perak (1966), Percetakan Nasional Malaysia Berhad

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (2010), Jabatan Perangkaan Malaysia