tinjauan pengurusan masa di kalangan · pdf filediploma semester akhir, jabatan kejuruteraan...

26
TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR DIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ZAKIAH BTE KASRAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vobao

Post on 05-Mar-2018

277 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

DIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK,

POLITEKNIK JOHOR BAHRU

ZAKIAH BTE KASRAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Page 3: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

DIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK,

POLITEKNIK JOHOR BAHRU.

ZAKIAH BTE KASRAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Elektrik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2007

Page 4: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja

saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : ZAKIAH BTE KASRAN

Tarikh : 31 OKTOBER 2007

Page 5: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

iii

DEDIKASI

Untuk ayah dan ibu,

Kasran Bin Hj. Kamat dan Zainab Bte Hj. Abd. Kahar

Jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan, doa, jasa

Dan pengorbananmu mengiringi kehidupan dan kejayaanku

Perhatian, nasihat serta bantuanmu

Menjadi pendorong buatku untuk meneruskan perjuangan ini

Buat suamiku tersayang,

Kamarudin Bin Kamit

Harapan dan doamu sentiasa menjadi semangat

Untukku meneruskan perjuanganku ini

Pengorbananmu tidak akan ku lupakan sepanjang hayatku

Untuk penyeliaku,

Tuan Haji Mohd. Mohsin Bin Uzir

Jasamu sentiasa akan ku kenang

Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya

Untuk sahabat-sahabatku,

Terima kasih atas segala sokongan dan bantuan yang telah kalian

Berikan dan semoga Allah akan membalasnya.

Insya Allah…

Page 6: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat

dan izinNya, dapat penyelidik menyiapkan kajian ini. Penyelidik ingin merakamkan

setinggi-tinggi perhargaan dan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd. Mohsin

Bin. Uzir, selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini, di atas segala bimbingan ,

bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan kajian ini. Segala

ilmu dan bantuan yang diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Semoga Allah

memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya, Insya Allah.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada pelajar-pelajar JKE yang telah

memberi kerjasama dalam kajian ini. Tak lupa juga ribuan terima kasih buat rakan-

rakan yang telah menyumbangkan idea dan bahan-bahan rujukan yang berkaitan

dengan tajuk kajian penyelidik.

Akhir sekali, penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam penyelidikan ini secara

langsung mahupun tidak langsung.

Semoga Allah memberkati kita semua.

Sekian, terima kasih

Page 7: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

v

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat pengurusan masa di kalangan

pelajar-pelajar. Terdapat empat persoalan kajian yang dikaji dalam pengurusan masa

iaitu perlaksanaan pengurusan masa yang baik, pengawalan terhadap pengurusan

masa dalam aktiviti harian, sikap pelajar terhadap pengurusan masa dan pengaruh

persekitaran dalam pengurusan masa. Populasi seramai 75 orang dan sampel bagi

kajian ini melibatkan keseluruhan populasi. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-

pelajar semester akhir DKE dan DJK sahaja. Satu set soal selidik yang mengandungi

36 item telah dikemukakan kepada responden. Kajian rintis menunjukkan nilai

kebolehpercayaan soal selidik pada nilai Alpha Cronbach (α) 0.8520. Dapatan kajian

dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for the Social

Sciences” (SPSS). Penganalisaan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam

bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil dapatan dari penyelidikan ini menunjukkan

bahawa pelajar yang mengamalkan pengurusan masa mereka dengan baik,

mengawal masa yang diperuntukkan dalam setiap aktiviti harian dan pelajar yang

telah menunjukkan sifat bertanggungjawab dalam menguruskan masa mereka berada

pada tahap sederhana. Pelajar juga bersetuju bahawa faktor persekitaran telah

mempengaruhi pengurusan masa harian mereka. Di akhir kajian ini juga disertakan

beberapa cadangan sebagai panduan dan tindakan yang sewajarnya di ambil oleh

pihak-pihak tertentu.

Page 8: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

vi

ABSTRACT

The main aim of this research is to find out how students handle time

management. The objectives of the study were to find out whether final semester

students practice good time management, to identify whether they are able to allocate

appropriate time for each activity, to identify the students attitude on time

management and lastly to find out whether environmental factors may influence their

time management. 75 students who are DKE and DJK final semester students were

identified as the samples. A set of questionnaire ( 36 questions ) was used to gather

all data needed for this study. The value of reliability for this questionnaire is Alpha

Cronbach (α) 0.8520. The data obtained were analyzed by using the “Statistical

Package for the Social Sciences” ( SPSS ) Version 11.5 software, and the

descriptive analysis of the results was calculated statistically in terms of mode,

percentage and mean. The findings of the research shows that student who apply a

good time management, control the time effectively in their daily activities as a

student and show responsibility in term of managing their time were at the average

level. Students also agree that the environmental factor does affect their time

management. Suggestions and recommendations are also presented at the end of the

research for further references.

Page 9: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan masalah 9

1.4 Objektif kajian 9

1.5 Persoalan kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Dan Skop Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 12

1.9 Penutup 15

Page 10: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

viii

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Perlaksanaan Pengurusan Masa 17

2.3 Kawalan Terhadap Pengurusan Masa 19

2.4 Sikap Pelajar Terhadap Pengurusan Masa 22

2.5 Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi 24

Pengurusan Masa

2.6 Kesimpulan 27

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Tempat Kajian 30

3.4 Populasi Kajian 31

3.5 Sampel Kajian 32

3.6 Instrumen Kajian 33

3.7 Prosedur Kajian 35

3.8 Kajian Rintis 36

3.9 Analisis Data 37

3.10 Kesimpulan 38

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Latar Belakang (Demografi) Bahagian A 41

Page 11: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

ix

4.2.1 Taburan bilangan dan peratusan

mengikut jantina. 42

4.2.2 Taburan bilangan dan peratusan

mengikut bangsa 42

4.2.3 Taburan bilangan dan peratusan

mengikut tempat tinggal 43

4.2.4 Taburan bilangan dan peratusan

mengikut kursus 43

4.2.5 Taburan bilangan dan peratusan

mengikut HPNM 44

4.3 Rumusan Latar Belakang Responden 44

4.4 Analisis Soal Selidik Bahagian B : Dapatan

Kajian 45

4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 46

4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 49

4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 52

4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 55

4.5 Kesimpulan 58

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 60

5.2 Perbincangan Kajian 61

5.2.1 Latar belakang responden 61

5.2.2 Perlaksanaan pengurusan masa

dengan baik. 62

5.2.3 Kawalan terhadap pengurusan

masa dalam melaksanakan aktiviti

harian 64

Page 12: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

x

5.2.4 Sikap pelajar terhadap pengurusan

masa mereka 66

5.2.5 Faktor persekitaran mempengaruh

pelajar dalam pengurusan masa 68

5.3 Rumusan 70

5.4 Cadangan Berhubung Dapatan Kajian

5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 72

5.4.2 Cadangan Kepada Pensyarah 73

5.4.3 Cadangan Kepada Pihak Politeknik 74

5.5 Kajian Lanjutan 75

5.6 Penutup 76

BIBLIOGRAFI 78

LAMPIRAN 82

Page 13: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah populasi kajian 31

3.2 Jumlah pemilihan sampel kajian mengikut

kursus. 32

3.3 Jadual Pengkelasan Skor 34

3.4 Pecahan dan pembahagian item mengikut

bahagian 34

3.5 Langkah-langkah membentuk dan

menganalisa item 35

3.6 Tahap bagi setiap nilai min 37

3.7 Tahap peratusan 38

4.1 Taburan responden mengikut jantina 42

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 42

4.3 Taburan responden mengikut tempat tinggal 43

4.4 Taburan responden mengikut kursus 43

4.5 Taburan responden mengikut HPNM 44

4.6 Min dan bilangan ( peratus ) responden

bagi perlaksanaan pengurusan masa dengan baik. 46

4.7 Min dan bilangan ( peratus ) responden bagi

pengawalan pelajar terhadap pengurusan masa

dalam melaksanakan aktiviti harian. 49

4.8 Min dan bilangan ( peratus ) responden bagi

sikap pelajar terhadap pengurusan masa. 52

Page 14: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

xii

4.9 Min dan bilangan ( peratus ) responden bagi

pengaruh persekitaran dalam pengurusan

masa. 55

4.10 Dapatan keseluruhan persoalan kajian

berdasarkan min. 58

Page 15: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

xiii

SENARAI SINGKATAN

DJK – Diploma Kejuruteraan Jangkawas Dan Kawalan

DKE – Diploma Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

HPNM – Himpunan Purata Nilai Mata

IPT – Institut Pengajian Tinggi

JKE – Jabatan Kejuruteraan Elektrik

PJB – Politeknik Johor Bahru

S.W.T – Subhanahu Wa Ta’ala

SPSS – Statistical Package For The Social Sciences

Page 16: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 82

B Pengesahan Status Pelajar Berdaftar 87

C Pengesahan Item 88

D Permohonan Menjalankan Kajian Di

Politeknik Johor Bahru 90

Page 17: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Masa itu adalah emas dan ia adalah sesuatu yang sangat berharga. Setiap

insan mestilah pandai menggunakan masa dengan berfaedah. Setiap individu

dianugerah oleh Tuhan masa sebanyak 24 jam sehari. Masa yang berlalu atau

terbuang tidak dapat dicari ganti (Zulkifli Ismail, 2004). Setiap manusia tidak akan

terlepas daripada melalui masa dalam kehidupan hariannya. Setiap saat masa

berdetik, setiap minit masa berpusing dan setiap jam masa berlalu dilalui sama rata

oleh setiap manusia di dalam dunia ini.

Masa tidak boleh ditambah atau dikurangkan dengan sewenang-wenangnya.

Tidak salah perumpamaan yang sering kita dengar selama ini, masa adalah emas

kerana masa yang berlalu itu tidak akan pernah kembali lagi. Begitulah dengan

kehidupan setiap insan di dunia ini, yang melalui masa dalam kehidupannya. Masa

tetap berlalu walaupun kita tak membuat apa-apa aktiviti.

Page 18: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

2

“Sesungguhnya masa itu berlalu seperti awan dan angin yang berlalu.

Sekiranya hari-hari yang dipenuhi dengan suasana kegembiraan, masa itu

berlalu terlalu pantas. Akan tetapi sekiranya hari-hari kesedihan, masa itu

berlalu agak perlahan. Semuanya itu pada perasaan manusia sahaja, akan

tetapi sebenarnya perjalanan masa itu seperti biasa.”

(Dr. Yusuf Al-Qardhawi,1996)

“Waktu itu adalah hidup, yang tidak dapat diubah dan diganti. Mensia-

siakan waktu bererti mensia-siakan hidup anda, tapi menguasai waktu

anda bererti menguasai hidup dan mempunyai manfaat sebesar-besarnya.”

(Alan Lakein, 1996)

Penekanan berkaitan dengan masa ini amat luas dibincangkan merentasi seluruh

benua, sama ada menurut perspektif Islam mahupun Barat. Di dalam Islam kekerapan

istilah-istilah yang berkaitan dengan masa itu diungkapkan dalam al-Quran menunjukkan

kepentingan konsep masa begitu penting untuk difahami dan dihayati oleh setiap

umatnya. Antaranya firman Allah yang bermaksud:

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian…”

(al-Asr:1-2)

“ Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap gelitanya).”

“Dan siang apabila ia lahir terang benderang.”

(al-Lail:1-2)

Page 19: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

3

“Demi waktu fajar.

“Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)”.

(al-Fajr:1-2)

“ Sewajarnya setiap yang berakal, selagi akal fikirannya tidak hilang bahawa

dia membahagikan masa-masanya kepada 4 waktu”

1. Waktu untuk dia bermunajat (berzikir) kepada Tuhannya

2. Waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya

3. Waktu untuk dia berfikir tentang ciptaan Allah dan

4. Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari

makanan daan minuman”.

(Hadis Nabi)

Masa adalah lebih berharga daripada harta benda. Ini kerana ia tidak dapat diganti

mahupun dicari setelah ia berlalu dalam kehidupan seseorang. Hidup seseorang hanya

akan berharga apabila ia menggunakan masa yang dilalui sepanjang kehidupannya

dengan sebaik mungkin. Pengurusan masa yang berkesan menggambarkan kepada

pengurusan kehidupan yang lebih baik untuk masa akan datang. Ini kerana setiap

pendekatan pengurusan masa yang diambil, akan menjurus kepada perubahan pemikiran

dan sikap seseorang.

Menurut Sabri (2003), seseorang yang dapat mendisplinkan diri serta berpendirian

yang teguh dalam mengendalikan masa dikatakan berjaya menguasai masa. Seseorang

individu yang berjaya pada masa sekarang dilihat sebagai seorang yang berjaya

Page 20: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

4

memanfaati masa yang dilaluinya dahulu dengan berkesan sehingga dia boleh berjaya

pada masa sekarang.

Menurut Mohd. Sharani dan Zainal (2003), antara ciri-ciri pelajar bermotivasi

adalah seperti berikut:

• Sentiasa bersiap sedia dari awal tahun menentukan kejayaan dalam

peperiksaan pada akhir tahun.

• Waktu terluang sentiasa diisi dengan aktiviti ilmu.

• Waktu beribadah selalu tepat pada masa yang ditetapkan.

• Menggunakan sebahagian besar waktu cuti untuk mengulangkaji

pelajaran.

• Merasa sayang pada masa yang terbuang

• Memastikan aktiviti kehidupan harian diurus dengan baik.

• Bijak merancang kehidupan untuk lima tahun akan datang.

Pelajar tidak boleh lari daripada kegiatan biasa seseorang manusia. Oleh itu

sekiranya kegiatan kehidupan tidak diseimbangkan pelajar mungkin tidak mempunyai

masa yang cukup untuk belajar. Salah satu rahsia kejayaan orang yang berpencapaian

tinggi adalah pengurusan masa yang cekap yang membolehkan mereka membuat dan

mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan dengan jayanya, (Mohd. Sharani dan

Zainal, 2003).

Oleh kerana minat dan keperluan kepada pelbagai kegiatan, seseorang itu kadang-

kala akan menghadapi pertelingkahan mengenai apa yang hendak dibuat dalam satu masa

yang sama. Menurut Zulkifli (2004), dalam kehidupan seharian, banyak perkara yang

perlu dilakukan sama ada perkara penting, kurang penting dan tidak penting. Ramai

Page 21: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

5

pelajar yang tidak pandai membuat pilihan iaitu yang penting di dahulukan manakala

yang kurang penting dikemudiankan.

Kenyataan ini disokong oleh kajian Azmi (2002), iaitu antara faktor yang

mengganggu pengurusan masa pelajar ialah faktor persekitaran seperti contoh tidak

menghadkan masa apabila pergi makan bersama rakan-rakan. Pelajar juga tidak mampu

mengawal diri daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang membuang masa seperti

melepak, berbual kosong dan sebagainya. Kegiatan begini menyebabkan pelajar tersebut

salah dalam mengambil keputusan antara belajar dan bersosial bersama rakan-rakan.

Oleh itu, untuk membolehkan pengurusan masa yang cekap pelajar perlu tahu mengenai

kegiatan dan masa yang diambil olehnya sepanjang hari.

“ Time management is not a magic wand that can be waved to solved

problems in school or after graduation. It is not as much a talent as a

craft. The important thing to remember is that you can be a successful

time manager and successful student if you are willing to make the effort

on it”

(Ron Fry’s, 1991)

Akhir sekali, masa itu merupakan satu sumber yang unik. Maka dengan itu kita

harus menggunakan sumber yang bernilai ini sebaik mungkin. Pengurusan masa bukan

bertujuan untuk menjadikan hidup kita terikat kepada apa yang tercatat dalam lampiran

kerja, diari atau jadual kerana ia hanyalah alat untuk membantu bukan menyusahkan kita.

1.2 Latar Belakang Masalah

Page 22: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

6

Pelajar adalah merupakan pemimpin masa hadapan. Tidak kira sama ada di Kolej

Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti dan Universiti, mahasiswa ataupun pelajar adalah

bakal penentu masa depan negara. Peluang menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar

merupakan satu medan latihan yang baik sebelum menempuh kehidupan yang lebih

mencabar. Antara cabaran-cabaran yang harus dihadapi oleh setiap individu yang

bergelar pelajar adalah seperti mencapai dan mengekalkan keputusan peperiksaan yang

cemerlang, membahagikan masa di antara aktiviti ko-kurikulum dan pelajaran, menjaga

hubungan sosial dengan orang lain dan sebagainya. Kesemua cabaran-cabaran ini dapat

dilakukan dengan sempurna sekiranya seseorang pelajar mempunyai pengurusan masa

yang baik dan komitmen yang tinggi.

Pelajar di peringkat yang lebih tinggi misalnya di Politeknik, Kolej Swasta dan

Universiti adalah golongan yang paling memerlukan satu bentuk pengurusan masa yang

baik. Britton dan Bruce (1991), berpendapat masa seseorang pelajar itu adalah sumber

yang amat terhad, lantaran itu ia perlu diuruskan dengan lebih efektif. Menurut Salihan

(1991), seseorang yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam akademik

dengan cemerlang haruslah bijak menguruskan masa mereka.

Menurut Abd. Aziz (2002), orang-orang yang berjaya benar-benar

mempergunakan waktu sebaik mungkin. Meskipun ia selalu disibukkan oleh

pekerjaannya tetapi ia masih boleh membahagi waktu. Pada dasarnya orang-orang seperti

ini telah membuat jadual kegiatan dan kemudian berasa tertekan sekiranya tidak

melaksanakan kegiatan yang telah disusun dalam jadual. Oleh itu, untuk menjadi

seseorang mahasiswa yang berjaya antara perkara penting yang perlu dilakukan ialah

menyusun jadual waktu dan mematuhi jadual yang telah dibuat agar tiada waktu yang

terbuang dengan sia-sia di samping dapat mendisplinkan diri.

Page 23: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

7

Jelas, aspek pengurusan masa sememangnya menjadi satu faktor yang penting

bagi pelajar-pelajar untuk menjadi seorang yang benar-benar menghargai masa mereka

terutama bagi pelajar diperingkat IPT seperti politeknik dan universiti. Kehidupan pelajar

di IPT tidak sama jika dibandingkan dengan pengalaman di sekolah dahulu. Ini disokong

oleh Tom Burns dan Sandra Sinfield (2003), membuat keputusan untuk memasuki

universiti adalah keputusan yang besar untuk seseorang. Ini kerana pelajar perlu bijak

membahagikan masa untuk melibatkan diri dengan persatuan-persatuan akademik antara

universiti, fakulti, kolej dan kursus, menghadiri seminar, tutorial, mencari maklumat-

maklumat untuk pembelajaran dan sebagainya.

Menurut Tom Burns dan Sandra Sinfield (2003) lagi, apabila seseorang telah

membuat keputusan untuk menjadi seorang mahasiswa universiti, maka dia juga telah

membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam banyak komitmen dan tugasan. Oleh

itu, untuk menjadi seorang pelajar cemerlang, terdapat dua perkara yang harus

dititikberatkan antaranya ialah pelajar mestilah mempunyai kemahiran, strategi dan

teknik semasa belajar dan ianya melibatkan pengurusan masa yang baik.

Christine Talbot (2003) menyatakan antara ciri-ciri yang diperlukan untuk

menjadi seorang pelajar yang efektif ialah seseorang itu mestilah mempunyai keyakinan

diri, displin diri dan kemahiran pengurusan masa yang baik. Menurut Ramlah (2002),

pengurusan masa yang baik dalam kategori faktor dalaman, faktor luaran dan faktor

perlaksanaan pengurusan masa boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Ini

juga disokong dengan dapatan kajian oleh Weng (2000), di mana responden yang

mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang lazimnya mereka yang pandai

menguruskan masa secara efektif.

Jelas, corak kehidupan sebagai seorang pelajar memerlukan mereka menjadi

seorang yang bijak dalam segala aspek terutama sekali pengurusan masa. Walau

bagaimanapun, terdapat juga segelintir pelajar yang masih tidak mementingkan aspek

Page 24: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

8

pengurusan masa dalam kehidupan seharian mereka. Hassan (1996), menegaskan bahawa

antara faktor pelajar gagal dalam peperiksaan adalah kerana mereka tidak mempunyai

perancangan yang rapi semasa belajar. Mereka menghadapi pelajaran secara tidak

sistematik. Di antaranya tidak mempunyai jadual waktu yang baik, suka merugikan masa,

suka menangguhkan masa untuk belajar, suka belajar pada saat-saat akhir sewaktu

hampir peperiksaan dan tiada susunan keutamaan atau tidak tahu membezakan perkara

yang penting dan kurang penting.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Azmi (2002) menunjukkan lebih separuh dari

responden menyatakan mereka tidak menyediakan jadual waktu sendirian. Ini

bertentangan dengan pendapat Saniah Sayuti, et.a.l (2000), penggunaan teknik

menguruskan masa contohnya penggunaan jadual waktu akan dapat menunjukkan beban

kerja pelajar yang sebenarnya secara keseluruhan dan pengurusan masa pelajar akan lebih

teratur dan terancang.

Walaupun menyedari akan kepentingan pengurusan masa yang baik dalam

melahirkan seorang pelajar yang cemerlang, masih terdapat juga pelajar yang tidak

mengetahui konsep atau cara pengurusan masa yang berkesan dan positif. Kenyataan ini

disokong oleh Mohd. Nazruddin (2003), masih ramai lagi dikalangan mahasiswa tidak

mempunyai pola pengurusan masa yang tersusun dan tidak mengamalkan corak

pengurusan masa yang sistematik. Kebanyakan mereka suka melakukan perkara-perkara

yang mereka sukai dan memberi kepuasan diri pada bila-bila masa yang disukai tanpa

perancangan atau penjadualan yang tertentu. Berdasarkan kajiannya, terdapat ramai di

kalangan mahasiswa suka menangguhkan tugasan yang diberikan dan menyiapkan

tugasan yang diberikan pada saat-saat akhir sebelum tarikh akhir penghantaran tamat.

Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengkaji aspek pengurusan masa

dikalangan pelajar – pelajar ini. Seorang pelajar sewajarnya memahami konsep

Page 25: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

9

pengurusan masa dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Kehidupan

sebagai seorang warga institut pengajian tinggi memerlukan kepakaran dalam mengatur

jadual kehidupan seharian agar semua aktiviti yang telah dirancangkan dapat dijalankan

dengan lancar dan teratur sebagaimana yang telah dirancangkan. Dengan demikian

barulah jati diri mahasiswa sebenarnya dapat dibentuk kembali.

1.3 Pernyataan masalah

Masalah pengurusan masa di kalangan pelajar IPT dilihat sebagai satu fenomena

yang melanda semua pelajar di seluruh negara. Pelajar-pelajar yang sedang menuntut di

Politeknik juga tidak terkecuali. Jadual waktu proses pengajaran dan pembelajaran

mereka juga memerlukan pengurusan masa yang baik agar pembaziran masa tidak

berlaku sewenang-wenangnya. Oleh itu, pengkaji dengan berpandukan latar belakang

masalah, ingin membuat satu tinjauan mengenai aspek pengurusan masa melibatkan

perlaksanaan pengurusan masa di kalangan pelajar, kawalan terhadap pengurusan masa,

sikap pelajar terhadap pengurusan masa dan juga aspek-aspek persekitaran yang

mempengaruhi dalam pengurusan masa pelajar semester akhir (DKE dan DJK) di

Politeknik Johor Bahru.

1.4 Objektif kajian

Page 26: TINJAUAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN  · PDF fileDIPLOMA SEMESTER AKHIR, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK JOHOR BAHRU ... Laporan Projek Ini Dikemukakan

10

Kajian ini bertujuan untuk membolehkan pengkaji mengenalpasti amalan

pengurusan masa di kalangan pelajar semester akhir (DKE dan DJK), Jabatan

Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Johor Bahru. Antara objektif kajian adalah seperti

berikut:-

i. Untuk mengenalpasti sejauh mana pelajar melaksanakan

pengurusan masa dengan baik.

ii. Untuk mengenalpasti sejauh mana pengawalan pelajar terhadap

pengurusan masa yang telah dirancang dalam melaksanakan

aktiviti harian.

iii. Untuk mengenalpasti sejauh mana sikap pelajar terhadap

pengurusan masa.

iv. Untuk mengenalpasti sejauh mana faktor persekitaran

mempengaruhi pelajar dalam pengurusan masa.

1.5 Persoalan kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian di atas, pengkaji membina persoalan spesifik

yang ingin dikaji. Persoalan kajian adalah seperti berikut:

i. Sejauh manakah pelajar melaksanakan pengurusan masa dengan

baik?

ii. Sejauh manakah pelajar melaksanakan pengawalan terhadap

pengurusan masa yang telah dirancang dalam melaksanakan

aktiviti harian?

iii. Sejauh manakah sikap pelajar terhadap pengurusan masa mereka?

iv. Sejauh manakah faktor persekitaran mempengaruhi pelajar dalam

pengurusan masa?