nur amirah binti mohd zain- pencemaran tanah

22
Pencemaran Tanah Oleh: Nur Amirah Binti Mohd Zain Kita semua tahu Malaysia adalah Negara yang sangat kaya akan sumber alamnya. Salah satu kekayaan tersebut, Malaysia memiliki tanah yang sangat subur. Namun seiring berjalannya waktu, kesuburan yang dimiliki oleh tanah Malaysia semakin menurun akibat daripada pembangunan kawasan industri di kawasan pertanian sehingga menyebabkan pencemaran tanah berlaku. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang

Upload: pismpsainsjan10

Post on 26-Oct-2015

216 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pencemaran Tanah

TRANSCRIPT

Pencemaran Tanah

Oleh: Nur Amirah Binti Mohd Zain

Kita semua tahu Malaysia adalah Negara yang sangat kaya akan sumber

alamnya. Salah satu kekayaan tersebut, Malaysia memiliki tanah yang sangat subur.

Namun seiring berjalannya waktu, kesuburan yang dimiliki oleh tanah Malaysia

semakin menurun akibat daripada pembangunan kawasan industri di kawasan

pertanian sehingga menyebabkan pencemaran tanah berlaku.

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup

penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara

tidak dapat dielakkan. Manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar

yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Kesan-

kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru

semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Kesemua kesan

negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan

kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas

alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan

dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa

pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak

langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana

bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan

buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan

sesuatu keadaan berbahaya kepada kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam

atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat

dikategorikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam iaitu pencemaran udara,

pencemaran air, pencemaran bunyi dan pencemaran tanah.

Pencemaran Udara Pencemaran Air

Pencemaran Bunyi Pencemaran Tanah

Pencemaran yang difokuskan dalam rencana ini ialah pencemaran tanah.

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan

sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini

disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan

pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.

Penggalian menunjukkan pencemaran tanah di sebuah loji gas lama

Penggodolan tanah merupakan antara punca berlakunya pencemaran tanah.

Kes ini berlaku dalam sejarah di Negara kita Malaysia, iaitu di Cameron Highlands.

Satu ketika dahulu, Cameron Highlands sangat terkenal dengan suasana sejuk di

kalangan pelancong, sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Cameron

Highlands juga adalah tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan sayur-sayuran

dan buah-buahan segar. Menurut kajian yang di buat oleh Jabatan Geologi Cameron

Highlands, pada tahun 1993, didapati hampir 77.5% kawasan itu masih dipenuhi oleh

hutan, tetapi menjelang tahun 2002, hutan di kawasan itu hanya tinggal 54.2% hutan

saja. Ini menunjukkan bahawa Cameron Highlands mula  menghadapi masalah. 

Penggodolan tanah di Cameron Highlands

Perkara sebegini terjadi di sebabkan oleh kerakusan pihak pengusaha hotel

dan petani  yang ingin melipat gandakan pulangan mereka tanpa mengambil kira

kesan kepada ekosistem yang terdapat di situ. Kejadian menggondolkan tanah untuk

tujuan pertanian akan mengakibatkan tanah runtuh dan juga banjir lumpur. Sekiranya

perkara sebegini berlaku, ia akan memberi impak yang besar kepada penduduk

tempatan malah mungkin mengakibatkan kerugian kepada pengusaha hotel kerana

pelancong mungkin tidak akan datang kerana khuatir akan tahap keselamatan di

situ.

  Malahan sesetengah kawasan perindustrian dilakukan di kawasan hutan. Jadi

penerokaan hutan akan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kilang. Tanah yang

diteroka ini selalunya lebih besar daripada kawasan yang ingin digunakan sebagai

kawasan kilang. Masalah yang timbul atau kesannya, kawasan yang berlebihan ini

akan terbiar dan mengakibatkan ketidakseimbangan ekosistem. Bagi industri air

mineral, air bawah tanah akan digali oleh kilang ini lalu mengakibatkan adanya

ronga2 kosong dibawah tanah.

Selain itu gas yang dikeluarkan oleh perindustrian terutamanya karbon

dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran

tanah seperti ketidaksuburan tanah akibat peningkatan kekonduksian tanah dimana

tanah ini tidak sesuai untuk tumbuhan hidup. Pencemaran tanah juga akan

merosakkan susunan kimia tanah dan mengganggu kehidupan organisma yang

hidup di dalamnya. Di dalam tanah terdapat pelbagai unsur mineral yang diperlukan

oleh mikroorganisma yang hidup di lapisan tanah. Antara unsur mineral tersebut

ialah K, N, P, Ca, Mg, S, Cl, Fe, Cu, Mn, Zn dan sebagainya.

Pengeluaran gas Karbon Dioksida, Nitrogen Dioksida

dan Sulfur oleh kilang

Pada zaman dulu pula antara punca pencemaran tanah oleh industri adalah

disebabkan kegiatan melombong menggunakan kapal korek. Kapal korek ini

biasanya dilakukan di kawasan yang lapang. Selepas bijih timah habis di lombong,

kawasan tersebut akan ditinggalkan dan menjadi kawasan mati. Sebarang aktiviti

biologi tidak dapat dilakukan kerana kawasan tersebut tercemar dengan pelbagai

sisa daripada industri perlombongan.

Tambahan pula, terdapat hadith yang mengesa manusia di bumi ini untuk

menghidupkan tanah yang mati dan mengelakkan pencemaran tanah. Hadith yang

dimaksudkan adalah seperti berikut:

 

Bumi atau tanah pada masa Rasulullah SAW, masih sangat cukup luas

dibandingkan  dengan jumlah penduduk yang ada sehingga banyak tanah yang tidak

terawat. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW, menyatakan bahwa orang yang berhak

atas tanah tersebut adalah orang yang menghidupkan (memeliharanya). Dengan

adanya pernyataan Rasulullah tersebut dapat difahami bahwa tanah yang

dianugerahkan Allah SWT, seharusnya dijaga dan dilestarikan demi kelangsungan

hidup manusia. Pernyataan Rasulullah SAW tersebut juga sebagai bukti kepedulian

beliau terhadap lingkungan yang berupa tanah.

�ُه� َف�ِه�َي� (الترمذى أحمد رواه) ل

�ا م�ْن� َي �ح� ًض�ا أ ر�� �ًة� أ �ت م�َي

Maksudnya: “Barangsiapa menghidupkan lahan yang mati, maka lahan

mati tersebut menjadi miliknya”. (HR. Ahmad dan Turmudzi).

Isu pencemaran tanah berkait rapat dengan alam sekitar. Jika diteliti, Islam

menjuarai alam sekitar di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Secara ringkasnya,

bagaimana Islam menitikberatkan isu tersebut boleh dilihat apabila sejak awal

ciptaan manusia, Allah telah memberikan amanah untuk kita menjadi khalifah atau

wakil pengurus alam ini. Dengan sebab itulah Allah mengajar nabi Adam nama

setiap ciptaannya satu persatu supaya dihargai dan dijaga semua itu. Firman Allah

dalam surat al-Baqarah ayat 30-31:

Maka, kita sebagai khalifah dimuka bumi ini tidak boleh melakukan sebarang

pencemaran tanah yang akhirnya menyebabkan kerosakkan kepada seluruh alam

sekitar. Sebagai manusia kita bukan sahaja perlu membina hubungan dengan Allah

(hablun minallah) dan hubungan dengan manusia (hablun minannas) sahaja. Tetapi

kita sebagai insan atau hamba Allah juga perlu menjaga hubungan dengan alam

sekitar (hablun minal alam).

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di

bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu

Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak

menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana

dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami

sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”.

Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa

yang kamu tidak mengetahuinya”.

Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama

benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada

malaikat lalu ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama

benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.

Al-Quran juga telah lama menyentuh mengenai kerosakan dan pencemaran

alam. Ironisnya, kerosakan dan pencemaran itu dikaitkan dengan perbuatan

manusia. Firman Allah SWT di dalam surah al-Rum ayat 41:

Ini bermakna pencerobohan alam sekitar seperti penggondolan bukit bukau di

kawasan tadahan air bagi empangan-empangan tertentu yang menyebabkan

pencemaran tanah sememangnya ditentang dan disanggah oleh Islam. Keadaan ini

sesuai dengan wahyu Allah (s.w.t.) yang dijelaskan sebelum dan selepas ini.

Seterusnya Allah (s.w.t.) menjelaskan lagi sifat orang yang pepat di luar, tetapi

rencong di dalam, dalam Surah al-Baqarah, ayat 204 dan 205 yang bermaksud:

Oleh itu, sebagai warga bumi, kita perlu rasa bertanggungjawab untuk

menangani isu pencemaran tanah. Ini bukan kerja sekumpulan manusia sahaja. Ini

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada

perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada

mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka

kembali bertaubat.

“Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal

kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya),

dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi

atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-

sangat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila ia pergi

(dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi untuk melakukan

bencana padanya, dan membinasakan tanamtanaman dan keturunan

(binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada

bencana kerosakan".

bukan kerja pemimpin tertentu sahaja. Akan tetapi ini kerja semua orang. Pendidikan

mengenai isu ini perlu diberikan sedari kecil lagi kepada anak-anak generasi muda.

Terdapat kajian yang dibuat tentang persepsi komuniti terhadap masalah bau

dari operasi tapak pelupusan terbuka Krubung, Melaka. Selain daripada masalah

bau, antara impak langsung dari operasi tapak pelupusan ke atas persekitaran fizikal

ialah pencemaran tanah sekitarnya. Kawasan kajian meliputi lingkungan 5 kilometer

dari operasi tapak pelupusan (Rajah 1). Responden terdiri daripada penerima sensitif

yang tinggal di sekitar tapak pelupusan Krubong, Melaka.Tapak pelupusan ini

merupakan tapak pelupusan secara terbuka. Penerima sensitif yang terlibat dalam

kajian ini terdiri daripada penduduk yang tinggal di kediaman jenis tradisional dan

moden. Kawasan yang terlibat terdiri dari Kampung Ladang, Kampung Gangsa,

Taman Krubong, Taman Cheng Baru dan Taman Bertam Jaya.

Rajah 1: Lokasi tapak pelupusan Krubong dan lingkungan kawasan kajian,

Melaka

Responden yang tinggal di sekitar kawasan kajian terdiri daripada kaum

Melayu (80 peratus), Cina (12 peratus) dan India (8 peratus). Ini menunjukkan

bahawa kaum Melayu lebih banyak membuang sampah sarap dan bahan kumbahan

yang tidak terkawal berbanding kaum lain dan menyebabkan pencemaran tanah.

Berdasarkan dapatan kajian, antara impak langsung yang dinyatakan oleh penduduk

terdiri daripada gangguan kesihatan dan menjejaskan guna tanah sekitar dan

menyebabkan penduduk berpindah. Apabila tanah telah tercemar nilai hartanah di

sekitar tapak pelupusan telah jatuh iaitu kira-kira 22 peratus.

Pengurusan ke atas pencemaran tanah merupakan sesuatu yang amat

kompleks kerana tidak terdapat perundangan khusus yang berkaitan dengan

pencemaran tanah di Malaysia. Fenomena ini berlaku disebabkan sikap penduduk

sendiri yang tidak kisah dengan permasalahan yang berlaku. Manusia lebih banyak

memiliki nilai negatif berbanding positif. Selain itu, manusia juga kurang memupuk

nilai bertanggungjawab dalam diri untuk mengurus sisa dan sampah sarap di

kawasan mereka dan akhirnya membawa kepada pencemaran tanah secara

berleluasa. Tambahan pula, tiada nilai kesedaran dalam diri masyarakat tentang

amalan kitar semula. Padahal, amalan kitar semula merupakan cara yang terbaik

bagi mengatasi masalah penjanaan sisa berterusan sekaligus menangani isu

pencemaran tanah.

Tanah yang bersih sememangnya amat penting kepada kehidupan manusia

termasuk pelbagai spesis hidupan lain seperti serangga, haiwan dan tumbuh-

tumbuhan. Ini kerana, apabila tanah dalam keadaan bersih dan tidak tercemar,

manusia akan menikmati kehidupan mereka dengan lebih sihat dan cerdas. Tumbuh-

tumbuhan pula akan hidup lebih subur dan kerananya akan memberikan hasil buah-

buahan dan daun yang mekar yang tentunya dapat menampung kadar vitamin serta

garam galian yang tinggi yang juga menjadi keperluan kepada manusia, haiwan dan

serangga. Manakala habitat haiwan dan serangga pula akan dapat mencernakan

spesis masing-masing dengan pembiakan baka yang berterusan sebagai penyeri

alam.

Justeru itu, kita hendaklah bersama-sama berganding bahu menangani

masalah pencemaran tanah yang semakin berleluasa di Malaysia kerana tanah

memberi banyak kepentingan kepada alam. Antara kepentingan tanah ialah:

1) Memberi sokongan mekanik kepada akar

Cengkaman akar menyebabkan tumbuhan tumbuh tegak

Tumbuhan dapat menerima cahaya untuk menjalankan proses

fotosintesis

2) Membekalkan nutrien kepada tumbuhan

Terdapat pelbagai nutrien yang disimpan di dalam tanah

Sebahagiannya berbentuk bahan organik yang dibebaskan apabila

reput

Baja yang diberi akan bertindakbalas dengan kumin tanah dan

disimpan dalam tanah

3) Membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan

Udara tanah mengandungi gas karbon dioksida (CO2), oksigen (O2) dan

sebagainya

Karbon dioksida lebih banyak di dalam tanah kerana terhasil daripada

respirasi akar, respirasi organisma tanah dan pereputan bahan organik

Air tanah wujud dalam bentuk filem yang meliputi kumin tanah, wap

dalam rongga tanah dan cecair yang mengalir dalam rongga tanah

4) Membekalkan keperluan hidup seperti makanan, hutan dan tempat berlindung

Keperluan hidup ini khususnya untuk masyarakat luar bandar dan

orang asal (termasuk orang asli semenanjung Malaysia, anak negeri

Sabah dan dayak serta orang ulu Sarawak)

5) Membekalkan makanan ternakan bagi kegunaan manusia

Kebanyakan masyarakat yang menjalankan pertanian sara diri, berburu

dan memungut hasil hutan bagi kehidupan telah bergantung kepada

tanah dan hutan sejak turun temurun

  

Tempat berlindung Sumber makanan Makanan ternakan

Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Sumber-

sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah

yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di

dunia. Pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran tanah memberi banyak

kesan buruk kepada masyarakat dan dunia pada masa kini. Jika kita dapat lihat

sekarang ini,banyak kes pencemaran tanah yang di laporkan akibat daripada aktiviti-

aktiviti yang tidak sihat. Antara punca berlakunya pencemaran tanah ialah:

1) Pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal.

  

Pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan

salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku. Terdapat dua

kaedah pembuangan sampah yang sering diamalkan iaitu kaedah penimbusan dan

kaedah pembakaran. Walaupun sampah sarap dapat dilupuskan dari pandangan

mata masyarakat dan bau yang busuk dapat dilenyapkan tetapi tanpa pengawalan

yang rapi, kedua-dua kaedah ini boleh memberi kesan yang serius kepada

pencemaran tanah. Apabila masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah

tersebut akan menjadi habitat bagi pelbagai mikroorganisma. Mikroorganisma terdiri

daripada bakteria dan virus yang merupakan penyebab penyakit. Bahan cemar dari

sampah pula akan mengurangkan kualiti air tanah. PVC (polyvinyl chloride) ataupun

lebih dikenali sebagai plastik dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang

dapat mempengaruhi kemampuan tanah menyerap air dan tidak terbiodegradasi.

2) Pembuangan sisa toksik dan nuklear

Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang terdiri daripada

minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Walaupun bahan buangan tersebut ditanam

dalam tanah, namun tanpa pengurusan yang mantap, pencemaran tetap berlaku

disebabkan oleh logam berat iaitu litium, berlilium, merkuri dan sebagainya. 

Hidrokarbon petrolium, sianida dan arsenic, bahan partikel seperti PVC dan polimer

turut menjurus kepada pencemaran tanah dan air bawah tanah. Dengan ini, dapat

kita bayangkan sekiranya sisa-sisa toksik dan kilang dibiarkan begitu sahaja tanpa

memikirkan impaknya. Hal ini kerana partikel- partikel berbahaya akan meresap

masuk ke dalam tanah ketika terkena hujan atau bercampur dengan air dan

menyebabkan kualiti tanah turut merosot. Keadaan akan menjadi lebih teruk lagi

jikalau tindak balas kimia berlaku.

3) Penebangan hutan

Tambahan pula, penebangan hutan juga akan menyebabkan pencemaran

tanah berlaku. Kawasan hutan ditebang untuk mendapatkan hasil balak yang

mempunyai keuntungan lumayan. Penebangan hutan ini akan menyebabkan struktur

tanah menjadi longgar. Hal ini disebabkan ketiadaan akar pokok untuk mencengkam

tanah. Kesannya, tanah runtuh akan terjadi dan akan membahayakan nyawa

penduduk yang tinggal berhampiran kawasan itu.

4) Kegiatan perlombongan

Kajian telah menunjukkan bahawa kegiatan perlombongan berskala kecil juga

boleh mengakibatkan masalah pemendapan yang teruk di bahagian hilir lalu

menyebabkan saliran lombong berasid. Gejala sedemikian paling teruk di Lembah

Klang pada suatu masa dahulu. Selain kegiatan perlombongan emas, kegiatan

perlombongan pasir dan penebus-guna tanah serta pembangunan- pembangunan

lain di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi hidupan akuatik.

Masalah akan merunsing selagi pH air tidak berada pada paras neutral, iaitu pada

pH-7. Seandainya habitat hidupan akuatik sudah dicerobohi oleh sisa- sisa dan

timbulan minyak, keseimbangan ekosistem akan terancam. Sumber protein akan

susah diperolehi jikalau hidupan akuatik seperti ikan mati.

Pencemaran tanah yang berlaku di Malaysia memberi kesan yang buruk

kepada manusia dan alam sekitar. Antara kesan-kesan utama akibat pencemaran

tanah ialah:

1) Tanah menjadi beracun

Kesan daripada pencemaran tanah kepada dunia sangat ketara seperti

jenis pencemaran lain juga. Ianya turut memberi kesan yang sangat buruk

terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-

sarap, sisa toksik dan nuklear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh

didiami.

2) Tanah bertukar gersang

Tanah menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh

penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha pertanian

yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang

sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut

yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga

berlakunya overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol, dan

pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan

penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang. 

3) Hakisan tanah berlaku

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah

adalah salah satu fenomena yang begitu sering berlaku di seluruh dunia.

Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan

juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia. Umpamanya tanah

runtuh dan gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang

diancam hakisan tanah. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh

menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit

yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada

dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan

hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara

meluas hanya satu jenis tanaman.

4) Penyebaran kuman-kuman penyakit

Penyebaran kuman-kuman penyakit merupakan salah satu kesan yang

akan timbul daripada pencemaran tanah. Haiwan-haiwan perosak seperti

tikus, lipas dan lalat akan tertumpu di kawasan itu dan menyebarkan

kuman-kuman penyakit ke tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat

atau dimakan lipas, seterusnya di makan oleh manusia tanpa sengaja

maka manusia akan mudah diserang keracunan makanan dan seterusnya

diserang penyakit yang serius.

5) Kerosakan tanah dan kualitinya

Kerosakan tanah dan kualitinya juga merupakan kesan yang akan timbul

apabila terjadinya pencemaran tanah. Sisa-sisa industry dan hasil

tumpahan dari kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang

kualiti. Tanah yang kurang kualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan

sayur-sayuran yang ditanam hidup kurang subur.

Semua kesan pencemaran tanah ini adalah tidak baik untuk kita dan generasi

seterusnya. Adalah menjadi langkah yang paling wajar untuk kita bersama-sama

menghalang aktiviti pencemaran tanah agar tidak berlarutan. Usaha-usaha

membendung harus diambil dengan mengabungkan pelbagai pihak agar kesan yang

ketara dapat dicapai. Oleh itu kerajaan dan masyarakat perlu memainkan peranan

yang penting untuk menangani isu ini. Antara perkara yang boleh mereka lakukan

untuk membendung masalah ini ialah:

1) Kerajaan perlu memberi peruntukan untuk membeli peralatan yang

menggunakan teknologi moden.

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran tanah

adalah amat penting. Contohnya, dengan teknologi moden sisa pepejal

seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan

kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan

pencemaran tanah yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang

tidak sempurna. Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah

kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang berbahaya. Contohnya,

sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga

elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan

untuk menghasilkan metana. Dengan adanya teknologi moden, jentera-

jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang

mencemarkan tanah.

2) Mewujudkan pendidikan alam sekitar melalui kurikulum.

Tanggungjawab untuk menjamin sebuah Negara yang bersih bukan sahaja

dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh masyarakat setempat. Untuk

membentuk masyarakat yang bertanggungjawab kepada tanah, mereka

perlulah mempunyai kesedaran. Maka, pendidikan adalah cara terbaik

untuk memupuk kesedaran tersebut kerana ia dapat membentuk sikap

positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada

masyarakat, mereka akan sedar tentang betapa pentingnya tanah untuk

dikekalkan kualiti dan kesuburannya. Pendidikan alam sekitar mula

diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan

Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran

sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi

melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.

3) Pendedahan melalui media masa.

Pendedahan melalui media masa juga merupakan salah satu cara yang

boleh diambil untuk menangani isu pencemaran tanah. Pada hari ini,

media masa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara

pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media

masa tentang isu pencemaran alam, masyarakat umum akan berhati-hati

dalam menangani masalah pencemaran.

Pada pandangan saya terdapat pelbagai penyelesaian masalah berkaitan isu

pencemaran tanah di Malaysia. Antara penyelesaian tersebut ialah:

1) Mengadakan kempen kesedaran seperti kempen kitar semula.

Kempen kesedaran boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah

pencemaran tanah. Antara kempen-kempen yang boleh dilaksanakan

adalah kempen kitar semula dan sahabat alam. Dalam kempen ini peserta

akan diajar tentang kepentingan tanah kepada manusia dan alam dan

bagaimana untuk menjaga tanah yang terdapat di bumi ini. Melalui kempen

ini, sikap positif dapat dibentuk.

2) Mengadakan pameran pencemaran tanah.

Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang

berkaitan dengan isu pencemaran tanah. Pameran ini boleh dilakukan di

sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan

awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu pencemaran tanah, sebab-

sebab pencemaran tanah, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat

untuk mengurangkan kadar pencemaran tanah. Bahan-bahan menarik

seperti carta, poster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain

itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran

tanah juga boleh ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan

kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi tanah.

3) Menganjurkan pertandingan berkaitan pencemaran tanah.

Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran tanah boleh meningkatkan

pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi dan

memulihara tanah. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba

memahami apakah itu pencemaran tanah. Dalam proses ini, mereka akan

mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari

penyelesaian kepada masalah pencemaran tanah yang berlaku di

Malaysia. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan

alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran

tanah juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada

peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai.

Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis

karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang

ramai.

Pada masa kini pencemaran tanah dapat di atasi dengan penggunaan dua

teknologi iaitu secara remediasi dan bioremediasi. Remediasi adalah kegiatan untuk

membersihkan permukaan tanah yang tercemar. Ada dua jenis remediasi tanah, iaitu

in-situ dan ex-situ. Pembersihan in-situ adalah pembersihan di lokasi. Pembersihan

ini lebih murah dan lebih mudah, terdiri dari pembersihan venting dan bioremediasi.

Pembersihan ex-situ meliputi penggalian tanah yang tercemar dan kemudian dibawa

ke kawasan yang lebih selamat. Tanah ini akan dibersihkan dari zat pencemar.

Caranya iaitu, tanah tersebut disimpan di dalam tangki yang kedap, kemudian zat

pembersih akan dipamkan ke dalam tangki tersebut. Pembersihan secara ex-situ ini

jauh lebih mahal dan rumit.

Bioremediasi adalah proses pembersihan pencemaran tanah dengan

menggunakan mikroorganisma. Cara ini bertujuan untuk memecahkan zat pencemar

menjadi bahan yang kurang beracun atau tidak beracun. Salah satu mikroorganisma

yang berfungsi sebagai bioremediasi ialah vesikular arbuskular mikoriza.

BIBLIOGRAFI

1) Pencemaran tanih. Diperoleh Ogos 13, 2013 dari

http://www.scribd.com/doc/22791901/Pencemaran-Tanih

2) Ong Wei Jun. (2010). Pencemaran tanah. Diperoleh Ogos 15, 2013 dari

http://alamsekitar-eongirls2010.blogspot.com/2010/08/pencemaran-tanah.html

3) Isu semasa alam sekitar. Diperoleh Ogos 18, 2013 dari

http://k0t4k87.blogspot.com/2010/08/isu-semasa-tentang-alam-sekitar.html

4) Materi pendidikan hadits. Diperoleh Ogos 21, 2013 dari

http://ahan-kzk.blogspot.com/2011/12/materi-pendd-hadits.html

5) Ahmad Irfan Ikmal Hisham. (2009). Kita, Islam dan alam sekitar. Diperoleh Ogos 23,

2013 dari http://abidfana.com/2009/12/15/kita-islam-dan-alam-sekitar-sempena-

sidang-kemuncak-cuaca-copenhagen-2009/

6) Abdul Basir Mohamad. (2005). Undang-undang dan pengurusan alam sekitar

menurut Islam. Malaysian Journal of Environmental Management, 6, 107-124.

7) Zaini Sakawi. (2012). Persepsi komuniti terhadap masalah bau dari operasi tapak

pelupusan terbuka Krubung, Melaka. Malaysia Journal of Society and Space, 8,

60-67

8) Tanah. Diperoleh Ogos 26, 2013 dari

http://sainspertanian.wordpress.com/nota-sp/tanaman/tanah/

9) Wanita dan tanah. Diperoleh Ogos 29, 2013 dari

http://wa4change.tripod.com/tanah.htm

10) Pencemaran tanah. Diperoleh September 1, 2013 dari

http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-tanah.html

11) Julmazli Dempollok. (2011). Punca pencemaran tanah dan tiga kesan utamanya.

Diperoleh September 4, 2013 dari http://keajaibanpenjimatan.com/blog/punca-

pencemaran-tanah-dan-tiga-kesan-utamanya/

12) Pencemaran tanah. Diperoleh September 5, 2013 dari

http://alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/18/isu-isu-alam-sekitar/