nuklear 1

Upload: duanyusha

Post on 08-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 nuklear 1

    1/14

    Build your own FREE website at Tripod.comShare: Facebook| Twitter|Digg | reddit

    TENAGA NUKLEAR SEBAGAI PENYUMBANG TENAGA ELEKTRIK: ISU-

    ISU GLOBAL

    Pengenalan

    Permintaan yang tinggi terhadap tenaga elektrik telah menyebabkan banyak negara-negara maju memberi perhatian terhadap tenaga nuklear. Terdapat perbezaan pendapatterhadap isu penggunaan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif selain daripada bahanapi fosil. Bahan api nuklear seperti uranium dapat menjanakan logi nuklear yang dapatmengeluarkan tenaga elektrik. Uranium menerusi tindak balas berantai (chain reaction)akan menghasilkan tenaga haba yang tinggi yang dapat menukarkan air menjadi wap air.Wap air ini mempunyai tekanan yang tinggi hingga dapat memusingkan turbin danseterusnya tenaga elektrik dapat dihasilkan.

    Tindak balas berantai uranium yang digunakan dalam reaktor nuklear hendaklah dikawaluntuk mengelakan letupan yang dahsat yang menjejaskan alam sekitar. Prosespengawalan tindak balas berantai uranium ini adalah suatu proses yang rumit danmemerlukan kecekapan peralatan dan kepakaran manusia berada di tahap yang optimum.Selain daripada itu tindak balas berantai uranium akan menghasilkan radiasi yangdikeluarkan oleh isotop uranium. Kemudaratan yang terhasil di dalam industri nuklearmenjadi isu hangat di peringkat antara bangsa.

    PRO TERHADAP PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR

    1. Bahan api fosil adalah bahan galian dan simpanannya daripada dalam bumi akanberkurangan dari satu masa ke semasa. Justeru itu bahan api nuklear digunakansebagai alternatif terhadap bahan api fosil didalam usaha menjana tenaga elektrik.

    2. Bahan api fosil dikatakan mencemarkan alam sekitar sedangkan tenaga nuklearyang digunakan untuk menjanakan tenaga elektrik tidak mencemarkan udara.Unsur utama yang dikeluarkan daripada janakuasa yang menggunakan bahan apifosil ialah gas karbon dioksida. Pengeluaran bahan api fosil ini akanmenyebabkan kesan rumah hijau berlaku.

    3. Tahap keselamatan reaktor nuklear boleh dipertingkatkan lagi di mana kecekapanperalatan boleh mencapai 100 peratus. Para saintis berusaha untuk mereka bentuk

    reaktor nuklear yang lebih selamat.4. Para penyelidik sedang berusaha untuk mengatasi masalah pelupusan sisa nuklear

    dengan lebih berkesan lagi. Kajian ditumpukan untuk mengitar semula sisaradioaktif untuk menjadi bahan yang tidak mendatangkan mudarat kepada alamsekitar. Sebagai contoh: para saintis di Universiti Mississippi State sedangmengusahakan suluhan plasma (plasma torch) yang mampu menghasilkanpancaran sebanyak 15,000 darjah Fahrenheit. Suluhan plasma ini dikatakan bolehmenjadikan sisa toksid bertukar menjadi bahan yang tidak merbahaya.

    http://www.tripod.com/http://www.tripod.com/http://www.facebook.com/http://www.twitter.com/http://www.digg.com/http://www.digg.com/http://reddit.com/http://www.tripod.com/http://www.facebook.com/http://www.twitter.com/http://www.digg.com/http://reddit.com/
  • 8/7/2019 nuklear 1

    2/14

    KONTRA TERHADAP PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR

    1. Bahan api fosil adalah bahan galian dan simpanannya daripada dalam bumi akanberkurangan dari satu masa ke semasa. Bahan radioaktif adalah bahan galian jugadimana penggunaannya pasti akan mengurangkan stok bekalan dunia.

    2. Adakah benar bahawa loji elektrik yang menggunakan nuklear tidakmencemarkan alam sekeliling?

    Pembakaran bahan api fosil menyumbangkan 57% faktor berlakunya kesan rumahhijau. Gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh pembakaran bahan api fosiladalah tinggi manakala tiada pembebasan gas tersebut di dalam reaktor nuklear.Tetapi gas karbon dioksida banyak dibebaskan ke atmosfera untuk menghasilkanuranium bermutu tinggi yang digunakan di dalam reaktor nuklear. Jumlah gaskarbon dioksida yang di dibebaskan ke atmosfera untuk menghasilkan uraniumbermutu tinggi adalah lebih banyak berbanding dengan apa yang dihasilkan oleh

    pembakaran bahan api fosil.

    3. Tahap keselamatan reaktor nuklear boleh dipertingkatkan lagi di mana kecekapanperalatan boleh mencapai 100 peratus. Walau bagaimana pun kecekapanpengendalian peralatan oleh manusia tidak akan mencapai 100%.

    Isu-isu global yang dibangkitkan oleh nuklear begitu hangat dibincangkan oleh segenaplapisan masyarakat dunia. Berikut ini adalah perkara-perkara utama mengapa penjanaankuasa elektrik menjadi isu-isu global;

    1. Perlombongan Dan Fabrikasi Uranium

    2. Pengilangan Uranium3. Penyimpanan Uranium4. Pengangkutan Nuklear5. Reaktor Nuklear6. Penutupan Reaktor Nuklear7. Sisa Nuklear8. Perlumbaan Senjata Nuklear9. Pepijat Alaf Baru Y2K

  • 8/7/2019 nuklear 1

    3/14

    Perlombongan Dan Febrikasi Uranium.

    Uranium banyak dijumpai di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Afrika Selatan danRussia. Kerja-kerja melombong uranium adalah permulaan terbitnya isu-isu global yangmenjadi mimpi yang menakutkan kepada ramai pencinta alam.

    Terdapat dua jenis lombong uranium;

    a. Lombong terbuka: di mana simpanan bijih uranium terletak berhampirandengan permukaan bumi.b. Lombong bawah tanah: di mana simpanan bijih uranium terletak jauh

    daripada permukaan bumi.

    Terdapat dua cara untuk mendapatkan bijih uranium daripada dalam bumi. Cara pertamaialah dengan pancutan larutan asid ke atas batu yang mengandungi uranium bagi tujuanmelarutkannya. Cara kedua adalah lebih tardisional iaitu dengan kaedah memecahkanbatu yang mengandungi uranium dengan menggunakan bahan letupan.

    Uranium adalah bahan radioaktif yang tidak setabil. Ia akan mengalami pereputan yang

    berterusan sehinggalah ia stabil menjadi plumbum. Bijih uranium mengandungi banyakbahan radioaktif yang membawa mudarat kepada hidupan. Salah satu bahayanya ialahuranium membebaskan radium dan gas radon. Gas radon boleh menyebabkan kanserparu-paru. Radium boleh masuk ke badan manusia secara terus atau melalui makanan danair. Radium juga boleh menjejaskan kesihatan manusia dan boleh menyebabkanberbagai-bagai jenis kanser. Gas radon yang dibebaskan semasa kerja-kerja melombongdijalankan bukan sahaja membahayakan pekerja-pekerjanya tetapi ia akan mencemarkanalam sekitar.

    Peratus uranium yang terkandung di dalam batu batan adalah sangat rendah iaitu diantara0.1 hingga 1 peratus sahaja. Bayangkan betapa banyak timbuanan batu batan yang tidak

    diperlukan. Kawasan perlombongan akan dibiarkan begitu sahaja kerana kawasantersebut tidak baik untuk dijadiakan penempatan penduduk. Sebagai contoh: kawasanAborogines di Australia tidak lagi sesuai untuk dijadikan kawasan perumahan kerana iatelah tercemar.

    Pengilangan Uranium

  • 8/7/2019 nuklear 1

    4/14

  • 8/7/2019 nuklear 1

    5/14

    Kebocoran alat penyimpan, kemalangan, bencana alam, sabotaj, kecurian dan berbagai-bagai lagi akan memberi kesan yang negatif.

    Sebagai contoh: pada 4 Febuari 1997 sebuah keretapi yang membawa bekalan bahan apinuklear milik kerajaan German telah tergelincir daripada landasan. Kejadian berlaku

    hanya 500 meter daripada sempadan Perancis - German.

    Pada 13 Januari 1997 dunia telah dikejutkan dengan pelayaran yang penuh kontroversisebuah kapal yang penuh dengan sisa nuklear daripada pelabuhan Cherbourg, Peranchiske Jepun. Banyak negara dan pertubuhan-pertubuhan pencinta alam membantahpelayaran yang merbahaya ini. Kapal tersebut membawa bungkah-bungkah kaca berisisisa nuklear yang mempunyai 20,500,000 curies bahan radioaktif. Jika seseorang ituberada satu meter daripada bungkah kaca tersebut, maka ia akan terkena radiasi yangamat tinggi dan dalam masa kurang daripada satu minit sahaja ia akan mati.Bayangkanlah jika kapal ini karam di laut, pencemaran laut akan berlaku denganteruknya.

    Banyak negara yang membantah pelayaran ini kerana khuatirkan kepada pencemaranyang boleh berlaku sekiranya kapal ini mengalami kemalangan. Walau bagaimana punkapal tersebut telah selamat sampai pelabuhan Mutsu Ogawara Jepun pada 18 March1997.

    Persoalannya;

    Mengapakah Jepun mengimpot sebegitu banyak sisa nuklear?

    Apakah yang hendak dilakukan ke atas sisa nuklear tersebut?

    Adakah teknologi Jepun dapat mengitar semula sisa radioaktif?

    Masa akan menentukan segala-galanya.

    Reaktor Nuklear

    Perangkaan tahun 1996 menunjukkan sebanyak 440 reaktor nuklear perdaganganberoperasi untuk menjana tenaga elektrik di seluruh dunia. Tujuan pembinaan reaktor

    nuklear adalah baik iaitu dapat membekalkan kuasa elektrik. Tetapi persoalan yangtimbul, adakah reaktor nuklear yang menjanakan kuasa elektrik benar-benar selamat?

    Reaktor nuklear sentiasa di dalam keadaan selamat jika peranti kritikal (critical device)berfungsi dengan sempurna, jika kakitangan yang terlibat mematuhi arahan-arahan kerjadengan cekap, jika tiadanya berlaku sabotaj, jika tiada kecurian bahan radioaktif semasakerja-kerja pemindahan bahan api nuklear, jika tiada kekacauan atau rusuhan di dalam

  • 8/7/2019 nuklear 1

    6/14

    negeri, jika tiada peperangan berlaku, dan jika dapat menghalang kehendak Tuhan.

    (Hannes Alfven - Novel Laurete, Physics)

    Kecekapan peralatan dapat ditingkatkan 100 peratus tetapi bagaimana pula dengankecekapan manusia? Adalah mustahil untuk mendapatkan kecekapan manusia yangseratus peratus sempurna. Umpamanya: terdapat 40,000 injap yang yang mengawaloperasi di loji nuklear berbanding dengan 4,000 sahaja di loji minyak. Sebarang

    kerosakan pada injap ini akan mengakibatkan berlakunya kebocoran dan bahan radioaktifakan mengancam keselamatan manusia sejagat.

    Beberapa aspek-aspek untuk menjamin keselamatan reaktor nuklear;

    1. Tembok konkrit yang tebal dengan lapisan keluli di sekeliling reaktor.2. Sistem kawalan automatik untuk mengawal "rod" yang masuk ke dalam

    "core" dan memberhentikan tindak balas pembelahan nukleus semasakecemasan.

    3. Bangunan konkrit yang diperteguhkan dengan keluli untuk mencegahdebu-debu radioaktif bebas ke atmosfera

    4. Sistem penyemburan bahan kimia ke dalam bangunan untuk mencegah

    habuk radioaktif mencemari alam sekitar.5. Sistem pemampatan wap air daripada merosakkan saluran reaktor danmencegah tekanan daripada mencapai tahap yang merosakkan dindingbangunan.

    6. Sistem kecemasan "core - cooling" untuk membanjiri "core" secaraautomatik dengan sejumlah air yang banyak dalam masa satu minit.Tujuannya ialah mencegah pencairan "core" reaktor.

  • 8/7/2019 nuklear 1

    7/14

    7. Menyediakan tenaga elektrik gantian sekiranya berlaku gangguan kuasabagi pam raksaksaa semasa berlakunya sistem kecemasan "core - cooling"

    8. Pemeriksaan x ray terhadap bahagian-bahagian logam untuk mencegahkebocoran.

    9. Sistem automatik "back up" untuk menggantikan bahagian yang gagal

    berfungsi.

    Paparan di atas menunjukkan betapa kompleknya sistem yang mengawal sesebuahreaktor. Justeru itu tidak hairanlah mengapa ramai manusia yang mempertikaikan tentangtahap keselamatan di reaktor-reaktor nuklear.

    Rentetan peristiwa yang melibatkan kemalangan di loji nuklear;

    1. Tragedi pertama berlaku dalam tahun 1957 di Bandar Kyshtym di PergununganUral Selatan, Soviet Union.

    Tangki yang mengandungi sisa radioaktif telah meletup. Kawasan yangmengalami bencana merangkumi beberapa ratus kilometer daripada tempatkejadian. Sebanyak 30 bandar dan kampung telah ditinggalkan kosong. Seramai10,000 mangsa telah dipindahkan.

    2. Tragedi kedua berlaku pada 7 Oktober 1957 di Liverpool Utara, England.

    Sebuah reaktor yang menghasilkan plutonium telah terbakar dan kematian adalah33 orang manakala beribu-ribu yang lain terdedah kepada bahan-bahan radioaktif.

    Kawasan yang tercemar dengan radioaktif meliputi 516 km persegi.

    3. Tragedi ketiga berlaku pada 22 March 1975 di Decatur, Alabama, AmerikaSyarikat.

    Seorang pekerja telah menggunakan api lilin untuk menguji kebocoran paip yangmengakibatkan kebakaran berlaku. Walau bagaimana pun loji tersebut dapatdiselamatkan.

    4. Tragedi keempat berlaku pada 29 March 1979 di Harrisburg, Pennsyalvania,

    Amerika Syarikat.

    Air penyejuk untuk reaktor nuklear telah kering dan berlakulah kerosakkan yangteruk pada reaktor nuklear. Seramai 144,000 penduduk telah dipindahkan dankawasan yang terjejas merangkumi 16 kilometer daripada tempat kejadian. Kerja-kerja pembersihan adalah melebihi US$ I billion walhal kos pembinaannya adalahUS$ 700 juta sahaja.

  • 8/7/2019 nuklear 1

    8/14

    5. Tragedi kelima berlaku pada 26 April 1986 di Chernobyl, Soviet Union.

    Letupan di reaktor nuklearnya telah menjejaskan kehidupan 9 juta penduduk yangterdiri daripada 2.5 juta penduduk di Belarus, 3.5 juta penduduk di Ukraine dan 3juta di Rusia. Kawasan yang tercemar dengan bahan radioaktif ialah 160,000 km

    persegi dan ia melibatkan tiga republik. Untuk 30 tahun selepas peristiwa itu,kanak-kanak terdedah kepada barah tiroid.

    Sisa Nuklear

    Anggaran daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic Energy

    Agency, IAEA), pada tahun 1992 jumlah simpanan bahan api nuklear dunia ialah125,000 tan dan dijangkakan pada tahun 2000 jumlah simpanan bahan api nuklear duniameningkat menjadi 200,000 tan. Bayangkan berapa banyak sisa nuklear yangdilonggokkan untuk menghasilkan sedemikian banyak bahan api nuklear dan berapatinggi kemusnahan yang boleh disebabkan olehnya.

    Sisa nuklear dihasilkan disemua peringkat bermula di peringkat melombong uraniumhinggalah ke peringkat penjanaan kuasa elektrik di dalam loji nuklear. Sisa nuklearwujud dalam tiga bentuk utama iaitu pepejal, cecair dan gas. Sisa nuklear terbahagikepada dua iaitu sisa peringkat rendah (low level waste) dan sisa peringkat tinggi (highlevel waste). Kedua-duanya adalah sangat merbahaya kepada segala penghidupan di

    dunia ini.

    Sisa radioaktif mempunyai separuh hayat (half life) yang sangat lama. Separuh hayatialah masa yang diperlukan bagi bahan radioaktif untuk menyusut menjadi separuhdaripada jisim asalnya. Sebagai contoh: separuh hayat bagi plutonium-238 adalah 86tahun manakala separuh hayat bagi plutonium-239 ialah 24,400 tahun. Penyusutansesuatu bahan nuklear akan mengeluarkan berbagai-bagai jenis radiasi yang dapatmengancam keselamatan dunia. Sisa radioaktif diletakkan di dalam bekas logam ataubekas kaca sebelum disimpan atau dibuang.

    Kaedah-kaedah menyimpan atau membuang sisa radioaktif;

  • 8/7/2019 nuklear 1

    9/14

    1. Sisa radioaktif ditanam di dalam tanah.

    Banyak negara pengguna nuklear telah menanam sisa nuklear di dalam tanah.Perbuatan ini mendapat bantahan keras daripada penduduk setempat kerana

    bahaya-bahaya yang boleh ditimbulkan oleh sisa nuklear.

    Salah satu tempat pembuangan sisa nuklear ialah di Perisai Canada di AmerikaSyarikat. Sisa nuklear ditempatkan di ruang pembuangan yang dibena dengankedalaman 500 hingga 1000 meter dan melalui pengawasan yang rapi. Adakahkaedah-kaedah ini benar-benar selamat? Kejadian-kejadian gempa bumi,pergerakan tanah, pergerakan air bawah tanah, suhu yang tinggi dan tekananboleh menyebabkan bekas penyimpan sisa radioaktif pecah dan akhirnyamenyebabkan pencemaran bahan radioaktif.

    2. Membuang sisa radioaktif ke dalam laut.

    Diantara tahun 1940 an hingga tahun 1970, Amerika Syarikat dan negara-negaralain yang mempunyai industri nuklear telah membuang sisa radioaktif ke dalamlaut. Dalam tahun 1993, Rusia telah membuang sisa radioaktif sebanyak 900 tanke dalam Laut Jepun.

    Dewasa ini berjuta-juta penduduk Eropah terdedah kepada radiasi bahanradioaktif yang terhasil daripada sisa nuklear setiap hari daripada kilangplutonium di Sellafield, Britain dan di La Hague, Perancis. Bebilion-bilion litersisa nuklear dibuang ke Lautan Atlantik dan Laut Utara. Bahan radioaktif telah

    dapat dikesan pada hidupan laut di kawasan berkenaan.

    3. Sisa radioaktif ditanam di Kutub Utara dan Kutub Selatan.

    Perbuatan ini juga dapat bantahan kerana kestabilan air batu akibat bahanradioaktif boleh dipertikaikan. Selain daripada itu kesan daripada tekanan dansuhu yang rendah belum dapat menjamin keselamatan bahan radioaktif itudaripada mencemari alam sekitar.

    4. Melepaskan bahan radioaktif ke angkasa lepas atau ke matahari.

    Usaha ini memang mempunyai risiko yang tinggi. Kemalangan kapal angkasapengangkut semasa pelancaran akan memburukkan lagi keadaan. Melepaskanbahan radioaktif ke angkasa lepas atau ke matahari dengan menggunakan kapalangkasa akan melibatkan perbelanjaan yang sangat tinggi.

    5. Memproses sisa nuklear menjadi bahan yang tidak merbahaya.

  • 8/7/2019 nuklear 1

    10/14

    Setakat ini belum ada satu kaedah pun yang dapat memproses sisa nuklearmenjadi bahan yang tidak merbahaya. Inilah cabaran kepada saintis-saintis didunia ini.

    Penutupan Reaktor Nuklear.

    Penutupan reaktor nuklear akan menghasilkan sisa nuklear yang cukup banyak. Inidisebabkan oleh semua peralatan yang digunakan di dalam reaktor nuklear telah menjadibahan radioaktif. Reaktor nuklear yang tidak aktif tidak boleh ditutup begitu sahaja tetapiia harus di lupuskan. Pelupusan reaktor nuklear bukanlah semudah yang disangka.Dimanakah hendak disimpan segala peralatan serta bangunan yang telah digunakan itu

    dengan selamat? Kos pelupusan sebuah rektor adalah cukup tinggi dimana anggarannyaadalah mencapai 100 peratus daripada kos membina reaktor tersebut.

    Rusia telah melupuskan 18 reaktor nuklearnya di mana tujuh daripadanya telah dibuangke dalam Laut Barents. Rusia sekali menjadikan Laut Jepun sebagai tempat pembuangandua buah reaktor nuklear yang telah dilupuskan. Peristiwa ini telah membawa ketegangandiantara Jepun dan Rusia. Masyarakat antarabangsa mengutuk perbuatan ini kerana iadianggap tidak beretika.

    Perlumbaan Senjata Nuklear

    Apakah ada pertalian diantara senjata nuklear dengan loji nuklear yang mengeluarkankuasa elektrik? Lebih sedekad Amerika Syarikat menafikan wujudnya pertalian diantarasenjata nuklear dengan loji nuklear yang mengeluarkan kuasa elektrik dari segimaklumat, komponen dan bahan yang digunakan. Pada tahun 1981, Makmal KebangsaanLos Alamos Amerika Syarikat mendedahkan bahawa tiada perbezaan diantara reaktoruntuk ketenteraan dengan reaktor untuk elektrik.

    Sebanyak 135 negara telah menandatangani "1968 Nuclear Nonproliferation Treaty"dimana persetujuan telah dicapai untuk membatasi pengeluaran senjata nuklear danmenolong antara satu sama lain dibidang pengeluaran tenaga elektrik yang menggunakanbahan api nuklear. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic EnergyAgency (IAEA) telah dikenalpasti untuk menangani masalah ini. Walau bagaimana punAgensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak dapat memantau kelengkapan nuklear milikIndia, Pakistan, Afrika Selatan, Argentina, Brazil, Pakistan dan beberapa negara lainmereka tidak tidak menandatangani "1968 Nuclear Nonproliferation Treaty". Secaraumumnya kelengkapan nuklear milik China, Perancis, Britain, CIS dan Amerika Syarikatjuga tidak diselia oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

  • 8/7/2019 nuklear 1

    11/14

    Terdapat bukti yang jelas bahawa Israel, Afrika Selatan, Pakistan, dan India telahmembuat kira-kira 200 senjata nuklear. Mereka menggunakan kemudahan-kemudahanserta kelengkapan yang diperolehi daripada reaktor nuklear yang menjanakan tenagaelektrik. Hanya dengan 10 kilogram plutonium diperlukan untuk membuat bom nuklearsebagaimana yang dijatuhkan ke bandar Nagasaki, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

    Pepijat Alaf Baru Y2K

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut Keselamatan Nuklear Perancis (French Instituteof Nuclear Safety, IPSN) pada 4 Mei 1999 yang lepas adalah sangat membimbangkan.

    Kenyataan yang menyentuh tentang keselamatan logi nuklear yang menghasilkan kuasaelektrik terjejas oleh pepijat alaf baru Y2K.

    Pepijat Y2K dijangkakan akan menjejaskan sistem komputer untuk berfungsi denganbaik dan seterusnya akan menjejaskan operasi di reaktor nuklear. Menjelang tahun 2000nanti, para penyelidik meramalkan diantara 45 hingga 80 peratus sistem dalaman yangmengawal operasi di loji nuklear adalah sensitif terhadap pepijat Y2K. Ada diantarakomputer yang dijangkakan gagal berfungsi dan seterusnya menyebabkan sistem distesen jana kuasa akan terhenti. Situasi ini akan menjadikan stesen jana kuasa itumencapai tahap keselamatan yang rendah. Masalah ini terjadi apabila komputer gagaluntuk membezakan diantara tahun 1900 dan tahun 2000 kerana tarikh yang telah

    diprogramkan hanya menggunakan dua digit terakhir bagi sesuatu tahun. Ini akanmenyebabkan sistem yang mengawal operasi di stesen jana kuasa bercelaru.

    KESAN-KESAN PENGGUNAAN NUKLEAR

    Banyak negara yang ingin membangunkan teknologi nuklear kerana beranggapan bahawakuasa nuklear adalah simbol kekuatan sesebuah negara. Pada peringkat permulaannyamereka berusaha mengadakan reaktor nuklear yang boleh mengeluarkan kuasa elektrik.Akhirnya mereka terjerumus kepada perlumbaan menghasilkan senjata nuklear. Kuasa

  • 8/7/2019 nuklear 1

    12/14

    politik di sesebuah negara juga memainkan peranan utama didalam masalah ini. Duniadikejutkan dengan tuduhan Amerika Syarikat terhadap pengintipan oleh China terhadapteknologi nuklearnya. Amerika Syarikat menuduh kerajaan mencuri data-data sulitmengenai teknologi yang berkaitan dengan nuklear dari Makmal Kebangsaan LosAlamos Amerika Syarikat.

    Peradaban manusia telah menjadi kacau bilau. Persaingan untuk menunjukkan kuasa danpengaruh menjadikan manusia makin rakus. Serangan siber (cybre attacks) terhadapsistem komputer yang mengendalikan reaktor tidak boleh dipandang mudah. Apa akanterjadi sekiranya ia benar-benar dapat membinasakan sistem operasi sesebuah rektornuklear? Hanya masa yang akan menentukannya. Teknologi maklumat disalahgunakanoleh sesetengah gulungan yang akan membawa kehancuran.

    Kesan bahan radioaktif terhadap kesihatan manusia merupakan kesan langsung yang

    memudaratkan manusia. Peningkatan penyakit barah dan kerosakan genetik manusiamenjadi masalah yang besar di bidang perubatan. Kajian menunjukkan terdapatpeningkatan bayi yang diserang penyakit leukaemia di kawasan-kawasan yangberhampiran dengan loji nuklear di Britain dan Perancis. Selain daripada itu bahanradioaktif seperti iodine-129 boleh menyebabkan kelenjar tiroid pada manusia mengalamikerosakan. Kerosakan kelenjar tiroid akan menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak danmenjejaskan kecacatan mental.

    Blok-blok kuasa dunia akan menjurus kepada kekuatan nuklear yang dikuasai oleh

    sesebuah negara. Terdapat anggapan yang menyatakan hanya dengan kuasa nuklearsahaja sesebuah negara itu akan dihormati.

    Kos yang dikeluarkan untuk menjanakan kuasa elektrik tidak setimpal dengan bebanyang akan ditanggung oleh seluruh manusia di dunia ini sama ada secara langsung atautidak secara langsung. Rakyat terpaksa menanggung kos pembinaan teknologi nuklearselain daripada terpaksa menanggung kos kesengsaraan yang di sebabkan oleh bencanadaripada nuklear. Rakyat akan menanggung kos rawatan kesihatan yang disebabkan olehpencemaran oleh nuklear.

    Teknologi nuklear telah menyebabkan berlakunya jenayah pengintipan ke atas sesebuahnegara. Pada 28 April 1999, pihak Amerika Syarikat mendakwa China telah mencurisebahagian besar rahsia nuklearnya. Sebahagian besar data rahsia Amerika Syarikat telahdapat dicuri melalui sistem komputernya. Apa yang akan berlaku seterusnya?Mungkinkah akan berlaku sabotaj? Apa yang jelasnya ialah perselisihan antara dua kuasabesar ini dapat mengganggu keselamatan dunia. Pengeboman Kedutaan China diBelgrade, Korisa pada 7 Mei 1999 oleh tentera NATO yang diketuai oleh AmerikaSyarikat akan memburukkan lagi keadaan.

  • 8/7/2019 nuklear 1

    13/14

    Setelah melihat kemusnahan-kemusnahan akibat daripada industri nuklear, manusiasejagat perlulah menghalang perkembangannya. Ada banyak lagi kaedah-kaedah yangboleh dimajukan untuk menjana kuasa elektrik. Kuasa angin, kuasa solar, kuasa hidroelektrik, bio-gas, geo-termal dan ombak perlu untuk dimajukan. Kemajuaan yanghendaklah dikecapi hendaklah kemajuan yang mesra alam. Walau bagaimana pun, pilihan

    adalah di tangan kita.

    Bibliografi

    1. Kevin T.Pickering and Lewis A.Owen, An Introduction To Global EnvironmentalIssues, Routledge, London and New York, 1994.

    2. G. Tyler Miller, Jr. , Enviromental Science / Fourth Edition, WadsworthPublishing Company, 1992.

    3. Cunningham and Saigo, Enviromental Science: A Global Concern, WW. C.Brown Publishers, 1997.

    4. M.Nelkon and P.Parker, Advanced Level Physics, Heinemann Educational BooksLtd., 1973

    5. Arthur Holmes, Principles Of Physical Geology, The English Language BookSociety and Nelson, 1962

    6. http://www.greenpeace.org/~nuclear/spent.html.7. http://cnn.com/WORLD/meast/9905/08/AM-Russia-Iran_nuclear.ap/ .8. http://cnn.com/TECH/computing/9905/04/Y2K.france.reut/

    http://www.greenpeace.org/~nuclear/spent.htmlhttp://cnn.com/WORLD/meast/9905/08/AM-Russia-Iran_nuclear.ap/http://cnn.com/WORLD/meast/9905/08/AM-Russia-Iran_nuclear.ap/http://cnn.com/TECH/computing/9905/04/Y2K.france.reut/http://cnn.com/TECH/computing/9905/04/Y2K.france.reut/http://www.greenpeace.org/~nuclear/spent.htmlhttp://cnn.com/WORLD/meast/9905/08/AM-Russia-Iran_nuclear.ap/http://cnn.com/TECH/computing/9905/04/Y2K.france.reut/
  • 8/7/2019 nuklear 1

    14/14

    9.10. [keluar]

    http://b-naimem.tripod.com/penulisan.htmlhttp://b-naimem.tripod.com/penulisan.html