novel istana menanti

13
WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL ISTANA MENANTI Watak utama dalam novel ini ialah Fadhil.Watak sampingan terdiri daripada Ah Seng,Ramasamy,Tuk Ngah,Khairil Anuar,Dolah,Sarjan Mokhtar,Encik Leong,Pak Senik,Encik Karim dan Encik Shanti. Fadhil Fadhil merupakan anak kepada Encik Karim dan Mak Joyah.Dia berusia 15 tahun.Dia suka akan subjek sejarah dan bercita-cita untuk bergelar ahli sejarah.Sikapnya lebih matang kerana berfikiran jauh.Dia berfikir panjang dalam membuat sebarang sebarang keputusan.Dia bijak merancang dengan menyenaraikan barang yang harus dibawa sebelum memulakan ekspedisi ke puncak Gunung Datuk.Fadhil juga seorang yang menghormati orang tua.Contohnya:dia meminta izin daripada kedua-dua orang tuanya untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Datuk. Ah Seng Ah Seng ialah kawan baik Fadhil.Dia anak kepada peniaga barang-barang runcit iaitu Encik Leong dan Puan Lily.Dia mempunyai minat dan cita-cita yang sama dengan Fadhil. Kadangkala sikapnya lepas laku dan terlalu mengikut perasan.Ketika sedang mendaki bukit,dia ketawa dan bersuara kuat dan berlagak seperti Tarzan apabila melihat kera dan burung bertempiaran lari.Suka makan,dia tetap berselera makan meskipun dalam kesusahan.Contohnya:ketika semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalam bilik,dia tetap berselera untuk makan. Ramasamy Ramasamy ialah kawan baik Fadhil dan Ah Seng.Dia sebaya dengan Fadhil dan Ah Seng serta mempunyai minat yang sama dengan kedua-dua sahabatnya itu.Dia merupakan anak Encik Shanti dan Puan Mary.Dia berani.Contohnya:ketika menyusuri

Upload: jeraanah-owen

Post on 08-Dec-2014

148 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Novel Istana Menanti

WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL ISTANA MENANTI

    Watak utama dalam novel ini ialah Fadhil.Watak sampingan terdiri daripada Ah Seng,Ramasamy,Tuk Ngah,Khairil Anuar,Dolah,Sarjan Mokhtar,Encik Leong,Pak Senik,Encik Karim dan Encik Shanti.

Fadhil   Fadhil merupakan anak kepada Encik Karim dan Mak Joyah.Dia berusia 15 tahun.Dia suka akan subjek  sejarah dan bercita-cita untuk bergelar ahli sejarah.Sikapnya lebih matang kerana berfikiran jauh.Dia berfikir panjang dalam membuat sebarang sebarang keputusan.Dia bijak merancang dengan menyenaraikan barang yang harus dibawa sebelum memulakan ekspedisi ke puncak Gunung  Datuk.Fadhil juga seorang yang menghormati orang tua.Contohnya:dia meminta izin daripada kedua-dua  orang tuanya untuk menyertai ekspedisi ke Gunung Datuk.

Ah Seng   Ah Seng ialah kawan baik Fadhil.Dia anak kepada peniaga barang-

barang runcit iaitu Encik Leong dan  Puan Lily.Dia mempunyai minat dan cita-cita yang sama dengan Fadhil. Kadangkala sikapnya lepas laku  dan terlalu mengikut perasan.Ketika sedang mendaki bukit,dia ketawa dan bersuara kuat dan berlagak  seperti Tarzan apabila melihat kera dan burung bertempiaran lari.Suka makan,dia tetap berselera makan  meskipun dalam kesusahan.Contohnya:ketika semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalambilik,dia tetap berselera untuk makan.

RamasamyRamasamy ialah kawan baik Fadhil dan Ah Seng.Dia sebaya dengan

Fadhil dan Ah Seng serta  mempunyai minat yang sama dengan kedua-dua sahabatnya itu.Dia merupakan anak Encik Shanti dan  Puan Mary.Dia berani.Contohnya:ketika menyusuri terowong untuk mencari Ah Seng,Ramasamy dan  kawan-kawannya terserempak dengan beberapa orang lelaki.Dia mahu melawan orang-orang jahat itu  tetapi dihalang oleh Khairil Anuar.

Tuk Ngah    Tuk Ngah ialah warga tua di Kampung Ulu Seperi,Rembau.Usianya hampir 80 tahun.Beliau suka  berkongsi cerita kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara.Beliau banyak  pengalaman.Beliau pernah melalui zaman kependudukan Jepun

Page 2: Novel Istana Menanti

di Tanah Melayu dan melalui zaman  darurat sebagai akibat pemberontakkan pengganas Komunis.Tuk Ngah masih sihat,kuat dan dan  bertenaga.Buktinya,beliau masih larat mendaki Gunung Datuk untuk menemani Fadhil,Ah Seng dan  Ramasamy.

Khairil Anuar   Dia seorang penuntut di Universiti Putra dan berusia dalam

lingkungan 30 tahun.Tubuhnyagempal.Berani.Contohnya:dia bersendirian ke Istana Menanti semata-mata untuk mengkaji sejarah lama  itu.Dia tidak lemah semangat ketika berhadapan dengan ribuan tikus yang kelaparan,terserempak  dengan ular sawa dan mendengar bunyi yang sungguh menyeramkan ketika mencari jalan keluar dari  terowong.Khairil Anuar bercita-cita hendak menulis sebuah buku tentang sejarah Rembau.Dia  prihatin,bertanggungjawab dan mengambil berat.Meskipun baru mengenali Fadhil,Ah Seng dan  Ramasamy,dia amat mengambil berat kan keselamatan mereka.

Dolah   Dia lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 80 tahun dan kawan

kepada Tuk Ngah semasa kecil.Dia  pernah mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan tanah air dan pernah dilantik menjadi ketau  pasukan ke-10,Parti Komunis Malaya(PKM).Dolah pernah melarikan diri ke negara China pada sekitar  tahun 1960-an tetapi kembali semula ke tanah air 40 tahun kemudian selepas memperoleh  pengampunan daripada Kerajaan Malaysia.

PLOT

Page 3: Novel Istana Menanti

PERMULAAN- Permulaan plot ialah sewaktu tiga orang remaja iaitu Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berbual dengan Tuk Ngah di rumah Tuk Ngah. Perbualan mereka berkisar tentang sejarah setempat terutamanya tentang sebuah Istana yang lama ditinggalkan iaitu Istana menanti.      Minat ketiga-tiga sahabat itu terhadap sejarah  membuatkan mereka ingin mendaki Gunung Datuk untuk melihat Istana Menanti dari dekat.

PERKEMBANGAN-      Tuk Ngah bersetuju menemani ketiga-tiga sahabat itu ke puncak

Gunung datuk. Akhirnya mereka memasuki istana Menanti . Fadhil. Ramasamy dan Ah Seng memasuki istana dan sampai ke sebuah bilik iaitu bilik peraduan raja.

-      Mereka terperangkap kerana pintu bilik itu terkunci dan gagal mencari jalan keluar . Kemudian mereka menemui sebuah terowong bawah tanah.Mereka menemui Khairil yang mendakwa turut sama tersesat di dalam istana itu.

-       Ah Seng telah ditawan oleh seorang pemuda. Ramasamy,Fadhil dan Khairil turut dibawa ke tempat AhSeng dan mereka dipaksa mengali tanah untuk mempercepatkan proses mencari harta tersebut

KLIMAKS-       Klimaks novel ini bemula daripada penemuan harta yang digali oleh

Fadhil, Ramasamy , Ah Seng dan Khairil.  Selepas harta itu dijumpai kelima-lima lelaki itu meninggalkan Khairil, Fadhil dan rakan-rakannya.

-       Sarjan Mokhtar, beberapa anggota polis dan ornag kampung melakukan gerakan mencari Fadhil dan rakan-rakannya. Kelima-lima penjenayah tersebut diberkas  ketika mengheret keluar peti besi.     

PELERAIAN-      Fadhil dan rakan-rakannya akhirnya ditemuiadhil, Ramasamy, Tuk

Ngah, Ah Seng dan Khairil di balai raya yang dihadiri oleh Menteri Bear,ketua polis, guru besar dan orang kampung.

-       Mereka diberi hadiah  dan peristiwa itu tersiar  di dalam akhbar

Plot (Teknik)

1.Teknik Pemerian / penceritaan

Page 4: Novel Istana Menanti

  -  Pengarang mengetengahkan latar masa yang menjelaskan suasana waktu senja iaitu cahaya siang bertukar kepada malam yang gelap.

-  Pengarang menyatakan tentang bilik peraduan raja.Pengarang menyatakan di dlam bilik itu terdapat sebuah katil besi, sebuah almari yanag telah usang, beberapa batang tombak dan seluruh bilik itu dihiasi dengan ukiran kayu

2. Teknik imbas kembaliTuk Ngah menceritakan kembali kepada Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng  tentang tiga oranag kegagalan tiga orang pelancong Eropah mencari Istana Menanti di Gunung Datuk

3. Teknik dialog-  Perbualan antara Ah Seng dan Ramasamy tentang penunggu di dalam

istana.-  Perbualan antara Fadhil dengan Khairil tentang siapa khairil sebenarnya.

4. Teknik saspen -   Pembaca tertanya-tanaya adakah Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Tuk

Ngah berjaya sampai ke puncak Gunung datuk dan menemui Istana menanti.

-    Pembaca tertanya-tanya tapak kaki siapakah yanag didengar oleh Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng ketika mereka berada di bilik peraduan raja.

-   Pembaca juga tertanya-tanya  siapa sebenarnya Khairil. Adakah benar dia juga tersesat atau mempunyai niat yang lain.

5. Monolog dalaman  - Ah Seng memikirkan nasib yang bakal menimpanya apabila ditwan. Dia

bersa cemas apabila melihat beberap orang mengali tanah kerana menyangka mereka sedang mengali kubur untuknya

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL ISTANA MENANTI

TemaTema novel Istana Menanti karya Abd Latip Talib ialah semangat sekumpulan remaja yang peka akan sejarah tanah air dan ingin mengkaji kesahihan sejarah tersebut.Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili

Page 5: Novel Istana Menanti

golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah setempat.Mereka bertiga juga sanggup meredah hutan berlukar untuk melihat sendiri kewujudan dan keunikan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk.

Persoalana)Kesedaran golongan muda tentang sejarah tanah air. Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sanggup meluangkan masa ke rumah Tuk Ngah kerana warga  emas itu banyak mengetahui tentang sejarah setempat dan sejarah negara.

b)Semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang masa.Masyarakat di Kampung Ulu Seperi,Rembauterdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.Mereka hidup bersatu-padu dan saling membantu.Khususnya ketika mencari Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di Gunung Datuk.

c)Kebijaksanaa pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman dahulu dalam mengatur strategi perang. Pahlawan-pahlawan Melayu terdahulu membina kediaman yang jauh dipuncak bukit atau gunung agar terselamat daripada serangan musuh.Istana Menanti dibina di puncak Gunung Datuk telah dijadikan tempat dijadikan tempat berkumpulanya pendekar-pendekar Rembau dalam usaha mereka menentang penaklukan Portugis dan Inggeris.

LATAR NOVEL ISTANA MENANTI

Latar Tempata)Rumah Tuk Ngah di Ulu Seperi ,Rembau,Negeri Sembilan.Contohnya:Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng  berkongsi cerita dengan Tuk Ngah tentang banyak cerita sejarah setempat dan sejarah negara di rumah  ini.

Page 6: Novel Istana Menanti

b)Istana Menanti dan kawasan sekitarnya.Contohnya:Istana Lama ini terletaknya di puncak Gunung  Datuk.Ketika Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy tiba,di dalam istana bersih seolah-olah ada penjaganya.c)Jeram Lubuk Petai.Contohnya:Jeram ini terletaknya di kaki Gunung Datuk.Airnya jernih dan sejuk.Namun,kawasan ini dikatakan berpuaka dan didiami makhluk halus.d)Terowong rahsia di bawah tanah.Contohnya:Terowong itu gelap,bercaban dua danmenyeramkan.Terowong itu menjadi tempat persembunyian ribuan tikus dan kelawar.e)Kedai runcit Encik Leong.Contohnya:Menjadi tempat penduduk Kampung Ulu Seperi berkumpul di sini  bagi membincangkan masalah kehilangan Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng.f)Balai polis Kampung Ulu Seperi.Contohnya:Pak Senik,Encik Karim,Encik Leong dan Encik Shanti  melaporkan kehilangan tiga sahabat.Sarjan Mokhtar menyuruh pihak polis dan penduduk kampung  berkumpul di perkarangan balai sebelum gerakan mencari dijalankan.

Latar Masaa)Waktu Siang.Contohnya:Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng ditemani Tuk Ngah memulakan ekspedisi  mendaki Gunung Datuk.b)Waktu malam.Contohnya:Penduduk kampung dan anggota polis menjalankan gerakan mencari orang  hilag di sekitar Gunung Datuk.c)Seluruh cerita:Cerita ini berlangsung dalam tempoh seminggu.Pada hari Jumaat iaitu ketika tiga  sahabat merancang untuk ke Gunung Datuk di rumah Tuk Ngah hingga hari Jumaat yang berikutnya iaitu  ketika majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di balai raya.

Latar Masyarakata)Golongan muda yang peka akan sejarahFadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan muda yang minat akan sejarah setempat dan sejarah  tanah air.b)Golongan tua yang serba tahu akan sejarahTuk Ngah mewakili orang lama yang banyak melalui zaman seperti zaman kependudukan Jepun dan  zaman darurat.Beliau juga banyak tahu tentang sejarah setempat dan sejarah negara.c)Masyarakat yang berbilang kaum dan agamaPenduduk di Kampung Ulu Seperi,Rembau hidup makmur meskipun dihuni oleh pelbagai bangsa dan  agama.d)Masyarakat desa yang hidup bagai aur dengan tebingPenduduk setempat membantu pihak polis mencari Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di puncak  Gunung Datuk.e)Masyarakat yang belot dan derhaka pada negara

Page 7: Novel Istana Menanti

Dolah mewakili segilintir masyarakat yang belot dan derhaka kepada negara.Dia sanggup bersekongkol  dengan pihak komunis dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan selepas Tanah Melayu Merdeka.

NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL ISTANA MENANTI

Nilai   a)Cinta akan negara.Contohnya:Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy rajin bertanya dan mengkaji untuk mengetahui sejarah tempatan dan sejarah negara daripada Tuk Ngah. 

b)Bekerjasama.Contohnya:Penduduk kampung bekerjasama dengan pihak polis dalam gerakan mencari dan menyelamatkan Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang. 

Page 8: Novel Istana Menanti

c)Berani.Contohnya:Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ. 

d)Prihatin.Contohnya:Khairil Anuar peka dan prihatin akan keselamtan Fadhil dan rakan-rakannya meskipun dia baru sahaja mengenali tiga sahabat itu. 

e)Kasih sayang.Contohnya:Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera bertindak melaporkan kehilangan mereka kepada pihak polis. 

Pengajaran   a)Kita hendaklah mempelajari sejarah kerana melalui sejarah kita akan mengetahui asal-usul sesuatu perkara itu berlaku.Contohnya:Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy rajin bertanya kepada Tuk Ngah tentang sejarah setempat dan sejarah negara.Mereka juga meminati subjek sejarah di sekolah. 

b)Kita haruslah mempertahankan maruah bangsa dan negara daripada ancaman musuh.Contohnya:semasa Perang Naning,orang Rembau turut membantu Dol Said menentang orang Inggeris.Mereka akhirnya berjaya dalam peperangan itu. 

c)Kita hendaklah berani dan gigih untuk memperoleh apa-apa yang diimpikan.Contohnya:sejak kecil lagi,Khairil Anuar begitu tertarik dengan sejarah Rembau dan bercita-cita untuk menulis buku tentang sejarah Rembau.Oleh itu,dia gigih mencari maklumat dan menyelidik tempat-tempat sejarah di Rembau. 

d)Kita haruslah menghargai kemerdekaan dan mengenang jasa para perjuang terdahulu.Contohnya:jasa- jasa pejuang terdahulu yang berusaha membebaskan tanah air daripada dibelenggu penjajahan,haruslah dikenang sampai bila-bila. 

e)Kita haruslah berfikir panjang sebelum bertindak.Contohnya:pihak polis yang diketuai oleh Sarjan Mokhtar berfikir panjang dalam mengatur strategi kerana dikhuatiri akan membahayakan keselamatan Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy. 

Page 9: Novel Istana Menanti

TEMA DAN PERSOALAN

Tema

Tema novel Istana Menanti, karya Abd Latip Talib ini ialah semangat sekumpulan remaja yang peka akan sejarah tanah air dan ingin mengkaji kesahihan sejarah tersebut. Fadhil, Ah Seng, dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah setempat. Mereka bertiga juga sanggup meredah hutan belukar untuk melihat sendiri kewujudan dan keunikan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk.

Persoalan

Page 10: Novel Istana Menanti

(a) Kesedaran golongan muda tentang sejarah tanah air.

Fadhil, Ah Seng, dan Ramasamy sanggup meluangkan masa ke rumah Tuk Ngah kerana warga emas itu banyak mengetahui tentang sejarah setempat dan sejarah negara. Mereka berkongsi maklumat dan info sejarah dengan Tuk Ngah.

(b) Semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa.

Masyarakat di Kampung Ulu Seperi, Rembau terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama. Mereka hidup bersatu padu dan saling membantu khususnya ketika mencari Fadhil dan rakan-rakannya yang hilang di Gunung Datuk.

(c) Kebijaksanaan pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman dahulu dalam mengatur strategi perang.

Pahlawan-pahlawan Melayu terdahulu membina kediaman yang jauh di puncak bukit atau gunung agar terselamat daripada serangan musuh. Istana Menanti yang dibina di puncak gunung telah dijadikan tempat perkumpulan pendekar-pendekar Rembau dalam usaha mereka menentang penaklukan Portugis dan Inggeris.

(d) Keunikan dan keistimewaan bangunan lama.

Istana Menanti terhasil daripada kehebatan orang-orang terdahulu. Meskipun tidak dibina berdasarkan teknologi moden, namun Istana Menanti tetap kukuh dan agam meskipun usianya dianggarkan sudah 500 tahun. Reka bentuk istana itu juga unik kerana atapnya melentik seperti tanduk kerbau. Istana ini mempunyai ukiran yang halus dan cantik. Luasnya pula dapat memuatkan sehingga 300 orang. Tiang istana berjumlah 40 batang juga masih kukuh kerana diperbuat _ daripada kayu keras.

(e) Kepercayaan masyarakat Melayu terhadap perkara-perkara mistik.

Segelintir masyarakat Melayu yang digambarkan dalam novel ini percaya akan perkara-perkara mistik. Contohnya, penduduk setempat percaya bahawa Istana Menanti dihuni oleh makhluk bunian atau berpenunggu. Sebagai contoh, di dalam istana lama itu kononnya tersimpan alat-alat kebesaran raja Melayu zaman dahulu yang sangat berharga. Namun, barang-barang itu tidak boleh dibawa balik kerana kononnya ada makhluk halus yang menjaganya.

Selain itu, ada yang mendakwa bahawa Jeram Lubuk Petai juga dihuni

Page 11: Novel Istana Menanti

oleh makhluk bunian. Oleh itu, sesiapa yang datang ke jeram itu haruslah berniat baik, tidak bermulut celupar, dan tidak melakukan maksiat. Jika tidak, mungkin ada kecelakaan yang akan menimpa. Sebagai contoh, ada yang mati lemas di dalam lubuk itu sebagai akibat keceluparan dan ada yang kononnya ternampak ular sebesar pokok kelapa muncul dari lubuk tersebut.

(f) Sikap segelintir individu yang tidak menghargai kemerdekaan dan derhaka terhadap negara.Dalam novel ini, Tuk Ngah bercerita tentang Dolah yang masuk ke dalam hutan untuk menyertai perjuangan komunis sebelum dilantik sebagai ketua ke-10, Parti Komunis Malaya. Pada tahun 1960, ancaman komunis dalam negara ditamatkan. Dolah dan banyak pemimpin Parti Komunis Malaya melarikan diri ke negara China. Selepas negara memberi pengampunan kepada bekas-bekas komunis ini, Dolah kembali ke Malaysia. Malangnya, pengampunan kerajaan ini telah disalahgunakan.