notis catuan air

6
NOTIS CATUAN BEKALAN AIR DI SEKITAR KAWASAN TAIPING DAN KAMUNTING EKORAN PENGURANGAN AIR MENTAH EMPANGAN AIR KUNING DAN PENGURANGAN AIR TERAWAT DARI LOJI – LOJI RAWATAN AIR YANG BERKAITAN Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah memutuskan untuk mengurangkan penggunaan air mentah dari Empangan Air Kuning kepada 16 juta liter sehari ( JLH ). Berikutan keputusan tersebut, loji rawatan air yang menerima bekalan air mentah daripada empangan terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat sekaligus mengurangkan bekalan air terawat yang diagihkan oleh LAP ke kawasan pengguna yang berkaitan. Sehubungan dengan itu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ( SPAN ) pada 14hb Mac 2014 telah meluluskan cadangan catuan bekalan air di beberapa kawasan di sekitar Taiping dan Kamunting disebabkan pengurangan bekalan air terawat ini. SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan pelaksanaan pelan catuan bekalan air ini dengan sumber – sumber daripada Kerajaan Negeri Perak dan Lembaga Air Perak. Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air untuk makluman semua pengguna yang terlibat ; 1. TEMPOH PELAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR Bermula pada 3hb April 2014 ( Khamis ) hingga 16hb April 2014 ( Rabu ). Tempoh ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh SPAN. 2. KAWASAN TERLIBAT Kawasan yang terlibat dibahagikan kepada 1 zon seperti dalam Jadual dilampirkan. 3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air :setiap zon bergilir gilir satu setengah ( 1 1/2 ) hari dapat air dan satu setengah ( 1 1/2 ) hari tiada air. Untuk zon yang di jadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 9 pagi bagi Zon 2B dan ( jam 9 malam bagi Zon 2A & 2C ) pada hari zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira kira 36 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 malam 1 1/2 hari selepas itu. Untuk zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9 pagi bagi Zon 2A & Zon 2C dan ( 9 malam bagi Zon 2B ) pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira kira 36 jam sehingga dibuka semula pada jam 9 malam bagi Zon 2A & Zon 2C dan 9 pagi bagi Zon 2B, 1 1/2 hari selepas itu. Oleh kerana perbezaan jarak antara kolam air dengan premis pengguna ; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.

Upload: nkdy

Post on 17-Aug-2015

42 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Notis catuan air

NOTIS CATUAN BEKALAN AIR DI SEKITAR KAWASAN TAIPING DAN

KAMUNTING EKORAN PENGURANGAN AIR MENTAH EMPANGAN AIR

KUNING DAN PENGURANGAN AIR TERAWAT DARI LOJI – LOJI

RAWATAN AIR YANG BERKAITAN

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah memutuskan untuk

mengurangkan penggunaan air mentah dari Empangan Air Kuning kepada 16 juta liter

sehari ( JLH ). Berikutan keputusan tersebut, loji rawatan air yang menerima bekalan

air mentah daripada empangan terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat

sekaligus mengurangkan bekalan air terawat yang diagihkan oleh LAP ke kawasan

pengguna yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ( SPAN ) pada 14hb Mac

2014 telah meluluskan cadangan catuan bekalan air di beberapa kawasan di sekitar

Taiping dan Kamunting disebabkan pengurangan bekalan air terawat ini. SPAN akan

menyelaras dalam pengurusan dan pelaksanaan pelan catuan bekalan air ini dengan

sumber – sumber daripada Kerajaan Negeri Perak dan Lembaga Air Perak.

Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air untuk makluman semua pengguna yang

terlibat ;

1. TEMPOH PELAKSANAAN PELAN CATUAN

BEKALAN AIR

Bermula pada 3hb April 2014 ( Khamis ) hingga

16hb April 2014 ( Rabu ). Tempoh ini tertakluk

kepada pindaan dari masa ke semasa oleh SPAN.

2. KAWASAN TERLIBAT

Kawasan yang terlibat

dibahagikan kepada 1 zon

seperti dalam Jadual

dilampirkan.

3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR

Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air :setiap zon bergilir – gilir satu setengah

( 11/2 ) hari dapat air dan satu setengah ( 11/2 ) hari tiada air.

Untuk zon yang di jadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 9 pagi

bagi Zon 2B dan ( jam 9 malam bagi Zon 2A & 2C ) pada hari zon tersebut dijadualkan ada

air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira – kira 36 jam sehingga ditutup semula pada

jam 9 malam 11/2 hari selepas itu.

Untuk zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti

pada jam 9 pagi bagi Zon 2A & Zon 2C dan ( 9 malam bagi Zon 2B ) pada hari zon tersebut

dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira – kira 36 jam sehingga dibuka

semula pada jam 9 malam bagi Zon 2A & Zon 2C dan 9 pagi bagi Zon 2B, 11/2 hari selepas

itu.

Oleh kerana perbezaan jarak antara kolam air dengan premis pengguna ; dan perbezaan paras

ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan

air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.

Page 2: Notis catuan air

PEMBAHAGIAN ZON - ZON CATUAN AIR KAWASAN TAIPING

KAWASAN PEMBAHAGIAN ZON-ZON CATUAN AIR TAIPING DAN JADUAL

PENGAGIHAN MULAI 17 APRIL 2014

ZON 2

ZON 2A

Bil. Taman/Kawasan Bilangan Akaun

1 Jln. Air Kuning & Kampung Larut 200

2 Tmn. Kuning Sari 400

3 Taman Aor Mesra 250

4 Jln. Changkat Jering ke KFC 50

5 Tmn Menteri, Tmn Changkat Damai 100

JUMLAH 1000

ZON 2B

Bil. Taman/Kawasan Bilangan Akaun

1 Taman Assam Mara 704

2 Kg. Potong Pinang 100

3 Taman Sg. Emas 1,980

4 Taman Sri Kota 731

5 Tmn Kuning Permai & Taman Mas

Dan Sekitarnya 200

JUMLAH 3,751

Page 3: Notis catuan air

ZON 2C

Bil. Taman/Kawasan Bilangan Akaun

1 Larut Tin 765

2 Kg. Benggali 807

3 Kg. Sentosa 100

4 Taman Simpang Setia 464

5 Taman Simpang Mulia 400

6 Taman Simpang 400

7 Taman Kota Jaya 1000

8 Taman Sri Larut 300

9 Taman Mawar 300

10 RPA Simpang 120

11 RPA Batu 2 1/2, Kg. Sg Lidin, Kg. Jelapang, Kg. Batu Tugoh, Tmn

Indah Simpang

220

12 Tmn Simpang Murni, Tmn Simpang

Bakti 250

JUMLAH 5126

JUMLAH KESELURUHAN AKAUN ZON 2 : 9,841

Page 4: Notis catuan air

JADUAL PENGAGIHAN AIR KAWASAN TAIPING

ZON 2A ; JADUAL (KEMASKINI PADA 15.4.2014)

Bil Taman/

Kawasan

TARIKH

17/4/14 (9 pg) hingga 18/4/14 (9 mlm)

18/4/14 (9 mlm)

hingga 20/4/14 (9 pg)

20/4/14 (9 pg)

hingga 21/4/14 (9 mlm)

21/4/14 (9 mlm) hingga 23/4/14 (9 pg)

23/4/14 (9 pg)

hingga 24/4/14 (9mlm)

24/4/14 (9 mlm) hingga 26/4/14 (9 pg)

26/4/14 (9 pg)

hingga 27/4/14 (9 mlm)

27/4/14 (9 mlm) hingga 29/4/14 (9 pg)

29/4/14 (9 pg)

hingga 30/4/14 (9 mlm)

1 Jln. Air Kuning & Kampung Larut

2 Tmn. Kuning Sari

3 Taman Aor Mesra

4 Jln. Changkat Jering ke KFC

5 Tmn Menteri, Tmn Changkat Damai

6 Kawasan Sekitarnya

ZON 2C ; JADUAL (KEMASKINI PADA 15.4.2014)

Bil Taman/

Kawasan

TARIKH

17/4/14 (9 pg) hingga 18/4/14 (9 mlm)

18/4/14 (9 mlm) hingga 20/4/14 (9 pg)

20/4/14 (9 pg)

hingga 21/4/14 (9 mlm)

21/4/14 (9 mlm) hingga 23/4/14 (9 pg)

23/4/14 (9 pg)

hingga 24/4/14 (9mlm)

24/4/14 (9 mlm) hingga 26/4/14 (9 pg)

26/4/14 (9 pg)

hingga 27/4/14 (9 mlm)

27/4/14 (9 mlm) hingga 29/4/14 (9 pg)

29/4/14 (9 pg)

hingga 30/4/14 (9 mlm)

1 Larut Tin

2 Kg. Benggali

3 Kg. Sentosa

4 Taman Simpang Setia

5 Taman Simpang Mulia

6 Taman Simpang

7 Taman Kota Jaya

8 Taman Sri Larut

9 Taman Mawar

10 RPA Simpang

11

RPA Batu 2 1/2, Kg. Sg Lidin, Kg. Jelapang, Kg. Batu Tugoh, Tmn Indah Simpang

12 Tmn Simpang Murni, Tmn Simpang Bakti

13 Kawasan Sekitarnya

Page 5: Notis catuan air

ZON 2B ; JADUAL (KEMASKINI PADA 15.4.2014)

Bil Taman/

Kawasan

TARIKH

17/4/14 (9 pg) hingga 18/4/14 (9 mlm)

18/4/14 (9 mlm) hingga 20/4/14 (9 pg)

20/4/14 (9 pg)

hingga 21/4/14 (9

mlm)

21/4/14 (9 mlm) hingga 23/4/14 (9 pg)

23/4/14 (9 pg)

hingga 24/4/14 (9mlm)

24/4/14 (9 mlm) hingga 26/4/14 (9 pg)

26/4/14 (9 pg)

hingga 27/4/14 (9 mlm)

27/4/14 (9 mlm) hingga 29/4/14 (9 pg)

29/4/14 (9 pg)

hingga 30/4/14 (9 mlm)

1 Taman Assam Mara

2 Kg. Potong Pinang

3 Taman Sg. Emas

4 Taman Sri Kota

5 Tmn Kuning Permai & Taman Mas

6 Kawasan Sekitarnya

Petunjuk : Ada Air

Tiada Air

JADUAL CATUAN BEKALAN AIR

- Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir satu

setengah (1 ½) hari dapat air dan satu setengah (1 ½) hari tiada air.

- Untuk zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka

mula terhenti pada jam 9 pagi bagi Zon 2A & 2C dan ( 9 malam bagi Zon 2B )

pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama

kira – kira 36 jam sehingga dibuka semula pada jam 9 malam bagi Zon 2A & 2C

dan 9 pagi bagi Zon 2B, 11/2 hari selepas itu.

- Oleh kerana perbezaan jarak antara kolam air dengan premis pengguna dan

perbezaan aras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar

pengguna mendapat bekalan air dijangka sedikit berbeza dari masa yang

dijadualkan di atas.

Page 6: Notis catuan air

4. POLISI CATUAN BEKALAN AIR

Tiada bantuan air menggunakan lori – lori

tangki dan tangki air statik bagi zon yang dijadualkan tiada air KECUALI bagi pengguna

– pengguna kritikal atau situasi amat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri, pusat dialysis, hospital ( Kerajaan /

Swasta ) dan rumah kebajikan.

Bagi zon dijadualkan ada bekalan air tetapi

mengalami gangguan bekalan air disebabkan berada di kawasan tinggi atau dipenghujung

system agihan, bantuan air menggunakan lori – lori tangki dan tangki air statik akan disediakan.

Keutamaan tangki – tangki statik akan diletakkan ditempat – tempat yang sesuai

mengikut keutamaan.

Catatan untuk

pengguna komersil dan industri:

Bantuan bekalan air

tidak akan diberi kepada pengguna

komersil dan industri. Pengguna komersil dan industri boleh

memohon pembelian air dari pihak LAP

dengan menyediakan pengangkutan sendiri dan tertakluk kepada

kelulusan LAP.

5. BILIK GERAKAN / OPERASI PELAN PENGAGIHAN AIR BERJADUAL

Bilik gerakan / operasi dan pusat aduan pengguna bagi kawasan – kawasan yang terjejas dengan pengagihan air berjadual ini adalah seperti berikut :

Talian Bebas Tol 24 Jam

1 – 800 – 88 – 7788

Laman Web Rasmi LAP : www.lap.com.my Ikuti @ LAP di

Email Rasmi LAP : [email protected]

Pusat Operasi Taiping 05 - 8911437

6. KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA

Pengguna disarankan untuk berjimat cermat dalam menggunakan air,

menghadkan kegunaan untuk keperluan utama sahaja, menggelakkan pembaziran dan penggunaan kurang kritikal seperti mencuci kenderaan,

mencuci premis kediaman, mengisi kolam renang dan berlebihan menyiram tanaman hiasan.

Pengguna ditegah dari melakukan aktiviti terlarang dan menyalahi undang

– undang semata – mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakkan sistem paip agihan kerana ianya akan menyebabkan

pembaziran dan lebih banyak kehilangan / kekurangan bekalan air dan menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah buruk.

Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan dibawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti.

Pengguna diminta memahami situasi dan bersabar apabila panggilan tidak

dapat menembusi talian pusat aduan LAP kerana jumlah panggilan yang diterima dijangka tinggi pada sesuatu masa dan melampaui kapasiti pusat

Aduan LAP.