selangor penggerak kemajuan saksama kini · tanah daripada menteri besar, tan sri abdul khalid...

15
PERCUMA 1 - 8 Jun 2012, 11 - 18 Rejab 1433 Selangor Kini Penggerak Kemajuan Saksama Tokoh Guru JAIS gesa pendidik ikhlas, amanah muka 6 lihat muka 3 MBSA peka kebersihan premis muka 11 Projek Langat 2 perkayakan Umno-BN? muka 2 Bina Langat 2 sekarang air naik 100 peratus PENANTIAN BERAKHIR... Penduduk Kampung Bendahara gembira menerima Notis 5A untuk pemilikan tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis 5A yang diadakan di Kampung Bendahara, Batu Caves. Pada masa yang sama pemilik tanah di Kampung Nakhoda dilanjutkan pajakan selama 99 tahun lagi Oleh SHERIDAN MAHAVERA SHAH ALAM - Harga air di Se- langor akan melonjak 100 pe- ratus jika projek pemindahan air Langat 2 dilaksanakan tan- pa kawal selia Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor. Ini kerana kos RM6 bilion un- tuk projek gergasi Umno-BN itu akan dimasukkan ke dalam har- ga air yang akan dicaj kepada pengguna. Kerajaan Negeri menegaskan bahawa bekalan air bersih di Se- langor mencukupi untuk bebe- rapa tahun akan datang tanpa keperluan Langat 2. Malah Kerajaan PR Selangor boleh memastikan yang harga bekalan air bersih untuk masa akan datang akan lebih murah berbanding jika industri air diu- rus Kerajaan Pusat Umno-BN. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, jika Kerajaan Pusat diberikan man- dat untuk mengurus air di Se- langor, harga air akan naik le- bih daripada 78 peratus mulai ta- hun depan. Kenaikan mendadak ini un- tuk menampung kos Umno- BN untuk melaksanakan projek Langat 2 yang melibatkan pem- binaan loji rawatan, menebuk laluan untuk saluran paip ke Pa- hang dan pembinaan empangan Kerdau di Pahang. Sebagai perbandingan, pe- ngurusan industri air Kerajaan PR Selangor akan memastikan bekalan air bersih mencukupi, manakala kenaikan harganya tidak akan melebihi 12 peratus. Ini boleh dilaksanakan jika Kerajaan Pusat membenarkan kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan kesemua 33 loji rawatan, rangkaian paip saluran dan infrastruktur lain di dalam industri air Selangor. Buat masa kini, kerana indus- tri air Selangor telah diswasta- kan di bawah pentadbiran la- ma Umno-BN, ia diuruskan oleh syarikat konsensi seperti Syabas dan Puncak Niaga. “Kalau kita ambil alih kese- mua loji rawatan dan kurangkan jumlah NRW (air tidak berhasil) daripada 30 ke 15 peratus, ki- ta akan cukup bekalan air,” Ab- dul Khalid berkata dalam satu sidang media di sini. Di dalam sidang media itu, Abdul Khalid mengambil masa untuk menyangkal dakwaan Umno-BN yang Selangor akan kekurangan air bersih atau air terawat jika projek Langat 2 tidak dilaksanakan. Sehubungan itu, Kerajaan Pusat Umno-BN sedang bergiat untuk memaksa Kerajaan Sela- ngor untuk meneruskan projek Langat 2. Akan tetapi, mengikut data kapasiti rawatan air dan rang- kaian paip di Selangor, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Se- langor boleh memastikan in- frastruktur yang sedia ada boleh membekalkan air bersih yang mencukupi. Pertama, di bawah pengu- rusan syarikat konsesi Syabas, kadar air tidak berhasil (NRW) adalah pada paras 30 peratus. Umpamanya, setiap 10 meter padu air yang dirawat Syabas, sebanyak tiga meter padu hilang dan tidak sampai ke pengguna, kata Abdul Khalid. Walhal, harga yang dicaj ke- pada pengguna adalah pada ka- dar yang digunakan untuk me- rawat 10 meter padu.

Upload: doanduong

Post on 02-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

PERCUMA 1 - 8 Jun 2012, 11 - 18 Rejab 1433

Selangor KiniPenggerak Kemajuan Saksama

Tokoh Guru JAISgesa pendidik ikhlas, amanah

muka 6

lihat muka 3

MBSA peka kebersihan premis

muka 11

Projek Langat 2 perkayakan Umno-BN?

muka 2

Bina Langat 2 sekarang air naik 100 peratus

Penantian Berakhir... Penduduk Kampung Bendahara gembira menerima Notis 5A untuk pemilikan tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis 5A yang diadakan di Kampung Bendahara, Batu Caves. Pada masa yang sama pemilik tanah di Kampung Nakhoda dilanjutkan pajakan selama 99 tahun lagi

Oleh Sheridan Mahavera

Shah aLaM - Harga air di Se-langor akan melonjak 100 pe-ratus jika projek pemindahan air Langat 2 dilaksanakan tan-pa kawal selia Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Ini kerana kos RM6 bilion un-tuk projek gergasi Umno-BN itu akan dimasukkan ke dalam har-ga air yang akan dicaj kepada pengguna.

Kerajaan Negeri menegaskan bahawa bekalan air bersih di Se-langor mencukupi untuk bebe-rapa tahun akan datang tanpa keperluan Langat 2.

Malah Kerajaan PR Selangor boleh memastikan yang harga

bekalan air bersih untuk masa akan datang akan lebih murah berbanding jika industri air diu-rus Kerajaan Pusat Umno-BN.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, jika Kerajaan Pusat diberikan man-dat untuk mengurus air di Se-langor, harga air akan naik le- bih daripada 78 peratus mulai ta-hun depan.

Kenaikan mendadak ini un-tuk menampung kos Umno-BN untuk melaksanakan projek Langat 2 yang melibatkan pem-binaan loji rawatan, menebuk laluan untuk saluran paip ke Pa-hang dan pembinaan empangan Kerdau di Pahang.

Sebagai perbandingan, pe-

ngurusan industri air Kerajaan PR Selangor akan memastikan bekalan air bersih mencukupi, manakala kenaikan harganya tidak akan melebihi 12 peratus.

Ini boleh dilaksanakan jika Kerajaan Pusat membenarkan kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan kesemua 33 loji rawatan, rangkaian paip saluran dan infrastruktur lain di dalam industri air Selangor.

Buat masa kini, kerana indus-tri air Selangor telah diswasta-kan di bawah pentadbiran la-ma Umno-BN, ia diuruskan oleh syarikat konsensi seperti Syabas dan Puncak Niaga.

“Kalau kita ambil alih kese-mua loji rawatan dan kurangkan

jumlah NRW (air tidak berhasil) daripada 30 ke 15 peratus, ki-ta akan cukup bekalan air,” Ab-dul Khalid berkata dalam satu sidang media di sini.

Di dalam sidang media itu, Abdul Khalid mengambil masa untuk menyangkal dakwaan Umno-BN yang Selangor akan kekurangan air bersih atau air terawat jika projek Langat 2 tidak dilaksanakan.

Sehubungan itu, Kerajaan Pusat Umno-BN sedang bergiat untuk memaksa Kerajaan Sela-ngor untuk meneruskan projek Langat 2.

Akan tetapi, mengikut data kapasiti rawatan air dan rang- kaian paip di Selangor, Abdul

Khalid berkata, Kerajaan Se-langor boleh memastikan in-frastruktur yang sedia ada boleh membekalkan air bersih yang mencukupi.

Pertama, di bawah pengu-rusan syarikat konsesi Syabas, kadar air tidak berhasil (NRW) adalah pada paras 30 peratus.

Umpamanya, setiap 10 meter padu air yang dirawat Syabas, sebanyak tiga meter padu hilang dan tidak sampai ke pengguna, kata Abdul Khalid.

Walhal, harga yang dicaj ke-pada pengguna adalah pada ka-dar yang digunakan untuk me-rawat 10 meter padu.

Page 2: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

2 UTAMASelangorkini 1 - 8 Jun 2012

Oleh nOrhayati UMOr

Shah aLaM - Impian Robani Affandi, 49, untuk mendapat hak milik tanah kebunnya di Kampung Bukit Cherakah ak-hirnya tercapai dan peneroka itu bersyukur kerana beliau sekarang mempunyai harta untuk diwarisi oleh kelima- lima anaknya.

“Dengan hasil pertanian di atas tanah kebun inilah saya membesarkan anak-anak se-hingga ke peringkat universi-ti. Ini semua untuk anak-anak saya,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sela-ngor di atas keprihatinan yang diberi kepada peneroka.

Robani antara 27 peneroka Kampung Bukit Cherakah yang mendapat surat hak milik ta-nah yang disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rata-rata penerima melahir-kan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana penantian selama 40 tahun berakhir.

Turut hadir Ahli Parlimen, Shah Alam, Khalid Samad, Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sa-pari serta Adun Meru, Dr Rani Osman.

Seorang penerima lain, Fou-ziah Ismail, 47, berkata, beliau dan suami sudah berkali-kali memohon hak milik daripada pentadbiran Umno-BN dahulu.

Beliau berkata, keluarga-nya hampir berputus asa tetapi selepas Kerajaan Negeri bertu- kar tangan beliau mencuba seka-li lagi dan akhirnya berjaya.

Dalam majlis terbabit, Abdul Khalid turut menyerahkan su-rat kelulusan lanjutan tempoh pajakan tanah ke 99 tahun bagi sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam.

Bagi fasa pertama seramai

183 menerima surat lanjutan pajakan.

Penerima, Ee Chew Lee, 66, berkata, lanjutan itu memban-tu beliau dan keluarga dalam mengharungi kos sara hidup yang kian meningkat.

“Ia dapat menyelesaikan ma-

salah rakyat memiliki harta-nah dengan hanya membayar premium RM1,000,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, pe-gawai daerah di seluruh negeri perlu turun padang mengenal pasti peneroka asal yang masih

belum mendapat hak milik ta-nah.

“Kita mahu mereka mem-bantu peneroka ini kerana saya tidak mahu masih ada yang ter-cicir. Itu tanggungjawab kita untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

40 tahun menanti hak milik tanah, kini berakhir

GOMBaK - Seramai 133 pen-duduk Kampung Bendahara di sini melahirkan rasa gembira apabila menerima Notis 5A untuk pemilikan tanah dari-pada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa yang sama, beri-ta gembira turut dikongsi 77 pemilik tanah di Kampung Nakhoda, apabila pajakan ta-nah yang akan berakhir kira-kira 15 tahun lagi dilanjutkan selama 99 tahun oleh Kerajaan Negeri.

Pemangku Pengerusi Badan Bertindak Kampung Bendaha-ra, Abdul Rahim Khamis, 50, gembira kerana impian pen-duduk sudah jadi kenyataan.

"Terima kasih kepada kera-jaan Selangor di bawah Paka-tan Rakyat yang memberikan kelulusan ini walaupun dalam tempoh yang singkat baru memerintah negeri Selangor," katanya ketika ditemui.

Rahim berkata, kerajaan BN sebelum ini selama 16 ta-

hun gagal untuk menyelesai-kan masalah ini.

Sementara itu, penduduk Bibi Hasbi Bujang, 60, berkata tempoh pajakan yang dilan-jutkan kepada 99 tahun mem-berikan kelegaan buat kepa-danya.

Menurut pesara, Zulkar-nian Ahmad, 84, yang mene-tap di situ sejak 1974 menya-takan, syukur dengan tempoh pajakan 99 tahun dan mengu-capkan terima kasih ke atas

keprihatinan kepimpinan ke-rajaan Selangor yang membe-la kebajikan rakyat.

"Gembiralah pajakan di sambung sehingga tahun 2025, harga tanah premium hanya RM1,000," ujarnya.

Menteri Besar, Tan Sri Ab-dul Khalid Ibrahim dalam uca-pannya berkata, pentadbiran kerajaan Selangor kini berusa-ha memberikan perkhidmat-an terbaik kepada rakyat.

"Bila sudah dapat Notis 5A ini saya harap penduduk ber-fikir untuk tidak menjual da-hulu tanah ini sebab pemban-gunan di kawasan sekitar ini akan semakin rancak, yang akan meningkatkan harga ta-nah pada masa hadapan," kata Abdul Khalid.

Turut hadir dalam majlis itu Ahli Parlimen Selayang, Wil-liam Leong, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Infrastruktur, Iskandar Abdul Samad dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Penduduk gembira pajakan dilanjut 99 tahun

Shah aLaM - Adakah pemimpin Umno-BN akan meraih untung berlipat ganda daripada projek pe-mindahan air Langat 2?

Ini persoalan di sebalik ke-sungguhan Kerajaan Pusat dan pemimpin gagasan itu dalam kem-pen mereka untuk memaksa kera-jaan Selangor meluluskan projek mega berharga RM8 bilion itu.

Bagi menjawab persoalan ter-sebut, kerajaan Selangor akan mendedahkan senarai syarikat-syarikat yang mendapat kontrak bagi projek tersebut dalam masa terdekat.

Pendedahan tersebut diharap akan menjelaskan persoalan me-ngapa Umno-BN mahukan projek itu walaupun kosnya akan akh-irnya dipikul oleh pengguna mela-lui harga air yang amat tinggi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, harga air bersih di Selangor mampu naik 100 peratus jika Langat 2 dilak-sanakan tanpa kawal selia oleh kerajaan Selangor.

“Tetapi kalau kita tengok, Ke-

rajaan Pusat dan Umno-BN ber-sungguh-sungguh melobi untuk Langat 2. Mengapa mereka ber-buat demikian?

“Kita akan dedahkan senarai semua syarikat yang mendapat kontrak dalam projek itu supaya rakyat boleh menilai," katanya.

Kontrak Projek Langat 2 me-libatkan pembinaan loji rawatan dan rangkaian paip air dari Pa-hang ke Selangor.

Pemimpin Umno-BN mendak-wa projek tersebut diperlukan bagi membekal air bersih yang mencukupi untuk Selangor.

Manakala Kerajaan Pakatan (PR) menjelaskan bahawa bekal-an yang cukup boleh dicapai jika pengurusan infrastruktur air se-perti loji dan rangkaian paip di-serah balik kepada pentadbiran negeri.

Kerajaan Pakatan berkata, di bawah pengurusannya, harga air hanya akan naik sebanyak 12 pe-ratus berbanding dengan 78 – 100 peratus di bawah selian Umno-BN.

Projek Langat 2 perkayakan Umno-BN?

Zulkarnian Ahmad

Menteri Besar menyerahkan notis 5A kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan pimpinan kerajaan negeri

Page 3: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

Shah aLaM - Kegagalan Datuk Seri Noh Omar untuk mema- hami masalah pokok isu air di Se- langor bukan sesuatu yang me-ngejutkan kerana beliau sendiri terbukti gagal menanggani isu penyelewengan dana Pusat Fid-lot Kebangsaan (NFC) yang me-malukan seluruh negara.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin dalam kenyataan medianya me-ngulas, isu air yang cuba dibang-kitkan Noh sebenarnya berpun-ca daripada pengurusan yang lemah dan pengetahuan yang cetek Menteri Pertanian dan Asas Tani itu.

“Disebabkan kelemahan-ke-lemahan ini, rakyat dipaksa me-nanggung kos pembinaan Lan-gat 2 yang sangat mahal.

“Kenyataan Noh juga bahawa jika BN menawan semula Sela-ngor, maka masalah air akan selesai adalah amaran awal BN akan meneruskan Langat 2.

“Kos RM12 bilion untuk mem-bina Langat 2 mungkin ditang-gung rakyat Selangor hingga ke cucu-cicit dengan kenaikan tarif air yang melampau dan membe-bankan,” jelas Faekah.

Beliau juga menyifatkan Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor sebagai cetek ilmu mengenai usaha yang sedang giat dijalan-kan Kerajaan Negeri.

“Di samping memberikan per- khidmatan air yang lebih baik, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk meneruskan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada rakyat Selangor.

“Kerajaan Negeri juga ingin rakyat menikmati tarif serendah mungkin kerana air merupakan

keperluan asas,” tambahnya lagi.Mengulas cabaran Noh agar

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minum air empangan, Faekah berkata tindakan tersebut be-nar-benar kurang bijak yang hanya menggambarkan betapa ceteknya akal Ahli Parlimen Tanjong Karang tersebut.

“Air empangan hanya sela-mat diminum selepas dirawat di loji pembersihan bukan seperti negara-negara maju yang mana air paip selamat diminum terus dari paip tetapi di Selangor se-baliknya berlaku.

“Inilah hasilnya apabila pen-gurusan air diberikan kepada syarikat kroni yang tidak meng-utamakan kualiti tetapi menge-jar keuntungan semata-mata untuk menambah kekayaan kro-ni dan keluarga,” ujar Faekah.

Dalam perkembangan yang sama Kerajaan Selangor akan mengadakan satu forum air pada 12 Jun ini bagi memberi penerangan lanjut berkenaan usaha-usaha memastikan Selan-gor mendapat bekalan air yang mencukupi dengan harga yang berpatutan dan mengapa meno-lak cadangan pembinaan Logi Langat 2.

Noh perlu tangani isu NFC, bukan air Selangor

3UTAMASelangorkini 1 - 8 Jun 2012

Oleh tricia yeOh

Kolumnis Azman Ujang dalam tulisan di akhbar The Sun menulis baha-wa Kerajaan Selangor

mempolitikkan air dengan tidak meluluskan pembinaan Loji Ra-watan Sungai Langat atau Langat 2. Beliau merujuk kepada projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor.

Dalam artikel itu, beliau men-

Langat 2 dipolitikkan, isu pokok dilupadakwa kos membina saluran paip berjumlah RM3.94 bilion. Hakikatnya, projek itu bukan se-takat melibatkan pembinaan sa-luran paip tetapi juga termasuk membina Empangan Kelau dan Langat 2.

Apabila kesemuanya ini di-ambil kira, kos keseluruhan pro-jek ini mencecah RM9 bilion. (17 Ogos, 2011, New Straits Times).

Tulisan beliau itu berdasar-kan spekulasi bahawa krisis air

di Selangor sedang nazak de-ngan memetik kata-kata Per-dana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilaporkan berkata, rizab air di Selangor hanya ting-gal 2.4 peratus di bawah paras sepatutnya, 20 peratus.

Peratusan ini kurang jelas dari mana datangnya. Ini kera-na, semakan di laman web Lem-baga Urus Air Selangor (www.luas.gov.my) yang memantau air mentah di negeri ini menun-jukkan kadar simpanan air di kesemua tujuh empangan men-capai tahap melimpah.

Masalah utama kehilangan air adalah kerana kadar Air Tidak Berhasil (NRW) yang tinggi di-sebabkan paip bocor dan penye-lenggaran paip yang lemah.

Syarikat konsesi, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di bawah perjanjian kon-sesi, bertanggungjawab menu- runkan kadar NRW. Bagaima-napun, Suruhanjaya Perkhid-matan Air Negara (Span) me-laporkan Syabas tidak berupaya menurunkan kadar sasaran NRW bawah 30 peratus.

Projek penyaluran air men-tah ini dicadangkan hasil Kajian Sumber Air Negara 2000 yang dibuat Unit Perancang Ekonomi melalui tiga syarikat konsultan yang berkaitan insfrastruktur. Kajian ini dilihat terlebih mem-buat anggaran permintaan air di

Selangor. Sebagai contoh, peng-gunaan air dianggarkan antara 500 hingga 1224 LCD (per liter kapita sehari) pada 2010.

Realitinya, kadar penggunaan di Selangor hanya 235 LCD pada 2009.

Sejak projek ini dicadangkan, beberapa pertubuhan bukan ke-rajaan (NGO) meminta ia dikaji semula atas beberapa sebab. Per-tama, tiada alternatif lain yang dicari dalam memastikan peng-guna di Lembah Klang mendapat cukup bekalan air bersih.

Ini termasuklah menggu-naan strategi pengurusan air untuk menurunkan kadar peng-gunaan air. Ini kerana, mening-katkan bekalan air tidak akan menyelesaikan masalah sampai bila-bila pun.

Pilihan lain dengan menaik taraf loji rawatan air yang sedia ada supaya loji-loji ini beropera-si sepenuhnya mengikut kapasi-ti. Kerja menaik taraf ini jika di-laksanakan dengan cekap boleh disiapkan sebelum 2014. Pilihan lain yang patut dipertimbang-kan ialah tadahan air hujan dan kitar semula air.

Ironiknya sesetengah pihak mendesak Langat 2 tidak di-politikan tetapi hakikatnya isu pokok dilupakan, iaitu penyu-sunan semula industri pembeka-lan air di Selangor. Kerajaan

Pusat mahu menyatukan semua operator air yang kini dikendali-kan empat operator.

Bagaimanapun, dua daripada empat operator air ini meno-lak tawaran Kerajaan Negeri mengambil alih syarikat mere-ka dengan alasan tawaran yang diberikan tidak cukup tinggi.

Sebelum sebarang keputus-an dibuat berkaitan air di Se-langor, isu utama perlu dise-lesaikan terlebih dahulu, iaitu memuktamadkan penyusunan semula industri air dengan membenarkan Kerajaan Negeri mengambil alih urusan air dari operator, seperti yang dibenar-kan mengikut Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

Sebagai penggubal dasar, peranan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Span adalah memantau dan mendesak operator menerima tawaran ini untuk kebaikan se-mua pihak.

Semua pihak sepatutnya be-kerjasama dengan Kerajaan Ne- geri untuk cari jalan penyele-saian kepada industri air, bu-kan hanya tertumpu kepada isu Langat 2 yang merupakan ser-pihan kecil kepada isu lebih be-sar iaitu menyelesaikan penyu- sunan semula industri air demi masa depan lebih terjamin.

Semua pihak sepatutnya bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk cari jalan penyelesaian kepada industri air, bukan hanya tertumpu kepada isu Langat 2 yang merupakanserpihan kecil

dari muka depan

“Jika kita boleh kurangkan 30 peratus NRW kepada 15 pe-ratus, kita boleh membekalkan lebih banyak air terawat.

“Kedua, kesemua 33 loji ra-watan air di Selangor yang diu-ruskan Syabas dan Puncak Ni-

aga, didapati tidak beroperasi secara optimal,” kata Abdul Khalid.

Tambahnya, sebanyak 18 loji daripada 33 loji itu perlu dinaik taraf. Jika kita boleh struktur-semula industri air dan ambil

alih loji dan kurangkan NRW, kita tidak perlu cakap pasal Langat 2.

“Itu mesej kita kepada Peter Chin (Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau). Struktur se-mula industri air,” tegasnya.

Bekalan air mencukupi

Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu yang melimpah, bukti bekalan air di Selangor mencukupi

Faekah

Page 4: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

4 UTAMASelangorkini 1 - 8 Jun 2012

Rafizi: BN pajak tanah rezab MelayuOleh hafizan taiB

Shah aLaM - Lebih 105,000 daripada 847,362 ekar tanah yang diusahakan Felda Planta-tions Sdn Bhd (Felda Planta-tions) untuk penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) adalah tanah rezab Melayu.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mempersoalkan perkara itu kerana tindakan memajakkan tanah 105,382 ekar itu boleh melanggar matlamat pewartaan tanah rezab Melayu.

Malah katanya, kedudukan FGVH di Bursa Saham Malaysia selepas ini juga tidak boleh diki-ra sebagai sebuah syarikat ber-status bumiputera kerana jum-lah pegangan saham bumiputera tidak dapat disahkan.

Shah aLaM - Kerajaan Arab Saudi dijangka terpaksa mengurangkan jemaah haji dari Malaysia dan ne-gara-negara lain disebabkan kerja menaik taraf kediaman jemaah dan tiada kena-mengena dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang tu-rut diadakan di negara itu.

Demikian menurut Ketua De- wan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik ketika dihubungi Selangor Kini.

“Memang begitulah, maklu-mat yang kita perolehi, akhbar-akhbar di Arab Saudi tak keluar kenyataan sebagaimana yang dinyatakan akhbar arus perdana Malaysia.

“Cuma pengurangan itu me-mang ada berlaku tetapi dise-babkan penempatan lama se-perti pangsapuri diruntuhkan, yang baru belum bina lagi.

“Jadi jumlah kouta haji dari Malaysia dan juga negara-ne-gara lain terpaksa dikurangkan, jelas bukan kesan Bersih 3.0,” katanya lagi.

Mokhtar turut menghu- bungi beberapa rakan beliau yang terdiri daripada pelajar dan individu warganegara Ma-laysia yang tinggal di sana.

“Pelajar kita di sana pun ada hubungi beberapa pihak di sana, tetapi kata pihak berkuasa di sana,

mereka cuma abaikan, tak ada apa-apa bagi dia,” katanya lagi.

Mokhtar turut memberitahu, akhbar-akhbar di sana melapor-kan Kerajaan Arab Saudi akan mengurangkan kouta jemaah haji dari negara-negara luar dise- babkan kediaman yang sedia ada agak terhad pada masa ini.

Selain itu, Mokhtar Senik tu-rut memberitahu bahawa tiada mana-mana rakyat Malaysia yang menetap di sana menjadi buruan pihak polis Arab Saudi kerana me-nyertai perhimpunan yang diada-kan di Madinah, Arab Saudi.

“Kita berharap kerajaan Ma-laysia bercakap benar, jangan cuba mengambi kesempatan de-ngan pengurangan kouta haji itu dengan menghempapkan se-muanya di atas Bersih 3.0.

“Kita mahu masyarakat umum mendapat maklumat yang be-nar,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini beberapa me-dia arus perdana dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baha-rom mendakwa bahawa kouta jemaah haji Malaysia akan di-kurangkan gara-gara tindakan sekumpulan pelajar dan pekerja dari Malaysia mengadakan per-himpunan aman Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah.

Naik taraf kediaman punca jemaah haji dikurangkan

med

iape

rmat

angp

auh.

blog

spot

.com

Pelajar dan rakyat Malaysia di Madinah beri sokongan pada Himpunan Bersih 3.0

“Setakat ini peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5 pera-tus daripada jumlah pegangan saham sementara manakala ka- kitangan Felda pula hanya 3 pe-ratus.

“Selebihnya melibatkan ba-dan-badan lain yang dijemput masuk Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad, termasuk Louis Dreyfus, iaitu sebuah syarikat antara-bangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis.

“Oleh itu Perdana Menter-ti, Datuk Seri Najib Razak dan Isa wajar menjelaskan kepada rakyat, kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGVH yang dise-naraikan di pasaran saham.

“Apakah jaminan bahawa ta-nah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pemba-

ngunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Ta-nah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?” soalnya dalam satu kenyataan.

Mohd Rafizi berkata, perkara itu disahkan berdasarkan salin-an laporan yang diterima dalam perjanjian FGVH dan senarai ta-nah yang terlibat.

PKR menyeru setiap kerajaan negeri yang terlibat menolak se-barang usaha membatalkan sta-tus tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar itu.

Tanah rezab Melayu itu akan terletak di bawah pengurusan FGVH selepas penyenaraian dan boleh diusahakan mengikut syarat-syarat perjanjian.

Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan

- RAfizi RAmLi Pengarah Strategi PKR

Page 5: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

5UTAMASelangorkini 1 - 8 Jun 2012

KhAzANAh... Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meneliti buku 'Warisan Seni Bina Melayu Terengganu', hasil tulisan Mohd Yusof Abdullah bersama Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat), Dr Shafie Abu Bakar serta Exco Kerajaan Negeri Dr Yunus Hairi dan Rodziah Ismail pada majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam

Skim TUNAS ringan beban ibu bapa Oleh Lizawati Madfa

Shah aLaM - Seramai 3,000 kanak-kanak dari keluarga mis-kin akan menjadi perintis di da-lam skim bantuan tadika yanag akan dilancarkan mulai 1 Julai nanti.

Melalui “Skim Tunas” Ker-ajaan Selangor ini, keluarga tersebut yang berpendapatan kurang daripada RM 1,500, akan menerima bantuan RM50 sebu-lan bagi menghantar anak mer-eka ke tadika.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemban-gunan Modal Insan Dr. Halimah Ali berkata skim tersebut akan menggunakan peruntukan RM 1 juta di bawah Geran Selangorku untuk tahun ini.

“Perlaksanaan bantuan ini juga akan dikendalikan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, Rantai Mesra Sdn. Bhd yang tu-rut akan dipantau oleh Majlis Permuafakatan Tadika Selan-gor,” tambahnya lagi di dalam satu sidang media di ibu pejabat Kerajaan Selangor di sini.

Beliau berkata Kerajaan Neg-eri telah menjalankan kajian bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi memastikan program tersebut sampai ke sasaran.

“Kita mengupah seorang pengkaji daripada Universiti

Malaya bagi mengkaji taburan tadika-tadika di seluruh negeri Selangor termasuk lokasinya, bilangan pelajar, dan keadaan tadika yang ada.

“Sebelum itu juga, kita ada mendapatkan data daripada Ja-batan Pelajaran namun hanya beberapa sekolah sahaja yang ada sekolah tadika, begitu juga dengan data Jabatan Perpaduan dan Jabatan Kebajikan yang kes-emuanya di bawah kementerian yang berbeza.

“Selain tadika yang disebut tadi, kita juga ada tadika yang dikelolakan oleh badan-badan lain seperti ABIM, PASTI ma-hupun tahfiz, sebab itulah kita mahu faham kesemua maklu-mat ini sebelum melaksanakan-nya,” jelas Dr Halimah.

Sabak Bernam jadi hab pengeluar kelapa pandan terbesarShah aLaM - Kerajaan negeri berhasrat menjadikan daerah Sabak Bernam sebagai hab pe-ngeluar kelapa pandan terbesar di Malaysia dalam tempoh em-pat tahun dari sekarang.

Pengerusi Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usaha-wan Kerajaan Selangor, Dr Yaa-kob Sapari berkata, sebanyak 10,000 pokok kelapa pandan sedang diagih-agihkan secara berperingkat melalui ketua kampung yang akan diserahkan kepada penduduk kampung.

“Agihan sedang dijalankan dalam usaha untuk menjadikan Sabak Bernam sebagai hab pen-geluar kelapa pandan terbesar pada masa akan datang.

“Dalam hal ini, kerajaan ne-geri mengambil sikap jujur dan amanah dalam memberi ban-

tuan kepada rakyat melangkaui politik kepartian mereka,” ujar Dr Yaakob dalam kenyataan medianya.

Selain itu, beliau turut menggesa penduduk kampung agar menanam kelapa pandan khususnya di kawasan sawah bagi menggantikan tanaman terbiar dan tidak mendatang-kan hasil.

Hal ini selari dengan hasrat kerajaan negeri bagi memas-tikan aset di kampung-kam-pung dapat dibangunkan dan dinikmati bersama.

Menurut Dr Yaakob, satu po-kok boleh menghasilkan 10 – 14 tandan setahun, secara purata satu tandan boleh menghasil-kan 10 – 12 biji buah kelapa.

Justeru, dianggarkan seki-tar 100,000 – 120,000 biji kelapa pandan akan dapat dihasilkan

dalam setahun.Tambahan pula, pihak kera-

jaan dapat mengurangkan buah kelapa pandan yang diimport khususnya dari Thailand.

Jika program ini berjaya, Sa-bak Bernam bakal mengisi ke-perluan kelapa pandan kepada penduduk sekitar Lembah Ke-lang.

“Kita mahu rakyat bersung-guh-sungguh dalam menjaya-kan bidang pertanian dengan menunjukkan hasil yang be-nar-benar dapat dilihat di de-pan mata.

Pertanian bukan sekadar kita berbangga dengan gam-bar-gambar besar yang dipa-parkan di billboard, malah ke-jayaan sebenar adalah apabila bantuan yang diberikan kepada rakyat dapat dinikmati secara berterusan.

LZS peruntuk RM55 juta untuk pendidikan IslamSaBaK BernaM - Sejumlah RM55 juta diperuntukkan Lem-baga Zakat Selangor (LZS) un-tuk disalurkan kepada bahagian pendidikan Islam yang dikenda-likan Jabatan Agama Islam Se-langor (Jais).

Penyerahan 'Mock Up Check' itu disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Majlis Sambutan Hari Guru Jais peringkat negeri, di sini yang turut dihadiri Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin.

Peruntukan itu melibatkan 14 jenis bantuan dan sumbang-an, antaranya bantuan elaun

guru Kursus Asas dan Fardu Ain (Kafa) negeri berjumlah RM26 juta.

Selain itu, sumbangan pem-belian perabot bagi Sekolah Agama sebanyak RM600,000, sumbangan pembelian bilik darjah dan baik pulih bangunan sekolah sebanyak RM2 juta dan sumbangan baik pulih Seko-lah Agama Menengah (SAM) dan Sekolah Agama Menen-gah Tinggi (SAMT) berjumlah RM4,407,016.

Manakala sumbangan baik pulih Mahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS),

Dr Halimah Ali

Sekolah Rendah Agama (SRA) dan pra-sekolah pula sebanyak RM9,026,535 dan sumbangan baik pulih KAFA Integrasi se-banyak RM5,782,901.

Selain itu, sebanyak RM-997,200 diberikan sebagai sum- bangan biasiswa galakan pela-jar, RM34,000 kepada anuge-rah pendidikan Sultan Idris dan RM160,000 bagi sumbang-an kursus Bahasa Arab ke

Timur Tengah dan sebanyak RM189,680 kepada program jati diri pelajar MITS

Bagi peruntukkan khas tam-bahan bilik darjah untuk dua buah Kafa Integrasi pula seban-yak RM969,180 dan tambah- an bilik darjah bagi lapan buah Sekolah Rendah Agama seba-nyak RM3,876,720.

Peruntukan pembinaan su-rau di Sekolah Rendah Agama

sebanyak RM715,000 dan sum-bangan pembinaan kantin Sekolah Rendah Agama pula se-banyak RM276,850.

Sambutan hari guru pering-kat Selangor kali ini disambut meriah dengan kehadiran guru-guru agama dari seluruh negeri Selangor yang memenuhi Kom-pleks Pendidikan Islam Jais, Bagan Terap, Sabak Bernam di sini.

Page 6: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

6 Selangorkini 1 - 8 Jun 2012UTAMA

PENASIHAT: Faekah Husin Arfa’eza Abdul AzizKETUA PENGARANG: Sheridan Mahavera Mohd Shakir

PENGARANG BERITA: Najib HashimPENOLONG PENGARANG BERITA: Mohd Ezli Mashut

PEMBANTU PENGARANG: Rusidah SalimWARTAWAN: Afix Redzuan: [email protected]

Afeeqa Afeera: [email protected] Taib: [email protected]

Norhayati Umor: [email protected]: Raheemie Arifin, Arif Ramly &

Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1,Persiaran Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Selangor KiniSIDANG PENGARANG

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan CD Tender boleh diperolehi semasa waktu pejabat di Cawangan Elektrik, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Tingkat 1, Bangunan SSAAS 40582 Shah Alam, Selangor bermula 28.05.2012 (Isnin)

Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa PERAKUAN PENDAFTARAN ASAL LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN ATAU KAD PERAKUAN PENERIMAAN PERMOHONAN PENDAFTARAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN dan SIJIL PENDAFTARAN ASAL PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR / KEMENTERIAN KEWANGAN dan Sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputera. Salinan-salinan Perakuan dan / atau Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat yang mengeluarkanya. Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat didalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Bank Draf/Wang Pos/Kiriman Wang Pos sahaja.* Jenis Syarikat TempatanT1 - Syarikat 100% milik tempatanA1 - Syarikat 100% milik tempatan dan syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, Pengurus dan pekerja adalah 100% warganegara.A2 - Syarikat 100% milik tempatan, syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL dan Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.** Pembiayaan (i) Pinjaman Bank Dunia Tender adalah juga dibuka kepada pentender-petender yang berminat daripada negara-negara Bank Dunia dan Taiwan China (ii) Bank Pembangunan Asia Tender adalah terbuka kepada petender-petender yang berminat daripada negara-negara anggota Bank Pembangunan Asia

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Pusat Khidmat Kontraktor/Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini dan kerja/bekalan berikut:-

Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor

PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK MAAHAD TAHFIZ SAINS ALAM IMPIAN, DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

No.Tender : JKR/SEL(N)017(T)/2012

Kontraktor adalah diwajibkan berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

Cawangan Elektrik, JKR Selangor.

Pada28.5.2012

(Isnin) hingga11.6.2012

(Isnin)

Waktu UrusniagaIsnin-Khamis

8.00-12.00tghari2.00ptg-4.00ptg

Jumaat:8.00-11.00tghari2.45ptg- 4.00ptg

RM60.00(Money

Order/Bank Deraf)

Atas Nama Pengarah

Kerja Raya Negeri

Selangor

JKR Negeri Selangor

Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582 Shah Alam,

Selangor

Pada 18.6.2011

(Isnin) Sebelum/Pada

Jam 12.00 tengahari

Tender yang lewat diterima

tidak akan dilayan

Pejabat yang memanggil

tender

Tajuk Projek(Pembiayaan)**

Taraf/Jenis Syarikat *

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh Dokumen Mulai

Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas

Nama

Tempat, Tarikh & Waktu

Tender Tutup

BumiputeraT1

PKK

Kelas: I,

Kepala: 7

Sub. Kepala: 1&3

Dan

(CIDB)

Sebarang Pertanyaan mengenainya, sila berhubung dengan Cawangan Elektrik, JKR Selangor dii talian 03-355447727

Oleh nOrhayati UMOr

SaBaK BernaM - Tiada apa yang lebih menggembirakan pesara guru, Salbini Ismail, 64, dan Masirah Maslan, 64, selain terpilih sebagai Tokoh Guru Le-laki dan Wanita, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) 2012.

Kedua-dua pesara guru itu merupakan anak kelahiran Sa-bak Bernam yang mengabdikan diri dalam bidang pendidikan selama 33 tahun bermula ta-hun 1970 sebelum bersara pada

Tokoh guru JAIS gesa pendidik ikhlas, amanahtahun 2003 lalu.

Salbini berkata, anugerah itu umpama pemangkin buat-nya untuk terus berkhidmat menyampaikan ilmu agama ke-pada generasi muda walaupun

sudah bersara.“Bagi saya, bidang per-

guruan adalah sesuatu yang sangat mulia dan se-mua guru harus faham ba-hawa apa yang kita laku-kan adalah ibadat secara berterusan,” katanya ke-tika ditemui.

Tambahnya, cabaran sebagai pendidik zaman kini lebih mencabar ber-banding masa lalu.

“Oleh kerana itu, mere-ka memerlukan semangat yang tinggi selain amanah dan ikhlas dalam men-didik,” katanya pada Maj-

ma Integrasi Selangor dan Pe-nolong Pegawai di Pejabat Muf-ti Selangor itu pernah melan-jutkan pelajarannya di salah sebuah universiti di India dan Mesir.

Beliau juga pernah mendapat Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) daripada Sultan Selangor pada tahun 1999 dan Tokoh Maal Hij-rah Daerah Kuala Langat 2011.

Bagi Tokoh Guru kategori Wanita, Masirah menyifatkan anugerah yang diterima itu adalah mewakili jasa dan pen-gorbanan warga pendidik di se-luruh negara.

“Saya terima anugerah ini dengan penuh rendah hati kera-na ia adalah berkat sokongan se-mua insan yang bergelar guru.

“Anugerah ini besar makna-nya, bukan hanya kepada saya,

tetapi kepada profesion pergu-ruan itu sendiri kerana ia akan lebih memberi semangat kepa-da guru muda untuk memberi-kan khidmat terbaik kepada anak bangsa,” katanya.

Dalam menceritakan penga-lamannya, Masirah pernah me-nampar seorang pelajar yang disifatkan sebagai degil dan akhirnya pelajar itu sudah ber-jaya menjadi seorang doktor.

Kedua-dua mereka meneri-ma pakej menunaikan Umrah bersama pasangan masing-masing serta sijil dan hadiah iringan.

Anugerah disampaikan Men-teri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sambil diiringi Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dan Exco Pen-didikan, Dr Halimah Ali.

lis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor 2012, yang berlangsung di sini.

Bekas Pengetua Sekolah Aga-

Salbini Ismail

Abdul Khalid menyampaikan anugerah kepada Tokoh Guru Wanita, Masirah Maslan

Sebahagian guru yang hadir pada majlis sambutan

Page 7: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

7UTAMASelangorkini 1 - 8 Jun 2012

Pulau Indah bakal pusat pelanconganOleh Siraj MOhd zaini

Shah aLaM - Pulau Indah bakal menjalani proses peru-bahan pembangunan dengan termetrai perjanjian persefa-haman (MoU) antara Kumpu-lan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan Norzakiah Arkitek di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Norzakiah Arkitek, sebuah syarikat pe-runding dan perkhidmatan se-ni bina dengan kerjasama Bu-chan Group of Perth, Australia, m e n y e d i a k a n pelan lengkap berkaitan pem-bangunan di ta-nah milik KHSB di Seksyen 9, 10 dan 11 di Pulau Indah, Klang yang melibat-kan tapak seluas 1,196 ekar.

Menurut Pe-ngerusi Norza- kiah Arkitek, Norzakiah Ar-shad, pelan leng- kap yang dica-dangkan itu melibatkan pem-bangunan perumahan, pusat bandar dan resort.

Pengerusi KHSB, Raja Idris Raja Kamaruddin berkata, MoU itu membolehkan Norzakiah Arkitek menjalankan kajian terperinci mengenai projek itu yang dianggarkan bernilai RM8 bilion dan dijangka dimulakan mulai tahun 2013.

“Melalui projek pembangun-

an ini, kami menawarkan ke-diaman berciri ‘resort home’ dengan kos mampu milik,” ka-tanya kepada pemberita pada majlis menandatangani MoU itu di sini.

Majlis menandatangani MoU itu dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Quality Hotel, Shah Alam.

Abdul Khalid berkata, Sela- ngor menyambut baik cadang-an untuk membina infrastruk-tur di Pulau Indah, seterusnya mampu meningkatkan pela-

buran di negeri ini.

“ L e m b a h Klang, khusus-nya sedang me-ngalami proses peningkatan in-dustri hartanah yang mampu me- narik pelabur asing untuk da-tang ke sini,” ka-tanya.

S e m e n t a r a itu, projek itu ba- kal menjadikan Pulau Indah se-

bagai salah sebuah destinasi perlancongan antarabangsa ke- rana pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghubungkan Saujana Pu-tra ke Pulau Indah akan siap pada 2014.

“Pelancong-pelancong boleh terus ke Pulau Indah dari KLIA melalui Kajang Saujana Pu-tra dengan siapnya lebuh raya ini,” kata Raja Idris.

2.Taraf Jawatan

3.Umur

4.Jadual Gaji (JGmm)

5.Syarat Lantikan

6.fungsi / Bidang Tugas

7. Cara memohon

8.Alamat Permohonan

9.Perhatian

10. Pertanyaan

Tetap

Calon-calon lantikan terus mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup;

Sila rujuk portal rasmi SPN Selangor di alamat berikut: http://spn.selangor.gov.my

(a) Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang secara on-line dengan melayari portal rasmi seperti dinyatakan di atas.

(b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dikemukakan kepada Pejabat Suruhan-jaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor berserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan (c) di bawah;

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar ukuran paspot, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan;

(d) Pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing;

(e) Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan DiTOLAK.

(a) Portal Rasmi : http://spn.selangor.gov.my

(b) Surat Menyurat: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Darul Ehsan, Tingkat 1, Bangunan Darul Ehsan, No.3, Jalan indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam.

(a) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

(b) Pemohonan adalah dianggap TiDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut:- (i) selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau (ii) selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga).

Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat dengan menghubungi pihak Urusetia melalui telefonatau melalui email berikut:(a) urusetia: 03-5544 5410(b) spnadmin: 03-5544 5418(c) email: [email protected]

1.(a) Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, terdiri daripada pemohon atau ibu/bapa pemohon yang dilahirkan di Negeri Selangor yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti senarai di bawah.

(b) Permohonan boleh dibuat dengan terlebih dahulu mendaftar secara on-line. (c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Jun 2012.

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

GREDDG41DGA29J29J29G27NT27G17G17J17J17J17N17N17G11

RUJUKAN fAiL03/A/103/C/203/B/303/B/303/B/103/B/1203/C/1003/C/1303/C/303/C/303/C/303/B/1503/C/3503/D/8

JAWATANPegawai Perkhidmatan Pendidikan SiswazahPegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan DiplomaPenolong Jurutera (Awam)Penolong Jurutera (Mekanikal)Penolong Pegawai VeterinarPenolong Pegawai TanahPembantu VeterinarRenjer HutanJuruteknik (Awam)Juruteknik (Ukur Bahan)Juruteknik (Mekanikal)Pembantu Setiausaha PejabatPegawai Khidmat PelangganPengawas Hutan

BiL1234567891011121314

melalui projek pembangunan ini, kami menawarkan kediaman berciri ‘resort home’ dengan kos mampu milik

- RAJA iDRiS RAJA KAmARUDDiN

Pengerusi Kumpulan Hartanah Selangor Berhad

Termeterai perjanjian persefahaman antara Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan Norzakiah Arkitek

YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Al-marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj antara tetamu kenamaan yang hadir pada majlis tersebut

:

:

:

:

:

:

:

:

:

Page 8: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

98Selangorkini 1 - 8 Jun 2012 Selangorkini 1 - 8 Jun 2012

ALBUM ALBUM

Sempena Hari Guru baru-baru ini, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia mengambil inisiatif dengan memberi hamper dan kek kepada sekolah-sekolah sekitar daerah Gombak, termasuk Sekolah Kafa dan Tadika Pasti, sebagai simbolik penghargaan kepada guru-guru. Sumbangan disampaikan Timbalan Penyelaras Dun Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan

TUNJUK BAKAT... Adun Meru, Dr Rani Osman dan peserta-peserta Pertandingan Memancing mencuba nasib memancing di pekarangan Surau Al-Ehsan, Meru. Sebanyak lebih daripada 200 ekor ikan berjaya dipancing

TERBAIK... pelajar-pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor bersama Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari menunjukkan isyarat bagus kepada media selepas selesai menghadiri seminar 'Successful Intelligence' di Dewan Serbaguna Unisel, Shah Alam. Beberapa DUN terlibat dalam program tersebut, antaranya DUN Kota Anggerik selaku tuan rumah, Kuang, Paya Jaras, Kota Damansara, Subang Jaya, Seri Setia dan Selat Klang

Adun Taman Medan, Haniza

Talha, menziarah dan menyerah-

kan sumbangan kepada keluarga Hairun Mahadzir

Salehudin (kiri) di F-4-12 Apartment

Taman Medan Jaya, Jalan 2/1

yang terlibat dengan

kemalangan jalan raya

Program Spies Remaja di Surau Al-Hilal, Pan-dan Jaya, anjuran Ahli Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Meor Rithuan Mohd Said menda-pat sambutan yang meng-galakan dari-pada golon-gan pelajar

RINTIHAN... Adun Hulu Klang, Saari Sungib mendengar permasalahan penduduk Kampung Perak yang nekad berpindah dari penempatan sementara di pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang ke rumah yang belum siap kerana pemaju bankrap

WARISAN TRADISIONAL... warga emas ini sedang menunjukkan cara-cara menekat yang betul sewaktu Majlis Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Muzium Sultan Alam Shah

Isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut bergambar kenangan bersama AJK yang terlibat sewaktu program Anugerah Pelajar Cemerlang DUN Permatang, Tanjong Karang. Dalam program tersebut seramai 161 pelajar berjaya menerima anugerah

MERIAH... kanak-kanak ini asyik sekali mewarna sewaktu program Sehari Bersama Wanita DUN Lembah Jaya di pekarangan Sekolah Rendah Agama Lembah Jaya. Pada majlis tersebut Adun Lembah Jaya, Khasim Abd Aziz menyampaikan Anugerah Ibu Mithali kepada Hajah Habsah Aminuddin

Page 9: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

10 Selangorkini 1 - 8 Jun 2012UTAMA FOKUS KOTA ANGGERIK

Kerjasama antara penduduk penting bagi menjaga kebersihan

Oleh MOhd ezLi MaShUt

cadanGan pembinaan ban-daraya Islam di Seksyen 5 di sini mampu menaikkan imej dan syiar Islam dan menerima pan-dangan positif orang ramai.

Menurut Abu Zar Ahmad Zu-bir, 22, inisiatif pembangunan Bandaraya Islam itu akan men-jadi asas kepada pembangunan melahirkan generasi sebaik-baik ummah yang mampu menyum-bang kepada kemajuan ummah.

“Mudah-mudahan pemba-ngunan ini akan menjadi asas kebangkitan ‘Khairu Ummat’ dan menunjukkan Kerajaan Pa- katan Rakyat (PR) menjunjung

Seksyen 5 diangkat model bandaraya Islam

an komuniti serta menjadikan Shah Alam serta negeri Sela-ngor sebuah negeri yang paling bersih di Malaysia,” katanya.

Sebanyak 11 kawasan diber-sihkan mengikut parcel (ba-hagian) yang ditentukan dan dijangka lebih daripada 100 tan sampah dikeluarkan semasa go-tong-royong tersebut.

Sementara itu, MBSA juga menggunakan sistem pemar-kahan bagi menentukan par-cel mana yang mencapai tahap kebersihan dan keceriaan yang ditetapkan.

Turut hadir dalam program gotong-royong, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan dan warga kerja MBSA.

Datuk Bandar MBSA berkata, MBSA akan melipatgandakan usaha pembersihan, termasuk memperkasakan kutipan sam-pah domestik, haram, pukal ser-ta pembersihan longkang besar dan kerja sapuan jalan.

Menurutnya, MBSA akan me-ningkatkan pemantauan dan

‘Zon Bersih’ pupuk budaya gotong-royong dalam masyarakatPrOGraM Zon Bersih yang dilancarkan peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bukan sahaja membersihkan ka-wasan tetapi memupuk seman-gat gotong-royong di kalangan masyarakat.

Perkara ini dibuktikan kira-ki-ra 100 penduduk di Taman Peru-mahan Seksyen 10 dan 11 di sini yang berganding bahu menjaya-kan program berkenaan yang

dirasmikan Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari.

Katanya, program ini dapat mencapai objetif dan mengerat- kan lagi jalinan ukhuwah antara penduduk di samping mende- katkan lagi jalinan erat antara pelbagai lapisan masyarakat dan pemimpin setempat.

“Aktiviti ini untuk memupuk kesedaran dan budaya cintakan kebersihan melalui penglibat-

Turut menyambut baik ca-dangan ini ialah Amir Hamzah Amha, 33, yang berharap ban-daraya seluas 50 ekar ini dapat berfungsi sebagai tempat go-longan bukan Muslim menge-nali Islam dengan lebih dekat.

Dalam pada itu, Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari men-cadangkan agar pembangun- an itu dinamakan dengan Ban-daraya Madani.

“Kita mahu menambah baik kawasan ini menjadi Bandaraya Madani yang lebih teratur dan perancangan pembangunan itu sudah siap untuk dilaksana-kan,” kata Dr Yaakob.

Beliau juga berkata, pengi-sian dalam bentuk kerohanian perlu dipertingkatkan dengan adanya pusat pendidikan.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Seksyen 5 Shah Alam akan dibangunkan seba-gai kawasan Bandaraya Islam yang mengambil model pem-bangunan Bandaraya Makkah dengan menjadikan masjid se-bagai pusat aktiviti masyarakat sekitarnya.

Bandaraya Islam ini melibat-kan kombinasi unik di antara Masjid Negeri Shah Alam, Mu-zium, Yayasan Restu, Seko-

agama Islam sebagai agama rasmi dan bukan sekadar re-torik memperjuangkan Islam,” katanya ketika tinjauan Selan-gor Kini.

Bagi seorang lagi penduduk Norlela Idris, 25, menyatakan idea yang dikemukakan itu amat baik kerana pengimarahan masjid bukan saja hanya mendi-rikan solat malahan mempunyai pengertian yang lebih meluas.

Beliau juga menegaskan ma- syarakat akan dapat mengha-yati nilai-nilai Islam dengan pembangunan Bandaraya Is-lam ini kerana pelbagai pengi-sian pembangunan fizikal dan rohani akan diterapkan sejajar dengan konsep pembangunan menyeluruh.

“Pada Zaman Rasullullah SAW, Baginda menjadikan masjid se-bagai pusat pentadbiran politik, bermesyuarat, ruang bicara ilmu untuk dunia dan akhirat.

“Malangnya, rakyat telah di-tipu dengan dakyah pemerintah negara yang diterajui Umno-BN dan dalam masa yang sama me-nyuburkan pemahaman salah, iaitu masjid tidak boleh dilibat-kan dengan politik,” katanya.

penyelenggaraan infrastruktur awam seperti perhentian bas, papan tanda jalan, bonggol jalan dan sebagainya.

Beliau berkata, MBSA juga akan mengambil inisiatif untuk mengindahkan landskap seki-tar Seksyen 10 dan 11 serta me-mastikan pemangkasan pokok

dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.

Komuniti di Seksyen 10 dan 11 juga telah menerima 1700 tong sampah sumbangan Kum- pulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui anak syarikat-nya Kumpulan Perangsang Se-langor.

lah Agama, Bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ser-ta landskap yang menarik.

Projek ini akan membabitkan kos pembangunan bernilai kira-kira RM2 bilion sehingga RM3 bilion.Abu Zar Ahmad Zubir

Amir Hamzah Amha

PUSat khiDMat DUn kOta anGGerikNo. 3a Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/BSeksyen 9, 40000 Shah Alam,Tel: 03-5511 7781Fax: 03-5511 7782Saravanan: 014 333 5708 / 010 219 4055Eja: 013 3998243

Parcel terbaik akan diberikan anugerah pada setiap bulan

Masjid Negeri yang terletak di Seksyen 5 menjadi mercu tanda Bandaraya Shah Alam

Page 10: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

Selangorkini 1 - 8 Jun 2012

UTAMA 11FOKUS KOTA ANGGERIK

Oleh MOhd ezLi MaShUt

Kerajaan Pusat diminta mem-berikan perhatian serius dan pe-mantauan khusus terhadap pem-binaan Hospital Shah Alam yang terbengkalai hampir tiga tahun, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Terletak di Seksyen 7 di sini, hospital berkenaan sepatutnya siap pada Ogos 2010.

Khalid yang dihubungi men-jelaskan, status pembinaan Hospi-tal Shah Alam itu kini masih dalam proses pembinaan selepas Kerajaan Pusat melantik kontraktor baru, Gadang Holdings Bhd dengan kos tambahan sebanyak RM300 juta.

“Sepatutnya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil alih terus projek pembinaan hospital itu dan terus melantik sub-kontraktor yang ber- kelayakan bagi menyiapkan pro-jek itu,” katanya.

Beliau mengharapkan ia siap mengikut jadual dan memenuhi spesifikasi kerana hospital itu amat dinantikan oleh warga Shah Alam untuk mendapatkan per-khidmatan kesihatan.

Sementara itu Adun Kota Ang-gerik, Dr Yaakob Sapari berkata, dengan ketiadaan hospital men-jejaskan kehidupan rakyat yang amat memerlukan perkhidmatan

kesihatan yang sepatutnya dise-diakan Kerajaan Pusat.

“Sekarang ini warga Shah Alam terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan daripada pihak swasta,” kata Dr Yaakob.

Projek bernilai RM482 juta itu telah dibelenggui pelbagai ma-salah termasuk pergeseran antara Sunshine Fleet dengan sub-kon-traktor asalnya Isyoda (M) Sdn Bhd berhubung perkara ‘mem-babitkan wang’.

Keadaan itu menyaksikan pro-jek berkenaan disub-kontrakkan kepada GM Healtchcare Sdn Bhd, yang juga kemudiannya mengha-dapi masalah kewangan dengan kontraktor utamanya.

Masalah berkenaan kemudi-annya diheret ke mahkamah dan menyebabkan projek itu terhenti.

Sebelum ini, Khalid dalam pe-tisyen kepada Perdana Menteri berhubung projek itu menegas-kan kelewatan ini bererti warga Shah Alam dinafikan perkhidma-tan kesihatan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Pusat.

Dalam petisyen itu, Khalid me-negaskan terbengkalainya projek ini adalah bukti ketidakmampuan Menteri Kerja Raya dan suatu penderaan terhadap warga Shah Alam.

MajLiS Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan pemerik-saan mengejut di 21 gerai dan restoran di Seksyen 10 dan Seksyen 11 di sini bagi memas-tikan kebersihan pada piawaian yang ditetapkan.

Kawasan itu yang merupakan kawasan yang diisytiharkan se-bagai Zon Bersih 2012 oleh MBSA bagi meningkatkan usaha dan galakan kepada masyarakat me-melihara kebersihan berkekalan.

Timbalan Pengarah Korpo-rat MBSA, Shahrin Ahmad ber-kata, pemeriksaan itu sempena program Zon Bersih mulai April hingga Oktober depan .

Ia melibatkan anggota dan pegawai dari Jabatan Korporat, Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA.

“Kita lakukan pemeriksaan mengejut ini bagi memantau keadaan premis, pengurusan sampah, susun atur meja dan suntikan anti-typhoid (TY2) oleh pekerja di restoran serta

PendUdUK di Seksyen U11, Taman Bukit Ban-daraya di sini tidak perlu bimbang berkenaan kegelinciran tanah yang berlaku apabila pemaju Lebar Daun Sdn Bhd bersetuju menanggung kos membaiki cerun terbabit.

Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari ber-kata, pihak Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) telah selesai menjalankan penyelidikan terhadap gelinciran tanah berkenaan yang berlaku pada Februari lepas.

Dalam kejadian itu, berlaku kegelinciran tanah di Jalan Gunung Nuang U11/9B dan Jalan Gunung Nuang U11/9C ketika hujan lebat yang boleh mengancam rumah penduduk di kawasan itu.

“Saya telah berjumpa dengan pihak Majlis

Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan juga pihak pemaju projek perumahan kawasan berkenaan bagi mengatasi masalah kegelinciran tanah itu,” katanya.

Dr Yaakob menjelaskan, pihak pemaju ber-setuju untuk membaiki dan menaiktaraf kawasan berkenaan dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih terjamin agar kejadian kegelinciran tanah tidak berulang.

“Pihak pemaju telah berjanji untuk menyiap-kan segera projek itu.

“Pihak Ikram akan mengeluarkan cadangan untuk pembaikan kawasan itu dan pihak pema-ju akan mengikuti garis panduan dan cadangan yang dikemukakan Ikram,” katanya.

Kerajaan Pusat diseru siapkan Hospital Shah Alam ikut jadual

Pemaju tanggung kos pembaikan cerun

Gerai diiminta tingkat tahap kebersihan

gerai terbabit bersempena de-ngan program yang kita se-dang anjurkan,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksa-an MBSA mendapati ada be-berapa restoran yang masih lalai dengan tahap kebersihan termasuk melakukan kesalah-an yang boleh menyebabkan pelanggan berdepan dengan risiko keracunan makanan.

“Malah ada restoran yang menyimpan baki makanan di

dalam peti sejuk, dipercayai untuk dipanaskan semula. Su-sunan makanan di dalam peti sejuk juga tidak dilakukan de-ngan baik dan bersepah-sepah serta mengundang jangkitan kuman,” katanya.

Shahrin menambah, kese-mua peniaga restoran itu di-beri amaran dan peringatan supaya menambah baik per-khidmatan mereka terutama-nya dari aspek kebersihan.

TERBENGKALAI... hospital yang dinanti-nantikan warga Shah Alam

PANTAU... MBSA memastikan kebersihan gerai makan terjamin

Sharin bersama penguasa MBSA ketika mengadakan pemantauan di kawasan premis

Page 11: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

FOKUS SRI MUDA12 UTAMASelangorkini 1 - 8 Jun 2012

Oleh afeeqa afeera

PendUdUK di sekitar DUN Sri Muda yang menghadapi pelba-gai masalah infrastruktur, ter-masuk isu jalan berlubang kini boleh menarik nafas lega apabi-la ia mendapat perhatian wakil rakyatnya.

Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, sejumlah RM2 juta diperuntukkan tahun ini bagi proses penurapan jalan di sekitar DUN yang turut menda-pat kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Antara jalan-jalan yang terli-bat adalah Jalan Kebun (Lorong Rabingan, Batu 7), Kampung Bu-kit Naga, Lorong Haji Abdul Wa-hab, Lorong Haji Kassim, Jalan Rezab Buang dan lain-lain.

"Proses penurapan jalan ini

giat dilaksanakan sejak tahun lepas menerusi peruntukan Adun. Cuma untuk tahun ini, kita mendapat wang tambahan menerusi 'Geran Selangorku' yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

"Untuk maklumat, kita telah turap lebih 15 jalan raya setakat ini, manakala selebihnya kita mengarahkan Pihak Berkua-sa Tempatan (PBT) dan Jawa-tankuasa Kemajuan dan Kesela-

matan Kampung (JKKK) untuk melantik kontraktor tempatan bagi menjalankan penurapan jalan-jalan lain dengan segera,"

katanya.Jelasnya, proses penurapan

kesemua jalan itu termasuk da-lam pelan pembangunan yang

dilaksanakan kerajaan negeri menerusi projek berbentuk in-frastruktur yang dikenali sebagai Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).

Beliau berkata, selain penu-rapan jalan, DUN Sri Muda tu-rut menjalankan kerja-kerja me- naik taraf sistem perparitan di beberapa kawasan berdasarkan cadangan dan penyenaraian per-mohonan yang merujuk kepada keperluan masyarakat.

"Segala projek dan pemba-ngunan yang dibuat di kawasan ini adalah atas bantuan kera-jaan negeri melalui peruntuk-an yang diberikan. Kita juga akan terus berusaha memantau ser-ta menangani permasalah lain sekiranya ada dan bersedia beri peruntukan berdasarkan keper-luan," ujarnya.

Jalan berlubang diturap kembaliPUSat khiDMatrakYat DUn Sri MUDa No. 6/2 Jalan Anggerik Vanilla, R 31/R Kota Kemuning 40460 Shah Alam Tel :03-5122 0050Fax :03-5122 1550 Zaiton bt Md Daud 012-292 7171Shaari b. Mohd 012-272 9305

BUMBUnG rumah pesakit buah ping-gang Shahid Ahmad, 55, (gambar) yang rosak diterbangkan ribut di Kampung Jalan Kebun akhirnya dibaiki secara gotong-royong hasil inisiatif DUN Sri Muda.

Bukan sahaja bumbung dibaiki, malah kawasan sekeliling rumah juga dibersihkan dengan kerjasama Jabat-an Latihan dan Komunikasi Selangor.

Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, program pembersihan itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat berhubung masalah yang dihadapi mangsa.

"Saya gunakan tukang berkema-hi-ran untuk gantikan zink baru.

"Manakala pembersihan secara gotong-royong sebagai kerja akhir

sebelum ia disempurna-kan dan kos keseluru-han untuk penyeleng-garaannya dianggarkan sejumlah RM1,300 saja," katanya.

Tambahnya, bantuan pembaikan rumah itu sudah dilaksanakan buat kali ketujuh sejak tahun 2008 di mana kos penye-lenggaraannya adalah berbeza mengikut keperluan.

Beliau berkata, sekiranya kos pem-baikan rumah melebihi kuota yang ditetapkan DUN, maka perkara terse-but akan dilanjutkan di bawah kera-jaan prihatin dengan kerjasama kera-jaan negeri, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Agama Islam Selan-gor (Jais).

Jelasnya, sehingga kini ter-dapat beberapa buah rumah di sekitar kawasan ini yang men-erima bantuan kerajaan pri-hatin dengan syarat mereka memiliki tanah sendiri.

Sementara itu, Shahid keti-ka ditemui melahirkan kegem-biraan atas sumbangan yang dihulurkan pihak berkenaan untuk membaiki kerosakan bumbung di rumahnya.

“Saya berasa amat bersyukur ke-rana ada pihak yang prihatin dan sudi membantu dengan menyumbangkan zink baru untuk menggantikan bum-bung yang rosak. Kerajaan Selangor dan DUN Sri Muda benar-benar peka terhadap masalah rakyat," ujarnya.

Pesakit buah pinggang gembira bumbung rumah rosak dibaiki

SinOniM sebagai negeri berkebajikan, pimpi-nan Pakatan Rakyat (PR) Selangor disarankan untuk mendekati rakyat menerusi pelbagai program dan aktiviti ziarah serta lawatan di kawasan masing-masing.

Meneruskan agenda itu, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei mengambil pendekatan turun padang melawat rumah ibadat Islam dan bukan Islam di sekitar DUN selain menjadikan pasar malam sebagai medan mendekati masyarakat setempat.

Menurutnya lawatan secara mingguan se-jak tahun 2008 itu menjadi rutinnya sebagai al-ternatif mengenali penduduk selain membuat pengedaran risalah berhubung perjuangan PR.

"Memang dalam jadual mingguan saya, sekurang-kurangnya satu pasar malam mesti dikunjungi untuk buat pengedaran. Sama juga seperti di masjid atau surau, saya akan berje-maah bersama di samping mengenali penguru-san masjid di situ.

"Adakalanya saya akan melawat kuil, tokong atau persatuan ibadat untuk menziarah serta meninjau sebarang keperluan yang mungkin mereka inginkan," katanya.

Beliau berkata, aktiviti seumpama itu juga berupaya merapatkan hubungan silaturrahim antara pemimpin tempatan dengan masyarakat tanpa mengira kaum mahupun fahaman politik.

"Saya yakin hari ini kalau disebut surau atau masjid mana, sekurang-kurangnya nama pengerusi itu saya kenal secara peribadi. Mereka kerap berhubung dengan saya untuk memaklum-kan sebarang program dan jemput untuk saya hadir bersama-sama.

"Program mendekati rakyat ini adalah seba-gai salah satu bukti keprihatinan pemimpin PR terhadap rakyat Selangor," ujarnya.

Dekati rakyat melalui pasar malam

Saya berasa amat bersyukur kerana ada pihak yang prihatin dan sudi membantu dengan menyumbangkan zink baru untuk mengganti-kan bumbung yang rosak. Kerajaan Selangor dan DUN Sri muda benar-benar peka terhadap masalah rakyat

- ShAhiD AhmADPenerima sumbangan

Shuhaimi meninjau jalan-jalan yang sedang dinaik taraf

Bumbung rumah Shahid sedang dalam proses pembaikan

Page 12: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

13UTAMASelangorkini 1 - 8 Jun 2012

Anda mahu buat aduan sampah yang tidak dikutip dan longkang tersumbat di kawasan komuniti, di mana anda tidak tahu ke mana dan siapa yang perlu dilapor? Kami sediakan talian bebas tol 1800 88 2824. Talian ini beroperasi 24 jam atau terus ke nombor PBT seperti yang tertera

MajliS PerBanDaran aMPanG jaYaTel : 03-4296 8000; Hotline : 1 -800-22-8100

MajliS Daerah hUlU SelanGOr Tel : 03-6064 1331 SMS : taip "mdhs aduan" hantar ke 15888. untuk semak aduan,status,taip 'mdhs semak' hantar ke 15888

MajliS PerBanDaran klanGwww.mpklang.gov.myKutipan SampahKlang Utara: 016-2720406 (Kamachy); Klang Selatan: 016-2506796 (Razif )Pembersihan awam (Jalan dan Longkang)Klang Utara : 019-2245387 (Haji Nasirun); Klang Selatan: 016-3824471(Loganathan)Talian: 03-3372 4820 / 6781 / 1-800-88-23826 (Toll-free)

MajliS Daerah kUala lanGatwww.mdkl.gov.my Tel: 03-3187 2825SMS: Taip “MDKL ADUAN < aduan >” dan hantar kepada 15888.

MajliS Daerah kUala SelanGOrwww.mdks.gov.my Tel: 03-3289 1439

MajliS Daerah SaBak BernaMwww.mdsb.gov.my Tel: 03-3224 1655 / 1000

MajliS PerBanDaran SelaYanGwww.mps.gov.myBebas tol: 1800-22-2677 Tel: 03 - 6120 8953

MajliS PerBanDaran SePanG www.mpsepang.gov.my Tel: 03-8319 0200 / 0300

MajliS BanDaraYa Shah alaMwww.mbsa.gov.myTel: 03-5510 5461 / 03-5513 0878

MajliS PerBanDaran SUBanG jaYawww.mpsj.gov.my Tel: 03-8026 3131 / 5637 6545

MajliS BanDaraYa PetalinG jaYawww.mbpj.gov.my

Tel: 03-7954 2020 (24-jam hotline) / 03-7956 3544 (am)SMS: Taip “MBPJ ADUAN [ aduan ]” dan hantar ke 33213

Talian Hotline Kutipan Sampah

Kaji syarat pemberi maklumat sampahOleh nOrhayati UMOr

KUaLa LanGat – Majlis Dae-rah Kuala Langat akan mengkaji semula syarat bahan bukti dari segi perundangan berhubung pemberian ganjaran kepada pemberi maklumat berkaitan pembuangan sampah sekitar Kuala Langat.

Pemangku Yang Dipertua Maj-

lis Daerah Kuala Langat (MDKL), Muhammad Hafiz Shaari ber-kata, sebelum ini surat pekeli- ling berhubung perkara terba-bit dikeluarkan pada 2005.

Bagaimanapun katanya, sete-lah diteliti, MDKL perlu meng-kaji semula berikutan syarat bahan bukti yang perlu dike-mukan oleh pemberi maklumat, mustahil untuk diambil kira.

“Ini kerana bahan bukti yang perlu dikemukakan itu perlu disertakan gambar filem. Pada masa sekarang adalah musta-hil untuk diikutkan syarat itu disebabkan penggunaan kame- ra digital yang sangat meluas masa kini.

“Justeru kita akan kaji semu-la syarat itu, jika penggunaan kamera digital boleh diguna-kan, MDKL akan melaksanakan pemberi ganjaran terbabit,” ka-tanya ketika ditemui.

Hafiz memberitahu, ganjaran RM50 terbabit akan diberikan kepada pemberi maklumat yang melaporkan kepada MDKL ber-hubung masalah pembuangan sampah oleh pihak tertentu.

“Dalam syarat itu juga me-nyatakan, pemberi maklumat

akan menerima wang ganjaran tersebut selepas pesalah mem-bayar kesemua kompaun yang dikenakan MDKL,” katanya.

Beliau berkata, walaupun su-rat pekeliling berhubung perka-ra itu dikeluarkan sudah lama,

tetapi perlaksanaannya tidak di- lakukan.

“Kini, kita akan laksanakan-nya berikutan pembuangan sam- pah secara haram yang sema-kin hari semakin meningkat,” katanya.

Pada masa sekarang adalah mustahil untuk diikutkan syarat itu disebabkan penggunaan kamera digital yang sangat meluas masa kini

- mUhAmmAD hAfiz ShAARiPemangku Yang Dipertua MDKL

Page 13: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

14 UTAMASelangorkini 1 - 8 Jun 2012

Oleh Siraj MOhd zaini

Shah aLaM - Kerajaan Sela-ngor tidak menyekat golongon belia di negeri ini untuk me-menuhi minat masing-masing dengan merencanakan pelbagai program, khusus selagi mema-tuhi syarat yang disediakan.

Exco Adat Resam Melayu, Be-lia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong minat be-lia selaras dengan perkembang-an dunia semasa.

“Golongan belia merupakan aset dan penentu masa depan negara dan Kerajaan Negeri mengambil beberapa langkah demi mengelakkan golongan belia terlibat dengan gejala ne-gatif.”

Beliau berkata demikian ke-tika meninjau perjalanan pro-gram Himpunan dan Konven-syen Belia Selangor 2012 di Kompleks Belia dan Sukan Se-langor baru-baru ini.

Dengan dengan tema ‘Anak Muda Penentu Kepimpinan dan Pemacu Pembangunan Sela- ngor dan Negara’, pelbagai acara

Kerajaan Negeri tidak sekat minat belia

menarik disediakan, antaranya sesi forum dan konvensyen tu-rut dijalankan melibatkan pa-nelis daripada pelbagai persa-tuan belia dan NGO.

Seorang pengunjung, Aina Syafiqah Hussin, 21, berkata,

beliau menyarankan agar kera-jaan Selangor menjadikan pro-gram tersebut sebagai acara ta-hunan kerana ia lebih bersifat santai dan bukan menjurus ke arah hiburan semata-mata.

“Kalau kita lihat masa kini, konsert-konsert lebih menjeru- mus kepada gejala negatif se-perti pergaulan tidak terbatas tetapi program ini ternyata membawa kelainan dengan lagu-lagu yang dibawakan berunsur nasihat dan motivasi,” katanya.

Bagi Ain Qaseh, 25, pula, apa yang menariknya program ini, di samping hiburan, acara yang banyak memberi informasi dan kesedaran hala tuju anak muda turut diterapkan dalam konve-syen tersebut.

“Program ini saya lihat le-bih mesra anak muda sebab ada tarikan kepada anak-anak muda, sebab hiburan memang dekat dengan anak muda.

”Selain itu tokoh terkenal yang dijemput juga menjadi daya penarik kepada anak-anak muda, seperti kehadiran Pak Sa-mad (Datuk A Samad Said). Ke-

rana pada masa ini, walaupun umur Pak Samad menjangkau lebih 70 tahun, Pak Samad ada-lah idola kepada ramai golong-an nak muda.

“Walaupun ramai juga yang datang untuk berhibur, tetapi apabila sudah sampai sini me-reka dapati ada diselitkan pro-gram-program lain seperti pro-gram bual bicara, anak-anak muda berdiskusi, bertukar fi-kiran dan selain itu program Pekan Frinjan.

“Malah ada juga disediakan kaunter untuk mendaftar seba-gai pemilih dalam pilihan raya,” ujar Ain.

Selain itu, Sasterawan Ne-gara, Datuk A Samad Said tu-rut melancarkan antologi buku ‘Puisi Jadi Senjata 2’ dan turut mendeklamasikan sajak dari bu- ku tersebut.

Buku-buku turut dijual pada hari konvensyen tersebut

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut melancarkan antologi buku ‘Puisi Jadi Senjata 2’, turut mendeklamasikan sajak dari buku tersebut

Aina Syafiqah Hussin Ain Qaseh

Page 14: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

15UTAMASelangorkini 1 - 8 Jun 2012

dari muka 16

Antaranya, penstrukturan se-mula dasar dan hala tuju pendidi-kan Islam dengan menjadikan al-Quran sebagai kokuri-kulum teras pendidik- an Islam, penambahan bi- langan sekolah agama dan perlaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks ke-pada semua murid.

Pada masa ini, Jais mengurus sebanyak 12 buah pra-sekolah, 11 buah Sekolah Rendah Agama Integrasi, 212 buah Seko-lah Rendah Agama, 286 buah Kafa

Integrasi, 23 buah Sekolah Agama Menengah dan dua buah Sekolah Agama Menengah Tahfiz Sains dan

Teknologi.Sementara itu, lang-

kah ini disambut baik pentadbir dan guru Kafa di negeri ini. Bagi Guru Besar SRA Al-Humaira Batu Caves, Azmi Junus (gambar) yang dihu-bungi berkata, penam-bahan guru agama ini adalah bukti Kerajaan

Negeri ikhlas memperkasakan pen-didikan Islam di negeri itu.

Turut berkongsi kegembiraan ini ialah Guru Besar Kafa Integrasi Sun-gai Serai, Kuang, Mohd Ngasmawi Mufti, jelasnya, penambahan ini akan menyelesaikan masalah kekurangan tenaga pengajar di sekolah-sekolah di Selangor dan ia juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Penambahan ini akan mem-bantu sekolah-sekolah yang men-galami kekurangan tenaga pen-gajar kerana sekarang ini jumlah pelajar-pelajar semakin mening-kat dan memerlukan penumpuan untuk mendidik mereka,” katanya ketika dihubungi.

Sambut baik penambahan guru-guru agama

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

WAKTUSOLATSelangor

1 - 8 Jun 201211 - 18 rejab 1433

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

1 Jumaat 2 Sabtu 3 Ahad 4 Isnin 5 Selasa 6 Rabu 7 Khamis 8 Jumaat

1 Jumaat 2 Sabtu 3 Ahad 4 Isnin 5 Selasa 6 Rabu 7 Khamis 8 Jumaat

5:29 5:39 7:02 1:14 4:39 7:23 8:37 5:29 5:39 7:02 1:14 4:39 7:23 8:38 5:30 5:40 7:02 1:14 4:39 7:23 8:38 5:30 5:40 7:03 1:14 4:40 7:23 8:38 5:30 5:40 7:03 1:15 4:40 7:23 8:39 5:30 5:40 7:03 1:15 4:40 7:24 8:39 5:30 5:40 7:03 1:15 4:40 7:24 8:39 5:30 5:40 7:03 1:15 4:41 7:24 8:39

5:31 5:41 7:04 1:16 4:41 7:25 8:40 5:31 5:41 7:04 1:16 4:41 7:25 8:40 5:31 5:41 7:04 1:16 4:41 7:25 8:40 5:31 5:41 7:04 1:16 4:42 7:25 8:40 5:32 5:42 7:05 1:17 4:42 7:25 8:41 5:32 5:42 7:05 1:17 4:42 7:26 8:41 5:32 5:42 7:05 1:17 4:42 7:26 8:41 5:32 5:42 7:05 1:17 4:43 7:26 8:41

Warganegara tiada Mykad dibantuOleh nazLi iBrahiM

KLanG - Merah, biru dan kembali merah. Itulah pengalaman luar bia-sa Valiamah Adika ketika memohon MyKad daripada Jabatan Pendaft-aran Negara (JPN).

“Saya lahir di negara ini, su-rat beranak ada, cuma masalahnya masa saya kanak-kanak, bapa saya tak daftar untuk dapatkan kad pen-genalan biru.

“Kemudiannya bila saya dah umur dekat 40 saya daftar. Tetapi cuma da-pat kad pengenalan merah.

“Dengan bantuan anak-anak, saya cuba mohon untuk dapatkan Mykad biru. Saya dapat Mykad biru, tetapi ada tanda merah pada Mykad saya," kata ibu berusia 54 yang ditemui di satu majlis pendaftaran MyKad oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Apabila Valiamah pergi untuk memohon di pejabat JPN untuk kali ketiga bagi mendapatkan MyKad biru, perkara yang pelik berlaku apabila beliau diberi Mykad merah semula.

Valiamah antara 1,000 individu keturunan India yang hadir pada majlis pendaftaran MyKad terse-but yang diadakan di Dewan Dato Hamzah, di sini.

Majlis tersebut dianjurkan Men-teri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Selangor, Dr Xavi-er Jayakumar.

Turut hadir Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kapar, S Mani-kavasagam.

Bagi Rani Muruthai pula, beliau masih gagal memperolehi Mykad walaupun sudah 26 tahun memohon bagi dokumen tersebut.

“Selalunya tidak dapat jawapan daripada JPN. Bila saya daftar untuk

mohon Mykad, mereka suruh saya datang semula minggu depan tetapi tak ada apa-apa pun.

“Saya lahir di sini tetapi tak ada

Mykad buat saya susah nak buat apa-apa urusan rasmi dengan peja-bat kerajaan,” ujar Rani yang sudah mencecah usia 54 tahun.

Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, sesiapa yang dilahirkan di negara ini mempunyai hak yang sama bagi memiliki Mykad biru.

“Ini adalah hak rakyat, tanpa memiliki Mykad menjadikan sese-orang tertinggal dalam banyak hal, sukar menjalankan urusan rasmi, nak bersekolah dan malah hak un-tuk memilih siapa yang patut jadi kerajaan juga dinafikan.

“Kita tak boleh bergembira sebab ramai lagi yang tak dapat Mykad walaupun dilahirkan di sini,” ujar Abdul Khalid.

Tambahnya, Kerajaan Negeri mem- peruntukan RM500,000 dari pada Geran Selangorku bagi membiayai kempen pendaftaran tersebut.

DapatKan Selangor Kini

Pejabat Penyelaras DUN

Masjid Semasa Solat Jumaat

Pejabat Penghulu Surau - surau

Terpilih

E-paper Selangor Kini boleh dibaca di www.selangorku.com

Pejabat Adun /Pusat Khidmat Wakil Pakatan Rakyat

Saya lahir di negara ini, surat beranak ada, cuma masalah-nya masa saya kanak-kanak, bapa saya tak daftar untuk dapatkan kad pengenalan biru. Kemudiannya bila saya dah umur dekat 40 saya daftar. Tetapi cuma dapat kad pengenalan merah

- VALiAmAh

BAGUS... keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah pemegang Mykad merah disambut baik Rani Muruthai (kiri)

Page 15: Selangor Penggerak Kemajuan Saksama Kini · tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Penyerahan Notis ... dat untuk mengurus air di Se-langor, harga

Selangor Kini Hubungi TalianBebas Tol

1-800-88-2824

masalahsampah ?

BERITA/ ARTIKEL/ VIDEO

http://www.selangorku.com/?feed=rss2http://twitter.com/#!/mediaselangorku/http://www.facebook.com/pages/MediaSelangorku/150451995067281

Layari www.selangorku.comUntuk informasi & berita terkini

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Lot 6, Jalan Tukang 16/4, Seksyen 16, 40200, Shah Alam. Tel: 03- 55196373 Faks: 03 - 55127985

teknOlOGi BarU… Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping dan Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Roslan Sakiman mencuba kotak 3R solar pada Majlis Pelancaran Projek Perintis Kotak 3R Sempena Kempen Kitar Semula 2012. Penggunaan kotak kitar semula 3R tenaga solar ini meletakkan MBPJ sebagai bandar raya perintis dalam pelbagai program hijau

Kerajaan Negeri tambah 5,161 guru pendidikan islam Oleh nOrhayati UMOr

SaBaK BernaM - Kesungguhan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor memarta-batkan agenda pendidikan Islam terserlah apabila bersetuju menambah 5,161 jawa-tan guru agama di negeri ini yang ber-naung di bawah Jabatan Agama Islam Se-langor (Jais).

Pertambahan ini jelas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjuk-kan Kerajaan Negeri memiliki kemampuan kewangan yang mencukupi untuk melak-sanakan penambahan jawatan ini bagi me-nampung kekurangan guru masa kini.

Katanya, setakat ini seramai 9,128 orang guru mengurus dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang meli-batkan seramai 238,572 pelajar.

“Jumlah pertambahan pelajar setiap ta-hun menyebabkan guru yang dipertang-gungjawabkan tidak mencukupi.

“Jumlah guru itu juga merangkumi pelbagai jawatan sama ada tetap, kontrak dan sambilan,” katanya dalam ucapan di Majlis Sambutan Hari Guru Jais Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Pendidikan Islam Jais, Bagan Terap, Sabak Bernam, di sini.

Hadir sama, Pengarah Jais, Datuk Mar-zuki Hussin dan Exco Pendidikan, Pendi-dikan Tinggi dan Pembangunan Modal In-san, Dr Halimah Ali.

Selain itu, Abdul Khalid juga mengu-mumkan Kerajaan Negeri meluluskan per-mohonan kenaikan pangkat guru Jais Gred Lihat muka 15

DG41 ke Gred DG44 dan kenaikan pang-kat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA29 ke Gred DGA32.

Tambahnya lagi, dalam tempoh terde-kat ini juga, kerajaan negeri akan meng-

iklankan kekosongan 60 jawatan tetap guru bagi gred jawatan DG41, DGA29, DG48, DG44 dan DG41.

“Pada masa yang sama juga bagi mengisi perjawatan gred DGA34, DGA32 dan DGA29,” katanya.

Sistem pendidikan Islam kelolaan Jais bermula sejak tahun 1945 dan apabila mengambil alih pentadbiran negeri pada tahun 2008, banyak perubahan dibuat terhadap sistem pendidikan Islam.