nota - waran peruntukan kecil

Upload: tunperak16

Post on 17-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

waran

TRANSCRIPT

1

1. Waran Peruntukan Asal

Waran Peruntukan Asal merupakan peruntukan yang diterima seperti yang diluluskan dalam belanjawan bagi sesuatu tahun kewangan.

Skrin Waran Peruntukan Asal ini akan memaparkan Kod Jenis Urusniaga: 11001.

2. Waran Peruntukan Tambah

Waran Peruntukan Tambah ini hanya akan dikeluarkan jika salah satu cawangan PTJ memohon untuk penambahan kewangan dari jumlah asal peruntukan yang telah ditetapkan dalam Waran Peruntukan Asal.

Konsep Waran Peruntukan Tambah ini sama dengan Waran Peruntukan Asal. Cuma Waran Peruntukan Tambah merupakan penambahan peruntukkan yang berlaku beberapa kali dalam setahun atau secara tidak dijangka (darurat) dan mendapat kelulusan peruntukan daripada kabinet. Nilai peruntukan kewangan tambahan ini akan dicampurkan kepada nilai asal waran untuk mendapatkan nilai peruntukan kewangan yang baru.

Skrin Waran Peruntukan Tambah ini akan memaparkan Kod Jenis Urusniaga: 11002 dengan ruangan catatan yang menjelaskan perihal tambahan peruntukan tersebut.

3. Waran Peruntukan Pindahan/ Viremen

Waran Peruntukan Pindahan/ Viremen ini akan dihasilkan sekiranya sesuatu peruntukan itu perlu disalurkan dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain atau dari satu SODO ke satu SODO yang lain. Untuk setiap pemilihan jenis waran yang tertentu, pengguna akan dipaparkan dengan satu borang kosong Waran Peruntukan bersama-sama satu senarai fungsi bagi setiap butang.

Skrin Waran Peruntukan Pindahan/Viremen ini akan memaparkan Kod Jenis Urusniaga: 11003.

4. Waran Peruntukan Ditarik

Waran Peruntukan Ditarik ini hanya akan dikeluarkan kepada cawangan-cawangan PTJ yang berkenaan apabila PTJ utama ingin menarik-balik sesuatu waran. Penarikan balik waran ini dibuat setelah PTJ mendapati ada berlaku lebihan peruntukan di PTJ yang menerima. Pengguna perlulah memastikan waran peruntukan yang hendak ditarik balik tersebut telah dikemaskinikan di BAS dan berstatus 8.

Skrin Waran Peruntukan Ditarik ini akan memaparkan Kod Jenis Urusniaga: 11004.

5. Waran Peruntukan Kecil

Waran Peruntukan Kecil ini merupakan peruntukan yang diagihkan untuk PTJ-PTJ di bawah Jabatan yang sama, waran ini juga boleh dikeluarkan kepada PTJ-PTJ yang berada di bawah Jabatan yang berlainan untuk tujuan yang tertentu.

Terdapat 2 kategori Waran Peruntukan Kecil iaitu:

1. Waran Peruntukan Kecil (+)

2. Waran Peruntukan Kecil (-)

Bagi penyediaan Waran Peruntukan Kecil (+) / (-), sila rujuk manual pengguna. Skrin Waran Peruntukan Kecil ini akan memaparkan Kod Jenis Urusniaga: 11005.

6. Waran Peruntukan Dibatalkan

Waran Peruntukan Dibatalkan digunakan bagi membatal Waran Peruntukan yang belum dibelanjakan lagi oleh PTJ yang menerima waran dan telah Dikemaskinikan di BAS (status 8).

Skrin Waran Peruntukan Dibatalkan ini akan memaparkan Kod Jenis Urusniaga: 11101.