6. kertas pertuduhan, fakta kes, saman dan waran tangkap

Upload: mazlan-mansor

Post on 09-Mar-2016

265 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Subjek T2S2 Dip. Kesihatan Persekitaran bagi pelatih PPKP

TRANSCRIPT

  • PROSEDUR PERUNDANGANKPPP2214

  • OBJEKTIF AM

    Dalam bab ini, anda akan mengetahui cara-cara

    untuk penyediaan Pertuduhan, Fakta Kes, Saman dan Waran Tangkap untuk dikemukakan ke mahkamah.

  • OBJEKTIF KHUSUS Pada hujung sesi ini anda dapat:

    1. Menerangkan maksud Pertuduhan.

    2. Menerangkan objektif Pertuduhan.

    3. Menerangkan cara penyediaan Pertuduhan.

    4. Mempraktikkan cara penyediaan Pertuduhan.

    5. Menerangkan maksud Saman

    6. Menerangkan tujuan penyediaan saman.

    7. Menerangkan cara penyediaan Saman.

    8. Menerangkan maksud saman kepada saksi.

    9. Menerangkan maksud waran tangkap.

  • PENGENALAN

    Apabila keputusan telah dibuat oleh sesebuah agensi penguatkuasaanundang-undang, untuk meneruskan pendakwaan kesalahan jenayahsetelah menerima sanksi atau keizinan mendakwa;

    1. Pertama; penyediaan Pengaduan. (Disediakan dalam borang yang sedia ada).

    2. Kedua; menyediakan Pertuduhan dan Saman. (dokumen ini perludisedia dalam borang yang sedia ada).

    3. Kesemua dokumen ini perlu diisi dalam tiga salinan.

    4. Dokumen-dokumen ini perlu dihantar ke mahkamah untuk prosespendaftaran kes.

  • MAKSUD PERTUDUHAN

    Pertuduhan perlu dirangka samada oleh pegawaipenyiasat atau pegawai pendakwa sendiri.

    Rangka pertuduhan itu harus mematuhi seksyen 152 dan 153, Kanun Prosedur Jenayah.

    Pertuduhan adalah dakwaan perbuatan salah terhadapseseorang mengikut peruntukan undang undang Sek152 KPJ.

    Ia merupakan satu dokumen formal tuduhan yang disediakan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.

    Ia menerangkan kesalahan yang dilakukan olehtertuduh.

  • 1. Masa dan tempat kesalahan berkenaan itu berlaku;

    2. Mangsa orang atau benda (jika bekenaan) yang telahdiperlakukan kesalahan itu;

    3. Penggunaan bahasa undang-undang dan rujukan seksyen undang-undang yang tepat;

    4. Seksyen yang menyatakan hukuman berkenaan kesalahan itu; dan

    5. Hanya satu kesalahan sahaja dibenarkan dalam satupertuduhan;

    SETIAP PERTUDUHAN HARUS MENGANDUNGI BUTIR-BUTIR BERIKUT:

  • Selepas merangka pertuduhan, pihak pendakwa dikehendaki menaippertuduhan dengan menggunakan borang yang dikenali sebagai

    Kertas Pertuduhan.

    Terdapat dua jenis Kertas Pertuduhan iaitu Mahkamah 114 (Borang A) digunakan jika terdapat seorang tertuduh

    sahaja dan

    Mahkamah 113 (Borang B) digunakan apabila terdapat lebih daripadaseorang tertuduh.

    Setiap Kertas Pertuduhan hendaklah mengandungi butir-butir yang dinyatakan dalam sekseyn 176(2) KPJ.

  • PERTUDUHAN BOLEH DIBUAT:

    Selepas seseorang ditangkap di tempat kejadian jenayah atau semasa / selepas penyisatan jenayah,

    Selepas seseorang ditangkap berdasarkan waran tangkapyang dikeluarkan oleh mahkamah dan

    Selepas penerimaan pengaduan oleh pihak mahkamah.

  • OBJEKTIF PERTUDUHAN.

    Untuk menyatakan identiti dan alamat sebenar orang kena tuduh.

    Untuk merekodkan jenis hukuman yang dikenakan.

    Untuk menerangkan tarikh, masa jenis kesalahan dan hukuman.

    Sebagai kayu pengukur bagi hakim samada semua beban pembuktian telah dapat dikemukakan oleh pendakwa berdasarkan ramuan yang terkandung di dalam KPJ.

  • BAGAIMANA MENYEDIAKANPERTUDUHAN.

    Guna borang Mahkamah 114 jika seorang sahaja dituduh

    Jika ruangan tidak mencukupi gunakan lampiran.

    Bagi tuduhan lebih dari seorang guna borang Mahkamah 113

  • BUTIRAN YANG PERLU ADA DI DALAMPERTUDUHAN.

    Menyatakan kesalahan (Seksyen 152(i) KPJ)

    Menggunakan perkataan yang sama seperti yang terdapat didalam seksyen undang undang (Seksyen 152(ii) KPJ)

    Atau perkataan yang hampir dan mudah difahami (contoh: abu telah melakukan Pencabulan (pencerobohan) keatas tanah rezab kerajaan ) ( Sek 152 (iii) KPJ)

    Sebutkan seksyen kesalahan ( Sek 152(iv) KPJ)

    Nyatakan masa,tempat kesalahan, berlaku (Sek153(l) KPJ)

    Sebutkan seksyen penalti

  • DI MANA TERTUDUH DITUDUH?

    Bila Kertas Pertuduhan didaftarkan, satu nombor akan diperuntukkan.

    Tertuduh akan dituduh secara rasminya di dalam mahkamah terbuka di mana orang awam mempunyai akses.

    Seseorang majistret atau hakim mahkamah sesyen tidak diberi kuasa untuk memulaukan orang awam tanpa apa-apa peruntukan-peruntukan statut.

    Walau bagaimanapun, majistret atau hakim mahkamah sesyen boleh memulau atau menghalau orang yang mengganggu proseding mahkamah.

    Tertuduh boleh dibawa ke mahkamah samada dengan saman atau ditangkap.

    Sekiranya beliau tidak hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang disebutkan, maka waran tangkap boleh dikeluarkan oleh pihak mahkamah berkenaan.

  • BORANG PERTUDUHAN UNTUK LEBIH DARI SATUTERTUDUH MAHKAMAH 113 (HADAPAN).

  • CONTOH KONTEN PERTUDUHAN.

    Bahawa kamu pada 20hb April, 2003 lebih kurang jam 2.50 petang , dipremis No.426, Jalan Makmur 1, Taman Temiang Jaya, Dalam Daerah Seremban, Dalam Negeri Sembilan, telah didapati membiarkan keadaan itu terjadi iaitu membiak jentik-jentik nyamuk aedes aegypti, sejenis serangga pembawa penyakit, di dalam bekas plastik yang terletak di atas peti televisyen di ruang tamu. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah Sek.13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan) 2000 dan boleh dihukum dibawah Sek.23(a) Akta yang sama.

  • PERINGATAN PENTING!!

    Pertuduhan berasingan bagi kesalahan yang berlainan dan setiap pertuduhan itu hendaklah dibicarakan secara berasingan. (Sek. 163, KPJ)

    Tiga kesalahan yang sama jenisnya yang dilakukan dalam tempoh 12 bulan boleh dipertuduhkan bersama. (Sek.164, KPJ)

  • FAKTA KES

    Dokumen yang terdapat dalam Kertas Siasatan.

    Merupakan suatu ringkasan fakta yang mengandungi butiran atau elemen yang cukup bagi menjadikan suatu kesalahan.

    Tujuan penyediaan FK, adalah menyokong fakta perakuan bersalah oleh OKS di Mahkamah, agar Majistret memastikan tertuduh memahami sifat dan akibat akuannya.

  • KENAPA MAHKAMAH PERLU MEMASTIKAN TERTUDUH MEMAHAMI

    SIFAT DAN AKIBAT AKUANNYA?

    Sebabnya, Mahkamah pun perlu mematuhi sek.173(b), KPJ iaitu peruntukan prosedur dalam perbicaraan terus.

    Supaya Mahkamah dapat merekod pengakuan OKS sama ada pertuduhan tersebut yang asal atau yang telah dipinda dan bolehlah mahkamah sabitkan dan jatuhkan hukuman menurut undang-undang.

  • Fakta kes Sekiranya tertuduh mengaku salah, pihak pendakwa

    hendaklah mengemukakan fakta -fakta kes Tertuduh mesti ditanya sama ada dia mengaku akan fakta

    fakta kes

    Jika tertuduh mengaku fakta kes, mahkamah akan merekodsabitan terhadap tertuduh

    Jika tertuduh membantah fakta-fakta itu mahkamah harus tolak

    pengakuan bersalah tertuduh dan menetapkan tarikh bicara

  • Butir-butir fakta kes

    1. Fakta kes hendaklah menunjukkan kesalahan sepertidalam pertuduhan, nama spesifik dalam statut.

    2. Mesti mengandungi semua intipati kesalahan3. Hendaklah megandungi fakta yang boleh dibuktikan oleh pendakwaan

    dan yang diperlukan dalam pertuduhan.a) Tarikh, masa, tempat dan orang berserta no. Kad Pengenalan / pasport

    b) Pelanggaran undang-undang no. seksyen, peraturan

    c) Jenis hukuman berserta no. seksyen, peraturan.

    d) Orang yang bertanggungjawab terhadap kejadian / orang lain yang terlibat

    4. Tidak perlu suatu cerita yang panjang lebar

    5. Panjang sesuatu fakta kes bergantung kepada jenis kes, intipati kes dan pertuduhan.

  • PERBINCANGAN ;

    Apakah cara dan kaedah untuk memaksa individu yang melakukan kesalahan hadir ke mahkamah?

    Selain dari KPJ, adakah statut kesihatan awam yang memperuntukan cara untuk memaksa individu yang melakukan kesalahan hadir ke mahkamah?

  • PERNAH KENA SAMAN?

  • SAMAN. Saman adalah satu dokumen undang-undang yang dikeluar dan disah oleh mahkamah yang menghendaki kehadiran seseorang untuk menjawab pertuduhan yang dihadapkan ke atas beliau.

    Di negara kita, peruntukan tentang saman diterangkan dalam Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

    Bentuk saman diterangkan di seksyen 34(1) KPJ. Menurut Seksyen 34 (2) KPJ, saman biasanya disampaikan oleh polis tetapi boleh juga disampaikan oleh orang lain dengan kebenaran mahkamah.

  • APAKAH KES SAMAN? Seksyen 2, KPJ; Kes Saman adalah suatu kes berhubung dengan suatu kesalahan yang bukannya menjadi kes waran.

    Rujuk Jadual Pertama iaitu Jadual penyataan Kesalahan Terhadap Undang-undang lain daripada Kanun Keseksaan.

    Jadual tersebut menyatakan bahawa Kes Saman adalah suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara kurang dari 3 tahun atau dengan denda sahaja.

  • SEKSYEN 35 KPJ MENERANGKAN CARAPENYAMPAIAN SAMAN.

    Saman hendak disampaikan kepada orang yang disaman itu sendiridengan menunjukkan saman asal kepadanya dan dengan menawarkan atau menyerahkankepadanya satu salinan saman tersebut di bawah meterai mahkamah (Seksyen 35 (1)KPJ).

    Seksyen 35 (2) KPJ menyatakan orang yang menerima saman dikehendakkimenandatangani di belakang saman asal untuk mengesahkan bahawa ia telahmenerimanya.

    Seksyen 35 (3) KPJ menyatakan sekiranya saman disampaikan kepada perbadanan, makasaman hendak disampaikan kepada setiausaha atau mana-mana pegawai lainperbadanan berkenaan.

    Seksyen 35 (4) KPJ menyatakan sekiranya orang yang disaman tidak dijumpai apabilatelah berusaha mencarinya, maka saman itu boleh disampaikan dengan meninggalkansalinannya pada mana-mana orang dewasa ahli keluarganya atau pun kepada oranggajinya yang tinggal bersama-samanya.

  • Seksyen 36, KPJ menerangkan prosedur jika penyampaian secara sendiritidak dapat dilaksanakan.

    Jika orang yang disaman itu tidak dapat dijumpai sungguhpun telahberusaha mencarinya dan penyampaian itu tidak dapat dilaksanakanmenurut seksyen 35 (4) KPJ, maka pegawai yang menyampaikansaman itu hendaklah menampalkan salinan saman itu di mana-manabahagian rumah itu yang dapat dilihat atau di mana-mana tempat lain dimana orang yang disaman itu biasanya tinggal dan dalam keadaan itujika mahkamah itu mengarahkan sedemikian, baik sebelum ataupun

    sesudah ditampalkan, maka saman itu disifatkan sebagai telahdisampaikan dengan sahnya.

    Seksyen 37 KPJ menerangkan bukti penyampaian. Apabila sesuatu samanyang dikeluarkan oleh mahkamah disampaikan, affidavit darihalpenyampaian itu yang dibuat di hadapan pegawai yang berkuasamengendalikan sumpah bolehlah diterima menjadi keterangan.

  • TUJUAN SEDIAKAN SAMAN.

    Satu keperluan dibawah Sek 34 KPJKaedah menghendaki seseorang hadir di mahkamah untuk menjawab pertuduhan yang dihadapkan kepadanya

  • BAGAIMANA MENYEDIAKAN SAMAN

    Guna borang Mahkamah 111 Jika ruangan tidak mencukupi gunakan lampiran

    Nota:Surat rasmi perlu disediakan apabila menghantar pengaduan, pertuduhandan saman ke mahkamah untuk didaftarkan. Contoh surat disertakan.

  • KONTEN SAMANSemasa menyediakan saman, saman mesti:

    (i) Dalam bentuk bertulis;

    (ii) Ditandatangani oleh pegawai yang mengeluarkannya dengan pangkatpejabatnya;

    (iii) Mencatatkan tarikh saman dikeluarkan dan mahkamah yang mengeluarkannya;

    (iv) Mencatatkan nama tertuduh dan kesalahan yang dilakunya; specify the name of the accused and the offense alleged;

    (v) Menetapkan tarikh, masa dan tempat di mana tertuduh mesti hadir; Mengepilkan satu salinan maklumat, pengaduan atau indictment;

    dan Konten saman adalah sama seperti pertuduhan.

  • CONTOH KONTEN SAMAN

    Bahawa kamu pada 20hb April, 2003 lebih kurang jam 2.50 petang, di premis No.426, Jalan Makmur 1, Taman Temiang Jaya, Daerah Seremban, Negeri Sembilan, telah didapati membiarkan keadaan itu terjadi iaitu membiak larva aedes aegypti , sejenis serangga pembawa penyakit, di dalam bekas plastik yang terletak di atas peti televisyen di ruang tamu. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah Sek.13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan) 2000 dan boleh dihukum dibawah Sek.23(a) Akta yang sama.

  • CONTOH SURATMEMOHONPENDAFTARANPENGADUAN

  • CARTA ALIR PROSEDUR PENYAMPAIAN SAMAN

    PPKP Terima Saman dan rekodkan

    PPKP Arahkan PS untuk sempurnakan Saman

    PS Ke lokasi OKS

    OKS tidak ditemuiOKS ditemui

    A Alamat SalahAlamat Betul

    B

    PS Lengkapkan diari siasatan dan serah

    kepada PO

    PO - Pohon Kes di

    DNAA

    Tamat

    Mula

  • CARTA ALIR ORANG KENA SAMAN

    DITEMUI

    PS - Bertemu dengan OKS

    PS - Terangkan tatacara saman

    Tidak Terima

    PS - Buat Laporan

    Polis

    Terima

    PS - Serahkan

    samanPS - Dapatkan bantuan Polis

    PS - Serahkan

    saman

    PS - Sediakan Diari

    Siasatan dan serahkan

    kepada

    KPPKP/PPKPK/PPKP

    Tamat

    A

    Enggan Terima

  • CARTA ALIR ORANG KENA SAMAN TIDAK DITEMUI (ALAMAT BETUL)

    B

    PS - Jumpa

    penghuni dewasa

    Tidak DitemuiDitemui

    PS - Terangkan

    tatacara saman

    PS - Tinggalkan

    saman

    PS - Lengkapkan Borang 252.

    Pin. 1/78

    PS - Buat akuan sumpah

    PS - Kemukakan kepada

    KPPKP/ PPKPK / PPKP

    KPPKP/ PPKPK / PPKP -

    Pohon penyampaian gantianPS - Sediakan diari

    siasatan Izin Tidak

    di beri Izin di beri

    KPPKP/ PPKPK / PPKP -

    Arah PS untuk sempurnakan

    saman

    PS - Kemukakan

    kepada KPPKP/

    PPKPK / PPKP

  • Izin

    Tidak di

    beri

    Izin di

    beri

    KPPKP/ PPKPK / PPKP -

    Arah PS untuk sempurnakan

    saman

    KPPKP/ PPKPK

    / PPKP - Pohon

    kes di DNAA

    PS Pergi ke lokasi OKS

    PS Tampal saman

    PS Isi Borang 252. Pin.1/78

    PS Buat akuan sumpah dan sediakan diari siasatan

    PS - Kemukakan kepada

    KPPKP/ PPKPK / PPKP

    Tamat

    PS - Kemukakan

    kepada KPPKP/

    PPKPK / PPKP

  • SAMAN KEPADA SAKSI (SUBPOENA).

    Sekiranya kehadiran saksi di mahkamah diperlukan untuk kes-kestertentu, pegawai pendakwa akan memohon saman kepada saksi (subpoena)dikeluarkan.

    Saman kepada saksi ialah satu perintah rasmi mahkamah memerlukanseseorang hadir di mahkamah pada tarikh, masa dan tempat yang tercatatuntuk memberi keterangan ke atas sesuatu kes yang dibicarakan.

    Mahkamah akan menyediakan saman kepada saksi apabila menerima suratpermohonan dari pegawai pendakwa jabatan kerajaan. (Biasanya iaditantangani oleh pendaftar mahkamah atau majistret atau hakim)

  • SUBPOENA - SEPINA

    Saman kepada saksi dikeluarkan kerana pihak yang memohonpercaya individu yang di saman mempunyai pengetahuantentang kes yang bicarakan.

    Saman kepada saksi mesti disampaikan kepada saksi sendiri. Biasanya saman kepada saksi disampaikan kepada saksi olehpolis tetapi ia boleh disampaikan oleh pegawai kerajaan laindengan kuasa bertulis yang diberi oleh pihak mahkamah.

  • SAMAN KEPADA SAKSI DISEDIAKAN OLEH PIHAK MAHKAMAH DAN BIASANYA MENGANDUNGI

    MAKLUMAT BERIKUT:

    1. Nama mahkamah;

    2. Jenis kesalahan (mesti sama dengan sama);

    3. Nombor saman

    4. Nama orang yang dikehendakki menghadiri mahkamah untuk memberiketerangan; dan

    5. Tarikh, masa dan tempat tepat di mana keterangan perlu diberi. Sekiranyamasa yang diambil untuk perbicaraan adalah lama, saman kepada saksi tersebutakan menunjukkan bahawa saksi tersebut mesti boleh dikesan sehingga kesselesai.

    6. Saksi yang menerima saman kepada saksi mesti hadir di mahkamah padatarikh, masa dan tempat seperti yang tercatat di dalam saman kepada saksi.Sekiranya beliau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, maka warantangkap akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

  • BORANG SAMAN

    KEPADA SAKSI(SEPINA)

  • AFFIDAVITDefinisi. Written declaration made under oath; a written statement sworn

    to be true before someone legally authorized to administer an oath.

    (akuan bertulis yang dibuat secara bersumpah; satu kenyataan bertulis bersumpah untuk menjadi benar di hadapan orang yang diberi kuasa oleh

    undang-undang untuk mengendalikan sumpah)

    Sumber: wikipedia.org/wiki/Affidavit

    Affidavit adalah satu akuan bertulis yang dibuat dihadapan pegawai yang mengendalikan sumpah dan boleh diterima menjadi keterangan di mahkamah.

    Sumber : SOP, Penguatkuasaan dan Perundangan Kesihatan Awam

  • PENYERAH SAMAN

    Definisi Penyerah Saman adalah mana-mana Pembantu

    Kesihatan Awam yang diberi kebenaran oleh Mahkamah yang mengeluarkan saman di bawah Seksyen 34(ii) Kanun Prosedur Jenayah

  • AFFIDAVIT PENYAMPAIAN

    Bermaksud; Penyampaian ganti dalam bidangkuasa mahkamah Apabila sesuatu saman atau dokumen itu gagal disampaikan secara biasa dan setelah Mahkamah berpuashati bahawa segala usaha yang munasabah telah dilakukan bagi menyempurnakan saman tersebut (seksyen 48(1)

    Mahkamah boleh memerintahkan supaya saman atau dokumen lain itu disampaikan dengan cara gantian

    Penyampaian ganti ini boleh dibuat dengan cara menampalkan suatu salinan di papan kenyataan Mahkamah dan juga di suatu tempat yang mudah dilihat di bangunan tempat terakhir (alamat terakhir) orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan diketahui tinggal.

    Penyampaian ganti juga boleh dibuat dengan apa-apa cara lain yang Mahkamah fikirkan patut.

  • KES WARAN ?

    Seksyen 2, KPJ ; Kes Waran adalah sesuatu kes yang berhubung dengan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum MATI, atau dipenjarakan untuk tempoh melebihi 6 bulan. (Ini adalah untuk kesalahan di bawah kanun keseksaan)

    Rujuk Jadual Pertama iaitu Jadual penyataan Kesalahan Terhadap Undang-undang lain daripada Kanun Keseksaan.

    Jadual tersebut menyatakan bahawa Kes Waran adalah suatu kesalahan yang boleh dihukum bunuh atau penjara 3 tahun dan lebih.

    Jika tertuduh tidak lagi berada dalam tahanan polis dan kesalahan tertuduh adalah merupakan kes waran, Pihak Pendakwa BOLEH memohon Waran Tangkap untuk memberkas tertuduh yang masih bebas.

  • WARAN TANGKAP

    Dikeluarkan oleh Mahkamah secara bertulis dan ditandatangi seperti diperuntukkan oleh Akta Mahkamah Rendah 1948 atau Akta Mahkamah Kehakiman 1964 serta dimeterai oleh Mahkamah.

    Setiap waran akan berkuatkuasa sehingga dibatalkan oleh mahkamah yang mengeluarkannya.

  • WARAN TANGKAP(ARREST WARRANT)

    Sekiranya tertuduh atau saksi tidak menghadiri mahkamah pada tarikhdan masa yang ditetapkan, makahmah akan mengeluarkan waran tangkap.

    WT boleh dikeluarkan oleh mahkamah untuk menangkap suspek dalam kes-kes jenayah yang serius seperti pembunuhan.

    WT ialah satu dokumen yang membawa seseorang untuk pengurunganpolis.

    WT digunakan sebagai satu perintah rasmi dari mahkamah untuk menahantertuduh supaya beliau menjawab sesuatu jenayah yang disyaki.

    WT dikeluarkan oleh majistret, hakim atau pendaftar mahkamah.

    Peruntukan WT, Sek. 38(1), Sek.38(2), Sek. 39. Sek. 40(1), Sek.40(2), Sek. 41 43, KPJ.

  • BENTUK WARAN TANGKAP

    Setiap Waran Tangkap mesti:(i) Dalam bentuk bertulis ;

    (ii) Ditujukan kepada pegawai polis seluruh negara;

    (iii) Ditandatangani oleh pegawai yang mengeluarkannya denganjawatannya, pejabat dan tarikh ia dikeluarkan;

    (iv) Mencatat nama tertuduh;

    (v) Catatkan maklumat tentang kes tersebut (maklumat adalah sama sepertisaman);

    (v) Tarikh beliau perlu dibawa ke mahkamah dan

    (vi) Mengarahkan penangkapan tertuduh kecuali jika beliau mematuhi syaratpelepasan yang tercatat dalam waran.

  • BORANG WARAN

    TANGKAP

  • Latihan

    Sediakan satu rangka saman kesalahan di bawah APSPP 1975/AM 1983/PPM 1985/PKHT 2004

    Sediakan satu rangka Pertuduhan kesalahan di bawah APSPP 1975/AM 1983/PPM 1985/PKHT 200

    1/21/2010

    52

    X

    XX

    XXX

    X

    X

    X

    XXX

    X X

    X

    XX

  • 53

    X

    X

    X

    XX

    X

    X

  • 54

    X

    X

    X

    X

    X

    X XX X X

    X

  • Terima Kasih