nota teks pengacaraan

5
NOTA PENGACARAAN MAJLIS Pengenalan Penganjuran majlis merupakan kelaziman yang terdapat dalam mana-mana pertubuhan di Malaysia. Majlis itu pula diadakan untuk tujuan-tujuan tertentu sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi seperti majlis anugerah cemerlang, hari penyampaian diploma dan sijil, hari guru, majlis makan malam dan sebagainya. Majlis akan bertambah berseri dengan adanya seorang pengacara majlis. Pengacara majlis berperanan untuk memudahkan kelangsungan majlis mebgikut aturcara yang ditetapkan oleh penganjur. Pengacara majlis ialah orang pertama yang tampil kehadapan untuk memberikan pembuka kata dan memperkenalkan satu-satu majlis it. Pengacar majlis dapat melakukan tugasnya dengan lancar jika atur cara majlis disusun dengan sempurna, dengan kata lain, buku atur cara majlis menjadi panduan penting kepada pengacara majlis. Definisi Pengacara Majlis Pengacara ialah individu yang mengendalikan perjalanan acara-acara sesuatu majlis, persembahan atau pertunjukkan. Pengacara juga disebut sebagai juruacara yang merujuk kepada orang yang memimpin sesuatu majlis. Majlis pula ialah perjumpaan yang mengumpulkan orang ramai atau sesuatu keramaian yang diadakan untuk sesuatu tujuan. Majlis juga merujuk kepada tempat perjumpaan yang mengumpulkan orang ramai atau sesuatu keramaian yang diadakan untuk sesuatu tujuan. Majlis juga merujuk kepada tempat perjumpaan bagi melaksanakan sesuatu sambutan. Jenis Majlis Secara umumnya terdapat tiga jenis majlis iaitu majlis rasmi, majlis separuh rasmi dan majlis tidak rasmi. Majlis rasmi atau disebut majlis formal atau separuh formal ialah majlis yang mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi bagi majlis itu seperti peraturan undangan, tempat yang ditentukan, sistem panggilan, peraturan pakaian, sambutan tetamu, tempat duduk dalam majlis dan sebagainya. Majlis yang bersifat rasmi sepenuhnya mempunyai sistem protokol yang lebih ketat dan terperinci. Majlis sedemikian biasanya mempunyai dua taraf hadirin iaitu raja-raja yang memerintah dan raja muda atau tengku mahkota manakala hadirin yang kedua ialah pemimpin-pemimpin peringkat menteri, ketua-ketua jabatan dan sebagainya. Peranan pengacara majlis dua-dua majlis ini adalah berbeza. Bagi pengacara majlis rasmi tugasnya lebih mencabar dan memerlukan orang yang berpengalaman. Hal ini kerana sebarang kesilapan akan mudah terlihat dan seterusnya boleh memberikan gambaran yang tidak baik. Dalam konteks ini, pengacara majlis akan mempunyai skrip

Upload: mohd-shafuan-zulkafli

Post on 15-Jun-2015

8.015 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Nota yang diperoleh daripada pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Teks Pengacaraan

NOTA PENGACARAAN MAJLIS

Pengenalan

Penganjuran majlis merupakan kelaziman yang terdapat dalam mana-mana pertubuhan

di Malaysia. Majlis itu pula diadakan untuk tujuan-tujuan tertentu sama ada secara

rasmi mahupun tidak rasmi seperti majlis anugerah cemerlang, hari penyampaian

diploma dan sijil, hari guru, majlis makan malam dan sebagainya.

Majlis akan bertambah berseri dengan adanya seorang pengacara majlis. Pengacara

majlis berperanan untuk memudahkan kelangsungan majlis mebgikut aturcara yang

ditetapkan oleh penganjur. Pengacara majlis ialah orang pertama yang tampil

kehadapan untuk memberikan pembuka kata dan memperkenalkan satu-satu majlis it.

Pengacar majlis dapat melakukan tugasnya dengan lancar jika atur cara majlis disusun

dengan sempurna, dengan kata lain, buku atur cara majlis menjadi panduan penting

kepada pengacara majlis.

Definisi Pengacara Majlis

Pengacara ialah individu yang mengendalikan perjalanan acara-acara sesuatu majlis,

persembahan atau pertunjukkan. Pengacara juga disebut sebagai juruacara yang

merujuk kepada orang yang memimpin sesuatu majlis. Majlis pula ialah perjumpaan

yang mengumpulkan orang ramai atau sesuatu keramaian yang diadakan untuk

sesuatu tujuan. Majlis juga merujuk kepada tempat perjumpaan yang mengumpulkan

orang ramai atau sesuatu keramaian yang diadakan untuk sesuatu tujuan. Majlis juga

merujuk kepada tempat perjumpaan bagi melaksanakan sesuatu sambutan.

Jenis Majlis

Secara umumnya terdapat tiga jenis majlis iaitu majlis rasmi, majlis separuh rasmi dan

majlis tidak rasmi. Majlis rasmi atau disebut majlis formal atau separuh formal ialah

majlis yang mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi bagi majlis itu

seperti peraturan undangan, tempat yang ditentukan, sistem panggilan, peraturan

pakaian, sambutan tetamu, tempat duduk dalam majlis dan sebagainya.

Majlis yang bersifat rasmi sepenuhnya mempunyai sistem protokol yang lebih ketat dan

terperinci. Majlis sedemikian biasanya mempunyai dua taraf hadirin iaitu raja-raja yang

memerintah dan raja muda atau tengku mahkota manakala hadirin yang kedua ialah

pemimpin-pemimpin peringkat menteri, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.

Peranan pengacara majlis dua-dua majlis ini adalah berbeza. Bagi pengacara majlis

rasmi tugasnya lebih mencabar dan memerlukan orang yang berpengalaman. Hal ini

kerana sebarang kesilapan akan mudah terlihat dan seterusnya boleh memberikan

gambaran yang tidak baik. Dalam konteks ini, pengacara majlis akan mempunyai skrip

Page 2: Nota Teks Pengacaraan

yang telah disediakan terlebih dahulu. Skrip tersebut disemak dan diedit sebaik

mungkin. Bagi majlis tidak rasmi pula, pengacara majlis boleh bercakap secara

sepontan dan dibenarkan menggunakan ayat-ayat yang biasa. Malah dalam suasana

tertentu pengacara majlis dibenarkan menyelitkan unsur-unsur kecindan.

Secara lebih khusus, majlis yang terdapat di negara ini dapat dikategorikan kepada lima

jenis seperti yang berikut:

1. Majlis Penuh Istiadat.

Majlis yang diadakan di istana seperti istiadat pertabalan, istiadat

penganugerahan darjah kebesaran negeri, pembukaan rasmi sidang

penggal parlimen. Pakaian bagi menghadiri ini ialah pakaian istiadat atau

pakaian rasmi kerajaan.

2. Majlis Rasmi Dan Formal.

Majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri bagi meraikan ketua-ketua

kerajaan asing, konvensyen dan seminar.

3. Majlis Rasmi Tetapi Tidak Formal.

Majlis yang diadakan kerajaan dan tidak mematuhi protokol sepenuhnya

seperti majlis jamuan teh oleh Perdana Menteri.

4. Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal.

Majlis anjuran swasta yang mematuhi protokol dan melibatkan menteri

seoerti perasmian bangunan, pecah tanah, dan pertunjukkan.

5. Majlis Tidak Rasmi Dan Tidak Formal.

Majlis yang diadakan oleh sesuatu organisasi seperti jamuan akhir tahun

Ciri-Ciri Pengacara Majlis

Ada beberapa kriteria atau ciri-ciri yang patut dipertimbangkan sebelum memilih

seseorang individu untuk menjadi pengacara majlis. Antaranya ialah :

1. Pengacara majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan,

tidak kekok tamoil kehadapan dan mampu berkomunikasi dengan yakin.

2. Pengacara majlis hendaklah peka dengan situasi majlis termasuk

sebarang perubahan yang bakal berlaku pada saat-saat akhir.

3. Pengacara majlis hendaklah sentiasa bersedia untuk mengumumkan dan

memaklumkan apa-apa perubahan mengikut urutan majlis.

4. Pengacara majlis hendaklah mempunyai suara yang jelas, ceria dan

dapat menghidupkan suasana.

5. Pengacara majlis hendaklah seorang yang kreatif dan mampu melahirkan

ujaran yang spontan sekiranya terdesak.

Page 3: Nota Teks Pengacaraan

6. Pengacara majlis hendaklah seorang yang tidak kaku dan tidak juga

membicarakan hal-hal keterlaluan.

7. Pengacara majlis hendaklah seorang yang berketerampilan dan boleh

membezakan antara majlis rasmi, separuh rasmi dan tidak rasmi.

8. Pengacara majlis hendaklah seorang yang tahu menyusun pengucapan

yang bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial.

Contoh skrip pengacaraan majlis (Font 16)

MASA AKTIVITI(CUE) TEKS (ANN) 9.00 PAGI

� Pengacara majlis membuat pengumuman untuk para hadirin mengambil tempat

SILA AMBIL PERHATIAN,

� PARA HADIRIN DIPERSILAKAN MENGAMBIL TEMPAT DUDUK MASING-MASING KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI.

� HADIRIN JUGA DINGATKAN AGAR TIDAK BERDIRI SEMASA PARA GRADUAN DAN PARA PENSYARAH MASUK KE DEWAN.

9.05 pagi Pengacara majlis membuat pengumuman tatasusila majlis kepada hadirin.

UNTUK MAKLUMAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, BERIKUT DIBACAKAN BEBERAPA PENGUMUMAN. -PARA HADIRIN DILARANG KELUAR MASUK DEWAN, KHUSUSNYA SEMASA MAJLIS SEDANG BERJALAN. -SAYA MEMOHON KERJASAMA AGAR TIDAK MEMBUAT BISING ATAU BERBUAL-BUAL, SEMASA MAJLIS SEDANG BERLANGSUNG. -SILA MATIKAN TELEFON BIMBIT ANDA ATAU TUKARKAN KE MOD SENYAP.

9.10 pagi Pengacara majlis memngumumkan perarakan masuk.

-MENGUMUMKAN PERARAKAN KONVENSYEN MASUK KE DEWAN.

9.15 pagi Pengacara majlis mengumumkan ketibaan KE BAWAH DYMM Tuanku

PERARAKAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA PUAN

Page 4: Nota Teks Pengacaraan

Pemangku Raja, DYTM Raja Puan Muda dan dif-dif kehormat

MUDA PERLIS MASUK KE DEWAN.

9.20 pagi Pengacara majlis memulakan acara. (jika majlis dihadiri raja maka pengacara majlis perlu merafak sembah)

BISMILLAH................. ASSALAMUALAIKUM WRH WBH ALHAMDULILLAH............... AMPUN TUANKU (3X) MENGHADAP KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA PUAN PERLIS............... SETERUSNYA, PATIK BAGI PIHAK MAJLIS MEMOHON AMPUN DAN LIMPAH PERKENAN KE BAWAH DULI TUANKU UNTUK MENERUSKAN ATUR CARA MAJLIS PADA PAGI INI.

9.25 pagi Pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat.

YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SHAHIDAN BIN KASSIM, MENTERI BESAR PERLIS DAN PUAN SERI; YANG BERHORMAT TUAN HAJI CHE SULAIMAN BIN SHAPIE, SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI PERLIS; ........ TAN SRI-TAN SRI, PUAN SRI-PUAN SRI, DATUK-DATUK DAN DATIN-DATIN; PARA PENSYARAH; PARA GRADUAN; DAN SETERUSNYA PARA HADIRIN. TERLEBIH DAHULU MARILAH BERSAMA-SAMA KITA PANJATKAN RASA KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH S.W.T ATAS LIMPAH KURNIA DAN KEIZINAN-NYA DAPAT KITA BERKUMPUL DI DEWAN YANG INDAH UNTUK BERSAMA-SAMA MENYERIKAN LAGI MAJLIS KONVOKESYEN PADA HARI INI.

Page 5: Nota Teks Pengacaraan

SEHUBUNGAN ITU, WARGA IPGM KAMPUS DARULAMAN MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN HADIRIN SEKELIAN.

9.35 PAGI

Pengacara majlis mempersilakan individu untuk pembacaan doa.

HADIRIN SEKALIAN, AGAR MAJLIS PADA PAGI INI MEMPEROLEH BARAKAH DAN RAHMAT DARI ILLAHI, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN AL-FADHIL USTAZ ZULKARNAIN BIN MOHD UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN.

9.40 pagi Pengacara majlis mengucapkan terima kasih.

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS BACAAN DOA ITU TADI

9.45 pagi Pengacara majlis mempersilakan penganjur untuk memerikan ucapan alu-aluan.

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, DAN HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA ENCIK ARIFFIN BIN YAHYA, PENGARAH IPGM KAMPUS PERLIS UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

9.46 pagi – 10. 34 pagi

Berdasarkan perjalanan majlis

PIHAK YANG TERLIBAT.

10.35 pagi

Pengacara majlis menjempun dif-dif kehormat ke dewan santapan dan pengacara majlis mempersilakan hadirin ke khemah jamuan.

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN JEMPUTAN KHAS, PARA GRADUAN, HADIRIN SEKALIAN KE KHEMAH JAMUAN.

11.00 pagi

Pengacara majlis menutup majlis dengan memberikan salam

SEKIAN WABILLAHITTAUFIQ WALHIDAYAH ASSALAMUALAIKUM WAR WBH MAJLIS BERSURAI.