nota sjh1108 - hubungan antarabangsa bab satu

10
Nota Hubungan Antarabangsa SJH1108 BAB SATU: LATARBELAKANG HUBUNGAN ANTARABANGSA KONSEP HUBUNGAN LUAR DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA Definisi Hubungan Luar: Menurut Richard L.Merritt (1975), hubungan luar bermaksud “aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh kerajaan yang melibatkan dasar luarnya dan hubungannya dengan negara luar, iaitu hubungannya secara diplomasi dengan negara luar”. Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Meritt, maka hubungan luar juga boleh dilihat sebagai satu bentuk pengurusan yang melibatkan perhubungan antara polisi pentadbiran dalam sesebuah negara dengan polisi yang melibatkan negara-negara luar. Hubungan luar akan melibatkan perspektif kepentingan diri sesebuah negara tersebut dalam melibatkan perhubungan dengan negara luar. Disebabkan hubungan luar berlaku antara dua negara dan lebih, maka perhubungan tersebut berlaku secara rentas sempadan dan di luar daripada wilayah sesebuah negara. Oleh itu, hubungan luar bukan sahaja penting dalam menjamin kepentingan sesebuah negara di luar sempadannya, akan tetapi turut melibatkan kepentingan bersama dengan negara lain, yang menyebabkan berlakunya elemen seperti berkerjasama, pemantauan dan pertukaran idea di antara negara. Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia misalnya, hubungan luar telah dijalinkan oleh Malaysia ke atas negara-negara 1 Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Upload: hazman-azhar

Post on 04-Aug-2015

1.535 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

SJH1108 - HUBUNGAN ANTARABANGSAPPISMP PENDIDIKAN SEJARAHBAB 1 - LATAR BELAKANG HUBUNGAN ANTARABANGSA

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA SJH1108 - HUBUNGAN ANTARABANGSA BAB SATU

NotaHubungan Antarabangsa SJH1108

BAB SATU: LATARBELAKANG HUBUNGAN ANTARABANGSA

KONSEP HUBUNGAN LUAR DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

Definisi Hubungan Luar:

Menurut Richard L.Merritt (1975), hubungan luar bermaksud “aktiviti-aktiviti yang

dibuat oleh kerajaan yang melibatkan dasar luarnya dan hubungannya dengan

negara luar, iaitu hubungannya secara diplomasi dengan negara luar”.

Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Meritt, maka hubungan luar juga boleh

dilihat sebagai satu bentuk pengurusan yang melibatkan perhubungan antara polisi

pentadbiran dalam sesebuah negara dengan polisi yang melibatkan negara-negara

luar. Hubungan luar akan melibatkan perspektif kepentingan diri sesebuah negara

tersebut dalam melibatkan perhubungan dengan negara luar.

Disebabkan hubungan luar berlaku antara dua negara dan lebih, maka perhubungan

tersebut berlaku secara rentas sempadan dan di luar daripada wilayah sesebuah

negara.

Oleh itu, hubungan luar bukan sahaja penting dalam menjamin kepentingan

sesebuah negara di luar sempadannya, akan tetapi turut melibatkan kepentingan

bersama dengan negara lain, yang menyebabkan berlakunya elemen seperti

berkerjasama, pemantauan dan pertukaran idea di antara negara.

Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia misalnya, hubungan luar telah dijalinkan

oleh Malaysia ke atas negara-negara lain di dunia secara bilateral (dua hala) dan

multilateral (pelbagai hala).

Dalam konteks hubungan dua hala misalnya, Malaysia telah menjalinkan hubungan

diplomatik dengan Republik Rakyat China semenjak 1974 (Johan Saravanamuttu,

2010:1), negara-negara dunia lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Singapura dan

lain-lain selain penyertaan aktif Malaysia dalam hubungan luar yang bersifat

multilateral di bawah pertubuhan antarabangsa yang disertainya seperti Pertubuhan

Negara-negara Islam (OIC), Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan

KOMANWEL.

1Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 2: NOTA SJH1108 - HUBUNGAN ANTARABANGSA BAB SATU

NotaHubungan Antarabangsa SJH1108

Definisi Hubungan Antarabangsa:

Holsti (1983) - Hubungan antarabangsa bermaksud Interaksi (perhubungan) di

antara ahli-ahli dalam negara berlainan, sama ada perhubungan yang melibatkan

kerajaan ataupun tidak. (Mokhtar Muhammad,2005).

Goldstein (1994) - Hubungan antarabangsa adalah merupakan kajian mengenai

hubungan antara kerajaan dengan kerajaan lain di dunia.

Henderson (1998) - Hubungan antarabangsa merupakan satu proses pembahagian

kuasa di antara negara-negara di peringkat antarabangsa.

(Zulhilmi Paidi & Asrar Omar, 2003).

Berdasarkan definisi-definisi yang telah diberikan oleh beberapa orang pengkaji

berkaitan dengan definisi hubungan antarabangsa, oleh itu hubungan antarabangsa

secara konsepnya adalah satu bentuk hubungan oleh aktor-aktor (pelaku) dengan

aktor-aktor antarabangsa atas tujuan-tujuan tertentu yang merentas sempadan

sesebuah negara dengan negara yang lainnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan aktor (pelaku) dalam hubungan antarabangsa dan

apakah pula tujuan-tujuan hubungan antarabangsa dibuat?

AKTOR-AKTOR DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA

Dalam kajian hubungan antarabangsa, terdapat dua bentuk aktor hubungan antarabangsa

yang telah dikenalpasti oleh para pengkaji iaitu:

1) Aktor Negara

2) Aktor Bukan Negara

2Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 3: NOTA SJH1108 - HUBUNGAN ANTARABANGSA BAB SATU

NotaHubungan Antarabangsa SJH1108

1. Aktor Negara

Aktor negara bermaksud satu entiti yang memainkan peranannya di peringkat

hubungan antarabangsa. Dalam konteks dunia moden pada hari ini, negara adalah

satu entiti yang bersempadan, yang dikawal dan dikuasai oleh sesebuah kerajaan

yang diduduki oleh sejumlah penduduk. (Zulhilmi Paidi & Asrar Omar, 2003:4).

Berdasarkan takrifan tersebut, aktor negara sebenarnya diwakili oleh satu badan

yang berautoriti ke atas negara tersebut iaitu kerajaan.

Dalam konteks Malaysia misalnya, aktor negara adalah kerajaan Malaysia di

peringkat Persekutuan yang diberi kuasa dalam Perlembagaan untuk menguruskan

hal ehwal luar Malaysia.

Sebagai satu contoh yang lebih jelas, kegiatan kerajaan Malaysia yang menubuhkan

konsulat di negara-negara tertentu dan menghantar wakil dan dutanya ke

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York menunjukkan bahawa wujudnya

satu perhubungan di peringkat antarabangsa yang dilaksanakan oleh Malaysia.

Dalam hal ini (penubuhan pejabat kedutaan di negara-negara lain dan menghantar

perwakilan ke PBB), pelaku kepada tindakan tersebut adalah merupakan kerajaan

Malaysia atas nama negara.

2. Aktor Bukan Negara

Selain aktor negara yang memainkan peranan dalam hubungan di peringkat

antarabangsa, di sana terdapat juga peranan yang dimainkan oleh aktor-aktor yang

tidak bersifat negara yang terlibat dalam sesebuah hubungan di peringkat

antarabangsa.

Aktor-aktor bukan negara termasuklah individu, pertubuhan dalam negeri,

pertubuhan antarabangsa bukan kerajaan (INGOs), syarikat multinasional (MNCs)

dan organisasi antara kerajaan (IGOs).

3Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 4: NOTA SJH1108 - HUBUNGAN ANTARABANGSA BAB SATU

NotaHubungan Antarabangsa SJH1108

Menurut Zulhilmi Paidi & Asrar Omar (2003), terdapat dua kumpulan aktor bukan

negara dalam sesebuah hubungan antarabangsa iaitu kumpulan yang berada di

dalam negara yang mempengaruhi dasar luar kerajaan dan kumpulan kedua pula

adalah kumpulan-kumpulan aktor yang bersifat antarabangsa dan global seperti

MNCs, IGOs dan INGOs.

i. Aktor Bukan Negara Domestik

Menurut Zulhilmi Paidi & Asrar Omar (2003), terdapat aktor-aktor bukan negara

yang berada di dalam sesebuah negara yang dilihat mempengaruhi bentuk

hubungan antarabangsa yang dijalankan oleh sesebuah aktor negara.

Sebagai contoh, aktor-aktor bukan negara seperti ini termasuklah seperti kesatuan

sekerja, persatuan alam sekitar dsb.

Contohnya, kesatuan sekerja di Malaysia seperti MTUC dilihat turut mempengaruhi

dasar-dasar kerajaan di peringkat antarabangsa terutamanya dalam isu pengambilan

pekerja asing ke Malaysia.

Dasar pengambilan pekerja asing oleh Malaysia yang merupakan salah satu daripada

bentuk perhubungan Malaysia di peringkat antarabangsa menyaksikan tuntutan-

tuntutan yang dibuat oleh kesatuan-kesatuan sekerja supaya dasar pengambilan

pekerja tidak mempengaruhi peluang pekerjaan kepada para pekerja domestik

dalam negara.

Seterusnya, persatuan alam sekitar tempatan turut mempengaruhi hubungan

antarabangsa kerajaan Malaysia dalam isu kilang pemprosesan nadir bumi di

Gebeng, Kuantan.

Dalam hal ini, bentuk perhubungan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia adalah

perhubungan yang melibatkan aktor negara dengan aktor bukan negara iaitu antara

negara Malaysia dengan syarikat MNCs iaitu Lynas Corporation yang berpusat di

Australia.

Campurtangan oleh persatuan alam sekitar dan gabungan bertindak Anti-Lynas telah

mempengaruhi dasar kerajaan Malaysia ke atas syarikat tersebut yang dilihat

4Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 5: NOTA SJH1108 - HUBUNGAN ANTARABANGSA BAB SATU

NotaHubungan Antarabangsa SJH1108

dikenakan pelbagai peraturan ketat dan penuh berhati-hati dengan kesan alam

sekitar dalam pemprosesan nadir bumi.

ii. Aktor Bukan Negara Antarabangsa

AKTOR HURAIAN/CONTOH

Multi National

Companies (MNCs)

MNCs merujuk kepada syarikat yang menjalankan

perniagaan merentas sempadan negara melalui satu

pengurusan induk syarikat yang tunggal.

Sebagai contoh, syarikat Petronas adalah merupakan

sebuah syarikat berkaitan urusniaga petroleum yang

beribu pejabat di Malaysia tetapi menjalankan

perniagaan dan pelombongan cari gali minyak di seluruh

dunia seperti di Sudan, Vietnam dan Iraq.

International Non

Governmental

Organisations (INGOs)

INGOs merujuk kepada badan bukan kerajaan yang

bergerak di peringkat antarabangsa.

Tujuan penubuhan INGOs pula adalah pelbagai

mencakupi aspek kemanusiaan, alam sekitar, dsb.

Contoh INGOs yang terdapat di dunia pada hari ini

termasuklah Palang Merah, badan-badan induk sukan

dunia seperti FIFA dsb.

Inter-Government

Organisations (IGOs)

Organisasi yang ditubuhkan antara kerajaan dan

merupakan organisasi yang diwujudkan atas penyertaan

bersama negara-negara di dunia, baik dari segi kerjasama

ataupun penyertaan.

Setiap IGOs mempunyai peranannya yang tersendiri dan

berbeza daripada segi saiz dan keupayaannya.

5Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 6: NOTA SJH1108 - HUBUNGAN ANTARABANGSA BAB SATU

NotaHubungan Antarabangsa SJH1108

Misalnya, pembentukan Polis Antarabangsa (Interpol)

adalah dibuat melalui kerjasama yang dibuat di antara

polis sesebuah negara dengan sesebuah negara lain di

dunia. Kerjasama bagi membentuk Interpol adalah

penting bagi menjamin keselamatan dunia terutamanya

dalam memburu para penjenayah rentas sempadan.

Selain itu, contoh IGOs lain termasuklah International

Monetary Fund (IMF) dan World Trade Organizations

(WTO).

PERKAITAN DI ANTARA HUBUNGAN LUAR DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

Hubungan luar adalah merupakan salah satu daripada cabang daripada hubungan

antarabangsa.

Hal ini kerana, pelaku dalam hubungan luar iaitu negara dengan negara adalah

merupakan aktor negara dalam bentuk hubungan luar.

Berikut adalah persamaan dan perbezaan hubungan luar dan hubungan

antarabangsa:

PERSAMAAN

1. Hubungan Luar yang

melibatkan aktor negara

adalah sebahagian

daripada aktor

antarabangsa.

2. Kegiatan sesuatu aktor

yang melampaui

sempadan negara.

3. Hubungan yang tertakluk

kepada undang-undang

HUBUNGAN LUAR DAN

HUBUNGAN

ANTARABANGSA

PERBEZAAN

1. Hubungan luar hanya

melibatkan aktor negara

manakala hubungan

antarabangsa turut

melibatkan aktor bukan

negara.

2. Hubungan luar dibuat atas

nama kerajaan manakala

hubungan antarabangsa

tidak semestinya dibuat atas

6Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 7: NOTA SJH1108 - HUBUNGAN ANTARABANGSA BAB SATU

NotaHubungan Antarabangsa SJH1108

antarabangsa dan

undang-undang tempatan

sesebuah negara.

nama kerajaan.

3. Objektif hubungan

antarabangsa melampaui

objektif hubungan luar.

7Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012