nota sej t2 bab 3

20
BAB 3 NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH 3.1 Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu 1. Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU) terdiri daripada: a. Perlis b. Kedah c. Kelantan d. Terengganu 2. Zaman imperialis baru ialah zaman kuasa besar bersaing untuk menguasai tanah jajahan di benua Asia dan Afrika pada akhir adab ke-19. 3. Imperialis baru di Asia Tenggara terutamanya di Siam dan Tanah Melayu: Imperialis Baru Tempat diminati Tujuan a Perancis Lembah Menam 1

Upload: leyu-zi-yeu

Post on 13-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

nota bab 3 sejarah tingkatan 2

TRANSCRIPT

BAB 3 NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

3.1 Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu

1. Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU) terdiri daripada:a. 5

b. Perlis c. Kedah d. Kelantane. Terengganu

2. Zaman imperialis baru ialah zaman kuasa besar bersaing untuk menguasai tanah jajahan di benua Asia dan Afrika pada akhir adab ke-19.

3. Imperialis baru di Asia Tenggara terutamanya di Siam dan Tanah Melayu:

Imperialis BaruTempat diminatiTujuan

a)Perancis Lembah Menam Chao Phraya Segenting Kra (Membina terusan) mendapatkan bahan mentah mencari tanah jajahan

b)RusiaUjung Salang

c)JermanPulau Langkawi

d)Amerika SyarikatTerengganu (Pulau Redang)

4. Tanah Melayu dan Siam kaya dengan bahan mentah telah menjadi rebutan imperialis.

5. Pembinaan terusan di Segenting Kra yang dirancang oleh Perancis akan mengancam perdagangan dan kedudukan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa.

6. Kebimbangan ini menyebabkan British meluaskan pengaruhnya ke NNMU di Tanah Melayu.

7. Perjanjian Sulit British-Siam 6 April 1897 Siam tidak akan menyerahkan NNMU kepada mana-mana kuasa lain tanpa izin British. British mengakui hak Siam ke atas NNMU. British akan membantu Siam jika diserang musuh.

Tujuan perjanjian sulit ini adalah untuk menghalang Siam daripada menyerahkan atau membenarkan kuasa lain bertapak di selatan Siam.

Perjanjian ini gagal kerana sultan-sultan di NNMU telah menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa lain:a. Sultan Kelantan memberi konsesi tanah kepada Duff Development Company untuk melombong emas di Kelantan.b. Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang.

8. Perjanjian Perisytiharan British-Siam 1902 British mengiktiraf NNMU diletakkan di bawah naungan Siam. Siam melantik warga-warga British sebagai penasihat sultan. H.E. Duke di Perlis, Meadow Frost di Kedah, W.A. Graham di Kelantan. Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing. British berjaya mengukuhkan pengaruhnya di NNMU.

9. Perjanjian Bangkok 1909 Menjayakan impian British untuk menguasai Tanah Melayu. Siam menyerahkan NNMU kepada British. Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British. British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam.

Hak Wilayah Asingan ialah hak yang diberikan kepada konsul British bagi menjalankan kuasa perundangan ke atas warga negara British. Rakyat British diadili mengikut sistem perundangan British dan tidak mengikut sistem perundangan Siam / negara tempatan.

Kesan daripada Perjanjian Bangkok 1909:a. Sungai Golok dijadikan sempadan antarabangsa. Tabal diserahkan oleh British kepada Siam. Manakala Siam menyerahkan Reman kepada Kelantan dan Perak.b. Sultan Kelantan membantah penyerahan Tabal kepada Siam. Penduduk Melayu yang tidak puas hati telah berhijrah ke Kelantan kerana tidak mahu berada di bawah pemerintahan Siam.

3.2 Penasihat British Mengancam Kedaulatan NNMU1. Sultan-sultan NNMU:a. Perlis Raja Syed Alwib. Kedah Sultan Abdul Hamid Halim Shahc. Kelantan Sultan Muhammad IVd. Terengganu Sultan Muhammad II

2. Penasihat British memberi nasihat kepada sultan dalam semua perkara kecuali hal berkaitan agama Islam dan istiadat Melayu. Melakukan perubahan pentadbiran dan peraturan baru

3. Penasihat-penasihat di NNMU:a. Perlis Kapten Meadow Frost (1910)b. Kedah George Maxwell (1910)c. Kelantan - J.S. Mason (1910)d. Terengganu J.L. Humphreys (1919)

3.2 (a) Penasihat British di Kedah1. George Maxwell mengukuhkan kuasanya dengan menyerapkan sistem pentadbiran Barat dalam sistem pentadbiran Kedah.

2. Tindakan ini menimbulkan konflik dengan anggota Majlis Mesyuarat Negeri Kedah yang diketuai oleh Tunku Mahmud.

3. Berikut adalah konflik yang berlaku di antara George Maxwell dengan Tunku Mahmud:Usaha George MaxwellUsaha Tunku Mahmud

Bahasa rasmi: Bahasa Inggeris Bahasa rasmi: Bahasa Melayu

Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British Surat rasmi tidak perlu ditapis

Kalendar masihi Kalendar Hijrah

Cuti umum pada hari Ahad Cuti umum pada hari Jumaat

Melantik orang British dalam pentadbiran Keutamaan melantik orang Melayu dalam pentadbiran

4. Tunku Mahmud berjaya mengekalkan identiti negeri Kedah melalui tindakan mahkamah. Beliau menentang tindakan George Maxwell mengibarkan bendera Union Jack di kediamannya.

3.2 (b) Penasihat British di Perlis1. Langkah-langkah Meadow Frost menguasai pentadbiran Perlis: menggubal undang-undang memperkenalkan jabatan-jabatan baru seperti Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi. menguasai Jabatan Kewangan.

3.2 (c) Penasihat British di Kelantan1. Sultan Muhammad IV terpaksa menandatangani perjanjian dengan British bagi menempatkan penasihat British di Kelantan pada tahun 1910.2. Pada 1915, kuasa mentadbir jajahan telah diambil alih oleh pegawai British.3. British berjaya menguasai pentadbiran Kelantan melalui penguasaan Mahkamah Tinggi, Jabatan Polis, dan Jabatan Tanah.

3.2 (d) Penasihat British di Terengganu1. Sultan Zainal Abidin III tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok dan menolak pelantikan Penasihat British di Terengganu.2. Baginda menemui Pesuruhjaya Tinggi di Singapura untuk membuat bantahan. British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British pada tahun 1910.3. Kuasa wakil British terhad dalam urusan hal ehwal luar negeri Terengganu.4. Pada tahun 1911, baginda menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu bagi memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu. Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Terengganu kepada mana-mana kuasa asing. Mustahak ke atas raja bermesyuarat. Hak raja dan menteri besar memilih Jemaah Menteri.5. Sultan Zainal Abidin III mangkat pada tahun 1918 dan diganti oleh Sultan Muhammad II.6. Baginda dipaksa oleh British untuk mendatangani satu perjanjian di Singapura pada tahun 1919.7. British telah melantik J.L. Humphreys sebagai Penasihat British.8. Baginda turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British.9. British menguasai Terengganu apabila semua jabatan penting diletakkan dibawah Penasihat British. (Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Galian)

3.3 Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British1. Johor merupakan negeri Melayu terakhir yang menerima Penasihat British.2. Sebab-sebab Johor berjaya mengekalkan kedaulatannya sehingga tahun 1914:a. hubungan persahabatan Johor dengan British.b. kebijaksanaan pemerintah.c. pengenalan sistem birokrasi moden.d. kestabilan dan kemakmuran ekonomi.

3.3.1 Temenggung Daeng Ibrahim pemimpin berwibawa (1825-1862)1. Temenggung Ibrahim (anak Temenggung Abdul Rahman) dan Sultan Ali (anak Sultan Hussein) menandatangani Persetiaan March 1855:a. Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran itu tidak boleh diwarisi.b. Kawasan pemerintahannya hanya di kawasan Kesang.

2. Sumbangan Temenggung Ibrahim kepada Johor:a. menjalankan pentadbiran dengan cekap.b. mengasaskan pusat pentadbiran di Tanjung Puteri.c. memajukan ekonomi Johor dengan memperkenalkan Sistem Kangcu.

3. Sistem Kangcu (1833) ialah sistem di mana orang Cina dibawa dari Singapura oleh Kangcu (Tuan Sungai) melalui surat kebenaran (Surat Sungai) untuk menjalankan pertanian lada hitam dan gambir di Kangkar (kawasan perladangan). Kangcu memerintah dan memungut cukai di Kangkar masing-masing. Cukai yang dikutip oleh Kangcu merupakan sumber pendapatan kerajaan Johor.

3.3.2 Sultan Abu Bakar Bapa Pemodenan Johor (1862-1895)1. Datuk TemenggungAbu Bakar Seri Maharaja Johor 1868 Ratu Great Britain mengurniakan baginda gelaran Maharaja Johor. 1877 Baginda menjadi pemerintah Johor setelah Sultan Ali mangkat. 1885 Baginda menggunakan gelaran sultan.

2. Cara Sultan Abu Bakar melambatkan campur tangan British di Johor.a. sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik

b. memodenkan pentadbiran Johor mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos, Jabatan Kerja Raya membina sekolah, hospital dan jalan raya. menubuhkan pasukan polis dan tentera.

c. meneruskan sistem Kangcu pengeksport lada hitam dan gambir terbesar dunia

d. menandatangi Perjanjian Persahabatan dengan British pada 1885 Johor diiktiraf sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar diiktiraf sebagai sultan Johor. Kedudukan sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura. Sultan Abu Bakar boleh berhubung secara terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi di Singapura. menerima seorang Konsul dan bukannya Penasihat British.

e. menggubal perlembagaan negeri Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor sultan tidak boleh serahkan Johor kepada mana-mana kuasa asing. Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah terdiri daripada orang Melayu dan Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat Johor.3.3.3 Pemimpin Johor yang Berwibawa1. Persepakatan antara sultan dengan pembesar dan kepintaran pembesar dalam pentadbiran menyebabkan British tiada alasan mencampur tangan di Johor.

2. Dato Jaafar bin Muhammad Setiausaha kerajaan Johor yang pertama Menteri Besar Johor yang pertama digelar Datuk Bentara mewajibkan semua pegawai British yang berkhidmat di Johor memakai pakaian rasmi kerajaan Johor bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera Johor mewajibkan bahasa Melayu sebagai bahasa penulisan surat rasmi kerajaan

3. Dato Abdul Rahman bin Andak Setiausaha Sulit Sultan dan Setiausaha Kerajaan Johor dianugerahkan gelaran Dato Seri amar Diraja hal ehwal hubungan luar negeri mengawal hubungan Johor dengan British perintis kepada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor 1888

4. Dato Muhammad Salleh bin Perang memegang jawatan di Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah menjaga keamanan dan kestabilan negeri Johor melukis peta pembangunan negeri Johor yang menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan memudahkan perancangan pembangunan di Muar, Endau, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat. dianugerahkan gelaran Dato Bentara Luar5. Dato Muhammad Ibrahim Munsyi Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama pada 1883 mendirikan sekolah mewajibkan pendidikan kepada semua rakyat Johor Dato Bentara Dalam Bapa Pendidikan Melayu Johor Timbalan Menteri yang pertama 1893

3.3.4 Johor di ambang Penjajahan British1. Lembaga Penasihat Johor: ditubuhkan di London pada 1886. sultan berhubung secara terus dengan Pejabat Tanah Jajahan di London. dianggotai oleh orang British. mengurus hubungan luar negeri Johor dan memberi nasihat kepada sultan dalam hal-hal pentadbiran.

2. Lembaga Penasihat Johor menasihati sultan meminjam 200 000 dolar dari NNS untuk membina landasan kereta api dari Johor ke Singapura.

3. Dato Abdul Rahman Andak menggagalkan rancangan British mengawal kewangan Johor dengan menasihat sultan untuk tidak membuat pinjaman itu.

4. John Anderson iaitu Gabenor NNS mencadangkan Dato Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London. pada 1907.

5. Sultan Ibrahim terpaksa meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor bagi melantik warga British menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri.

6. Douglas Campbell menjadi Penasihat British di Johor pada 1914.