nota ringkas perlembagaan-malaysia

Upload: ediharianto

Post on 03-Apr-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Nota Ringkas Perlembagaan-Malaysia

    1/7

    Jelaskan proses pembentukan perlembagaan.

    Pengenalan

    Pada dasarnya Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan

    Tanah Melayu. Selepas kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuanpertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua

    Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan

    langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk

    memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956. Bagi melaksanakan

    tugassan penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah

    Jawatankuasa kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat

    Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti lain yang ada pada masa itu.

    Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman sendiri telah mengetuai rombongan ke

    London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan

    membuat rundingan serta menentukan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac

    1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk

    merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

    Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-

    persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini.

    Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah

    mendapat keutamaan. Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni,

    iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan

    menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-

    Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan

    istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

    Profesor Dicey berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua

    prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-

    Undang. Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mohamad

    Salleh Abas (dalam Salleh Abbas, 1986), takrif yang diberikan tersebut tidak mencukupi

  • 7/28/2019 Nota Ringkas Perlembagaan-Malaysia

    2/7

    kerana apa yang terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang lebih

    luas. Beliau juga telah menjelaskan bahawa perlembagaan itu ialah suatu surat atau

    surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak

    bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang

    menjadi punca bagi kesemua undang-undang sama ada yang sudah atau akan dibuat.

    Sejauh mana kebenaran pendapat yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut

    belum dapat dipastikan memandangkan saya sendiri tidak memiliki ilmu yang tinggi

    mengenai konsep yang dibincangkan itu. Jadi adalah diharapkan melalui kajian-kajian

    keperpustakaan atau pembacaan saya berkaitan tajuk yang dibincangkan, saya bukan

    sahaja dapat menjawab persoalan tersebut, malah dapat menjelaskan beberapa

    konsep lain yang juga sinonim dengan tajuk yang dibincangkan ini.

    Konsep Perlembagaan

    Hasil daripada rujukan dan pembacaan daripada beberapa sumber yang relevan, saya

    dapati agak banyak definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan bagi konsep

    perlembagaan itu, antaranya:

    1. A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learners Dictionary.

    Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang

    dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu

    diperintah.

    2. Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution.

    Perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-

    bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali

    sebagai rakyat.

    3. C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.

  • 7/28/2019 Nota Ringkas Perlembagaan-Malaysia

    3/7

    Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan

    yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu.

    4. C.A. Leeds dalam bukunya, Politics.

    Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar

    penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diisytiharkan, sama

    ada dalam undang-undang, adapt kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian.

    5. C.F. Strong dalam bukunya Modern Political Constitution.

    Perlembagaan sebagai koleksi prinsip-prinsip kuasa pemerintah, hak-hak memerintah

    dan hubungan antara keduanya akan diubah.

    6. R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science.

    Perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang

    dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai

    organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini.

    Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan

    sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub

    sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah

    sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh

    dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan

    adalah:

    Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta

    prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepadakerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara

    Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga

    tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis.

    Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.

  • 7/28/2019 Nota Ringkas Perlembagaan-Malaysia

    4/7

    Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan

    pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur,

    ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi

    kepada negara.

    Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia

    Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, Tanah Melayu semasa penjajahan

    British pada masa itu telahpun mempunyai perlembagaannya. Perlembagaan tersebut

    digubal berikutan penubuhan Malaysan Union 1946. Walau bagaimanapun Malayan

    Union telah mendapat bantahan daripada penduduk Tanah Melayu memandangkan

    perlembagaan yang dibentuk gagal memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Ini

    adalah kerana banyak perlembagaan tersebut lebih menguntungkan pihak British

    berbanding rakyat negara ini. Bahkan perlembagaan tersebut juga dikatakan telah

    mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu yang telahpun diwarisi sejak zaman

    Kesultanan Melaka lagi.

    Bagi memenuhi tuntukan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu

    jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang

    dapat memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilaitradisi masyarakat pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang dimaksudkan adalah: Kedudukan

    istimewa Raja-raja Melayu; Hak keistimewaan orang Melayu; Agama; dan Bahasa.

    Perkara 153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara

    kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan

    kepentingan sah kaum lain.

    Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah

    Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana

    Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.

  • 7/28/2019 Nota Ringkas Perlembagaan-Malaysia

    5/7

    Berikut adalah penjelasan bagi keempat-empat nilai tradisi yang terkandung dalam

    Perlembagaan Persekutuan itu.

    1. Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong

    Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai

    kaitan dengan kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini termasuklah Perkara 32,

    perkara 41, perkara 42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41.

    Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itu sudahpun menjadi amlan

    sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen

    penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival

    orang-orang Melayu. Oleh sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam

    Perlembagaan Persekutuan kerana sudah sekian lama orang Melayu diperintah

    berdasarkan pemerintahan beraja. Tambahan pula, sistem pemerintahan beraja akan

    dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan kepada raja dan

    negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

    2. Agama Islam Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah

    agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan

    bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agamaboleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang

    Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan

    mereka yang telah menganut agama Islam Perkara 11 (4).

    Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses

    pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Berdasarkan

    falsafah Islam membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia, maka

    perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara

    tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada

    ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa

    pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang

    berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa

  • 7/28/2019 Nota Ringkas Perlembagaan-Malaysia

    6/7

    diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan

    persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan

    agama.

    Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi

    Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11).

    Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau

    disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes

    Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah

    menganut agama Islam Perkara 11 (4).

    3. Hak keistimewaan Orang-Orang Melayu

    Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah

    dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang Melayu dan

    bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang

    Ekonomi Perkara 153 (6) dan Bidang Pelajaran Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu,

    kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam

    peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan

    Perkara 8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu

    dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini

    tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

    Melihat dari sudut kepentingannya, kita sedar bahawa orang Melayu merupakan

    penduduk asli atau pribumi negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu

    diberikan hak keistemewaan tersebut. Ini kerana sebelum ini orang Melayu lebih

    banyak terlibat dalam bidang perikanan atau pertanian. Justeru adalah wajar orang-

    orang Melayu diberi keutamaan dalam kesemua aspek yang dinyatakan di atas bagi

    membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yang sebelum ini agak jauh ketinggalan

    berbanding kaum lain.

  • 7/28/2019 Nota Ringkas Perlembagaan-Malaysia

    7/7

    4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

    Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

    Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa perantaraan untuk

    digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud rasmi ditakrifkan oleh Perkara 152

    (6) dengan makna apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau

    kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

    Jika melihat dari aspek rasional kenapa bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi

    negara, aspek sejarah perlu dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu

    telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986). Jadi tujuan di

    sebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk

    memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi

    sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama.