nota rencana

6
Rencana Pengenalan Salah satu bentuk penulisan yang lazimnya terdapat dalam akhbar, majalah serta radio dan televisyen. Rencana adalah karangan yang tidak berformat tetapi berfokuskan fakta. Rencana yang digemari oleh pembaca selalunya berbentuk semasa. Rencana yang seumpama ini diterbitkan dalam akhbar, majalah serta media elektronik. Definisi Rencana karangan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya berasaskan fakta fakta sebenar. Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan, tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana. Rencana merupakan karangan tidak berformat. Jadi, rencana tidak perlu mempunyai peraturan yang ditetapkan sama ada dari segi gaya, bentuk dan isi kandungan. Tujuan rencana ialah menjelaskan sesuatu persoalan menerusi fakta, pendapat dan huraian oleh penulis. Ciri-ciri penulisan rencana 1. Rencana digolongkan ke dalam bentuk esei formal. Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa yabg baju yang labih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal. Rencana mempunyai struktur yang lebih terancang. Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan penutup yang rapi. Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang logik. Selain itu, ciri-ciri personal termasuj humor kurang diadakan dalam penulisan rencana. 2. Tujuan penulisan rencana adalah serius. Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang minda pembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya. Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh oleh orang ahli dalam sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya didasarkan pada penulis dalam oleh penulis sendiri atau orang lain. Setiap fakta, ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu, nota kaki, bibliografi serta lampiran perlu disertakan sokongan bagi sesuatu fakta. 3. Ada digniti (maruah) Rencana mempunyai mertabatnya kerana ia mempunyai nilai intelektual. Ciri ini penting kerana penulisan rencana memerlukan penyelidikan, rujukan dan tinjauan oleh penulisnya. Rencana berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya mempunyai digniti yang tinggi kerana rencana ini tetap kekal dan dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu. 4. Ada ukuran kepanjangan

Upload: mohd-shafuan-zulkafli

Post on 15-Jun-2015

751 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Rencana

Rencana

Pengenalan

Salah satu bentuk penulisan yang lazimnya terdapat dalam akhbar, majalah serta radio dan televisyen.

Rencana adalah karangan yang tidak berformat tetapi berfokuskan fakta. Rencana yang digemari oleh pembaca selalunya berbentuk semasa. Rencana yang seumpama ini diterbitkan dalam akhbar, majalah serta media elektronik.

Definisi Rencana

karangan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian atau penceritaan sesuatu perkara yang biasanya berasaskan fakta –fakta sebenar.

Fakta-fakta yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan, tinjauan dan rujukan yang dilakukan oleh penulis rencana.

Rencana merupakan karangan tidak berformat. Jadi, rencana tidak perlu mempunyai peraturan yang ditetapkan sama ada dari segi gaya, bentuk dan isi kandungan.

Tujuan rencana ialah menjelaskan sesuatu persoalan menerusi fakta, pendapat dan huraian oleh penulis.

Ciri-ciri penulisan rencana

1. Rencana digolongkan ke dalam bentuk esei formal.

Penulisan rencana melibatkan penggunaan bahasa yabg baju yang labih konvensional berbanding dengan esei yang tidak formal. Rencana mempunyai struktur yang lebih terancang. Rencana mempunyai perenggan-perenggan pendahuluan dan penutup yang rapi. Setiap perenggan pula mempunyai ayat topik dan turutan yang logik. Selain itu, ciri-ciri personal termasuj humor kurang diadakan dalam penulisan rencana.

2. Tujuan penulisan rencana adalah serius.

Melalui rencana terdapat maklumat yang merangsang minda pembaca untuk turut berfikir dan menginterpretasikannya. Rencana ilmiah terutamanya, ditulis oleh oleh orang ahli dalam sesuatu bidang dan pendapat yang dikemukakan biasanya didasarkan pada penulis dalam oleh penulis sendiri atau orang lain. Setiap fakta, ulasan dan pendapat haruslah ada asasnya. Oleh itu, nota kaki, bibliografi serta lampiran perlu disertakan sokongan bagi sesuatu fakta.

3. Ada digniti (maruah)

Rencana mempunyai mertabatnya kerana ia mempunyai nilai intelektual. Ciri ini penting kerana penulisan rencana memerlukan penyelidikan, rujukan dan tinjauan oleh penulisnya. Rencana berbentuk ilmiah atau berunsur sejarah misalnya mempunyai digniti yang tinggi kerana rencana ini tetap kekal dan dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pencinta ilmu.

Page 2: Nota Rencana

4. Ada ukuran kepanjangan

5. Penulisan yang jelas dan jituKepanjangan rencana yang disyorkan mempunyai maklumat yang berupaya menarik perhatian pembaca untuk terus membaca bagi mendapat maklumat. Rencana yang meleret-leret dan tidak ekonomi akan menghambarkan selera pembaca. Penulisan rencana menggunakan perkataan yang konkrit, tepat untuk semua idea, mudah difahami dan tidak menggunakan perkataan secara berlebihan.

6. Menyampaikan maklumatPenulisan rencana dapat menyampaikan meklumat yang lebih banyak dan jelas kepada pembaca. Maklumat yang dimuatkan yang lebih banyak dan jelas kepada pembaca. Maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah rencana biasanya bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikenali sebagai unsur 5W+1H, iaitu Who (siapa), When (bila), What (apa), Why (mengapa), Where (di mana) dan How (bagaimana)

Page 3: Nota Rencana

Persoalan-persoalan ini mampu membantu penulis meneroka sesuatu peristiwa dengan menyeluruh. Jawpan bagi persoalan-persoalan ini secara tidak langsung dapat membantu memberikan meklumat yang diperlukan oleh pembaca.

7. Rencana bersifat ulasan subjektifRencana seumpama ini biasanya dimuatkan ulasan-ulasan yang mengandungi pendapat dan perasaan penulis. Perasaan dan pendapat penulis ini mempunyai tujuan yang tertentu seperti meminta pembaca membuat pertimbangan, membuat rayuan untuk mendapat simpati pembaca terhadap sesuatu peristiwa dan sebagainya. Ciri-ciri yang membezakan rencana daripada penulisan berita atau laporan hanya memaparkan perkara-perkara yang berlaku tetapi tidak dimuatkan.

8. Tempoh tarikan tidak terhad.Tempoh tarikan adalah tidak terhad seperti dalam penulisan berita. Rencana bergantungn kepada gaya penulisan rencana tersebut. Selain itu, penulis rencana tidak perlu mengejar tarikh dan rencana yang dihasilkan boleh disimpan untuk beberapa hari/bulan di dalam fail dan akan digunakan apabila perlu. Dengan itu rencana tidak akan basi walaupun peristiwa yang berkenaan hanyalah imbasan kembali.

Rencana

Apa

Bila

MengapaSiapa

Di Mana

Bagaimana

Page 4: Nota Rencana

9. Organisasi penulisan yang logik.Maklumat yang disampaikan dalam rencana adalah logik dan berdasarkan rujukan penyelidikan, tinjauan dan temu ramah dengan pihak-pihak yang berkaitan. Rencana yang berdasarkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara biasanya disokong dan dimantapkan dengan keterangan, data, jadual, peta dan sebagainya bagi menjelaskan maksud penulisannya dan kesahan perkara tersebut.

10. Pembatasan pembicaraan.Rencana ditulis berdasarkan skop yang dipilih sahaja. Walaupun sesuatu isu itu hangat dan besar, tatapi penulisan rencana biasanya cuba menjuruskan sudut penulisannya kepada sesuatu aspek sahaja. Sebagai contoh rencana yang bertajuk ‘SEJARAH MELAYU’: karya unsur saintifik hanya membicarakan mengapa teks Sejarah Melayu tersebut dikata berunsur saintifik tetapi tidak terlebih dahulu membicarakan sinopsis teks tersebut, tema, latar, atau plotnya. Hal ini demikian kerana penulis rencana membuat tanggapan bahawa pembaca telah sedia maklum tentang perkara tersebut dan penulisan semula hanyalah merupakan pembaziran.

Page 5: Nota Rencana

BENTUK-BENTUK RENCANA

1. Rencana berbentuk ilmiah Biasanya ditulis oleh penulis pakar dalam sesuatu bidang. Pendapat yang dikemukakan biasanya berdasarkan penyelidikan sendiri atau orang lain. Sekiranya rencana tidak berdasarkan penyelidikan sendiri, setiap fakta, huraian, ulasan

serta pendapat yang dikemukakan mestilah mempunyai dasarnya. Rencana jenis ini biasanya menjadi rujukan walaupun bahasa yang digunakan adalah

Bahasa Melayu tinggi. Kebanyakan pembaca rencana jenis ilmiah adalah berpendidikan.

2. Rencana bentuk separa ilmiah Tidak memerlukan kajian dan rujukan mendalam Penulisan rencana bentuk ini mengandungi data, jadual, rajah, peta dan sebagainya

yang merupakan maklumat tepat untuk pembaca. Sering ditulis oleh wartawan akhbar harian dan majalah-majalah. Tidak perlu disertakan bibliografi.

3. Rencana bentuk popular Isi biasanya tidaklah terlalu berat. Berkaitan degnan isu-isu semasa dan menjadi santapan rohani pembaca. Gaya bahasanya lebih mudah, ringkas dan jitu. Sering menjadi topik mingguan dalam akhbar harian.

Page 6: Nota Rencana

JENIS-JENIS RENCANA

1. RENCANA JENIS PENERANGAN Kebanyakkan rencana dalam akhbar dan majalah mengetengahkan fakta dengan lebih

jelas dan menyeluruh. Segala aspek tentang topik tersebut diberi penerangan yang berupa fakta. Sering kali ditulis oleh sidang editor majalah semasa timbulnya sesuatu isu atau perkara

yang susah difahami umum. Biasanya, dalam rencana jenis ini, penulis memberitahu pembaca tentang apa yang

sudah terjadi dan apa yang sedang berlaku. Penulis seterusnya menambah penerangan tentang latar belakang peristiwa yang

berkenaan serta kemungkinan-kemungkinan peristiwa yang akan berlaku kelak. Rencana jenis ini bukan sekadar memberi penerangan tatapi juga memberi pengajaran

kepada pembaca.

2. Rencana jenis berita Berasaskan kenyataan atau isu semasa dengan memberi keutamaan terhadap sesuatu

kejadian yang baru, luar biasa dan bernilai beritanya. Biasanya mengandungi huraian lanjut tentang berita yang hangat diperkatakan. Dalam penulisan berita, penulis dikehendaki melaporkan apa yang benar-benar berlaku

di samping memberikan pendapatnya.3. Rencana jenis profil

Menceritakan hal-hal tentang pencapaian dan kejayaan seseorang tokoh. Biasanya rencana jenis ini memuatkan gambaran tentang diri, individu yang

menunjukkan keperibadian, keistimewaan dan ketokohan. Orang yang diprofilkan merupakan orang terkenal. Menceritakan latar belakang seseorang tokoh itu dana apa yang dilakukannya serta

bagaimana ia menjadi terkenal.4. Rencana jenis penyiasatan

Ditulis untuk merangsang pihak-pihak tertentu agar bertindak untuk memperbaiki dan mengubah keadaan, cara berfikir serta orang ramai.

Penulis rencana seumpama ini perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh-contoh yang sebenarnya.

5. Rencana jenis pengalaman peribadi Kebiasaannya memaparkan pengalaman yang ngeri, aneh dan menakjubkan. Misalnya pengalaman mangsa ribut taufan dan sebagainya. Penulis berperanan penting bagi menghidupkan penulisannya dengan pemilihan kata

dan gaya bahasa yang baik dan membawa pembaca untuk sama-sama melalui pengalaman tersebut dalam tulisannya.

6. Rencana jenis pendapat Menggunakan persembahan yang bersahaja, iaitu pendapat disampaikan secara tepat

dan jelas dengan mengemukakan fakta dan data.

Page 7: Nota Rencana

Rencana jenis ini akan menjadi hambar jika pendapat penulis tidak berdasarkan penyelidikan dan rujukan yang mendalam.

7. Rencana jenis perbahasan Penulis biasanya mengetengahkan teori kemasyarakatan dan menyampaikan