nota reka bentuk kajian

5
KAJIAN TINJAUAN Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan responden (Marican, 2006). Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Berikut disenaraikan ciri-ciri kajian tinjauan: kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah, kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian (Chua, 2006). Terdapat beberapa cara pemilihan sampel dalam kajian tinjauan iaitu melalui pensampelan rawak mudah(simple random sampling), pensampelan berstrata (stratified sampling), pensampelan sistematik (systematic sampling) dan pensampelan kelompok (cluster sampling). Walau bagaimanapun pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2000). Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan. Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan responden, format instrumen yang sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian serta ujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006). Selain soal selidik, temu bual juga boleh digunakan dalam kajian tinjauan. Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, temu bual tidak berstruktur. Walau bagaimanapun temu bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay & Airasian, 2000). Panduan membentuk item-

Upload: siti-intan-farahana

Post on 03-Feb-2016

100 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rets

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Reka Bentuk Kajian

KAJIAN TINJAUAN

Kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan

berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang khususnya dalam

bidang sains sosial. Kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Kajian tinjauan

digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun

ribuan responden (Marican, 2006).

Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang terpilih mestilah

mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui

kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang

dikaji. Justeru itu, salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan

umum (generalization) tentang sesuatu populasi. 

Berikut disenaraikan ciri-ciri kajian tinjauan: kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah,

kutipan data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat dipungut secara terus

daripada responden dalam masa singkat dan dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu

populasi kajian (Chua, 2006). Terdapat beberapa cara pemilihan sampel dalam kajian tinjauan iaitu

melalui pensampelan rawak mudah(simple random sampling), pensampelan berstrata (stratified

sampling), pensampelan sistematik (systematic sampling) dan pensampelan kelompok (cluster

sampling). Walau bagaimanapun pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah secara rawak

daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti (Gay & Airasian, 2000). 

Kajian tinjauan boleh dijalankan menggunakan soal selidik melalui pos dan temu bual secara lisan

atau secara kertas-pensil, melalui SMS, e-mail serta telefon. Soal selidik ialah alat ukur yang paling

popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang

diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik Walau

bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah

melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan. Sekiranya

penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian. Ciri-

ciri instrumen soal selidik yang baik mestilah sesuai dengan kesediaan responden, format instrumen

yang sistematik, arahan yang jelas, surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian serta

ujian rintis perlu dijalankan sebelum instrumen digunakan (Chua, 2006). Selain soal selidik, temu bual

juga boleh digunakan dalam kajian tinjauan. Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan iaitu temu

bual berstruktur, temu bual semi struktur, temu bual tidak berstruktur. Walau bagaimanapun temu

bual tidak berstruktur jarang digunakan dalam kajian tinjauan kerana temu bual ini biasanya

digunakan untuk mendapatkan maklumat mendalam berkaitan sesuatu fenomena atau isu (Gay &

Airasian, 2000). Panduan membentuk item-item soal selidik ialah penggunaan bahasa yang mudah,

selaras dengan responden, elakkan soalan yang sukar, soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan

responden, elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang, elakkan soalan yang kabur,

elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat, elakkan soalan yang berarah dan item yang

negatif (Merican, 2006). Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert,

skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman(Gay & Airasian, 2000). 

Penyelidik kajian tinjauan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat.

Beberapa aspek-aspek penting dalam penyediaan item temu bual ialah menentukan jenis temu bual

Page 2: Nota Reka Bentuk Kajian

dalam kajian; rancangan temu bual; stail, kandungan dan susunan soalan temu bual; ciri-ciri soalan

temu bual yang baik; aras bahasa dalam temu bual; penyusunan soalan temu bual dan tempoh sesi

temu bual (Chua, 2006). Kesemua aspek di atas perlu diambil perhatian ketika menyediakan item

temu bual. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum

untuk menjawab persoalan kajian. Beberapa kaedah temu bual boleh digunakan iaitu temu bual

bersemuka, temu bual tidak bersemuka dan temu bual bantuan komputer. Terdapat 10 ciri asas untuk

menjadi penemu bual yang baik iaitu tidak mulakan sesi temu bual yang dingin, sentiasa sedar

tentang tujuan temu bual, soalan ditanya secara semula jadi, soalan yang penting perlu disoal dengan

jelas dan tepat, berwatak sebagai pendengar yang baik, pakaian dan penampilan yang sesuai,

tempat yang selesa, menghormati responden, berlatih sebelum sesi temu bual dilaksanakan dan

menghargai responden.

KAJIAN KESMelalui kajian kes, maklumat yang amat teliti, kaya dan mendalam dikumpul untuk menjawab

persoalan kajian. Selain itu, kajian kes juga memfokus kepada penghuraian yang holistik/ menyeluruh

dan memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam (Yin, 1994).

Kajian ini boleh menjawab soalan ‘bila’, ‘bagaimana’ dan ‘mengapa’. Kajian kes terdiri daripada dua

jenis iaitu penerokaan (explanatory) dan diskriptif (descriptive). Kajian ini boleh dilakukan terhadap

seorang individu, beberapa orang individu, kumpulan atau beberapa kumpulan dalam sesuatu

organisasi seperti sekolah. Sebagai contoh, kajian terhadap seorang pelajar yang bermasalah dan

pelajar yang cerdik dalam pembelajaran boleh dilaksanakan berdasarkan penerokaan dan deskriptif.

Hal ini demikian kerana kaedah kajian kes memerlukan maklumat yang terperinci dan mendalam bagi

seseorang penyelidik. Di samping itu, alat kajian yang sesuai diperlukan untuk memperoleh maklumat

yang berkenaan (Chua, 2006). Alat kajian yang biasanya digunakan adalah soal selidik, temu bual,

pemerhatian dan penelitian dokumen.

Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan dokumen personal seperti diari, memo, surat, fotografi,

rakaman dan sebagainya. Soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi responden mengenai

sesuatu fenomena. Ujian digunakan untuk mengukur pencapaian responden misalnya soalan-soalan

ujian atau ujian penentuan tingkah laku. Temu bual yang digunakan adalah temu bual separa

berstruktur dan terbuka supaya kesemua maklumat yang diperlukan dapat disampaikan kepada

penyelidik. Begitu juga dengan pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian turut serta dan

pemerhatian tidak turut serta. Selain itu, penelitian dokumen juga boleh digunakan sekiranya

diperlukan untuk me- nyokong soal selidik, temu bual atau pemerhatian yang telah dijalankan. 

Penyelidik tidak perlu menggunakan kesemua alat kajian yang diberikan tetapi memilih alat kajian

yang sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan kesahan

dan kebolehpercayaan kajian kes yang dijalankan, kaedah ‘triangulasi’ boleh digunakan. Kajian

dilakukan ke atas tiga aspek iaitu masa, ruang dan pemerhati. Misalnya pemerhatian dilakukan pada

masa yang berlainan, tempat yang berbeza dan dilakukan oleh beberapa orang pemerhati (Chua,

2006). Selain itu, ‘triangulasi’ juga boleh menggunakan tiga alat kajian yang berlainan untuk

mendapatkan data yang sama. Seorang penyelidik kajian kes yang menggunakan alat temu bual

Page 3: Nota Reka Bentuk Kajian

harus mempunyai kemahiran menyoal yang baik seperti kurang bercakap tetapi lebih banyak

mendengar, menyoal apa bila tidak faham, menyoal soalan terbuka, tidak menyampuk ketika

responden sedang seronok bercerita, memastikan responden sentiasa fokus kepada soalan yang

ditanya, tidak menilai apa yang disampaikan dan berdebat dengan mereka (Gay & Airasian, 2000).

Selain itu, penyelidik juga harus mempunyai kemahiran untuk merangsang responden untuk bercerita

secara selesa tanpa ragu-ragu. Kesemua perbualan harus direkodkan dengan menggunakan alat

perakam audio. Tujuannya adalah supaya tidak ada maklumat yang tercicir dan mudah

ditranskripsikan untuk dianalisis. Sebelum dianalisiskan temu bual berkenaan perlu mendapat

pengesahan daripada responden untuk tujuan kesahan alat kajian yang digunakan. Terdapat dua

jenis pemerhatian yang menjadi pilihan kepada pe-nyelidik kajian kes untuk digunakan supaya boleh

menjawab persoalan kajian. Semasa pemerhatian turut serta penyelidik terlibat secara langsung

dalam akti-viti yang dijalankan. Dengan menggunakan pemerhatian ini penyelidik mempunyai

pengalaman menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan responden dalam kajian yang

dijalankankan. Walau bagaimanapun kelemahannya ialah kesukaran penyelidik untuk membuat

catatan nota lapangan pemerhatian. Mana kala pemerhatian tidak turut serta penyelidik hanya

melakukan pemerhatian kepada keseluruhan aktiviti yang dijalankan. Kedua-dua pemerhatian

dilakukan dalam situasi sebenar dan secara holistic (Gay & Airasian, 2000). Rakaman pemerhatian

boleh menggunakan alat perakam audio dan video untuk merakam perbualan dan tingkah laku yang

diperhatikan. Penyelidik akan mencatat tingkah laku, perbualan, keadaan tempat, interaksi guru-

pelajar, interaksi pelajar-pelajar dan perkara-perkara yang diperlukan dalam kajian. Penyelidik boleh

meminta bantuan penyelidik lain untuk mencatat pemerhatian yang dijalankan untuk tujuan

pengesahan sekiranya perlu. Alat kajian yang terakhir, iaitu penelitian dokumen boleh digunakan

untuk mendapatkan data sokongan. Penelitian dokumen boleh menggunakan senarai semak atau

mendapatkan tema-tema yang diperlukan. Analisis menggunakan frekuensi dan peratus boleh

digunakan.

PERBEZAAN KUALITATIF DAN KUANTITATIF

Terdapat banyak perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dari sudut kaedah

penyelidikan atau pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah postivis, eksperimental, data

numarika dan ujian statistik. Manakala penyelidikan kualitatif pula menggunakan kaedah interpretif,

penghuraian, kajian  lapangan, kajian sejarah, kajian  kes, data verbal dan triangulasi data.

Selain itu, dari segi konsep utama pula ialah penyelidikan kuantitatif mengamalkan konsep variable,

konsep hipotisis kepercayaan, operasional, kesahan dan signifikan. Sebaliknya kaedah kualitatif pula

mengamalkan konsep makna, esei, pemahaman, pembentukan fenomena, konteks dan

triangulasi.Seterusnya ialah perbezaan dari sudut bidang yang dikaji oleh penyelidik. Kaedah

kuantitatif lebih menjurus kearah bidang sains asas, perindustrian, psikologi, sains politik,

kejuruteraan, ekonomi dan pendidikan.

Manakala kaedah  kualitatif pula cenderung kearah bidang antropologi, kemasyarakatan, linguistic,

sosiologi dan sejarah. Dalam menentukan tujuan pula, kaedah kuantitatif melihat kepada tujuan untuk

menguji teori, membina fakta, menunjukkan perbezaan, menunjukkan hubungan, meramal tingkah

laku dan menerangkan kejadian secara statistik. Berbeza pula dengan kaedah kualitatif iaitu membina

Page 4: Nota Reka Bentuk Kajian

tujuan untuk melengkapkan teori, meningkatkan kefahaman, menghuraikan kenyataan, menyatakan

kejadian semulajadi dan menerangkan kejadian secara verbal.

Melihat pula perbezaan dari sudut reka bentuk kajian, kaedah kuantitatif berbentuk eksperimental,

kuasi eksperimental, temubual berstruktur, pemerhatian berstruktur dan tinjauan. Kaedah kualitatif

pula berbentuk pemerhatian, pemerhatian peserta, temubual tidak berstruktur, rujukan maklumat

dokumentasi dan kajian kes. Dari sudut sampel pula, kaedah kuantitatif mengambil sampel bersaiz

besar, kaedah persampelan kebarangkalian, pemilihan sampel secara rawak, kumpulan sampel

kawalan dan sampel berlapis.

Manakala kaedah kualitatif pula, sampel yang diambil berskala kecil, persampelan bukan

kebarangkalian dan pemilihan sampel dengan mempunyai tujuan berdasarkan penyelidikan yang

dilakukan oleh penyelidik. Keupayaan keputusan yang digeneralisasikan adalah tinggi dengan

menggunakan kaedah kuantitatif berbanding kaedah kualitatif.

Melihat perbezaan dari segi data pula, kaedah kuantitatif mengumpul data secara kuantiti, bilangan,

pengukuran dan statistik.  Manakala kaedah kualitatif pula menjurus kearah penghuraian deskriptif,

nota pandangan, catatan verbal, rakaman pemerhatian atau temubual dan maklumat dari bahan

dokumentasi.

Dari sudut analisis data pula, kaedah kuantitatif menganalisis data secara deduktif dan statistik.

Manakala kaedah kualitatif pula menganalisis secara tertutup, dalam jangka masa yang panjang dan

secara mendalam. Seterusnya perbezaan dari segi format instrument untuk membentuk data pula,

kaedah kuantitatif adalah lebih formal, spesifik, struktur, telah ditetapkan dan menggunakan skala.

Manakala kaedah kualitatif adalah sebaliknya.