t2-reka bentuk pengajaran_final.docx

22
EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN _________________________________________________________ ____________ TAJUK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN SINOPSIS Tajuk ini akan membincangkan konsep reka bentuk pengajaran dan juga kepentingan reka bentuk pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan model ADDIE dan model ASSURE dan aplikasinya dalam pengajaran –pembelajaran serta reka bentuk mesej. HASIL PEMBELAJARAN Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat: i. Mengenal ciri-ciri reka bentuk pengajaran dan pelbagai jenis reka bentuk pengajaran. ii. Dua bentuk reka bentuk pengajaran yang utama dibincangkan. iii. Mengenal dan menghuraikan reka bentuk mesej. KERANGKA TAJUK 1

Upload: nazri-hussein

Post on 11-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

TAJUK 2 REKA BENTUK PENGAJARAN

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan konsep reka bentuk pengajaran dan juga

kepentingan reka bentuk pengajaran. Tajuk ini juga menghuraikan model ADDIE

dan model ASSURE dan aplikasinya dalam pengajaran –pembelajaran serta reka

bentuk mesej.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan

dapat:

i. Mengenal ciri-ciri reka bentuk pengajaran dan pelbagai jenis reka bentuk

pengajaran.

ii. Dua bentuk reka bentuk pengajaran yang utama dibincangkan.

iii. Mengenal dan menghuraikan reka bentuk mesej.

KERANGKA TAJUK

Reka Bentuk Pengajaran

Konsep Reka Bentuk Pengajaran

PengertianPeranan & Kepentingan

Model Reka Bentuk PengajaranASSUREADDIE

Reka Bentuk Mesej dalam Proses Pengajaran danpembelajaran

1

Page 2: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

2.1 Konsep Reka Bentuk Pengajaran

2.1.1 Pengertian

Proses penyampaian atau pengajaran merupakan satu aktiviti yang penting yang

mesti dilaksanakan dalam pendidikan dan latihan. Setiap proses pengajaran perlu

mempunyai matlamat yang nyata dan jelas dan boleh dicapai. Matlamat ini akan

tercapai sekiranya ada perancangan yang lengkap dan sistematik dimana hasil

pembelajaran dapat diukur. Justeru, reka bentuk pengajaran merupakan satu

catatan lengkap menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran boleh

berlaku dengan terancang dan teratur.

Secara khususnya, reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar

atau diukur serta diuji dan bagaimana proses pembelajaran itu berlaku sehingga

objektif tercapai. Mengikut Dick & Reiser (Wah Wan Ali et al. 2008) ,reka bentuk

pengajaran ialah satu proses yang sistematik untuk mereka bentuk, membangun,

melaksana dan menilai pengajaran.

Terdapat juga model reka bentuk pengajaran yang lain seperti:

• ASSURE

• ADDIE

• 9S Gagne Events

• Dick & Carey

• Water Fall

• ARCS Model of Motivational Design (Keller)

• Kemp Design Model

• Organizational Elements Model

Fikirkan

Apakah tujuan mereka bentuk pengajaran? Sejauh manakah reka bentuk

pengajaran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Apakah proses

yang terlibat semasa mereka bentuk pengajaran?

2

Page 3: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

2.1.2 Peranan dan Kepentingan

Mengikut Dick & Reiser (Wah Wan Ali et al. 2008). , Konsep Reka Bentuk

Pengajaran ialah satu proses yang sistematik untuk mereka bentuk,

membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

Proses reka bentuk pengajaran merupakan satu proses yang sistematik yang

merangkumi tiga peringkat yang penting iaitu penentuan objektif, perancangan

pengajaran dan pembelajaran dan penilaian serta refleksi pengajaran dan

pembelajaran. Ia menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan

pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian penbelajaran.

Dengan lain perkataan, ia merupakan satu proses menyediakan panduan

merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media

pengajaran.

Reka bentuk pengajaran telah wujud empat dekad dahulu dan kini terdapat banyak

jenis model reka bentuk pengajaran. Walau bagaimanapun, terdapat enam perkara

asas dalam sesuatu proses pengajaran iaitu:

i. menentukan keperluan murid

ii. menentukan matlamat dan objektif

iii. membina prosedur penilaian

iv. mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

v. memcuba sistem pengajaran

vi. menilai keseluruhan sistem

Terdapat reka bentuk pengajaran yang berskala besar dan kecil. Gustafon (Wah

Wan Ali et al. 2008) telah membahagikan model kepada 3 tumpuan:

i. model berorientasikan sekolah

ii. model berorientasikan produk

iii. model berorientasikan sistem

Tujuan utama reka bentuk adalah untuk menghasilkan satu pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Mengikut Dick dan Reiser (Wah Wan Ali et al.2008).,

pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh ilmu dan kemahiran,

selain daripada sikap yang diharapkan. Satu pengajaran yang berjaya mampu

menarik perhatian dan menaruh penghormatan murid terhadap pengajar. Secara

tidak langsung, ia membantu menghasilkan guru yang kompeten dan dedikasi serta

inovatif.

3

Page 4: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

Perbincangan

Apakah perkara asas yang merangkumi satu proses pengajaran?

2.2 Model Reka Bentuk Pengajaran

2.2.1 Model ASSURE

Model ASSURE merupakan model reka bentuk berasaskan bilik darjah. Ia

dipelopori oleh Heinich et. Al (Wah Wan Ali et al.2008). Ia mendapatkan namanya

hasil akronim huruf awal A.S.S.U.R.E.

Ia melibatkan enam langkah, iaitu analisis ciri-ciri murid, nyatakan objektif

pengajaran dan pembelajaran, pilih strategi, teknologi dan media bahan yang sesuai,

gunakan teknologi, bahan dan media pengajaran dan pembelajaran tersebut,

libatkan murid dalam proses pembelajaran,dan nilai serta semak semula

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

A Analyse

S State

S Select

U Utilise

R Require

E Evaluate

2.2.1.1 Analyse learner (Analisis murid)

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengetahui

ciri-ciri umum murid seperti umur, darjah/tingkatan, latarbelakang murid , tahap sosio

ekonomi dan lain-lain lagi. Melalui rekod murid dan berinteraksi secara langsung

dengan murid, guru boleh memperoleh maklumat yang lengkap mengenai seseorang

murid. Melalui cara-cara ini, guru dapat menggunakan teknologi yang bersesuaian

4

Page 5: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

dan menyediakan bahan dan media pengajaran berdasarkan pengalaman lepas

murid.

Di luar negara seperti Amerika Syarikat, guru-guru wajib mengetahui keperluan setiap

orang murid seperti tahap penguasaan murid, pengetahuan lepas murid supaya

mereka dapat merancang reka bentuk pengajaran yang bersesuaian dengan tahap

penguasaan murid yang terdiri daripada pelbagai jenis gaya pembelajaran dan

akhirnya tercapai objektif pengajaran yang ditetapkan. Pendek kata guru perlu

mengetahui sejauh mana pengetahuan lepas telah dikuasai oleh murid dan

mengaitkan dengan pengajaran yang akan disampaikan nanti. Guru boleh

menjalankan ujian pra ke atas pengetahuan lepas murid.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Ada murid yang suka belajar

secara bersendirian, ada yang suka berbincang dengan kawan atau secara

berkumpulan, ada yang suka belajar di kawasan yang sunyi dan tenang, ada yang

suka belajar di kawasan terang, ada yang suka belajar dengan adanya iringan muzik,

ada yang suka belajar melalui pemerhatian dan membuat kajian dan sebagainya.

Gaya pembelajaran merujuk kepada trait psikologi seseorang murid memproses,

mentafsir, mengumpul maklumat terhadap pengetahuan dan kemahiran dan

seterusnya bertindak balas dengan persekitarannya. Ia merujuk kepada cara yang

paling berkesan seseorang murid menguasai pembelajaran. Mengikut model

Dunn&Dunn (Wah Wan Ali et al. 2008) , stail pembelajaran merujuk kepada

bagaimana seseorang murid memproses maklumat dan mengekalkan maklumat baru

melalui lima ransangan iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi.

Mengikut model Honey & Mumford (Wah Wan Ali et al. 2008)., stail pembelajaran

ialah penerangan sikap dan tingkahlaku yang diamalkan oleh seseorang murid

terhadap cara belajar masing-masing.

Pengetahuan tentang gaya pembelajran murid membolehkan guru mengendalikan

kelas dengan lebih berkesan dan berjaya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

2.2.1.2 State objectives (Nyatakan objektif pengajaran dan pembelajaran)

5

Page 6: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

Pembelajaran membawa perubahan dari segi penguasaan pengetahuan, kemahiran

dan tingkah laku. Seperkara itu, apa yang dipelajari itu perlu mempunyai objektif yang

jelas dan konkrit supaya objektif pembelajaran dapat diukur pada akhir proses

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, ‘pada akhir pengajaran dan pembelajaran,

murid dapat menyenaraikan lima contoh haiwan bertulang belakang.’

Penyataan objektif pembelajaran perlu eksplisit dan jelas. Ia dapat membantu guru

menilai sejauh manakah objektif pembelajaran atau kemahiran yang telah ditentukan

dapat dikuasai oleh murid. Pengubahsuaian ke atas kaedah atau strategi boleh

dilakukan sekiranya objektif tidak tercapai.

Penyataan objektif dapat membantu guru mengukur perubahan tingkah-laku ke atas

murid dan murid patut mengetahui apakah harapan guru terhadap mereka.

Penggunaan istilah yang menunjukkan perubahan tingkah laku adalah penting.

Antaranya perkataan yang sesuai ialah melabelkan, membanding bezakan,

menyenaraikan, menyebut, mengkategorikan, merumus, menyelesaikan masalah.

Penyataan objektif membantu guru juga dalam pemilihan kaedah, bahan dan media

pengajaran serta teknologi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.Apakah tahap pencapaian minimum yang boleh digunakan untuk

mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid?

Tahap pencapaian minimum ini merujuk kepada darjat ketepatan, kuantiti dan kualiti

serta tempoh masa yang ditetapkan. Penulisan tahap pencapaian boleh ditulis dalam

bentuk kuantitatif dan kualitatif. Penulisan bentuk kuantitatif boleh dijelaskan dengan

penggunaan angka, peratusan dan skor mentah. Contohnya, di akhir pengajaran dan

pembelajaran, murid boleh ‘menjawab lapan daripada sepuluh soalan objektif’.

Penulisan kualitatif pula sukar diukur kerana kriteria susah ditentukan.

Objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dikategorikan kepada tiga domain yang

utama iaitu:

domain kognitif (keupayaan berfikir)

domain efektif (sikap dan perasaan)

domain psikomotor (kemahiran fizikal) dan domain interpersonal

AKTIVITI

6

Page 7: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

Cuba analisis objektif pengajaran dan pembelajaran. Kenal pasti lebih banyak

perkataan ekplisit yang boleh digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku

murid selepas proses pengajaran –pembelajaran dilaksanakan.

2.2.1.3 Select technology, strategies, media and materials (Pilih teknologi, kaedah

media dan bahan yang sesuai)

Terdapat empat langkah dalam proses ini iaitu:

menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan

memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran

memilih format media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih

memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

2.2.1.3.1 Menentukan jenis teknologi yang sesuai

Pemilihan penggunaan teknologi seharusnya berdasarkan kepada ciri-ciri murid dan

gaya pembelajaran murid. Pada masa yang sama juga, guru perlu memikirkan

kemudahcapaian bahan/resos yang hendak digunakan. Kriteria kefleksibelan

teknologi perlu dipertimbangkan berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan.

Penggunan teknologi komputer sesuai diaplikasikan untuk aktiviti projek,

pembentangan, simulasi dan sebagainya.

2.2.1.3.2 Memilih kaedah

Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling sesuai digunakan dalam satu proses

pengajaran dan pembelajaran guru? Jawapannya ialah lebih daripada satu kaedah.

Tiada satu kaedah khas yang digunakan untuk setiap peringkat perkembangan

pengajaran. Kaedah simulasi, lakonan boleh digunakan semasa set induksi. Kaedah

sumbangsaran boleh digunakan semasa guru mengemukakan satu-satu soalan dan

meminta murid menjawab. Setiap saranan jawapan akan diterima tanpa bantahan

daripada guru. Kaedah latihtubi boleh digunakan untuk memperkukuhkan sesuatu

kemahiran baru yang telah disampaikan oleh guru. Pemilihan kaedah hendaklah

diasaskan kepada objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada murid, ciri-ciri murid

dan gaya pembelajaran murid.

7

Page 8: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

2.2.1.3.3 Memilih format media dan bahan sumber

Format media merujuk kepada bagaimana bentuk maklumat dipaparkan. Contoh

format media seperti gambar, slaid, peta, lukisan, transperansi, bahan tiga dimensi

seperti papet, wayang kulit, boneka, akuarium, klip video, audio, pakej persembahan

multimedia dan lain-lain lagi.

Pemilihan format media hendaklah berdasarkan domain objektif, kumpulan murid,

pengalaman murid, dan bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang

menjadi fokus pembelajaran. Bahan sumber ini boleh dalam bentuk petikan,

teks,artikel dan sebagainya.

Kriteria pemilihan bahan sumber boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

menggunakan bahan sumber yang tersedia ada

mengubah suai bahan sumber yang ada

mereka bentuk bahan sumber yang baru

2.2.1.3.4 Memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih

Sekiranya anda menghadapi masalah kekurangan bahan media ataupun media yang

dipilih kurang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran, anda boleh mereka

bentuk semula media yang dipilih atau menghasilkan media baru.

Terdapat tujuh perkara yang perlu diambil kira, iaitu:

objektif

kumpulan sasaran murid

masa

kos

fasiliti

kemahiran/kepakaran teknikal

peralatan yang diperlukan

8

Page 9: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

Pemilihan bahan sumber yang tersedia ada perlu mengikut beberapa kriteria seperti

di bawah.

Menepati kurikulum

Maklumat tepat, boleh dipercayai dan terkini

Bahasa yang jelas dan mudah difahami

Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid

Menarik penglibatah murid

Mempunyai kualiti

Ada bukti tentang keberkesanan penggunaan

Bebas daripada bias

Mempunyai panduan penggunaan/ manual penggunaan

Perbincangan

Senaraikan tempat/agensi-agensi yang boleh membuat rujukan ke atas

bahan sumber yang tersedia ada..

2.2.1.4 Utilize technology, media and materials (Gunakan teknologi, bahan dan

media pengajaran dan pembelajaran tersebut)

Penggunaan bahan sumber perlu tepat pada tempat dan masanya. Sebelum

penggunaan, pastikan anda semak langkah-langkah seperti di bawah:

semak bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.

sediakan bahan untuk penggunaan di dalam kelas

sediakan persekitaran untuk membolehkan penggunnan yang optimum

sediakan murid dari segi emosi dan fizikal untuk mendapatkan manfaat

daripada bahan sumber

sediakan pengalaman pembelajaran untuk murid

2.2.1.5 Require learner participation (Libatkan murid dalam proses pembelajaran)

Guru boleh merancangkan sesi pengajaran-pembelajaran yang melibatkan murid

melalui kaedah berpusatkan murid. Contoh aktiviti berpusatkan murid seperti

9

Page 10: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

menyediakan projek. Ini akan dapat memotivasikan murid dan membolehkan guru

memgukur perubahan tingkah-laku murid.

2.2.1.6 Evaluate and revise (Nilai serta semak semula keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran)

Penilaian semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru

membuat penambahbaikan dan pembetulan serta menjalankan tindakan susulan

yang sesuai melalui amalan refleksi.

Melalui refleksi, guru perlu melihat semula sejauh manakah perancangan,

pelaksanaan pengajaran, objektif pengajaran dan perubahan tingkah laku murid

tercapai? Melalui proses ini guru dapat menyediakan pembelajaran yang lebih

berkesan dan bermutu pada masa akan datang.

Internet

1. http://www.instructionaldesign.org/

2. http://www.instructionaldesign.org/models/index.html

3. http://www.instructionaldesign.org/models/assure.html

2.4.1 Model ADDIE

Model ini menjadi asas kepada kebanyakan model reka bentuk.Kebaikan model ini

ialah penambahbaikan yang berterusan boleh dibuat berasaskan maklumat yang

dikumpul. Ia juga menjimatkan masa kerana masalah dapat diatasi sebaik sahaja

dikenalpasti. Ia mendapatkan namanya hasil akronim huruf awal ADDIE.

A Analysis

D Design

D Development

I Implementation

E Evaluation

10

Page 11: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

2.4.1.1 Analysis Phase (Peringkat Analisis)

Guru perlu kenal pasti sasaran kumpulan murid, ciri-ciri pembelajaran murid, objektif

pengajaran, tempoh masa yang digunakan, strategi pengajaran yang dipilih dan

pengalaman lepas murid.

2.4.1.2 Design phase (Peringkat Reka Bentuk)

Tumpuan akan diberikan kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran,

penentuan objektif pembelajaran, penyampaian isi kandungan, alat pentaksiran yang

akan digunakan, pemilihan jenis media yang sesuai dan juga latihan pengukuhan

dan pengayaan yang akan diberikan ke atas murid mengikut tahap penguasai

kemahiran yang telah disampaikan.

2.4.1.3 Peringkat Perkembangan

Peringkat ini melibatkan pemilihan isi kandungan dan penggunaan teknologi.

2.4.1.4 Peringkat Implementasi

Ia melibatkan keseluruhan proses pengajaran- pembelajaran iaitu daripada

pemahaman tentang kurikulum, penentuan hasil pembelajaran, pemilihan strategi

pengajaran, pemilihan media pengajaran, penggunaan alat pentaksiran yang sesuai

dan bentuk ujian.

2.4.1.5 Peringkat Penilaian

Merangkumi dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian

formatif dijalankan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan penilaian

sumatif akan dijalankan pada penghujung penggal persekolahan dalam bentuk ujian

untuk domain kognitif dan bertujuan untuk mendapat maklumbalas daripada murid.

Internet

11

Page 12: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

1. http://www.instructionaldesign.org/models/addie_weaknesses.html

2. http://www.instructionaldesign.org/models/dick_carey_model.html

3. http://www.umich.edu/~ed626/Dick_Carey/dc.html

Perbincangan

Bincang dengan rakan anda kelebihan-kelebihan yang ada pada reka

bentuk pengajaran ASSURE dan Dick & Carey.

2.3 Reka Bentuk Mesej Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Media pengajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam reka bentuk

pengajaran. Media inilah yang menjadi perantara di antara penyampai mesej dan

penerima mesej. Mengikut Asociation for Educational Communication and

Technology (AECT)2004) (Wah Wan Ali et al.2008) , media ialah segala bentuk atau

saluran yang digunakan untuk menyampaikan pesanan. Media di sini membawa

maksud penyamapaian pengajaran-pembelajaran.

Justeru, segala media dalam bentuk audio, video, grafik, suara dan bahasa

penyampaian guru adalah digolongkan dalam kategori media pengajaran.

Mengikut Torkelson (Wah Wan Ali et al. 2008)., media boleh dibahagikan kepada

tiga komponen iaitu:

Mesej

Bentuk mesej

Saluran mesej

12

Page 13: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

Rajah 4: Konsep Media Torkelson (1972)

i. Mesej

Mesej ialah isi kandungan yang hendak disampaikan oleh penyampai. Mesej boleh

dalam bentuk makluman, motivasi, peringatan, bahasa isyarat dan sebagainya.

ii. Bentuk mesej

Merujuk kepada persoalan bagaimana mesej disampaikan. Ia boleh dalam bentuk

gambar, jadual, carta, simbol, pengumuman, dan sebagainya.

iii. Saluran mesej

Merujuk kepada alat fizikal yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej .

Mesej boleh disampaikan dalam bentuk elektrikal, mekanikal, digital dan sebagainya.

Contoh alat yang boleh digunakan termasuklah radio, televisyen, projektor

‘Overhead’, projektor, LCD camera digital, video camera dan sebagainya.

Dalam proses pengajaran-pembelajaran, reka bentuk mesej memainkan peranan

yang penting kerana ia memastikan mesej yang disampaikan oleh guru difahami oleh

penerima/murid. Penggunaan media perlu bersesuaian dengan pengalaman lepas

murid untuk mempercepatkan penyampaian mesej.

13

Page 14: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

Menurut Edgar Dale (Wah Wan Ali et al. 2008) , murid mempelajari sesuatu

kemahian baru melalui pengalaman konkrit. Dengan adanya pengalaman langsung,

iaitu murid sendiri yang melalui proses perbuatan, proses mengamati, akhirnya

murid akan berjaya mentafsirkan maklumat yang abstrak ke bentuk konkrit.

Sekiranya murid itu mempelajari sesuatu kemahiran baru melalui bahasa verbal

sahaja, maka semakin sedikit pengalaman yang dilaluinya. Secara ringkasnya,

media yang sesuai digunakan dalam pengajaran-pembelajaran bermula daripada

pengalaman langsung hingga ke penerangan verbal. ( rujuk Rajah 5)

Rajah 3: Kon Pengalaman Edgar Dale (Wah Wan Ali et al. 2008)

Simbol verbalSimbol visual

Melihat gambar pegun

Melihat gambar bergerak

Menonton televisyen pendididkan

Pameran

Membuat kajian tindakan

Tunjuk cara

Melakonkan

Mereka pengalaman tiruan

Mendapatkan pengalaman langsung/sebenar

14

Page 15: T2-Reka Bentuk Pengajaran_final.docx

EDU3105 T2 – REKA BENTUK PENGAJARAN_____________________________________________________________________

Perbincangan

Penilaian' merupakan salah satu langkah yang terdapat dalam model

ADDIE. Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, bincangkan dengan rakan

anda mengenai bentuk penilaian yang boleh dilaksanakan dan terangkan ciri-ciri

setiap bentuk penilaian dengan memberikan sekurang-kurangnya satu contoh yang

sesuai.

RUMUSAN

Guru perlu merancang reka bentuk pengajaran supaya pengajaran guru akan

menjadi lebih teratur dan sistematik. Pemilihan jenis reka bentuk pengajaran amat

penting kerana ia akan menjamin pencapaian objektif iaitu murid telah menguasai

kemahiran dan adanya berlaku perubahan tingkah laku.

BIBLIOGRAFI

Mok Soon Sang (2006). Nota pengurusan pengajaran-pembelajaran. Multimedia-

ES Resources Sdn. Bhd.

Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D., Russell, J.D. (2006). Educational

technology for teaching and learning. Merrill Prentice-Hall.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Shah Alam: Oxford Fajar.

Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala

Lumpur: OUM.

15