nota - peribahasa

7
1 – Pragmatik - Peribahasa Bahasa Melayu STPM Kertas 3 (910/3) 1. KONSEP PERIBAHASA Peribahasa ialah susunan percakapan yang pendek, indah atau sedap didengar, luas tujuannya, dan digunakan sebagai bandingan dan teladan 1 . Peribahasa merupakan bahasa yang sudah mantap dari segi bentuk dan makna, dan tidak boleh diubah kepada bentuk lain. 2 Peribahasa membawa satu makna sahaja walaupun terbentuk daripada dua atau lebih perkataan. Maknanya diambil daripada penggabungan perkataan secara keseluruhan, yang bersifat tersembunyi atau tidak berterus terang. Penciptaan peribahasa terhasil daripada pengalaman hidup masyarakat. Peribahasa digunakan supaya tidak berlaku hal kurang sopan dalam percakapan. Asalnya bentuk ini digunakan oleh orang yang bijak, yang selalunya bercakap ringkas tetapi tepat dan dalam maknanya, dan bentuk berkenaan ditiru atau diikuti oleh orang lain lalu tersebar luas. Peribahasa dipecahkan kepada beberapa jenis berdasarkan perkataan yang digunakan dan fungsi atau tujuannya. 2. PERUMPAMAAN 2.1 Definisi Perumpamaan Perumpamaan ialah jenis peribahasa yang mempunyai makna dua lapis. Perumpamaan menyebut sesuatu dengan diumpamakan kepada benda lain. 2.2 Jenis Perumpamaan (a) Perumpamaan yang menunjukkan perbandingan Menggunakan kata perbandingan – bagai, bak, seperti, laksana, macam, seolah- olah, dan ibarat. (b) Perumpamaan tidak menggunakan kata perbandingan. Perumpamaan ini kelihatannya seperti mempunyai makna seperti yang diungkapkan tetapi makna sebenarnya bersifat dalaman. 1 Za’ba. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (1965:165) 2 Abdullah Hassan & Ainon Mohd. Peribahasa Nilai-Nilai Murni KBSM. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. (1994:ii) Pragmatik: PERIBAHASA Nota PENGGAL 3 Bagai telur di hujung tanduk Bak murai dicabut ekor Ibarat mencangkul angin Macam ikan kena tuba Seperti lipas kudung

Upload: latonya-briggs

Post on 07-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

penggal 3 peribahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Nota - Peribahasa

1 –

Pra

gmat

ik -

Per

ibah

asa

Bahasa Melayu STPM Kertas 3 (910/3)

1. KONSEP PERIBAHASA

Peribahasa ialah susunan percakapan yang pendek, indah atau sedap didengar, luas tujuannya, dan digunakan sebagai bandingan dan teladan1.

Peribahasa merupakan bahasa yang sudah mantap dari segi bentuk dan makna, dan tidak boleh diubah kepada bentuk lain.2

Peribahasa membawa satu makna sahaja walaupun terbentuk daripada dua atau lebih perkataan. Maknanya diambil daripada penggabungan perkataan secara keseluruhan, yang bersifat tersembunyi atau tidak berterus terang.

Penciptaan peribahasa terhasil daripada pengalaman hidup masyarakat. Peribahasa digunakan supaya tidak berlaku hal kurang sopan dalam percakapan.

Asalnya bentuk ini digunakan oleh orang yang bijak, yang selalunya bercakap ringkas tetapi tepat dan dalam maknanya, dan bentuk berkenaan ditiru atau diikuti oleh orang lain lalu tersebar luas.

Peribahasa dipecahkan kepada beberapa jenis berdasarkan perkataan yang digunakan dan fungsi atau tujuannya.

2. PERUMPAMAAN

2.1 Definisi Perumpamaan

Perumpamaan ialah jenis peribahasa yang mempunyai makna dua lapis.

Perumpamaan menyebut sesuatu dengan diumpamakan kepada benda lain.

2.2 Jenis Perumpamaan

(a) Perumpamaan yang menunjukkan perbandingan

Menggunakan kata perbandingan – bagai, bak, seperti, laksana, macam, seolah-olah, dan ibarat.

(b) Perumpamaan tidak menggunakan kata perbandingan.

Perumpamaan ini kelihatannya seperti mempunyai makna seperti yang diungkapkan tetapi makna sebenarnya bersifat dalaman.

1Za’ba. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (1965:165)

2Abdullah Hassan & Ainon Mohd. Peribahasa Nilai-Nilai Murni KBSM. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd. (1994:ii)

Pragmatik: PERIBAHASA

Nota PENGGAL

3

Bagai telur di hujung tanduk

Bak murai dicabut ekor

Ibarat mencangkul angin

Macam ikan kena tuba

Seperti lipas kudung

Page 2: Nota - Peribahasa

2 –

Pra

gmat

ik -

Per

ibah

asa

3. PEPATAH

3.1 Definisi Pepatah

Perkataan pepatah berasal daripada patah-patah.

Pepatah merupakan jenis peribahasa yang mempunyai makna selapis.

Pepatah mempunyai maksud yang jelas pada lahirnya sahaja. Kadang-kadang pepatah tidak berisi apa-apa pengajaran.3

3.2 Jenis Pepatah

(a) Pepatah yang mempunyai pengajaran

Memiliki unsur peringatan dengan jelas. (b) Tiada pengajaran

Hanya pernyataan tentang sesuatu dengan makna yang tersurat.

4. BIDALAN

4.1 Definisi Bidalan

Bidalan juga jenis peribahasa yang mempunyai maksud selapis sahaja.

Bidalan berbeza daripada pepatah kerana bidalan mempunyai pengajaran dan fikiran yang benar.

4.2 Ciri Bidalan

Biasanya bidalan bersifat nasihat.

Bidalan menggunakan perkataan yang menunjukkan peringatan seperti jangan, hendaklah, usah, biar, kalau dan ingat.4

3Za’ba. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (1965:167)

4Abdullah Hassan & Ainon Mohd. Peribahasa Nilai-Nilai Murni KBSM. KL: UPSD (1994:vi)

Siapa makan lada dia terasa pedas

Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain

Belakang parang diasah lagikan tajam

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada katanya.

Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.

Alah bisa tegal biasa

Indah khabar dari rupa

Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

Page 3: Nota - Peribahasa

3 –

Pra

gmat

ik -

Per

ibah

asa

5. SIMPULAN BAHASA

5.1 Definisi Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada rangkaian dua atau tiga perkataan dan tersimpul makna yang khas.

Maksudnya berbeza daripada maksud asal perkataan-perkataan yang terlibat. 5.2 Punca Simpulan Bahasa.5

Punca Contoh

Kiasan tentang cerita yang masyhur atau kejadian yang luar biasa

Abu Jahal

Cina buta

Lebai malang

Mat Jenin

Kejadian biasa

ajak-ajak ayam

berat mulut

kutu embun

mandi kerbau

Kepercayaan orang ramai buruk siku

harimau berantai

Semata-mata kebiasaan atau resaman bahasa

ada hati

beri muka

gila bahasa

mata air

6. PERBILANGAN

6.1 Definisi Perbilangan

Perbilangan ialah kalimat yang bercorak adat resam yang mempunyai penggal-penggal seperti orang membilang sesuatu, dan isinya berupa undang-undang.

6.2 Ciri Perbilangan

Disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.

Binaannya dua baris atau lebih.

Menitikberatkan isi yang berkaitan adat istiadat atau peraturan dalam masyarakat yang dapat menjadi pedoman hidup masyarakat.

5 Za’ba (1965:152)

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

Malu berkayu perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan

Kalau kail penjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Biar lambat asalkan selamat

Page 4: Nota - Peribahasa

4 –

Pra

gmat

ik -

Per

ibah

asa

7. KIASAN

7.1 Definisi Kiasan

Kiasan merupakan bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan mengiaskannya kepada perkara lain.

Asal bahasa kiasan untuk membuat contoh secara perbandingan.

Bentuk ini digunakan untuk menjelaskan maksud, menambahkan kesan percakapan supaya lebih menarik, menjadikan bahasa lebih indah, dan sebagai “pelindung” daripada bahasa tidak elok yang mungkin menyakitkan hati orang lain sekiranya disebut secara terus-terang.

7.2 Jenis Kiasan

Kiasan terdiri daripada yang menyebutkan bandingan dan yang tidak menggunakan kata bandingan.

Kiasan terdiri daripada beberapa jenis: kiasan asal dan kiasan berpindah, kiasan permanusiaan dan kata-kata hikmat.

(a) Kiasan Asal

Kiasan asal ialah kiasan yang menyebut bandingan satu perkara dengan satu perkara yang lain secara terang-terangan dengan menggunakan kata bandingan.6

6 Za’ba (1965:191)

Kecil jangan disangka anak,

besar jangan disangka bapa.

Hidup dikandung tanah,

mati dikandung adat.

Hukum berdiri dengan saksi,

adat berdiri dengan tanda.

Yang buta penghembus lesung,

yang pekak mencucuh meriam,

yang celik tempat bertanya.

Raja menobat di dalam alam,

Penghulu menobat di dalam luak,

Lembaga menobat di dalam lingkungannya,

ibu bapa menobat pada anak buahnya,

orang banyak menobat di dalam terataknya.

Page 5: Nota - Peribahasa

5 –

Pra

gmat

ik -

Per

ibah

asa

(b) Kiasan Berpindah

Kiasan berpindah ialah kiasan yang tidak menyebut perbandingan, tetapi terus dipindahkan maksudnya kepada perkara yang hendak dibandingkan itu.

Kiasan ini terdiri daripada beberapa jenis.7

(i) Kiasan Sandar

Kiasan ini menyandarkan maksudnya kepada benda atau perkara lain, seolah-olah maksudnya menjadi sifat atau perbuatan benda atau perkara lain itu.

(ii) Kiasan Terus

Kiasan yang mempunyai makna yang sama sekali lain daripada makna perkataan yang digunakan.

(iii) Kiasan berangkap

Kiasannya secara bahasa berirama yang mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan hal yang dikiaskan

7 Za’ba (1965:192-197)

Merah matanya seperti biji saga

Laksana sumbu pelita, membakar diri untuk menerangi orang lain Kekasihnya cantik bak bulan purnama

Bau-bau bacang

Diam ubi

Malu-malu kucing

Mandi kerbau Pening lalat

Ayam tambatan

Kutu embun

Pisau cukur

Serkap jarang Kayu tiga

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

Page 6: Nota - Peribahasa

6 –

Pra

gmat

ik -

Per

ibah

asa

(iv) Kiasan Berbunga

Kiasan yang menggunakan perkataan-perkataan yang indah atau berbunga-bunga.

(v) Kiasan Pemanis

Kiasan ini dipanggil juga sebagai kiasan gayang8 yang digunakan untuk mengelak penggunaan perkataan yang kurang elok bunyinya.

Ungkapan yang digunakan lebih halus dan santun untuk menggambarkan sesuatu.

(vi) Kiasan Melompat

Kiasan ini ialah kiasan yang bersifat melangkah (melangkau) satu tingkat atau lebih daripada benda atau perkara asal.

(vii) Kiasan Melarat

Kiasan melarat ialah kiasan yang sudah menyeleweng atau berbeza jauh daripada maksud asal.

8 Za’ba (1965:195)

Marah bernyala-nyala

Pedoman hidup

Pintu hatiku terbuka

Reput dimakan zaman

Selimut kemalasan

Berbadan dua

Buang air besar

Menghembuskan nafas yang terakhir

Menjamu selera

Orang rumah

Memanjat rambutan

Menanak nasi

Mencucuk atap

Menjahit baju

Minum kopi

Ambil berat

Badan berisi

Kaki botol

Ringan kepala

Tubuh melidi

Page 7: Nota - Peribahasa

7 –

Pra

gmat

ik -

Per

ibah

asa

(viii) Kiasan Permanusiaan (Pengorangan)

Kiasan ini menjadikan sesuatu yang bukan manusia dapat berfikir dan bertindak seperti manusia.

Biasanya digunakan dalam bahasa kreatif dengan istilah personifikasi. 8. KATA-KATA HIKMAT

Kata-kata hikmat disebut juga madah pujangga, merupakan perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi.

Boleh dijadikan teladan atau panduan hidup.

Awal bermula kalam menari

Sejuk malam menggigit kulitnya Pelepah kelapa melambai-lambai

Bahasa Menunjukkan Bangsa

Bersatu teguh bercerai roboh

Bertangguh itu pencuri masa

Kemahuan laksana sebilah beliung yang tajam, mampu merintis jalan di hutan yang tebal – Charles Dickens