nota pengerusi - townplan.gov.my ucapan... · projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke ......

12
NOTA PENGERUSI YBHG DATUK MOHD. FADZIL B. HJ. MOHD. KHIR KETUA PENGARAH JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA MESYUARAT J/K PENGURUSAN (JP) DAN MESYUARAT J/K PERANCANGAN & PEMBANGUNAN (JPP) JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEM. MALAYSIA BIL. 4/2013 (10– 11 Disember 2013) Bismillahirrahmanirrahim…. Pengarah-Pengarah JPBD Negeri, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pejabat-Pejabat Projek, Ketua-ketua Seksyen dan Unit. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, 1.0 TUJUAN Mesyuarat pada hari ini (10 Disember 2013) dan esok (11 Disember 2013) merupakan Mesyuarat JP dan JPP Bilangan 4 bagi Tahun 2013. Satu (1) kertas kerja akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan sembilan (9) kertas kerja akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan yang akan bermula pada petang ini. Ingin saya maklumkan, bersempena dengan persaraan saya tahun hadapan, beberapa lawatan akan diprogramkan untuk perjumpaan bersama-sama warga JPBD Negeri, pegawai-pegawai di Pejabat Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke Pusat Setempat (OSC). Saya mulakan dengan lawatan ke JPBD Pulau Pinang pada 1

Upload: truongdiep

Post on 01-Jul-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA PENGERUSI - townplan.gov.my ucapan... · Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke ... Menjelang akhir-akhir ini telah banyak petunjuk ... dan pengiktirafan sijil politeknik

NOTA PENGERUSI

YBHG DATUK MOHD. FADZIL B. HJ. MOHD. KHIR KETUA PENGARAH

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

MESYUARAT J/K PENGURUSAN (JP) DAN

MESYUARAT J/K PERANCANGAN & PEMBANGUNAN (JPP) JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEM. MALAYSIA

BIL. 4/2013 (10– 11 Disember 2013) Bismillahirrahmanirrahim…. Pengarah-Pengarah JPBD Negeri, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pejabat-Pejabat Projek, Ketua-ketua Seksyen dan Unit. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

1.0 TUJUAN

Mesyuarat pada hari ini (10 Disember 2013) dan esok (11 Disember

2013) merupakan Mesyuarat JP dan JPP Bilangan 4 bagi Tahun

2013. Satu (1) kertas kerja akan dibentangkan dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Pengurusan dan sembilan (9) kertas kerja akan

dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan

Pembangunan yang akan bermula pada petang ini.

Ingin saya maklumkan, bersempena dengan persaraan saya tahun

hadapan, beberapa lawatan akan diprogramkan untuk perjumpaan

bersama-sama warga JPBD Negeri, pegawai-pegawai di Pejabat

Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke Pusat Setempat

(OSC). Saya mulakan dengan lawatan ke JPBD Pulau Pinang pada

1

Page 2: NOTA PENGERUSI - townplan.gov.my ucapan... · Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke ... Menjelang akhir-akhir ini telah banyak petunjuk ... dan pengiktirafan sijil politeknik

jam 11.00 pagi ini. Sehubungan itu, mesyuarat ini akan ditangguhkan

sebelum jam 11.00 pagi dan Mesyuarat JPP akan bermula pada jam

2.30 petang.

1.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan (JP) Sepanjang Tahun 2013

Sebanyak 6 kertas kerja telah dibentangkan dimana tiga (3)

kertas kerja di mesyuarat JP Bil 1/2013, satu (1) kertas kerja di

Mesyuarat JP Bil 2/2013 dan dua (2) kertas kerja di Mesyuarat JP Bil

3/2013. Daripada jumlah tersebut, kesemua kertas kerja telah

diambil maklum dan diterima.

BIL KERTAS KERJA KEPUTUSAN JP BIL 1/2013 1. Pencapaian Piagam Pelanggan Tahun 2012 Ambil maklum

dan diterima 2. Pencapaian KPI/PTRSJ 2012 dan cadangan

KPI/PTRSJ 2013 Ambil maklum dan diterima

3. Kertas Konsep Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013

Ambil maklum dan diterima

JP BIL 2/2013 4. Laporan Kepuasan DiKalangan Warga Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (SSS) 2012

Ambil maklum dan diterima

JP BIL 3/2013 5. Pembentangan Laporan Kepuasan Warga JPBD (SSS)

– Semakan Semula Ambil maklum dan diterima

6. Pembentangan Projek KIK (GTOnline) JPBD Pahang Ambil maklum dan diterima

2

Page 3: NOTA PENGERUSI - townplan.gov.my ucapan... · Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke ... Menjelang akhir-akhir ini telah banyak petunjuk ... dan pengiktirafan sijil politeknik

1.2 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Sepanjang Tahun 2013

Sebanyak 16 kertas kerja telah dibentangkan dimana enam (6)

kertas kerja di Mesyuarat JPP Bil 1/2013, tiga (3) kertas kerja di

Mesyuarat JPP Bil 2/2013 dan tujuh (7) kertas kerja di Mesyuarat

JPP Bil 3/2013. Daripada jumlah tersebut, kesemua kertas kerja

telah diterima dengan pindaan.

BIL KERTAS KERJA KEPUTUSAN JPP BIL 1/2013 1. Garis Panduan Perancangan Warga Emas Terima dengan

Pindaan 2. Garis Panduan Rancangan Kawasan Khas, Edisi 2012 Terima dengan

Pindaan 3. Takrifan Semula Definisi Bandar dan Luar Bandar Terima dengan

Pindaan 4. Laporan Penilaian dan Pemantauan Pelaksanaan RFN

Ke 2 (2010-2011) Terima dengan Pindaan

5. Laporan Sebaran Dasar Rancangan Fizikal Negara Ke 2 (2012)

Terima dengan Pindaan

6. Garis Panduan Perancangan dan Reka Bentuk Bandar Padat Berdaya Huni

Terima dengan Pindaan

JPP BIL 2/2013 7. Draf Asas Rujukan Panduan Pelaksanaan Akta 172 :

Pengkompaunan Terima dengan Pindaan

8. Kajian Pelan Pengurusan Khusus (Pemuliharaan) Tanah Tinggi Kinta-Cameron Highlands-Lojing

Terima dengan Pindaan

9. Manual Rancangan Tempatan Edisi 2013 Terima dengan Pindaan

JPP BIL 3/2013 10. Garis Panduan Perancangan Ubiquitos City Terima dengan

Pindaan 11. Kajian Pelan Pengurusan Gunatanah Bersepadu

Koridor Muar-Linggi Terima dengan Pindaan

12. Asas Rujukan Pelan Induk Laluan Pejalan Kaki dan Basikal Pusat Bandar Klang

Terima dengan Pindaan

3

Page 4: NOTA PENGERUSI - townplan.gov.my ucapan... · Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke ... Menjelang akhir-akhir ini telah banyak petunjuk ... dan pengiktirafan sijil politeknik

BIL KERTAS KERJA KEPUTUSAN 13. Pendekatan Baru PTB : Kajian Kes Projek BGN 5 –

RKK Pusat Bandar Pelabuahan Klang Terima dengan Pindaan

14. Asas Rujukan Kajian Kerangka Pelaksanaan Konsep Bandar Sejahtera Masa Depan (Sustainable Future Cities) Dalam Perancangan Dan Pembangunan Di Malaysia

Terima dengan Pindaan

15. Laporan Pemantauan Pelaksanaan Keputusan Dasar MPFN Bagi Tahun 2012

Terima dengan Pindaan

16. Kajian Perundangan Caj-Caj Pemajuan Terima dengan Pindaan

2.0 MAKLUMAN DAN PERHATIAN

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh

Pengarah-Pengarah JPBD Negeri dan Bahagian antaranya ialah:

2.1 Petunjuk-Petunjuk Utama Peringkat Dunia Menjelang akhir-akhir ini telah banyak petunjuk-petunjuk utama

dunia yang telah dilaporkan oleh agensi-agensi utama dunia

bagi tahun 2013-2014 seperti :

2.1.1 Doing Business Report 2013-2014

Saya suka mengaitkan pencapaian Malaysia secara

keseluruhan dalam indeks-indeks dunia ini dengan peranan

kita khususnya dalam bidang perancangan bandar dan desa.

Pencapaian yang paling berkait rapat dengan kita adalah

sebenarnya melalui Doing Business 2014 oleh World Bank

yang telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-6

daripada 189 negara. Kedudukan ke-6 (kedudukan ke 8 pada

4

Page 5: NOTA PENGERUSI - townplan.gov.my ucapan... · Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke ... Menjelang akhir-akhir ini telah banyak petunjuk ... dan pengiktirafan sijil politeknik

tahun sebelumnya) ini dicapai melalui peningkatan dalam

bidang Dealing With Construction Permits yang mencatatkan

peningkatan yang paling ketara iaitu dari kedudukan 99 ke

kedudukan 43 (peningkatan 56 tangga).

Menurut PEMUDAH, salah satu punca kepada peningkatan ini

adalah penambahbaikan yang dibuat kepada Pusat Setempat

(OSC) dalam menyelia pembangunan hartanah. Kita maklum

bahawa OSC ini ditunjangi oleh pegawai-pegawai kita yang

berkhidmat di semua pihak berkuasa tempatan diseluruh

Semenanjung Malaysia. Syabas dan tahniah saya ucapkan

kepada pegawai-pegawai di OSC yang telah menyumbang

kepada pencapaian ini.

Namun begitu, peningkatan ini tidak harus berhenti disini

sahaja dan jangan sesekali kita merasa selesa dengan

kedudukan yang baik ini. Kita harus merenung dan melihat

semula cara/proses kerja sedia ada baik dari segi sistem,

perundangan & peraturan, pembangunan kapasiti dan

kompetensi untuk terus menambahbaik sistem sedia ada ke

tahap yang lebih tinggi.

Saya berharap dengan pelaksanaan OSC1Malaysia yang

dijangka akan dilaksanakan bermula pada Januari 2014 nanti

akan dapat membantu Malaysia meningkatkan lagi pencapaian

di dalam sektor Dealing With Construction Permit sekaligus

melonjakkan kedudukan Malaysia pada penilaian tahun-tahun

mendatang.

5

Page 6: NOTA PENGERUSI - townplan.gov.my ucapan... · Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke ... Menjelang akhir-akhir ini telah banyak petunjuk ... dan pengiktirafan sijil politeknik

2.1.2 Liveability Ranking 2013

Liveability Ranking 2013 telah dikeluarkan oleh Economist

Intelligence Unit (EIU) dan menyenaraikan Kuala Lumpur pada

kedudukan ke 78 daripada 140 bandar utama dunia.

Kedudukan ini sebenarnya menurun satu anak tangga dimana

penilaian pada tahun sebelumnya telah meletakkan Kuala

Lumpur di tangga yang ke 77. Walaupun penilaian ini lebih

khusus menjurus kepada Kuala Lumpur, namun ia

menggambarkan juga imej Malaysia secara amnya.

Selaras dengan tema sambutan HPBS pada tahun ini iaitu

‘Kearah Bandar Sejahtera Masa Depan’ yang memberi makna

bahawa kepentingan membentuk pembangunan bandar yang

mampan dan sejahtera perlu menjadi hala tuju utama dalam

perancangan bandar masa depan.

Bandar-bandar masa depan perlu memenuhi aspirasi untuk

mewujudkan bandar sejahtera yang menjadikan manusia

sebagai fokus atau keutamaan mengurus pembangunan

khususnya dalam aspek urus tadbir, sosial, ekonomi dan alam

sekitar bagi menangani cabaran pembangunan yang semakin

kompleks.

2.1.3 Laporan Indeks Inovasi Global 2013

Laporan Indeks Inovasi Global 2013 telah meletakkan Malaysia

di tangga ke-32 daripada 142 negara yang mengiktiraf peranan

utama inovasi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan

6

Page 7: NOTA PENGERUSI - townplan.gov.my ucapan... · Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke ... Menjelang akhir-akhir ini telah banyak petunjuk ... dan pengiktirafan sijil politeknik

kemakmuran sesebuah negara. Laporan yang dikeluarkan oleh

Universiti Cornell, Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Harta

Intelek Dunia (WIPO) itu menunjukkan peningkatan

pengumpulan mata Malaysia daripada 45.90 tahun lalu kepada

46.92 tahun ini. Kejayaan itu merupakan hasil inisiatif kerajaan

dalam mentransformasikan perkhidmatan awam melalui

perkongsian strategik antara agensi. Inovasi menjadi satu

faktor kejayaan dan tambah nilai kepada Malaysia dalam

konteks pengukuhan daya saing dan merealisasikan matlamat

membawa kesejahteraan kepada rakyat.

2.2 PENCAPAIAN SEPANJANG TAHUN 2013

2.2.1 AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2008

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh

warga JPBD khususnya kepada Wakil Pengurusan dan

Timbalan-timbalan Wakil Pengurusan, Pasukan Audit Dalaman

serta pihak urusetia yang telah banyak berusaha untuk

memastikan JPBD SM berjaya mengekalkan Pensijilan MS ISO

9001:2008 untuk 3 tahun berikutnya. Ini adalah Audit Pensijilan

Semula yang terakhir bagi saya dan Alhamdulilah akhirnya

buat pertama kali, JPBD SM berjaya melepasi audit tanpa

sebarang Non Comformity Record (NCR) atau Oppurtunity For

Improvement (OFI).

7

Page 8: NOTA PENGERUSI - townplan.gov.my ucapan... · Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke ... Menjelang akhir-akhir ini telah banyak petunjuk ... dan pengiktirafan sijil politeknik

2.2.2 SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA (HPBS)

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada

urusetia sambutan HPBS yang telah diadakan pada 12

November 2013 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur

yang lalu. Syabas diatas kejayaan ini. Kerjasama dengan

Persatuan Pegawai Perancang Bandar Malaysia (PERSADA)

dan Kelab Sukan & Kebajikan (KESPERB) telah memeriahkan

lagi sambutan ini. Komitmen bersama inilah yang diharapkan

untuk terus menjadikan sambutan HPBS lebih bermakna.

2.2.3 MESYUARAT PEGAWAI KANAN 2013

Mesyuarat Pegawai Kanan 2013 yang diadakan bersekali

sambutan HPBS iaitu pada 11 November 2013 dihadiri seramai

104 orang peserta. Taklimat khas yang diberikan oleh En.

Robest Yong bertajuk ‘Thinking Without The Box’ dan

Pembentang Kertas Kerja oleh Tuan Haji Mohd Zaki b.Ibrahim,

Pengarah JPBD Selangor diharap telah dapat mencetus idea

baru dan membuka pandangan peserta dalam menangani isu

perancangan bandar yang mencabar kini. Walau apa pun

format mesyuarat yang sama ada digabungkan atau pun tidak

dengan sambutan HPBS, saya percaya ianya akan dapat

memberi manfaat yang besar kepada peserta. Perkara ini saya

serahkan kepada pengurusan tertinggi yang akan datang untuk

menentukan.

8

Page 9: NOTA PENGERUSI - townplan.gov.my ucapan... · Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke ... Menjelang akhir-akhir ini telah banyak petunjuk ... dan pengiktirafan sijil politeknik

2.2.4 MESYUARAT RANCANGAN KORPORAT JABATAN (RKJ) 2013

Mesyuarat RKJ 2013 telah diadakan pada 21-24 Oktober 2013

yang lalu di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Mesyuarat kali ini telah dihadiri seramai 64 orang peserta.

Sebanyak 3 Kertas Kerja dan Pelaporan Pencapaian Pelan

Tindakan Pelan Strategik Jabatan (PTPSJ) sehingga

September 2013 telah dibentang. Terdapat sebanyak 12

resolusi yang telah disimpulkan untuk tindakan lanjut JPBD

Negeri/Bahagian. Saya berharap agar perkara ini perlu

disegerakan bagi menjamin hala tuju strategik Jabatan dapat

direalisasikan.

2.2.5 PELAN TINDAKAN PELAN STRATEGIK JABATAN (PTPSJ) DAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

Saya ingin menarik perhatian dan memohon kerjasama semua

Pengarah JPBD Negeri, Bahagian dan Pejabat-Pejabat Projek

supaya dapat memastikan bahawa semua sasaran yang telah

ditetapkan dapat dicapai pada tahun ini.

Semasa mesyuarat RKJ yang lalu pencapaian PTPSJ

sehingga September 2013 adalah 67.70 % dimana 23

Program/Aktiviti masih belum mencapai sasaran bagi tahun

2013. Untuk makluman pada tahun 2012, pencapaian PTRSJ

adalah 90.91%(60 daripada 66 pengukuran telah tercapai).

9

Page 10: NOTA PENGERUSI - townplan.gov.my ucapan... · Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke ... Menjelang akhir-akhir ini telah banyak petunjuk ... dan pengiktirafan sijil politeknik

Sehubungan itu, saya ingin menyeru sekali lagi supaya semua

Pengarah JPBD Negeri dan Bahagian-bahagian untuk sama-

sama meneliti dan menghalusi program/aktiviti yang belum

memenuhi sasaran untuk dilaksanakan segera.

2.2.6 PENJUMUDAN SKIM JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA & PINDAAN SKIM PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

Seperti kita sedia maklum bahawa Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 11 Tahun 2013 telah dikeluarkan pada 29 Oktober

2013 yang lalu melibatkan penjumudan kepada skim

perkhidmatan juruteknik perancang bandar dan desa dan

pindaan skim penolong pegawai perancang bandar dan desa.

Penjumudan ini adalah berikutan perubahan skop fungsi tugas

dan pengiktirafan sijil politeknik yang diiktiraf setaraf dengan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Sehubungan itu struktur

hierarki dalam perkhidmatan perancang bandar dan desa

dikurangkan dan skop tugas skim perkhidmatan juruteknik

Perancang Bandar dan Desa diambil alih oleh Penolong

Pegawai Perancang Bandar dan Desa.

Dalam proses tukar lantik ke skim baru ini, kekosongan sedia

ada hendaklah diisi dan selebihnya adalah jawatan secara

Khas Untuk Penyandang (KUP) boleh diwujudkan.

Pelaksanaan ini akan melibatkan sebanyak 176 jawatan

juruteknik Perancang Bandar dan Desa di JPBD SM.

10

Page 11: NOTA PENGERUSI - townplan.gov.my ucapan... · Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke ... Menjelang akhir-akhir ini telah banyak petunjuk ... dan pengiktirafan sijil politeknik

Tahniah kepada semua juruteknik yang terlibat di dalam

penambahbaikan skim ini dan diharap semua yang terlibat

akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan mantap

sejajar dengan tugas-tugas baru ini.

3.0 TINDAKAN DAN KEPUTUSAN YANG PERLU 3.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan (JP) akan

membentangkan satu (1) kertas kerja iaitu:

i. Pemantauan Telefon dan Kaunter/Helpdesk Secara Penyamaran (Mystery Shopping) di JPBD SM & JPBD Negeri

Oleh : Pengarah Bahagian Korporat JPBD SM

3.2 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan & Pembangunan

(JPP) akan membentangkan sembilan (9) Kertas Kerja iaitu:

i. Laporan Penilaian Dan Pemantauan Pelaksanaan Dasar Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Bagi Tahun 2012

Oleh : Pengarah Bahagian Rancangan Fizikal Negara

ii. Laporan Sebaran Dasar Rancangan Fizikal Negara Bagi

Tahun 2013 Oleh : Pengarah Bahagian Rancangan Fizikal Negara

11

Page 12: NOTA PENGERUSI - townplan.gov.my ucapan... · Projek dan pegawai-pegawai yang dikaderkan ke ... Menjelang akhir-akhir ini telah banyak petunjuk ... dan pengiktirafan sijil politeknik

iii. Laporan Pemantauan Pelaksanaan Dasar Perbandaran Negara Bagi Tahun 2013 (Kertas Makluman) Oleh : Pengarah Bahagian Rancangan Fizikal Negara

iv. Asas Rujukan Kajian Rancangan Fizikal Negara Ke-3 Oleh : Pengarah Bahagian Rancangan Fizikal Negara

v. Asas Rujukan Kajian Dasar Perbandaran Negara Ke-2 Oleh : Pengarah Bahagian Rancangan Fizikal Negara vi. Asas Rujukan Kajian Dasar Desa Negara Oleh : Pengarah Bahagian Rancangan Fizikal Negara

vii. Cadangan Menggantikan Rancangan Kawasan Khas

(RKK) Kepada Pelan Tindakan Khas Oleh : Pengarah Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia

Perancangan viii. Garis Panduan Rekabentuk Bandar Padat Dan Berdaya

Huni Oleh : Pengarah Bahagian Penyelidikan Dan

Pembangunan ix. Pembentangan Semula Asas Rujukan Pelan Induk

Laluan Pejalan Kaki Dan Basikal Pusat Bandar Klang Oleh : Pengarah Bahagian Penyelidikan Dan

Pembangunan

12