kejiranan hijau - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:wikipedia). new...

63
KEJIRANAN HIJAU DRAF 10/12/2010

Upload: votram

Post on 06-May-2018

263 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

KEJIRANAN HIJAU

DRAF 10/12/2010

Page 2: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF 10/12/2010

KEJIRANAN HIJAU

Page 3: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

Cetakan Pertama 2011 © Hakcipta

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Hakcipta Terpelihara

Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara,

sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis

daripada Penerbit terlebih dahulu

ISBN 978-983-41729-6-1 PNM24.5 Jld.179

Diterbitkan di Malaysia oleh

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel.: 03 – 2699 2172 Fax: 03 – 2693 3964

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

2010

Page 4: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

Pemberitahuan

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, peraturan-peraturan, dasar Persekutuan dan Negeri, serta

garis panduan yang telah disediakan oleh agensi-agensi teknikal berkaitan. Garis panduan ini juga akan menyokong garis panduan sedia ada di jabatan-jabatan

kerajaan dan agensi-agensi lain.

Page 5: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU i

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 1 1.1 Keperluan Kejiranan Hijau 1 1.2 Kebaikan Pelaksanaan Kejiranan Hijau 2 2. LATAR BELAKANG 2

2.1 Definisi Pembangunan Hijau (green growth) dari aspek perancangan bandar 2

2.2 Definisi dan Konsep Kejiranan Hijau 3 2.3 Rangka Perundangan dan Dasar Pembangunan

Kejiranan Hijau di Malaysia 3 2.4 Definisi Pembangunan Mampan 4

3. SKOP 4

4. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 4 5. GARIS PANDUAN UMUM 5

6. GARIS PANDUAN KHUSUS 7 6.1 Rekabentuk Kejiranan Hijau 7

6.2 Kemudahan Infrastruktur Hijau 20 7. RANGKA PELAKSANAAN 30

7.1 Rangka Pelaksanaan Sedia ada di Peringkat Persekutuan 30 7.2 Rangka Pelaksanaan oleh Kerajaan Negeri 32 7.3 Rangka Pelaksanaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan 34 7.4 Rangka Kejiranan Hijau bagi Pembangunan Sedia ada

Page 6: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU ii

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

SENARAI JADUAL Jadual 1 : Hierarki tanah lapang awam 16 Jadual 2 : Ciri-ciri kepadatan dalam sebuah kejiranan 37 Jadual 3 : Perbandingan Antara Terminologi Konvensional Dengan Jalan Yang Mengabungkan Kapasiti Dan Karektor 43 SENARAI RAJAH Rajah 1 : Kawasan perumahan dan tempat kerja adalah berhampiran dan mempunyai aksesibiliti yang tinggi untuk dihubungi melalui kenderaan awam, basikal atau berjalan kaki 6

Rajah 2 : Cadangan Keluasan Kejiranan Hijau 8 Rajah 3 : Gabungan unit kejiranan akan membentuk sebuah bandar (township) 8 Rajah 4 : Perletakkan sekolah di pinggir kejiranan 6 Rajah 5 : Rangkaian jalan yang mudah dihubungi 10 Rajah 6 : Contoh pembangunan perimeter yang mengeliling taman (courtyard) 10 Rajah 7 : Kelebaran reka bentuk jalan yang bersesuaian 11 Rajah 8 : Fasad dan laluan masuk ke bangunan 13 Rajah 9 : Bangunan yang berada di pusat tumpuan hendaklah dibina sehingga ke sempadan jalan 13 Rajah 10 : Fasad Bangunan 14 Rajah 11 : Contoh pusat kejiranan hijau 15 Rajah 12 : Pembangunan bercampur horizon dan vertical 16 Rajah 13 : Hierarki Perancangan Tanah Lapang di dalam dan di antara unit kejiranan 18 Rajah 14 : Hierarki Perancangan Tanah Lapang dalam peringkat wilayah 18 Rajah 15 : Kebun Kejiranan 20 Rajah 16 : Rain Barrel dipasang di setiap unit bangunan dan Citrens digunakan untuk peringkat komuniti 23 Rajah 17 : Keratan Rentas Bio-retention 24 Rajah 18 : District Cooling System 30 Rajah 19 : Rangka kerja melaksanakan pembangunan kejiranan hijau oleh 32

negeri

Page 7: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU iii

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 20 : Skala penentuan tahap negeri untuk mencapai tahap yang diingini 33 Rajah 21 : Pembangunan infill perlu mengambilkira pembangunan bersebelahan dan sekitar 39 Rajah 22 : Kawasan mudah dihubungi dan mempunyai kemudahsampaian kejiranan yang tinggi 41 Rajah 23 : Jaringan laluan basikal yang mudah dihubungi 41 Rajah 24 : Transit service area-superior regional access, mode shifting transit 41 Rajah 25 : Keratan Rentas ‘Trail’ 44 Rajah 26 : Keratan Rentas ‘Alley’ 44 Rajah 27 : Keratan Rentas ‘Lane’ 45 Rajah 28 : Keratan Rentas ‘Street’ 46 Rajah 29 : Keratan Rentas ‘Avenue’ 47 Rajah 30 : Keratan Rentas ‘Main Street’ 48 Rajah 31 : Keratan Rentas ‘Boulevard’ 49 Rajah 32 : Keratan Rentas ‘Park-Way’ 49 Rajah 33 : Contoh pembangunan bercampur dan tempat letak kenderaan off-street di belakang jalan utama 50 Rajah 34 : Rangka Kerja Penyelarasan Pelaksanaan Berhubung dengan Pembangunan Hijau 51 SENARAI FOTO Foto 1 : Compact,complete and connected 9 Foto 2 : Contoh pusat kejiranan hijau 16 Foto 3 : Contoh kebun kejiranan hijau 20 Foto 4 : Tong takungan hujan kapasiti 400 gallon dipasang di setiap unit rumah 21 Foto 5 : Saluran dari bumbung rumah untuk menyalirkan air hujan ke dalam tong hujan 21 Foto 6 : Contoh Rain Barrel dibina di depan rumah kediaman 22 Foto 7 : Contoh penuaian air hujan di bawah tanah 22 Foto 8 : Rain Barrel dipasang di setiap unit bangunan dan Citrens 23 Foto 9 : Bio-retention di kawasan tempat letak kenderaan (TLK) 25 Foto 10 : Bioretention di sepanjang sisi jalan 25 Foto 11 : Bio-retention di Tanah Lapang 26 Foto 12 : Contoh pelaksanaan taman atas bumbung di kawasan

Page 8: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU iv

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

perumahan 26 Foto 13 : Taman atas bumbung di Bangunan Pusat Membeli-Belah One Utama, Putrajaya 26 Foto 14 : Contoh turapan telap air/ turapan poros 27 Foto 15 : Solar yang dipasang di setiap unit rumah kediaman, perindustrian dan apartment 28 Foto 16 : Facade Collector Systems 28 Foto 17 : Penyediaan ruang bagi menempatkan panel solar di atas bumbung 29 Foto 18 : Penggunaan dan Pemasangan lampu LED dari sumber tenaga solar bagi lampu jalan dapat menjimatkan kos PBT 30 Foto 19 : Contoh projek perintis pengasingan sampah di kawasan perumahan di Putrajaya - Isnin dan Khamis merupakan pengumpulan bagi sisa organic 35 Foto 20 : Contoh pelbagai-gunaan bangunan Marine Parade Community Club di Singapura 36 Foto 21 : Pemilihan tapak brownfield/infill digalakkan bagi memaksimumkan penggunaan tanah sedia ada 38

Page 9: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU v

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GLOSARI Greenfield Sebidang tanah yang lazimnya belum dibangunkan kecuali untuk kegunaan pertanian, terutamanya tanah dipinggir Bandar yang diperluaskan untuk tujuan pembangunan (Sumber : Diterjemah daripada American Heritage, 2009 ‘Dictionary of the English Language, Fourth Edition’, Houghton Mifflin Company).

Brownfields Kawasan yang telah dibangunkan sebelum ini tetapi ditinggalkan atau terbiar, atau mempunyai struktur pembangunan yang usang, atau kawasan pembangunan yang tidak siap sepenuhnya dan terbengkalai. Kawasan ini mungkin tercemar atau tidak tercemar. Tanah kawasan brownfield ini juga termasuk tanah kerajaan atau tanah persendirian. (Sumber: JPBD, 2010 “Garis Panduan Perancangan Pengenalpastian Bagi Pembangunan Kawasan Brownfield”).

Kejiranan (Neighbourhood) Kejiranan adalah kominiti tempatan yang ditentukan berdasarkan kepada kedudukan geografi sama ada di dalam sesebuah bandar, pekan atau pinggir bandar. Kejiranan lazimnya merupakan satu komuniti sosial yang boleh berkomunikasi secara bersemuka di antara ahlinya. Kejiranan Hijau (Green Neighborhood) Merupakan suatu kejiranan yang mempunyai pelbagai penggunaan hijau dan mempunyai kepadatan sederhana, termasuklah aspek kepelbagaian penggunaan, direka bentuk untuk manusia dan dan mengutamakan pejalan kaki – merangkumi jaringan lorong pejalan kaki dan jalan raya yang padat, bangunan direka bentuk berdasarkan kepada skala manusia dan reka bentuk jalan berorientasikan kepada keperluan pejalan kaki. Kejiranan ini mempunyai elemen ‘hijau’, termasuklah jaringan koridor dan ruang hijau yang ditanami dengan tumbuh-tumbuhan hijau disepanjang jalan, termasuk penanaman lanskap di atas lot atau ruang persendirian (termasuk green roofs). Bangunan-bangunan di dalam kejiranan hijau ini lazimnya adalah ‘bangunan hijau’ di mana pembinaannya adalah mesra alam. Infrastruktur yang disediakan di dalam kejiranan ini adalah sebagaimana lazimnya, contohnya daripada low-impact stormwater management kepada sistem tenaga peringkat daerah.

Page 10: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU vi

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Kesan Perubahan Pulau Haba (Heat Island Effect) Kejadian di mana terbentuk suatu ‘kubah’ akibat daripada peningkatan suhu di kawasan Bandar, kesan daripada struktur dan permukaan jalan yang berturap dan akibat daripada pelepasan bahan-bahan pencemaran. Konsep New Urbanism New Urbanism adalah merupakan suatu konsep pembaharuan reka bentuk alam bina bagi meningkatkan kualiti dan taraf hidup penduduk dengan mewujudkan tempat-tempat yang sesuai dan mampan untuk didiami. Konsep ini menekankan kepada perubahan reka bentuk bandar yang mengutamakan pejalan kaki dan mengandungi pelbagai jenis rumah dan pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanism memperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, walkable, padat, vibrant, komuniti bercampur yang mengandungi komponen yang sama seperti pembangunan konvensional, tetapi direka bentuk secara bersepadu dalam komuniti yang lengkap. Ianya mengandungi perumahan, tempat kerja, kedai, hiburan, sekolah, taman, dan kemudahan sivik yang penting untuk kehidupan harian penduduk, dan sediakan dalam jarak berjalan kaki antara satu sama lain. Konsep New Urbanism termasuklah walkability, connectivity, kegunaan bercampur, kepelbagaian, perumahan bercampur, senibina dan reka bentuk bandar berkualiti, struktur kejiranan tradisional, tambahan kepadatan, pengangkutan pintar, kemampanan dan kualiti hidup. Bandar Mampat (Compact City) Secara umumnya merupakan bandar yang mempunyai kepadatan yang tinggi, guna tanah bercampur, bersandarkan kepda sistem pengangkutan yang efisien yang merangkumi laluan pejalan kaki dan basikal di dalam rangkakerja sistem berkenaan.

Pertumbuhan Bijak (Smart Growth) Merupakan teori perancangan bandar dan pengangkutan yang menumpukan kepada pertumbuhan pusat bandar bagi mengelakkan penyerakan bandar; dan menyokong bandar mampat, berorientasikan kepada kemudahan transit, mudah dihubungi melalui laluan pejalan kaki mahupun basikal, mempunyai kemudahan sekolah, jalan yang lengkap dan pembangunan bercampur yang menawarkan pelbagai pilihan jenis perumahan. (adaptasi:Wikipedia).

Page 11: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU vii

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Bandar Berkarbon Rendah (Low Carbon Cities) Bandar yang mengamalkan prinsip-prinsip pembangunan mampan dan memastikan keperluan pembangunan untuk semua golongan masyarakat dipenuhi. Bandar ini turut memberikan sumbangan dan menunjukkan kesungguhan di peringkat global di dalam menstabilkan pengeluaran CO2 dan lain-lain gas rumah hijau yang mengakibatkan perubahan iklim, melalui tindakan mengurangkan pencemaran global. Bandar ini juga berupaya membuktikan keupayaan yang tinggi dalam penggunaan tenaga yang efisien dan sumber tenaga yang rendah serta dalam penghasilan teknologi. Mengadaptasi corak dan kelakuan yang konsisten dengan pengeluaran gas rumah hijau yang rendah. Streetscape Streetscape merupakan sebahagian daripada karektor bandar/desa bagi ruang awam (public realm) yang terdiri daripada gabungan landskap, laluan pejalan kaki, kerb yang berada di antara garisan lot dengan jalan berturap. Karektor fizikal akan ditentukan oleh muka bangunan yang menghadap rizab jalan tersebut. Mixed uses Percampuran pelbagai gunaan di dalam sesebuah bangunan di atas sebuah tapak, atau di sesebuah kawasan. Pembangunan bercampur secara mendatar (horizontal mixed uses) lazimnya adalah secara bersebelahan antara satu sama lain (are side by side). Manakala pembangunan bercampur secara menegak (vertical) adalah di dalam satu bangunan pada aras yang berlainan. By Design (ODPM, 2000)

Page 12: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 1

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

1. PENGENALAN

Pada akhir tahun 2009, semasa persidangan COP15 di Copenhagen, Denmark, Malaysia telah menzahirkan komitmen untuk mengurangkan pengeluaran karbon sehingga 40% menjelang tahun 2020 berbanding tahun 2005. Justeru, bagi mencapai matlamat berkenaan, pelbagai inisiatif harus dilaksanakan dengan segera terutama oleh Kerajaan Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pemaju dan sebagainya sebagai pihak pelaksana. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh PBN, PBT dan pemaju adalah melalui pembangunan kejiranan hijau. Pelaksanaan pembangunan kejiranan hijau yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara didapati telah berjaya membantu mengurangkan pengeluaran karbon, kesan urban heat island dan mewujudkan kualiti persekitaran hidup dan suasana yang lebih baik bagi kawasan berkenaan. Ini dibuat melalui penyediaan lebih banyak kawasan hijau, mengaplikasi teknologi hijau dalam penyediaan kemudahan infrastuktur dan kemudahan awam serta pembinaan bangunan, memanfaatkan sumber semula jadi dengan efektif dan pada yang sama menggunakan sumber alternatif yang boleh diperbaharui, mengguna pakai konsep kitar semula dalam aktiviti harian dan sebagainya. Kerajaan negeri boleh mengguna pakai garis panduan ini untuk merangka dasar

dan kaedah-kaedah tertentu dalam menggalakkan kejiranan hijau di peringkat negeri masing-masing. Bagi PBT, garis panduan ini akan dijadikan asas oleh PBT dalam mempertimbang permohonan kebenaran merancang (KM). Bagi pemaju garis panduan ini akan menjadi asas panduan untuk mereka bentuk sebuah kawasan kejiranan hijau. Badan-badan bukan kerajaan dan pertubuhan profesional lain juga boleh menjadikan garis panduan ini sebagai asas dalam merangka suatu sistem penilaian pembangunan kejiranan hijau dalam negara. Garis panduan ini telah mengambilkira prinsip-prinsip di dalam konsep new urbanism, compact city dan juga smart growth. 1.1 Keperluan Kejiranan Hijau

Tujuan pelaksanaan kejiranan hijau adalah– i. mewujudkan masyarakat berkarbon

rendah (low carbon society) melalui penggunaan teknologi hijau, perubahan gaya hidup dan kitaran semula (recycle) dalam kehidupan seharian;

ii. mengurangkan impak terhadap aktiviti pembangunan;

iii. membolehkan pembangunan dilabelkan sebagai pembangunan yang mesra alam; dan

iv. bagi menjana permintaan yang lebih banyak terhadap konsep

Page 13: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 2

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

pembangunan mampan dalam pasaran hartanah.

1.2 Kebaikan Pelaksanaan Kejiranan Hijau

Kebaikan pelaksanaan kejiranan hijau adalah: i. menerapkan gaya hidup sihat dan

lebih mampan; ii. mewujudkan jalinan komuniti yang

erat; iii. mewujudkan petempatan yang

harmoni dan selamat; iv. mengurangkan kesan perubahan iklim

global; v. mengurangkan pembebasan GHG; vi. mengurangkan carbon footprint; vii. menggalakkan penggunaan tenaga

secara efisien; dan viii. memastikan sumber-sumber

digunakan secara berhemah, tidak melebihi batasan (within the limit) serta memastikan life cycle sesuatu bahan itu boleh digunakan secara from cradle to grave.

2. LATAR BELAKANG 2.1 Definisi Pembangunan Hijau

(Green Growth) dari aspek perancangan bandar

Pembangunan hijau dalam konsep perancangan guna tanah, merangkumi penglibatan komuniti dalam-

i. pembangunan hijau (green growth) bagi pengurangan GHG melalui penggunaan efficiency energy (EE), renewable energy (RE) yang berkait dengan pengurusan lokasi dan tapak;

ii. pengurusan dan pembangunan guna tanah bercampur dan padat, serta aplikasi konsep 3R dalam kehidupan seharian;

iii. pengangkutan hijau dengan mengamalkan gaya hidup sihat dengan berbasikal dan berjalan kaki;

iv. menggunakan aplikasi teknologi dalam penyediaan kemudahan infrastruktur hijau, kemudahan awam serta bangunan. Bangunan-bangunan memenuhi kriteria penarafan bangunan hijau;

v. mempunyai rangkaian hijau yang melibatkan laluan pejalan kaki dan juga kemudahan laluan basikal; dan

vi. mempunyai pelan keselamatan sumber makanan dengan mewujudkan kawasan pertanian mini di sekitar kawasan perumahan.

Oleh itu, pembangunan hijau juga melibatkan perancangan bandar dan alam bina, seni bina dan pembangunan masyarakat yang komprehensif. Perancangan dan pembangunan hijau dapat dilaksanakan melalui reka bentuk yang baik dan teratur, kejiranan hijau yang mampan, menawarkan kualiti hidup yang baik kepada penduduk, menjadikan penduduk lebih sihat, persekitaran yang kurang pencemaran dan sebagai tempat

Page 14: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 3

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

yang selamat serta tenang untuk didiami, bekerja dan berekreasi.

2.1 Definisi dan Konsep Kejiranan

Hijau

Kejiranan hijau boleh ditakrifkan sebagai suatu kawasan kejiranan yang dirancang secara bersepadu dengan memberi keutamaan kepada perlindungan dan penggunaan sumber semulajadi, aplikasi teknologi hijau dan kitaran semula, yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar, meningkatkan kesihatan awam, keselamatan dan kebajikan umum penduduk bandar.

Kejiranan hijau yang mampan (sustainable green neighbourhood) merupakan kawasan yang mempunyai kegunaan bercampur (mixed-use) dengan komuniti yang mempunyai perhubungan yang erat antara satu sama lain, sesuai untuk didiami oleh semua golongan komuniti sebagai tempat tinggal, bekerja dan berekreasi dan pada masa dan mempunyai pelbagai kemudahan yang dapat memenuhi keperluan pelbagai penduduk pada masa kini dan akan datang. Disamping itu juga, kejiranan hijau amat menekankan kepada penggunaan elemen dan teknologi hijau dalam pembinaan bangunan dan penyediaan kemudahan dan infrastuktur serta utiliti.

Selain itu, ia juga menitikberatkan faktor keseimbangan antara pembangunan serta persekitaran yang boleh menyumbang kepada kualiti hidup yang tinggi dan selamat.

Ciri-ciri kejiranan hijau adalah seperti kawasan kediaman yang selamat, penggunaan teknologi hijau, dibangunkan secara terancang dan fungsional dengan sistem pengangkutan yang teratur dan efisien, mempunyai jaringan hijau yang menyeluruh serta menawarkan peluang perkhidmatan dan barangan sama rata terhadap kepada semua penduduk.

2.2 Rangka Perundangan dan Dasar

Pembangunan Kejiranan Hijau di Malaysia

Dasar pembangunan hijau mula diberi perhatian semenjak di dalam RMKe-8, iaitu melalui pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar bagi mencapai pembangunan mampan. Dasar diteruskan dalam RMKe-9 dengan memberi penekanan kepada penggunaan tenaga secara efisien dan termasuk tenaga boleh diperbaharui bagi melindungi alam sekitar. Di dalam RMKe-10, penekanan adalah kepada pembangunan teknologi hijau dan bangunan hijau, yang mana ianya adalah sebahagian daripada komponen kejiranan hijau.

Terdapat beberapa dasar sedia ada berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar ke arah pembangunan

Page 15: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 4

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

mampan yang berkaitan dengan kejiranan hijau seperti berikut: i. Rancangan Fizikal Negara (RFN); ii. Dasar Perbandaran Negara (DPN); iii. Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh

(RMKe-10); iv. Bajet Malaysia 2010; v. Dasar Teknologi Hijau Negara; vi. Dasar Perubahan Iklim Negara; vii. Penyelidikan Bandar Berkarbon

Rendah; viii. Dasar Perumahan Negara; dan ix. Road Map Untuk Mengurangkan Kesan

Pembebasan Gas Rumah Kaca (GHG) di Malaysia.

2.4 Definisi Pembangunan Mampan Terdapat banyak definisi berkaitan pembangunan mampan, namun begitu, definisi yang sering digunakan di seluruh dunia mula diperkenalkan pada tahun 1987 oleh Suruhanjaya Brundtland. Secara amnya, definisi pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan generasi semasa dan akan datang dari aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar serta mengambilkira kemajuan teknologi hijau untuk mengatasi isu-isu global termasuk mengurangkan kesan perubahan iklim global.

3. SKOP Garis panduan ini meliputi: i. definisi pembangunan kejiranan hijau;

ii. prinsip-prinsip kejiranan hijau; iii. garis panduan umum; iv. garis panduan khusus dalam

merancang, dan membangun kejiranan hijau; dan

v. mekanisme pelaksanaan kejiranan hijau.

Garis panduan yang disediakan ini boleh digunakan bagi pembangunan yang baru (new development) sama ada brownfield, infill development, pembangunan semula kawasan atau pun kawasan yang belum dimajukan. Bagi kawasan sedia ada, yang ingin mengubah kepada konsep kejiranan hijau, boleh merujuk kepada aspek pengurusan di perkara 7 dalam Bahagian Mekanisme Pelaksanaan Kejiranan Hijau. 4. PRINSIP-PRINSIP

PERANCANGAN Perancangan dan pembangunan kejiranan hijau adalah berdasarkan kepada 10 (sepuluh) prinsip berikut: i. menggunakan kaedah tenaga boleh

diperbaharui dan kecekapan tenaga; ii. menyediakan infrastruktur hijau yang

seperti penuaian air hujan (rain water harvesting) dan pendinginan sistem berpusat (district cooling system);

iii. mewujudkan kemudahsampaian yang tinggi kepada penduduk bagi menghubungkan pengangkutan awam dan berjalan kaki serta aktiviti berbasikal;

Page 16: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 5

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

iv. mengutamakan aspek kemampanan dan pemuliharaan alam sekitar;

v. menyediakan satu kawasan yang petempatan yang mengutamakan keindahan dan keselesaan kepada penduduk;

vi. menawarkan kepelbagaian kemudahan dan perkhidmatan untuk aktiviti harian penduduk;

vii. mereka bentuk pembangunan kejiranan berskala manusia (human scale) seperti dalam reka bentuk streetscape, bangunan, ruang awam dan sebagainya untuk memastikan kejiranan hijau dapat berfungsi dengan baik, selesa dan selamat;

viii. mewujudkan masyarakat harmoni, sejahtera, sihat dan berinteraksi;

ix. mewujudkan aktiviti ekonomi setempat yang berdaya saing; dan

x. mempunyai ciri-ciri affordable iaitu penduduk mampu untuk menjalankan aktiviti ekonomi, memiliki rumah, bekerja dan berekreasi dalam lingkungan kawasan kejiranan.

Prinsip-prinsip ini adalah selaras dengan doktrin perancangan sejagat yang diperkenalkan oleh JPBD terdahulu.

5. GARIS PANDUAN UMUM Garis panduan umum ini disediakan sebagai panduan kepada pemaju tentang elemen-elemen yang perlu ada di dalam membangunkan sebuah kejiranan hijau.

i. Walkablity and Connectivity Rangkaian laluan pejalan kaki yang menyeluruh dan berkesinambungan perlu disediakan daripada kawasan perumahan ke kemudahan awam, pusat tumpuan masyarakat dan perkhidmatan, kemudahan transit serta kawasan rekreasi. Kemudahan laluan pejalan kaki ini perlu disokong dengan rangkai hijau dan elemen-elemen keselamatan, serta mematuhi reka bentuk bebas halangan bagi kegunaan orang kelainan upaya (OKU). Laluan pejalan kaki ini perlu dipastikan supaya berkesinambungan dengan sistem jaringan jalan raya sedia ada dan yang sedang dirancang pada masa akan datang. Selain itu, susun atur kemudahan dan perkhidmatan awam di dalam kejiranan hijau perlu dalam jarak berjalan kaki iaitu 400 meter.

ii. Mewujudkan Kemudahan Transit

dalam Jarak yang Dekat Penyediaan kemudahan sistem transit merupakan salah satu keperluan yang penting di dalam menggalak penduduk menggunakan sistem pengangkutan awam, yang sekali gus dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian. Kemudahan sistem transit dekat dan hampir dengan kawasan kejiranan, ianya akan memudahkan orang awam untuk menggunakannya. Ia perlu dirancang secara menyeluruh, mudah sampai kepada

Page 17: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 6

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

penduduk serta disokong dengan pelbagai kemudahan seperti jadual perjalanan, tempat menunggu yang selesa dan praktikal untuk semua golongan, dan dirancang dengan had waktu maksimum menunggu selama 15 minit untuk menghubungkan destinasi dalaman kawasan kejiranan dengan kejiranan yang lain.

iii. Rangkaian Hijau

Sistem jaringan hijau bermula di kawasan hadapan perumahan sehingga penanaman pokok-pokok di sepanjang pinggir jalan dan rangkaian kawasan hijau yang luas seperti taman rekreasi dan ruang awam. Selain daripada itu juga, kebun kejiranan boleh diwujudkan sebagai salah satu alternatif keselamatan makanan di samping manfaat sosial yang lain. iv. Kepelbagaian Jenis Guna Tanah

(mixed-use development)

Kejiranan hijau menawarkan pelbagai jenis rumah untuk semua golongan, institusi, kedai, pejabat, perniagaan, kemudahan masyarakat dan rekreasi kepada penduduk bagi menjalankan pelbagai aktiviti harian.

Rajah 1: Kawasan perumahan dan tempat kerja adalah berhampiran dan mempunyai aksesibiliti yang tinggi untuk dihubungi melalui kenderaan awam, basikal atau berjalan kaki

Sumber: Eliot Allen, AICP Criterion Planners, October 2009 “Designing Low Carbon Neighborhoods With LEED-ND”. v. Kepadatan yang tinggi Kepadatan yang sederhana dan tinggi amat digalakkan di dalam sebuah kejiranan hijau, bagi memanfaatkan sumber tanah, menjimatkan ruang bagi penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti kerana ia boleh dikongsi bersama dengan kejiranan yang lain, di samping untuk menyokong kemudahan sistem transit dan pengangkutan awam agar dapat menjamin pembangunan yang feasible. Justeru, kepadatan yang rendah adalah kurang sesuai untuk dilaksanakan di dalam kejiranan hijau memandangkan ia tidak feasible untuk penyediaan kemudahan pengangkutan awam, perkhidmatan dan sebagainya, seperti yang diterangkan di dalam Jadual 1, Lampiran 1.

Petunjuk:

Perumahan Tempat kerja

Page 18: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 7

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Kepadatan kasar yang dicadangkan di sebuah kawasan kejiranan hijau adalah antara 30 – 500 orang per hektar (12 – 202 orang per ekar) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. vi. Persekitaran Kejiranan Selamat

Menggunakan pendekatan ‘crime prevention through environmental design’ semasa merancang dan mereka bentuk kejiranan hijau bagi mengurangkan kadar jenayah. vii. Aplikasi Teknologi Hijau Dalam

Pembinaan Bangunan dan Penyediaan Kemudahan Infrastruktur

Semua bangunan yang dibina digalakkan untuk memenuhi keperluan dan mendapatkan sijil pengiktirafan Green Building Index (GBI) atau lain-lain sistem penarafan bangunan. Aplikasi teknologi hijau dalam pembinaan bangunan dan kemudahan infrastruktur dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui pengurangan karbon. Di samping itu, tenaga juga dapat digunakan secara lebih cekap dengan menggunakan teknologi hijau. viii. Pemilihan dan Perancangan

Tapak Kejiranan Hijau Pemilihan dan perancangan tapak kejiranan hijau yang terbaik adalah amat

penting terutama semasa penilaian kejiranan hijau dilakukan. Langkah-langkah pemilihan dan perancangan tapak kejiranan hijau dihuraikan seperti di Lampiran 2. ix. Jaringan Komuniti Hijau Menggalakkan pembentukan jaringan penglibatan dan interaksi komuniti dalam proses reka bentuk dan perancangan melalui komuniti discourse dan social media. 6. GARIS PANDUAN KHUSUS 6.1 Reka Bentuk Kejiranan Hijau

i. Saiz Kejiranan

Satu (1) modul/unit kejiranan hijau

perlu direka bentuk dalam skala yang mengambilkira perjalanan 5 minit berjalan kaki dengan anggaran 400 meter jejari (radius).

Keluasan kejiranan hijau yang hendak dibangunkan adalah berkeluasan minimum 40 ekar manakala maksimumnya adalah 125 ekar (Rujuk Rajah 2).

Page 19: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 8

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 2: Cadangan keluasan kejiranan hijau

Adaptasi sumber: Traditional Neighborhood Development (TND) Guidelines, North Carolina Department of Transportation, 2000. Gabungan beberapa unit kejiranan

akan membentuk sebuah Bandar (Rujuk Rajah 3).

ii. Komposisi Guna Tanah

Bercampur (Mixed-Used Development)

Setiap kejiranan hijau perlu mempunyai pusat tumpuan masyarakat atau pusat tumpuan komuniti (community focal point) yang merupakan tempat pertemuan penghuni (ia tidak semestinya terdiri daripada komponen kemudahan awam).

Rajah 3: Gabungan unit kejiranan akan membentuk sebuah bandar (township)

Sumber: Liveable Neighbourhoods, Edition 2, Western Australian Planning Commission (2000)

Terdiri daripada campuran

komponen perumahan dan komponen bukan perumahan di mana sekurang-kurangnya 10% daripada pembangunan merangkumi komponen bukan perumahan seperti perniagaan dan kemudahan awam.

Kebanyakkan komponen bukan

perumahan terletak di pusat tumpuan.

Di dalam pusat tumpuan berkenaan,

sekurang-kurangnya 15% keluasan lantai diperuntukkan untuk kegunaan perniagaan.

Sekolah adalah elemen terpenting

dalam sesebuah komuniti di mana ianya terletak di pinggir kejiranan

Page 20: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 9

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

supaya kemudahan berkenaan dapat dikongsi bersama dengan kejiranan bersebelahan (rujuk Rajah 4).

Kemudahan awam seperti sekolah,

tempat ibadat, tanah lapang awam, dewan orang ramai, taman awam perlu disediakan mengikut Garis Panduan Perancangan Kemudahan Awam (terbitan JPBD Semenanjung Malaysia) untuk diintegrasikan dalam struktur kejiranan hijau

Sumber: Liveable Neighbourhoods, Edition 2, Western Australian Planning Commission (2000)

iii. Kepadatan (Compact)

Cadangan kepadatan bersih minimum untuk sesebuah pembangunan baru adalah berikut:

• 6 unit rumah banglo per ekar; • 12 unit rumah berkembar per

ekar; • 20 unit rumah teres per ekar • 24 unit townhouse per ekar; dan • 30 unit apartment per ekar. Adaptasi Sumber: Green Communities Criteria, 2008

Perumahan yang berkepadatan

rendah seperti rumah banglo dan rumah berkembar dibina di pinggir kejiranan, manakala perumahan yang berkepadatan tinggi dan sederhana seperti apartment dibina di dalam, bersebelahan atau berhampiran pusat tumpuan kejiranan, kemudahan transit atau kemudahan awam utama seperti taman hijau. Foto 1: Compact, complete and connected

Sumber: DPZ Asia Sdn. Bhd., 2010

Rajah 4: Perletakkan sekolah di pinggir kejiranan

Page 21: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 10

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

iv. Jaringan Jalan Raya (Street Network)

Intensiti pembangunan bagi komponen bukan perumahan, mestilah menggalakkan akses pejalan kaki dengan memberi penekanan kepada kaki lima, lorong pejalan kaki dan perhentian transit (transit stop).

Adaptasi sumber: Traditional Neighbourhood Development

(TND) Guidelines, North Carolina Department Of Transportation, 2000.

Kejiranan hijau mempunyai

rangkaian perhubungan jalan yang mudah dihubungi secara dalaman dan di antara unit kejiranan bersebelahan (rujuk Rajah 5).

Rajah 5: Rangkaian Jalan Yang Mudah Dihubungi

Sumber: DPZ Asia Sdn. Bhd., 2010

Bagi kawasan laluan (right of way) bagi

kenderaan atau bukan kenderaan, jarak interval jalan hendaklah tidak melebihi jarak 400 kaki.

Pelan susun atur jalan secara umumnya digalakkan menyediakan ‘perimeter block’ bagi meningkatkan akses perhubungan yang efisien bagi penjalan kaki, penunggang basikal dan kenderaan bermotor. Dimensi perimeter block adalah 70m hingga 90m (rujuk Rajah 6).

Rajah 6: Contoh pembangunan perimeter yang mengeliling taman (courtyard)

Sumber: Good Solutions Guide For Mixed Use Development In Town Centres, North Shore City Council (2005) Pelan susunatur jalan direka bentuk

supaya semua pembangunan menghadap jalan termasuk taman dan kawasan semulajadi. Bagi penyediaan lorong belakang, pelan susunatur perlu diterapkan dengan konsep pengawasan semulajadi seperti memastikan laluan awam tidak dilindungi dan menghalang penglihatan.

Perancangan kejiranan hijau tidak menggalakkan penggunaan cul-de-sac. Sekiranya diperlukan penyediaannya, sekurang-kurangnya 90% cul-de-sac perlu bersambung

Page 22: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 11

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dengan laluan pejalan kaki atau basikal. Maksimum panjang jalan cul-de-sac adalah 120 m.

Rajah 7: Kelebaran reka bentuk jalan yang bersesuaian

Untuk memaksimumkan aksesibiliti

dengan kawasan kejiranan bersebelahan, jaringan jalan dalam kejiranan hijau hendaklah bersambung dengan kawasan kejiranan bersebelahan. Tahap kesampaian dan perhubungan hendaklah dinilai melalui waktu jarak berjalan kaki.

Sepanjang bahu jalan perlu ditanam pokok (tree-line street).

Alley (lorong belakang) boleh

dijadikan akses tambahan kawasan kejiranan, sekiranya perlu.

Penyelenggaraan dan pemantauan lorong belakang hendaklah dibuat bagi menentukan ianya berfungsi sebagaimana dirancang dan selamat digunakan.

Keperluan golongan kelainan upaya

(OKU) hendaklah diambil semasa rekabentuk kejiranan seperti berikut:

• Laluan perjalanan diberi

keutamaan ke atas jaringan jalan sediada daripada menggunakan laluan berasingan yang terlindung daripada pandangan orang ramai;

• Lorong pejalan kaki hendaklah

disediakan disemua jalan supaya perjalanan OKU adalah selamat; dan

• Memudahkan perjalanan ke

transit pengangkutan awam.

Keperluan OKU hendaklah disediakan berdasarkan Garis Panduan Reka Bentuk Bebas Halangan (Universal Design) 2010.

v. Streetscape Dalam pembangunan konvensional,

pendekatan kejuruteraan diamalkan dalam menentukan klasifikasi jalan adalah berdasarkan kapasiti isipadu

Reka bentuk jalan yang terlalu lebar menggalakkan pemandu memecut laju

Kelebaran jalan yang bersesuaian dengan skala manusia adalah lebih sesuai di kawasan perumahan.

Page 23: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 12

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

trafik (kenderaan bermotor) sahaja. Didapati pendekatan ini telah mengabaikan peranan street yang sebenar iaitu pelbagai fungsi (multi-functional). Oleh itu, klasifikasi ‘street’ harus ditentukan berdasarkan gabungan kapasiti, kelajuan kenderaan dan fungsi/karektor street. • Kapasiti: bilangan kenderaan

bermotor yang boleh bergerak dengan tahap yang selamat. Aspek fizikal yang berkaitan dengan kapasiti adalah bilangan lorong, kelebaran jalan, kelajuan dan radius kerb.

• Karektor street: karektor street

dibentuk daripada peranan street terhadap kawasan bandar (urban realm) yang termasuk jenis bangunan dan landskap di sepanjang street tersebut (juga dipengaruhi oleh enclosure yang dibentuk).

Rujuk Lampiran 3, Jadual 3 Perbandingan Antara Terminologi Konvensional Dengan Jalan Yang Mengabungan Kapasiti Dan Karektor. Jenis street ditentukan berdasarkan

karektor yang berlainan mengikut ruang hadapan bangunan, perkaitan antara ketinggian bangunan dengan kelebaran jalan, anjakan diantara

bangunan, jenis landskap (pokok teduhan, informal, formal), jenis pagar dan laluan penjalan kaki.

a) Fasad dan Laluan Masuk ke

Bangunan (Façades and Entries) Bangunan hendaklah menghadap ke

arah jalan. • Sekiranya jalan berkenaan

mempunyai 80% daripada bangunan menghadap jalan tersebut, garisan hadapan bangunan tersebut hendaklah tidak lebih daripada 25 kaki (rujuk rajah 8).

• Sekiranya jalan berkenaan mempunyai 50% daripada bangunan menghadap jalan tersebut, garisan hadapan bangunan tersebut hendaklah tidak lebih daripada 18 kaki.

• Bagi bangunan bukan perumahan

dan bukan stand-alone, laluan masuk ke bangunan berkenaan hendaklah tidak lebih 75 kaki di antara laluan di sepanjang jalan tersebut.

Page 24: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 13

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 8: Fasad dan laluan masuk ke bangunan

Sumber: LEED Neighbourhood Development, 2009

Bangunan yang berada di pusat

tumpuan hendaklah dibina sehingga ke sempadan jalan (Rujuk Rajah 9).

Semua lot dan bangunan hendaklah

mempunyai laluan pejalan kaki. Manakala di pusat tumpuan hendaklah mudah diakses melalui laluan pejalan kaki.

Rajah 9: Bangunan yang berada di pusat tumpuan hendaklah dibina sehingga ke sempadan jalan

Sumber: Good Solutions Guide For Mixed Use Development In Town Centres, North Shore City Council (2005)

b) Laluan Pejalan Kaki Laluan pejalan kaki di kawasan

perumahan hendaklah sekurang-kurangnya 5 kaki lebar. Bagi kawasan komersial atau kawasan berkepadatan tinggi, laluan pejalan kaki hendaklah tidak kurang daripada kelebaran pejalan kaki di kawasan perumahan.

Laluan pejalan kaki hendaklah dibina

di kedua-dua belah jalan. Laluan pejalan kaki hendaklah

dirancang secara jaringan berterusan (continuous network). Ini termasuk meminimumkan potongan kerb bagi mengurangkan gangguan pejalan kaki dan penunggang basikal.

Page 25: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 14

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

c) Kegunaan Aras Bawah (Ground-Level/At Grade) dan Tempat Kereta (Parking)

Semua aras bawah (ground-level)

bangunan yang menjalankan aktiviti runcit, perkhidmatan dan perniagaan hendaklah menghadap ruang awam dan sekurang-kurangnya 60% daripada fasad bangunan dipasang cermin jelas yang berada di antara 3 dan 8 kaki dari kaki bangunan (rujuk Rajah 10).

Rajah 10: Fasad Bangunan

Sumber: Traditional Neighborhood Development (TND) Guidelines, North Carolina Department Of Transportation, 2000

Semua aras bawah bangunan yang

menjalankan aktiviti runcit, perkhidmatan dan perniagaan hendaklah mudah dilihat (unshuttered) pada waktu malam.

Kedua-dua belah jalan hendaklah

disediakan mininum 70% ruang tempat letak kereta ‘on-street’. Laluan pejalan kaki yang berterusan

hendaklah disediakan di kedua-dua belah jalan.

Tempat letak kereta off-street boleh

diletakkan di tepi atau di belakang bangunan supaya tidak menganggu akses pejalan kaki.

Sekiranya aras bawah adalah

komponen kediaman, tingkat ini perlu dinaikkan (elevated) dengan tidak lebih daripada 2 kaki dari kaki bangunan.

vi. Kepelbagaian Jenis Perumahan

Dalam satu modul/unit Kejiranan

Hijau perlu disediakan pelbagai jenis perumahan untuk menggalakkan pencampuran penduduk dari segi tahap ekonomi, saiz isi rumah dan golongan umur untuk mendiami di sesuatu komuniti. Jenis rumah yang boleh disediakan ialah rumah teres, apartment, town house, rumah berkembar dan rumah sesebuah.

Kejiranan Hijau perlu disediakan

rumah berkemampuan (affordable housing) dan rumah untuk disewa untuk golongan atau keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.

Kejiranan Hijau perlu menyediakan

rumah ‘barrier free’ yang mengambil kira keperluan OKU berpandukan

Page 26: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 15

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Garis Panduan Rekabentuk Bebas Halangan (Universal Design) 2010.

vii. Pusat Kejiranan atau Pusat Tumpuan

Kepelbagaian jenis guna tanah

dikelompokkan dalam pusat kejiranan dan pusat wilayah untuk menggalakkan penduduk setempat berjalan kaki, menunggang basikal, mengguna kemudahan transit, mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan bermotor ke arah membentuk persekitaran bebas kereta (car-free).

Pusat kejiranan hendaklah direka bentuk dengan komponen yang dapat membentuk ‘sense of community’ dan ‘sense of identity’. Kriteria perancangan dan reka bentuk adalah seperti berikut: • Diletakkan di lokasi yang mudah

dilihat (pandangan vista) • Menyediakan kemudahan awam

ditempatkan di kawasan yang mudah dikesan dan dilihat bagi menekankan kesedaran sivik

• Menyediakan keperluan harian bagi majoriti komuniti terutamanya untuk golongan kanak-kanak, golongan berumur dan golongan kelainan upaya

• Menggalakkan pembangunan bercampur

Komponen utama pusat kejiranan adalah: • Kedai/ kedai apartment/rumah

kedai/ Corner Shop • Perhentian transit • Tempat beribadat • Ruang awam/ taman • Pusat jagaan kanak-kanak • Komuniti club house

Rajah 11: Contoh pusat kejiranan hijau

Pusat Kejiranan hendaklah

menggalakkan pembangunan bercampur. Pembangunan bercampur adalah gabungan guna tanah komponen kediaman dan bukan kediaman yang disusun secara horizon atau vertikal, atau gabungan kedua-duanya.

Page 27: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 16

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 12: Pembangunan Bercampur Horizon dan Vertikal

Foto 2: Contoh pusat kejiranan hijau

Sumber: Good Solutions Guide For Mixed Use Development In Town Centres, North Shore City Council (2005) x. Tanah Lapang Awam (Public Open

Space) Kejiranan Hijau hendaklah

diperuntukkan sekurang-kurangnya 7% kawasan tanah lapang berfungsi (functional open space) dan 3% lagi merupakan kawasan tanah lapang yang mungkin terdiri daripada daripada retention pond, kemudahan awam dan saliran semulajadi dan lain-lain. Keluasan kawasan pembangunan yang mana sekurang-

kurangnya 90% rumah kediaman dapat akses ke tanah lapang dengan mudah dan cepat.

Tanah lapang perlu disedia

berdasarkan hierarki, keluasan dan saiz tadahan penduduk (Rujuk Jadual 1).

Jadual 1: Hierarki tanah lapang awam

Hierarki Keluasan (Hektar)

Saiz Tadahan

Penduduk

Fungsi

Taman Nasional

Tiada had Seluruh Negara

Kawasan rekreasi yang mempunyai kepentingan untuk penyelidikan, pengekalan alam semulajadi dan warisan kepada negara.

Taman Wilayah

100.0 Seluruh Wilayah

Kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan aktiviti bagi penduduk bandar, luar bandar dan dari daerah luar bagi kegiatan rekreasi, aktiviti sukan dan menikmati keindahan semulajadi.

Taman Bandaran

40.0 50,000 orang ke

atas

Kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk bandar bagi kegiatan rekreasi, aktiviti sukan dan menikmati keindahan semulajadi.

Taman Tempatan

8.0 12,000 – 50,000 orang

Kawasan rekreasi untuk kegunaan aktiviti sukan, sosial dan kebudayaan yang menampung beberapa unit kejiranan.

Page 28: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 17

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Hierarki Keluasan (Hektar)

Saiz Tadahan

Penduduk

Fungsi

Padang Kejiranan

2.0 3,000 – 12,000 orang

Kawasan rekreasi yang mempunyai padang permainan dan kompleks sukan kecil di dalam sesuatu kawasan kejiranan.

Padang Permainan

0.6 1,000 – 3,000 orang

Kawasan rekreasi untuk kegunaan orang dewasa dan kanak-kanak bagi menampung keperluan 3 sub kejiranan.

Lot Permainan

0.2 300 – 1,000 orang

Kawasan rekreasi untuk kanak-kanak peringkat umur kurang 12 tahun di sesuatu kawasan sub-kejiranan.

Sumber: Draf Garis Panduan Perancangan Tanah Lapang Dan Rekreasi, 2010

Sekurang-kurangnya satu (1) lot

tanah lapang hendaklah disediakan dalam satu unit kejiranan.

Secara umumnya, Taman Tempatan

yang dirancang hendaklah diletakkan di pinggir kejiranan untuk dikongsi dengan kejiranan bersebelahan.

Perancangan tanah lapang hendaklah mengutamakan aspek keselamatan dengan reka bentuk berikut: • Jalan hendaklah dibina di

sekeliling sempadan tanah lapang (perimeter open space). Sekiranya jalan tidak dapat dibina di sempadan tanah lapang

tersebut, perancangan persekitaran hendaklah memastikan kewujudan pengawasan dan ‘overlooking’ dari sekitar pembangunan;

• Semua lot bangunan hendaklah menghadap tanah lapang; dan

• Menyediakan akses ke taman melalui sistem jalan tempatan berbanding laluan pejalan kaki.

Berdasarkan keperluan komuniti, PBT

boleh meluluskan pembinaan kemudahan awam di atas tanah lapang yang tidak boleh melebihi 2000 meter persegi bagi satu unit kejiranan dan tidak melebihi 20% daripada tanah lapang yang diperuntukkan.

Tanah lapang utama seperti taman linear, taman nasional, taman wilayah, taman bandaran atau taman tempatan hendakah dijadikan sempadan kejiranan untuk memastikan kesinambungan kawasan hijau dan memelihara ekologi semulajadi.

Kawasan Sensitif Alam Sekitar seperti

‘bushland’, tanah lembap boleh dijadikan sebahagian daripada taman tempatan dengan syarat perlu mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa berkenaan.

Page 29: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 18

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 13: Hierarki Perancangan Tanah Lapang di dalam dan di antara unit kejiranan

xi. Kemudahan Transit Penyediaan kemudahan transit

adalah satu alternatif kepada penggunaan kereta persendirian yang praktikal bagi perjalanan melebihi 2.5 batu (4 kilometer).

Rajah 14: Hierarki Perancangan Tanah Lapang dalam peringkat wilayah

Sistem transit lebih berkesan di

kawasan berkepadatan tinggi, kawasan pembangunan bercampur yang tertumpu di sepanjang jalan utama, dan penyediaan tempat letak kereta berpusat bagi menggalakkan penggunaan kenderaan awam.

Berikut adalah prinsip reka bentuk

bagi menyokong perancangan transit : • Hentian Bas: perletakan

hentian bas didalam lingkungan 5 minit berjalan kaki (400 meter) atau stesen transit dalam 10 minit berjalan kaki (800 meter),

Page 30: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 19

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

• Rekabentuk Jalan: reka bentuk jalan perlu dibuat secara mesra pengguna bagi kemudahan pejalan kaki.

• Tempat menunggu: penyediaan drop kerb, pondok hentian bas dan jadual perjalanan bas merupakan sebahagian daripada reka bentuk hentian bas.

• Kemudahan transit yang selamat

dan selesa perlu disediakan dengan penyediaan kemudahan tempat menunggu, tempat duduk, kemudahan rak berkunci basikal dan motosikal.

Bagi menyokong pembangunan TOD isi rumah minimum 15 unit per ekar diperlukan.

Bagi kepadatan 4-11 unit rumah per

ekar, kekerapan bas adalah setiap 30 minit.

Bagi kepadatan 12-45 unit rumah

atau lebih per ekar, kekerapan bas adalah setiap maksimum 15 minit.

(Adaptasi Green Communities Criteria,2008).

xii. Penghasilan Makanan Tempatan (Local Food Production)

Penghasilan makanan tempatan bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran makanan yang berasaskan komuniti (community-based food production) bagi menjamin kesegaran makanan, menggalakkan aktiviti kebun yang menghasilkan pelbagai jenis tanaman, menyokong pembangunan ekonomi tempatan dan menggalakkan kebun komuniti (community garden). Ini adalah selari dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 5 Tahun 2008 – Pelaksanaan Program Bumi Hijau oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2008.

Bagi semua projek Kejiranan Hijau,

tanaman di rumah kediaman, sama ada di depan, tepi, belakang, beranda (balcony) dan taman atas bumbung adalah digalakkan.

Selain itu, dua (2) alternatif yang

perlu dilaksanakan dalam kejiranan hijau adalah: a) Tanah Kebun Kejiranan

(Neighbourhood Farm and Garden); atau

Page 31: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 20

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

b) Kejiranan Hijau yang terletak berdekatan dengan Pasar Tani (Pasar Tani merupakan pasar di mana petani-petani tempatan memasarkan hasil tanaman sendiri secara langsung dan menggalakkan penyatuan masyarakat)

a) Tanah Kebun Kejiranan

(Neighbourhood Farm and Garden) Kejiranan hijau perlu mengenalpasti

kawasan yang bersesuaian bagi menyediakan tanah kebun kejiranan.

Menyediakan pagar, sistem

pengairan (watering system), ‘garden bed enhancements’, stor bekalan, tangki tuaian hujan dan laluan pejalan kaki dan ‘tea house’.

Memastikan tanah kebun ini

diuruskan oleh satu badan entiti seperti persatuan penduduk, Rukun Tetangga atau JKKK yang melibatkan penghuni di kejiranan hijau tersebut.

Sekiranya, tanah kebun kejiranan

tidak dapat disediakan dalam kejiranan hijau tersebut, satu kebun komuniti (community garden) di luar unit kejiranan hijau hendaklah disediakan dalam lingkungan 800 meter jarak berjalan kaki dari sempadan kejiranan hijau.

Rajah 15: Kebun Kejiranan

Foto 3: Contoh kebun kejiranan hijau

Sumber: DPZ Asia Sdn. Bhd., 2010

b) Berdekatan dengan Pasar Tani Kejiranan hijau hendaklah diletak dalam

lingkungan 800 meter jarak berjalan kaki dari pasar tani sedia ada atau pasar tani yang dirancang dan beroperasi sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Page 32: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 21

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Hasil tanaman yang dijual hendaklah dibekalkan dari tanah pertanian atau perladangan yang berada 150 km dari kejiranan hijau.

(Adaptasi Sumber: LEED Neighbourhood Development, 2009)

6.2 Kemudahan Infrastruktur Hijau

i. Penuaian Air Hujan Sistem penuaian air hujan boleh dilaksanakan melalui 2 teknik iaitu:

Rain Barrels • Teknik ‘Rain Barrels’ menggunakan kos

yang rendah, berkesan dan kaedah takungan yang mudah diselenggara. Ia boleh digunakan di kawasan kediaman, komersial dan tapak-tapak perindustrian untuk mengurus curahan air hujan di atas bumbung.

• Penggunaan tong takungan hujan yang konvensional akan mengalirkan air hujan menuruni dari bumbung ke dalam tong. Penutup digunakan untuk mengawal pembiakan nyamuk dan serangga lain. Air ini boleh digunakan untuk aktiviti harian lain seperti menyiram tanaman dan membasuh kenderaan.

• Sistem yang lebih besar dan sesuai

diaplikasikan di kawasan perdagangan, perindustrian dan institusi dengan menyediakan pam dan penapisan peranti.

• Tong takungan hujan di kawasan kediaman boleh dibina di depan, belakang atau di bawah tanah.

Foto 4: Tong takungan hujan kapasiti 400 gallon

dipasang di setiap unit rumah

Foto 5: Saluran dari bumbung rumah untuk menyalirkan

air hujan ke dalam tong hujan

• Tong berkontrit dan penuaian air hujan

di bawah tanah dibenarkan.

Page 33: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 22

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Foto 6: Contoh Rain Barrel dibina di depan rumah kediaman

Foto 7: Contoh penuaian air hujan di bawah tanah

Cisterns • Tangki ‘stormwater runoff’ merupakan

pengurusan air bumbung yang menyediakan penyimpanan isipadu air yang kekal sama ada diletakkan di atas atau bawah tanah. Penyimpanan air pada sesuatu tapak pembangunan dapat membantu memulihara sumber air dan mengurangkan kos utiliti.

• Tangkinya adalah lebih besar berbanding tong simpanan air hujan sehingga berkeupayaan menyimpan 10,000 gelen air.

• Cisterns hendaklah dibina untuk

digunakan di peringkat komuniti seperti kebun komuniti dan pengairan tanaman di tempat awam.

Page 34: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 23

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Foto 8: Rain Barrel dipasang di setiap unit bangunan

dan Citrens

Rajah 16: Rain Barrel dipasang di setiap unit bangunan dan Citrens digunakan untuk peringkat komuniti

Page 35: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 24

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

ii. Rain Garden atau Bio-retention Sistem bio-retention direka bentuk

berdasarkan jenis batuan, keadaan tapak dan guna tanah. Kawasan bioretention mengandungi komponen campuran yang pelbagai fungsi untuk memindahkan bahan pencemar, mengurangkan air larian permukaan dan meningkatkan kadar penyerapan air.

Terdapat enam (6) jenis komponen tipikal dalam sel bioretention yang memainkan fungsi berbeza iaitu:

• Grass buffer strips:

mengurangkan kelajuan air larian permukaan dan menuras jisim zarah air.

• Menutup bahagian dasar menggunakan pasir: menyediakan ruang pengudaraan dan menanam kepelbagaian tumbuh-tumbuhan bagi mengepam serta menapis bahan pencemar melalui bahan batuan.

• Kawasan ‘ponding’: menyimpan lebihan air larian permukaan untuk menggalakkan proses penyejatan air yang berlebihan.

• Lapisan organik: membantu proses penguraian bahan organik dan menyediakan medium pertumbuhan biologi (diibaratkan seperti

mikroorganisma) untuk mendegradasi petroleum berasaskan bahan pencemar. Ia juga dapat menapis bahan pencemar dan mencegah hakisan tanah.

• Kawasan ruang tanah untuk tanaman: tanah mengandungi beberapa tanah liat yang hidrokarbon, ‘heavy metal’ dan nutrien yang berfungsi untuk menyerap dan menyimpan air hujan.

• Tumbuh-tumbuhan: berfungsi dalam pemindahan air dan bahan pencemar melalui kitaran nutrien.

Amalan bioretention sangat berkesan

direka bentuk bersama ‘grass swale’.

Rajah 17: Keratan Rentas Bio-retention

Page 36: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 25

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Amalan bio-retention boleh dilaksanakan di: • Halaman rumah; • Kawasan lapang di sekitar kawasan

pembangunan; atau • Adaptasi melalui konsep zon

penampan. Aplikasi teknik bio-retention pada

sistem pengangkutan dan pengurusan lalulintas adalah: Jalan (median dan sisi jalan):

Menggunakan reka bentuk linear rain garden melalui penyediaan tanaman landskap dan swale.

Laluan pejalan kaki: Penyediaan permukaan telap air di kawasan laluan pejalan kaki melalui penggunaan kepelbagaian landskap lembut.

Kawasan tempat letak kenderaan: Penanaman tumbuh-tumbuhan dan swale di kawasan TLK.

Jalan mati: Kawasan circle islands pada laluan jalan mati.

Lorong belakang rumah : Lorong belakang rumah direka bentuk dengan menggunakan landskap tumbuh-tumbuhan berbanding turapan bertar.

Foto 9: Bio-retention di kawasan tempat letak kenderaan (TLK)

Foto 10: Bio-retention di sepanjang sisi jalan

Bio-retention dan swale

Sebelum… Selepas…

Page 37: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 26

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Foto 11: Bio-retention di Tanah Lapang

iii. Taman Atas Bumbung Taman atas bumbung digalakkan di

semua bangunan. Bagi bangunan bertingkat yang dibina di pusat tumpuan kejiranan dan perumahan kepadatan tinggi adalah diwajibkan.

Bangunan awam Panduan perancangan taman atas

bumbung hendaklah merujuk Garis Panduan Taman Atas Bumbung, JPBD (2010).

Foto 12: Contoh pelaksanaan taman atas bumbung di kawasan perumahan

Foto 13: Taman atas bumbung di Bangunan Pusat

Membeli-Belah One Utama, Putrajaya

iv. ‘Permeable Paver’ i. Sekurang-kurang 50% daripada binaan

di kejiranan hijau mengguna bahan binaan yang telap air dalam reka bentuk Kejiranan Hijau untuk

Page 38: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 27

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

mengurangkan peningkatan puncak discharge melalui pertambahan kadar dan masa penyerapan air.

ii. Turapan yang poros (porous pavements) sangat sesuai diadaptasi di kawasan trafik rendah seperti tempat letak kenderaan dan laluan pejalan kaki.

iii. Kawasan lain yang boleh menggunakan

bahan telap air sebagai struktur bahan binaan ialah:

a) Laluan pejalan kaki b) Laluan atau lorong belakang rumah c) Shared driveways d) Tempat letak kenderaan e) Kemudahan lintasan pejalan kaki/

menyeberang jalan f) Bahu jalan g) Lorong kecemasan h) Sistem pengurusan lalulintas yang

menggunakan konsep ‘traffic calming’ seperti penggunaan turapan berbeza daripada tar untuk mengurangkan kelajuan kenderaan, bulatan lalulintas (roundabout) dan kawasan untuk mengecilkan ruang saiz jalan

i) Jalan yang membawa jumlah trafik rendah

j) ’Centre islands’ di lorong jalan mati (cul-de-sac)

iv. Turapan yang boleh digunakan pada laluan pejalan kaki dan tempat letak

kereta ialah rumput, batuan dan soil-filled plastic cells.

Foto 14: Contoh turapan telap air/turapan poros

v. Sumber Tenaga Boleh

Diperbaharui (Renewable Energy) Secara ‘On-Site’

a) Pemasangan Solar Panel solar/photovoltaic digalakkan

dipasang di bangunan awam, lampu jalan dan lampu di tempat awam.

Pemasangan solar di kawasan kediaman, perniagaan dan perindustrian adalah digalakkan.

Page 39: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 28

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Foto 15: Solar yang dipasang di setiap unit rumah kediaman, perindustrian dan apartment.

Solar panel

Solar Panel

‘Solar Sail’

Panel solar boleh dijadikan sebahagian daripada fasad bangunan tanpa menjejaskan estetik persekitaran.

Foto 16: Facade collector system

Sumber: http://rensus-uae.com/3.html

Menyediakan ruang pusat penyimpanan

tenaga adalah digalakkan bagi tujuan pemanasan air kegunaan komuniti.

Sumber : http://rensus-uae.com/3.html

Page 40: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 29

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Foto 17: Penyediaan ruang bagi menempatkan panel solar di atas bumbung

Sumber : http://rensus-uae.com/3.html

Pembinaan bumbung perlu

menyediakan ruang yang mencukupi iaitu minimum 450 kaki persegi untuk pemasangan panel solar (Green Communities Criteria, 2008).

b) Day Lighting Reka bentuk bangunan

menggalakkan penggunaan ‘day lighting’.

c) Penggunaan Lampu LED (Light

Emitting Diode) Pembangunan baru dan

pembangunan sedia ada boleh menggunakan lampu LED yang bersumberkan tenaga solar. Penukaran kepada lampu LED mendatangkan banyak manfaat seperti-

• menjimatkan kos kerana boleh diintegrasikan berasaskan kepada sumber tenaga solar (oleh yang demikian ia (zero power supply cost) serta jangka hayat lampu LED adalah melebihi 10 tahun;

• mengurangkan pengeluaran CO2 kerana lampunya tidak bertoksin;

• pencahayaan adalah 8 kali lebih

terang daripada lampu biasa tanpa memberikan kesan kepada alam sekitar. Ini menjadikan kawasan Bandar dan perumahan lebih selamat dan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya;

Pemasangan lampu jalan perlu mematuhi keperluan PBT dan garis panduan yang ditetapkan oleh JKR; dan

Lampu LED ini perlu digunakan di kawasan-kawasan seperti lampu jalan, taman, perhentian bas dan kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai crime hot spot, bagi meningkatkan keselamatan penduduk.

Page 41: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 30

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Foto 18: Penggunaan dan Pemasangan lampu LED dari sumber tenaga solar bagi lampu jalan dapat menjimatkan kos PBT

v. District Cooling System

Rizab District Cooling System yang

merupakan pusat pengeluaran air ‘chiller’ kepada kegunaan peralatan penyaman udara hendaklah disediakan dalam sesuatu Kejiranan Hijau. Ia bertujuan menggantikan chiller dan auxiliary yang dipasang secara individu di setiap bangunan untuk meminimumkan kos perbelanjaan.

Di mana telah terdapat DCS, usaha

untuk menyambungkan dengan DCS sedia ada adalah digalakkan.

Rajah 18: District Cooling System

Sumber : K.S. Kannan, UTM (2010)

7. RANGKA PELAKSANAAN 7.1 Rangka Pelaksanaan Sedia ada

di Peringkat Persekutuan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui industri teknologi hijau serta menetapkan hala tuju sektor pembangunan industri teknologi hijau dalam negara. Di bawah KeTTHA juga telah ditubuhkan Green Technology Corporation, iaitu sebuah agensi yang ditubuhkan untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan program teknologi hijau yang efektif.

Page 42: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 31

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

KeTTHA juga telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau Negara dan Perubahan Iklim (MTHNPI) yang merupakan platform peringkat tertinggi bagi menyelaraskan antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk melaksanakan teknologi hijau yang efektif. Di bawah Majlis ini, 6 jawatankuasa kerja telah ditubuhkan bagi membantu MTHNPI iaitu- Jawatankuasa Kerja Penyelidikan

dan Inovasi (Dipengerusikan oleh Kementerian Sains, teknologi dan Inovasi);

Jawatankuasa Kerja Industri (Dipengerusikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri);

Jawatankuasa Kerja Pengangkutan (Dipengerusikan oleh Kementerian Pengangkutan);

Jawatankuasa Kerja Modal Insan (Dipengerusikan oleh Kementerian Sumber Manusia);

Jawatankuasa Kerja Promosi dan Kesedaran Awam (Dipengerusikan oleh Kementerian Penerangan dan

Jawatankuasa Kerja Perbandaran Hijau yang (Dipengerusikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.)

(rujuk Lampiran 6). Rajah di Lampiran 6 menunjukkan rangka kerja penyelarasan pelaksanaan pembangunan hijau hijau di negara ini.

Bagi JPBD Semenanjung Malaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula, Jabatan turut bertanggungjawab dalam –

menerajui inisiatif pembangunan

hijau melalui peningkatan capacity building , merangka dasar kejiranan hijau meliputi aspek-aspek bangunan hijau, reka bentuk pelan susun atur, landskap, eco-mobility dan connectivity;

mempromosi amalan perancangan hijau yang baik dalam negara;

menjadi penyelaras dan memantau pelaksanaan perundangan, dasar-dasar, garis panduan, program, aktiviti yang serta menyelaras peranan agensi-agensi yang bertanggungjawab dengan pelaksanaan kejiranan hijau; dan

menasihati dan mencadang kepada MTHPI, melalui Jawatankuasa Kerja Kejiranan Hijau mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan pembangunan kejiranan hijau.

Di samping itu, Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), juga akan digunakan sebagai platform untuk membincangkan perkara-perkara berhubung dengan pembangunan bandar dan kejiranan hijau. Selain peranan-peranan di yang dinyatakan di atas, JPBD juga akan menjadi pemudah

Page 43: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 32

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Almost there

cara bagi penerima pakaian garis panduan ini. Justeru, JPBD melalui KPKT akan membantu Kerajaan Negeri, PBT dan lain-lain pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam hal ehwal berhubung dengan pembangunan hijau dalam negara. 7.2 Mekanisme Pelaksanaan Oleh

Kerajaan Negeri

i. Pendekatan terbaik bagi melaksanakan kejiranan hijau adalah dengan menetapkan matlamat rangka kerja pembangunan mampan (sustainable development framework) untuk negeri berkenaan.

iii. Rangka kerja berkenaan perlu menerangkan dengan jelas objektif kemampanan yang ingin dicapai serta strategi perancangan yang dicadang dan yang akan dilaksanakan bagi mencapai objektif berkenaan (Rujuk Rajah 19).

iv. Polisi dan strategi perancangan kejiranan hijau boleh diperakukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN).

Rajah 19: Rangka kerja melaksanakan pembanguann kejiranan hijau.

v. Sebagai langkah permulaan, negeri perlu menentukan tahap pencapaian negeri berdasarkan contoh skala penentuan dalam Rajah 20.

Sumber: Suzuki H. et al l(2010), “Eco2 Cities: Ecological Cities as Economic Cities”, The World Bank.

Rangka kerja pembangunan kejiranan hijau Negeri

Kerajaan Negeri

PBT

Polisi kemampanan

Strategi perancangan

Pelan tindakan

Matlamat & Sasaran

Dasar-Dasar Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Persekutuan

1 2 3 4 5 Not even

close

Rajah 20: Skala penentuan tahap negeri untuk mencapai tahap yang diingini.

1. Indicate on the scale where you stand now, as you engage

in urban development projects?

2. Draw a larger or small arrow to indicate what direction you think the city is moving? And how fast?

Page 44: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 33

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

• Berdasarkan kepada kedudukan semasa, Kerajaan negeri harus menetapkan sasaran (jangka pendek dan jangka panjang) pencapaian untuk memudahkan PBT merangka pelan tindakan mereka. Sasaran yang dibuat harus berdasarkan situasi semasa, dan memastikan strategi yang bakal dirangka dapat mencapai sasaran berkenaan.

• Setelah sasaran dibentuk, rangka kerja pembangunan mampan negeri. Langkah ini perlu diselarikan dengan rancangan struktur negeri serta dasar-dasar yang telah dirangka oleh Kerajaan Persekutuan. Dalam rangka kerja ini, kerajaan negeriperlu mengariskan polisi kemampanan negeri dan menyenaraikan strategi perancangan ke arah pembangunan yang lebih mampan.

• Kerajaan negeri boleh memilih

suatu kawasan untuk dijadikan sebagai projek perintis untuk dijadikan sebagai model pembangunan kejiranan hijau di dalam negeri untuk menjadi panduan dan contoh kepada PBT lain di negeri berkenaan.

vi. Kerajaan negeri juga boleh

memberikan insentif kepada pemaju

di dalam menggalakkan lebih banyak kejiranan hijau dilaksanakan. Contohnya menyediakan kaedah tertentu dalam memberikan pertimbangan kelulusan dalam tempoh yang singkat bagi permohonan-permohonan sebegini.

vii. Kerajaan negeri perlu bekerja sama dengan kerajaan persekutuan terutama dari segi menyelaras dasar, menyediakan kemudahan latihan kepada para pegawai berkenaan dengan pelaksanaan pembangunan kejiranan hijau ini serta lain-lain program yang boleh membantu menjayakan pelaksanaan kejiranan hijau ini.

Kerajaan negeri boleh menyegerakan pelbagai inisiatif pembangunan hijau walaupun rangka kerja serta sasaran masih belum ditetapkan. Ia boleh dijalankan secara serentak tanpa perlu menunggu rangka kerja dan sasaran negeri disiapkan.

Nota:

viii. Kerajaan negeri menubuhkan

Jawatankuasa Kejiranan Hijau atau memperluas bidang liputan mana-mana Jawatankuasa sedia ada yang bersesuaian yang diPengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan Pengarah JPBD Negeri menjadi Setiausaha jawatankuasa ini.

Page 45: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 34

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

7.3 Mekanisme Pelaksanaan Oleh PBT

Tindakan PBT adalah– • menggalakkan perkongsian pintar

dengan semua stakeholders, di dalam aktiviti atau program serta aspek pengurusan dalam pembangunan kejiranan hijau. Contohnya dalam penyelenggaraan taman di kawasan kejiranan, pihak swasta atau badan bukan kerajaan (NGO) boleh dilibatkan untuk menyelenggara taman berkenaan.

• mempercepatkan proses kelulusan

permohonan kebenaran merancang kejiranan hijau yang dikemukakan oleh pihak pemaju dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh terima permohonan.

• PBT juga, melalui program Agenda 21 atau melaksanakan program yang berasingan, digalakkan untuk menjalankan program-program kesedaran masyarakat berkaitan dengan teknologi hijau dan keperluan pelaksanaan pembangunan hijau.

• Melaksanakan inisiatif kejiranan hijau di kawasan pembangunan sedia ada seperti yang diterangkan di dalam perkara 7.4.

7.4 Pelaksanaan Kejiranan Hijau Bagi Pembangunan Sedia Ada

Langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan negeri dan PBT bagi kawasan sediada untuk mengarah kepada pelaksanaan pembangunan hijau adalah- i. Mengkaji semula sistem aliran

pejalan kaki dan kenderaan bermotor.

PBT perlu mengkaji semula sistem aliran trafik sedia ada dan mengintegrasikannya denganlaluan pejalan kaki dan basikal.

Laluan pejalan kaki dan basikal perlu

disokong dengan kemudahan landskap, tempat letak basikal, kemudahan untuk berehat dan berteduh daripada hujan dan panas.

Laluan pejalan kaki dan basikal perlu dilebarkan. Di mana boleh, laluan pejalan kaki boleh bersambung melalui bangunan seperti ‘pedestrian transit mall’ bagi menggalakkan penduduk berjalan kaki dalam jarak yang dekat.

ii. Menanam lebih banyak pokok

PBT boleh menanam lebih banyak pokok dan menggalakkan komuniti terlibat sama dalam menanam lebih banyak pokok. Pokok-pokok di kawasan bandar boleh di tanam di kawasan tempat letak kereta,

Page 46: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 35

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

sepanjang laluan pejalan kaki, kawasan lapang, atas bumbung bangunan dan sebagainya. Langkah ini akan dapat mengurangkan kesan urban heat island selain daripada tujuan untuk pengindahan bandar.

iii. Melaksanakan low impact

development dalam sistem pengairan dan saliran.

Bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di peringkat negeri dan daerah bagi menukar longkang dan parit konkrit kepada kaedah swales atau bio-retention bagi mengurangkan air larian di bandar.

iv. Menjalankan projek usaha sama

dengan pihak swasta

PBT boleh menjalankan projek usaha sama dengan pihak swasta dalam mewujudkan lebih banyak bangunan hijau di dalam kawasan PBT. v. Menggalakkan aktiviti dan

program 3R

PBT hendaklah menetapkan sasar / matlamat pengurangan bahan buangan terutama daripada sisa domestik di kawasan PBT.

Merangka program/projek yang dapat menanam kesedaran tentang keperluan dalam mengasingkan sampah contoh:

• mewujudkan peluang pendapatan daripada program 3R atau menjalankan kursus bagaimana bahan-bahan terbuang dapat digunakan semula serta dapat menjana pendapatan; dan/atau

• menyusun jadual pengambilan sampah mengikut jenis sampah yang diasingkan sebagaimana projek perintis yang dilaksanakan di Putrajaya.

Foto 19: Contoh projek perintis pengasingan sampah di

kawasan perumahan di Putrajaya - Isnin dan Khamis merupakan pengumpulan bagi sisa organik.

Sumber : Akhbar The Star –Khamis, 19 November, 2009 “Solid

Waste Separation At Source Pilot Project Initiated In Putrajaya” oleh Geetha Krishnan.

Page 47: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 36

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

vi. Merangka dan melaksakan strategi pembangunan brownfield dan infill development

Kerajaan negeri dan PBT perlu merangka suatu strategi di dalam menggalakkan pembangunan semula kawasan brownfield. Initiatif seperti memberikan keutamaan kepada projek-projek sebegini semasa kelulusan kebenaran merancang atau pelan bangunan boleh diperkenalkan.

vii. Pembangunan bercampur di kawasan pusat bandar

PBT perlu mengenalpasti lokasi yang

sesuai untuk membangunkan semula pusat bandar supaya pembangunan bercampur dengan pelbagai aktiviti dapat diterapkan terutama di kawasan bandar.

Penggunaan pelbagai fungsi di dalam

satu bangunan juga boleh diperkenalkan bagi memanfaatkan sumber tanah di kawasan bandar.

Foto 20: Contoh pelbagai-gunaan bangunan Marine Parade Community Club di Singapura

viii. Penggunaan lampu LED Seperti yang telah diterangkan di dalam perkara 6.2. 7.5 Sistem Pengukuran/Penarafan/

Penilaian Kejiranan Hijau

Garis panduan ini dijadikan asas menentukan sistem penilaian ke atas pelan susun atur bagi kejiranan hijau di peringkat pertimbangan permohonan kebenaran merancang. Pada masa yang sama, pemaju boleh memohon untuk mendapatkan penarafan kejiranan hijau dan bangunan hijau daripada badan-badan yang mengeluarkan pengiktirafan berkenaan.

Sumber : urban development and local government, singapore

Page 48: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 37

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

LAMPIRAN 1

Jadual 2: Ciri-ciri kepadatan dalam sebuah kejiranan

Kepadatan Kasar Ciri-ciri Kejiranan

Rendah < 30 orang per hektar

Kawasan hijau yang luas dan lapang Sukar menyokong sistem pengangkutan awam

Sederhana 30 – 300 orang per hektar

Menyokong kemudahan perkhidmatan bas (minimum 100 orang per hektar), tram (minimum 240 orang per hektar)

Menggalakkan komuniti berjalan kaki untuk aktiviti harian Menggalakkan interaksi sosial (campuran 1 – 4 tingkat

perumahan) Tinggi 301 - 500 orang per hektar (ketinggian bangunan 2 – 4 tingkat) 7.5.1.1.1

Petempatan yang mampan (self sufficient) dengan tadahan kemudahan awam yang tinggi

Seimbang di antara aktiviti sosial dan ekonomi dan menjamin kualiti kehidupan yang tinggi

Menggalakkan komuniti berjalan kaki untuk aktiviti harian Menggalakkan interaksi sosial (campuran 1 – 4 tingkat

perumahan)

Nota: Data yang diselaraskan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JPBD, 2010.

Page 49: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 38

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

LAMPIRAN 2 Pemilihan dan Perancangan Tapak

Pemilihan Tapak

Mengutamakan kawasan brownfield/infill development Pemilihan tapak utama pembangunan komuniti hijau hendaklah di kawasan-kawasan

yang underused dalam bandar (infill sites) manakala di kawasan pinggir bandar, kawasan kejiranan hijau digalakkan di kawasan brownfield. Walau bagaimanapun, kawasan greenfield atau tukar kegunaan tanah pertanian kepada pembangunan masih boleh dibenarkan sekiranya tiada pilihan lain. Ini akan dapat mengurangkan penyerakkan (sprawling) pembangunan dan memastikan aktiviti manusia (termasuk trafik) tidak memasuki (encroach) ke dalam kawasan greenfield. Foto 21: Pemilihan tapak brownfield/infill digalakkan bagi memaksimumkan penggunaan tanah sedia ada

Sumber: Eliot Allen, October 2009 “Designing Low Carbon Neighborhoods With LEED-ND”. AICP Criterion Planners.

Page 50: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 39

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 21: Pembangunan infill perlu mengambilkira pembangunan bersebelahan dan sekitar

Pembangunan kejiranan hijau yang melibatkan kawasan brownfield, perlu merujuk kepada GP Pengenalpastian Bagi Pembangunan Semula Kawasan Brownfield yang disediakan oleh JPBD Semenanjung Malaysia, 2010.

Analisis Tapak

Menjalankan analisis tapak bagi mengenal pasti halangan dan potensi pembangunan dan kawasan sekitar. Selain itu, analisis ini juga perlu mengambilkira halangan-halangan lain di peringkat wilayah. Contoh-contoh halangan-halangan pembangunan pelaksanaan kejiranan hijau yang mungkin timbul adalah – a. kewujudan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) yang melibatkan kawasan-kawasan

berikut:

i. Kawasan tanah tinggi dan bukit yang melebihi 35° dan ketinggian melebihi 1,000 meter;

ii. Rizab hidupan liar; iii. Warisan semulajadi dan antikuiti; iv. Hutan simpan kekal; v. Tadahan air dan sumber air tanah; vi. Dataran banjir, tanah lembap, bekas lombong, tasik dan sungai; vii. Pertanian makanan; viii. Simpanan mineral dan bencana geologi; ix. Persisiran pantai dan taman laut; dan x. Kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa pepejal dan sisa toksid.

Page 51: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 40

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

b. rangkaian kawasan lapang/hijau diperingkat wilayah (regional open space); dan

c. rizab kemudahan infrastruktur/utiliti utama;

Semasa menjalankan analisis tapak ini, maklumat-maklumat tambahan yang perlu dimasukkan di dalam Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) adalah seperti berikut:

a) maklumat berkenaan kejiranan, pusat bandar sedia ada dan pusat penawaran

pekerjaan seperti industri dan komersial yang berhampiran; b) menandakan radius 400 meter dari pusat kejiranan sedia ada atau pusat bandar sedia

ada; c) maklumat berkenaan jaringan pengangkutan sedia ada termasuk jalan raya, lebuh

raya, jalan arterial, laluan pengangkutan awam, perhentian bas, laluan rel dan sebagainya;

d) kawasan yang subur (sekiranya ada) untuk melaksanakan pertanian komuniti (community farming); dan lain-lain maklumat yang difikirkan perlu.

Perancangan Tapak Pengintegrasian Jalan raya Jaringan jalan raya, laluan pengangkutan awam, lebuh raya, jalan arterial dan sebagainya perlu bersambung dengan pembangunan sedia ada dan cadangan pembangunan kejiranan hijau serta perlu bersambung dengan jaringan jalan sehingga ke peringkat wilayah. Langkah seterusnya adalah menandakan radius 400 meter yang menunjukkan 5 minit berjalan kaki supaya dapat melihat perkaitan unit-unit kejiranan di antara satu sama lain, dan pada masa yang sama dapat melihat perkaitannya dengan kawasan halangan pembangunan. Dalam masa yang sama, analisis perlu melihat neighbourhood connector (arterial road) di antara pembangunan baru dengan cadangan pembangunan kejiranan hijau. Jalan arterial ini tidak boleh membahagikan/mengasingkan antara komuniti.

Page 52: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 41

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Perancangan tapak jaringan jalan juga perlu melihat kesemua mod laluan termasuk laluan bagi pejalan kaki, basikal, kemudahan transit dan mod pengangkutan transit yang akan digunakan di dalam kawasan berkenaan. Rajah 24: Transit service area-superior regional access, mode shifting transit Sumber : Eliot Allen, (October 2009) “Designing Low Carbon Neighborhoods With LEED-ND”, AICP Criterion Planners.

Rajah 22: Kawasan mudah dihubungi dan mempunyai kemudahsampaian kejiranan yang tinggi

Rajah 23: Jaringan laluan basikal yang mudah dihubungi

Page 53: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 42

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Pengintegrasian dengan kemudahan infrastuktur sedia ada a. Tapak kejiranan hijau yang berdekatan dengan sumber air dan infrastruktur

kemudahan air adalah merupakan satu kelebihan.

b. penimbusan saliran semulajadi perlu dielakkan. Sekiranya saliran pada cerun diperlukan, ia seharusnya dibina mengikut rupa bentuk cerun tersebut.

c. Perlu mengekalkan zon penampan bagi kawasan riparian yang terdiri daripada

tanaman semulajadi kawasan berkenaan. Sekiranya tiada, perlu mewujudkan zon penampan riparian tersebut.

Page 54: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 43

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

LAMPIRAN 3

Jadual 3: Perbandingan Antara Terminologi Konvensional Dengan Jalan Yang Mengabungkan Kapasiti Dan Karektor

Terminologi Konvensional

Jalan Yang mengabungan

Kapasiti dan Kareter. Fungsi

Highway Expressway/highway • Akses di peringkat wilayah

Parkway • Merupakan pass through traffic di antara unit kejiranan dengan kawasan semulajadi. Ia direkabentuk bukan tujuan pembangunan. Apabila parkway memasuki kawasan bandar, ia akan menjadi ‘boulevard’.

Jalan Arterial Main Street/High Street/Neighbourhood Connector (66’)

• Menyediakan akses yang berkelajuan rendah ke unit kejiranan, kawasan perniagaan dan perumahan berkepadatan tinggi.

• Pembangunan bercampur, ruang hadapan yang aktif (active frontage) dan menghubungkan antara pusat kejiranan.

Boulevard Formal, dan mempunyai ruang yang luas untuk lanskap.

• Menyediakan akses multi-lane ke kawasan perniagaan dan bangunan guna tanah bercampur dan juga menampung trafik wilayah.

Avenue • Merupakan penyambung antara kejiranan yang terletak di pusat tumpuan kejiranan, yang mana rekabentuk kelajuan jalan yang sederhana dan jarak yang pendek.

• Juga boleh dirancang di kawasan kediaman atau komersial.

• Biasanya menjadi titik berhenti di bangunan yang menonjol atau plaza.

Access Street

• Khasnya di kawasan kediaman dan menggalakkan traffic calming.

Jalan Tempatan Street (50’) Laluan ke kawasan perumahan

Jalan Tempatan Lane (40’) Laluan ke rumah sesebuah dan rumah berkembar

Lorong Belakang Alley (20’) Laluan yang selamat dan mempunyai kawasan rehat.

Laluan ke lot persendirian tetapi bukan untuk tujuan ‘through trafik’. Ia biasanya digunakan untuk lori kumpul sampah dan keselamatan.

Denai Denai (10’) Untuk kegunaan bukan kenderaan bermotor

Page 55: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 44

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

LAMPIRAN 4 Rajah 25: Keratan Rentas Trail

Rajah 26: Keratan Rentas Alley

Page 56: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 45

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 27: Keratan Rentas Lane

Page 57: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 46

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 28: Keratan Rentas Street

Page 58: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 47

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 29: Keratan Rentas Avenue

Page 59: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 48

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 30: Keratan Rentas Main Street

Page 60: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 49

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 31: Keratan Rentas Boulevard

Rajah 32: Keratan Rentas Parkway

Sumber: Traditional Neighborhood Development (TND) Guidelines, North Carolina Department Of Transportation, 2000

Page 61: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 50

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

LAMPIRAN 5

Rajah 33: Contoh Pembangunan Bercampur dan Tempat Letak Kereta Off-Street di belakang jalan utama

Sumber : Good Solutions Guide For Mixed Use Development In Town Centres, North Shore City Council (2005)

Page 62: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 51

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

LAMPIRAN 6

Rajah 34: Rangka Kerja Perlaksanaan dan Penyelarasan Berhubung dengan Pembangunan Hijau

platform di mana ganduan panduan kejiranan hijau akan dimudahcara

Pasukan Petugas Kejiranan dan

Teknologi Hijau (JPBD & JLN)

Pasukan Petugas Low Carbon Society

(JPBD, JICA, KYOTO University,

UTM, IRDA & Green Technology

Corporation)

Pasukan Petugas Pengurusan Sisa Pepejal Mampan

(JPSPN)

Pasukan Petugas Pembangunan Komuniti Hijau dan Penglibatan PBT dan Penduduk (JKT & JPN)

Jk Kerja Perbandaran Hijau

Peringkat Persekutuan

Pasukan Petugas Projek Pembangunan

Bandar Hijau (Putrajaya, Cyberjaya, IRDA & MP Hang Tuah

Jaya)

KERAJAAN NEGERI

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Peringkat Negeri

Peringkat Tempatan

MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU NEGARA DAN PERUBAHAN IKLIM (MTHNPI)

Jk Kerja Penyelidikan Dan Inovasi

(MOSTI)

Jk Kerja Promosi Dan Kesedaran

Awam (KKP)

Jk Kerja Modal Insan (KSM)

Jk Kerja Pengangkutan

(MOT)

Jk Kerja Industri (MITI)

Petunjuk:

MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA (MPFN)

JEMAAH MENTERI

MNKT

Page 63: KEJIRANAN HIJAU - townplan.gov.my gp green... · pekerjaan. (adaptasi:Wikipedia). New Urbanismmemperkenalkan penciptaan dan pemulihan kepelbagaian, ... kerb yang berada di …

DRAF GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU 52

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia

Tel: 03-2699 2233 Faks: 03-2694 1639

Email: [email protected] Laman web: www.townplan.gov.my