nota pendidikan islam tahun 2

18
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 ALLAH BERSIFAT WUJUD 1- Sifat Wajib bagi Allah ada 20. kita wajib mempercayai dan meyakininya. 2- Sifat Wajib bagi Allah yang pertama ialah WUJUD. 3- Wujud ) ود جو( ertinya ADA. 4- Maksudnya Allah Wajib ADA. Buktinya ada alam ini menunjukkan kewujudan Allah. Wujudnya langit, bumi, matahari, bulan dan segala makhluk yang lain menjadi tanda adanya Allah yang menciptakan. Semua itu tidak mungkin terjadi dengan sendirinya tanpa ada penciptanya. 5- Dalil Naqli Allah bersifat Wujud ialah firman Allah dalam surah Al Ikhlas : حد له أ ل و أ ه ل قMaksudnya : “Katakan olehmu (wahai Muhammad) Allah itu Esa.” (surah Al Ikhlas ayat 1). 6- Dalil A’qli Allah bersifat Wujud ( dalil akal) ialah:- Adanya ala mini sebagai bukti kewujudan Allah. Alam ini tidak terjadi dengan sendirinya. Sesuatu yang terjadi tentu ada penciptanya. 7- Contoh-contoh tanda kekuasaan Allah. Alam ini ( bumi ini) Kejadian makhluk ( manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya). Kejadian siang dan malam. Kejadian hujan dan panas. Kejadian rebut dan taufan. Kejadian tsunami.

Upload: normawati-abd-razak

Post on 06-Aug-2015

1.330 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

ALLAH BERSIFAT WUJUD

1- Sifat Wajib bagi Allah ada 20. kita wajib mempercayai dan meyakininya.

2- Sifat Wajib bagi Allah yang pertama ialah WUJUD.

3- Wujud )وجود( ertinya ADA.

4- Maksudnya Allah Wajib ADA. Buktinya ada alam ini menunjukkan

kewujudan Allah. Wujudnya langit, bumi, matahari, bulan dan segala

makhluk yang lain menjadi tanda adanya Allah yang menciptakan. Semua

itu tidak mungkin terjadi dengan sendirinya tanpa ada penciptanya.

5- Dalil Naqli Allah bersifat Wujud ialah firman Allah dalam surah Al Ikhlas :

أحد الله هو قلMaksudnya : “Katakan olehmu (wahai Muhammad) Allah itu Esa.” (surah Al

Ikhlas ayat 1).

6- Dalil A’qli Allah bersifat Wujud ( dalil akal) ialah:-

Adanya ala mini sebagai bukti kewujudan Allah.

Alam ini tidak terjadi dengan sendirinya.

Sesuatu yang terjadi tentu ada penciptanya.

7- Contoh-contoh tanda kekuasaan Allah.

Alam ini ( bumi ini)

Kejadian makhluk ( manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan

sebagainya).

Kejadian siang dan malam.

Kejadian hujan dan panas.

Kejadian rebut dan taufan.

Kejadian tsunami.

Kejadia gempa bumi dan lain-lain lagi.

8- Hukum mempercayai bahawa Allah bersifat wujud adalah WAJIB.

9- Kesan mempercayai kewujudan Allah ialah melakukan suruhan Allah dan

meninggalkan larangan Allah.

ALLAH BERSIFAT QIDAM قدم

1- Pengertian – Qidam قدم bermaksud SEDIA ADA.

Page 2: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

(tiada permulaan bagi Allah)

2- Maksud Allah bersifat QIDAM ialah :-

Tiada permulaan bagi kewujudan Allah dan kewujudan Allah tidak pernah didahului

iaitu tiada yang sebelumnya. Bermakna Allah itu tiada awal permulaan dan wujud Allah sejak

azali lagi. Tiada sesuatu makhluk pun yang wujud dahulu daripadanya.

3- HUKUM :- Kita WAJIB percaya dan beriman bahawa Allah tidak ada permulaan bagi

kewujudannya. Allah ada sejak azali lagi.

4- Dalil Naqli Allah bersifat QIDAM ialah Firman Allah s.w.t dalam surah Al Hadid ayat 3

iaitu :-

عليم شئ بكل وهو والباطن والظـهر واألخر هواألول

Maksudnya :” Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, dan Yang Zahir dan Yang Batin, dan

Dialah Maha Mengetahui segalanya”

5- Dalil A’qli Allah bersifat Qidam:-

Makhluk ada permulaannya.

Allah tidak serupa dengan makhluknya.

Allah tidak ada permulaannya.

Allah beersifat Sedia Ada.

6- Kesan mempercayai Allah bersifat Qidam.

melahirkan insan yang patuh kepada Allah.

Peercaya dengan kebesaran Allah s.w.t.

Manusia adalah makhluk dan hamba Tuhan yang lemah.

( العفو ) الحسنى أسماءASMAUL HUSNA AL AFUWWU

1- Pengertian AL AFUWWU ialah Allah Yang Maha Pemaaf.

Page 3: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

2- Maksudnya : Allah memaafkan kesalahan orang-orang yang kembali

bertaubat setelah melakukan kesalahan dan dosa-dosa

terhadapnya.

3- Cara memohon kemaafan daripada Allah ialah :-

Benar-benar menyesal terhadap kesalahan dan dosa yang

dilakukan.

Sentiasa mengambil wuduk.

Banyak melakukan perkara atau amalan sunat.

Sentiasa bertaubat kepada Allah.

Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Tidak mengulangi kesalahan dan dosa-dosa yang telah

dilakukan lagi.

4- Kesan beriman kepada Allah AL AFUWWU.

Hati dan jiwa menjadi tenteram dan aman.

Tidak mudah menjadi lemah dan berputus asa.

Mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah.

Tanda kasih dan sayang Allah kepada makhluknya.

( الغفور ) الحسنى أسماءASMAUL HUSNA AL GHAFUUR

1- Pengertian AL GHAFUUR ialah Allah Yang Maha , PENGAMPUN.

Page 4: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

2- Maksudnya : Allah akan mengampuni segala dosa hambanya

apabila mereka bertaubat, kecuali dosa syirik kerana orang yang

syirik telah terkeluar dari agama islam.

(Orang yang syirik akan kembali semula sebagai islam jika

membuat pengakuan dengan dua kalimah shahadah dan memohon

ampun daripada Allah.)

3- Cara memohon keampunan Allah ialah :

Benar-benar menyesal terhadap kesalahan dan dosa yang

dilakukan.

Sentiasa mengambil wuduk.

Banyak melakukan perkara atau amalan sunat.

Sentiasa bertaubat kepada Allah.

Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.

Tidak mengulangi kesalahan dan dosa-dosa yang telah

dilakukan lagi.

4- Kesan beriman dengan sifat AL GHAFUUR IALAH:-

- Dapat menenang dan mententeramkan hati.

- Tidak mudah putus asa.

- Mendapat rahmat dan hidayah Allah.

- Tanda kasih sayang Allah kepada makhluk.

- Beristighfar dan memohon keampunan Allah.

FARDHU A’IN DAN FARDHU KIFAYAH.

1- Fardhu A’in ialah perkara-perkara yang dituntut ke atas setiap muslim

melaksanakannya.

Page 5: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

Contohnya : Solat Fardhu, berpuasa, taat kepada ibubapa, belajar

mengenal Allah, bersyukur dengan nikmat Allah.

2- Fardhu Kifayah ialah perkara-perkara yang dituntut ke atas semua

umat islam dan jika ada yang melakukannya, gugurlah tuntutan itu ke

atas yang lain.

Contohnya : menjadi doktor, membuka gedung pakaian, berniaga,

solat jenazah, belajar ICT dan lain-lain lagi.

3- Jika tidak melakukan fardhu ain, kita berdosa dan akan diazab

diakhirat.

4- Jika tidak melakukan fardhu kifayah, umat islam akan mundur dan

berdosa.

TANGGUNGJAWAB BERSUCI

1- Bersuci ialah menghilangkan hadas atau najis yang ada pada tubuh

badan, pakaian dan tempat.

2- Hukum bersuci ialah WAJIB kepada setiap umat islam.

3- Kita diwajibkan bersuci kerana :-

o Ia satu tuntutan agama.

o membolehkan kita melakukan ibadat seperti solat.

o memelihara kesihatan tubuh badan.

4- Dalil wajib bersuci :

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 6 bermaksud :

“ Maka berwuduklah kamu untuk menyucikan diri”

5- Kita boleh bersuci dengan menggunakan air mutlak.

6- Selain itu alat-alat untuk bersuci ialah debu tanah(untuk

Tayammum), benda-benda kesat (seperti batu, tisu, kayu untuk

menyucikan tempat keluar najis)

7- Faedah bersuci ialah ;-

o Sentiasa dalam keadaan bersih, sihat dan cergas.

Page 6: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

o Supaya setiap amalan diterima oleh Allah.

o Dapat menjauhkan diri daripada kuman dan penyakit.

o Kebersihan zahir boleh membawa kebersihan batin.

8- Akibat tidak bersuci :-

o Dimurkai Allah.

o Mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.

o Setiap amalan tidak diterima Allah.

o Masyarakat tidak menyenanginya.

o Zahir dan batin akan menjadi tidak tenteram.

BERSUCI DARIPADA HADAS

Bersuci daripada hadas kecil ialah dengan cara BERWUDUK.

WUDUK ialah bersih dan indah. Maksudnya membersihkan anggota

wuduk untuk menghilangkan hadas kecil.

Anggota wuduk ialah muka, tangan hingga siku, kepala dan kaki.

Page 7: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

Hukum berwuduk sebelum bersolat adalah WAJIB.

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

1- Keluar sesuatu daripada Qubul dan Dubur.

2- Tidur yang tidak tetap punggung di tempat duduk.

3- Hilang akal dengan sebab mabuk, pitam atau gila.

4- Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa

berlapik.

5- Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan tanpa berlapik.

6- Murtad (keluar dari agama Islam).

HIKMAH MENGAMBIL WUDUK DENGAN

SEMPURNA

1- Membersihkan anggota yang terdedah kepada kekotoran.

2- Dapat menyegarkan badan dan menenangkan jiwa.

3- Dapat membersihkan kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan

oleh anggota tertentu.

NABI DIDIDIK DALAM MASYARAKAT

DESA

Nabi dibesarkan di desa Bani Saad. Di desa ini kehidupan

masyarakat penuh nilai-nilai murni, bersatu padu berakhlak mulia,

bekerjasama dan kukuh persaudaraan.

Page 8: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

Nabi dididik di desa ini dengan akhlak yang mulia. Pelbagai ilmu

yang diperolehi seperti fasih berbahasa, hidup berdikari, bertanggung

jawab dan jati diri.

KESAN TERHADAP DIRI NABI

Nabi menjadi seorang yang lemah lembut dalam tutur kata, bertimbang

rasa, amanah dan sabar.

KEMAHIRAN YANG NABI PEROLEHI

Baginda dapat menguasai bahasa arab dengan baik, pandai mengembala

kambing dan pandai bergaul dengan masyarakat.

KEHILANGAN AYAH DAN IBU TERSAYANG

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan sebagai anak yatim. Bapa nabi

meninggal dunia ketika baginda masih dalam kandungan ibunya. Pada

masa itu, bapa nabi pergi ke SYAM untuk berniaga. Dalam perjalanan

pulang ke Mekah bapa nabi jatuh sakit dan meninggal dunia di YATHRIB

(MADINAH). Jenazah beliau telah dikebumikan disana.

Selepas lahir, nabi tinggal dengan ibu susunya HALIMATUSSAADIAH

sehingga berumur 4 tahun. Nabi pulang ke Mekah dan tinggal dengan

ibunya semula. Setelah berumur 6 tahun nabi dibawa oleh ibunya ke

Madinah untuk menziarahi keluarga dan kubur bapanya. Mereka ditemani

oleh pengasuhnya iaitu Ummu Aiman. Setelah selesai menziarahi kubur

ayahnya mereka pulang ke Mekah. Semasa tiba di satu tempat iaitu

ABWAK, ibu nabi sakit lalu meninggal dunia di situ. Setelah dikebumikan,

nabi dibawa oleh pengasuhnya pulang ke Mekah dan diserahkannya

kepada datuknya iatu ABDUL MUTALIB.

KEMATIAN DATUK NABI

Nabi menjadi yatim piatu ketika berumur 6 tahun. Datuknya, Abdul

Mutalib memelihara nabi dengan penuh kasih sayang. Baginda dididik

dengan akhlak yang mulia.

Page 9: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

Nabi dipelihara oleh datuknya selama 2 tahun kerana datuknya

meninggal dunia ketika nabi berumur 8 tahun. Kemudian nabi dijaga oleh

bapa saudaranya ABU TALIB.

Abu Talib menjaga nabi dengan penuh kasih sayang. Abu Talib ialah

kekanda kepada Abdullah, ayah nabi. Nabi tinggal dengan Abu Talib

sehingga dewasa. Abu Talib menjaga nabi seperti anaknya sendiri. Dididik

dengan ilmu yang berguna seperti baginda diajar berniaga dan

mengembala kambing. Abu Talib juga melindungi nabi daripada ancaman

orang kafir quraisy.

ADAB BERKENDERAAN

1- Baca BISMILLAH.

2- Baca doa “Ya Allah selamatkanlah perjalananku ini”

3- Mulakan dengan langkah kanan.

4- Ikut giliran jika menaiki bas.

Page 10: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

5- Berdisiplin di jalan raya.

6- Utamakan orang yang lebih memerlukan.

7- Bertatatertib dan mematuhi peraturan jalan raya.

8- Tidak boleh bermain-main ketika dijalanraya.

9- Dilarang berlumba-lumba dijalanraya.

Doa menaiki kenderaan

سبحان الذي سخرلنا هذا وما كنا له

مقرنين وانا الى ربنا لمنقلبون

ADAB MASUK DAN KELUAR RUMAH

1-Adab masuk rumah.

*memberi salam (السالم عليكم(

*membuka kasut sebelum masuk kerumah.

*melangkah masuk dengan kaki kanan.

*elakkan membawa kekotoran ke dalam rumah.

*menghormati tetamu jika ada di rumah.

2- Adab keluar rumah.

* meminta izin apabila hendak keluar.

* memberitahu tempat yang dituju.

* memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

* bersalaman dengan ahli rumah.

* memakai selipar atau kasut.

* membaca doa keluar rumah

Page 11: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

بسم الله توكلت على الله وال حول

وال قوة اال باللهFAEDAH MENGAMALKAN

ADAB MASUK DAN KELUAR RUMAH.

1- Maruah diri terpelihara.

2- Terselamat daripada gangguan.

3- Dihormati dan dicontohi.

AKIBAT TIDAK MENGAMALKAN

ADAB MASUK DAN KELUAR RUMAH.

1- Maruah diri tercemar.

2- Keselamatan diri tidak terjamin.

3- Dibenci dan dicela.

ADAB PERGAULAN ADIK BERADIK

1- Sentiasa menjaga hati dan perasaan.

2- Memberi nasihat dan tunjuk ajar yang baik.

3- Memberi bantuan dengan segera jika diperlukan.

4- Sentiasa bersikap adil.

5- Mengawal pandangan dan percakapan.

6- Sayang menyayangi antara satu sama lain.

Faedah beradab dengan keluarga.

Page 12: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

1- Mengeratkan kasih sayang.

2- Sentiasa dihargai.

3- Dipercayai.

4- Dihormati.

5- Hidup bahagia.

Akibat tidak dengan keluarga

1- Dibenci oleh keluarga.

2- Mengurangkan kasih sayang keluarga.

3- Memalukan keluarga.

ADAB DI MASJID DAN SURAU

1- Jangan bising dan bergurau-gurau.

2- Beriktikaf dan berdoa di dalam masjid.

3- Masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.

4- Menjaga kebersihan masjid.

5- Jangan melintas di hadapan orang yang sedang solat.

6- Sentiasa berzikir, bertasbih, melakukan solat sunat atau membaca Al Quran

semasa dalam masjid.

7- Lipat semula sejadah selepas digunakan.

8- Susun semula Al Quran yang digunakan.

Doa masuk masjid atau surau

اللهم افتح لى ابواب رحمتك

Doa keluar masjid atau surau

اللهم انى اسئلك من فضلك

Page 13: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

Niat solat tahiyyatul masjid.

اصلى سنة تحية المسجد ركعتين لله

تعالى

Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyyatul masjid

dua rakaat kerana Allah Taala.

ADAB KE SEKOLAH

Bangun awal

Membersihkan diri.

Solat subuh.

Berpakaian kemas.

Bersarapan.

Bersalam dengan ibu bapa.

Membaca doa keluar rumah.

Berhati-hati dan segera ke sekolah.

Mengucap salam atau selamat kepada guru atau rakan.

Page 14: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

Faedah mengamalkan adab ke sekolah

o Badan akan segar dan cergas.

o Mendapat keberkatan Allah.

o Dikasihi semua orang.

o Melatih berdisiplin.

o Mudah menghadapi pelajaran.

Akibat meninggalkan adab ke sekolah.

o Badan lemah dan tidak bersemangat.

o Tidak diberkati Allah.

o Dimarahi guru.

o Dikenakan tindakan disiplin.

o Tidak disukai guru dan rakan.

ADAB BELAJAR

1- Membaca doa penerang hati.

2- Menghormati guru.

3- Mestilah duduk dengan sopan.

4- Mendengar pengajaran guru dengan teliti.

5- Berlumba-lumba dalam pelajaran.

6- Sabar ketika belajar dan selalu membuat ulangkaji.

SALAHLAKU MURID SEMASA BELAJAR

1- Membuat bising dan mengganggu kawan.

2- Berbual-bual ketika belajar.

3- Tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru.

Page 15: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

4- Tidak menyiapkan kerja sekolah.

FAEDAH MENGAMALKAN ADAB BELAJAR.

1- Mendapat keberkatan.

2- Mudah memahami pelajaran.

3- Mendapat ilmu yang bermanfaat.

4- Mudah menjawab soalan.

5- Disayangi oleh semua orang.

6- Mendapat kejayaan keperingkat yang lebih tinggi.

Doa belajar

ربk زدني علما نافعا وارزقني فهما واسعا

ADAB MEMBAWA DAN MENYIMPAN

AL QURAN

1- Mengambil wuduk sebelum menyentuh atau memegang Al quran.

2- Pegang dengan tangan kanan.

3- Simpan ditempat yang tinggi dan bersih.

4- Tidak meletakkan sesuatu di atas Al quran sebagai menghormatinya.

FAEDAH MENJAGA ADAB MEMBAWA DAN MENYIMPAN AL QURAN

Page 16: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

1- Di kasihi Allah.

2- Mendapat pahala.

3- Jiwa bersih.

4- Dijauhi bala.

5- Mendapat keberkatan.

6- Ketenangan jiwa.

AKIBAT TIDAK BERADAB DENGAN AL QURAN

1- Mendapat dosa.

2- Tidak mendapat keberkatan.

3- Di benci orang.

ADAB MEMBACA AL QURAN

Al Quran adalah kitab suci Allah.

Adab membaca dan memegang Al Quran.

1- Berwuduk terlebih dahulu.

2- Tidak dalam hadas besar.

3- Orang yang berhadas kecil boleh membaca tetapi tidak boleh memegang Al quran.

4- Menutup aurat ketika membaca Al Quran.

5- Disunatkan membaca Istia’zah ( )

dan Bismillah.

FAEDAH BERADAB MEMBACA AL QURAN

1- Allah akan memberi pahala dan diberi keberkatan.

2- Melatih hidup kita berdisiplin dan mendapat ketenangan jiwa.

Page 17: Nota Pendidikan Islam Tahun 2

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2

Perhatian:-

Orang yang tidak beradab ketika membaca Al Quran adalah orang

yang tidak bersopan. Mereka tidak akan mendapat pahala dan

dianggap tidak berdisiplin

Semoga kita sentiasa akan menjaga adab semasa membaca Al

Quran. AMIIN..

.