nota lengkap t5 (pendidikan islam)

22
TILAWAH TINGKATAN 5 Layanan baik ke atas orang bukan Islam yang berminat terhadap Islam Dan jika seorang daripada orang bukan Islam meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami ajaran Islam) maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan keterangan Allah (tentang hakikat Islam) kemudian hantarkanlah mereka ke mana-mana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui. 3 perintah Allah kepada umat Islam : Wajib beri perlindungan kepada orang bukan Islam sekiranya mereka meminta perlindungan Hendaklah menerangkan ajaran Islam kepeda mereka Hendaklah dihantar ke tempat yang aman o Suasana harmoni o Suasana aman o Menjaga hubungan baik dengan orang bukan Islam o Menunjukkan contoh teladan yang baik Maksud dakwah Mengajak manusia melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar Ciri ciri pendakwah 5. Beriman dan bertakwa kepada Allah swt 6. Sabar dan tabah menghadapi semua dugaan semasa berdakwah 7. Tidak mudah berputus asa sekiranya dakwah 8. yang disampaikan tidak berjaya 9. Berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran 10. Memiliki akhlak-akhlak yung mulia yang menjadi contoh kepada orang ramai 11. Memiliki ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut

Upload: nur-ha

Post on 26-Jun-2015

4.900 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

TILAWAH TINGKATAN 5

Layanan baik ke atas orang bukan Islam yang berminat terhadap Islam

Dan jika seorang daripada orang bukan Islam meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami ajaran Islam) maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan keterangan Allah (tentang hakikat Islam) kemudian hantarkanlah mereka ke mana-mana tempat

yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui.

3 perintah Allah kepada umat Islam :

Wajib beri perlindungan kepada orang bukan Islam sekiranya mereka meminta perlindungan

Hendaklah menerangkan ajaran Islam kepeda mereka

Hendaklah dihantar ke tempat yang aman

o Suasana harmonio Suasana amano Menjaga hubungan baik dengan orang bukan Islamo Menunjukkan contoh teladan yang baik

Maksud dakwah Mengajak manusia melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar

Ciri ciri pendakwah 5. Beriman dan bertakwa kepada Allah swt6. Sabar dan tabah menghadapi semua dugaan semasa berdakwah7. Tidak mudah berputus asa sekiranya dakwah8. yang disampaikan tidak berjaya9. Berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran10. Memiliki akhlak-akhlak yung mulia yang menjadi contoh kepada orang ramai11. Memiliki ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut

 

 

Page 2: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

TAJUK : BATAS-BATAS PERGAULAN : AN-NUR AYAT 31

 

 

Cara-cara menjaga maruah diri

1. Tidak memandang perkara yang diharamkan.2. Memelihara kehormatan diri.3. Menutup aurat.

Batas-batas aurat

1. Lelaki dengan lelaki : di antara pusat hingga ke lutut.2. Lelaki dengan perempuan ajnabi : di antara pusat hingga ke lutut.3. Perempuan dengan lelaki ajnabi : seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.4. Perempuan dengan mahram : di antara pusat hingga ke lutut.5. Perempuan dengan perempuan kafir : seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Pengajaran ayat

1. Wajib ke atas lelaki atau perempuan menghindari daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan.

Page 3: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

2. Kita wajib menjaga kehormatan diri.3. Haram kepada perempuan melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah.4. Haram berpakaian yang menampakkan susuk badan.

 

Contoh Soalan

1. Senaraikan perintah Allah yang terdapat dalam ayat di atas.2. Senaraikan golongan yang dibenarkan melihat batas aurat wanita.3. Jelaskan batas-batas aurat bagi golongan berikut:i. Lelaki sesama lelaki muslimii. Perempuan sesama perempuaniii. Muslim bersama kafir4. Jelaskan dua kesan menutup aurat dan tidak menutup aurat.

 

TAJUK : PERIBADI MUKMIN (15 -16 AS-SAJADAH)

 

Ciri-ciri orang beriman berdasarkan ayat

1. Sujud kepada Allah2. Sentiasa mengingati Allah3. Tidak takbur4. Melazimi qiamullail5. Menginfaqkan harta untuk jalan Allah

Jenis-jenis sujud

1. Sujud tilawah2. Sujud sahwi3. Sujud syukur

Pengajaran ayat

1. Umat Islam disunatkan membanyakkan solat dan zikir.2. Allah menjanjikan pahala besar kepada orang yang melazimi qiamullail.3. Orang mukmin hendaklah bersifat tawaduk.4. Islam menggalakkan mencari harta yang halal dan menginfaqkannya ke jalan Allah.

Contoh Soalan

1. Nyatakan tiga sifat mukmin yang dinyatakan Allah dalam ayat di atas.2. Jelaskan kelebihan orang yang beriman kepada Allah.3. Senaraikan perbezaan anatara orang yang beriman dengan orang fasik.

Page 4: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

4. Jelaskan pengertian sujud berikut:i. Sujud Sahwiii. Sujud Tilawahiii. Sujud Syukur

 

HADITH

TINGKATAN 5

TAJUK : KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU

 

Teknik pengurusan masa secara efektif

1. Merancang penggunaan masa2. Mengurus masa dengan bijak3. Menentukan wawasan hidup

Kelebihan menyegerakan segala urusan kehidupan

1. Dimuliakan Allah dan rasul2. Urusan dapat disempurnakan dengan berkualiti dan mengikut jadual3. Menyumbang ke arah kemajuan negara

Bekalan untuk hari akhirat

1. Taqwa2. Ikhlas3. Melakukan amalan-amalan sunat.

Pengajaran hadith

1. Tempoh kehidupan manusia di dunia adalah singkat2. Manusia hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia sebaik mungkin3. Islam melarang kita menangguh-nangguhkan urusan kehidupan4. Seseorang muslim hendaklah menguruskan masanya dengan bijak.

Contoh Soalan

Page 5: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

1. Terangkan teknik pengurusan masa secara efektif.2. Nyatakan tiga kebaikan pengurusan masa dengan bijak.3. Terangkan tiga akibat buruk sifat bertangguh dalam perkerjaan.4. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat diambil dari hadith di atas.

 

 

 

TAJUK : ORANG BERIMAN KEKASIH ALLAH

Pengertian wali

Dari segi bahasa : bantuan atau perlindungan daripada Allah

Dari segi istilah : manusia biasa yang beriman, bertaqwa, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan menjauhkan segala laranganNya secara zahir dan batin.

Ciri-ciri orang soleh

1. Berilmu2. Beramal3. Berakhlak mulia

Amalan-amalan sunat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah

1. Solat sunat2. Puasa sunat 3. Membaca al-Quran4. Berzikir5. Berdoa

 

Kelebihan orang yang melakukan ibadah-ibadah nawafil

1. Disayangi Allah dan rasul2. Berkat kehidupannya3. Terpelihara daripada melakukan perkara maksiat4. Makbul doa5. Mendapat ganjaran pahala dan syurga6. Mengecapi kenikmatan beribadah

Page 6: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

Pengajaran hadith

1. Kekasih Allah ialah mukmin yang banyak melakukan ibadah nawafil.2. Orang yang hampir dengan Allah ialah mukmin yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.3. Allah memperkenankan doa orang yang hampir kepadaNya.

Contoh Soalan

1. Senaraikan ciri-ciri orang yang soleh.2. Jelaskan amalan-amaln sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah.3. Nyatakan kelebihan orang yang melakukan ibadat naufal (sunat)4. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat diambil dari hadith di atas.

 

IBADAT

TINGKATAN 5

TAJUK : PERKAHWINAN

Hikmah Perkahwinan Dari Segi Kesihatan

Perkahwinan dapat menjauhkan diri daripada maksiat terutama jenayah zina yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti Aids dan siplis. Penyakit ini menjejaskan kesihatan dan memusnahkan kehidupan.

Contoh Soalan

1. Sebutkan syarat-syarat isteri yang sah dikahwini.2. Salah satu hikmah disyariatkan perkahwinan ialah dapat menjamin kesihatan. Jelaskan tiga hujah anda.

 

TAJUK : WALI

Sebab-sebab wali nasab berpindah kepada wali hakim

1. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan2. Wali akrab tidak dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati3. Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah 4. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi5. Wali sedang dalam ihram6. Wali menyembunyikan diri7. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan8. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya9. Wali enggan mewalikan

Contoh Soalan

Page 7: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

1. Siapakah yang dimaksudkan dengan wali mujbir?2. Kuasa wali nasab boleh berpindah kepada wali hakim. Jelaskan 2 daripada sebab tersebut.

 

 

TAJUK : IDDAH

 

Pengertian

Bahasa : tempoh pengiraanSyarak : tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dari suami

Jenis Iddah

1. Kematian suami2. Penceraian

Iddah disebabkan kematian suami

STATUS ISTERI IDDAHHamil Hingga melahirkan anakTidak hamil 4 bulan 10 hariPutus haid 4 bulan 10 hariBelum disetubuhi 4 bulan 10 hari

Iddah disebabkan penceraian hidup

STATUS IDDAHHamil Hingga melahirkan anakTidak hamil Tiga kali suciPutus haid Tiga bulanBelum disetubuhi Tiada iddah

Sebab-Sebab Perbezaan Tempoh Jenis-Jenis Iddah

1. Iddah Bagi Perempuan Bercerai Hidup

Tempoh iddah tersebut dapat membersihkan rahim perempuan daripda benih hasil perhubungan dengan bekas suami.

Bagi perempuan hamil tempoh hingga melahirkan anak cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungan

2. Iddah Bagi Perempuan Yang Tercerai Mati

Tempoh iddah tersebut sesuai bagi isteri yang kematian suami sebagai tanda perhubungan dan kesedihan

3. Iddah Bagi Perempuan Yang Belum Disetubuh

Tiada beriddah kerana rahimnya bersih daripada benih suami

 

Page 8: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

Hikmah Iddah

1. Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya untuk mengelak daripada berlaku percampuran keturunan2. Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir dan menyesal di atas perbuatannya3. Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan yang tinggi nilainya disisi agama dan masyarakat4. Memberi penghormatan kepada suami yang meniggal dan menjaga perasaan keluarganya terutama isteri

Hak Dan Status Isteri Semasa Dan Selepas Iddah

Hak Semasa Iddah

1. Isteri yang dicerai talak 1 dan 2 berhak mendapat hak sebagaimana sebelumnya seperti nafkah zahir dan dilarang keluar dari rumah yang disediakan oleh suami tanpa izin2. Isteri dalam tempoh iddah talak bain tidak berhak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal dan tidak mendapat hak perwarisan3. Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal selama dalam iddah oleh waris terdekat suami

Hak Selepas Iddah

1. Tidak lagi mempunyai hubungan dengan bekas suaminya2. Bebas menentukan pilihan sendiri3. Berhak berkahwin semula dan boleh dipinang oleh lelaki yang ingin memperisterikannya

Perkara Yang Dilarang Semasa Iddah

PERKARA YANG DILARANG SEMASA TEMPOH IDDAH TALAK SEMASA TEMPOH IDDAH KEMATIAN SUAMIPinangan Diharamkan pinangan oleh lelaki lain secara terang dan sendirian Diharamkan pinangan secara terang tetapi diharuskan secara sendirianKeluar dari rumah yang disediakan oleh suami Tidak boleh keluar tanpa keizinan kecuali keperluan yang dibenarkan syarak Tidak boleh keluar kecuali keperluannya kecuali dibenarkan syarakMenghias diri Perempuan iddah rajie diharuskan berhiasPerempuan iddah bain disunatkan tidak berhias Diharamkan berhiasPerkahwinan Diharamkan berkahwin dengan lelaki bukan suaminya Haram berkahwin

Contoh Soalan1. Apakah yang dimaksudkan dengan iddah?2. Islam telah menetapkan tempoh iddah bagi perempuan. Terangkan dua hikmah iddah.3. Jelaskan hak isteri semasa iddah.4. Terangkan sebab perbezaan tempoh di antara dua jenis iddah.5. Terangkan dua kesan disyariatkan iddah terhadap isteri.

 

TAJUK : RUJUK

 

Pengertian

Bahasa : kembaliIstilah : Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan kepangkuannya

Rukun Rujuk

Page 9: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

1. Orang yang merujuk iaitu suami atau wakilnya.2. Orang yang dirujuk iaitu isteri.3. Lafaz rujuk

Syarat Rujuk

Suami1. Islam2. Baligh3. Berakal4. Kemahuan sendiri

Isteri1. Islam 2. Telah disetubuhi oleh suami3. Bukan penceraian secara fasakh 4. Bukan dijatuhkan talak tiga5. Masih dalam tempoh iddah

Sighah1. Menggunakan lafaz rujuk “aku rujuk engkau”2. Tidak bertaklik “ aku rujuk jika engkau setuju”3. Tidak ditentukan masa “ aku rujuk engkau selama 3 bulan”

Kesan Rujuk

1. Anak dan keluarga gembira dan bahagia.2. Memberi ketenangan jiwa selepas kehilangan kasih sayang.3. Suami isteri dapat peluang memperbaiki kelemahan masing-masing.

Hikmah Rujuk

1. bertepatan dengan fitrah manusia yang ingin kembali kepangkal jalan apabila melakukan kesilapan2. suami & isteri diberi peluang untuk menyambung semula hubungan mereka dengan keazaman dan sikap yang baru3. suami dan isteri berkesampatan memperbaiki kelemahan kesilapan yang lalu4. dapat memberi ketenteraman jiwa5. dapat menyatukan semula keluarga

Contoh Soalan

1. Nyatakan maksud rujuk.2. Nyatakan tiga syarat isteri yang sah dirujuk.3. Jelaskan tiga kesan rujuk kepada institusi kekeluargaan.4. Terangkan dua hikmah rujuk terhadap keluarga.

TAJUK : ZIHAR

Pengertian Zihar

Page 10: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

Bahasa : belakangIstilah : suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan mahram baginya

Hukum Zihar ialah haram dan berdosa besar

Rukun Dan Syarat Zihar

Rukun SyaratSuami

1. Baligh2. Berakal3. Sah talak. Tidak sah zihar kepada isteri yang berada dalam iddah talak bain4. Kemahuan sendiri

Isteri

1. Isteri yang sah2. Zihar disandarkan kepada isterinya atau mahar anggotanyaOrang yang diserupakan dalam zihar 1. Perempuan2. Perempuan yang muhrim dengan sebab nasab penyusuan dan persemendaan

Sighah

1. Lafaz yang digunakan jelas dan khusus tidak memerlukan kepada niat2. Lafaz yang digunakan tidak jelas dan tidak khusus, ia memerlukan kepada niat.

Langkah Mengelak Daripada Berlaku Zihar

1. Tidak mengikut sifat arab jahiliah apabila marah seperti menyamakan isteri dengan ibunya atau mana-mana mahramnya.2. Memahami konsep zihar3. Suami hendaklah menahan kemarahan supaya tidak tergesa-gesa menzihar isteri

Kifarah Zihar

Mengikut tertib berikut:1. Memerdekakan seorang hamba mukmin2. Jika tidak mampu suami wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut3. Jika tidak mampu berpuasa, suami wajib memberi makan enam puluh orang miskin dengan kadar secupak bagi setiap orang

Akibat Zihar

1. Suami yang melakukan zihar mendapat kemurkaan Allah dan berdosa besar2. Suami isteri haram melakukan persetubuhan3. Perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri4. Suami wajib membayar kifarah

Contoh-contoh Soalan1. Apakah maksud zihar?2. Senaraikan rukun zihar.3. Jelaskan dua sebab berlakunya zihar.4. Terangkan dua langkah untuk mengatasi berlakunya zihar.

 

Page 11: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

TAJUK : POLIGAMI

 

Pengertian Poligami

Bahasa : Banyak isteriSyarak : Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetap tidak lebih empat orang isteri pada satu masa

Hukum Poligami adalah harus

Syarat Poligami

1. Tidak melebihi empat isteri2. Boleh berlaku adil3. Mampu dari segi jasmani dan kewangan

Kesan Poligami Yang Tidak Mengikut Syarak

1. Mengundang kemurkaan Allah2. Isteri tidak puas hati dan berlaku pergaduhan3. Anak-anak tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada keluarga

Hikmah Poligami

1. Menyambung keturunan2. Membela anak yatim dan wanita3. Mengelakkan diri daripada maksiat4. Mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat

Contoh Soalan

1. Jelaskan pengertian poligami menurut syarak.2. Terangkan dua ciri keadilan dalam syarat poligami.3. Huraikan tiga kesan berpoligami yang tidak mengikut syarat-syarat tersebut.4. Terangkan dua hikmah berpoligami disyariatkan dalam Islam.

 

 

TAJUK : HADHANAH

Pengertian Hadhonah

Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri

Hukum Hadhonah ialah wajib dan orang yang mengabaikan tanggungjawab berdosa

Hak Hadhonah

Bila berlaku penceraian ibu adalah orang yang paling berhak memelihara anaknyaJika ibu hilang kelayakan hak hadhonah, ia berpindah kepada individu berikut susunan:

1. Nenek sebelah ibu hingga ke atas2. Bapa3. Nenek sebelah bapa hingga ke atas

Page 12: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

4. Datuk5. Saudara perempuan seibu sebapa6. Saudara perempuan seibu7. Saudara perempuan sebapa8. Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa9. Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu10. Anak perempuan kepada saudara perempuan sebapa11. Emak saudara sebelah ibu12. Emak saudara sebelah bapa13. Waris lelaki yang boleh menerima asobah

Syarat Orang Yang Mendapat Hak Hadhonah1. Islam2. Sempurna Akal3. Dewasa4. Berakhlak Mulia

Sebab-Sebab Gugur Hak Hadhonah1. Berkahwin dengan sorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasab kanak-kanak tersebut2. Berkelakuan buruk3. Berpindah tempat kediaman untuk menghalang bapa kanak-kanak menziarahinya4. Cuai atau menganiaya kanak tersebut5. Murtad

Tempoh Hadhonah1. Apabila kana-kanak tersebut telah dewasa dan dapat berdikari2. setelah mencapai umur mumayiz, dia berhak memiliki untuk tinggal sama ada dengan ibu atau bapanya

Contoh Soalan

1. Apakah maksud hadhonah?2. Apakah hukum mengambil anak angkat dalam Islam?3. Jelaskan tiga alasan Islam melarang membin dan membintikan anak angkat kepada bapa angkatnya.4. Huraikan dua syarat kelayakan penjagaan anak selepas perceraian.5. Terangkan dua hikmah disyaraiatkan hadhonah.

 

AKIDAH

TINGKATAN 5

 

TAJUK : AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah

Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara-perkara bid’ah.

Prinsip-prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

1. Berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah2. Berpegang dengan prinsip-prinsip al-Salafu al-Soleh3. Apabila terdapat pertelingkahan pandangan mereka merujuk kepada al-Quran

Page 13: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

4. Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka5. Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih.

Kepentingan berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

1. Dapat membersihkan aqidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan.2. Asas kepada penerimaan sesuatu amalan.3. Hidup diredhai Allah.

Contoh Soalan

1. Nyatakan tiga prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.2. Huraikan tiga sebab kita wajib berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

TAJUK : KHAWARIJ

Pengertian khawarij

Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah tetapi tidak menerima Majlis Tahkim.

Pegangan khawarij

1. Beriktikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir.2. Mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza iktiqad dengan mereka.3. Membataskan sumber syariat hanya kepada al-Quran sahaja.

Contoh Soalan

1. Siapakah golongan Khawarij.2. Jelaskan iktikad yang menjadi pegangan golongan Khawarij. TAJUK : AJARAN SESAT

Pengertian ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Contoh ajaran sesat

Qadiani

Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889M.Dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatillah pada tahun 1949M.

Ciri kesesatan ajaran Qadhiani

1. Iktiqad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai al-Mahdi, Nabi dan jelmaan Krishna (tuhan dalam agama Hindu).2. Beriktikad bahawa Allah menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab yang bernama al-Tazkirah.3. Beriktiqad bahawa Mirza Ghulam Ahmad mempunyai sejuta jenis mukjizat.4. Menghapuskan jihad.5. Mengubah ayat al-Quran seperti ayat 6, surah al-Saf, ayat 52 surah al-Hajj dan ayat 1 surat al-Qadr.6. Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah.7. Mengisytiharkan Qadhiani sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji.8. Mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinaga, India.9. Menghukum kafir selain penganut Qadhiani.

Taslim

Page 14: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

Diasaskan oleh Hj. Muhammad bin Syafie pada tahun 1870an di Kampung Serunak, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran sesat yang paling tua di Malaysia.Mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiyyah Batiniyyah.

Ciri kesesatan ajaran taslim

1. Beriktiqad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad.2. Beriktiqad bahawa alam bersifat qadim.3. Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran mengikut hawa nafsu.4. Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin.5. Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka.6. Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fikli.7. Menganggap Hj. Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

Contoh Soalan1. Siapakah pengasas ajaran Qadiani?2. Jelaskan tiga ciri kesesatan ajaran Qadiani.3. Ajaran Taslim merupakan ajaran yang paling tua di Malaysia.4. Terangkan dua iktikad kesesatan ajaran tersebut.

 

TAMADUN ISLAM TINGKATAN 5

 

TAJUK : KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Faktor Penyebaran Islam

Faktor Dalaman

1. Keinginan daripada penduduk setempat yang tertarik dengan Islam serta akhlak umatnya.2. Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari Baitulmal untuk para pendakwah.3. Dasar Kerajaan yang menyamakan kedudukan bangsa Arab dan bukan Arab.4. Kedudukan Kota Baghdad yang menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdagangan antarabangsa.

Faktor Luaran

1. Pembukaan wilayah-wilayah baru2. Penggunaan Bahasa Arab secara meluas yang mendorong kepada pemahaman al-quran dan hadis3. Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan Negara luar.4. Usaha para pedagang Islam berdakwah menerusi perdagangan mereka.

Bidang-bidang Ilmu

1. Ilmu Berteraskan Wahyu.

a) Ilmu TafsirTokoh :i: Yahya bin Ziyad al-Farra’. 207H kitabnya Maani al-Quran.ii: Ibnu Jarir at-Tabari 310H kitabnya Tafsir atTabari.

b) Ilmu HadisTokoh : i: Bukhari 256 H Kitabnya Sahih Bukhariii: Muslim 261H Kitabnya Sahih Muslim

Page 15: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

iii: Abu Daud 275H Sunan Abu Daudiv: Tarmizi 279H Kutubu as-Sittahv: Nasaei 303H Kutubu as-Sittahvi: Ibnu Majah 273H Kutubu as-Sittah

c) Ilmu FekahTokoh : i: Imam Abu Hanifah 150Hii: Imam Malik 179Hiii: Imam Syafiee 204Hiv: Imam Ahmad Hanbal 241Hv: al-Qadhi Abu Yusuf 182Hvi : Sahnun 240Hvii: al-Mawardi 450Hviii : Ibnu Qudamah 620H

d) Ilmu TauhidTokoh : i: Imam Abu Hassan al-As’ari 324HIi: Imam al-Ghazali 505H

2. Ilmu Berteraskan Aqal

a) Ilmu MatematikFormula: Trigonometri, Algebra, Geometri, Logarithma, pengenalan kepada system angka dalam abjad, pengenalan bilangan sifar (0) dalam system angka.

Tokoh : Muhammad bin Musa al-Khawarizmi (236H), dengan karyanya yang agung bertajuk “Hisabul Jabri wal-Muqabalah” (Integration and Equations)

b) Ilmu FalakPenemuan Baru:1. Mengukur jarak antara bumi dan matahari.2. Membuat jadual pegerakan bulan dan bintang.3. Menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan matahari terhadap pertukaran musim.4. Mencipta alat pengukur sudut (astrolabe)

Tokoh : al-Batani (317H).

c) Ilmu Kimia

1. Penemuan asid galian seperti asid nitric, asid sulfuric, dan asid hidroklorik.2. Teori penghasilan alcohol.3. Membaiki proses pembuatan kaca.

Tokoh : Jabir bin Hayyan (198H)

d) Ilmu FizikBentuk-bentuk pencapaian

1. Mencipta teori pergerakan jirim, daya gravity dan pantulan cahaya.2. Menjelaskan tentang lapisan mata serta proses penglihatan.3. Menyukat kelajuan bumi dan cahaya.4. Mencipta cermin mata.

Tokoh:Al-Hassan bin Haitam (430H)Menghasilkan lebih 200 karya seperti Kitabul Manazir, Maqalatun Fi Dhau’I dan Maqalatun Fi at-Tahlil wa at-Tarkib

e) GeografiPenemuan 

Page 16: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

1. Memberi ujaran yang tepat tentang keluasan permukaan bumi.2. Menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob.

Tokoh:As-Syarif al-Idrisi (461H) menghasilkan ensiklopaedia peta Eropah

f) Ilmu Perubatan

Pencapaian1. menjelaskan kesan kuman dalam penyakit.2. menjelaskan teori jangkitan virus seperti Tibi.3. Menemui pelbagai penyakit seperti Rubella.4. Alahan, Cacar, dan penyakit jiwa.5. Mencipta ubat-ubatan untuk berbagai-bagai penyakit kronik.6. Mencipta picagari, ubat bius, dan benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan.

Tokoh:Ibnu Sinna (428H) Qanun fi al-Tibb

Contoh Soalan

1. Jelaskan dua faktor dalaman yang mendorong penyebaran Islam pada zaman kerajaan Abbasiyah.2. Sebutkan empat contoh bidang ilmu yang diterokai pada zaman kerajaan Abbasiyah.3. Terangkan tiga kepentingan menguasai sains teknologi pada masa kini.

 

 

TAJUK : IBNU KHALDUN

Biodata

Nama : Abdul Rahman bin Muhamad bin MuhamadLahir : TunisiaTarikh Lahir : 732H/ 1332MKeturunan : Arab YamanBapanya : Seorang sarjanaJawatan : Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishak bin Ali YahyaAnggota majlis IlmiahAnggota Jabatan setiausaha sulit Sultan Abu Salim bin Abi al-Hassan di Fas, MaghribiUsia : 87 tahunMeninggal dunia : Di Kaherah, Mesir 808H/1406M

Keperibadian Ibnu Khaldun

1. Tekun mencari ilmu.2. Berjiwa pemimpin.3. Kreatif.

Pendidikan

1. Mempelajari asas agama dan Bahasa Arab dari bapanya.2. Mempelajari ilmu fardhu kifayah seperti mantiq, falsafah, sains, dan matematik dari Muhamad bin Ibrahim al-Abadi.3. Mendapat pendidikan tinggi dari guru-guru yang terkenal seperti Ahmad bin al-Qassar dan Lisannuddin bin al-Khalib.

Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam

Page 17: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

1. Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi,, sosialogi dan pendidikan.2. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmuan serta judul- judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.

Contoh Soalan

1. Dimanakah Ibnu Khaldun dilahirkan?2. Ibnu Khaldun meninggalkan sumbangan yang amat bernilai kepada tamadun manusia.Terangkan dua sumbangan beliau dalam bidang pemikiran Islam.

 

 

TAJUK : SHEIKH MUHAMMAD ABDUH

Biodata

Nama: Muhammad bin Abduh b Hassan Khaizullah Lahir: Tonto, MesirTarikh Lahir: 1266H/1849MJawatan: Guru di Masjid al-Husaini dan Darul Ulum, MesirGuru di Sekolah as-Sultaniyah Beirut.Ketua Editor akhbar al-Waqa’ul al-MasriyahHakim Mahkamah Rayuan Mesir.Anggota Majlis Pengurusan Universiti al-AzharMufti kerajaan Mesir.Meninggal: 1314H/1905M di Iskandariah, Mesir.

 

Keperibadian Sheikh Muhamad Abduh

1. Berani menyatakan idea-idea Islah.2. Tegas dan penyayang kepada anak-anak muridnya.3. Berketerampilan sehingga diberi kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan penting dalam Negara.

Pendidikan

1. Belajar menulis dan membaca daripada bapanya sendiri.2. Mempelajari alQuran dan menghafaznya dalam masa 2 tahun.3. Mempelajari Bahasa Arab di Masjid al-Ahmadi.4. Belajar Tasawuf dan Tatabahasa Arab dari Sheikh darwis.5. Belajar Ilmu Hisab dan falsafah dari Sheikh Hassan at-Tawil di Universiti al-Azhar.6. Mendapat ijazah dari al-Azhar pada tahun 1877M

Aliran Pemikiran Sheikh Muhammad Abduh

1. Aqidah.2. Integrasi Ilmu.3. Kecekapan Pentadbiran.

Faktor Sheikh Muhamad Abduh Melakukan Pengislahan Dalam Sistem Pendidikan

1. Inspirasi gerakan Islah Sheikh Jamaluddin yang menjurus kearah menjadikan integrasi ilmu.2. Kesedaran Sheikh Muhamad Abduh terhadap keperluan Islah dalam kurikulum sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman.3. Sistem pendidikan pada masa itu lebih menjurus kearah taklid dan jumud.

Page 18: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

4. Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan kerajaan menyebabkan golongan miskin terpinggir.

Method Islah Sheikh Muhammad Abduh

1. Proses pengajaran di masjid al-Hussain Darul Ulum dan Universiti al-Azhar.2. Media massa seperti majalah al-Urwatul wusta serta al-Ahram.3. Karya-karya ilmiah seperti risalah tauhid, tafsir juz Amma dll.4. Jawatan-jawatan yang disandangnya seperti hakim Mahkamah Rayuan Mesir, anggota majlis pengurusan universiti al-Azhar dan Mufti kerajaan Mesir

 

Sumbangan Sheikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan

1. Mewujudkan matapelajaran matematik, geomatri, algebra, geografi, sejarah dan seni khat.2. Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil.3. Mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar universiti al-Azhar.4. Menyediakan peuntukan gaji guru dari perbendaharaan Negara dan wakaf Negara,5. Memperbaiki asrama pelajar dan menekankan aspek keselamatan dan kesihatan.

Karya.

1. Risalah at-Tauhid.2. Tafsir Juz Amma.3. Tafsir Suratul Asr.4. Risalah Al-Rad Ala Al-Dahriyyin

Contoh Soalan

1. Nyatakan dua jawatan yang pernah disandang oleh Sheikh Muhammad Abduh.2. Terangkan dua sumbangan Sheikh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan.3. Senaraikan dua hasil karya Sheikh Muhammad Abduh.

 

TAJUK : HAMKA

Biodata

Nama : Abdul Malik Bin Sheik Abdul Karim Bin Sheikh Muhammad Amrullah.Lahir : 13 Muharram 1362 Hijrah versamaan 16 Februari 1980 M.Tempat Lahir : Sumatera Barat, Indonesia.Bapanya : Sheik Abdul Karim seorang ulama terkenal yang membawa perubahan di Minangkabau.Usia : 73 tahun.Meninggal : 24 Julai 1981M

Jawatan:

1. Pernah menjadi guru agama di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan Padang Panjang.2. Pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah Padang Panjang.3. Rektor Perguruan Tinggi Jakarta.4. Pegawai Tinggi Agama Indonesia.5. Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia.

Anugerah1. Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti al-Azhar Mesir tahun 1959M.2. Anugerah Guru Besar (Pofesor) oleh Universti Moestopo, Jakarta pada tahun 1960M.

Page 19: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

3. Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974M.Keperibadian:

1. Petah berpidato dimana beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rancangan radio Arab Saudi.2. Barjiwa seni dimana rangkap-rangkap pantun, syair dijadikan selingan dalam kebudayaan penulisan beliau.3. Berani mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat islam menentang penjajah Belanda.

Pendidikan1. Mempelajari al-Quran dan asas agama daripada bapanya.2. Pendidikan rendah di sekolah Desa Padang Panjang di sekolah Agama at-Tawalib yang didirikan oleh bapanya.3. Mengikuti pengajian di masjid-masjid dan surau.4. Guru-gurunya: Sheikh Ibrahim Musa, Sheikh Ahmad Rasyid.5. Masa lapang dihabiskan di perpustakaan.

Kegigihan Hamka mengembangkan dakwah Islamiah di Nusantara.

1. Sejak 17 tahun melibatkan diri dalam kegiatan dakwah dengan menerbitkan majalah “Hatibul Ummah”.2. Mengasaskan Persatuan Hindia Timur untuk mengajar haji kepada jemaah Indonesia pada tahun 1927.3. Mengasaskan kuliah ‘al-Mubaligh’ pada tahun 1935M.4. Menerbitkan majalah ‘Pedoman Masyarakat’ pada tahun 1936M.5. Mengasaskan beberapa majalah seperti Menara, Merdeka, Perundangan Panji Masyarakat dan Gema Islam.6. Tahun 1953 dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Muhamadiyah.

Sumbangan1. Penerus idea Islah yang dibawa oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.2. Karya-karya beliau terutama Tafsir al-Azhar meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ilmu dan pemikiran di alam Melayu.

Hasil Karya Hamka

Dalam Bidang Agama

1. Tafsir al-Azhar.2. Tasawuf Moden.3. Pedoman Membanding Islam.4. Arkanul Islam.5. Sejarah Umat Islam.6. Revolusi AgamaDalam bidang Falsafah

1. Falsafah Hidup2. Lembaga Hidup3. Falsafah Ideologi Islam4. Expensi Ideologi5. Pandangan Hidup Muslim

Dalam bidang Sastera

1. Tengelamnya kapal Van Der Wijck2. Di bawah Lindungan Kaabah3. Laila Majnun4. Mandi Cahaya Tanah Suci5. Menunggu Beduk Berbunyi.

Perjuangan Hamka

Page 20: Nota Lengkap t5 (Pendidikan Islam)

1. Mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.2. Melancarkan penentangan terhadap khurafat, bidaah, dan tarekat kebatinan yang sesat/ mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah.3. Menyampaikan ajaran Islam tanpa rasa takut dan gentar.4. Lantang mengkritik pentadbiran kerajaan Indonesia yang menyebabkan beliau dipecat daripada jawatan Ketua Umum Majlis Ulama’ Indonesia. (MUI).5. Beliau pernah dipenjara bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia.

Contoh Soalan

1. Nyatakan tiga karya Hamka dalam bidang agama.2. Jelaskan kegigihan Hamka dalam mengembangkan dakwah Islamiah di nusantara