nota komsas 2

10
ANAK PENGUNTING RAMBUT SINOPSIS: Cerpen ini mengisahkan seorang ayah, Mat Gunting yang terpaksa memikul beban membesarkan anak perempuan bernama Manisah (nama timang-timangan Manis) setelah kematian isterinya. Mereka tinggal di Kampung Batu 25, Bagan Datoh, Perak. Pak Mat sering memanjakan Manis dengan memberikannya wang saku sekolah mengikut keperluan serta menyediakan pelbagai keperluan untuknya. Rambut manis dipotong pendek seakan rambut kanak-kanak lelaki. Hal itu menyebabkan Manis selalu menjadi bahan ejekkan rakan-rakan sekolahnya hingga dia memasuki sekolah menengah. Kerjaya ayahnya juga sering ditertawakan orang sejak dia bersekolah di TADIKA lagi. Bagi Pak Mat, tujuannya berbuat demikian kerana Manis selalu pening dan pitam. Bagaimanapun Manis tidak pernah ambil kisah dan sentiasa menyanjung tinggi pekerjaan ayahnya. Bagaimanapun ketika di melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur Manis jatuh sakit dan disahkan mengidap lukemia. Rambutnya gugur hingga gampir botak. Dia meninggal dipangkuan ayahnya. TEMA: Cerpen itu bertemakan kekeluargaan. Pengarang memperlihatkan kepentingan kasih sayang dalam menjaga keharmonia keluarga. Dalam cerpen itu, pengarang menonjolkan watak Manis (Manisah), anak perempuan tunggal yang sangat kasih dan sayang akan ayahnya (Pak Mat Gunting). Abahnya selalu menggunting dan menjaga kebajikan Manis tanpa menyedari anaknya itu mengidap lukemia. PERSOALAN 1. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan. Contoh: Ayah meneruskan kehidupan menjaga Manisah setelah kematian isterinya. 2. Persoalan prihatin dengan masalah.anak. Contoh: Ayah menambah wang saku anaknya setelah wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah. 3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang. Contoh: Ayah dan anak-anaknya redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia. 4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup. Contoh: Manisah sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar. BINAAN PLOT Permulaan Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah

Upload: ismet-ulam-raja

Post on 15-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KOMSAS

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Komsas 2

ANAK PENGUNTING RAMBUT

SINOPSIS:

Cerpen ini mengisahkan seorang ayah, Mat Gunting yang terpaksa memikul beban membesarkan anak perempuan bernama Manisah (nama timang-timangan Manis) setelah kematian isterinya. Mereka tinggal di Kampung Batu 25, Bagan Datoh, Perak. Pak Mat sering memanjakan Manis dengan memberikannya wang saku sekolah mengikut keperluan serta menyediakan pelbagai keperluan untuknya. Rambut manis dipotong pendek seakan rambut kanak-kanak lelaki. Hal itu menyebabkan Manis selalu menjadi bahan ejekkan rakan-rakan sekolahnya hingga dia memasuki sekolah menengah. Kerjaya ayahnya juga sering ditertawakan orang sejak dia bersekolah di TADIKA lagi. Bagi Pak Mat, tujuannya berbuat demikian kerana Manis selalu pening dan pitam. Bagaimanapun Manis tidak pernah ambil kisah dan sentiasa menyanjung tinggi pekerjaan ayahnya. Bagaimanapun ketika di melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur Manis jatuh sakit dan disahkan mengidap lukemia. Rambutnya gugur hingga gampir botak. Dia meninggal dipangkuan ayahnya.

TEMA:

Cerpen itu bertemakan kekeluargaan. Pengarang memperlihatkan kepentingan kasih sayang dalam menjaga keharmonia keluarga. Dalam cerpen itu, pengarang menonjolkan watak Manis (Manisah), anak perempuan tunggal yang sangat kasih dan sayang akan ayahnya (Pak Mat Gunting). Abahnya selalu menggunting dan menjaga kebajikan Manis tanpa menyedari anaknya itu mengidap lukemia.

PERSOALAN1. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan. Contoh: Ayah meneruskan kehidupan menjaga Manisah setelah kematian isterinya. 2. Persoalan prihatin dengan masalah.anak. Contoh: Ayah menambah wang saku anaknya setelah wang saku yang diberi tidak

mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah. 3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang. Contoh: Ayah dan anak-anaknya redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia. 4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup. Contoh: Manisah sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar.

BINAAN PLOTPermulaan Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan kerja sampingan tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek.

Perkembangan Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun diketawakan oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan ditegur oleh warden asramanya.Setelah melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar menelefon ayahnya sahaja.

Klimaks Manis disahkan menghidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selama beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hatinya apabila menerima perkhabaran itu

Peleraian Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia. Ayah menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat penyakit leukemia.

Page 2: Nota Komsas 2

WATAK DAN PERWATAKAN Ayah

Sudah berusia lewat 60-an. Seorang bapa tunggal. Rajin bekerja untuk menyara keluarganya. Tabah menjalankan tugasnya sebagai tukang gunting. Memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut. Hidup menduda setelah kematian isteri.

Manisah (Manis) Memiliki raut wajah yang comel. Berpendirian tegas dan sanggup menghadapi

risiko. Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran. Rajin membantu orang lain. Gemar berambut pendek.

LATARMasa

Petang – Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil selepas kematian Manis.

Subuh – waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia.

Waktu siang – waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis pergi ke sekolah.

Tempat Kampung Batu 25, Bagan Datoh – kampung asal

ayah sebelum berpindah ke tanah rancangan FELDA.

Tanah rancangan FELDA – tempat ayah merantau untuk mencari penghidupan yang lebih baik.

Tadika – Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala dan memenangi acara tersebut.

Asrama – Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah.

Hospital – tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia.

Masyarakat Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari

untuk kelangsungan hidup. Contoh: Ayah yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian isterinya.

Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan. Contoh: Ayah menjadi peneroka dan meninggalkan kampung halamannya.

Masyarakat yang berani mempertahankan risiko. Contoh: Ayah mempertahankan tindakannya memotong rambut Manisah hingga pendek walaupun dikritik orang kampung.

Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabah Contoh: Ayah dan abang menerima takdir kematian Manisah dengan redha.

GAYA BAHASA1. Sinkope Contoh: Kau degil tetapi cepat menangis. 2. Kata Ganda Contoh: Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal,3. Simile Contoh: Seperti Busut Hitam 4. Personifikasi Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri

NILAI1. Nilai keberanian. Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh guru. 2. Nilai berdikari Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak selepas kematian isterinya. 3. Nilai semangat bermasyarakat Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarannya rendah. 4. Nilai kasih sayang Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak dari kecil hingga dewasa. 5. Nilai kerajinan Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting rambut.

PENGAJARAN1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah Ayah menerima ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa anaknya Manisah lebih awal.

Page 3: Nota Komsas 2

2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna. Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia.3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran. Orang kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah hingga pendek. 4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga. Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarganya.

DENDAM

Sinopsis:

Cerpen 'Dendam' ini mengisahkan hubungan kekeluargaan antara kakak, adik, ibu dan ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan buku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya. Selain itu, Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu.

Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba

memasang perangkap untuk mengenakan adiknya.

Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapi Along menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan tali pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah.

Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukul sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Along memeluk Angah kerana rasa terharu dan meyedari kasih sayang antara adik beradik.

Tema:Konflik kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along, Angah, ibu dan abah renggang kerana sedikit pertentangan. Along marah kepada abah dan ibu kerana sering menyebelahi Angah.

Persoalan:1. Persoalan hubungan kekeluargaan.

Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama ketika makan. Mereka

Page 4: Nota Komsas 2

sekeluarga selalu makan bersama-sama.

2. Persoalan kebencian kepada adik. Contoh: Along sangat membenci

adiknya yang sering menconteng dan mengoyakkan buku latihan sehingga dimarahi gurunya.

3. Persoalan kasih sayang. Contoh: Pada akhir cerita Along dan

Angah saling berpelukan menandakan kasih sayang antara kedua beradik tersebut.

Plot:PermulaanCerpen ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru dibeli semalam terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti dulu buku kerja Kimia menjadi mangsa. Along terpaksa mengorek tabung Arnab untuk membeli buku teks Geografi tetapi telah dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along memarahi Angah kerana perbuatannya dengan menampar pipi adiknya hingga terjatuh di atas sofa lalu menangis.

PerkembanganSemasa hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi Along kerana membiarkan Angah masuk ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan kertas kerja Ayah. Kemarahan ayah begitu lahap oleh api dendam yang membara. Along cuba untuk membela diri dengan mengatakan bukan dia yang melakukannya. Along juga merungut kerana setiap kesalahan adik akan ditanggung olehnya. Along memohon agar ayah dan ibu bersikap adil padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi Along, kerana dia adalah kakak. Along juga melawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu mengatakan Along biadap kerana melawan

cakap orang tua. Manakala ayah membisu mendengar pembelaan daripada Along. Kemuncak kemarahan, Along menghalau adiknya dari ruang tamu.

KlimaksKlimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalu menyayangi rantai pusaka turun temurun itu. Ayah cuba menenangkan ibu untuk membetulkan semula rantai yang putus tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidak mengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh Angah yang memutuskannya. Angah disebatkan dengan tali pinggang oleh ayah.

PeleraianAlong memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju kurung dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan tali pinggang ayah. Along memohon kemaafan daripada Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya Along sedar adiknya memerlukan kasih sayang dan perhatian.

Teknik Penceritaan:1. Dialog.Contoh:

"Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along."

"Angah cuma tengok saja ..."

2. Imbas kembali.Contoh: Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya pada cuti yang lalu.

3. Monolog dalaman.Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah?

Watak dan Perwatakan:Along

Page 5: Nota Komsas 2

cepat meradang terutama kepada adiknya

sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan

membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan

pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya yang mengoyakkan wang ayahnya

Angah gelaran Hantu Kecil yang diberikan

oleh Along berwajah comel

suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah

wajahnya pucat apabila dimarahi

buah hati ibu

Abah seorang yang tegas memukul adik dengan tali pinggang

Emak suka menyebelahi adik mempercayai telekan bidan

mengatakan Angah membawa tuah

bersikap garang dengan Along

Latar:Masa1. Malam.

Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merunggut-runggut marah akan sesuatu.

2. Tengah hari. Contoh: Tengah hari, petang

berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara tawa nakal Angah.

Tempat1. Ruang tamu

Contoh: Along memarahi dan menampar adiknya kerana mengoyakkan buku latihannya.

2. Di rumah. Contoh: Keseluruhan peristiwa

berlaku di rumah.

3. Di meja makan Contoh: Ayah merunggut-runggut

marah akan sesuatu selepas selesai makan malam.

4. Di katil Contoh: Along menyedari

kesilapannya dan memohon maaf kepada Angah.

Masyarakat1. Masyarakat Pelajar.

Contoh: Dapat dilihat pada watak Along yang bercuti dari asrama. Juga buku latihan sekolahnya diconteng dan dikoyakkan oleh adik.

2. Masyarakat Guru. Contoh: Dahulu, Puan Maria, Guru

Kimia yang mengajar Along mendenda Along kerana buku latihannya dikoyakkan oleh adik.

3. Masyarakat Pengamal Undang-Undang. Contoh: Ayah mereka bekerja

sebagai Hakim. Along meminta ayahnya supaya adil dalam menjatuhkan hukuman kepadanya.

Gaya Bahasa:1. Sinkope

Contoh: Ah, sakit hatiku melihat senyumannya. ( Singkatan kata ku ) Dan tanpa kusedari, tanganku ringan saja menyinggahi pipinya itu.

Page 6: Nota Komsas 2

2. Kata Ganda Contoh: Selesai menikmati hidangan

malam. Kedengaran ayah merunggut-runggut marah akan sesuatu.

3. Peribahasa Contoh: Berat sebelah, tebal muka,

managih kasih.

4. Metafora Contoh: Penjuru hatiku, api dendam,

keluhanku bertaburan, putik-putik dendam.

Personifikasi Contoh: Hatiku dijurus lahar

beracun.

Antomomisia ( memperlihatkan sifat seseorang )

Contoh: Hantu Kecil

Totologi ( Perulangan untuk penegasan ) Contoh: Benci. Aku benci

Nilai:1. Nilai kasih sayang

Contoh: Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan perhatianku.

2. Nilai berdikari Contoh: Along berdikari dengan

membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan oleh Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.

3. Nilai hemah tinggi Contoh: Walaupun dalam api

kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.

4. Nilai hormat-menghormati Contoh: Angah amat menghormati

kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh kakaknya.

5. Nilai kesyukuran Contoh: Along bersyukur kerana

sedar daripada kesilapannya yang amat membenci adiknya sehingga sanggup menampar pipi adiknya.

Pengajaran:1. Kita harus bersabar dengan kerenah

adik kita. Contoh: Apabila malam semakin larut, aku memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah. Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang sedang lena di katil comelnya.

2. Kita janganlah mempercayai tilikan. Contoh: Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan kelahiran Angah. Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam golongan intelek, masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga.

3. Kita janganlah memperbesar perkara-perkara yang kecil. Contoh: Perkara macam itu pun engkau besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau.

4. Kita hendaklah mempunyai sikap sayang menyayangi antara ahli keluarga. Contoh: Aku mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat kali pertama ini aku memeluk dan mengucupinya.

5. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita. Contoh: Along dan Angah saling bermaafan antara satu sama lain.

Page 7: Nota Komsas 2