nota kh

36
Kursus :Pengenalan kepada Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Kod Kursus : RBT3117 Kredit : 3(3 + 0) Kumpulan Diajar : PPG Sem. 3 Ambilan Jun 2011 Hasil Pembelajaran : 1. Menghuraikan sistem kurikulum dan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) di Malaysia 2. Menginterpretasikan proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian KHSR 3. Menganalisis dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk merancang, mereka bentuk dan membina kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 4. Menjelaskan skop organisasi dan pengurusan bengkel. 5. Mengaplikasikan pengurusan keselamatan bengkel. 6. Menghuraikan pengurusan kewangan, pengendalian bahan dan alatan. 7. Mengaplikasikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap dan berkesan. 8. Menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran. Sinopsis : 1

Upload: gregory-smith

Post on 19-Jan-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: nota kh

Kursus : Pengenalan kepada Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Kod Kursus : RBT3117

Kredit : 3(3 + 0)

Kumpulan Diajar : PPG Sem. 3 Ambilan Jun 2011

Hasil Pembelajaran :

1. Menghuraikan sistem kurikulum dan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) di Malaysia

2. Menginterpretasikan proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian KHSR

3. Menganalisis dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk merancang, mereka bentuk dan membina kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

4. Menjelaskan skop organisasi dan pengurusan bengkel.

5. Mengaplikasikan pengurusan keselamatan bengkel.

6. Menghuraikan pengurusan kewangan, pengendalian bahan dan alatan.

7. Mengaplikasikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dengan cekap dan berkesan.

8. Menyediakan perancangan pengajaran berasaskan kepada sukatan pelajaran.

Sinopsis :

Kursus ini memberi penekanan kepada analisis kurikulum Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah(KHSR); sistem pentadbiran dan pengurusan KHSR;

keselamatan bengkel; pengurusan kewangan; pengurusan peralatan dan

bahan; peraturan dan perundangan dalam pengurusan bengkel; strategi,

kaedah dan teknik pengajaran KHSR; perancangan pengajaran KHSR; dan

bahan bantu mengajar.

1

Page 2: nota kh

Struktur topik:

Tarikh Topik/Tajuk

Interaksi 1

Analisis Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR)

Analisis Sukatan Pelajaran KHSR Analisis Huraian Sukatan KHSR Analisis pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan Inovasi kurikulum KHSR

Pentadbiran dan Pengurusan KHSR Pengurusan dan pentadbiran sumber manusia Pengurusan dan pentadbiran bengkel Penyenggaraan bengkel Pengurusan Peralatan dan bahan

Keselamatan Bengkel Peraturan dan etika Punca kemalangan Punca kebakaran Pertolongan Cemas

Catatan: kuliah

Interaksi 2

Pengurusan Kewangan Sumber kewangan Perancangan perbelanjaan Bidang tugas guru Pematuhan prosedur perbelanjaan Perolehan

Peraturan dan Perundangan Dalam Pengurusan Bengkel

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

(Akta 514)

Catatan: Pembentangan dalam kumpulan.

2

Page 3: nota kh

Tarikh Topik/Tajuk

Interaksi 3

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan objektivisme Pendekatan konstruktivisme Pendekatan pembelajaran secara kontekstual Pendekatan pembelajaran berasaskan projek Perubahan konsep dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Kajian Masa Depan Pembelajaran berasaskan ketrampilan (Competency

Based Learning (CBL)) Pembelajaran psikomotor dalam Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah

Catatan: Pilih beberapa pendekatan untuk pembentangan

Interaksi 4

Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR Definisi strategi, kaedah dan teknik Strategi pengajaran dan pembelajaran Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan murid Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan guru Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan bahan Kemahiran menyoal dalam pengajaran KHSR

Catatan: Pilih beberapa strategi untuk pembincangan

Interaksi 5

Perancangan Pengajaran KHSR Penyediaan rancangan pengajaran dan pembelajaran

harian Rancangan pengajaran tahunan/semester

Bahan Bantu Mengajar Jenis dan contoh bahan bantu mengajar Bahan bantu mengajar KHSR Penggunaan dan penyimpanan bahan bantu

mengajar Bahan bantu mengajar berasaskan teknologi

maklumat dan komunikasi (TMK)

Catatan: Pelajar diminta menyediakan power point, audio dan vidio klip untuk pengajaran dan pembelajaran

Catatan : Rancangan ini tertakluk pada pindaan SUKATAN PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH (KHSR)

3

Page 4: nota kh

1. Matlamat mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) – Bidang Reka Bentuk dan Teknologi & Perniagaan dan Keusahawanan.

a) Memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan.

b) Menjalankan kerja-buat-sendiri

c) Mereka cipta dan kecenderungan berurusniaga

d) Mengamalkan budaya kerja yang baik

e) Berinisiatif dan merebut peluang secara bijak, kreatif & inventif

f) Menanamkan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik semasa menjalankan aktiviti amali

TOPIK YANG TERKANDUNG DALAM SUKATAN MATA PELAJARAN KHSR

Tahun 4 :

1.0 Reka Bentuk dan teknologi

1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel

1.2 Kreativiti dan Reka Cipta

1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

1.4 Elektrik dan Elektronik

1.5 Baik pulih dan Penyenggaraan (alatan tangan)

1.6 Penanaman

2.0 Perniagaan dan Keusahawanan

4

Page 5: nota kh

2.1 Barang Jualan

2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan

2.3 Mempromosi Jualan

2.4 Mengurus Jualan

2.5 Merekod Jualan

Tahun 5 :

1.0 Reka Bentuk dan Teknologi

1.2 Kreativiti dan Reka Cipta

1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek

1.4 Elektrik dan Elektronik

1.5 Baik pulih dan Penyenggaraan (bangunan)

1.6 Jahitan (membaiki pakaian)

1.7 Ikan Hiasan

2.0 Perniagaan dan Keusahawanan

2.1 Merancang dan menyediakan jualan

2.2 Mempromosi jualan

2.3 Mengurus jualan

2.4 Mengurus perbelanjaan diri

Tahun 6 :

5

Page 6: nota kh

1.0 Reka Bentuk dan Teknologi

1.2 Kreativiti dan Reka Cipta

1.4 Elektrik dan Elektronik

1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan (mesin mudah, kerosakan kecil perabot )

1.6 Jahitan (artikel mudah)

1.9 Tanaman sayuran

2.0 Perniagaan dan Keusahawanan

2.2 Merancang dan menyediakan barang jualan

2.3 Mempromosi jualan

2.4 Mengurus jualan

2.5 Risiko dalam perniagaan

2.6 Sikap pengguna yang bijak

BIDANG/ UNIT/ TOPIK PEMBELAJARAN (TAHUN 6 )

6

Page 7: nota kh

1.5 Baik pulih dan penyenggaraan

b. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudah

Hasil Pembelajaran

Aras 1:

Mengenal pasti bahagian yang perlu dibaik pulih

Memilih bahan dan alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik pulih

Menjalankan kerja baik pulih dan menggantikan komponen yang rosak

Memeriksa, menguji dan melaras

Aras 2:

Memeriksa, menguji dan melaras rantai basikal

Aras 3:

Menampal tiub basikal/ mengganti tiub basikal

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

7

Page 8: nota kh

OBJEKTIF

1. Menyatakan konsep keselamatan, keselamatan pekerjaan dan keselamatan industri, faedah keselamatan industri dan kepentingan mempelajarinya.

2. Menyatakan tujuan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, peranan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

3. Menyatakan penalti yang dikenakan setelah Akta Keselamatan Pekerjaan dan Pekerjaan dikuatkuasakan.

4. Menyatakan langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja dan mematuhi Etika Diri dan Etika Kerja semasa melakukan kerja.

5. Menerangkan bagaimana api terhasil, cara api merebak dan kaedah memadamkan kebakaran.

6. Membezakan kelas-kelas kebakaran dan jenis-jenis alat pemadam api.

7. Menghuraikan pengurusan kebakaran dan penggunaan peralatan pencegahan kebakaran.

OBJEKTIF 1: KONSEP

i. Konsep keselamatan.

Keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

ii. Konsep keselamatan pekerjaan.

Ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat kerja, proses kerja, tempat kerja dan kawasan lingkungannya.

iii. Konsep keselamatan industri. Faedah keselamatan industri dan kepentingan mempelajarinya.

8

Page 9: nota kh

Keselamatan industri adalah pekerja yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan, kawalan kerugian akibat kemalangan serta melindungi kerugian terhadap manusia, harta dan pendapatan.

iv. Faedah keselamatan industri adalah

bagi menghindar/ mencegah kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan/ bahaya kepada pekerja/pelajar, kakitangan dan kelengkapan/ peralatan.

Kepentingan – mengelakkan risiko kemalangan yang menjejaskan keselamatan pekerja dan industri.

OBJEKTIF 2: TUJUAN AKTA

i. Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;

ii. Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;

iii. Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;

iv. Untuk mengadakan cara yang menurut perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem, peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau membaiki standard keselamatan dan kesihatan

Peranan Niosh

9

Page 10: nota kh

1. Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat;

2. Untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;

3. Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi;

4. Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan-tataamalan yang diluluskan;

5. Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan

6. Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.

Fungsi Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia

Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

OBJEKTIF 3:

Menyatakan penalti yang dikenakan setelah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Sek 51- individu

Denda tidak lebih sepuluh ribu ringgit atau Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau Kedua-duanya.

Dalam hal berterusan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

10

Page 11: nota kh

Sek 52 – Pertubuhan Perbadanan

Sek 53 – Kesatuan Sekerja

Sek 54 – Agen

OBJEKTIF 4:

Menyatakan langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja dan mematuhi Etika Diri dan Etika Kerja semasa melakukan kerja.

Punca kemalangan (mekanikal/ penggunaan jentera/ alat):

Langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan kerja.

1. Elakkan drp memegang atau menyentuh bahagian tajam pada mesin / alat.

2. Pastikan mesin ada sistem pembumian

3. Matikan suis kuasa sepenuhnya bila mesin tidak digunakan.

4. Kerosakan – laporan

5. Fius kena betul. Elakkan beban lampau

6. Pastikan bahagian enjin bergerak ada pengadang.

Langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja dan mematuhi Etika Diri dan Etika Kerja semasa melakukan kerja.

11

Page 13: nota kh

Bencana Alam – Kemarau, Letupan Gunung Berapi

B. Faktor Kemalangan

Kelalaian, Kecualian/ Kesilapan Manusia

C. Faktor Sengaja Dibakar

Perbuatan Sengaja Dibakar / Khianat

OBJEKTIF 5:

Menerangkan bagaimana api terhasil, cara api merebak dan kaedah memadamkan kebakaran.

Cara api terhasil:

1. Percikan api – kerja kimpalan, bunga api

2. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok

3. Kebocoran/ mampatan gas

4. Haba mekanikal akibat geseran.

5. Elektrik –

Litar pintas

Lebihan kuasa beban aliran kuasa

Pemanasan setempat pada terminal/ sambungan yang longgar

Salah pemasangan – saiz wayar/ fius Kebocoran arus elektrik – kabel/ penebat rosak

3 unsur sebabkan kebakaran

bahan api - kayu, kertas, minyak, gas udara -oksigen

13

Page 14: nota kh

suhu/ haba - menggalakkan nyalaan api

Cara-cara api merebak:

1. Olakan haba – pemindahan haba

2. Pengaliran – melalui pengalir haba

3. Bahangan – melalui gelombang cahaya

4. Terus menerus – apabila bahan bakar bersentuhan antara satu sama lain

Kaedah memadamkan kebakaran:

1. Melaparkan – pindahkan bahan terbakar/ belum terbakar ke tempat lain/ pecah/ hancurkan bahan api yang terbakar

2. Melemaskan – halang kemasukan udara/ tutup/ sungkup

3. Menyejukan – turunkan haba/ suhunya

4. Memutuskan rantai kimia tindakbalas – *CO2, BCF, serbuk kering

*CO2 – karbon dioksida *BCF – Bromochlodate Flumetheane

OBJEKTIF 6:

Membezakan kelas-kelas kebakaran dan jenis-jenis alat pemadam api.

14

Page 15: nota kh

(bagi menentukan jenis alat pemadam api yang sesuai/ boleh digunakan)

Jenis-jenis pemadam api dan punca api/ kelas risiko kebakaran:

AirKayu, sampah sarap,

plastik, kainA Tabung merah

BuihMinyak, cat, petrol, lekar,

thinner, gasB

Soda acid, water CO2Tabung krim

Debu kering Semua jenis bahan ABC Sodium bikarbonat

Karbon dioksida

Minyak, cat, petrol, lekar, gas, peralatan gas

BCTabung hitam/ biru

Tidak rosakkan komponen elektrik

Tindakan Pencegahan Sistem Keselamatan Kebakaran Terdiri Daripada :

Pencegahan & Perlindungan Kebakaran.

Pencegahan Kebakaran

1. Pendidikan Dan Latihan2. Penguatkuasaan3. Kejuruteraan4. Kawalan Keselamatan5. Penyelenggaraan Peralatan6. “Good House Keeping”

Perlindungan Kebakaran

1. Perlindungan Pasif Tangga Terlindungan Koridor Terlindung Pintu Rintangan Api Lif Bomba

2. Perlindungan Aktif Alat Pecah Kaca Alat Pengesan Haba

15

Page 16: nota kh

Alat Pengesan Asap Sistem Pemasangan Sprinkler Sistem Pemasangan Pancur Sistem Pili Bomba

Soalan:

1. Natakan konsep keselamatan, keselamatan pekerjaan dan keselamatan industri, faedah keselamatan industri dan kepentingan mempelajarinya.

2. Apakahtujuan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, peranan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia?.

3. Jelaskan penalti yang dikenakan setelah Akta Keselamatan Pekerjaan dan Pekerjaan dikuatkuasakan.

4. Bagaimanakah langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja dan pematuhan Etika Diri dan Etika Kerja semasa melakukan kerja?.

5. Terangkan cara-cara api terhasil, cara api merebak dan kaedah memadamkan kebakaran.

6. Bandingkan kelas-kelas kebakaran dan jenis-jenis alat pemadam api.

7. Huraikan pengurusan kebakaran dan penggunaan peralatan pencegahan kebakaran.

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN KHSR

16

Page 17: nota kh

OBJEKTIF

1. Menerangkan tentang struktur organisasi kerja di dalam makmal Kem. Hidup.

a. Menjelaskan kaedah dan sistem pengurusan makmal.

b. Menerangkan tugas dan tanggungjawab di makmal.

c. Menyenaraikan langkah-langkah dan peraturan keselamatan di makmal.

d. Membandingkan suasana kebersihan dan keceriaan makmal.

e. Membezakan ruang dan lokasi penyimpanan bahan dan peralatan.

f. Menamakan pelbagai perlengkapan yang terdapat di makmal KH.

g. Mengenalpasti kaedah pengurusan peralatan dan bahan.

h. Menerangkan secara ringkas kaedah penyimpanan/ penstoran peralatan.

i. Menerangkan tentang struktur organisasi kerja di dalam makmal Kem. Hidup.

Struktur Organisasi

2. Menerangkan kaedah dan sistem pengurusan makmal

17

Page 18: nota kh

Panitia

Pengurusan Pelajar

Panitia

a. Menyelaraskan sukatan dan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan semester.

b. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan.

c. Membuat pesanan bahan dan alatan

d. Mengagihkan tugas mengajar serta tanggungjawab pengurusan, penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada guru-guru KH.

e. Menentukan penggunaan ABM/BBM dan kaedah mengajar yang kemaskini.

f. Menjalankan mesyuarat panitia.

g. Menguruskan sesi perkembangan staf.

Pengurusan Pelajar

a. Menyediakan peraturan keselamatan makmal yang perlu dipatuhi oleh pelajar.

b. Memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan guru dan bekerja secara bersistematik.

c. Panitia bertanggungjawab bagi menguruskan sistem kepegawaian (staffing) kepada pelajar (struktur organisasi bengkel).

Organisasi Bengkel

18

Page 19: nota kh

3. Menerangkan tugas dan tanggungjawab di makmal.

a. Ketua formen

ketua kelas – bertanggungjawab terus kepada guru

memastikan ketua unit menjalankan tugas

melaporkan kejadian kecemasan/ kemalangan/ kehilangan alatan/ kerosakan kepada guru

b. Ketua unit kebersihan

19

Page 20: nota kh

Membersihkan tempat kerja, menyapu lantai, buang sampah

Pastikan lantai bersih – jika ada kesan minyak, perlu bersihkan

Lapor kepada ketua formen kerja yang dibuat.

c. Ketua unit alatan

Mengagihkan alatan kepada pelajar mengikut kumpulan kerja

Memungut alatan dan simpan di rak alatan

Lapor kepada ketua formen jika ada alatan hilang

d. Ketua unit projek

Mengeda bahan projek kepada kumpulan pelajar

Kumpulkan bahan projek dan disimpan di rak / almari/ tempat simpanan

Lapor kepada ketua formen jika ada bahan projek yang rosak/ hilang

e. Ketua unit keselamatan

Pastikan tingkap ditutup, pintu dikunci, suis dimatikan,plag di tanggalkan

Lapor kepada ketua formen jika tingkap pecah, kunci pintu rosak, plag rosak

Pastikan pili air ditutup ketat

4. Menyenaraikan langkah-langkah dan peraturan keselamatan di makmal di makmal.

20

Page 21: nota kh

ARAHAN KEPADA PELAJAR

Pelajar dibenarkan masuk ke makmal setelah diizinkan guru.

Dikehendaki memakai kasut bertapak getah

Tidak dibenarkan bermain di dalam makmal

Gulung lengan baju sebelum memulakan kerja

Pakai apron

Tidak menggunakan alatan yang tumpul, rosak, hulu alatan yang longgar, tertanggal

Laporkan kepada guru bagi sebarang kecemasan, alatan yang rosak, keadaan bahaya.

Pakai gogle ketika menggerudi/ mencanai (elak habuk/ serpihan)

Tanggalkan tali leher/ ikat rambut/ tudung diikat kemas/ barang kemas.

Jika berlaku kebakaran, ikut tatacara. (sediakan pelan laluan kecemasan)

5. Membandingkan suasana kebersihan dan keceriaan makmal.

Ruang

Susun atur

Keselamatan

a. Ruang:

tampung kira-kira 20 orang pelajar

Senang bergerak

21

Page 22: nota kh

Lantai lasak, mudah dibersihkan, tidak licin, rata

Pengudaraan yang baik (tingkap, exhaust fan, kipas angin)

Pintu keluar – 2 pintu bagi tujuan keselamatan

Meja kerja – lasak, tinggi yang sesuai (1.2m x 1.5m dan tinggi 0.9m)

Bekalan elektrik (lampu, soket kuasa), bekalan air (pili, sinki, longkang

Stor penyimpanan alatan, bahan, projek

b. Susun atur

Rak-rak panel alatan/ kelengkapan (tukul, gergaji, gandin, sesiku L)

Rak-rak simpanan bahan binaan projek (papan, kayu, PVC, logam)

Rak bahan bantu mengajar (carta, model, poster, album, kit)

Jarak meja kerja 1.5m antara satu sama lain.

Ruang sesuai untuk kerja penyelenggaraan ( baiki alatan, mesin)

c. Keselamatan

Peti pertolongan cemas dan tempat rawatan

Alat pemadam api

22

Page 23: nota kh

No telefon bomba, polis, ambulan

Label UTAMAKAN KESELAMATAN/ SAFETY FIRST

6. Membezakan ruang dan lokasi penyimpanan bahan dan peralatan

Sistem penyimpanan stok

a. Lokasi stok

b. Penggunaan maksima ruang

c. Sistem lokasi stok

d. Penggunaan rak yang boleh diubah

e. Keteguhan rak-rak

f. Peraturan am penstoran

g. Kandungan sesuatu bekas

h. Penstoran barang berat

i. Penstoran barang-barang dalam bekas standard

j. Penstoran barang-barang tercerai

k. Pembahagian ruang stor

l. Peraturan menindan barang-barang

m. Penstoran barang-barang berharga dan menarik

n. Penstoran di tempat lapang

7. Menamakan pelbagai perlengkapan yang terdapat di makmal KH

a. Peti pertolongan cemas – iodin, kapas, gunting, plaster, antiseptik

23

Page 24: nota kh

b. Bekalan air/ sinki/ pili/ longkang – tidak bocor, saliran baik

c. Bekalan elektrik – selamat, berfungsi

d. Alatan membersih – penyapu, pembersih habuk, Vacum cleaner

e. Alat pemadam api – berfungsi

f. Gogle

g. Rak/ almari

h. Lampu, Kipas angin

i. Sabun basuh

8. Mengenalpasti kaedah pengurusan peralatan dan bahan.

Kawalan stok

a. Mengelakkan stok berlebihan

b. Senarai barang-barang standard (katalog)

c. Barang yang kerap digunakan

d. Butir-butir yang harus ditunjukkan dalam lejar

e. Pengiraan kadar penggunaan bulanan

f. Angka pesanan barang-barang baru

10. Menerangkan secara ringkas kaedah penyimpanan/ penstoran peralatan

Sistem penyimpanan stok

24

Page 25: nota kh

a. Lokasi stok

b. Penggunaan maksima ruang

c. Sistem lokasi stok

d. Penggunaan rak yang boleh diubah

e. Keteguhan rak-rak

f. Peraturan am penstoran

g. Kandungan sesuatu bekas

h. Penstoran barang berat

i. Penstoran barang-barang dalam bekas standard

j. Penstoran barang-barang tercerai

k. Pembahagian ruang stor

l. Peraturan menindan barang-barang

m. Penstoran barang-barang berharga dan menarik

n. Penstoran di tempat lapang

11. Penyenggaraan

Aspek yang dibincangkan adalah:

cara-cara

25

Page 26: nota kh

jenis-jenis

langkah-langkah kawalan senggaraan

Cara-cara penyenggaraan:

a. Senggaraan mesin dan peralatan

segera untuk elak kerosakan teruk

bersihkan peralatan setiap kali selepas digunakan.

pelinciran sebelum alat digunakan.

mesin/ alat diuji mengikut jadual yang diberikan pengeluar.

sediakan langkah mengguna/ keselamatan semasa menggunakan mesin

Memastikan kawasan kerja selamat

b. Senggaraan peralatan tangan

Mengasah mata alat – supaya tajam dan mudah digunakan

Sebelum guna – periksa dan baiki alat

Pengetahuan membaikpulih dan membaiki alat – pengguna alat

c. Senggaraan alat-alat pembekal kuasa – motor, tali sawat, takal, kabel

Sentiasa bersihkan alat

Pelinciran

26

Page 27: nota kh

Periksa tali sawat – sander machine

Uji motor

Kabel ditebat dengan betul dan baik

d. Senggaraan bangunan

Tingkap

Lampu

Almari

Almari/ rak

Lantai

Meja kerja

Dinding

Jenis-jenis senggaraan

a. Senggaraan kawalan

Reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan

Pemeriksaan alatan mengikut jadual

Membuat servis, baikpulih, penjagaan alatan

Pelinciran, pembersihan, perlindungan (mengecat)b. Senggaraan pembetulan

Apabila alatan didapati rosak.

c. Senggaraan ramalan

27

Page 28: nota kh

Menjangka akan berlaku kerosakan – guna tolok audio, tolok tekanan dan suhu, tolok rintangan dsb. (industri)

Langkah-langkah kawalan senggaraan

a. Arahan kerja – terima aduan, arahan tugas, rekod kerja yang dibuat, bahan ganti, kos bahan ganti, bilangan pekerja

b. Jadual kerja – agihan pekerja, masa bekerja, tempat, jenis tugas

c. Kos senggaraan – (upah pekerja + bahan ganti) x kekerapan setahun

d. Belanjawan – jumlah kos sepanjang tahun, dibuat awal tahun

e. Rekod alatan – nombor siri, nama pembekal/ pengeluar, kos beli, kuantiti, tarikh beli

Soalan Latihan:

1. Namakan 3 aspek utama dalam pembahagian sistem pengurusan dan pentadbiran mata pelajaran KH?

2. Senaraikan 5 tugas utama seorang ketua panitia.

28

Page 29: nota kh

3. Pada pendapat anda bagaimanakah susun atur makmal KH yang baik?

4. Sebagai seorang guru KH bagaimanakah anda hendak mengagihkan tugas dan tanggungjawab di dalam makmal KH?

5. Apakah jenis tugas yang hampir sama ditanggung oleh pelajar-pelajar dalam sistem kepegawaian (staffing)?

29