metodologi berfikir dalam pembelajaran dan … fileinsani dan gaya berfikir); dan alat berfikir....

14
METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) * SHAMILATI CHE SEMAN, 1 WAN MAZWATI WAN YUSOFF & 2 RAHIMAH EMBONG 1 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2 Universiti Sultan Zainal Abidin * [email protected] Abstrak: Keunikan manusia terletak pada keinginan mereka untuk mengetahui sesuatu. Sifat inkuiri ini menjadikan manusia sebagai makhluk Allah swt yang istimewa. Bahkan, manusia mempunyai keupayaan intelek yang membolehkan kita berfikir untuk membuat sebarang tindakan. Walau bagaimanapun, keupayaan intelek perlu dipupuk untuk meningkatkan kualiti berfikir seseorang. Oleh itu, kajian ini dijalankan secara kualitatif untuk meneroka amalan berfikir guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di bilik darjah. Data dikumpulkan melalui temu bual dan pemerhatian separa berstruktur terhadap sembilan informan yang mendapat pendedahan awal tentang penggunaan alat berfikir dalam PdPc di bilik darjah di sekolah Showcase Program i-THINK Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Data yang dianalisis secara tematik bertema mendapati metodologi berfikir guru dalam PdPc KBAT di bilik darjah berfikrah boleh diklasifikasikan kepada tiga bahagian, iaitu prinsip berfikir (Bahasa Pemikiran dan Tingkah laku Berfikir); kaedah berfikir (Tabiat Berfikir, Semangat Insani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh semua orang kerana proses ini menuntut usaha yang bukan sedikit. Bahkan, metodologi berfikir ini merupakan suatu mekanisme pemangkin dalam PdPc KBAT. Justeru, seseorang guru itu perlu berfikir di luar konteks kebiasaan, melihat sesuatu dari pelbagai sudut pandangan yang berbeza dan bersedia menghadapi pelbagai bentuk kemungkinan yang menyusul. Kata kunci: Metodologi Berfikir, Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Bilik Darjah Berfikrah. PENDAHULUAN Manusia dikurniakan minda untuk berfikir. Daripada proses berfikir, datangnya maklumat dan ilmu. Berfikir juga menjadikan kita tahu tentang sesuatu perkara dan menyebabkan kita berpengalaman. Kebanyakan daripada kita mempunyai minda yang amat bagus, tetapi tidak mampu untuk menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Hal ini disebabkan salah anggapan kebanyakan daripada kita yang menyangka bahawa semakin bertambah kerap dan banyak minda digunakan untuk berfikir, semakin bertambah lesu dan penat minda, semakin susah untuk berfikir. Sebenarnya, semakin bertambah kerap minda digunakan untuk berfikir, semakin bertambah efisien minda berfungsi. Ahli psikologi mendapati, pembentukan cara berfikir yang betul dan positif mampu untuk mengatasi masalah dan berupaya mengenal pasti kelebihan dan kekurangan pada diri. Cara berfikir yang betul pastinya membawa perubahan yang besar dalam diri. Namun, usaha untuk membentuk pemikiran khususnya ke arah KBAT pastinya bukan tugas yang mudah. Hal ini kerana definisi KBAT mempunyai masalah dalam mengoperasi di dalam bilik darjah, bahkan kesukaran untuk menentukan dengan pasti sejauh mana seseorang itu terlibat dalam pemikiran aras tinggi. Guru yang berinteraksi dengan beberapa murid sekali gus tidak mempunyai banyak peluang untuk mendiagnosis secara terperinci keadaan intelektual murid secara individu. Justeru, mereka membuat andaian terlebih dahulu mengenai tahap pengetahuan sedia ada Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018 Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Upload: duongquynh

Post on 02-May-2019

287 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

321 | MEDC 2018

METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN

(PDPC) KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

*SHAMILATI CHE SEMAN, 1WAN MAZWATI WAN YUSOFF & 2RAHIMAH EMBONG

1Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2Universiti Sultan Zainal Abidin *[email protected]

Abstrak: Keunikan manusia terletak pada keinginan mereka untuk mengetahui sesuatu. Sifat inkuiri ini

menjadikan manusia sebagai makhluk Allah swt yang istimewa. Bahkan, manusia mempunyai keupayaan

intelek yang membolehkan kita berfikir untuk membuat sebarang tindakan. Walau bagaimanapun,

keupayaan intelek perlu dipupuk untuk meningkatkan kualiti berfikir seseorang. Oleh itu, kajian ini

dijalankan secara kualitatif untuk meneroka amalan berfikir guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan

(PdPc) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di bilik darjah. Data dikumpulkan melalui temu bual dan

pemerhatian separa berstruktur terhadap sembilan informan yang mendapat pendedahan awal tentang

penggunaan alat berfikir dalam PdPc di bilik darjah di sekolah Showcase Program i-THINK Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM). Data yang dianalisis secara tematik bertema mendapati metodologi berfikir

guru dalam PdPc KBAT di bilik darjah berfikrah boleh diklasifikasikan kepada tiga bahagian, iaitu

prinsip berfikir (Bahasa Pemikiran dan Tingkah laku Berfikir); kaedah berfikir (Tabiat Berfikir, Semangat

Insani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak

mampu dilaksanakan oleh semua orang kerana proses ini menuntut usaha yang bukan sedikit. Bahkan,

metodologi berfikir ini merupakan suatu mekanisme pemangkin dalam PdPc KBAT. Justeru, seseorang

guru itu perlu berfikir di luar konteks kebiasaan, melihat sesuatu dari pelbagai sudut pandangan yang

berbeza dan bersedia menghadapi pelbagai bentuk kemungkinan yang menyusul.

Kata kunci: Metodologi Berfikir, Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc), Kemahiran Berfikir Aras

Tinggi (KBAT), Bilik Darjah Berfikrah.

PENDAHULUAN

Manusia dikurniakan minda untuk berfikir. Daripada proses berfikir, datangnya maklumat dan

ilmu. Berfikir juga menjadikan kita tahu tentang sesuatu perkara dan menyebabkan kita

berpengalaman. Kebanyakan daripada kita mempunyai minda yang amat bagus, tetapi tidak

mampu untuk menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Hal ini disebabkan salah anggapan

kebanyakan daripada kita yang menyangka bahawa semakin bertambah kerap dan banyak

minda digunakan untuk berfikir, semakin bertambah lesu dan penat minda, semakin susah untuk

berfikir. Sebenarnya, semakin bertambah kerap minda digunakan untuk berfikir, semakin

bertambah efisien minda berfungsi.

Ahli psikologi mendapati, pembentukan cara berfikir yang betul dan positif mampu untuk

mengatasi masalah dan berupaya mengenal pasti kelebihan dan kekurangan pada diri. Cara

berfikir yang betul pastinya membawa perubahan yang besar dalam diri. Namun, usaha untuk

membentuk pemikiran khususnya ke arah KBAT pastinya bukan tugas yang mudah. Hal ini

kerana definisi KBAT mempunyai masalah dalam mengoperasi di dalam bilik darjah, bahkan

kesukaran untuk menentukan dengan pasti sejauh mana seseorang itu terlibat dalam pemikiran

aras tinggi. Guru yang berinteraksi dengan beberapa murid sekali gus tidak mempunyai banyak

peluang untuk mendiagnosis secara terperinci keadaan intelektual murid secara individu.

Justeru, mereka membuat andaian terlebih dahulu mengenai tahap pengetahuan sedia ada

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018

Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah

eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Page 2: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

322 | MEDC 2018

sekumpulan murid dan jenis aktiviti berfikir yang berfungsi sebagai rangsangan terhadap tugas-

tugas tertentu dalam pembelajaran mereka. Oleh itu, cara terbaik guru lakukan dengan

membimbing murid-murid memanipulasikan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang

mencabar pemikiran dan menggalakkan serta menyokong usaha murid dalam berfikir.

Oleh itu, guru perlu mendefinisi secara operasi kemahiran berfikir yang diaplikasikan di

dalam bilik darjah dalam konteks yang lebih luas. Hal ini disebabkan kesukaran untuk mengenal

pasti secara khusus kemahiran berfikir yang diajar/dipelajari di dalam bilik darjah dan

kemahiran tersebut tidak sering mewakili kategori tersendiri. Bahkan, aktiviti atau kemahiran

yang diajar adalah lebih daripada satu kategori. Ditambah pula dengan cabaran yang dihadapi

dalam usaha untuk mengajar kemahiran berfikir.

Walau bagaimanapun, guru tidak perlu terlalu bimbang tentang istilah kemahiran atau

kategori berfikir yang digunakan, sebaliknya menumpukan perhatian kepada apa dan bagaimana

untuk menggalakkan percambahan pemikiran murid. Oleh itu, bagi mengajar KBAT di bilik

darjah, guru perlu mengetahui teori yang menyokong pembangunan pemikiran, pedagogi dan

alat-alat berfikir serta menggunakannya dengan cara yang paling efektif. Namun, masih tiada

satu strategi terbaik atau template untuk digunakan oleh guru dalam PdPc kerana gabungan

pelbagai aspek tersebut dengan baik boleh membawa hasil KBAT yang berkualiti. Lantaran itu,

guru perlu kreatif dalam memilih pedagogi atau alat berfikir yang sesuai untuk PdPc KBAT di

bilik darjah masing-masing.

PENYATAAN MASALAH

KBAT diaplikasikan dalam kurikulum, pentaksiran, aktiviti kokurikulum serta teknologi

komunikasi dan maklumat dalam PdPc. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan

pemangkin kepada transformasi proses PdPc di bilik darjah dalam usaha untuk memastikan

perubahan paradigma daripada berpusatkan peperiksaan kepada berorientasikan keberhasilan

holistik murid berdasarkan enam aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2015. Jelas bahawa kompetensi guru dalam mengaplikasikan KBAT dalam

PdPc abad ke-21 adalah penting dalam menyediakan murid untuk masa hadapan (Hayati Ismail,

2017).

Sehubungan itu, sokongan guru sangatlah diperlukan untuk kejayaan semua inisiatif

baharu di sekolah, khususnya, PdPc KBAT abad ke-21. Ini juga termasuk menyediakan

pelbagai jenis sumber bahan untuk guru. Guru-guru telah sedia dibebankan dengan banyak

tanggungjawab. Di samping mengajar kelas yang besar, menyediakan murid-murid bagi

menghadapi peperiksaan merupakan antara cabaran terbesar untuk sebarang inisiatif baharu

mencapai kejayaan di bilik darjah dan sekolah. Pada masa ini, kita kekurangan sumber bahan

panduan untuk guru dalam PdPc KBAT. Dengan ini, perlunya usaha menyediakan sumber

bahan untuk mengurangkan beban guru dan juga menyokong guru dalam PdPc KBAT menerusi

standard kandungan subjek supaya lebih menarik dan efektif. Di samping itu, tidak terdapat

skim latihan dalam perkhidmatan yang komprehensif dan sistematik untuk PdPc KBAT.

Selain itu, terdapat sedikit sahaja bilangan bahan bacaan dalam bidang pengajaran

berfikir walaupun dalam masa 30 tahun yang lalu berlaku kemajuan besar dalam sains psikologi

berfikir yang banyak menumpu dan menekankan kepada pencapaian sesuatu tugasan tertentu

dan terdapat bilangan bahan bacaan yang lebih kecil dalam psikologi pemikiran kritis,

produktif, pemikiran aras tinggi dan kreatif (Rajendran, 2017).

Dari segi pembelajaran di bilik darjah, khususnya Vygotsky menekankan perhubungan di

antara berfikir dengan organisasi sosial pengajaran dan pembelajaran. Teras kepada pandangan

Vygotsky tentang perkembangan kognitif adalah fahaman yang mengatakan bahawa pelbagai

jenis pemikiran kompleks dan penaakulan mula timbul kerana interaksi dengan orang lain dan

bahan sumber, kemudiannya diserap atau disesuaikan sebagai bentuk pemikiran sendiri. Ini

kerana pemikiran sebenarnya sesuatu yang subjektif. Walau bagaimanapun, pembelajaran

berlaku hasil daripada “perbuatan” dan “pengalaman” dalam menyelesaikan masalah yang

bermakna. Bahkan, pemikiran berkecenderungan untuk membentuk pola tertentu dan

menstrukturkannya.

Page 3: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

323 | MEDC 2018

Sehubungan itu, senario yang paling jelas untuk menganalisis fenomena ini tentulah

melalui penggunaan “ibarat” yang lazim dalam budaya fikir orang Melayu. Diibaratkan

seseorang itu petani, jika tidak pernah ditunjukkan cangkul sebagai alatnya, apalah yang dia

tahu tentang kerja bercucuk tanam. Jika cangkul itu diperkenalkan pun, jika dia tidak diajari

cara menggunakannya, mustahillah dia akan pandai sendiri. Kalau dia pandai pun, tentulah

kebetulan. Cuba kita fikirkan sejenak, berapa orang murid Malaysia yang pandai kerana

kebetulan? Kalau seseorang itu pandai menggunakannya pun, jika tidak dicernakan dan

diamalkan dalam budaya seharian, kemahiran itu akan hilang. Justeru, pentingnya metodologi

berfikir sebagai suatu mekanisme pemangkin dalam pemikiran aras tinggi.

KONSEPTUAL KAJIAN

Kajian ini menggunakan kerangka konseptual berdasarkan Model Pemikiran Guru dan

Tindakan oleh Clark dan Peterson (1984), Myers dan Myers (1995) serta Teori Interaksi

Simbolik (Mead, 1894-1931 dalam Ritzer, 1996). Kerangka konseptual kajian ini mengandungi

dua domain, iaitu proses berfikir guru dan tindakan guru. Terdapat tiga kategori utama dalam

domain proses berfikir guru yang merangkumi perancangan guru (pemikiran pre aktif dan pos

aktif); pemikiran interaktif dan keputusan guru; serta pengetahuan guru. Domain kedua ialah

domain tindakan, iaitu tingkah laku berfikir guru di bilik darjah yang boleh mempengaruhi

murid-murid. Kajian mengandaikan tingkah laku berfikir guru di bilik darjah mempengaruhi

tingkah laku berfikir murid di bilik darjah yang akhirnya mempengaruhi penguasaan murid

dalam berfikir (Dunkin & Biddle, 1974; Doyle, 1978 dalam Clark & Peterson, 1984).

Seterusnya, proses interaksi simbolik melibatkan tiga unsur utama, iaitu pemikiran, diri

dan komuniti sekolah yang saling berkait antara satu sama lain. Interaksi ini memfokuskan

kepada tiga tema utama, iaitu kepentingan tingkah laku dalam berfikir, konsep kendiri dan

hubungan bermakna dalam berinteraksi.

Kesimpulannya, kajian ini mengandungi kerangka konseptual kajian yang

mengkonseptualisasikan tingkah laku intelektual guru dalam mengajar kemahiran berfikir yang

merangkumi dua domain proses berfikir guru; cabaran dan peluang; teori interaksi simbolik;

dan faktor luaran serta atribut PdPc.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes eksploratori dan

pendekatan fenomenologi. Kes yang dipilih dalam kajian ini adalah berkaitan sekumpulan guru

yang mengajar untuk berfikir, mengajar cara berfikir dan mengajar tentang berfikir dalam PdPc

KBAT di sekolah rendah. Informan yang dipilih adalah terdiri daripada guru yang mengajar

Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains di sekolah Showcase Program i-THINK Kementerian

Pendidikan Malaysia. Dua instrumen utama yang digunakan ialah temu bual dan pemerhatian

separa berstruktur untuk memperoleh data secara telus dan serta-merta daripada informan. Di

samping itu, dokumen seperti laporan kendiri guru, buku teks dan Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dianalisis untuk menyokong, menambahkan bukti dan

menolong mengesahkan maklumat yang diperoleh daripada temu bual dan pemerhatian.

Seterusnya, data disahkan menggunakan strategi trangulasi.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Analisis dapatan kajian menunjukkan metodologi berfikir guru dalam PdPc KBAT di bilik

darjah berfikrah boleh diklasifikasikan kepada tiga bahagian, iaitu prinsip berfikir; kaedah

berfikir; dan alat berfikir.

Page 4: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

324 | MEDC 2018

Prinsip Berfikir

Prinsip berfikir ialah asas yang menjadi pokok dalam sesuatu pemikiran. Asas sesuatu

pemikiran berkait rapat dengan tingkah laku pemikiran seseorang individu tersebut. Tingkah

laku pemikiran adalah cerminan proses berfikir dan tahap pemikiran. Sehubungan itu, prinsip

berfikir dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu bahasa pemikiran dan tingkah laku berfikir.

(a) Bahasa Pemikiran

Bahasa merupakan alat pertukaran kata-kata harian di bilik darjah dan boleh digunakan untuk

meningkatkan perkembangan kognitif ke tahap yang tinggi. Malah, bahasa digunakan sebagai

kerangka penyampai kandungan, tugasan berfikir untuk murid lakukan dan tingkah laku dalam

interaksi linguistik di bilik darjah.

Sehubungan itu, analisis daripada kajian mendapati guru menggunakan bahasa pemikiran

semasa mengajar KBAT di bilik darjah berfikrah, iaitu menggunakan perbendaharaan kata yang

tepat, soalan berfikrah/kritis, menyediakan maklumat bukan penyelesaian, memberi arahan,

membangunkan metakognisi dan menganalisis logik bahasa. Walau bagaimanapun, mereka

tidak mengamalkan bahasa pemikiran bagi menangani spesifikasi.

Didapati semua informan menggunakan perbendaharaan kata yang tepat kerana setiap mata

pelajaran mempunyai istilah kognitif atau terminologi tertentu. Penggunaan istilah kognitif

membolehkan guru mengajar berfikir dan membantu murid belajar berfikir dengan lebih mudah

serta bagaimana untuk melakukan sesuatu kemahiran dan menguasai konsep tertentu yang

tersirat. Oleh itu, amalan penggunaan terminologi dapat meningkatkan perkembangan proses

berfikir murid.

Seterusnya, mengemukakan soalan berfikrah diamalkan oleh semua informan kecuali

seorang guru yang mengajar Matematik. Mereka membuat keputusan tentang tingkah laku

berfikir di bilik darjah yang menggalakkan dan mengukuhkan proses berfikir dengan

mengemukakan soalan yang menyebabkan murid-murid mengkaji tingkah laku berfikir masing-

masing, mempertimbangkan tingkah laku berfikir tersebut dan memilih tindakan yang lebih

sesuai.

Menyediakan maklumat, bukan penyelesaian juga diamalkan oleh semua informan kecuali

seorang guru yang mengajar Bahasa Malaysia. Mereka memberi peluang kepada murid-murid

untuk bertanggungjawab terhadap tingkah laku berfikir masing-masing, iaitu membimbing

murid untuk berfikir dalam memproses maklumat dan bagaimana untuk mengambil tindakan

yang sesuai dan akibatnya. Guru menggalakkan murid untuk bertindak secara berautonomi,

peka kesan tingkah laku berfikir mereka terhadap kawan dan orang lain serta lebih empati

dengan mengesan isyarat lisan dan bukan lisan daripada kawan-kawan dan orang di sekeliling.

Bahkan, mereka juga menggunakan bahasa pemikiran dalam memberi arahan untuk mengajar

makna dalam berfikir.

Amalan menggunakan bahasa pemikiran dalam konteks memberi arahan ini boleh

mengurangkan sikap kebergantungan murid kepada guru dan mengelakkan budaya “spoon

feeding” dalam kalangan murid. Ini kerana dalam memberi arahan, guru tidak menyediakan

begitu banyak maklumat tanpa perlu membuat kesimpulan yang bermakna. Murid perlu

mendapatkan maklumat, menganalisis dan mengenal pasti maklumat dalam proses

melaksanakan tugasan berfikir mereka. Proses pemerolehan maklumat ini adalah melalui

metakognisi.

Selain itu, semua informan yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik

mengamalkan berfikir tentang pemikiran (metakognisi) dalam PdPc KBAT. Mereka berkongsi

rancangan PdPc dan pemikiran dengan murid-murid serta verbalisasi soalan untuk memodelkan

proses metakognitif. Manakala, murid menggambarkan proses berfikir yang digunakan,

membangunkan kelenturan pemikiran dan pelbagai cara menyelesaikan masalah, serta

menerangkan proses metakognisi yang dikongsi daripada kawan-kawan.

Guru mengamalkan suatu tabiat berbahasa yang merangsang pemikiran dengan mengajar

murid menjadi peka terhadap proses berfikir yang terdapat dalam bahasa verbal dan tulisan

dengan menyedari bahasa mereka sendiri dengan memecahkan kod sintaksis, semantik dan

Page 5: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

325 | MEDC 2018

isyarat retorik yang terdapat dalam bahasa dengan mengintegrasikan kekompleksan bahasa,

pemikiran dan tindakan.

Oleh yang demikian, tabiat menggunakan bahasa pemikiran ini membantu mengupayakan

murid menstrukturkan pemikiran, jenis pemahaman dan menginterpretasikan mengikut persepsi

masing-masing. Persepsi mereka berbeza mengikut cara mereka melihat, memproses dan

mengkonsepsikan maklumat kerana kepelbagaian kecenderungan dan pilihan dalam

pembelajaran dan pemikiran, bertingkah laku serta amalan.

Malah, penyampaian atau arahan guru yang jelas dan mudah difahami oleh murid-murid

menjadikan mereka lebih berminat dan mengikuti PdPc sehingga tamat. Kepelbagaian dalam

gaya penyampaian dan bahasa yang mudah difahami, sesuai, jelas serta tepat menjadikan

pembelajaran berfikir murid-murid bertambah efektif dan komited. Kepelbagaian ini juga

memudahkan mereka menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru,

seterusnya dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid.

Amalan bahasa pemikiran ini membantu guru mengetahui taraf kebolehan bahasa murid,

penguasaan pengetahuan dan kefahaman dalam mengaplikasikan sesuatu teori atau formula.

Dalam konteks ini, penyampaian dan arahan guru berbeza di antara murid pintar dengan

sederhana dan murid Linus. Bahkan, guru menerangkan secara jelas mengenai sesuatu konsep

abstrak dan konkrit mengikut tahap keupayaan berfikir murid.

Kesimpulannya, bahasa berpunca daripada cara berfikir, kemudian bahasa itu

menggalakkan perkembangan pemikiran. Justeru, peranan interaktif guru adalah penting dalam

pengalaman pembelajaran berfikir sebagai pengantara perkembangan pemikiran kanak-kanak

(Feuerstein, 1980). Malah, bahasa digunakan oleh guru sebagai “kerangka” penyampaian

kandungan, tugasan untuk murid-murid lakukan, dan norma-norma tingkah laku yang boleh

diterima dan tidak boleh diterima dalam interaksi linguistik di bilik darjah (Green & Smith,

1982). Dalam erti kata lain, guru memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan dalam berfikir,

bila untuk melakukannya, dan bagaimana untuk bertingkah laku apabila mereka melakukannya.

Di samping itu, bahasa mewujudkan budaya bilik darjah yang didefinisikan sebagai set

persefahaman penting dikongsi oleh komuniti bilik darjah kerana budaya bilik darjah berfikrah

adalah “nada keteraturan” dan “suasana penerimaan” yang menjadi kunci untuk PdPc berfikir

yang efektif (Parelius, 1980; Purkey & Smith, 1982). Bahkan, budaya berfikir sebenarnya

“hidup dalam bahasa” (Burge, 1977).

(b) Tingkah Laku Berfikir Guru

Gaya berfikir guru membentuk tingkah laku berfikir. Tingkah laku berfikir guru ini

mempengaruhi pencapaian, konsep kendiri, hubungan sosial dan kebolehan berfikir murid.

Bahkan, tingkah laku berfikir guru boleh membangunkan, mengekalkan dan meningkatkan

pemikiran murid terutama di bilik darjah. Kajian ini mendapati guru mengamalkan tiga kategori

tingkah laku berfikir semasa PdPc KBAT untuk mewujudkan bilik darjah berfikrah, iaitu

menyoal untuk mencabar intelek murid, menstrukturkan bilik darjah berfikrah dan bertindak

balas terhadap tingkah laku berfikir.

Sehubungan itu, semua informan menstrukturkan bilik darjah berfikrah dengan mengawal

semua sumber persekitaran bilik darjah seperti masa, ruang, tenaga manusia dan bahan-bahan

serta menstrukturkan murid untuk bertindak balas dan berinteraksi dalam berfikir. Penstrukturan

ini membolehkan guru berkongsi objektif pembelajaran dengan murid, masa digunakan dengan

efisien, guru jelas dengan hala tuju PdPc dan tenaga murid dioptimumkan dalam pembelajaran

bermakna.

Mereka memberi arahan yang jelas dan tepat menggunakan bahasa pemikiran, menyatakan

peraturan asas, menerangkan objektif dan mewujudkan corak bilik darjah berorganisasi untuk

mendapatkan prestasi pemikiran yang terbaik yang dikehendaki daripada murid-murid.

Dalam konteks tindak balas tingkah laku berfikir yang diamalkan guru, terdapat lima pola

tindak balas, iaitu menggunakan masa menunggu, memudahkan pemerolehan maklumat,

menerima tanpa pertimbangan, menjelaskan dan empati. Namun, penggunaan masa menunggu

sahaja yang diamalkan oleh semua informan dalam PdPc dan perbincangan di bilik darjah

berfikrah.

Page 6: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

326 | MEDC 2018

Amalan ini memberi impak kepada PdPc dan murid-murid. Dalam konteks ini, ia

mewujudkan iklim bilik darjah berfikrah; meningkatkan kualiti interaksi di bilik darjah;

meningkatkan keberkesanan aktiviti PdPc; membolehkan pengolahan sumber dan bahan dengan

efisien; serta membuatkan guru-murid bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna.

Bahkan, amalan tingkah laku berfikir ini juga mewujudkan gaya PdPc KBAT yang

tersendiri dalam melaksanakan peranan guru sebagai pemudah cara di bilik darjah berfikrah.

Dapatan kajian ini menunjukkan guru mengamalkan gaya PdPc berfikir dengan pendekatan

menyoal berasaskan pemikiran (pendekatan dialogikal) dan fakta. Gaya PdPc pendekatan

dialogikal ini amat berguna untuk menggalakkan perbincangan atau dialog di bilik darjah dan

merangsang pemikiran murid ke arah KBAT.

Di bilik darjah berfikrah, guru mengamalkan kepelbagaian kaedah dan teknik penyampaian

untuk menarik perhatian dan minat murid terhadap aktiviti KBAT di samping menggalakkan

mereka berfikir. Dalam konteks ini, kepelbagaian kaedah dan teknik tersebut dikenali sebagai

kemahiran variasi rangsangan, iaitu tingkah laku berfikir guru untuk mewujudkan bilik darjah

berfikrah yang merangkumi kemahiran guru dalam mengubah tingkah laku berfikir,

mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria, menukar pola interaksi guru-murid untuk

merangsang pemikiran murid dan mempelbagaikan bantuan yang mengupayakan murid

merasakan mereka boleh melakukan tugas berfikir. Pada waktu yang sama, masa menunggu dan

bahasa pemikiran guru dicerna dan lebur dalam variasi rangsangan ini.

Kemahiran variasi rangsangan ini mengandungi enam komponen, iaitu perubahan

pergerakan tingkah laku, pergerakan anggota, nada suara, fokus deria, bentuk lisan dan fizikal

guru. Rumusan berdasarkan analisis pemerhatian tersebut mendapati PdPc KBAT guru di bilik

darjah berfikrah bersifat holistik, komprehensif dan ideal. Isi kandungan PdPc dibahaskan

dalam pelbagai genre dan menggunakan kapasiti ke tahap maksimum. Dalam konteks ini, guru

bertindak selaku arkitek pembangunan insan yang istiqamah yang dimanifestasikan dengan

jelas, misalnya guru sebagai role-model. Perubahan bentuk lisan guru dalam konteks menyoal-

menjawab di mantap oleh teknik menyoal yang menjadi satu alat untuk merangsang aktiviti

berfikir murid.

Fokus pembelajaran di dalam bilik darjah berfikrah adalah berbeza. Tumpuan tidak lagi

pada pembelajaran dengan menghafal dan mengingat tetapi belajar bagaimana untuk belajar dan

berfikir. Kini, murid-murid menggunakan maklumat yang dipelajari dan menunjukkan

penguasaan mereka terhadap kandungan dalam projek-projek yang diusahakan. Mereka belajar

bagaimana untuk bertanya soalan yang betul dan berfikrah menggunakan bahasa pemikiran,

bagaimana untuk menjalankan inkuiri yang sesuai, bagaimana untuk mencari jawapan/berhujah

dan cara untuk menggunakan maklumat. Penekanan di bilik darjah berfikrah adalah untuk

mewujudkan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan terpahatnya matlamat ini dalam pemikiran,

maka mereka bergerak di luar peranan sebagai murid, iaitu belajar melalui pengalaman dunia

sebenar. Oleh itu, bilik darjah berfikrah menyediakan murid-murid ruang dan peluang untuk

menjadi seorang ahli fikir yang proaktif dan produktif.

Sebagaimana pembelajaran murid telah berubah, begitu juga pentaksiran pembelajaran.

Guru mengaplikasikan pelbagai pentaksiran untuk mengenal pasti tahap pembelajaran dan

penguasaan murid. Ujian yang mengukur keupayaan murid untuk menghafal dan mengingat

fakta-fakta tidak lagi menjadi cara untuk menilai pembelajaran murid. Sebaliknya, guru

menggunakan projek murid, persembahan dan pentaksiran autentik untuk menentukan tahap

penguasaan murid-murid dan keperluan pembelajaran mereka.

Dengan ini, tingkah laku berfikir guru di bilik darjah berfikrah memberi impak dalam PdPc

KBAT, iaitu;

(i) Guru adalah pemudah cara yang menggunakan sumber, alat berfikir dan peluang yang

sesuai untuk mewujudkan suasana pembelajaran berfikrah yang mengupayakan setiap

kanak-kanak membina pengetahuan sendiri. Guru bersama-sama dengan murid-muridnya

mengetahui langkah-langkah dalam pembelajaran serta menyediakan tugasan bermakna

yang melibatkan murid-murid secara aktif dalam pembelajaran KBAT mereka.

(ii) Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, menyokong dan positif untuk

semua murid. Ini membolehkan guru merancang untuk mengelakkan risiko keselamatan,

mewujudkan susun atur bilik darjah yang menggalakkan dan menyokong pembelajaran

Page 7: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

327 | MEDC 2018

KBAT serta memberi akses kepada semua murid dengan lebih mudah. Guru yang

berkemahiran dalam menguruskan pengalaman pembelajaran yang pelbagai boleh

mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berfikrah untuk semua murid di bilik darjah

berfikrah. Prosedur dan dasar bilik darjah berfikrah adalah satu bahagian penting dalam

mewujudkan persekitaran pembelajaran berfikrah untuk KBAT. Guru menilai dan

melaksanakan teknik-teknik pengurusan bilik darjah yang berkesan dengan cara yang

konsisten, menggunakan rutin harian dan prosedur yang memaksimumkan masa PdPc

KBAT. Murid-murid mengetahui apa yang diharapkan daripada mereka dan guru

mengetahui bagaimana untuk mengendalikan gangguan secara efektif sehingga tiada

kesan negatif semasa PdPc.

(iii) Merancang untuk jangka pendek dan jangka panjang secara efektif.

(iv) Memupuk kerjasama dalam kalangan murid di bilik darjah. Guru menjadi contoh dan

menggalakkan proses berfikir.

(v) Menggalakkan rasa ingin tahu, minat dan motivasi dalaman murid-murid dalam konteks

belajar untuk berfikir, belajar tentang berfikir dan belajar cara berfikir. Guru membantu

menyediakan pengalaman yang membangunkan mereka untuk berdikari, berfikiran kritis,

kreatif, inovatif dan berkemahiran menyelesaikan masalah. Guru memberi masa yang

cukup kepada murid-murid untuk menyelesaikan tugasan berfikir. Murid-murid terlibat

secara aktif dalam pembelajaran kendiri dalam suasana yang menghormati keperluan unik

pembangunan pemikiran mereka dan menggalakkan jangkaan positif serta saling

menghormati.

(vi) Membuat murid merasa dihargai. Guru menekankan usaha kolaboratif secara koperatif

dan bukannya usaha individu yang kompetitif melalui projek kerjasama dan semangat

berpasukan dalam mengembangkan pemikiran.

(vii) Berdialog atau berkomunikasi secara efektif dengan murid dan rakan-rakan. Guru

menggunakan dialog atau komunikasi secara bertulis, lisan dan teknologi serta

mewujudkan pengalaman pembelajaran yang positif dan aktif berfikir.

(viii) Menggunakan bahasa pemikiran untuk memupuk ekspresi diri, pembangunan identiti dan

pembelajaran bermakna dalam kalangan murid.

(ix) Mendengar dengan teliti dan responsif dalam pelbagai perspektif.

(x) Memupuk kesedaran dan kepekaan budaya berfikir dalam diri murid-murid. Guru

menggalakkan mereka untuk belajar tentang budaya berfikir dan menanam dalam diri

mereka sifat menghormati orang lain dan perbezaan pemikiran yang ada antara individu.

Kaedah Berfikir

Kaedah berfikir merangkumi cara, gaya dan keadaan yang lazim dilakukan dalam berfikir.

Sehubungan itu, kajian mendapati kaedah berfikir guru boleh diklasifikasikan kepada tiga

bahagian, iaitu tabiat berfikir, semangat insani dan gaya berfikir.

(a) Tabiat Berfikir

Kekuatan pemikiran guru mempunyai kaitan dengan tabiat berfikir yang diamalkan. Tabiat

berfikir pula menunjukkan guru mempunyai kemahiran, sikap berfikir, kaya dengan pengalaman

lepas dan berkecenderungan terhadap berfikir ke aras yang lebih tinggi. Hal ini menunjukkan

guru memiliki pola berfikir tertentu termasuk kecerdasan kontekstual, kelenturan pemikiran,

mempunyai tahap ketangkasan dalam melaksanakan tingkah laku berfikir yang efektif dan

mengubah suai tabiat berfikir dari masa ke masa untuk diaplikasikan dalam situasi lain.

Sehubungan itu, kajian mendapati guru mengamalkan sembilan daripada enam belas tabiat

berfikir dalam PdPc KBAT secara efektif di bilik darjah berfikrah. Tabiat berfikir tersebut

dirangsang dalam kalangan murid supaya menjadi amalan berfikir harian mereka ke arah

pemikiran aras tinggi. Amalan berfikir guru semasa PdPc di bilik darjah berfikrah ini dikelaskan

kepada lima kelompok yang membentuk suatu pola pemikiran. Pola ini terhasil daripada

keselarian antara laporan kendiri guru, dapatan temu bual dan pemerhatian terhadap PdPc di

Page 8: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

328 | MEDC 2018

bilik darjah. Mereka menarik bersama-sama kelompok tabiat berfikir tersebut untuk

diaplikasikan dalam pelbagai situasi.

Kelompok utama yang menjadi amalan semua informan dalam PdPc KBAT di bilik darjah

ialah tabiat menguruskan dorongan; berusaha untuk ketepatan dan ketelitian; serta berfikir dan

berkomunikasi dengan tepat dan jelas. Guru-guru menunjukkan tabiat menguruskan dorongan

berdasarkan tindakan yang diambil selepas melalui proses berfikir tertentu; visi produk/hasil

PdPc yang dibentuk; matlamat dan hala tuju yang ditetapkan sebelum memulakan PdPc; arahan

yang diberikan adalah jelas dan mudah difahami; strategi yang dibangunkan untuk

menyelesaikan masalah dan pertimbangan yang dibuat secara kritis; pertimbangan alternatif

yang dibuat sebelum mengambil tindakan dan akibatnya; peningkatan peluang pengumpulan

sumber maklumat; masa yang diambil untuk berfikir sebelum memberi jawapan/respons; dan

pelbagai sudut pandangan alternatif yang didengari mereka.

Dalam konteks berusaha untuk ketepatan dan ketelitian, mereka menunjukkan tabiat dan ciri

craftsmanship; terus berusaha mencari kesempurnaan dalam PdPc KBAT dengan meletakkan

standard yang tinggi dan cuba untuk mencapainya; penilaian dan penambahbaikan untuk

mencapai tugas mengajar murid-murid berfikir pada aras yang tinggi.

Guru-guru mengamalkan tabiat berfikir dan berkomunikasi dengan tepat dan jelas

berdasarkan amalan mereka yang sentiasa berusaha untuk berkomunikasi dengan tepat dalam

kedua-dua bentuk lisan dan bertulis; ketelitian dalam mendefinisikan istilah/mendefinisi secara

operasi dan penggunaan bahasa yang tepat; penggunaan nama yang betul dan label yang

universal serta analogi yang sesuai/tepat.

Kelompok kedua terdiri daripada metakognisi; serta menyoal dan mengemukakan masalah.

Mereka mengamalkan metakognisi setiap hari dalam PdPc berdasarkan tabiat mereka dalam

membangunkan strategi PdPc untuk suatu pelajaran, menyimpan strategi dalam fikiran seluruh

pelajaran dan menunjukkan keberkesanannya dalam penghasilan output/hasil pembelajaran

yang diingini/disasarkan; serta amalan membuat refleksi dalam setiap PdPc untuk menilai

kualiti kemahiran berfikir dan strategi mereka sendiri. Amalan membuat refleksi ini menyokong

kajian Murray (2012).

Tabiat menyoal dan mengemukakan masalah dikenal pasti berdasarkan tabiat mereka yang

menonjolkan sifat dan sikap ingin tahu apa yang mereka tahu, bagaimana mereka tahu dan suka

bertanya; tahu maklumat yang diperlukan; pembinaan strategi menyoal untuk mendapatkan

maklumat; dan masalah yang dikemukakan untuk diselesaikan.

Kelompok ketiga ialah tabiat mencipta, membayangkan dan menginovasi, iaitu tabiat kreatif

dan inovatif. Tabiat ini berdasarkan kecenderungan mereka mencuba pelbagai cara lain; penjana

idea baharu yang lebih menarik; penciptaan sesuatu kelainan; keterbukaan kepada kritikan; dan

pemerolehan maklum balas dalam usaha untuk memperbaiki atau menambah baik produk/hasil.

Dalam konteks ini, hasil keberkesanan PdPc KBAT di bilik darjah.

Seterusnya, kelompok keempat merangkumi tabiat berfikir secara fleksibel; dan

mengaplikasikan pengetahuan lepas untuk situasi baharu. Tabiat berfikir secara fleksibel jelas

melalui kelenturan pemikiran guru; pengetahuan dan maklumat yang ditimba dari himpunan

strategi penyelesaian masalah; penyesuaian gaya mengikut keadaan semasa; pendekatan

terhadap masalah dari pelbagai sudut; pertimbangan terhadap sudut pandangan alternatif; dan

penggunaan pelbagai sumber maklumat. Seterusnya, tabiat mengaplikasikan pengetahuan lepas

untuk situasi baharu diperlihatkan melalui penggunaan apa yang telah dipelajari; perujukan

terhadap pengetahuan sedia ada; dan pemindahan pengetahuan melangkaui ruang lingkup

pembelajaran.

Kelompok terakhir ialah tabiat berfikir saling memerlukan dengan amalan bekerjasama

dalam satu kumpulan. Mereka mengatakan bahawa kerjasama dalam satu kumpulan lebih

berkuasa secara intelektual dan fizikal berbanding bekerja secara individu. Bahkan, dalam

keadaan penyelesaian masalah yang semakin kompleks, tidak ada orang yang mempunyai akses

kepada semua maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan yang kritis dan tiada seorang pun yang dianggap memiliki banyak alternatif

sebagaimana yang boleh diberikan oleh beberapa orang dalam kumpulan.

Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati masih ada tujuh tabiat berfikir yang tidak

diamalkan oleh informan, iaitu tabiat gigih berusaha; mendengar dengan memahami dan empati;

Page 9: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

329 | MEDC 2018

mengumpul data melalui semua deria; menjawab dengan kekaguman dan kehairanan;

mengambil tanggungjawab berisiko; kecindan; dan pembelajaran berterusan. Hal ini kerana

tabiat-tabiat berfikir tersebut tidak menjadi amalan rutin mereka di bilik darjah. Sekiranya ada

digunakan dalam PdPc di bilik darjah tersebut, ianya adalah secara tidak langsung tanpa sedar.

Tabiat adalah suatu tindakan yang dilaksanakan secara automatik tanpa perlu berfikir

mengenainya secara sedar. Tabiat adalah bahagian yang penting dalam pemikiran berfikrah.

Guru tidak mengaplikasikan semua tabiat berfikir dalam PdPc KBAT di bilik darjah

mungkin mereka belum bersedia sepenuhnya dan masih belum memahami serta menguasai

secara mendalam konsep sebenar tabiat dalam berfikir.

Tabiat berfikir guru ini memberi impak kepada pedagogi guru dan pembelajaran murid.

Dalam konteks guru, tabiat berfikir mengupayakan guru menyampaikan pengetahuan dan

keseluruhan isi pelajaran dengan lebih efektif dalam tempoh masa yang ditetapkan; perancangan

PdPc yang lebih rapi dan holistik; perancangan semua aspek KBAT lebih teliti dan mantap.

Impak terhadap murid-murid pula, membolehkan mereka menerima pengetahuan dan kemahiran

yang bermakna; menggalak dan menyokong perubahan yang positif dari aspek kognitif, afektif

dan psikomotor; pencapaian tahap penguasaan lebih tinggi.

(b) Semangat Insani

Pemikiran didorong, dipengaruhi, di motivasi dan diberi inspirasi oleh kapasiti intelektual yang

menghasilkan tindakan produktif. Dalam konteks ini, kapasiti intelektual tersebut ialah

semangat insani yang terdiri daripada fleksibiliti, craftsmanship, saling bergantungan, efikasi

dan kesedaran.

Sehubungan itu, kajian mendapati semangat insani dalam PdPc KBAT berfungsi sebagai

alat diagnostik yang menjadi konstruk penilaian dan pentaksiran pembangunan pemikiran guru

dan murid-murid. Di samping itu, semangat insani juga menjadi alat disiplin dalam membuat

pilihan dan pengangkutan dalam perjalanan merancang dan mengamalkan KBAT. Semua

informan mempunyai minda fleksibel/kelenturan pemikiran dengan merujuk kepada

keterbukaan dan kemampuan mereka dalam menghargai pelbagai perspektif orang lain;

penciptaan dan pencarian pendekatan baharu; keupayaan berubah fikiran apabila menerima

maklumat tambahan; penglibatan diri mereka dalam pelbagai aktiviti serentak; keupayaan

merumus himpunan strategi penyelesaian masalah dan kebolehan mengubah gaya mengajar

mengikut kesesuaian semasa; serta penerimaan terhadap alternatif dan pola respons yang

disesuaikan.

Didapati mereka adalah craftsperson kecuali seorang guru yang mengajar Bahasa Malaysia.

Ini dicirikan oleh amalan mereka dalam PdPc yang mementingkan kesempurnaan, kesenian dan

rasa komuniti; sumbangan kepada kebaikan bersama; kebolehan menguruskan perbezaan

kumpulan dengan cara yang produktif dan proaktif; penggunaan maklum balas daripada orang

lain sebagai suatu pembelajaran; kesedaran tentang tindakan pemikiran mereka sendiri dan

kesan terhadap orang lain; pembinaan perkongsian pengetahuan daripada interaksi yang

dijalankan.

Namun demikian, kajian mendapati lima informan sahaja yang mempunyai efikasi kendiri

yang tinggi. Mereka menzahirkan kesukaran untuk menghasilkan pengetahuan baharu. Guru-

guru dengan efikasi kendiri yang tinggi dilihat berdasarkan penglibatan diri mereka dalam

pemikiran sebab dan akibat; keaktifan dalam mengemukakan masalah; kebolehcapaian dalam

mengubah suai kendiri; pelaksanaan konsep; dan kesediaan untuk terus belajar bagaimana untuk

belajar. Dari segi kesedaran pula, guru-guru mengetahui apa dan bagaimana tindakan hasil

pemikiran mereka memberi kesan kepada pemikiran orang lain terutama murid-murid dan

komuniti alam belajar di bilik darjah.

Realitinya, murid-murid mempunyai prestasi, tahap pencapaian dan keupayaan berfikir

yang berbeza. Ada yang cepat memahami dan menguasai isi kandungan pelajaran yang diajar

oleh guru, namun ada yang lambat untuk memahami isi PdPc. Oleh itu, semangat insani ini

mengupayakan guru untuk mengajar murid-murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun

yang sederhana dan lemah.

Page 10: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

330 | MEDC 2018

Semangat insani dapat mengubah suai dan mencorakkan situasi pembelajaran berfikir yang

berfikrah. Murid-murid bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental. Guru

tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif, sebaliknya lebih bersifat

participative dan aktif. Pengaruh semangat insani guru dapat mencorakkan pembelajaran KBAT

di bilik darjah berfikrah, menarik, kreatif, produktif, fleksibel dan efektif.

Pengaruh semangat insani juga menjadikan PdPc KBAT lebih mesra dan mudah didekati;

sesuai dengan naluri perkembangan manusia; mendorong perubahan dan kemajuan kognitif,

efektif dan psikomotor; mengembangkan pelbagai kecerdasan dengan menyediakan pelbagai

peluang pembelajaran yang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individu yang

berbeza dari segi kebolehan, minat, kecerdasan dan kecekapan murid.

Perubahan dinamik yang berlaku di bilik darjah berfikrah disebabkan oleh kesan positif

semangat insani guru, terutamanya dari segi kaedah PdPc guru. Kaedah dan pendekatan yang

lebih menarik dan efektif yang berlaku mencerminkan fleksibiliti guru dan hasil craftsmanship,

gaya dan organisasi pembelajaran.

(c) Gaya berfikir

Analisis daripada kajian mendapati, pendekatan berpusatkan aktiviti merupakan gaya berfikir

yang menjadi amalan utama semua informan dalam PdPc KBAT di bilik darjah berfikrah.

Pendekatan ini secara khusus memberi fokus kepada aktiviti minds-on. Dalam konteks ini, ia

dipengaruhi oleh persekitaran murid-murid dan hubungan pemikiran mereka dengan alam

sekeliling pembelajaran. Oleh yang demikian, didapati informan lebih memilih cara berfikir

yang bersifat metafora dengan membuat pemetaan terhadap pelbagai aspek dan perspektif yang

berbeza. Dengan kata lain, mereka mempunyai gaya pemikiran pemerintahan kendiri.

Sehubungan itu, gaya pemikiran pemerintahan kendiri yang diamalkan dan diaplikasikan

informan dalam PdPc KBAT di bilik darjah berfikrah dikelaskan kepada fungsi, bentuk, tahap,

skop dan kecenderungan. Hasil analisis menunjukkan semua informan dominan dengan skop

gaya luaran kerana mereka lebih menyukai aktiviti berkumpulan; mengutamakan tugasan secara

kolaborasi; dan bekerja melalui interaksi.

Seterusnya, gaya pemikiran pemerintahan kendiri dari segi kecenderungan, didapati semua

informan mengamalkan gaya liberal dalam PdPc KBAT kecuali seorang guru yang mengajar

Matematik mengamalkan gaya konservatif. Dalam hal ini, mereka menunjukkan sifat berfikir

yang suka melangkaui kaedah-kaedah dan prosedur sedia ada yang mengeksplisitkan hasil yang

disasarkan.

Semua informan menjalankan PdPc KBAT di bilik darjah berfikrah dengan gaya tempatan

kecuali seorang guru Bahasa Malaysia dengan gaya global. Gaya pemikiran pemerintahan

kendiri dalam konteks tahap ini ditunjukkan melalui keutamaan mereka dalam menjalankan

tugas yang memerlukan penglibatan khusus; menumpukan kepada butiran konkrit/maujud; dan

mementingkan ketepatan yang tinggi dalam pelaksanaan tugasan.

Sementara itu, gaya eksekutif menunjukkan fungsi gaya pemikiran pemerintahan kendiri

keempat banyak digunakan informan dalam PdPc KBAT di bilik darjah berfikrah dengan hanya

dua orang guru yang mengajar Bahasa Malaysia sahaja tidak menggunakan gaya eksekutif.

Gaya eksekutif ini jelas ditunjukkan melalui sifat pelaksana mereka, sifat berfikir yang

bergantung kepada kaedah sedia ada untuk menguasai keadaan PdPc; penumpuan lebih pada

aktiviti berfikir yang ditakrifkan dan berstruktur; pembentukan jaringan dan pergaulan yang

baik bagi membolehkan mereka menerima bimbingan daripada yang lebih pakar. Bahkan, gaya

ini lebih jelas berdasarkan pemerhatian terhadap PdPc mereka yang menggunakan DSKP, buku

teks, buku aktiviti dan modul yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai

bahan sumber yang utama. Mereka mematuhi setiap perancangan strategik dan takwim panitia

sebagaimana yang ditetapkan. Reka bentuk PdPc, aktiviti dan sebagainya yang dicipta, diubah

suai atau di inovasi adalah berdasarkan DSKP dan buku teks supaya hala tuju PdPc berada

dalam skopnya.

Namun begitu, mereka mengamalkan dan mengaplikasikan bentuk gaya pemikiran

pemerintahan kendiri yang pelbagai, iaitu terdiri daripada gaya monarki, gaya hierarki dan gaya

oligarki dalam PdPc KBAT di bilik darjah berfikrah.

Page 11: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

331 | MEDC 2018

Kesimpulannya, gaya berfikir tidak terukir pada batu ketika lahir. Sebaliknya, gaya ini

muncul sebahagian besarnya daripada fungsi interaksi pemikiran dengan alam sekitar yang

dapat dikembangkan dan disosialisasikan. Dapatan menunjukkan informan dengan satu gaya

dalam satu tugas/keadaan tertentu mempunyai gaya yang berbeza dalam tugas/keadaan yang

lain. Beberapa informan menunjukkan satu profil gaya berfikir pilihan pada satu tahap dan satu

lagi profil gaya di peringkat yang lain. Dengan itu, gaya berfikir boleh mengalir dan ianya

dialirkan dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana gaya berfikir menjadi fungsi interaksi

pemikiran guru dengan tugas PdPc KBAT dan situasi bilik darjah berfikrah.

Alat Berfikir

Alat berfikir ialah suatu medium sokongan yang menggabungkan semua amalan berfikir

(praktikal) dengan teori untuk tiba pada pemikiran aras tinggi. Dalam hal ini, alat berfikir

tersebut menggambarkan apa yang perlu diketahui tentang PdPc kemahiran berfikir,

menjelmakan pengetahuan dalam bahan sumber, mempunyai nilai praktikal di bilik darjah dan

mewujudkan hubungan antara jenis alat dalam mempelajari kemahiran, konsep, proses dan

sikap dalam berfikir.

Analisis dapatan kajian menunjukkan guru menggunakan pelbagai alat berfikir dalam

PdPc KBAT di bilik darjah berfikrah seperti peta i-THINK yang digunakan oleh semua

informan kecuali seorang guru yang mengajar Matematik (GM3T6); Thinking Matrix atau

Thinktrix (GB2T5, GB3T6, GM1T4, GM2T5, GS1T4 dan GS3T6); Think-Pair-Share (GB1T4,

GM1T4 dan semua informan yang mengajar Sains); See-Think-Wonder (GM1T4, GS1T4 dan

GS2T5); Strategi Bookmark (GS2T5 dan GS3T6); Thinking Hats (GB2T5 dan GS2T5); Chalk Talk

dan Exploration Game (GM1T4 dan GS2T5); penyelesaian masalah strategi roda (GS1T4 dan

GS3T6); Ready-Reading-Revise (GS1T4 dan GS2T5); 3-2-1Bridge (GS2T5 dan GS3T6); Think-

Puzzle-Explore (GM1T4); Zoom In (GS2T5); Silent Conversation (GM2T5); Compass Point

(GS2T5); dan Connect-Extent-Challenge (GM1T4).

Walaupun didapati peta i-THINK sangat tersohor yang digunakan oleh semua informan

tetapi alat hanya menggambarkan tugas untuk mewujudkan responsif berfikir di bilik darjah.

Dapatan dalam konteks amalan penggunaan peta i-THINK dalam kajian ini tidak selari dengan

dapatan Abdul Halim et al. (2015) yang mendapati peta pemikiran i-THINK tidak diamalkan

sepenuhnya kerana guru tidak menguasai semua lapan alat berfikir tersebut dengan baik

walaupun telah giat di promosi oleh KPM (KPM, 2012).

Secara ringkasnya, amalan menggunakan alat berfikir dalam PdPc KBAT berfungsi

sebagai isyarat berfikir yang nyata untuk guru dan murid terutama dalam iklim pendidikan yang

semakin kompleks. Dengan kata lain, bantuan memori dalam meningkatkan pemikiran murid-

murid ke arah KBAT kerana alat berfikir saling melengkapi dalam memahami rangka kerja

rujukan guru dan murid dengan memberikan terminologi umum (misalnya, Thinktrix) dan

isyarat tertentu untuk bertindak (misalnya, Think-Pair-Share) serta mengandungi mesej tersirat

yang mengupayakan murid membuat gambaran mental. Dengan ini, cara murid berfikir dan

bertingkah laku dalam berfikir berterusan kekal di luar bilik darjah.

Pemikiran berlaku dalam minda dan guru tidak nampak proses yang berlaku. Oleh itu,

apabila guru mengajar cara berfikir, mengajar tentang berfikir dan mengajar untuk berfikir,

mereka melihat hasil daripada proses berfikir tersebut. Misalnya, dalam karangan, guru dapat

membaca pandangan kritis murid tentang sesuatu tema/tajuk yang dipelajari. Guru

menggunakan alat bantu dalam mengajar murid berfikir, melihat proses berfikir dan menilai

proses pemikiran muridnya. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru menggunakan alat berfikir

dalam PdPc KBAT dengan mengatakan penggunaan alat berfikir membuatkan pemikiran

kelihatan kerana alat berfikir hadir bersama dengan proses berfikir dan soalan-soalan berfikrah.

Dengan cara itu guru dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid. Bahkan,

melalui alat itu murid dapat mengawal proses pemikirannya kerana ia adalah satu kerangka atau

medan yang digunakan guru untuk memindahkan apa-apa yang sedang difikirkannya dari dalam

minda ke atas kertas untuk dilihat dan disusun. Dengan alat berfikir guru dapat memperlihatkan

secara eksplisit proses berfikir yang berlaku dalam minda.

Page 12: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

332 | MEDC 2018

Apabila guru menggunakan alat berfikir dan murid-murid diberi peluang

menggunakannya, proses PdPc KBAT di bilik darjah berfikrah lebih efektif dan hasil

pembelajaran lebih mudah dicapai. Dalam konteks ini, penggunaan alat berfikir meningkatkan

kejelasan tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran; mengupayakan cetusan idea yang

lebih kreatif; penyusunan maklumat lebih sistematik; menggandakan pemupukan dan

penyuburan pemikiran analitis, kritis dan kreatif ; kandungan pelajaran lebih bermakna; murid-

murid lebih aktif dan produktif dalam mengemukakan cadangan/memberi respons/hujah dan

menghubung kait maklumat; mesej yang disampaikan dapat dipersepsi dengan lebih tepat;

memudahkan kawalan terhadap proses berfikir yang sesuai; menggambarkan pemeringkatan

dalam proses berfikir; keupayaan menjana soalan-soalan berfikrah.

KESIMPULAN

Metodologi berfikir untuk PdPc KBAT di bilik darjah berfikrah diklasifikasikan kepada tiga

bahagian, iaitu prinsip berfikir; kaedah berfikir; dan alat berfikir. Sehubungan itu, prinsip

berfikir dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu bahasa pemikiran (menggunakan

perbendaharaan kata yang tepat; soalan berfikrah; menyediakan maklumat bukan penyelesaian;

memberi arahan; membangunkan metakognisi; dan menganalisis logik bahasa) dan tingkah laku

berfikir (menyoal untuk mencabar intelek murid; menstrukturkan bilik darjah berfikrah; dan

bertindak balas terhadap tingkah laku berfikir).

Kaedah berfikir guru dikelaskan kepada tiga kumpulan, iaitu tabiat berfikir (tabiat

menguruskan dorongan; berusaha untuk ketepatan dan ketelitian; berfikir dan berkomunikasi

dengan tepat dan jelas; metakognisi; menyoal dan mengemukakan masalah; mencipta,

membayangkan dan menginovasi; berfikir secara fleksibel; mengaplikasikan pengetahuan lepas

untuk situasi baharu; berfikir saling memerlukan), semangat insani (fleksibiliti; craftsmanship;

saling bergantungan; efikasi; kesedaran) dan gaya berfikir (gaya pemikiran pemerintahan

kendiri dengan fungsi, bentuk, tahap, skop dan kecenderungan gaya).

Alat berfikir yang digunakan oleh guru berfikrah dalam PdPc KBAT di bilik darjah

berfikrah adalah peta i-THINK; Thinking Matrix; Think-Pair-Share; See-Think-Wonder;

Strategi Bookmark; Thinking Hats; Chalk Talk dan Exploration Game; penyelesaian masalah

strategi roda; Ready-Reading-Revise; 3-2-1Bridge; Think-Puzzle-Explore; Zoom In; Silent

Conversation; Compass Point; dan Connect-Extent-Challenge.

Semakin tinggi tahap pengetahuan dan kemahiran, semakin tinggi tahap pemikiran

seseorang. Oleh itu, keperluan mengajar KBAT menjadi semakin penting untuk memastikan

generasi baharu mempunyai kemahiran berfikir yang diperlukan untuk kelangsungan kehidupan

pada masa hadapan. Dalam hal ini, metodologi berfikir guru menjadi mekanisme utama dalam

membangunkan dan mengembangkan pemikiran murid-murid ke tahap yang lebih tinggi serta

pemangkin dalam membudayakan KBAT di sekolah dan dalam kehidupan harian.

Sehubungan itu, metodologi berfikir perlu dipupuk, disemai dan dicernakan sehingga

menjadi budaya atau amalan rutin dalam kalangan murid. Maka, peranan guru dalam KBAT

boleh dianalogikan seperti seorang pengembara yang merenungi dan menjiwai alam pemikiran

dalam menyalakan sumbu inspirasi dan aspirasi PdPc KBAT; seorang artis yang berupaya

melihat dan menterjemahkan aktiviti dan kraf berfikir secara kritis dan kreatif walaupun

berhadapan dengan pelbagai hambatan; seorang hakim yang dapat menilai dan berani

mengambil keputusan terbaik dalam menyelesaikan masalah; seorang Kesatria yang gigih, sedia

menyahut cabaran dan melakukan perubahan radikal di luar normal dengan tindakan yang wajar

dan dinamik, pragmatik serta ke hadapan dalam berfikir.

Secara ringkasnya, prinsip, kaedah dan alat berfikir membentuk metodologi berfikir yang

menjadi suatu mekanisme pemangkin yang efektif dalam mengoperasi PdPc KBAT di bilik

darjah berfikrah (Rajah 1). Bahkan, metodologi berfikir ini mengupayakan seseorang itu

menjadi guru berfikrah. Ini akan menjamin keberhasilan pemikiran aras tinggi.

Page 13: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

333 | MEDC 2018

Rajah 1: Metodologi berfikir dalam PdPc KBAT di bilik darjah berfikrah

Prinsip Berfikir

• Bahasa Pemikiran - menggunakan perbendaharaan kata yang tepat - menggunakan soalan berfikrah - menyediakan maklumat, bukan penyelesaian - memberi arahan - membangunkan metakognisi - menganalisis logik bahasa

• Tingkah Laku Berfikir Guru - menyoal untuk mencabar intelek murid - menstrukturkan bilik darjah berfikrah - bertindak balas terhadap tingkah laku berfikir

Kaedah Berfikir

• Tabiat Berfikir

- tabiat menguruskan dorongan; berusaha untuk ketepatan dan ketelitian; berfikir dan berkomunikasi dengan tepat dan jelas

- metakognisi; menyoal dan mengemukakan masalah

- mencipta, membayangkan dan menginovasi

- berfikir secara fleksibel; mengaplikasikan pengetahuan lepas untuk situasi baharu

- berfikir saling memerlukan

• Semangat Insani

- fleksibiliti

- craftsmanship

- saling bergantungan

- efikasi

- kesedaran

• Gaya Berfikir

- Gaya pemikiran pemerintahan kendiri (gaya luaran; liberal; tempatan; eksekutif; monarki; hierarki; oligarki)

Alat Berfikir

pemetaan kognitif, peta i-THINK, matriks berfikir,

Think-Pair-Share, See-Think-Wonder dan lain-lain.

Metodologi Berfikir

Keberhasilan

KBAT

Page 14: METODOLOGI BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN DAN … fileInsani dan Gaya Berfikir); dan alat berfikir. Metodologi berfikir ini adalah keupayaan kendiri yang tidak mampu dilaksanakan oleh

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

334 | MEDC 2018

RUJUKAN

Abdul Halim Abdullah, Baharuddin Aris, Muhammad Sukri Saud, Yusof Boon & Saidatul

Akmal Awang Ali (2015). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT): Isu dan

Cabaran Dalam Aspek Kurikulum, Pedagogi dan Pentaksiran. Seminar Kebangsaan

Majlis Dekan-dekan Pendidikan Universiti Awam.

Burger, H. G. (1977). Panculture: A Hominization-Derived Processed Taxonomy from

Murdock’s University Basics. In The Concept and Dynamics of Culture. ed by B.

Bernardi. Netherland: The Hague.

Clark, C. M. & Peterson, P. L. (1984). Teachers’ Thought Process. Michigan State University:

The Institute for Research on Teaching.

Dunkin, M. J. & Biddle, B. (1974). The Study of Teaching. New York: Holt, Rinehart and

Winston.

Feuerstein, R. (1990). Instrumental enrichment. In A. L. Costa (Ed.). Developing minds: A

resource book for teaching thinking (pp. 144-149). Alexandria, VA: Association for

Supervision and Curriculum Development.

Green, J. L. & Smith, D. C. (1982). Teaching and learning: A Linguistic Perspective. Paper

presented at the conference on Research on Teaching: Implications for Practice.

Warrenton, Va.

Hayati Ismail (2017). Imbasan PPPM 2013-2025: Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

(Bahagian II). Majalah Pendidik, Bil. 115, (pp. 22-24).

Murray, E. C. (2012). Implementing Higher-Order Thinking in Middle School Mathematics

Classrooms. Doctoral Thesis. Athens, Georgia.

Myers, C.B. & Myers, L.K. (1995). The professional educator. A new introduction to

teaching and schools. Belmont: Wadworth Publishing Company.

Parelius, R. J. (1980). Faculty cultures and instructional practices. New Brunswick, NJ:

Rutgers University Press.

Purkey, S. C. & Smith, M. S. (1982). Effective school: A review. Madison: Wisconsin Center for

Educational Research, University of Wisconsin.

Rajendran, N. S. (2017). Pengajaran dan penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Teori

dan amalan. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ritzer, G. (1996). Sociological theory. Ed. ke-4. New York: The McGraw-Hill Companies, Inc.