nota kaedah bill

16
1.0 PENGENALAN PENYIASATAN, EKSPERIMEN, DEMONSTRASI DAN DISCREPANT EVENT Seperti yang kita ketahui, strategi pengajaran dan pembelajaran Sains mengutamakan pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat dilibatkan secara aktif dalam pemerolehan ilmu pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan oleh guru ialah kaedah penyiasatan, Eksperimen, Demonstrasi dan Discrepant Event. Tujuan memilih berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu teknik pengajaran yang dipilih haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. 1

Upload: biltah-nong

Post on 29-Dec-2014

29 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

nota kaedah

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kaedah Bill

1.0 PENGENALAN PENYIASATAN, EKSPERIMEN, DEMONSTRASI DAN

DISCREPANT EVENT

Seperti yang kita ketahui, strategi pengajaran dan pembelajaran Sains

mengutamakan pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan

yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum.

Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran

supaya murid dapat dilibatkan secara aktif dalam pemerolehan ilmu

pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap.

Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan oleh guru

ialah kaedah penyiasatan, Eksperimen, Demonstrasi dan Discrepant Event.

Tujuan memilih berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran

adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan

rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu teknik

pengajaran yang dipilih haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan,

kebolehan dan minat murid. Dengan demikian, guru harus pandai memilih

kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

1

Page 2: Nota Kaedah Bill

1.1 KAEDAH PENYIASATAN

Sains merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan

penyelesaian masalah. Kaedah yang dilakukan justeru akan

memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan

kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik.

Proses penyiasatan merupakan salah satu elemen utama dalam

pemikiran saintifik dan telah menjadi matlamat utama dalam proses pengajaran

dan pembelajaran sains. Proses penyiasatan bukan sahaja matlamat utama

yang perlu dicapai dan dikuasai di kalangan pelajar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran sains di negara kita, malah proses penyiasatan juga menjadi

matlamat hampir semua kurikulum sains di seluruh dunia (UNESCO, 2005).

Proses penyiasatan didefinisikan sebagai proses mengenalpasti dan

menyelesaikan masalah dengan kaedah yang boleh duji kebenarannya (APU,

1991). Proses menyelesaikan masalah ini membolehkan pelajar mencari jalan

penyelesaian dengan mengaplikasikan proses kognitif, kemahiran dan konsep-

konsep yang dimiliki (Trowbridge et al, 2004; Got dan Dugan, 1996). Ia

melibatkan proses merancang penyiasatan, mendapatkan bukti, menganalisis

dan membuat kesimpulan serta menilai bukti (National Curriculum, 2002).

Kaedah penyiasatan ini penting bagi pelajar agar dapat menguasai proses

penyiasatan bagi membantu mereka menguasai pemikiran saintifik, menguasai

dan memahami fenomena yang berlaku di sekeliling mereka serta

menyelesaikan permasalahan yang wujud secara saintifik. Kaedah penyiasatan

meliputi semua kemahiran proses sains iaitu:

a) Memerhati b) Mengelas c) Mengukur dan menggunakan

nombor d) Membuat inferens e) Meramal f) Berkomunikasi

g) Menggunakan perhubungan ruang dan masa

h) Mendefinisi secara operasi i) Meramal j) Mengawal pembolehubah k) Membuat hipotesis l) Mengeksperimen

2

Page 3: Nota Kaedah Bill

Dalam proses penyiasatan pelajar perlu menggunakan proses pemikiran

mereka secara kreatif dan kritis bagi menyelesaikan permasalahan yang

diberikan dengan menggunakan kaedah yang saintifik. Ianya melibatkan

kemahiran saintifik seperti kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan

penguasaan terhadap konsep sains yang berkaitan dengan permasalahan yang

cuba diselesaikan. Zurida et al., (2006) menjelaskan bahawa proses penyiasatan

membawa kepada pembangunan pemikiran dan sikap saintifik pelajar. Ia

berupaya untuk:

Rajah 1: Kepentingan proses penyiasatan dalam diri pelajar

Kesemua elemen di atas menjelaskan betapa pentingnya proses

penyiasatan dalam proses pembangunan pelajar yang berupaya berfikir secara

saintifik dan seterusnya mendorong mereka menyelesaikan permasalahan dan

membuat keputusan secara sistematik dan berkesan.

3

Menggalakkan aspek pemikiran

santifik dan kaedah saintifik

Meningkatkan dan mempertahankan minat,

sikap, kepuasan dan keterbukaan dalam

pemikiran dan sikap ingin tahu dalam sains

Membangunkan kefahaman

pengkonsepan dan kemampuan intelek

Membangunkan pemikiran kreatif dan

kemampuan menyelesaikan

masalah

Membangunkan kemampuan eksperimen

Page 4: Nota Kaedah Bill

Penekanan terhadap proses penyiasatan perlu dititikberatkan khususnya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Proses inkuiri terbuka perlu

ditekankan dalam pengajaran sains di mana ia merupakan proses inkuiri yang

menitikberatkan penglibatan aktif pelajar dalam proses penyiasatan serta

mengoptimumkan pengajaran guru. Ia berlawanan dengan pendekatan

pembelajaran secara tradisional yang banyak melibatkan bimbingan dan

bantuan guru sebagaimana yang sering diamalkan guru. Melalui proses inkuiri

terbuka pelajar bebas untuk merancang, melaksana dan mengawal proses inkuiri

mereka bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan. Lazimnya proses ini juga

dikenali sebagai pembelajaran berasaskan masalah. Pelajar akan diberikan

suatu permasalahan dan akan melaksanakan proses penyiasatan yang

melibatkan usaha dirinya sendiri, seterusnya akan merancang dan

menyelesaikan masalah dengan pengawasan guru dengan kadar yang

minimum.

Kaedah pengajaran inkuiri terbuka bukan sahaja mendatangkan makna

kepada pelajar malah pelajar akan menyedari bahawa proses penyiasatan yang

dilakukan merupakan sesuatu yang amat kritikal, penting dan memberikan

manfaat kepada pelajar. Sebagai contoh, mengaitkan ujikaji berkaitan asid

dengan makanan yang mengandungi asid seperti cuka atau limau (sesuatu yang

lazim mereka gunakan dalam kehidupan harian).

Sehubungan itu, ia akan menggalakkan proses penyiasatan di samping

meningkatkan penerapan sikap saintifik seperti keyakinan, berdikari, berfikiran

terbuka, meminati sains, bersistematik, berani mencuba dan sebagainya.

Sehubungan itu, strategi pengajaran yang inkuiri yang lebih terbuka seperti

pembelajaran berasaskan masalah yang brmakna perlu dilaksanakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran sains bagi menggalakkan proses

penyiasatan dan meningkatkan pemikiran saintifik pelajar.

4

Page 5: Nota Kaedah Bill

1.2 KAEDAH EKSPERIMEN

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam

pelajaran sains. Melalui kaedah ini, murid dapat menguji hipotesis secara

penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. kaedah

saintifik digunakan semasa eksperimen. Kaedah ini melibatkan penglibatan dua

hala iaitu antara guru dengan pelajar dalam sesuatu pengajaran yang

disampaikan

. Tujuan kaedah ini adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan

mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena dalam keadaan-keadaan

yang tidak memungkinkan pelajar-pelajar mendapatkan maklumat tanpa

penglibatan guru. Dalam kaedah ini, penyertaan dan pemerhatian pelajar secara

langsung pada sesuatu projek ataupun proses adalah diutamakan. Guru akan

memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada pelajar sepanjang pengajaran melalui

kaedah ini.

Kaedah eksperimen memberi pengalaman amali secara langsung murid

membantu pelajar bagi mengukuhkan ingatan mereka pada pengajaran yang

disampaikan kerana mereka sendiri sudah melihat dan mengikuti segala proses,

peristiwa dan fenomena yang dialami. Aktiviti ini melibatkan proses merancang,

menyedia dan memasang alat atau radas, merekod, membuat analisis dan

menginterpretasi data.

Kaedah amali juga dapat memberikan pelajar-pelajar peluang untuk

berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Mereka akan

memperoleh pengalaman langsung dalam memperoleh kemahiran,

pengetahuan, kesimpulan dan celik akal dalam unit-unit pembelajaran

berkenaan.

5

Page 6: Nota Kaedah Bill

1.2.1 Tujuan menjalankan eksperimen

Rajah 5: Tujuan amali dijalankan kepada para pelajar

1.2.2 Prinsip mengendali kerja amali

a) Guru perlu menentukan objektif kerja amali

b) Sediakan bahan, peralatan, dan sumber secukupnya sebelum amali hendak

dijalankan

c) Pelajar perlu dibahagikan secara berpasangan atau bertiga (kumpulan kecil)

d) Wujudkan persekitaran yang dapat menguja dan merangsang sifat ingin tahu

pelajar agar bersemangat sains di makmal

e) Guru perlu memberi peringatan kepada pelajar tentang peraturan keselamatan

di makmal

6

Meningkatkan penguasaan isi

kandungan pembelajaran

Memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah,

dan semangat sains

Membina kemahiran dan sikap saintifik

Membina kemahiran bekerja dalam

kumpulan

Membina kemahiran berfikir kritis dan

kreatif

Membina kemahiran praktik

yang generik

Page 7: Nota Kaedah Bill

Langkah-langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:

Rajah 6: Langkah-langkah dalam menjalankan eksperimen

1.2.3 Kelebihan Kaedah Amali/Bengkel

7

Mengenal pasti masalah

Membuat hipothesis

Merancang eksperimen

Melakukan eksperimen

Mengumpul data

Menganalisis data Mentafsirkan data

Membuat kesimpulan

Membuat laporan

a) Dapat mengesahkan sesuatu konsep atau teori yang digunakan

b) Melatih pelajar meguasai penggunaan peralatan bengkel

c) Dapat memupuk semangat kerjasama antara pelajar

d) Melatih pelajar mematuhi arahan dengan betul

e) Dapat memberi idea kepada pelajar mengenai aplikasi kehidupan

sebenar

f) Pelajar dapat melakukan amali, memerhati dan membuat kesimpulan

Page 8: Nota Kaedah Bill

1.3 KAEDAH DEMONSTRASI

Kaedah demonstrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan

melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Kaedah ini melibatkan demonstrasi guru

atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau

prosedur atau langkah. Kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi adalah salah satu

kaedah yang paling sesuai membawa pelajar kepada hidup berealiti. Kaedah ini

memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran

yang disampaikan secara praktikal.

Cara ini adalah cara paling sesuai untuk mengajar perkara yang sukar

diterangkan dengan teori, ayat dan gambar. Ini kerana sesuatu ilmu yang praktikal perlu

melalui proses amali. Demonstrasi melibatkan  penglihatan, komunikasi dan

pendengaran untuk meniru kelakuan itu. Kaedah ini dapat melatih kemahiran melihat

dan mendengar murid-murid.

Kaedah ini melihat kepada keupayaan pelajar untuk mengingat adalah lebih baik

jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka dengar

atau lihat. Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang kepada untuk belajar

bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan pelajar dapat melakukan apa yang

dipelajari secara praktikal. Selain dapat memberi kefahaman yang lebih, kaedah ini juga

dapat menarik perhatian murid. Murid akan dapat membentuk konsep dan idea secara

positif serta dapat meningkatkan mutu hasil kerja

Rajah 2: Tujuan membuat demonstrasi

8

Mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing

Merangsang pemikiran kritis dan kreatif

Membantu pelajar membina kefahaman

Tujuan membuat demonstrasi

Page 9: Nota Kaedah Bill

1.3.1 Ciri-ciri utama kaedah demonstrasi

Terdapat empat ciri utama kaedah tunjuk cara atau demonstrasi (Abd. Ghafar 2003) :

a) Melihat kemahiran

Guru akan memeperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajarnya. Ini bermakna guru

akan memberi penerangan atau penjelaskan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara

ini, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidah

hanya mendengar sebaliknya mereka melalui iatau melihat sendiri apa yang berlaku

seiring dengan apa yang mereka dengar.

b) Penglibatan pelajar

Guru boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal sesuatu pelajaran. Pelajar yang

mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang lain.

Disamping mendedahkan pelajar dengan realiti sebenar, bakat pelajar juga boleh

dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti ini.

c) Peluang untuk mendengar atau melihat

Guru perlulah memastikan setiap pelajarnya tidak tercicir daripada mendengar atau

melihat tunjuk cara tersebut. Seandainya bilangan pelajar adalah ramai dalam satu-satu

masa, guru boleh membahagikan pelajar mengikut kumpulan-kumpulan kecil.

d) Kaitan antara teori dan praktikal

Kaedah ini berkesan kerana pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori

dan praktikal. Tunjuk cara jugak boleh mengelakkan pelajat tersalah faham dengan apa

yang dipelajari.

9

Page 10: Nota Kaedah Bill

1.3.2 Langkah Melaksanakan Kaedah Demonstrasi

 

Rajah 3: Langkah Melaksanakan Kaedah Demonstrasi

Sebelum Demonstrasi

Semasa Demonstrasi

Selepas Demonstrasi

10

Kaedah Demonstra

si

Sebelum Demonstra

si

Semasa Demonstra

si

Selepas Demonstra

si

a) Kenalpasti objektif, isi kandungan pelajaran dan kemahiran yang hendak ditunjukkan kepada pelajar

b) Sediakan bahan yang akan digunakan dalam demonstrasi

c) Rancangan tempat duduk pelajar untuk melihat demonstrasi

d) Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas atau bahan yang boleh mengakibatkan kemalangan

e) Terangkan tentang tujuan, prosedur dan kemahiran yang hendak ditunjukkan.

a) Demonstrasi dilaksanakan sambil memberikan penerangan .

b) Beri perhatian terhadap reaksi pelajar

c) Ulang penerangan jika pelajar kurang faham

d) Motivasikan pelajar membuat ramalan dan bimbing dengan soalan

e) Tegaskan bahagian yang penting

f) Jika masa mencukupi, beri peluang kepada pelajar membuat demonstrasi

a) Berbincang dengan pelajar tentang aspek penting semasa demonstrasi

b) Galakkan pelajar bertanya aspek yang kurang difahami

c) Memberi aktiviti susulan untuk mengukuhkan lagi penguasaan kemahiran yang dipelajari

Page 11: Nota Kaedah Bill

 1.3.3 Jenis Demonstrasi

Terdapat 3 jenis demonstrasi yang boleh dijalankan di dalam kelas (Mok Soon Sang

1992)

Rajah 4: Jenis demonstrasi

Secara keseluruhannya, kaedah demonstrasi memberi peluang kepada

pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui

prosedur yang ditunjukkan serta dapat membuat pelajar menguasai konsep dan

prinsip dengan mudah.

Oleh itu, kaedah tunjuk cara adalah salah satu kaedah pengajaran yang

membawa pelajar kepada realiti sebenar untuk merasai dan melalui apa yang

dipelajari. Dan apa yang dilalui ini akan menjadi pengalaman yang begitu

mendidik pelajar supaya mampu diaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam

kehidupan seharian dan dalam lapangan masyarakat.

11

Demonstrasi Model HidupTerdiri daripada guru dan pelajar yang telah menguasai kemahiran untuk menunjukkan demonstrasi aktivitiMenjadi contoh untuk diikuti oleh rakan pelajar yang lain

Demonstrasi Model SimbolikMenggunakan arahan, prosedur dan carta yang menerangkan cara melakukan sesuatuContoh: melakukan satu ujikaji/eksperimen berdasarkan langkah-langkah yang ditunjukkan dalam gambarajah

Demonstrasi Model Persepsi

Penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasiPelajar memerhatikan cara-cara melakukannya dengan teliti

Page 12: Nota Kaedah Bill

1.4 KAEDAH DISCREPANT EVENT/ Peristiwa Bercanggah

Rajah 7: Kelebihan kaedah Discrepant Event

Peristiwa Bercanggah atau lebih dikenali sebagai kaedah Discrepant

event merupakan satu demonstrasi yang menghasilkan keputusan yang tidak

dijangkakan oleh pelajar. Kaedah discrepant event merupakan salah satu

pembelajaran berpusatkan guru, di mana guru akan membuat demonstrasi di

hadapan murid-murid dan seterusnya akan memberi penerangan lanjut tentang

hasil keputusan aktiviti. Kaedah ini digunakan dalam pembelajaran sains kerana

kaedah ini mampu menarik minat dan perhatian murid terhadap sesuatu tajuk

yang diajar. Biasanya kaedah ini dijalankan dalam fasa orientasi iaitu hendak

ketika memulakan sesi pengajaran.

Aktiviti discrepant event biasanya hanya mengambil masa yang singkat

untuk dilaksanakan dan sangat mudah untuk dilakukan. Sebagai contoh, belon

dicucuk dengan menggunakan pencucuk sate. Guru akan meminta murid-murid

12

DISCREPANT EVENT

Menarik minat dan perhatian murid

Dapat melatih kemahiran berfikir

Murid akan lebih tertarik untuk meneruskan sesi

pengajaran

Memperbetulkan miskonsepsi pelajar dalam masa yang

singkat

Page 13: Nota Kaedah Bill

membuat ramalan tentang keadaan belon tersebut selepas dicucuk. Sekiranya

ramalan murid-murid salah, guru bertanggungjawab untuk memperbetulkan

miskonsepsi murid-murid selepas aktiviti dijalankan.

Pemusatan tumpuan pada aktiviti ini adalah pada hasil keputusan aktiviti,

di mana keputusan tersebut menyebabkan murid berasa terkejut dan teruja

kerana keputusan yang murid-murid jangkakan adalah berbeza seperti yang

telah diramalkan. Hal ini sebenarnya menyebabkan ‘konflik kognitif” akan berlaku

iaitu keadaan ketidakseimbangan yang berlaku dalam minda murid. Konflik yang

berlaku menyebabkan timbul semangat ingin tahu yang tinggi pada murid

sekaligus menyebabkan murid-murid menggunakan kemahiran berfikir masinhg-

masing untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Peristiwa Bercanggah

dikatakan mampu memotivasi secara intrinsik kerana mereka akan seboleh-

bolehnya cuba merungkai konflik kognitif tadi supaya berada dalam zon selesa

semula.

13