nota-hbml-3303

Upload: shah-bin-om

Post on 06-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 nota-hbml-3303

    1/13

    1. Jelaskan maksud morfologi?Morfologi ialah ilmu yang membincarakanstruktur,bentuk dan golongan kata serta caraperktaan diwujudkan pd bunyi bahasa danpengaruhnya terhadap makna kata.

    2. Jelaskan maksud sinbtaksis.

    Sintaksis ilah ilmu yg membicarakan prosespembinaan ayat,cara perkataan itu disusun menjadiayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat iaitudalam membentuk frasa,klausa dan ayat.

    3. Bincangkan golongan perkataan.Golongan kataterdiri daripada :i. Kata nama- nama khas,nama am,ganti namaii. Kata kerja kata yg menjadikan inti dlm frasakerja,samada yg berlaku atau dilakukan. Contoh,berjln,makan memakan,dimakan dsb.iii. Kata adjektif kata yg menjadi dlm frasa adjektif

    spt manis sekli,sudah lama sungguh,masih lebatKata2 dlm golongan kata adjektif menerangkankeadaan atau sifat sesuatu nama atau frasanama.Blh dibahagikan kpd 9 sub golonganiv. Kata tugas - hadir dlm ayat utk memikul tugasnahu atau tugas sintaksis tertentu.v. Kata hubung- bertugas utk menghubungkanklausa,ayat,frasa atau perkataan utk membentuk ayatmajmuk. Dlm bhasa melayu terdapat dua ayatmajmuk iaitu ayat majmuk gabungan dan ayatmajmuk pancangan. Oleh itu kata hubung dptdibahagikan kpd 2 jenis iaitu kata hubung pancangan

    dan kata hubung gabungan.a. Kata hubung gabungan : menghubungkan klausayg sama tarafnya :- dan,atauserta,tetapi,malahan,sambilsementara,sebaliknya,seterusnya.b. Kata hubung pancangan :-pancangan relatif-menghubungkan klausa utama dgn klausapancangan(kecil) yg menggunakan kata yang.pancangan komplemen,-menghubung satu klausakomplimen kpd satu klausa utama. (pelengkap klausautama) kata hubung yg berperanan begitu adalahbahawa dan untuk.

    pancangan keterangan menghubungkan klausaketerangan dgn klausa utama:- kerana,ataumeskipun,sekiranya dsb.

    4. Kenal pasti dua tujuan wacana.i. Memilih teknik penyampaian wacanaii. Menentukan bentuk wacanaiii. Utk mdptkan maklumativ. Untuk menyampaikan maklumat

    5. Jelaskan maksud kohesi dalam wacana.Kohesi merupa aspek formal dlm wacana. Kohesimerupakan hubungan di antara ayat di dlm sesebuwacana samada dr segi strata gramatikal atau stratleksikal terterntu.

    6. Terangkan konsep tautan.

    Tautan berbeza dgn keteraturan fikiran,ia merupakkonsep semantic yg juga merujuk kpada perkaitankebahasaan yg didapati pada satu ujaran ygmembentuk wacana. Menurut Halliday dan Hassan(1976) tautan adalah satu set kemungkinan yg wujudlm bahasa utk menjadikan sesatu teks ituberkesatuan.

    7. Mengapakah kohesi penting dalam wacana?Kohesi sngt penting kerana ia merupakan organisayg sintatik yg meruipakan wadah ayat yg disusunsecara padu dan padat yg menghasilkan

    tuturan.Wacana yang baik dihasilkan melaluipenguasaan kohesi yg baik.

    8. Bincangkan istilah kohesi dalam wacana.Kohesi yang bermakna tautan merupakan aspekformal dalam bahasa wacana.Tautan berbeza dgnketeraturan fikiran. Kohesi atau atautan merupakankonsep semantic yg juga merujuk kepada perkaitankebahasaan yg di dapati pada suatu ujaran ygmembentuk wacana.

    9. Bagaimana anda mencerakinkan kohesi dalam

    wacana?

    10. Jelaskan ciri2 kohesi dalam wacana.Ciri2 kohesi dalam wacana :

    11. Bincangkan keutuhan wacana dalam penulisankeutuhan wacana adalah untuk: Menentukan sama ada sesebuah wacana ituberkualiti ataupun tidak. Hubungan dilihat dalam bahagian-bahagianwacana, iaitu dari segi semantik, fonologi, leksikaldan gramatikal.

    12. Terdapat 7 unsur komunikasi dalamwacana.Nyatakan empat daripada unsur tersebut.i.satuan bahasa 2. Terlengkap 3. Mengatasiayat/klausa4. teratur/tersusun rapi 5. Berkesinambungan6. Kohesi lisan/tulisan awal/akhir yg nyata.13. Analisis maksud penanda wacana berdasarkancontoh.14. Berikan empat perbezaan antara format suratkiriman tidak rasmi dan format surat

  • 8/3/2019 nota-hbml-3303

    2/13

    kiriman rasmi.Surat kiriman tidak rasmi1. Alamat di sebelah kiri2. Tidak ada garisan memanjang3. Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim.4. Tidak ada tajukSurat kiriman rasmi

    1. Alamat di sebelah kanan2. Tdpt garisan memanjang di bawah alamatpengirim3. Tarikh ditulis di sebelah kanan sebaris denganbaris dengan alamat penerima4. Tarikh ditulis dgn huruf besar5. Ada tajuk surat15. Huraikan morfem bebas dan morfem terikatbeserta contoh yang sesuai.a. morfem bebas- berdiri sendiri dan mempunyaimakna tersendiri.cth: minum,makan,cuti,periksa

    b.morfem terikat - btk imbuhan iaitumem,pem,per,kan dan bertidak mempunyai maknatetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu yg blhmengubah makna sesuatu kata seterusnya maknaayat.16. Jelaskan jenis-jenis penanda wacana.

    . Tiga Jenis Penanda Wancanai. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi.ii. Memperjitu organisasi penulisan.iii. Menghubungkan fakta dengan fakta atau ideadengan idea lain.

    b. Menunjukan pertautan dari segi kronologii. Memberi pengertian kepada persoalan berkaitanwaktu.Contoh:Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula,kemudian, sebelum, pada zaman dahulu, pada hariesoknya dan sebagainya.ii. Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh diatas.c. Memperjitu organisasi penulisani. Berfungsi untuk menghubungkan bahagian wacanadengan bahagian wacana yang lain.

    ii. Memberitahu pembaca apa-apa yang dibuat /didedahkan kepada bahagian tertentu.Contoh:sebagai kesimpulanuntuk merumuskancontohnyategasnyadapat dinyatakan bahawa pertamaakhir sekalidengan kata laindalam hal ini

    dalam hubungan iniuntuk menjelaskan lagi

    Nota: Bagi seperti contoh-contoh di atas, diwajibkabagi anda meletakkan tanda koma selepas setiapfrasa (rujuk Rajah 4.1).

    Rajah 4.1: Tanda koma berfungsi sebagai jedaSumber: www.sochurch.org/newabout.htmld. Menghubungkan fakta dengan fakta atau ideadengan idea yang lainLeman Ahmad (1984) membahagikan jenis penandwacana kepada tiga bahagian, iaitu:i. Menambah atau memperluas idea

    Contoh:danselanjutnya

    di samping ituselain itulebih-lebih lagitambahan pulabegitu jugaseterusnyasatu lagidan sebagainya

    ii. Menunjukkan pertentangan idea

    Contoh:

    tetapisebaliknyapada masa yang samawalaupunwalau bagaimanapunwalaupun demikiansama adasebenarnyadan sebagainya

    iii.iv. Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat da

    tujuan-syarat

    Contoh:jadioleh sebab itudisebabkanoleh yang demikianuntuk tujuan itumaka (kata pangkal ayat)berikutan itudengan demikian

  • 8/3/2019 nota-hbml-3303

    3/13

    kecualidengan syarat

    tetapi Sekiranya tetapi terletak pada permulaanayat, penggunaannya mestilah diikuti dengan tandakoma.

    Contoh: Tetapi, buku itu bukan buku saya. sebaliknya Sekiranya di pertengahan ayat, tandakoma sebelum perkataan 'sebaliknya'.

    Contoh: Buku itu bukan buku saya, sebaliknya iaadalah buku Ariff. pangkal ayat Antara contoh-contoh pangkal ayatseperti berikut: hatta, arakian, sebermula dan alkisah.

    17. Mengapakan penanda wacana penting dalampenulisan?

    18.Tunjukkan tiga contoh perenggan pendek yangterdapat kepelbagaian penanda wacana.

    19.Bincangkan fungsi-fungsi penanda wacana.FUNGSI-FUNGSI PENANDA WACANATerdapat empat fungsi penanda wacana.Fungsi menunjukkan maksud: Tambahan; Sebaliknya; Sebab; dan Ketika.a. Penanda Wacana untuk Menunjukkan Maksud

    TambahanAntara penanda wacana yang membawa maksudtambahan ialah:i. Ini bererti;ii. Sejajar dengan ini;iii. Pendek kata;iv. Justeru; danv. Sebagai tambahan.b. Penanda Wacana untuk Menujukkan MaksudSebaliknyaAntara penanda wacana yang menunjukkan maksudsebaliknya ialah:

    i. Sungguhpun;ii. Berbanding dengan;iii. Dalam masa yang sama;iv. Sebaliknya; dan Walau bagaimana sekalipun.c. Penanda Wacana untuk Menunjukkan SebabAntara penanda wacana bagi menunjukkan sebabialah:i. Berdasarkan;ii. Berpegang pada;iii. Sekiranya begitu;iv. Akibatnya; dan

    v. Kesudahannya.d. Penanda Wacana yang Menunjukkan MaksudKetikaAntara penanda wacana yang menunjukkan maksuketika ialah:i. Merujuk;ii. Berbalik kepada;

    iii. Akhirnya;iv. Sementara itu; danv. Sejenak kemudian.Keterangan: Oleh itu merupakan penanda wacana yangmelanjutkan idea sebelum ini dengan idea yangberikutnya.

    Contoh: Oleh itu, haruslah kamu berduabekerjasama dalam menyelesaikan tugasan ini. Dengan itu merupakan penanda wacana yangdigunakan untuk melanjutkan idea.

    Contoh: Dengan itu, tamatlah upacara kita pada paini. Dengan demikian ialah penanda wacana yangmelanjutkan idea.

    Contoh: Dengan demikian, karikatur politik menjadilebih pedas, kasar, keterlaluan dan langsung terkenbatang hidung tokoh berkenaan selepas krisis polittahun 1998. Akhirnya merupakan penanda wacana yangmenunjukkan kesimpulan kecil bagi keseluruhan

    gagasan atau idea dalam perenggan tersebut.

    Contoh: Akhirnya, dapat juga aku petik bunga harumekar malam ini. Penanda wacana yang terakhir ialah Sebagaikesimpulannya yang merupakan simbol atau tandayang menunjukkan bahawa penulis akanmenamatkan perbincangan bagi keseluruhan ideaatau gagasan yang dibincangkan dalam tajuk.

    Contoh: Sebagai kesimpulannya, sehingga kini,belum ada iklan yang boleh dikatakan berjaya

    menyampaikan mesej yang cuba mengangkatbahasa Melayu dan mempertahankan kedaulatanndengan tepat. Penanda wacana Jelaslah merupakan penegasansekali lagi idea keseluruhan yang terdapat dalamperenggan pertama. Penegasan ini pula diikutidengan huraian lanjutan.

    Contoh: Jelaslah, pada era siber ini, bahasakebangsaan dan bahasa ibunda dunia yang lainterdedah dengan pelbagai ancaman dan cabaran.

  • 8/3/2019 nota-hbml-3303

    4/13

    Sungguhpun merupakan kata yang menunjukkanpertentangan idea atau gagasan antara frasakelihatan orang di negara maju seronok dengankeseronokan mereka tidak berpunca daripadaketenangan jiwa.

    Contoh: Sugguhpun begitu, hal ini tidak bermakna

    satu-satu bahasa tersebut adalah lebih kaya ataulebih miskin daripada bahasa yang lain dari segidalamannya. Penanda wacana Maka itu merupakan kesimpulankecil bagi perenggan yang kedua.

    Contoh: Maka itu, karikatur penghinaanm khususnyayang melibatkan soal akidah dan kepercayaan,penerbitannya tidak patut dibenarkan sama sekali.

    Topik 1

    Sistem bahasa mengandungi morfem danpenyusunan morfem. Struktur pertuturan atau penulisan yang diulangadalah berasaskan fungsi dan tindak balas. Pernyataan jelas tentang ikatan asas adalahdibenarkan. Alat untuk menghasilkan ayat yang betul adalahtidak terbatas. Sistem rumus adalah terbatas untuk mewujudkanstruktur yang tidak terbatas. Sistem bahasa salah satu cabang kajian linguistikatau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa.

    Sistem bahasa ialah ilmu yang membicarakanaturan, kaedah atau sistem yang umum, meliputibidang morfologi dan sintaksis, iaitu bersifat nalardalam sesuatu bahasa. Morfologi ialah ilmu yang membicarakan struktur,bentuk dan golongan kata, serta cara perkataandiwujudkan daripada bunyi bahasa dan pengaruhnyaterhadap makna kata. Sintaksis ialah ilmu yang membicarakan prosespembinaan ayat, cara perkataan itu disusun menjadiayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat, iaitu

    dalam membentuk frasa, klausa dan ayat. KLAUSA: Unit lebih rendah daripada ayat terdiridaripada satu kumpulan atau lebih. FRASA: Kata yang membentuk unit sintaksisletaknya antara kata dengan klausa. KATA: Morfem atau gabungan morfem ialah unitterkecil yang berstatus ayat atau ujaran. Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik. Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan cirilakuan bahasa. Ciri lakuan bahasa itu mestilah dapat dilihat dan

    dirumuskan. Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalamsistem. Fungsi rumus tidak berdasarkan faktorekstralinguistik.

    Topik 2

    Wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yanterdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi olehproses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawayat selalunya didapati dalam struktur dan sistemyang teratur. Ayat sistem ialah ayat atau tutur yang dikeluar dadiasingkan daripada konteks wacana, sedangkanayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayyang betul-betul terdapat dalam wacana teks danwacana lisan. Hubungan kesinambungan cerita itu dapatmenunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan, kata-

    kata penghubung (verbindings woorden) danpengguguran (ellips). Kesatuan makna dalamwacana akan dilihat dari segi makna logik dan maktautan. Makna tautan merupakan konsep semantik danmerujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapapada suatu ujaran yang membentuk wacana. Terdapat persamaan dan perbezaan pendapattentang definisi wacana yang diperoleh daripada ahahli linguistik ataupun penulis. Wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat padaskala tatatingkat tatabahasa dan mempunyai

    keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tauta(cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan olekesinambungan maklumat. Unsur-unsur penting dalam wacana adalah sepersatuan bahasa, terlengkap, mengatasi ayat atauklausa, teratur atau tersusun rapi,berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awaldan juga akhir yang nyata. Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalamwacana. Dengan itu kohesi adalah 'organisasisintaktik'. Organisasi sintaktik merupakan wadahayat-ayat yang disusun secara padu dan padat.

    Dengan susunan sebegitu, organisasi tersebutadalah untuk menghasilkan tuturan. Kohesi merupakan hubungan di antara ayat didalam sebuah wacana, tidak kira sama ada dari sestrata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu.Dengan penguasaan dan juga pengetahuan kohesyang begitu baik akan dapat menghasilkan wacanayang baik. Dalam kohesi, kaedah-kaedah yang digunakanberdasarkan penyampaian maklumat lama danmaklumat baru. Kaedah-kaedah itu adalah seperti

  • 8/3/2019 nota-hbml-3303

    5/13

    kaedah perujukan, kaedah penggantian, kaedahpengguguran, kaedah konjungsi dan kohesi leksikal.Wacana juga dicirikan oleh kesinambunganmaklumat yang diertikan sebagai kesatuan makna.Kesatuan makna dalam wacana ini pula dapat dilihatdari segi makna logik dan makna tautan. Tautan (cohesion) berbeza dengan keteraturan

    fikiran, ini bermaksud bahawa kohesi ataupun tautanadalah merupakan konsep semantik yang jugamerujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapatipada suatu ujaran yang membentuk wacana.Manakala menurut Halliday dan Hasan (1976), tautanmerupakan satu set kemungkinan yang wujud dalambahasa untuk menjadikan suatu 'teks' ituberkesatuan. Hubungan makna, sama ada makna leksikalmahupun makna nahuan, perlu diwujudkan secarapadu dalam kesatuan yang membentuk teks. Tautanmakna dari dua sudut, iatu tautan nahuan dan tautan

    leksikal. Kedua-dua nahuan ini wujud dalam sesuatukesatuan teks. Tautan ataupun kohesi ini jugamemperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayatbagi membentuk suatu teks atau konteks dengancara menghubungkan makna yang terkandung didalam unsur. Kaedah pertautan ini lebih dikenalidalam istilah perujukan, penggantian, pengguguran,konjungsi dan nahuan leksikal. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan,kesepaduan dan sebagainya. Perujukan ataupun rujukan ini ialah merujuk kepadaunsur sebelum atau selepas yang berkaitan dengan

    hubungan semantik. Perujukan ini dilihat dari duasudut, iaitu perujukan Eksoforik dan Endoforik. Perujukan Eksoforik ini digunakan untuk merujukkepada hal-hal yang mempunyai kaitan dengansituasi yang berkembang di depan penutur ataupunpendengar yang menerima mesej ataupun maklumatyang telah disampaikan kepadanya. Perujukan eksoforik ini menerangkan tentang situasiyang merujuk kepada sesuatu yang telahdiidentifikasi dalam sesuatu konteks bagi sesebuahsituasi. Perujukan eksoforik ini merupakan hal ataupun

    fungsi yang menunjukkan kembali kepada sesuatuyang ada di luar daripada sesebuah situasi.

    Topik 3 Suatu wacana mempunyai ciri-ciri koheren(keutuhan wacana), maksud pengirim, kebolehterimaan, memberikan informasi, situasi pengujarandan intertekstualisasi. Koheren bermaksud keterikatan unsur-unsur duniateks, terutamanya susunan gagasan atau konsep;berkat hubungan-hubungan yang mengetengahkan

    hal tersebut dan isi teks dapat difahami secararelevan. Koheren dapat dipertahankan apabila dipenuhidengan aturan-aturan berikut:a. Aturan pengulangan;b. Aturan perkembangan;c. Aturan hubungan; dan

    d. Aturan yang tidak terkandung pertentangan. Untuk mempelajari wacana, terlebih dahulu perludiketahui tentang teori komunikasi, sama ada unsuunsurnya mahu pun kaedah komunikasi. Wacana merupakan satuan yang terlengkap danterbesar atas ayat atau klausa dengan kerapian(koheren) berkesinambungan yang mempunyai awdan akhir nyata yang disampaikan secara lisan atabertulis. Kepaduan makna dan kerapian bentuk merupakafaktor penting untuk menentukan tingkat keterbacadan kefahaman wacana.

    Kepaduan dan kerapian merupakan unsur hakikawacana, iaitu unsur yang turut menentukan keutuhawacana.

    Topik 4 Pelajar tidak mahir menggunakan penanda wacanuntuk mewujudkan kesinambungan idea yangdikemukakan. Pelajar yang tersilap memilih penanda wacana akmengakibatkan hilang pertautan isi dalam penulisaKeadaan ini melemahkan pengolahan danseterusnya mengakibatkan penyampaian penulisan

    menjadi kabur. Penanda wacana ialah perkataan ataupunrangkaian perkataan yang berfungsi menghubungksesuatu idea, hujah dan pandangan seseorangsemasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidakmempunyai penanda wacana yang tepat, ia akanmenyebabkan seluruh kandungan wacana berkenatidak mempunyai kesatuan dan perpautan yanglengkap. Tiga jenis penanda wacana adalah:a. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi;

    b. Memperjitu organisasi penulisan; danc. Menghubungkan fakta dengan fakta atau ideadengan idea yang lain. Antara fungsi penanda wacana adalah:a. Untuk menunjukkan maksud tambahan;b. Untuk menunjukkan maksud sebaliknya;c. Untuk menunjukkan sebab; dand. Untuk menunjukkan maksud ketika.

    Topik 5 Konsep wacana berformat ialah penulisan

  • 8/3/2019 nota-hbml-3303

    6/13

    berkesinambungan yang mengandung format-formattertentu. Penulisan tersebut adalah seperti berikut:a. Surat kiriman tidak rasmi;b. Surat kiriman rasmi;c. Dialog;d. Syarahan;

    e. Ucapan;f. Laporan;g. Berita;h. Catatan harian; dani. Perbahasan. Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikutcara tertentu. Penulisan berformat yang ditulis tidakmengikut format yang ditetapkan, boleh menjejaskankonsep wacana. Pengaplikasian wacana berformat dalampengajaran penulisan sekolah rendah dan menengahmembabitkan kehendak atau peraturan penulisan,

    proses penulisan dan rangka kasar pencerakinanidea supaya wujud kesinambungan. Peraturan wacana berformat:a. Penulisan mestilah lengkap dan sempurna sertamempunyai sekurang-kurangnya tiga isi minimumyang dikembangkan dengan huraian dan contoh ataubukti yang kukuh dan relevan dengan isu-isu semasayang dikemukakan dan bertepatan dengan tajuk yangdipilih.b. Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yangdiberi.c. Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea

    semasa mengolah isi agar terlihat kesinambunganidea antara ayat.d. Murid juga perlu menggunakan penanda wacanadengan betul.e. Murid juga harus menggunakan bahasa yang baikdan lancar agar tidak menampakkan ketergantunganidea.f. Pemerengganan dalam penulisan hendaklahseimbang. Pemerengganan yang dicadangkan antaralima hingga tujuh perenggan dan menggunakantanda baca yang betul dan tepat.g. Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu

    atau dua kesalahan bahasa sahaja.h. Murid harus menggunakan kepelbagaian ragamayat dan penggunaan struktur ayat yang betul.i. Gariskan perkara-perkara penting dan tentukanformat yang dikehendaki jika penulisanberkehendakkan format.

    j. Hasilkan peta minda atau membuat rangkapenulisan sebelum menulis agar dapat membimbingpelajar/memberi contoh dalam menyusun isi/idea. Proses menulis pula adalah seperti berikut:a. Pilihlah tajuk yang benar-benar difahami, sesuai

    dengan pengetahuan, pemahaman dan keupayaanmengolah dan mengembangkan isinya. Pengetahutentang tajuk yang dipilih adalah dari segi:i. Bentuk atau format penulisanii. Isi-isi1. Laras bahasaiii. Daripada penguasaan perkara-perkara tersebut

    barulah dapat membuat pemilihan yang terbaik dansekali gus mampu menghasilkan penulisan yangsempurna.iv. Walau bagaimanapun, jika mempunyaipengetahuan tentang tajuk atau soalan yang diberitetapi tidak tahu kehendaknya, ini juga bukanlah sapilihan yang baik dan tepat kerana ini akanmemerangkap diri sendiri.v. Begitu juga jika memiliki pengetahuan dan fahamdengan kehendak soalan atau tajuk, tetapi tidak yaakan kemampuan untuk menghurai ataumengembangkannya, maka itu juga bukan satu

    pilihan yang tepat.vi. Oleh sebab itu, pilihlah tajuk atau soalan yangbenar-benar difahami dan yakin bolehmenguasainya.vii. Untuk menguasai kemahiran tentang formatkarangan dan laras bahasanya, perlu memahamiperbezaan format dan laras bahasa bagi penulisanyang pelbagai jenisnya dan perlulah rajin membuatlatihan pelbagai jenis penulisan.viii. Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentangsesuatu tajuk penulisan, murid perlu banyakmembaca bahan bacaan, seperti buku ilmu

    pengetahuan, majalah, surat khabar dan sebagainyix. Catatlah fakta daripada bahan bacaan yangdibaca, kemudian simpan dengan baik. Dengan caini, murid boleh membuat rujukan pada bila-bilamasa.b. Susunan penulisan berformat ialah:i. Rangka ialah garis kasar bagi membentukpenulisan yang lengkap.ii. Rangka penulisan berfungsi sebagai panduanuntuk murid menulis.iii. Rangka penulisan membantu murid:1. Memastikan bahawa perkara-perkara yang

    dikemukakan tidak lari/terpesong daripada tajuk atasoalan.2. Menyusun isi-isi/fakta mengikut susunan yangbetul.

    Menghasilkan perenggan yang cemerlang.Menganggarkan bilangan patah perkataan dalam

    setiap isi yang dihuraikan/diolah.Memastikan had karangan ditulis mengikut arah

    melebihi jumlah patah perkataan dikehendaki.Mengelakkan pengulangan fakta.

    3. Rangka penulisan itu mestilah ringkas. Sebaik-

  • 8/3/2019 nota-hbml-3303

    7/13

    baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting untukmenjimatkan masa.iv. Secara umumnya, rangka sesuatu penulisanmestilah terdiri daripada:1. Pendahuluan2. Isi-isi penting3. Penutup

    v. Pembinaan perenggan pula perlu disesuaikandengan perkara-perkara berikut:a. Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu isi yang lengkap dengan huraian dancontoh untuk mengukuhkan isi.b. Huraian yang dimaksudkan ini ialah keteranganatau penjelasan berupa maklumat tambahan, ulasandan sokongan tentang isi-isi tersebut.c. Struktur perenggan yang baik ialah memulakanperenggan dengan menyatakan isi pokok, diikuti olehhuraian lanjut serta contoh yang dapat memperkukuhisi penting.

    d. Walau bagaimanapun, binaan perenggan tidaksemestinya tetap. Anda boleh juga memulakanperenggan itu dengan isi pokok.e. Setiap isi dalam setiap perenggan mestilahmempunyai pertalian. Gunakan penanda wacanayang sesuai untuk mewujudkan kesinambungan isi.f. Panjang setiap perenggan perlu seimbang. Sebaik-baiknya panjang pendahuluan dan penutup harusseimbang dengan isi.vi. Proses penyemakan adalah seperti berikut:. Proses akhir selepas menulis ialah menyemak ataumenyunting. Perkara ini perlu dilakukan untuk

    memastikan segala aspek dalam penulisan dipatuhi.a. Aspek yang perlu disemak atau disunting ialahkesalahan bahasa, jumlah perkataan,pemerengganan.b. Ketika menyemak, pastikan tidak ada isi pentingyang tertinggal.c. Seandainya terdapat isi-isi penting yang tidakdisertai contoh atau contoh yang disertakan itu agaklemah, tambahlah contoh yang lebih tepat.d. Aspek bahasa yang perlu disemak ialah ejaan,tanda baca dan tatabahasa.e. Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya,

    maka kemaskanlah tulisan kata-kata tersebut.f. Penulisan yang disunting dengan baik akanmemudahkan pembaca membaca dan mengesan isi;oleh yang demikian, penulisan akan menjadi mantap.vii. Rangka penulisan meliputi contoh tentangpendahuluan, isi-isi dan penutup.

    Topik 6 Konsep wacana tak berformat dalam bahasaMelayu berfokus kepada pengujian kefahamanmengenai topik penulisan, pengujian kebolehan,

    kemahiran dan keupayaan untuk menarik minatpembaca, pengujian fikiran, pendapat dan idea-idedan pengujian tentang pengukuran pembacaan. Sebelum membuat sesuatu penulisan, pelajarhendaklah memilih dan memahami tajuk ataukehendak sesuatu soalan. Selepas itu kita fikirkanlapula tentang:

    a. Pengenalan;b. Isi-isi; danc. Penutup. Setiap penulisan wacana tak berformat jugamestilah mempunyai pembukaan atau pengenalanDalam pengenalan, hendaklah diperkenalkansesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembacatidak tahu atau faham. Pelajar hendaklah mampumenarik perhatian pembaca supaya ingin membacasesuatu penulisan itu. Pengenalan dibuat secararingkas dan am sahaja, memadai tiga atau empatayat. Pembukaan penulisan yang menarik akan

    meninggalkan kesan yang positif dan mendalamkepada pembaca. Oleh itu, pastikanlah terlebihdahulu pembukaan penulisan hendaklah bersihdaripada kesalahan tatabahasa atau ejaan. Isi hendaklah mengikut kehendak sesuatu topik.Penulisan perlu mempunyai sekurang-kurangnyaempat isi. Isi yang lebih tidak menjadi masalah, tetamungkin menyebabkan kekurangan masa. Isihendaklah disusun denganteratur dan berkait antarsatu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalamperenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukanSetiap isi perlu dikembang atau dihuraikan dan ada

    contoh/bukti. Sebaik-baiknya satu isi bagi satuperenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkrapat. Tiaptiap perenggan tidak semestinya samapanjang. Mungkin sesuatu perenggan itu lebihpanjang daripada perenggan yang lain. Hal inidemikian kerana sesuatu isi utama yang inginditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjandaripada perenggan yang lain.Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menariminat pembaca untuk mengikuti penulisan tersebutmaka penutupnya juga hendaklah memberikansesuatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah

    yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiransesuatu penulisan. Dalam penutup digambarkan jupendapat dengan ringkas tentang sesuatuperbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkanpenulisan secara mengejut atau tergantung. Oleh itpenutup juga penting dalam tiap-tiap penulisan. Wacana tak berformat dalam tatabahasa bahasaMelayu dimaksudkan sebagai penulisan yang bebadaripada sebarang ikatan penggunaan format. Walbagaimanapun, penulisan jenis ini banyak berfokuskepada pencorakan idea dan kesinambungan yang

  • 8/3/2019 nota-hbml-3303

    8/13

    kreatif. Ciri-ciri wacana tak berformat berkisar kepadapenggunaan kaedah, penyusunan, proses semasapenulisan dan penyemakan. Penyusunan rangka penulisan:a. Pilih mana-mana kaedah yang mudah untukmemperoleh isi.

    b. Senaraikan semua isi penting secara ringkas.c. Susun isi mengikut urutan kepentingannya.d. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagisetiap isi yang akandihuraikan.e. Isi penting jangan diulang-ulang. Semasa penulisan:a. Semasa menulis, mulakan dengan pendahuluanterlebih dahulu dalamsatu perenggan.b. Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satuperenggan berserta

    dengan contoh. Bahagian-bahagian penulisan yang ideal:a. Perenggan pendahuluanb. Perenggan isi pertamac. Perenggan isi keduad. Perenggan isi ketigae. Perenggan isi keempatf. Perenggan penutup Penyemakan:a. Setelah selesai menulis, murid perlu menyemakuntuk memastikan sama ada terdapat tulisan yangkurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca,

    penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah danaspek tatabahasa yang lain.b. Baca berulang kali untuk memastikan ketepatanpenulisan. Murid digalakkan menulis ayat yang pendek ,ringkas, tepat dan padat berbanding ayat yangpanjang. Hal ini demikian kerana ayat yang panjangbiasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.

    Biasakan diri untuk mengolah ayat daripada isi yangtelah disenaraikan. Aplikasi dalam pengajaranpenulisan wacana tak berformat di sekolah rendah

    dan menengah kebiasaannya menjurus kepadakonteks panduan dan kerangka. Contoh Panduan Penulisan Perbincangan /Pendapat:a. Penulisan jenis ini tidak mempunyai format khusus.b. Lazimnya, penulisan jenis ini menghendaki muridmembincangkan sesuatu topik yang diberikandengan berdasarkan pengalaman.c. Bagi menulis karangan jenis ini, murid perlumempunyai kemahiran berhujah dan pengetahuanyang luas tentang topik yang dibincangkan.

    d. Hujah yang diberi mestilah logik untukmenunjukkan kematangan dan kebijaksanaan dalamenghuraikan contoh berdasarkan isi.e. Murid perlu mempunyai sikap yang rasional untumembuat pertimbangan dan menghuraikan isu-isuyang sensitif. Bagi sesuatu topik, murid perlu bergantung kepad

    kehendak penulisan.a. Sesuatu topik selalunya menghendaki murid:i. mengemukakan hujah daripada satu pihak sahajaatauii. mengemukakan hujah daripada dua pihak.b. Contoh topik yang memerlukan muridmengemukakan hujah daripada satu pihak ialah:Bincangkan keburukan kedatangan pekerja asing knegara ini.c. Contoh topik yang memerlukan muridmengemukakan hujah daripada kedua-dua pihakialah: Bincangkan kebaikan dan keburukan kehadir

    pekerja asing ke negara ini.d. Gunakan bahasa yang mudah, tepat, padat danringkas. Elakkan daripada menggunakan bahasayang berbunga-bunga dan terlalu panjang.e. Penulisan mesti mengikut kebiasaan formatpenulisan sebenar, iaitu terdapatnya pendahuluan, dan penutup, iaitu:i. Pendahuluan - Membayangkan perkara yang ingdibincangkan selanjutnya.ii. Isi - Mengandungi hujah, ulasan dan pendapattentang isu yang dikemukakan. Sertakan contoh yasesuai.

    iii. Penutup - Kesimpulan tentang isu yangdibincangkan.

    Topik 7

    Wacana argumentatif biasanya digunakan untukmempengaruhi penerima pesan (adressee) agarmelakukan perubahan sikap dan tindakan. Di dalamwacana ini, yang terpenting adalah fungsi ajakan(appeal) yang terdapat pada mana-mana modelorganon Bhler, iaitu disebut sebagai aspek signalbahasa, iaitu penerima pesan mengesan sesuatu

    daripada pesanan. Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapadikenali sebagai wacana persuasif yang bertujuanuntuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuandengan lebih berkesan. Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideoloatau berbentuk propaganda, wacana persuasifadalah wahana dalam penulisan untukmempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai. Secara umumnya, kemahiran dalam wacanapersuasif melibatkan:

  • 8/3/2019 nota-hbml-3303

    9/13

    a. Penguasaan tatabahasab. Penggunaan pelbagai ragam bahasac. Penyampaian pemikiran secara teratur dansistematik(d. Penguasaan corak dan bentuk penulisan Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhiseseorang, wacana yang terhasil merupakan

    manifestasi yang dipengaruhi oleh khalayak wacanaberkenaan. Di samping itu, struktur wacana persuasifpula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana.Wacana persuasif dikembangkan kepada empatcara, iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian),eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.Induktif Mengemukakan fakta dan maklumat yangberbentuk khusus dan kemudian membuatkesimpulan atau rumusan.Deduktif Mengemukakan satu pernyataan yangumum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yangkhusus.

    Analogi Menggunakan kiasan atau perbandinganuntuk menunjukkan persamaan atau perbezaanantara dua perkara atau senario.

    Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikanperhatian. Dalam penulisan pemujukan,penyampaian ideologi atau berbentuk propaganda,persuasif adalah alat-alat dalam penulisan untukmempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai.Secara umumnya, kemahiran persuasif melibatkanpenguasaan tatabahasa, penggunaan pelbagairagam bahasa, penyampaian pemikiran secara

    teratur dan sistematik dan penguasaan corak danbentuk penulisan. Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikanperhatian dalam penggunaan persuasif. Yangpertama, seseorang penghasil wacana perlumenguasai sesuatu bahasa dengan baik. Kedua,penghasil wacana mestilah tahu akan perkara atautajuk yang hendak disampaikan dengan bahasatersebut. Persuasif pemerian bertujuan memberikangambaran visual yang jelas kepada khalayak sepertidalam pelukisan.

    Dalam persuasif pemerian, penghasil wacanamemindahkan pengamatan dan perhatiannya kepadakhalayak. Bahan yang dipindahkan termasuklah imej,hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, latar dansebagainya. Pemerian seharusnya dilakukan secaraobjektif, tepat dan jelas. Untuk menghasilkan wacana dengan persuasifpemerian, penghasil wacana boleh memberikangambaran secara realistik atau impresionistik. Selainbentuk prosa, persuasif pemerian juga terdapatdalam bentuk puisi.

    Persuasif pemujukan dikenal juga sebagai persuapengaruhan. Dalam persuasif pemujukan, penulis atau penuturberusaha untuk mengubah dan mempengaruhipemikiran, keyakinan dan pandangan pembaca atapendengar. Persuasif pemujukan mementingkan kehalusan

    berbahasa dengan menyelitkan unsur-unsur psikolserta perbandingan kebaikan dan keburukan. Salah satu ciri penting dalam persuasif pemujukaialah penghasil wacana akan memainkan emosipenerima wacana. Dengan memanipulasikan emosi khalayak,penghasil wacana berharap pendirian penerimawacana akan berubah, lalu bertindak mengikutkehendak penghasil wacana. Persuasif pemujukan juga sering menggunakanbahasa yang manis dan menarik. Penggunaanbahasa yang demikian terdapat dalam iklan yang

    menggunakan persuasif pemujukan. Persuasif pemujukan memberikan penerangantentang sesuatu perkara dengan terperinci daripadasatu langkah kepada satu langkah yang lain.Persuasif penerangan bertujuan untuk memberikanmaklumat kepada penguna wacana. Persuasif pemujukan dikatakan bersifat informatik Dalam lisan, persuasif penerangan menyampaikamaklumat dan mesej tertentu dengan intonasi dannada yang menarik. Persuasif penerangan menggunakan bahasa formyang tepat, jelas dan bernas supaya orang yang

    diberi penerangan mengetahui dan memahamimaklumat yang dsampaikan. Persuasif ini merupakan satu bentuk penyampaiamelalui cerita, sama ada dalam bentuk penulisanmahupun lisan. Selain itu, gaya naratif ini bolehditemui pada laporan akhbar, laporan aktiviti, minitmesyuarat atau ceramah syarahan yangmenerangkan sesuatu. Persuasif penceritaan menyampaikan sesuatucerita, iaitu menghubungkan beberapa siri peristiwayang berkaitan dalam satu plot yang logik. Persuasif penceritaan digunakan dalam penulisan

    cerpen, novel, autobiografi, lipur lara, hikayat dansebagainya. Persuasif ini mengandung empat prinsyang bertalian iaitu kesatuan, pertautan, penekanadan gaya bahasa yang menarik. Persuasif pendedahan merujuk kepada satu teknipemakaian bahasa yang menampakkan sesuatuperkara atau topik sehingga perkara atau topiktersebut dapat diketahui dan difahami oleh khalayaSelain pendedahan, persuasif ini juga dikenalisebagai persuasif penjelasan. Hal ini demikian kerana tujuan persuasif adalah

  • 8/3/2019 nota-hbml-3303

    10/13

    untuk memberikan pemahaman kepada khalayak. Dalam persuasif pendedahan, penghasil wacanaberusaha memindahkan ideanya kepada khalayaksecara berkesan. Biasanya idea sering dijelaskanadalah dengan menggunakan persuasif pendedahan,iaitu idea yang berkaitan dengan definisi, konsep,istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses dan

    dasar tertentu. Sama seperti persuasif pemujukan, persuasifpenghujahan juga tergolong sebagai persuasifpengaruh. Persuasif penghujahan turut dikenali sebagaipemujukan rasional atau intelek. Perbezaan lain antara persuasif pemujukan denganpersuasif penghujahan adalah dari segi pendekatan.Dalam hal ini, persuasif pemujukan agak agresifsehingga menghendaki khalayak bertindak mengikutkemahuan penghasil wacana. Persuasif penghujahan hanya memerlukan

    khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yangdikemukakan. Khalayak dianggap orang yang sangat bijak, objektifdan berkemampuan membuat penilaian sendiriterhadap sesuatu usul. Terdapat tiga unsur penting dalam persuasifpenghujahan, iaitu kenyataan tesis, premis dankhalayak. Umumnya, persuasif penghujahan bolehmemanfaatkan teknik penyampaian idea secaradeduksi dan induksi. Persuasif penghujahan seringdigunakan dalam perbahasan, perbicaraan, forum,

    tesis, kertas kerja dan latihan ilmiah. Prinsip-prinsip persuasif ini adalah berlandaskanSistem Teoritikal Koheren, iaitu segala bentukpendapat, penyusunan dan gaya penyampaianadalah berkaitan. Berkaitan antara satu idea merupakan satu prosespemikiran yang penting untukmelahirkankesinambungan dalam penulisan. Setiappendapat adalah saling berhubungan dengansimbolik penjelmaan dalam proses berfikir. Prosespemikiran yang tidak logik juga penting dalam prosespenulisan.

    Proses penulisan adalah satu proses yang murni.Murni jika penulisan mengikut ketepatan tajuk. Proses menulis bermula daripada satu pergerakanidea yang tidak dikenali keseluruhannya kepada yangdiketahui keseluruhannya. Pengulangan dalamproses perubahan adalah daripada bentuk terhadkepada luas. Pembentukan wacana adalah pentingdalam setiap bahagian penulisan. Analisis sintagmatik dan paradigmatik juga sangatpenting untuk mengembangkan wacana dalamproses penulisan.

    Dalam memperkatakan persuasif penulisan, aspeyang utama adalah frasa penghubung dan katarujukan. Dalam kemahiran menulis, terdapat beberapasubkemahiran yang perlu sekiranya mahumenghasilkan penulisan yang berkualiti baik. Antarsubkemahiran yang penting adalah kemahiran

    sintaksis pada peringkat ayat yang merupakanperkara utama dan paling asas dalam ekspresi danpenyampaian idea. Perenggan-perenggan yang baik tidak dapat dibintanpa ayat-ayat yang efektif untuk menyampaikanhasrat dan maksud penulis. Satu gejala universal wujud dalam berbahasasesuatu sama ada tentang manusia, benda atau hatidak akan dipergunakan berulang kali dalam konteyang sama. Pengulangan kata yang sama tanpa satu tujuanyang jelas akan menimbulkan rasa kurang selesa.

    Kata ganti tersebut timbul untuk menghindaripengulangan dalam ayat berikutnya. Dengandemikian, kata rujukan atau kata ganti dapatberfungsi untuk menjadi kesepaduan yang baik danteratur antara ayat-ayat yang membina sesuatupenulisan. Terdapat beberapa teknik yang digunakan olehpenghasil wacana untuk menyampaikan idea dengberkesan dalam sesebuah penulisan. Antaranya iatakrifan, pencerakinan, analogi, petikan, deduksi dainduksi. Pendekatan persuasif menggunakan asas

    pemujukan sebagai elemen penting dalam sesuatupenulisan. Kemampuan penulis menggarap isi dan mesejpenulisan terletak kepada input-input bahasa,pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logik sekemahiran menulis yang dimilikinya. Kesemuaelemen ini akan merangkumkan perenggan-perenggan penulisan. Kemahiran persuasif merupakan kemahiran menuyang diperlukan oleh seseorang penulis sebelumdapat menghasilkan penulisan yang berkesan sertaidea yang jelas dan tepat.

    Kemahiran persuasif memerlukan latihan yangsistematik dan berterusan. Penulis yang telah dapamenguasai kemahiran persuasif pastinya akan dapmenghasilkan penulisan yang bermutu dan menariDalam penulisan surat rasmi, persuasif yangdigunakan ialah persuasif penerangan, iaitu persuayang menggunakan bahasa formal yang tepat, jeladan bernas supaya orang yang diberikan penerangmengetahui dan memaklumi maklumat yangdisampaikan. Dalam penulisan rencana, persuasif yang

  • 8/3/2019 nota-hbml-3303

    11/13

    digunakan ialah persuasif penerangan, pendedahandan penghujahan. Persuasif tersebut digunakandalam rencana adalah untuk menyampaikanmaklumat dan mesej tertentu dengan intonasi dannada yag menarik, memberi pemahaman dan hujahyang logik. Bagi penulisan laporan dan minit mesyuarat,

    persuasif yang digunakan adalah persuasifpenerangan untuk memberikan maklumat kepadapembaca, sekali gus bersifat informatif. Dalampersuasif jenis ini, bahasa formal yang jelas dan tepatdigunakan untuk memberikan penerangan terhadapmaklumat yang disampaikan. Ulasan dan komentar

    juga menggunakan persuasif penerangan dalampenulisannya. Pengumuman dan pengacaraan majlismenggunakan persuasif penerangan danpendedahan. Persuasif penerangan bertujuan memberikan

    maklumat kepada pendengar dan mesej sertamaklumat disampaikan dengan nada dan intonasiyang menarik. Persuasif pendedahan pula berfungsi untukmemberikan pemahaman kepada khalayak supayakhalayak dapat memahami sesuatu topik.

    Topik 8 Beberapa definisi dan pendapat daripada pakar-pakar bahasa tentang wacana deskriptif. Dalampengertian linguistik, wacana deskriptif adalahkesatuan makna (semantik) antara bahagian dalam

    sesuatu binaan bahasa. Wacana deskriptif berfungsi sebagai kesatuanmakna dan dilihat sebagai pembina bahasa yangutuh. Hal ini demikian kerana setiap bahagian dalamwacana tersebut saling berhubungan dan padukedudukannya. Selain dibina atas hubungan maknaantara satuan bahasa, wacana deskriptif juga terikatdengan konteks. Kontekslah yang dapat membezakannya denganwacana lain yang digunakan dalam pemakaianbahasa komunikasi dan bahasa yang bukan untuktujuan komunikasi.

    Wacana deskriptif adalah komunikasi kebahasaanyang terlihat sebagai pertukaran antara penuturdengan pendengar, juga sebagai aktiviti personal,iaitu bentuknya ditentukan oleh tujuan sosial. Wacana deskriptif adalah komunikasi lisan dantulisan yang dilihat daripada penghayatan, nilai dankategori dalamannya. Wacana deskriptif juga sebagaibidang daripada semua pernyataan. Kadangkalaturut dikenali sebagai kelompok pernyataan ataupraktik kebiasaan dan dilihat daripada sejumlahpernyataan.

    Wacana deskriptif sebagai cara objek atau ideadibincangkan secara terbuka kepada awam sehingmenimbulkan pemahaman tertentu yang tersebarluas. Wacana deskriptif dapat dilihat daripada tahapteoritikal konseptual, konteks penggunaan dankaedah penjelasan.

    Wacana deskriptif diertikan sebagai domaindaripada semua pernyataan, iaitu semua ujaran atateks yang mempunyai makna dan kesan dalam dunnyata. Wacana deskriptif menurut kontekspenggunaannya merupakan sekumpulan pernyataayang dapat dikelompokkan dalam kategori teoritikakonseptual tertentu. Menurut kaedah penjelasannywacana deskriptif merupakan suatu praktik yangdiatur untuk menjelaskan sejumlah pernyataan. Wacana deskriptif merupakan suatu pernyataanatau rangkaian pernyataan yang dinyatakan secaralisan ataupun tulisan serta memiliki hubungan makn

    antara satuan bahasanya serta terikat kepadakonteks. Dengan demikian, apapun bentukpernyataan yang disalurkan melalui pelbagaianmedia, makna konteks dikatakan sebagai sebuahwacana deskriptif. Klasifikasi wacana lain berdasarkan fungsi bahasaseperti dijelaskan berikut:a. Wacana ekspresif wacana ini bersumberkangagasan penutur atau penulis sebagai sarananekspresi, seperti wacana pidato.b. Wacana fatis wacana ini bersumberkan salurauntuk melancarkan komunikasi.

    c. Wacana informasi wacana ini bersumberkanpesanan atau informasi, seperti wacana berita dalamedia massa.d. Wacana estetik wacana ini bersumberkanpesanan dengan tekanan keindahan, seperti wacanpuisi dan lagu.e. Wacana direktif wacana ini diarahkan padatindakan atau reaksi daripada mitra penutur ataupembaca, seperti wacana khutbah. Berdasarkan saluran komunikasi, wacana lain dadibezakan atas wacana lisan dan tulisan. Wacanalisan memiliki ciri, iaitu adanya penutur dan mitra

    penutur bahasa yang dituturkan serta pertukaranpertuturan dengan bermula daripada giliran bicara. Wacana tulisan dicirikan dengan adanya penulisdan pembaca, bahasa yang ditulis dan penerapansistem ejaan. Wacana lain juga dapat dibezakan berdasarkancara pemaparannya, iaitu yang terdiri daripadawacana naratif, wacana ekspositoris, wacanahortatoris dan wacana prosedural. Setiap wacana memiliki tema sebab. Tema merupakan hal yang diceritakan sepanjang

  • 8/3/2019 nota-hbml-3303

    12/13

    wacana. Tema menjadi acuan atau ruang lingkupagar isi wacana teratur, terarah dan tidakmenyimpang. Sebelum menulis wacana, seseorangharus terlebih dahulu menentukan tema, setelah itubarulah tujuan. Tujuan ini berkaitan dengan bentuk atau model isiwacana. Tema wacana akan diungkapkan dalam

    corak atau jenis tulisan seperti bergantung padatujuan dan keinginan si penulis. Kerangka penulisan bermanfaat adalah sepertiberikut:a. Pedoman agar penulisan dapat teratur danterarah.b. Menggambarkan pola susunan dan kaitan antarapemikiran pokok / topik.c. Membantu penulis melihat adanya pokokkebahasaan yang menyimpang daripada topik danadanya pemikiran pokok yang sama.d. Menjadikan gambaran secara umum tentang

    struktur idea penulisan sehingga membantupengumpulan bahan-bahan yang diperlukan. Kaedah penyusunan kerangka penulisan supayaefektif, iaitu seperti berikut:a. Menentukan tema/topik penulisan.b. Menghayati tema dalam topik-topik/subtema.c. Mengembangkan topik-topik menjadi subtopik.d. Mengintegrasikan beberapa subtopik.e. Menyelaraskan topik dan subsubtopik.f. Menentukan pola pengembangan penulisan. Kerangka Penulisan dapat ditulis dalam dua bentuk,iaitu seperti berikut:

    a. Kerangka kalimat adalah kerangka penulisan yangdisusun dalam bentuk kalimat lengkap yangmenggarap idea-idea pokok penulisan.b. Kerangka topik adalah kerangka penulisan yangdigarap dalam bentuk frasa dan klausa sehinggatampak lebih praktik. Narasi adalah cerita yang didasarkan pada urutansuatu kejadian atau peristiwa. Narasi dapat berupafakta, misalnya biografi (riwayat seseorang), riwayathidup seseorang yang ditulisnya sendiri atau kisahpengalaman. Narasi seperti ini disebut dengan narasiekspositoris.

    Unsur-unsur penting dalam sebuah narasi adalah:a. Kejadianb. Tokohc. Konflikd. Alur / plote. Latar yang terdiri atas latar waktu, tempat dansuasana. Narasi dihuraikan dalam bentuk penceritaan yangditandakan oleh adanya huraian secara kronologis(urutan waktu). Penggunaan kata hubung yangmenyatakan waktu atau urutan, seperti lalu,

    selanjutnya, keesokan harinya, atau setahunkemudian kerap digunakan. Tahap menulis narasi, iaitu sebagai berikut:a. Menentukan tema cerita.b. Menentukan tujuan.c. Mendaftarkan topik atau gagasan pokok.d. Menyusun gagasan pokok menjadi kerangka

    penulisan.e. Secara kronologis atau urutan waktu.f. Mengembangkan kerangka menjadi penulisan. Kerangka penulisan yang bersifat naratif dapatdikembangkan dengan pola urutan waktu. Penyajiaberdasarkan urutan waktu adalah urutan yangdidasarkan pada tahap-tahap peristiwa atau kejadiaPola urutan waktu ini sering digunakan pada cerpenovel, cinta, kisah perjalanan, cerita sejarah dansebagainya. Tahap penulisan eksposisi:a. Menentukan objek pengamatan

    b. Menentukan tujuan dan pola eksposisic. Mengumpulkan data atau bahand. Menyusun kerangka penulisane. Mengembangkan kerangka menjadi penulisan Pengembangan kerangka penulisan berbentukeksposisi yang berpolakan penyampaian berikut:a. Urutan topik yang ada:Pola urutan ini berkaitan dengan penyebutanbahagian-bahagian bagi sesuatu benda, hal atauperistiwa tanpa mengecualikan yang terpenting.Semua bahagian dianggap bernilai sama.b. Urutan klimaks dan antiklimaks:

    Pola persembahan dimulai dari hal yang mudah /yang sederhana menuju kepada hal yang semakinpenting atau puncak peristiwa dan sebaliknya bagiantiklimaks.

    Topik 9 Murid boleh mendapat markah penuh bagi aspek

    jika penulisan mempunyai perkara yang ditetapkaniaitu pengenalan, isi yang lebih daripada tiga danpenutup. Murid juga akan memperoleh markah penuh bagiaspek bahasa jika penulisan mengandungi wacana

    yang mantap, selain tidak melakukan sebarangkesalahan. Sekiranya penulisan tidak mengikut format yangditetapkan, sebanyak 3 markah boleh ditolakdaripada markah keseluruhan. Bagi penulisan yang terpesong pula, hanya 5markah sahaja diberi. Beberapa perkara perlu diberikan perhatian olehmurid dalam usaha menghasilkan penulisan yangbaik. Fahami kehendak soalan dan format penulisanny

  • 8/3/2019 nota-hbml-3303

    13/13

    (jika karangan berformat). Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi. Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti adapendahuluan, isi dan penutup. Pelbagai caramencatat isi, antaranya menggunakan konsep petaminda dan penomboran. Menulis berdasarkan isi/kerangka penulisan. Patuhi

    format (jika berkaitan). Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadaidengan satu atau dua ayat. Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti denganpenjelasan atau keterangan lanjut serta contohnya.Memadai dengan tiga atau empat ayat. Penutup juga ringkas sebagai rumusan ataukesimpulan. Memadai dengan satu atau dua ayat. Baca semula hasil penulisan yang telah siap danpada masa yang sama semak pelbagai perkara, iaitu:a. Format

    b. Isi / Huraianc. Imbuhand. Struktur Ayate. Ejaanf. Tanda Bacag. Perbendaharaan Kata Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi

    beberapa kekurangan. Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menaminat pembaca untuk mengikuti penulisan tersebutmaka penutupnya juga hendaklah memberi suatukepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi wacana kesimpulan /rumusan atau akhiran sesuatu penulisan. Dalam penutup digambarkan juga pendapadengan ringkas tentang sesuatu perbincangaatau t

    ajuk.