nota hadith 5 o level

9
HADITH 1: MENGUTAMAKAN YANG SENANG ¾ËWh¸?Âh¸??¾lG ¿Úl¸?ÈÎÚt¸?Æ˹¤»@° 8 ?Èh-ÁKÙÈ?ÈhpGÈ?Èhl¥KÙÈ?ÈhlÊ 1- Erti Hadith: Rasululah S.A.W bersabda: "Hendaklah kamu menyenang-nyenangkan dan janganlah kamu menyusah nyusahkan serta hendaklah kamu menghiburkan dan janganlah kamu menakut nakutkan" 2- Erti perkataan Ertinya Perkataan Hendaklah kamu menyenang-nyenangkan dan janganlah kamu menyusah nyusahkan ?Èhl¥KÙÈ?ÈhlÊ hendaklah kamu menghiburkan dan janganlah kamu menakut nakutkan ÙÈ?ÈhpGÈ ?Èh-ÁK 3- Maksud potongan ayat ?Èhl¥KÙÈ?ÈhlÊ Ertinya: Hendaklah kamu menyenang-nyenangkan dan janganlah kamu menyusah nyusahkan. Huraiannya : Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa menasihati umatnya supaya menganggap mudah akan ajaran-ajaran Islam itu dan menegah kita dari menganggapnya sebagai beban yang berat atau tanggungjawab yang menyusahkan kita. ?Èh-ÁKÙÈ?ÈhpGÈ Ertinya: hendaklah kamu menghiburkan dan janganlah kamu menakut nakutkan. Huraiannya: Seterusnya Rasulullah S.A.W. menyuruh kita supaya menghiburkan hati dan melarang kita dari menakut-nakutkan diri kita atau orang lain dalam memikirkan tugas dan kewajipan kita terhadap ugama. 4- Keterangan maksud hadith ?Èhl¥KÙÈ?ÈhlÊ a. Ugama Islam dan segala pengajarannya diturunkan oleh Allah melalui wahyu yang dibawa oleh Malikat Jibrail dan undang-undang Islam itu semuanya diturunkan mengikut beberapa dasar yang tertentu bagi kesejahteraan dan kepentingan umat manusia seluruhnya. Di antara dasar-dasar yang diikuti oleh Islam dalam mengenakan hukum kepada umat Islam ada 4 dasar: i. Dasar sedikit-sedikit dan beransur-ansur. ii. Dasar berjimat cermat dalam perundangan. iii. Dasar mudah dan ringan. iv. Dasar menjaga muslihat dan memelihara kepentingan manusia. i. Dasar sedikit-sedikit dan beransur-ansur. Allah tidak menurunkan Ugama Islam itu dengan serentak atau sekali gus akan tetapi secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit dalam masa lebih kurang 22 tahun dan beberapa bulan. Tujuannya ialah supaya umat Islam mudah mengikuti dan memahami undang-undang Islam dengan perlahan lahan. Misalnya hukum mengharamkan arak, judi, riba tidak diperintahkan (diharamkan) dengan serta merta kecuali setelah Islam bertapak di Madinah. ii. Dasar berjimat cermat dalam perundangan. Suatu hukum diturunkan hanya sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh suasana dan kejadian yang berlaku pada masa itu sahaja. Tujuannya supaya hukum dan undang-undang yang diturunkan sesuai dengan masa itu sahaja dan kerana menjaga muslihat serta keperluan orang yang tinggal pada zaman itu sahaja. iii. Dasar mudah dan ringan. pdfMachine - is a pdf writer that produces quality PDF files with ease! Get yours now! “Thank you very much! I can use Acrobat Distiller or the Acrobat PDFWriter but I consider your product a lot easier to use and much preferable to Adobe's" A.Sarras - USA

Upload: rasidi-sulaiman

Post on 13-Jul-2015

1.827 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Hadith 5 O Level

HADITH 1: MENGUTAMAKAN YANG SENANG

¾ËWh¸?�Â�h¸?��?�¾lG� �¿Úl¸?È�ÎÚt¸?�Æ˹¤�»@°8� �

?Èh­ÁK�ÙÈ�?ÈhpGÈ�?Èhl¥KÙÈ�?ÈhlÊ� � 1- Erti Hadith: Rasululah S.A.W bersabda: "Hendaklah kamu menyenang-nyenangkan dan janganlah kamu menyusah nyusahkan serta hendaklah kamu menghiburkan dan janganlah kamu menakut nakutkan" 2- Erti perkataan

Ertinya Perkataan

Hendaklah kamu menyenang-nyenangkan dan janganlah kamu menyusah nyusahkan ?Èhl¥K�ÙÈ�?ÈhlÊ� �hendaklah kamu menghiburkan dan janganlah kamu menakut nakutkan ÙÈ�?ÈhpGÈ?Èh­ÁK

3- Maksud potongan ayat

?Èhl¥KÙÈ�?ÈhlÊ� �Ertinya: Hendaklah kamu menyenang-nyenangkan dan janganlah kamu menyusah nyusahkan.

Huraiannya : Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa menasihati umatnya supaya menganggap mudah akan ajaran-ajaran Islam itu dan menegah kita dari menganggapnya sebagai beban yang berat atau tanggungjawab yang menyusahkan kita.

�?Èh­ÁK�ÙÈ�?ÈhpGÈ� �Ertinya: hendaklah kamu menghiburkan dan janganlah kamu menakut nakutkan.

Huraiannya: Seterusnya Rasulullah S.A.W. menyuruh kita supaya menghiburkan hati dan melarang kita dari menakut-nakutkan diri kita atau orang lain dalam memikirkan tugas dan kewajipan kita terhadap ugama.

4- Keterangan maksud hadith

?Èhl¥KÙÈ�?ÈhlÊ� �a. Ugama Islam dan segala pengajarannya diturunkan oleh Allah melalui wahyu yang dibawa oleh Malikat Jibrail

dan undang-undang Islam itu semuanya diturunkan mengikut beberapa dasar yang tertentu bagi kesejahteraan dan kepentingan umat manusia seluruhnya. Di antara dasar-dasar yang diikuti oleh Islam dalam mengenakan hukum kepada umat Islam ada 4 dasar:

i. Dasar sedikit-sedikit dan beransur-ansur.

ii. Dasar berjimat cermat dalam perundangan.

iii. Dasar mudah dan ringan.

iv. Dasar menjaga muslihat dan memelihara kepentingan manusia.

i. Dasar sedikit-sedikit dan beransur-ansur.

Allah tidak menurunkan Ugama Islam itu dengan serentak atau sekali gus akan tetapi secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit dalam masa lebih kurang 22 tahun dan beberapa bulan. Tujuannya ialah supaya umat Islam mudah mengikuti dan memahami undang-undang Islam dengan perlahan lahan. Misalnya hukum mengharamkan arak, judi, riba tidak diperintahkan (diharamkan) dengan serta merta kecuali setelah Islam bertapak di Madinah.

ii. Dasar berjimat cermat dalam perundangan.

Suatu hukum diturunkan hanya sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh suasana dan kejadian yang berlaku pada masa itu sahaja. Tujuannya supaya hukum dan undang-undang yang diturunkan sesuai dengan masa itu sahaja dan kerana menjaga muslihat serta keperluan orang yang tinggal pada zaman itu sahaja.

iii. Dasar mudah dan ringan.

pdfMachine - is a pdf writer that produces quality PDF files with ease! Get yours now!

“Thank you very much! I can use Acrobat Distiller or the Acrobat PDFWriter but I consider your product a lot easier to use and much preferable to Adobe's" A.Sarras - USA

Page 2: Nota Hadith 5 O Level

Semua hukum dan undang-undang yang disusun oleh Islam bertujuan supaya mendatangkan kemudahan dan keringanan kepada umat Islam. Dasar ini dibuat untuk memberi kesenangan kepada mereka meninggalkan hukum-hukum pada masa kecemasan dan dharurat misalnya dibenarkan sembahyang secara duduk jika ada uzur seperti sakit atau bertayamum jika tidak ada air.

iv. Dasar menjaga muslihat dan memelihara kepentingan manusia.

Banyak hukum dan undang-undang Islam menunjukkan bahawa Allah mengenakan perintahnya semata-mata kerana menjaga muslihat dan kepentingan manusia. Oleh itu adanya hukum nasakh dan mansukh kerana adanya desakan atau kepentingan untuk mengubah sesuatu hukum yang lama misalnya pada permulaan Islam Allah mewajibkan qiblat ke Baitul Muqaddis kemudian dibatalkan dan ditukar ke Baitullah al Haram di Mekah.

?Èh­ÁK�ÙÈ�?ÈhpGÈ� �

b. Rasulullah S.A.W sentiasa menasihati para pendakwah supaya menyukakan hati orang yang kita seru dengan menyatakan perkara-perkara yang baik dan balasan-balasan nikmat syurga dan segala kebahagiaan dan kesenangan yang terdapat didalamnya serta menerangkan kepada mereka tentang kebaikan ajaran Islam. Elakan dari menggambarkan kepada orang yang kita seru tentang perkara-perkara yang menakutkan sehingga menyebabkan mereka lari atau tidak mahu menerima ajaran Islam itu seperti kita mengatakan barangsiapa yang tidak mengerjakan perintah agama akan dimasukan ke dalam neraka.

c. Ciri-ciri penting seorang pendakwah:

i. Mempunyai perwatakan yang baik.

ii. Pandai berbicara dan mengemukakan hujah

iii. Lemah lembut dan berbudi bahasa.

iv.Ikhlas dan jujur.

v. Sabar dalam menghadapi sebarang suasana.

5- Pengajaran Hadith

i. Rasulullah menyeru kita supaya menganggap mudah akan perintah-perintah agama supaya kita tidak terasa berat atau seolah-olah terpaksa mengerjakannya.

ii. Islam memberikan umatnya beberapa kelonggaran atau rukhsah dalam melaksanakan suruhannya dengan syarat ada keuzuran atau alasan yang munasabah bagi membolehkan mereka menggunakan kelonggaran itu.

iii. Menjalankan seruan Islam adalah menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam.

iv. Hendaklah kita menggunakan cara yang lemah lembut dalam menyiarkan agama Islam dan mengelakkan dari menyebarkan perkara yang menakutkan orang lain sehingga mereka takut dan menjauhkan diri dari menerima Islam.

v. Islam adalah agama yang mudah dan senang untuk dikerjakan.

pdfMachine - is a pdf writer that produces quality PDF files with ease! Get yours now!

“Thank you very much! I can use Acrobat Distiller or the Acrobat PDFWriter but I consider your product a lot easier to use and much preferable to Adobe's" A.Sarras - USA

Page 3: Nota Hadith 5 O Level

HADITH KEDUA

j½ËWh¸?�Â�h¸?��?�¾lG� �@á½âÅáÁá¤�ð�?�áÌçwág�õÂãËátâW�ÂG�Ã?áhã½ç¤�ãÂá¤�8kág�ï@Ê�åºâSág�»@°»É���?�\�=õg@éÁ¸?�ºãÄïA�ãÂç¼�çÏææÁï�?�âºÄA�â̄ õhã¥âÊA�*��¾¥À�»@°�»@°�8�âºá½ã¥áÊ�ã¾¹ï¬�»@°�=�Ãɹ¼@¥¸?�8âÆï̧�áhíláÊ�@á½ç̧�ÈA�âÆï̧�á²ç¹â_�@½ç̧�âºá½ã¥áÊ�ºð́,���'?ÈgÑg@`H¸?�Ç&� �

��

TERJEMAHAN AYAT:

Dari Imran bin Husain.r.a katanya: Ada seorang lelaki bertanya : "Wahai Rasulullah adakah boleh dikenali ahli syurga dengan ahli neraka?" Rasulullah menjawab : " Ya " . Orang itu bertanya lagi , dari yang demikian, mengapakah manusia itu bekerja mengikut sebagaimana yang telah dijadikan untuknya atau mengikut sebagaimana yang telah dipermudahkan baginya".

ERTI PERKATAAN

ERTI KALIMAH

Bolehkah dikenali penghuni-penghuni syurga ÏÁ�?�ºÄ?�¯h¥ÊA

Daripada penghuni neraka ¸?�ºÄ?�¼g@Á

Mengapakah manusia itu bekerja Ãɹ¼@¥¸?�º½¥Ê�¾¹¬

Tiap-tiap seorang manusia itu bekerja mengikut sebagaimana yang telah dijadikan untuknya

Ƹ�²¹_�@��º½¥Ê�º´

Atau mengikut sebagaimana yang telah dipermudahkan baginya ƸhlÊ�@��È?� �

HURAIAN HADITH

1- Hadith ini menjelaskan bahawa pembalasan syurga dan neraka itu tetap ada.

2- Rasulullah s.a.w menegaskan antara ahli syurga dan ahli neraka itu boleh dikenali dari kehidupan mereka di dunia ini.

3- Ahli syurga dapat dilihat dari peribadi, akhlak, amalan dan tingkahlaku mereka semasa didunia ini.

4- Ahli-ahli syurga terdiri dari orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mematuhi hukum-hukum Allah dan seumpamanya.

5- Manakala ahli-ahli neraka dapat dilihat dari perbuatan mereka seharian seperti orang kafir, orang-orang yang melanggar hukum Allah melakukan maksiat dan kejahatan, tidak berakhlak dan sebagainya.

6- Hadith ini juga menjelaskan bahawa manusia bekerja dan berusaha mengikut sebagaimana yang dirancangkan oleh Allah kepada mereka. Walaupun begitu manusia boleh memilih untuk melakukan sesuatu perkara yang mereka suka sama ada baik atau buruk.

7- Manusia diberi akal fikiran untuk berfikir dalam menentukan sesuatu perbuatannya dan akan dipermudahkan ke arah itu.

8- Jika mereka memilih kebaikan maka mereka akan dibalas baik dan jika memilih kejahatan akan dibalas dengan neraka.

9- Hadith ini menolak tuduhan yang mengatakan bahawa manusia melakukan sesuatu kerana terpaksa.

CARA-CARA UNTUK MENGENALI SESEORANG ITU AHLI SYURGA DAN AHLI NERAKA

Sekiranya dia membiasakan dirinya membuat kebaikan, maka dia akan selalu membuat kebaikan. Dia dikenali sebagai ahli syurga.

Sekiranya dia membiasakan dirinya membuat kejahatan, maka dia akan selalu membuat kejahatan. Dia dikenali sebagai ahli neraka.

Setiap orang Islam mukmin yang membuat amal ibadat dan kebajikan serta meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah tetaplah menjadi penghuni syurga.

Orang yang ingkar dan tidak percayakan Allah dan Rasulnya serta mereka yang menyembah patong berhala tetaplah akan menjadi penghuni neraka.

pdfMachine - is a pdf writer that produces quality PDF files with ease! Get yours now!

“Thank you very much! I can use Acrobat Distiller or the Acrobat PDFWriter but I consider your product a lot easier to use and much preferable to Adobe's" A.Sarras - USA

Page 4: Nota Hadith 5 O Level

PENDAPAT GOLONGAN YANG MENGATAKAN BAHAWA MANUSIA TIDAK BEBAS MELAKUKAN PEKERJAAN

Hujah mereka : segala sesuatu yang berlaku terhadap manusia adalah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Sekiranya Allah telah mentakdirkan bahawa seseorang itu akan masuk neraka, walaupun banyak amal kebajikan yang dilakukan, dia tetap dimasukkan ke Neraka.Begitu juga sekiranya ditakdirkan Allah sejak azali dia akan masuk Syurga, walaupun dia melakukan banyak kejahatan dia akan masuk ke Syurga.

PENJELASAN

Walaupun Allah telah menetapkan sesuatu sejak azali lagi tetapi manusia bebas memilih nasib mereka sendiri kerana Allah memberi akal fikiran, tenaga dan kuasa. Terpulanglah kepada manusia untuk melakukannya.

Allah menurunkan al Quran sebagai pedoman melalui Rasul untuk menentukan jalan yang benar yang harus dikerjakan.

Allah menjadikan syurga dan neraka untuk membalas segala perbuatan yang mereka lakukan. Ini menunjukkan keadilan Allah kerana berlakunya sesuatu mengikut peraturan sebab dan musabab.

HIKMAT MANUSIA DIBERI KEBEBASAN MEMILIH PEKERJAAN

i. Menunjukkan bahawa Allah maha adil kerana mereka yang berbuat baik diberi balasan syurga dan yang berbuat kejahatan dibalas dengan neraka.

ii. Supaya manusia rajin berusaha untuk menentukan nasib dirinya.

iii. Manusia akan bersabar apabila menenpuh berbagai-bagai ujian kerana walaupun dia bebas melakukan sesuatu, kejayaanya adalah kehendak Allah.

PENGJARAN HADITH

1- Peribadi, tingkahlaku dan amalan manusia di dunia ini dapat memberi gambaran yang akan menentukan sama ada ia ahli syurga atau ahli neraka.

2- Manusia akan dibalas mengikut apa yang telah mereka lakukan.

3- Manusia melakukan sesuatu mengikut apa yang dipilihnya sendiri berdasarkan ketatapan Allah s.w.a sejak azali lagi iaitu mengikut Qada dan Qadarnya.

4- Orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan menjadi penghuni syurga dan orang-orang yang kafir dan yang melanggar hukum-hukum Allah s.w.a akan menjadi ahli neraka.

5- Manusia tidaklah terpaksa atau terikat dalam melakukan sesuatu sama ada buruk atau baik. Sebaliknya mengikut kehendak dan pilihan mereka sendiri kerana mereka diberi akal untuk berfikir.

pdfMachine - is a pdf writer that produces quality PDF files with ease! Get yours now!

“Thank you very much! I can use Acrobat Distiller or the Acrobat PDFWriter but I consider your product a lot easier to use and much preferable to Adobe's" A.Sarras - USA

Page 5: Nota Hadith 5 O Level

HADITH KETIGA

PERANAN WANITA ISLAM

j½ËWh¸?�Â�h¸?��?�¾lG� ��çeÉ¥¼�âMÁG�¦ËGéh¸?�çNáÈág�8?�»Ékg�¦¼�Èâjã©áÀ�@éÁð́� ?�йs� �¾¹kÈ�Æ˹¤�\ÏÁÊd�?��E�йãLﱸ?È�ÐWãhï�?�êcâháÀÈ�¾äÅâ¼çdã̀ áÀáÈ�á¿Éﱸ?�Ðç±ãláÀ,���

'Ñg@`H¸?�Ç?Èg&� ���

TERJEMAHAN AYAT:

"Al Rubaiyi` bintu Muauwizin telah menceritakan: bahawasanya kami orang-orang perempuan pernah keluar berperang bersama-sama rasulullah S.A.W. Kami memberi minum kepada bala tentera, kami memberi khidmat kami kepada mereka dan kami membawa pulang orang-orang yang tercedera dan terbunuh ke negeri Madinah.

ERTI PERKATAAN

ERTI KALIMAH

Kami pernah keluar berperang Èâjã©áÀ�@éÁð́

Kami memberi minum kepada bala tentera á¿Éﱸ?�Ðç±ãláÀ

Kami memberi khidmat kami kepada mereka ¾Åâ¼çdã̀ áÀáÈ

Kami membawa pulang orang-orang yang tercedera dan terbunuh йãLﱸ?È�ÐWãhï�?�êcâháÀÈ

Ke negeri Madinah ÏÁÊd�?��E� �

HURAIAN HADITH

Wanita pada zaman Rasulullah S.A.W. telah bersama-sama turun ke medan perang untuk mempertahankan Daulah Islam. Mereka menjaga makan minum tentera yang sedang berjuang dan memberi khidmat dalam apa-apa perkhidmatan yang diperlukan. Mereka membalut luka dan merawat tentera yang tercedera dan tentera yang terkorban dimedan perang dibawa pulang untuk dikebumikan di Madinah.

Hadith yang tersebut di atas membuktikan kenyataan ini. Seorang sahabat Al Rubaiyi` bintu Muawwizin mengaku bahawa dia beserta rakan-rakannya kaum wanita yang lain pernah berperang bersama-sama Rasulullah S.A.W. di medan perang, sungguh pun tugas mereka tidak seberat tugas kaum lelaki yang mengangkat senjata dan berjuang di barisan depan. Tetapi tugas mereka menolong dan membantu bala tentera merawat yang tercedera dan membawa pulang mereka yan terbunuh ke Madinah.

Ini menjadi bukti bahawa Rasulullah menghargai kaum wanita dan bukti bahawa Islam tidak membezakan kaum lelaki dan perempuan dalam memikul tanggungjawab dan tugas mempertahankan tanah air dan ugama.

PENGLIBATAN WANITA ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

1- Berperanan sebagai penggerak semangat tentera Islam.

2- Menyediakan makan minum kepada tentera yang sedang berjuang.

3- Merawat tentera yang cedera di medan perang.

4- Membawa mereka yang terkorban pulang ke Madinah untuk dikebumikan.

KEDUDUKAN WANITA SEBELUM ISLAM

i. Kaum wanita dipandang rendah oleh masyarakat seperti barang dagangan.

ii. Wanita hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu kaum lelaki.

pdfMachine - is a pdf writer that produces quality PDF files with ease! Get yours now!

“Thank you very much! I can use Acrobat Distiller or the Acrobat PDFWriter but I consider your product a lot easier to use and much preferable to Adobe's" A.Sarras - USA

Page 6: Nota Hadith 5 O Level

iii. Wanita dianggap sebagai punca keburukan kerana itu mereka akan membunuh hidup-hidup anak-anak perempuan mereka yang baru dilahirkan.

KEDUDUKAN WANITA SETELAH DATANGNYA ISLAM

i. Wanita diberi kedudukan yang baik. Mereka merupakan golongan lemah yang patut dibela.

ii. Kaum wanita diberi hak dalam masyarakat. Mereka boleh menyuarakan pandangan untuk kepentingan masyarakat.

iii. Mereka mempunyai tugas-tugas yang sesuai dengan sifat-sifat kewanitaan untuk kemajuan masyarakat dan negara seperti menjadi jururawat, guru dan sebaginya.

PERANAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA PADA MASA INI

1- Peranan didalam rumahtangga iaitu menjadi isteri dan ibu yang bertanggungjawab terhadap suami dan anak-anak. Kerukunan rumahtangga merupakan punca kemajuan masyarakat.

2- Wanita juga memainkan peranan dalam masyarakat disekelilingnya. Mereka membantu masyarakat ketika mengahadapi sebarang suasana cemas seperti apabila berlaku banjir, kebakaran dan sebagainya.

3- Wanita memainkan peranan membantu membangunkan Negara terutamanya dalam bidang yang sesuai dengan kerjaya mereka seperti guru, jururawat, kerani dan sebagainya.

4- Wanita juga memainkan peranan di sektor ekonomi seperti dalam industri, perkilangan, pertanian dan perniagaan.

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MENEGAKKAN SYIAR ISLAM

1- Menjadi pendidik dalam membentuk generasi yang beriman dan bertaqwa kerana tugas mereka sebagai pendidik adalah sesuai dengan sifat mereka yang lemah lembut.

2- Bersama-sama menjalankan dakwah untuk meninggikan syiar Islam terutama terhadap golongan wanita.

3- Bersama-sama mempertahankan maruah Islam yang cuba dicerobohi oleh musuh-musuh Islam.

PENGAJARAN HADITH

1- Ugama Islam menjamin hak hidup asasi kaum wanita serupa dengan hak asasi kaum lelaki.

2- Nabi Muhammad S.A.W. adalah pejuang ulung hak asasi kaum wanita di dunia ini.

3- Islam tidak membezakan kaum wanita dari kaum lelaki dalam mengenakan undang-undang dan kewajipan terhadap ugama dan soal-soal keduniaan.

4- Wanita Islam juga diberi tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kesucian Islam.

5- Wanita Islam boleh turut bersama-sama di medan perjuangan sebagaimana kaum lelaki.

6- Islam membenarkan wanita menjalankan sebarang kegiatan yang sesuai dengan sifatnya asalkan penglibatan mereka tidak menimbulkan fitnah.

7- Ugama Islam mengangkat taraf kaum wanita ketahap yang baik yang sesuai dengan sifat kewanitaannya.

pdfMachine - is a pdf writer that produces quality PDF files with ease! Get yours now!

“Thank you very much! I can use Acrobat Distiller or the Acrobat PDFWriter but I consider your product a lot easier to use and much preferable to Adobe's" A.Sarras - USA

Page 7: Nota Hadith 5 O Level

HADITH KEEMPAT KELEBIHAN BEKERJA SENDIRI

j½ËWh¸?�Â�h¸?��?�¾lG� ��¾¹kÈ�Æ˹¤��?�йs��Á¸?�ºÔk�8��gÈ�¼�¦ËG�º´È�ÇdËG�ºSh¸?�º½¤�»@°�=�IË}A��Ilµ¸?�ÍA� �

'Ñg@`H¸?�Ç?Èg&� � Erti Hadith Rasulullah S.A.W telah di Tanya: Mata pencarian apakah yang lebih baik? Baginda menjawab : Iaitu pekerjaan seorang yang dilakukan dengan tangannya sendiri dan segala jual beli yang bersih dan suci. Erti Pekataan

Erti Perkataan

Rasulullah S.A.W telah ditanya �¾¹kÈ�Æ˹¤��?�йs��Á¸?�ºÔk

Mata pencarian apakah yang lebih baik? =�IË}A��Ilµ¸?�ÍA

Pekerjaan seseorang yang dilakukan dengan tangannya sendiri ÇdËG�ºSh¸?�º½¤

Dan segala jual beli yang suci dan bersih dari kelakuan curang dan tipu daya

��gÈ�¼�¦ËG�º´È

Huraian Hadith Ugama Islam menggalakkan Umatnya supaya mencari rezeki yang halal dengan menggunakan tenaga dan titek peluh sendiri. Di dalam Hadith tersebut, Rasulullah s.a.w telah ditanya oleh sahabat-sahabatnya mengenai mata pencarian yang lebih baik. Baginda menjawab iaitu segala pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang itu dengan tangan dan tenaganya sendiri serta sebarang jua beli yang bersih dan suci daripada kelakuan curang. Selain dari bekerja sendiri yang digalakkan oleh Rasulullah di dalam Hadith tersebut ialah berniaga dengan cara yang halal lagi bersih. Lapangan perniagaan, perdagangan dan bertukar-tukar barang ini adalah memainkan peranan yang terpenting sekali dalam kehidupan manusia sehari-hari. Maka sebab itulah Ugama Islam mengenakan peraturan-peraturan tertentu bagi mengawal perjalanannya supaya berjalan dengan lancar serta memuaskan kedua-dua pihak (penjual dan pembeli). Pekerjaan yang disebut dalam Hadith 1- Bekerja dengan menggunakan tangan sendiri (pekerjaan yang diusahakan sendiri) seperti bersawah, bertukang,

menternak membuka kilang dan sebagainya. 2- Menjalankan perniagaan yang halal dan tidak ada unsur-unsur penipuan. Garispandu dan Peraturan Jual Beli dalam Islam 1- Saksi. 2- Menimbang dan menyukat dengan jujur. 3- Menulis surat perjanjian kiranya perniagaan itu cara hutang.

pdfMachine - is a pdf writer that produces quality PDF files with ease! Get yours now!

“Thank you very much! I can use Acrobat Distiller or the Acrobat PDFWriter but I consider your product a lot easier to use and much preferable to Adobe's" A.Sarras - USA

Page 8: Nota Hadith 5 O Level

Larangan Jual Beli dalam Islam 1- Curang. 2- Kelakuan jahat untuk menindas. 3- Menipu pihak yang lain seperti makan riba Kebaikan bekerja sendiri dan berniaga 1- Dapat memberi pendapatan yang lumayan. 2- Dapat memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan ekonomi Negara. 3- Perusahaan ini dapat membina daya usaha yang tinggi di samping menghasilkan kecekapan dalam bekerja. 4- Pekerjaan ini halal dan bersih di sisi Allah. Antara jenis pekerjaan yang menggunakan tangan sendiri. 1- Pertanian seperti bersawah padi, membuka ladang dan sebagainya. 2- Pertukangan atau kemahiran tangan seperti membina bagunan, membuat perabut dan sebagainya. 3- Perkilangan seperti membuat kilang pakaian, makanan, perkakas elektrik dan sebagainya. 4- Perikanan seperti menjadi nelayan, menternak ikan dan sebagainya. 5- Perhutanan seperti membalak. 6- Perlombongan atau carigali seperti melombong bijih, minyak dan sebagainya. Antara jenis perniagaan yang bersih 1- Perniagaan kedai runcit bagi menyediakan keperluan pengguna. 2- Perniagaan borong seperti pemborong bahan binaan. 3- Perniagaan eksport dan import Peranan Umat Islam ke arah meninggikan pembangunan Negara Berusaha gigih dengan tenaga sendiri untuk memajukan diri sendiri dalam pelbagai bidang. Bersikap berani dalam menghadapi cabaran untuk lebih berjaya dalam bidang perusahaan yang mendapat

keuntungan lebih. Umat Islam perlulah mempunyai minat yang mendalam serta mempunyai kemahiran untuk meningkatkan daya

pengeluaran. Oleh itu pembangunan Negara akan lebih maju dan membangun. Langkah-langkah untuk menggalakkan Belia Islam menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan perusahaan sendiri Memberi kursus dan kemahiran tertentu yang sesuai dengan kebolehan mereka. Menyediakan kemudahan kredit seperti modal dalam bentuk pinjaman yang tidak membebankan mereka. Menanamkan sifat-sifat berani, tabah dan sabar dalam diri mereka supaya mereka lebih berkeyakinan dalam

menempuh kerjaya mereka. Sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar supaya kegiatan mereka tidak terhenti ditengah jalan. Sentiasa mencari jalan untuk meninggikan daya pengeluaran dan menambahkan kecekapan bekerja. Usaha-usaha yang perlu diambil supaya Masyarakat berdikari Mereka perlu diberi latihan berbentuk kemahiran dan teknikal agar mereka mempunyai keyakinan untuk berdikari.

pdfMachine - is a pdf writer that produces quality PDF files with ease! Get yours now!

“Thank you very much! I can use Acrobat Distiller or the Acrobat PDFWriter but I consider your product a lot easier to use and much preferable to Adobe's" A.Sarras - USA

Page 9: Nota Hadith 5 O Level

Mereka juga perlu diberikan sumbangan, subsidi atau pinjaman secara mudah sebagai model. Galakkan melalui penerangan, kaji selidik dapat menanamkan minat dikalangan mereka supaya faham dalam

bidang yang hendak diceburi. Pengajaran Hadith Islam menyeru pemeluknya supaya mencari rezeki yang halal dan bersih dengan menggunakan tenaga dan titek

peluh sendiri. Tiap-tiap manusia mestilah berusaha dan bekerja bagi mendapatkan nafkah dan sara hidup untuk membeli

keperluan hidup. Banyak jenis pekerjaan yang halal yang dapat diushakan oleh seseorang di atas muka bumi ini. Rasulullah s.a.w menerangkan kepada kita dua jenis pekerjaan yang paling baik iaitu bekerja sendiri dan berniaga. Islam melarang umatnya mencari kerja yang diharamkan Islam tidak suka melihat umatnya malas bekerja semata-mata mengharapkan rezeki yang akan datang dengan

sendirinya. Janganlah telalu memilih pekerjaan asalkan ianya halal dan dapat menampung kehidupan seharian.

pdfMachine - is a pdf writer that produces quality PDF files with ease! Get yours now!

“Thank you very much! I can use Acrobat Distiller or the Acrobat PDFWriter but I consider your product a lot easier to use and much preferable to Adobe's" A.Sarras - USA