nota debat

8
DEBAT DAN PENGHUJAHAN Dalil (Evidence) Bahan mentah (raw) materials) dalam penghujahan. Terdiri daripada fakta-fakta, pendapat-pendapat dan objek-objek yang digunakan untuk membentuk bukti. Pendebat memilih dan menyusun bahan-bahan mentah ini dan melalui proses taakulan (reasoning) membentuk konklusi. Dalil Terus (Direct Evidence) Dalil yang dapat menunjukkan kewujudan fakta tanpa perlu pembuktian dari fakta-fakta lainnya. Dalil ini terlalu kuat untuk disanggah malah adakalanya tidak perlu diperdebatkan. Dalil Andaian Dalil yang diterbitkan bersandarkan kepada kewujudan fakta-fakta dan bukti-bukti lain. Sumber Dalil 1. Kenyataan Penghakiman (Judicial Notice) Beberapa perkara berikut perlu diingati semasa menggunakan kenyataan penghakiman:- - Dalil tersebut hendaklah dikemukan. - Dalil tersebut hendaklah diketahui oleh umum. - Dalil tersebut mungkin akan ditangkis. 2. Rekod Awam (Public Record) - sering digunakan sebagai sumber dalil. - Merupakan jenis dalil yang paling mustahak. - Termasuklah segala dokumen yang dijilidkan @ diterbitkan oleh agensi-agensi kerajaan. 3. Penulisan Awam (Public Writings) - Merupakan satu lagi jenis dalil yang digunakan secara berleluasa. - Ialah apa sahaja yang dikeluarkan dalam bentuk bertulis untuk orang awam selain dari rekod awam. - Cthnya:- seperti enseiklopedia, buku, majalah, majalah, fiksyen dan sebagainya. Nilainya mungkin berbeza-beza, ada yang dipandang tinggi dan berwibawa serta mudah diterima dan ada yang tidak dipercayai masyarakat. 4. Penulisan Peribadi (Private Writings) - merupakan satu lagi sumber dalil. Misalnya seperti wasiat, kontrak, diari, surat-surat personal dan sebagainya. - Ada beberapa penulisan peribadi yang telah menjadi rekod awam setelah di bawa ke dalam perbicaraan di mahkamah. Sesetengah penulisan perbadi tidak boleh diketengahkan sebagai dalil dalam debat pendidikan. 1

Upload: novi-amriani

Post on 27-Jun-2015

114 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA DEBAT

DEBAT DAN PENGHUJAHAN

Dalil (Evidence)

Bahan mentah (raw) materials) dalam penghujahan.

Terdiri daripada fakta-fakta, pendapat-pendapat dan objek-objek yang digunakan untuk membentuk bukti.

Pendebat memilih dan menyusun bahan-bahan mentah ini dan melalui proses taakulan (reasoning) membentuk konklusi.

Dalil Terus (Direct Evidence)

Dalil yang dapat menunjukkan kewujudan fakta tanpa perlu pembuktian dari fakta-fakta lainnya.

Dalil ini terlalu kuat untuk disanggah malah adakalanya tidak perlu diperdebatkan.

Dalil Andaian

Dalil yang diterbitkan bersandarkan kepada kewujudan fakta-fakta dan bukti-bukti lain.

Sumber Dalil

1. Kenyataan Penghakiman (Judicial Notice) Beberapa perkara berikut perlu diingati semasa menggunakan kenyataan penghakiman:-

- Dalil tersebut hendaklah dikemukan.- Dalil tersebut hendaklah diketahui oleh umum.- Dalil tersebut mungkin akan ditangkis.

2. Rekod Awam (Public Record)- sering digunakan sebagai sumber dalil.- Merupakan jenis dalil yang paling mustahak.- Termasuklah segala dokumen yang dijilidkan @ diterbitkan

oleh agensi-agensi kerajaan.

3. Penulisan Awam (Public Writings)- Merupakan satu lagi jenis dalil yang digunakan secara

berleluasa.- Ialah apa sahaja yang dikeluarkan dalam bentuk bertulis

untuk orang awam selain dari rekod awam.- Cthnya:- seperti enseiklopedia, buku, majalah, majalah,

fiksyen dan sebagainya. Nilainya mungkin berbeza-beza, ada

1

Page 2: NOTA DEBAT

yang dipandang tinggi dan berwibawa serta mudah diterima dan ada yang tidak dipercayai masyarakat.

4. Penulisan Peribadi (Private Writings)- merupakan satu lagi sumber dalil. Misalnya seperti wasiat,

kontrak, diari, surat-surat personal dan sebagainya.- Ada beberapa penulisan peribadi yang telah menjadi rekod

awam setelah di bawa ke dalam perbicaraan di mahkamah. Sesetengah penulisan perbadi tidak boleh diketengahkan sebagai dalil dalam debat pendidikan.

5. Pengakuan Saksi (Testimony of Witness)- lazimnya pengakuan begini dibuat di mahkamah @ badan

kerajaan di bawah sumpah @ disebut sumpah berkanun.- Ianya adalah satu bentuk dalil dan nilainya berbeza-beza

bergantung kepada isu dan keadaan.

6. Penyiasatan Sendiri (Personal Inspection)- sesuatu diberikanuntuk diperiksa sebelum keputusan dibuat.

Lazimnya digunakan dalam debat di mahkamah.- Peguam selalunya menunjukkan barang kes seperti senjata

kepada juri @ hakim, @ membawa mereka ke tempat kejadian @ menunjukkan kenderaan mangsa.

Jenis Dalil

1. Dalil judicial & ekstrajudicial.2. Dalil primer & sekunder.3. Dalil bertulis & tidak bertulis.4. Dalil nyata & dalil personal.5. Dalil kebanyakan (laymen) & dalil pakar (expert).6. Dalil praanjur (prearrange) & dalil casual.7. Dalil negatif – ketiadaan dalil yang sepatutnya wujud sekiranya benar.8. Dalil aliunde – dalil yang digunakan untuk menerangkan dalil lain.

DEBAT DAN PENGHUJAHAN

Menguji Dalil

Menguji kecukupan logic

1. Adakah dalil mencukupi?- cukup untuk menyokong isu.- Cukup meyakinkan berbanding dalil pihak lawan.

2. Adakah dalil terang?- cukup jelas antara dalil dengan isu.

2

Page 3: NOTA DEBAT

3. Adakah dalil secocok @ bersesuaian dengan dalil lain yang diketahui?- bersesuaian dengan dalil lain @ dalil lain itu boleh disesuaikan

dengan dalil tersebut.

4. Adakah dalil tersebut boleh disahkan?- boleh dirujuk dengan sumber yang asal.

5. Adakah sumber dalil layak?- orang kebanyakan (laymen)- orang pakar

6. Adakah sumber dalil tidak prejudis?

7. Adakah sumber dalil boleh dipercayai?

8. Adakah dalil itu tepat secara statistiknya?

9. Adakah dalil tersebut yang terkini?- dalam debat dalil yang paling terkini harus digunakan.

Menguji penerimaan audiens terhadap dalil

1. Adakah dalil tersebut sejajar dengan kepercayaan audiens?2. Adakah dalil tersebut boleh diterima oleh audiens?3. Adakah dalil disesuaikan dengan tahap audiens?4. Adakah dalil sejajar dengan motif audiens?

Taakulan

Proses menarik kesimpulan dari premis.

Premis yang digunakan dalam penghujahan terdiri daripada pelbagai bentuk dalil.

Pendebat hendaklah menggunakan dalil yang dicarinya kemudian melalui proses taakulan menerbitkannya menjadi kesimpulan yang dia mahu diterima oleh audiens.

3

Page 4: NOTA DEBAT

Jenis Taakulan & Cara Mengujinya

1. Taakulan dengan contoh (reasoning by example)

- melibatkan pembuatan kesimpulan dari kes-kes spesifik.

kes 1 kes 2 kesimpulan kes 3

- Adakalanya juga kesimpulan dibuat dari satu kes sahaja. Taakulan ini adalah berbentuk induktif melibatkan sebab-muasabab @ tanda (sign). Untuk menguji taakulan jenis ini:

Adakah contoh tersebut relevan? Adakah contoh-contoh tersebut memadai dari segi bilangan? Adakah contoh-contoh tersebut meliputi jangka masa yang mencukupi? Adakah contoh-contoh tersebut biasa (typical)?

2. Taakulan dan analogi (Perbandingan)

- Terdiri daripada perbandingan antara 2 kes yang serupa & membuat kesimpulan bahawa apa yang benar dalam satu kes akan benar juga dalam kes yang ke-2. Ia juga sejenis taakulan induktif.

Adakah wujud persamaan yang bermakna antara kes-kes tersebut?

Adakah persamaan yang wujud itu boleh dibandingkan secara

kritis?

Adakah taakulan analogi ini boleh dihimpunkan? Ertinya adakah persamaan dengan kes-kes lain lebih banyak kes lebih kukuh untuk dibuat perbandingan.

3. Taakulan sebab-akibat (causal)- Dalam taakulan jenis ini pendebat membuat kesimpulan

bahawa faktor tertentu merupakan sebab yang menyebabkan berlakunya sesuatu iaitu akibat. Untuk menguji taakulan jenis ini:

4

Page 5: NOTA DEBAT

Adakah sebab relevan dengan akibat? Kadangkala sebab tidak relevan dengan akibat malah hanya sekadar superstition atau fallacy sahaja.

Adakah sebab ini menyeluruh atau paling utama? Adakah faktor tersebut merupakan satu dan hanya satu sebab @ terdapat sebab sebab lain yang turut sama membawa kepada akibat?

Adakah akibat-akibat yang lain selain akibat yang dibahagikan terbentuk dari sebab?

Adakah sebab berkemampuan menerbitkan akibat?

4. Taakulan dengan petanda (sign)- Melibatkan proses membuat kesimpulan melalui perkaitan

antara korelasi antara dua angkubah.- Pendebat menghujah bahawa kedua-dua angkubah amat

berkait sehinggakan kewujudan yang kedua. Contohnya daun getah gugur sebagai tanda musim panas akan tiba.

- Untuk menguji taakulan jenis ini:

Adakah pertalian antara angkubah kukuh atau hanya sekadar kebetulan sahaja?

Adakah faktor lain yang boleh menggugat @ mengubah pertalian?

Adakah taakulan boleh dihimpun? Lebih banyak akan lebih mengukuhkan lagi taakulan tersebut.

Struktur Taakulan

Terdapat dua bentuk taakulan deduktif iaitu syllogism dan enthymeme. Syllogism adalah penyusunan penghujahan yang sistematik, terdiri dari:

1. Satu premis utama (major premis) yang merupakan usul umum. Biasanya dibuat dalam kenyataan seperti “Semua A adalah B”.

2. Satu premis kecil (minor premis) yang merupakan satu usul umum. Biasanya dinyatakan sebagai “C ialah A”.

5

Page 6: NOTA DEBAT

3. Satu kesimpulan yang terhasil dari premis-premis di atas. Biasanya dibuat dalam kenyataan kesimpulan seperti “Oleh itu, C ialah B”.

Jenis-jenis Syllogism

1. Syllogism kategorikal - Major premis mengandungi perkataanperkataan seperti

semua, setiap (all, every, each, any) sama ada secara tersurat @tersirat.

- Syllogism jenis ini ada 3 terma iaitu A, B & C. Terma utama ialah B, terma pertengahan A dan terma kecil C.

Premis Utama: Semua A adalah B.Premis Kecil: C adalah A.Kesimpulan: Oleh itu, C adalah B.

- Perhatikan bahawa:

a) Setiap terma hendaklah digunakan dua kali sahaja dalam syllogism.

b) Setiap terma hendak digunakan sekali sahaja dalam premis.

c) Terma pertengahan hendaklah digunakan dalam sekurang-kurangnya satu premis dalam bentuk universal (semua).

d) Jika satu premis negatif, maka kesimpulannya hendaklah negatif.

Contoh 1:

Premis Utama: Semua warga Malaysia mempunyai kad pengenalan.Premis Kecil: Ali ialah warga negara Malaysia.Kesimpulan: Oleh itu, Ali mempunyai kad pengenalan.

Contoh 2:

Premis Utama: Tiada pelajar UPM terlibat dengan demonstrasi.Premis Kecil: Ali ialah pelajar UPM.Kesimpulan: Oleh itu, Ali tidak terlibat dengan demonstrasi.

2. Syllogism Disjunktif- Dalam syllogism jenis ini premis utama mengandungi

perkataan-perkataan seperti sama ada, atau, tetapi, meskipun

6

Page 7: NOTA DEBAT

(either, or, neither, but, although) sama ada secara tersurat @ tersirat.

Contoh :

Premis Utama: Sama ada Majlis Tertinggi akan pinda Perlembagaan

atau Presiden akan menvetonya.Premis Kecil: Majlis Tertinggi tidak akan pinda Perlembagaan.Kesimpulan: Oleh itu, presiden akan menvetonya.

3. Syllogism Bersyarat (conditional)- Juga disebut syllogism hypothetical. Premis utama

mengandungi perkataan-perkataan seperti jika, andaikata, katakan (if, assuming, supposing) secara tersurat @ tersirat.

Contoh:

Premis Utama: Jika kadar faedah bon kerajaan dinaikkan, maka lebih

banyak bon-bon tersebut akan dibeli oleh pelabur.

Premis Kecil: Kadar faedah bon kerajaan dinaikan.Kesimpulan: Oleh itu, lebih banyak bon-bon ini akan dibeli

oleh pelabur.

Enthymeme

- Juga syllogism, yang mana salah satunya tidak dinyatakan.

- Mustahak kerana dalam hidup harian kita tidak bercakap dalam bentuk syllogism. Dalam pendebat orang lazim menggunakan enthymeme.

Contoh:

Premis Kecil: Projek Mega ini menelan banyak belanja.Kesimpulan: Oleh itu, projek Mega tidak diperlukan buat masa ini.

- Tiada premis utama, maka jadi enthymeme.- Tetapi masih boleh diagak apa premis utamanya.- Enthymeme salah satu bentuk syllogism yang telah

diubahsuai, berkaitan dengan kebarangkalian.

7

Page 8: NOTA DEBAT

Contoh:

Premis Utama: Semua projek yang membazir haruslah dibatalkan.Premis Kecil: Projek ini mungkin membazir.Kesimpulan: Oleh itu, projek ini haruslah dibatalkan.

DEBAT DAN PENGHUJAHAN

MENANGKIS HUJAH

Menangkis hujah (refutation) bermaksud mengatasi dalil dan taakulan pihak lawan dengan membuktikan yang ianya palsu dan salah.

Mematahkan hujah (rebuttal) bermaksud mengatasi dalil dan taakulan pihak lawan dengan memperkenalkan dalil dan taakulan yang lain yang dapat memusnahkan kesan penghujahan lawan.

Penangkisan terdiri daripada:

1. Mengenepikan dalil lawan dengan menunjukkan yang ianya tidak sah, salah @ tidak relevan.

2. Mengenepikan dalil lawan dengan memperkenalkan dalil lain yang bercanggah dengannya, membentuk kesangsian ke atasnya, meminimumkan kesannya @ menunjukkan yang ianya gagal melepasi ujian dalil.

3. Mengenepikan taakulan lawan dengan menunjukkan yang ianya batal (faulty).

4. Mengenepikan taakulan lawan dengan memperkenalkan taakulan lain yang menggugat lawan, bercanggah dengannya, membina kesangsian ke atasnya, meminimumkan kesannya @ menunjukkan yang ianya gagal melepasi ujian taakulan.

5. Membina semula dalil dengan memperkenalkan dalil baru dan tambahan dan mengukuhkannya.

6. Membina semula taakulan dengan memperkenalkan taakulan baru dan tambahan dan mengukuhkannya.

7. Membentangkan penangkisan yang dibuat dengan tujuan untuk menguji pendirian lawan @ memaksa lawan untuk mengambil pendirian yang lebih.

Susunan penangkisan

1. Menyatakan hujah yang hendak di tangkis secara ringkas dalam perkataan yang paling hampir dengan yang digunakan oleh lawan.

8

Page 9: NOTA DEBAT

2. Menyatakan dengan ringkas bantahan kepada penghujahan tersebut.

3. Memperkenalkan dalil bebas (counter evidence) dan taakulan balas (counter reasoning) untuk menyokong bantahan (objections).

4. Membuat ringkasan akan dalil dan taakulan balas tadi.

5. Menunjukkan kesan penangkisan ini dalam melemahkan kes lawan @ menguatkan kes yang dibawanya pula.

Kaedah penangkisan

1. Dalil ditangkis dengan menggunakan ujian dalil dan menunjukkan dalil yang dikemukakan oleh pihak lawan gagal melepasi ujian ini.

2. Taakulan ditangkis dengan menggunakan ujian taakulan dan membuktikan yang taakulan yang dikemukakan oleh pihak lawan gagal melepasi ujian ini.

3. Fallacies ditangkis dengan mendedahkan bahawa hujah pihak lawan bersifat mengelirukan.

4. Dilemma menyatakan yang hujah lawan membawa kepada 2 kemungkinan kedudukan dan kedua-duanya tidak memuaskan. Pendebat yang menggunakan penangkisan ini hendaklah menyatakan oleh kerana hanya 2 kemungkinan kedudukan yang wujud dan kedua-duanya tidak sesuai maka isu ini hendaklah ditolak.

5. Reductio ad absurdum penangkisan cara ini terdiri daripada usaha pendebat untuk menarik keluar hujah lawan dari kesimpulan yang logic dan menunjukkan kesimpulan tersebut bersifat tidak munasabah @ tidak masuk akal.

6. Mendedahkan ketidaktetapan hujah (inconsistencies) pendebat mencari ketidaktetapan dalam hujah-hujah lawan, mendedahkan dan memperbesar-besarkannya agar dapat menolak seluruh isu lawan.

7. Mendedahkan hujah yang tidak relevan pendebat membuktikan bahawa hujah lawan tidak relevan dengan bukti yang dikemukan. Sama ada hujah itu sah atau tidak, tidak menjadi persoalan. Yang ditegaskan ialah ianya tidak relevan dengan kes.

8. Menggunakan kembali hujah lawan melalui cara penangkisan ini pendebat mengakui kebenaran hujah lawan, kemudian menggunakannya kembali untuk menggugat kesimpulan yang dibuat oleh lawan.

9