nor dahlia zamani pencemaran air

Upload: pismpsainsjan10

Post on 14-Apr-2018

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 NOR DAHLIA ZAMANI PENCEMARAN AIR

    1/13

    ISU : PENCEMARAN AIR

    OLEH : NOR DAHLIA ZAMANI

    1.0 PENGENALAN

    Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negaramaju telah mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan

    perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang

    selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia. Namun begitu,

    disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah

    sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat.

    Sebagai sebuah Negara membangun, Malaysia sedang mengalami proses

    pembangunan yang pesat. Pada penghujung abad ke-20 ini, banyak laporan

    menunjukkan betapa keadaan alam sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar.

    Pencemaran itu berlaku di segenap pelosok sama ada di Negara membangun apa

    lagi di Negara maju. Krisis tersebut telah memberi kesan langsung yang negatif

    terhadap seluruh komponen mikro serta makro alam sekitar. Masalah pencemaran

    bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia. Berlakunya pencemaran telah

    menyebabkan pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman

    terhadap manusia dan alam sekitar.

    Pada asasnya, kemerosotan kualiti udara, air dan kebisingan adalah berkait

    rapat dengan pembangunan suatu jenis guna tanah. Contohnya pembangunan

    industri berat yang berisiko tinggi berkemungkinan menjadi punca kepada

    pencemaran udara, air dan kebisingan. Berbagai isu dan masalah alam sekitar

    sering dihadapi oleh penduduk di terutamanya yang berkaitan dengan pencemaran

    air, udara dan kebisingan. Tanpa melakukan pengawalan dan penyelesaian masalah

    pencemaran alam sekitar ia boleh mengakibatkan kemudaratan dari segi kesihatan

    dan menjejaskan kualiti kehidupan kita. Di sini, akan dibincangkan tentang salah satu

    isu alam sekitar yang berlaku di Negara kita iaitu pencemaran air, bunyi dan udara.

  • 7/29/2019 NOR DAHLIA ZAMANI PENCEMARAN AIR

    2/13

    2.0 PENCEMARAN AIR

    2.1 Definisi

    Menurut Zaini Ujang (2000), alam sekitar ialah gabungan keadaan luaran atau

    eksternal yang mempengaruhi kehidupan setiap organisma. Keadaan luaran tersebut

    merangkumi unsur-unsur dan hubungan bukan hidupan atau abiotik. Alam sekitar

    juga mencakupi keadaan internal atau dalaman khususnya kimia dan biologi yang

    menjadi teras kepada kehidupan setiap tumbuhan atau haiwan serta manusia.

    Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah

    suatu perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan. Pengotoran alam atau

    perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

    Pencemaran mengikut definisi bermaksud: " merosakkan atau tidak bersih

    atau kotor. Definisi ini juga perlu dirujuk kepada kes-kes yang berlaku. Berlakunya

    pencemaran apabila sesuatu yang mulia, baik, murni, bersih, dan sistematik

    dicerobohi oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii

    dan nilai alam. Sikap manusia yang tidak beretika (melanggar prinsip) akhirnya

    menyebabkan berlakunya perubahan dan kerosakan dalam fenomena alam seperti

    yang disebutkan dalam Al Quran yang mulia:

    "Telah nyatalah berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat

    dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan

    manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian

    dari balasan perbuatan buruk itu supaya mereka kembali (insaf dan

    bertaubat)"

    (Surah Al-Rum : 41)

  • 7/29/2019 NOR DAHLIA ZAMANI PENCEMARAN AIR

    3/13

    Pencemaran dan kerosakan ke atas sesuatu sistem ini perlu dihentikan segera

    menurut amaran yang terkandung dalam Al Quran yang mulia :

    Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah

    memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak

    akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya

    rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.

    (AI A'raaf: 56)

    Air merupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Air merupakan

    sumber semulajadi kedua terpenting selepas oksigen. Tanpa air dunia akan menjadi

    sebuah planet yang tidak bernyawa. 3/4 bahagian bumi diliputi oleh air dan lebih 2/3

    daripada berat badan manusia adalah air. Pada amnya, seorang manusia

    menggunakan 1,000 liter air setahun sebagai minuman. Air memang mutlak

    diperlukan dalam kehidupan manusia dan mahluk hidup lainnya. Tanpa air

    kehidupan tidak dapat berlangsung. Demikian juga dalam kehidupan kita sehari-hari,

    air sangat diperlukan untuk berbagai kegiatan di dalam rumah tangga, juga untuk

    pertanian, pengangkutan serta rekreasi.

    Di dalam industri, air digunakan antara lain sebagai bahan pengolah,

    pendingin dan janakuasa tenaga. Air merupakan pelarut yang baik tetapi selaludicemar dengan kandungan berbagai zat terlarut mahupun zat tidak terlarut serta

    mengandungi mikroorganisme. Apabila kandungan berbagai zat mahupun

    mikroorganisme yang terdapat di dalam air melebihi tahap yang diperbolehkan, maka

    kualiti air akan terganggu sehingga tidak lagi boleh digunakan untuk kegunaan

    pelbagai keperluan samada untuk air minum, mandi, mencuci atau keperluan lainya.

    Air yang terganggu kualiti ini dikatakan sebagai air yang tercemar.

  • 7/29/2019 NOR DAHLIA ZAMANI PENCEMARAN AIR

    4/13

    Sebenarnya, warna dan bau air dapat memberitahu kita apa yang sedang

    berlaku terhadapnya. Misalnya seperti air berwarna hijau mengambarkan

    terdapatnya tumbuhan kecil yang dinamakan rumpair yang tumbuh di dalamnya.

    Manakala air berlumpur menunjukkan terdapat kandungan kelodakan atau

    mendapan yang tinggi menyebabkan ikan sukar bernafas. Air yang mempunyai

    lapisan berkilau pula memberi gambaran bahawa berlaku tumpahan minyak di

    permukaan air tersebut. Selain itu, kita juga dapat melihat kadangkala air itu berbuih

    dan ini menunjukkan kemungkinan sabun dari rumah atau kilang yang mengalir ke

    dalamnya. Kita juga sering kali melihat air yang mengalir mempunyai lapisan kuning

    jingga atau kemerahan dan ini berkemungkinan disebabkan oleh pembuangan

    bahan pencemar oleh kilang ke dalam sungai.

    Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan,

    keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.

    Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik (Jasiman Ahmad

    1996). Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya

    boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan

    pencemar dari kilang. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu pencemaran air adalah

    seperti kebocoran dan luahan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomenon

    eutrofikasi.

    Pencemaran air menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 didefinisikan

    sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizikal,

    haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang

    melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan

    kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya atau memudaratkan

    kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam atau kehidupan lain seperti

    burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

    2.2 Punca Pencemaran Air

    Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata

    telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pelbagai faktor

    atau punca berlakunya pencemaran air. Pengusaha kilang umpamanya, berusaha

    menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Eutrofikasi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Eutrofikasi&action=edit&redlink=1
  • 7/29/2019 NOR DAHLIA ZAMANI PENCEMARAN AIR

    5/13

    sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu, kekurangan

    pengetahuan juga menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba

    mengelak piawaian keselamatan yang telah ditetapkan sama ada berhubung dengan

    keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Masalah ini harus dipandang

    serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. Kepesatan

    pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan

    banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.

    Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh

    negara turut tercemar .

    Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai

    oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana

    tidak memerlukan kos pelupusan.Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang

    seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut. Sesetengah bandar dan kampung

    mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat dan kadang kala kilang juga

    membuang bahan beracun ke dalam sungai. Baja dan racun perosak kimia yang

    digunakan oleh petani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak

    sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

    Punca utama lain yang menyumbang kepada pencemaran air ialah bahan

    buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah

    sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan

    kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah

    menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan

    oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air

    yang menggugat kehidupan akuatik.

    Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan

    hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke

    dalam sungai-sungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan

    pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan

    insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini

    menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan

    kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

  • 7/29/2019 NOR DAHLIA ZAMANI PENCEMARAN AIR

    6/13

    Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam

    mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan

    minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan

    tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan

    air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada

    kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya

    menjejaskan sumber protein manusia.

    Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-

    laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif

    yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-

    sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen

    nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan

    sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air

    laut.

    Sikap individu itu sendiri menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran air di

    negara kita. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis

    sering kali dilakukan oleh sesetengah individu sehingga lupa tanggungjawab dan

    kepentingan menjaga alam sekitar.

  • 7/29/2019 NOR DAHLIA ZAMANI PENCEMARAN AIR

    7/13

    Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan

    tanah berlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku.

    Mendakan ini akan mencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh. Penerokaan

    juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana

    penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan

    seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai lalu mendakan berlaku.

    Mendakan ini bukan sahaja akan mencetekkan lagi paras air sungai tetapi akan

    mengakibatkan berlakunya banjir. Hakikatnya pelbagai punca berlakunya

    pencemaran adalah disebabkan oleh faktor masyarakat kita sendiri mahupun dari

    pihak-pihak tertentu yang tidak peka pada keadaan sekeliling dan hanya

    mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira sebab dan akibat yang akan berlaku

    akibat tindakan mereka itu.

    2.3 Kesan Pencemaran Air

    Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh

    manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada

    manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang

    dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu

    pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan

    badan akibat penggunaan sumber air tersebut. Melalui pembacaan yang telah

    dijalankan, kesan pencemaran air boleh dibahagikan kepada beberapa aspek

    antaranya ialah pennyusutan nilai DO (Dissolved Oxygen), kesan fizikal dan kimia

    serta kesan estetik.

  • 7/29/2019 NOR DAHLIA ZAMANI PENCEMARAN AIR

    8/13

    Diketahui apabila bahan organik mudah diuraikan (biodegrasi) disalurkan ke

    sungai, beberapa perubahan akan berlaku dalam sungai. Mikroorganisma aerobik

    dalam sungai akan menguraikan bahan organik ini dengan kadar penggunaan

    oksigen yang lebih tinggi berbanding sebelum berlakunya pencemaran dan

    mengakibatkan penyusutan aras DO. Kadar pengudaraan semula atau pelarutan

    oksigen dari udara juga akan bertambah, tetapi biasanya kadar ini tidak mencukupi

    untuk mengelakkan susutan oksigen dalam sungai secara menyeluruh. Dalam

    keadaan ini, proses anaerobik akan berlaku.

    Selain itu, suhu dan pH dalam sungai terlalu tinggi juga akan menyebabkan

    penyusutan DO dalam sungai kerana perubahan penggunaan dan penghasilan DO

    oleh akuatik dan tumhuhan. Selain itu, pepejal terampai secara tidak langsung akan

    mengubahkan kandungan DO dalam sungai.

    Dari aspek kesan fizikal pula, akan menyebabkan permintaan BOD

    (Biochemical Oxygen Demand) yang tinggi sekaligus penyusutan DO akan berlaku

    dan sungai akan menjadi anaerob. Dalam keadaan anaerob, gas-gas H2S

    (Hydrogen Sulfide) yang berbau telur busuk dan gas-gas yang lain akan terbentuk.

    Sesetengah gas ini larut dengan mudah dalam air, sementara yang lain akan

    melekat sebagai buih kepada bahan pepejal hitam yang dikanali sebagai enapcemar

    dan bahan ini ditimbulkan kepada permukaan. Selain itu, warna sungai akan menjadi

    hitam dan kehadiran tumbuhan kulat berfilamen yang melekat pada batu.

    Dari aspek biologi pula, penurunan DO telah mengurangkan hidupan akuatik

    dalam sungai kerana sebahagian akuatik tidak sesuai dengan keadaan sekelilingnya.

    Selain itu, pepejal terampai dan keruhan yang tinggi dalam sungai akan

    menyebabkan kadar penembusan cahaya matahari dalam sungai akan

    menyebabkan kadar penembusan cahaya matahari dalam sungai yang rendah dan

    mengakibatkan proses fotosistensis tumbuhan dalam sungai tidak dapat dijalankan

    dengan sempurna. Kesannya ialah penyusutan DO dalam sungai dan membantutkan

    pertumbuhan akuatik. Selain itu, kandungan pepejal terampai yang tinggi

    menyebabkan kesukaran bagi ikan-ikan mendapatkan sumber makanan.

  • 7/29/2019 NOR DAHLIA ZAMANI PENCEMARAN AIR

    9/13

    Pencemaran air akan menyebabkan sungai kelihatan kekuningan dan bau

    yang tidak menyenangkan. Ini akan menggangu keinginan untuk menjalankan aktiviti

    reakrasi dan merosakkan pemandangan sungai.

    Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada

    organisma laut di perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila

    tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan

    membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung.

    Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton.

    Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan

    minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu

    pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-

    kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul.

    Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.

    2.4 Cadangan Mengatasi Isu Pencemaran Air

    Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran,

    langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam

    sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab

    semua pihak. Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh semua

    pihak dalam menangani isu alam sekitar yang semakin berleluasa di negara kita.

    Pertama, penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran

    alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden,adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan

    adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama,

    kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat

    mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang

    tidak sempurna.

    Selain itu, bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada

    bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap

  • 7/29/2019 NOR DAHLIA ZAMANI PENCEMARAN AIR

    10/13

    boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian

    seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain

    itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada

    ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol

    tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden.

    Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada

    kesihatan manusia.

    Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil

    adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar.

    Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat

    diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

    Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum.

    Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul

    oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang

    bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.

    Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui

    pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat

    membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada

    seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar

    yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin

    akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang

    mencemarkan alam sekitar.

    Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat

    rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran

    Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains

    seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus

    Sains, Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada

    masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa

    yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan

    radio. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan

    kempen dan ceramah.

  • 7/29/2019 NOR DAHLIA ZAMANI PENCEMARAN AIR

    11/13

    Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa . Pada hari ini media

    massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua

    pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu

    pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah

    pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan

    tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada

    membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit

    ditekankan keutamaanya.

    Keempat, mengadakan kempen melindungi alam sekitar. Dengan menyertai

    sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar, ia adalah sesuatu yang sihat dan

    amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah

    kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.

    Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-

    pesertanya. Pameran tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu

    kepada masyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-

    kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.

    Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk

    melindungi alam sekitar.

  • 7/29/2019 NOR DAHLIA ZAMANI PENCEMARAN AIR

    12/13

    KESIMPULAN

    Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai

    bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa

    ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan

    atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik

    menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan

    telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-

    punca lain yang menyebabkan pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang

    mencemarkan udara dan air, kegiatan perladangan dan sebagainya.

    Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan

    berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkanbumi ini sebagai rumah kita. Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan

    hidupan lainnya hidup bebas. Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk

    hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia

    mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap

    hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar

    supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan

    bekalan air yang bersih.

    Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah

    wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah

    tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna

    memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua

    pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di

    panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat

    yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa

    akan datang.

  • 7/29/2019 NOR DAHLIA ZAMANI PENCEMARAN AIR

    13/13

    BIBLIOGRAFI

    Bugliarello,G. et.al, 1976. The Impact of Noise Pollution. New York : Pergamon Press.

    Chambers L.A, 1962. Classification and Extent of air pollution problems. In Stern. A.C.(ed)

    Air Pollution, p.3-22.

    Daryanto. 1995. Masalah Pencemaran. TARSITO, Bandung.

    Dr. Ir Moestikahadi Soedomo. 1999. Pencemaran Udara. ITB, Jakarta.

    Freeman, Hugh L. 1984. Mental Health and The Enviroment. Livingstone : Churchill.

    Hamidi Abdul Aziz. 2008. Pencemaran Bunyi : Teori, Sumber, Perundangan dan Kawalan .

    Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

    Jasiman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemar Alam. Eddiplex Sdn.bhd,

    Kuala Lumpur.

    Jasman Ahmad dan Siti Razmah Idris. 1996. Pencemaran Udara dan Air. Mikamas.

    Mansor Ibrahim dan Mohd Asri Abu Bakar. 1997. Pencemaran Bunyi Bising. Universiti

    Teknologi Malaysia, Johor.

    Mulholland, K.A. 1981. Noise Assesment and Control. London : Construction Press.

    OECD (1975). Reducing Noise in OECD Countries, A Report of The Ad-Hoc Group On

    Noise Abatement Policies. Paris.

    Sham Sani. 1982. Pembandaran Iklim Bandar dan Pencemaran Air. Dewan Bahasa dan

    Pustaka, Kuala Lumpur.

    Wark,K. dan Warner,C.F. 1981. Air Pollution : Its Origin and Control. Edisi Kedua. New

    York : John Wiley and Sons.