no 2

32
Wednesday, October 3, 2012 APA ITU PERSATUAN? DEFINISI PERSATUAN Persatuan didefinisikan sebagai “sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Di peringkat sekolah persatuan biasanya dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yaqng telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing- masing. Persatuan juga didefinisikan sebagai satu gabungan, ikatan dan kumpulan. Mengikut kamus Oxford Edisi Kedua, persatuan ialah: “an association of people with mutual aims or interest, an organization of people formed for a particular and shared purpose: an association”, ...... bermaksud sejenis perkumpulan, gabungan atau perikatan yang dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama. 2 KONSEP PERSATUAN Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) tahun 1998, Warta Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998

Upload: farah-ain

Post on 09-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

NOTES

TRANSCRIPT

Page 1: no 2

Wednesday, October 3, 2012

APA ITU PERSATUAN?

         DEFINISI PERSATUAN

Persatuan didefinisikan sebagai “sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Di peringkat sekolah persatuan biasanya dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yaqng telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing. Persatuan juga didefinisikan sebagai satu gabungan, ikatan dan kumpulan. Mengikut kamus Oxford Edisi Kedua, persatuan ialah:

 “an association of people with mutual aims or interest, an organization of people formed for a particular and shared purpose: an association”,

...... bermaksud sejenis perkumpulan, gabungan atau perikatan yang dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.

2        KONSEP PERSATUAN

Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) tahun 1998, Warta Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis MESTILAHmenubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang berikut iaitu:

Mata pelajaran diajar di sekolah yang dinyatakan dalam Peraturan Pendidikan

Hobi dan rekreasi

Page 2: no 2

Sukan dan permainan

Badan beruniform Atau

Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

         TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN

Usaha menubuhkan persatuan di sekolah adalah usaha kependidikan yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan dikalangan murid di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sehingga kini insiatif dan usaha sekolah menubuhkan persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlaj menggalakkan. Insiatif dan usaha ini akan memberi impak yang lebih besar dalam mengangkat kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada program pendidikan di sekolah apabila pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan. Sebagai contoh murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama akan berpeluang

Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan berkumpulan.

Berkongsi pengetahuan & pengalaman dalam bidang yang diminati & digemari.

Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.

Berkongsi sumber & peralatan.

Wujudkan peluang untuk murid mengembangkan bakat & potensi kepimpinan.

Wujudkan wahana kepada murid-murid agar bakat & potensi dapat ditingkatkan.

          OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN

Objektif Am

Guru-Guru dan murid-murid akan:

Page 3: no 2

Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.

Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan.

Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.

Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.

Objektif Khusus

Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan.Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan.

Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.

Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

          RASIONAL

Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.

Page 4: no 2

          MATLAMAT

Agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.

Posted by PERSATUAN at 5:57 AM

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest

Sumber : http://dplipersatuan.blogspot.com/2012/10/definisi.html

9 September 2013

Mengurus Persatuan - Objektif dan Faedah Berpersatuan

Persatuan merupakan sebuah organisasi formal di mana penubuhan dan pengurusannya tertakluk kepada peraturan, undang-undang dan akta yang ditetapkan. Persatuan perlu diuruskan atau ditadbir dengan baik bagi memastikan perjalanannya mencapai objektif dan matlamat penubuhannya. Dengan mengambil bahagian dalam aktiviti persatuan seseorang ahli akan dapat menambah pengetahuan dan pengalamannya yang mampu mematangkan pemikiran dan meningkatkan keyakinan diri.

Satu elemen penting yang tidak boleh dipinggirkan dalam berpesatuan ialah konsepkesukarelaan.

Page 5: no 2

Konsep ini merujuk kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh ahli-ahli secara sukarela tanpa mengira waktu, tenaga dan wang ringgit dan bukan untuk memperoleh pendapatan atau keuntungan. Konsep kesukarelaan dapat digambarkan menerusi kesanggupan ahli persatuan menjalankan tugasan tanpa paksaan dan mengharapkan pembalasan. Selain dari itu, kegiatan berpersatuan juga amat penting dalam memupuk semangat toleransi, perpaduan dan menghapuskan perasaan prejudis.

1.0 Objektif Berpesatuan

Objektif berpesatuan pada dasarnya merujuk kepada operasi sesebuah persatuan yang berlandaskan kepada objektif dan matlamat persatuan. Sebelum sesebuah persatuan diwujudkan, ia hendaklah menetapkan terlebih dahulu objektif utama penubuhannya. Umumnya objektif berpesatuan adalah untuk memenuhi keperluan sosial, kebudayaan, ekonomi dan kerohanian serta memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara. Kemudian, ia akan menatijahkan setiap ahli persatuan untuk berusaha ke arah mengeratkan hubungan dan kerjasama dikalangan ahlinya bagi mencapai matlamat persatuan.

Dalam usaha untuk mencapai objektif persatuan, kegiatan atau aktiviti yang hendak dijalankan mestilah seiring dengan matlamat dan objektif persatuan yang ditubuhkan. Walaupun fokus aktiviti dan keahlian setiap persatuan adalah berbeza-beza, namun secara umumnya persatuan diwujudkan untuk mencapai objektif yang dapat diringkaskan seperti berikut:

i. Untuk mencapai objektif pembangunan sosial, kebudayaan, ekonomi dan kerohanian di kalangan ahli dan anggota masyarakatii. Membentuk organisasi yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat baik dari aspek fizikal mahupun bukan fizikaliii. Untuk mengeratkan interaksi dan komunikasi yang boleh membina hubungan mesra dalam memupuk semangat kerjasama di antara ahli dengan masyarakativ. Memelihara keharmonian dan membentuk amalan bekerjasama dan kebajikan dikalangan ahli dan anggota masyarakatv. Menggalakkan keterlibatan ahli dalam kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan untuk faedah bersama selaras dengan objektif persatuan dan kehendak masyarakatvi. Menggalakkan ahli terlibat dalam aktiviti yang dapat meninggkatkan pemahaman terhadap pembangunan masyarakatvii. Meninggkatkan kualiti kepimpinan dalam organisasiviii. Melahirkan dan menerapkan amalan pengurusan yang terpuji dan nilai-nilai murni dikalangan ahli.

2.0 Prinsip Berpersatuan

Prinsip-prinsip persatuan pula merujuk kepada keperluan untuk menjadi ahli, mengurus persatuan dan bagaimana persatuan dapat memberi faedah bersama. Sebagai ahli persatuan, kita hendaklah memahami dan mengetahui tentang prinsip-prinsip berpesatuan untuk memudahkannya memainkan peranan dalam menggerakkan persatuan seiring dengan objektif dan matlamatnya. Tanpa memahami prinsip-prinsip persatuan memungkinkan timbul kekeliruan dikalangan ahli yang akhirnya akan menimbulkan konflik. Umumnya terdapat tiga prinsip berpesatuan iaitu:1. Keahlian adalah secara sukarela2. Pengurusan secara demokrasi3. Pertubuhan untuk faedah bersama

Page 6: no 2

3.0 Komitmen Terhadap Persatuan

Urusan pentadbiran persatuan biasanya dikendalikan oleh satu gabungan tenaga ahli atau jawatankuasa yang dipilih dan diamanahkan oleh ahli-ahli melalui proses pemilihan secara sah seperti dalam mesyuarat agung. Gabungan jawatankuasa ini bertanggungjawab terhadap persatuan untuk memastikannya terus bergerak dan menjalankan berbagai-bagai aktiviti untuk kebaikan ahlinya. Memang terdapat ahli persatuan yang benar-benar komiteddan sanggup berkorban menyumbangkan tenaga, masa dan wang ringgit malahan sanggup berusaha bersungguh-sungguh melakukan apa sahaja untuk meletakkan persatuan yang mereka ceburi di tempat yang baik. Kadangkala ahli-ahli yang komited sanggup mempertahankan persatuan yang mereka ceburi daripada diganggu gugat oleh mereka yang cuba menjatuhkannya.

Komitmen terhadap persatuan boleh ditakrifkan dengan beberapa cara berbeza. Komitmenterhadap persatuan adalah suatu sikap yang menggambarkan kesungguhan dan kesanggupan ahli melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan terhadap persatuannya. Menurut Azimi dan Turiman (1998) komitmen terhadap organisasi persatuan dirangkumi tiga konsep utama iaitu menerima maklumat, bersedia bekerja kuat dan ingin kekal di dalam pertubuhan yang dianggotainya. Grusky (1966) mendefinisikan komitmen sebagai sifat hubungan seseorang ahli kepada suatu sistem secara keseluruhan. Justeru, konsep komitmen merujuk kepada ketaantan seseorang, kesediaannya menyumbangkan usaha dan tenaga untuk persatuan yang mempunyai matlamat ke arah kesejahteraan ahli.

Komitmen yang keterlaluan terhadap persatuan kadang kala boleh menimbulkan konflikdikalangan ahli-ahlinya. Dalam sesebuah persatuan, konflik dikalangan pihak pengurusan dan ahli-ahlinya tetap ada. Biasanya konflik yang berlaku terbahagi kepada dua iaitu konflik yang membawa manfaat dan tidak bermanfaat.

Komitmen pemimpin dalam persatuan merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengurusan persatuan. Kepimpinan ialah keupayaan atau kebolehan individu atau kumpulan manusia yang mampu mempengaruhi orang lain membuat sesuatu mengikut kehendak mereka. Robiah (1993) menjelaskan kepimpinan adalah aktiviti atau tindakan mempengaruhi, kemampuan mengajak, keupayaan mengarah, proses meyakinkan, seni memujuk, cara mempengaruhi orang lain untuk mengerjakan sesuatu. Seorang pemimpin itu memperolehi kuasa memimpin melalui proses pemilihan yang dibuat berdasarkan personaliti, kewibawaan dan aktiviti yang dijalankan. Pemimpin yang berwibawa bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman tetapi juga perlu bekerja untuk membina kuasa dalaman melebihi kuasa fizikal. Ibrahim Mamat (1997) pula menyatakan pemimpin yang tulen ialah orang yang cekap yang mempunyai tanggungjawab dalam mengatur, mengurus, mentadbir dan memandu orang yang dipimpinnya.

Peranan dan komitmen ahli-ahli dalam berpesatuan pula dapat dilakukan dengan menyokong aktiviti yang dijalankan. Sokongan ahli dapat diperkukuhkan melalui penyertaan dan penglibatan secara langsung bagi menjayakan sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan. Penyertaan dan sokongan akar umbi menunjukkan kekuatan dan kesatuan ahli-ahli dalam sesebuah persatuan di samping memperlihatkan kemampuan kepimpinan dalam berpesatuan bagi menggerakkan ahli-ahlinya turut serta dalam semua aktiviti yang dijalankan bagi mencapai objektif persatuan. Akhirnya kedua-dua komitmen pemimpin dan ahli persatuan merupakan indikator dalam mengukur keupayaan sesebuah persatuan itu bergerak dengan lebih mantap dan berjaya.

Page 7: no 2

4.0 Faedah Berpersatuan

1. Membina semangat kerjasama2. Memupuk perpaduan3. Kebolehan bersosial4. Memupuk bakat pemimpin5. Membina personaliti yang baik6. Mampu membujuk dan mempengaruhi7. Berfikiran rasional8. Mampu membina keyakinan diri9. Membentuk sifat kejujuran10. Dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik11. Menerapkan nilai murni

Dicatat oleh Abdul Fattah Sadiq Abd Hafidz   di 6:24 PTG 

Sumber : http://abdulfattahsadiq228.blogspot.com/2013/09/mengurus-persatuan-objektif-dan-faedah.html

Kelab dan PersatuanSesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.Wednesday, October 15, 2008PENGURUSAN PERSATUAN/KELAB1. LATAR BELAKANG

1.1 Inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, diangotai dan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti

Page 8: no 2

kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang berikut:-

1.1.1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,

1.1.2 Hobi dan rekreasi;

1.1.3 Sukan dan permainan;

1.1.4 Badan beruniform; atau

1.1.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

1.2 Usaha menubuhkan kelab atau persatuan di sekolah adalah juga usaha kependidikan yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.3 Sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah menggalakkan. Inisiatif dan usaha ini akan memberi impaks yang lebih besar kepada penyemarakkan kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada program pendidikan di sekolah, apabila pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan.

2. RASIONAL

Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan.

3. MATLAMAT

Agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.

4. OBJEKTIF AM

Guru-Guru dan murid-murid akan:

Page 9: no 2

4.1 Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.

4.2 Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan.

4.3 Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin

4.4 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.

4.5 Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.

5. OBJEKTIF KHUSUS

5.1 Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan

5.2 Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

5.3 Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan

5.4 Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.

5.5 Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

5.6 Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

6. KELAB ATAU PERSATUAN

6.1 Definisi:

Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.

6.2 Tujuan penubuhan/pembentukan kelab atau persatuan:

6.2.1 Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:

a. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.

b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.

Page 10: no 2

c. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.

d. Berkongsi sumber dan peralatan.

e. Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan

f. Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi

7. BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN

7.1 Murid-murid membentuk jawatankuasa penaja untuk menetapkan:-

7.1.1 Tujuan dan matlamat

Posted by kelab   at 4:02 PM 

Home

Subscribe to: Posts (Atom)

Sumber : http://kpukk.blogspot.com/

PENGURUSAN UNIT KOKURIKULUM

JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

WEDNESDAY, SEPTEMBER 17, 2008

Posted by Pengurusan Unit Kokurikulumat 10:43 AM

Organisasi Unit Kokurikulum

Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang d/a Bangunan Mara, No.33, Tingkat 8, 10300 Pengkalan Weld, Pulau Pinang Tel: 04-2630042 Faks: 04-2630048 [email protected]

Unit Kokurikulum di lapangan secara am: - Membantu perkembangan personaliti murid melalui kegiatan kokurikulum di sekolah - Menyelaras dan memantau program pembangunan dan pengembangan

Page 11: no 2

Kegiatan Pendidikan Luar dan Pasukan Pakaian Seragam - Menyelaras dan mengelola program peningkatan kepimpinan dan pengurusan Persatuan/Kelab - Mengelola Program dan Aktiviti Peningkatan Penggunaan Bahasa melalui Kegiatan Kokurikulum Akademik Bahasa - Mengelolakan kegiatan kebudayaan dan kesenian melalui aktiviti Kesenian dan Muzik - Menyelaras dan mengelola Program Penggalakan Sains, Teknologi dan Matematik - Menyelaras program pertukaran murid antarabangsa -Menyelaras aktiviti kelab dan persatuan

Unit Kokurikulum – Maklumat Pegawai

Nama MOHD JAMIL BIN HJ.OTHMAN

Jawatan Ketua Unit Kokurikulum

No. Telefon 04 – 2630042, 013 – 4414 552 e-Mail [email protected]

Nama Haji Azman Bin Hj.Lot Jawatan Penolong Ketua Unit / Penolong Pengarah No. Telefon 019-4100002 / e-Mail [email protected]

Bidang Tugas Menjalankan tugas Penolong Ketua Unit, Program Kelab & Persatuan, Program Sains Sosial termasuk Pertukaran Pelajar Antarabangsa, Data Koku SMM/Markah 10% , Peruntukan Kokurikulum, Bantuan Pakaian Seragam - KPM, Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar - KPM/KSAAS

Agensi Luar :

Page 12: no 2

1.Program Usahawan Muda (PUM/PPU) - Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) 2.Kelab Pelancongan Pelajar Sekolah - Kementerian Pelancongan, JKPNPP dan Tourism Malaysia 3.Program Sekolah Angkat Kelab Astronomi - Jabatan Mufti 4.Program Ikan Hiasan / Akuaskap - Jabatan Perikanan / Jabatan Pertanian / FAMA 5.Program Bumi Hijau - Kementerian Pertanian dan Asas Tani /KPM 6.Program Jabatan Alam Sekitar , MPPP/MPSP - MASM , Anugerah Hijau 7.Kelab Petanq Koperasi Sekolah- ANGKASA, MSN, MAKSAK 8.Program Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA (Koperasi) 9.Program Pendidikan Keselamatan Jalanraya (MKJR/JKJR/Shell) 10.Aktiviti Agensi Kerajaan dan NGO - KRN, Kelab Setia, Kuiz Pelaburan PNB, Dr.Muda, Nestle (Memasak), Anugerah Remaja Perdana (JBS)

Nama Shamsir Bin Jemain

Jawatan Penolong Pengarah Kokurikulum Akademik (Sc.Math) No. Telefon 012 – 428 7811 e-Mail [email protected]

Bidang Tugas Program & Aktiviti Koku Akademik Sains & Matematik - Kementerian Pelajaran Malaysia

Agensi Luar : 1.Toyota ECO - Youth - Toyota 2.F1 In Challenge - F1 In Schools 3.Playsmart - Petrosains 4.Program Anak Angkat - Pusat Sains Negara 5.National Space Challenge - ANGKASA 6.National Science Challenge - Akademi Sains Malaysia 7.National Robotic Competetion - SASBADI Sdn. Bhd 8.Physic Olympiad - Universiti Kebangsaan Malaysia 9.Chemestry Olympiad - Universiti Malaya

Page 13: no 2

10.Kem Pendidikan Alam Semulajadi - Universiti Putra Malaysia 11.Program CETREE - Universiti Sains Malaysia 12.Program Astronomi - Universiti Sains Malaysia 13.Kid Witness News - Panasonics Malaysia 14.Sony With Nature - Sony Malaysia 15.Actology Science - Petrosains 16.Kem Penyelidikan Hutan - FRIM 17.Pertandingan Rekacipta Muda - MINDS 18.Pertandingan Inovasi Sains - Intel Malaysia

Nama Hj.Zulkafli Bin Kamaruddin Jawatan Penolong Pengarah No. Telefon 019 – 445 2060 e-Mail [email protected]

Bidang Tugas Uniform: Unit Badan Beruniform dan Program Seni Bela Diri Agensi Luar : Program Jembori Pengakap Antarabangsa Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum

Nama Mohd Hasli Bin Mat Hasan Jawatan Penyelia Kanan Kokurikulum Akademik No. Telefon 012 – 428 8557 e-Mail [email protected]

Bidang Tugas Program dan Aktiviti Bahasa Melayu Negeri, Kebangsaan - Kementerian Pelajaran Malaysia , Sekolah Seni Program Kokurikulum Akademik Bahasa Melayu / inggeris / Cina dan Tamil KPMKuiz Komuniti, Kuiz Sejarah, Agensi Luar : 1.Badan Pencegah Rasuah

Page 14: no 2

2.Lembaga Hasil Dalam Negeri 3.Dewan Bahasa & Pustaka 4.Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Wilayah (KEMAS) 5.Perbadanan Perpustakaan Negara 6.Kementerian Kebudayaan Kesenian & Warisan 7.Aifos Media 8.Program Arkib Negara.

Nama Azizan Bin Ismail Jawatan Penyelia Kokurikulum No. Telefon 019 – 458 4410 , 012-454 4410 e-Mail [email protected]

Bidang Tugas Tugas-tugas Khas, Prog & Aktiviti, Pertandingan Bahasa Inggeris Agensi Luar : 1.Kementerian Kebudayaan Kesenian & Warisan 2.Young Enterprise - AMCHAM (American Malaysian Chamber Of Commerce) 3.Pertandingan Melukis Malaysia-Jepun - MAY ASAKA Japan

Unit Kokurikulum – Maklumat Staf Sokongan

Nama Rozaini Binti Ibrahim Jawatan Pembantu Tadbir – N17 No. Telefon 04 – 263 0042 , 016 – 400 0474 e-Mail [email protected] Tugas Pentadbiran / Kewangan

Nama

Page 15: no 2

Siti Hajar binti Hamid Jawatan Pembantu Tadbir - N17 Bidang Tugas - Pentadbiran / Kewangan

Nama Norzaina binti Drani Jawatan Pembantu Tadbir - N17 Bidang Tugas - Pentadbiran Am

Nama Mohd Kamal Bin Man@Mansor Jawatan Pembantu Am Pejabat – N1 No. Telefon 014 – 243 0050 e-Mail [email protected]

Nama Ahmad Bin Saad Jawatan Jaga – R1 No. Telefon 019 – 472 9627 e-Mail [email protected]

Posted by Pengurusan Unit Kokurikulumat 10:16 AM

Home

Sumber : http://mgtkoku.blogspot.com/

Perlembagaan Pertubuhan

Page 16: no 2

FASAL 1 NAMA(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN VETERAN KOR KESIHATAN DIRAJA SEMALAYSIASelepas ini disebut "Pertubuhan".(2) Takrif Nama : Ahli Persatuan adalah terdiri daripada bekas anggota kerja korkesihatan yang berada di seluruh Malaysia.(3) Taraf Pertubuhan : Kebangsaan

FASAL 2 TEMPAT URUSAN1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

NO. 4, JALAN BP 4/7, BANDAR BUKIT PUCHONG, 47120 PUCHONG,SELANGOR

47120

dan alamat untuk surat-menyurat adalah 

LOT 1066, BATU 3, JLN. POKOK MANGGA, 75200 MELAKA.75200 MELAKA

MELAKA

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMATTujuan pertubuhan adalah seperti berikut :(1)mengumpulkan dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli iaitu bekas kor kesihatan angkatan tentera malaysia dan keluarga

(2)menjadi sebuah platform bagi menyatupadukan anggota bekas kor kesihatan angkatan tentera malaysia(3)mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbang ke arah kemajuan negara(4)menjadi sebuah platform yang menyalurkan permasalahan ahli kepada pihak yang berwajib dan terlibat dan juga agensi-agensi lain yang berkaitan dengan veteran(5)menjalankan kerja-kerja amal bagi tujuan kebajikan kepada veteran dan juga keluarga bekas anggota kor kesihatan yang tidak berkemampuan(6)tiada

Page 17: no 2

FASAL 4 KEAHLIAN(1) Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:A. AHLI BIASA(i) Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia(ii) Umur Minima: 20 tahun(iii)Tempat Tinggal: MALAYSIA(iv) Keturunan: Semua(v) Jantina: Lelaki Dan Perempuan(vi) Agama: Bebas / Terbukavii) Kriteria Keahlian Yang Lain: - Bekas Tentera Kor Kesihatan / Kor Kesihatan DiRaja sama ada Pegawai atau pun Lain-Lain Pangkat;Ahli Bersekutu :1) Dianggotai oleh isteri dan anak-anak Bekas Tentera yang berumur 18 tahun ke atas; 2) Dianggotai oleh orang awam yang bekerja di dalam Kor Kesihatan Angkatan Tentera.

FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.Sebelum Jawatankuasamemecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklahdilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusanitu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 6 SUMBER KEWANGANSumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:(1) Bayaran Masuk RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh).(2)(a) Yuran tahunan(i) Yuran tahunan RM 30.00 hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahun.(b) Yuran Seumur Hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan keahlian) RM 150.00(RINGGIT MALAYSIA Satu Ratus Lima Puluh)(c) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) tahun akan menerima surat peringatanyang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak

Page 18: no 2

keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.(d) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerimakenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.(e) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.(f) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.(3) SumbanganPertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.(4) Kutipan DermaPertubuhan ini boleh membuat kutipan derma dari orang ramai dengan syarat kebenaran pihak berkenaan diperolehi terlebih dahulu.(5) Kegiatan EkonomiPertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG(1) Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkanperjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh tidak lebih daripada 30 hari yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang undang Pertubuhan.(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung tahunan terakhir tetapi tidak lewat daripada 12 bulan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:(a) mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu(b) mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit

Page 19: no 2

(c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)(d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kewangan Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumendokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.(5) Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau(b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiusaha Pertubuhan.(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.(7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.(8) Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat AgungTahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang samatidaklah boleh diadakan.(9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.

FASAL 8 JAWATANKUASA(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih Dua Tahun Sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.Seorang PresidenSeorang Timbalan PresidenSeorang SetiausahaSeorang Penolong SetiausahaSeorang Bendahari10 orang Ahli Jawatankuasa Biasa2 orang Pemeriksa Kira-kira(2) Pemegang-pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripadaWarganegara Malaysia.

Page 20: no 2

(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula Dua Tahun Sekali(4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung.Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya danJawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendalah mengemukakan laporan berkenaan kegiaatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya Dua Tahun Sekali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurangkurangnyasetengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.(6) Jika timbul perkara mustahal yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat AgungTahunan.(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain

Page 21: no 2

untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.(10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.(11) Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI(1) Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.(2) Timbalan Pengerusi hendaklah memangku tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut 6 perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yangmengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua masyarakat dan membuat catatan mesyuarat.(4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerjakerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.(6) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 10 KEWANGAN(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah

Page 22: no 2

juruaudit.(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM200(Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 500(Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 2000(Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 500(RinggitMalaysia Lima Ratus Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.(5) Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan 7 diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.(6) Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 01/01/2013.

FASAL 11 JURUAUDIT(1) Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatanselama boleh dilantik semula.(2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi .Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 12 PENTADBIR HARTA(1) Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar

Page 23: no 2

dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan merekadisahkan melaui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.(2) Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.

FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN(1) Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahliadalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG(1) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.

FASAL 15 LARANGAN(1) Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.(3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahliahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.(4) Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.(5) Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarangpembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana ahli atau pekerja Pertubuhan.(6) Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.

FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN(1) Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.

Page 24: no 2

Permohonan untuk pindaan perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 17 PEMBUBARAN(1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela melalui persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.(2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undangundang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung yang berkenaan.(3) Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.

FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA1. Bendera-Keterangan-2. Lambang

KeteranganKeterangan Warna dan Gambar di dalam Logo:a) Kuning : Melambangkan warna DiRaja kerana nama Persatuan Veteran Kor Kesihatan DiRaja SeMalaysia.b)Biru : Melambangkan ketenangan kepada Pegawai-Pegawai yang telah berpencen.c) Maroon : Melambangkan percampuran ahli di antara orang awam dan anggotad) Ular melilit batang jarum melambangkan perubatan di mana; ular adalah penawar dan racun yang ibarat juga ubat itu sebagai racun atau penawar dan; jarum adalah suntikan yang menceritakan tentang ubat yang disuntik ke badan.3. Lencana-Keterangan-

Sumber : http://www.veterankorkesihatan.org.my/perlembagaan.html

Page 25: no 2