nizam bengkel baiki tv di kuantan: periuk nasi panasonic...

Download Nizam Bengkel Baiki TV Di Kuantan: Periuk Nasi Panasonic …baikitvkuantan.blogspot.com/2014/04/periuk-nasi-panasonic-sre28a...baiki, servis, repair tv dan mesin basuh rosak di kuantan

If you can't read please download the document

Upload: vuthu

Post on 10-Feb-2018

284 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Nizam Bengkel Baiki TV Di Kuantan: Periuk Nasi Panasonic SRE28A Masalah nasi tak masak

Nizam Bengkel Baiki TV Di Kuantan

baiki, servis, repair tv dan mesin basuh rosak di kuantan pahang :: call/ whatsapp :: 013-9688884 :: TV LCD RM 180 hingga RM 250,TV PLASMA RM 220 hingga RM 260,TV 29inci RM 120TV 21inci RM 70,TV 14inci RM 50(Tiada khidmat mengganti skrin retak/pecah)

https://www.facebook.com/BaikiRepair-Tv-di-Kuantan-556124257923306/

Saturday, 26 April 2014

Periuk Nasi Panasonic SRE28A Masalah nasi tak masak

Salam..

Ada member hantar periuk nasi. Katanya nasi tak masak-masak. Maknanya nasi belum masak tapi periuk dah gi kat 'keep warm'. Patutnya dah masak baru gi kat keep warmkan.

Bila dengar masalah camni biasa saya terus suspek thermostat dia bermasalah. Apa itu thermostat?

Bila kita angkat keluar periuk yang kita isi beras tu, kita akan nampak elemen pemanas yang berlubang kat tengah. Kat tengah-tengah lubang tu ada satu benda bulat. Benda tulah thermostat. Thermostat ada beberapa jenis bergantung kepada kegunaan. Kali ni kita cerita tentang thermostat periuk nasi.

Yang bulat kat tengah-tengah tu thermostat

Thermostat

Pada thermostat periuk nasik ni dipasangkan spring. Spring ni nak tekan supaya permukaan peka suhu pada thermostat rapat pada periuk. Bila kita masak nasi, kita tekan butang cooking, dan butang itu akan terlekat di situ dan pemanas akan mula bekerja. Saya tak pasti berapa suhu yang dibekalkan pemanas, tapi oleh kerana ada air dalam periuk maka suhunya takkan melampaui 100 darjah celcius. Pemanas akan terus memanaskan periuk dan lama kelamaan air dalam periuk akan berkurangan kerana bertukar menjadi wap dan juga terserap ke dalam beras. Bila air dah habis, maka suhu periuk tidak lagi tersekat pada 100 darjah celcius. Apabila suhu melangkaui takat didih tersebut, termostat yang telah diset pada suhu tertentu akan mengesan kenaikan tersebut dan menyentat dan memutuskan litar pemanas. Pada ketika ini periuk akan berubah daripada fungsi memasak kepada fungsi memanaskan sahaja.

Ada dua masalah yang boleh terjadi jika termostat rosak. Kalau ia menyentat terlalu cepat maka nasi tak masak-masak, dan kalau terlalu lambat nasik akan hangus terutama pada dasar periuk.

Thermostat yang rosak dan tidak menyentat boleh dikatakan merbahaya kerana suhu akan terus meningkat. Maka sebagai langkah keselamatan, peralatan yang meggunakan pemanas biasanya disertakan dengan Themal Fuse, sejenis fuse yang berfungsi memutuskan litar pada suhu tertentu. Biasanya untuk periuk nasi sekitar 170 darjah celcius. Disebabkan ciri-ciri keselamatan inilah saya sarankan sebaiknya belilah alat letrik yang ada cop SIRIM atau JKE dan jenama yang establish sikit. Biasa diorang utamakan keselamatan dan kualiti.

Thermal fuse

Semoga bermanfaat :)

Posted by

nizam

at03:31

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

4 comments:

BOARDERLESS SHOP7 May 2016 at 00:11

Salam,part apa yg rosak bila periuk nasi tak boleh keep warm..minta pencerahan dr tuan..t.ksh.

ReplyDelete

BOARDERLESS SHOP7 May 2016 at 00:11

Salam,part apa yg rosak bila periuk nasi tak boleh keep warm..minta pencerahan dr tuan..t.ksh.

ReplyDelete

85superdolphin10 March 2017 at 03:33

Salam,klu periuk nasi tulis c3 kelip semua led knapa ye?tekan apa button pn x boleh...brand midea..harap dpt bantu..tima kasih

ReplyDelete

85superdolphin10 March 2017 at 03:34

Salam,klu periuk nasi tulis c3 kelip semua led knapa ye?tekan apa button pn x boleh...brand midea..harap dpt bantu..tima kasih

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

About Me

nizam

call/ whatapps untuk sebarang pertanyaan013-9688884

View my complete profile

Blog Archive

2018

(8)

March

(2)

February

(3)

January

(3)

2017

(11)

September

(1)

August

(1)

July

(1)

June

(1)

May

(2)

March

(1)

February

(3)

January

(1)

2016

(29)

December

(1)

November

(1)

October

(3)

September

(1)

August

(13)

July

(1)

March

(1)

February

(6)

January

(2)

2015

(19)

November

(7)

October

(4)

September

(1)

August

(6)

April

(1)

2014

(23)

August

(1)

July

(2)

May

(3)

April

(3)Periuk Nasi Panasonic SRE28A Masalah nasi tak masa...Membaiki TV PHILIPS model 21PT2110 Problem gambar ...Membaiki TV SINGER model 922, gambar kabur

March

(6)

February

(8)

Simple theme. Powered by Blogger.